Tuesday, February 1, 2022

Misi Pasca Banjir Selangor :Beg Sekolah

   



  
Tak semua menjadi mudah

Antara misi kita pasca banjir ialah menggembirakan anak2 mangsa banjir yang bersekolah.

Kita tak mampu membantu semua peringat umur tetapi memadai target kita terhad kepada anak2 staff dgan ruang lingkup yg terbatas di segi kewangan.

Kita berjaya menyediakan 80 buah beg sekolah utk 69  family yg terpilih. Dengan kerjasama Pasaraya Hari-Hari juga sumbangan ikhlas semua pihaklah program ini menjadi realiti.

Jangan takut untuk memberi, rezki tak kurang tapi pasti Allah gantikan dengan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Ikhlaskan niat dan sempurnakan seluruh arahanNya dan jauhi laranganNya 

Terima kasih Allah yg hadirkan team yang secara sukarela mencambah idea dan ringan tulang turut membantu.  Tanpa kerjasama dan komitmen semua ia mungkin hanya angan angan tapi bila menjadi kenyataan inilah satu reward kerja berpasukan. 
Alhamdulillah

Terima kasih Biro ICT dan Dokumentasi Puspanita PCKMM(RTM) yanh melibatkan diri secara langsung menjayakan misi ni. Kita menghargainya 😍😍

Terima kasih Elly, atie, Ner, kak Faezah, Amiy, Kak Maimunah, Dr Haida, Puan Putri. Pn Hanim dll yAng banyak membakar semangat dan memberi sokomgan menjayakan misi ini. 


my Dva


 sentiasa bersama kemana sahja

  sentiasa  setia bersama


Monday, January 31, 2022

Cari reda Allah

Buat sesuatu biar Allah redha, bukan kerana mahukan dunia.

"Seindah apapun matahari terbenam, pada akhirnya gelap akan datang setelahnya. Semewah apapun kehidupan di dunia, pada akhirnya kuburan akan menjadi tempat terakhir kita dengan selembar kain kafan."
-Syarifah Fatimah Thalhah Alhabsy-


“Wahai Tuhan kami, lapangkanlah bagi kami dada² kami dan mudahkanlah bagi kami tugas kami...Ya Allah terimalah amalan kebaikan kami hari ini dan ampunkan dosa² kami*... InsyaAllah...Aamiin 🤲

Berdamai dan bersangka baik dengan takdir ilahi."
Jom baiki hubungan kita dengan Allah ❤️

                                     





Bersahabat

   
          

Terima Kasih Allah

Thursday, January 27, 2022

Dangai


dangai dan kuih abuk2

Dua kuih legend
Terjumpa di kedai nasi lemak cinta sayang
 pulun ketiga2..
Tak manis sangat
Dan panas panas. 
Sedappp nyaa

Inilah natijah bila jumpa Pn Natipah@kak pah.   Sembang ukhuwah dan makan makan. Alhamdulillah..

Jom Tengok kk pah makan apa pula.. Boleh tahan juga sedapnya dan klasik


Moralnya.. Kuih tradisi makin susut dan pembuatannya pun tak menepati citarasa. Tapi selagi ada yag membuat dan membeli.. Ia tak lapuk..tapi yg jual di sini mgg sedap.. Nak tau kena cuba sendiri

Bila dVa naik Genting

Duhai dVaku
Kau tak pernah berpura-pura
Langsung siap siaga
Sedia di garisan mula


Bismillah
Pada mulanya perasaan saya,  dVa tak mampu panjat Genting. Faktor cuaca, kereta kompak, dan usianya yg lanjut  memungkinkan utk sampai ke atas.  Tapi saya juga perlu mencabar minda dan membuktikan kasih sayang saya padanya. Sayang bukan bererti tak boleh disentuh tetapi sayanglah dia perlu di uji dan diuja. 

Sejujurnya saya pernah  ke Genting menaiki bas, kereta sedan dan suv dengan hanya jadi penumpang dan peneman sahaja. Tapi hari ni saya lah pemandu dan dVa compaklah mangsanya. 

Alhamdulilah.. Pemanduan lancar walaupun detik mula di kala tengahari. Tak perlu berebut di jalanraya walaupun pada hari sabtu.  

Apa yg dapat saya katakan.. Minda saya telah bertukar bila melihat kehijauan di sekeliling hingga menjadi teruja tambahan pula di temani sahabat syurga. Masya Allah. Dvaku boleh. Ku sayang kamu

Teman... Ada pelbagai kategori...ada yg mencari kita tika tiada siapa-siapa dan melepaskan kita bila berada di zon selesa.  Malah ada yg sanggup berpura-pura berteman sekadar menjadi batu loncatan sahaja. 

Namun ku yakin yang berada di sisiku kini, dialah teman juga sahabat jannahku insya Allah. Terima kasih  kak pah @Natipah Abu yang sudi mengajak dVa panjat genting. Dalam banyak banyak kawan nya, saya yang dipilihnya bersama. Biarpun berbeza umur, latar belakang dan pendidikan tapi sama dalam satu arah tuju biiznillah.. Ya Robb, mohon jagalah dia sepanjang hayatnya dan anugerahkan dia kebaikan di akhirat.  Saya mungkin akan mendahului jemputan Allah tetapi saya bahagia menjadi salah seorang teman dan sahabatnya.  Allah hadirkan orang baik untuk melakar kisah kehidupan seorang saya.

Berbalik kepada dVa.. 
Masya Allah.... Semua baik... Ekon ok, brek OK, dan follow the rules. 

Kami bermalam  dengan menikmati kabus dan cahaya rembulan dari puncak.  Alhamdulillah... Awan dan langit bagai menyambut kehadiran Dva. 


Terima kasih dVa, hadirmu bukan sekadar jasad empat tayar tetapi kaulah teman yg ku bawa kesana sini. Byk kenangan kita bersama dan ada suka dan duka dikaulah saksinya. Hargai ikatan kita dan kita lakarkan bersama selama ni.


Jika laluan pergi kami melalui Karak dan Genting Sepah... Laluan balik pula melalui Batang Kali. Meluncur dengan tenang sahaja Dva usai check out di Hotel Swiss Garden. 

Susur jalan melalui Batang kali agak selesa. Sesekali kami bertembung dengan  kereta-kereta yg meluncur utk bercuti /membeli belah di GPO.  
Apatah lagi di satu simpang tu kami bertemu dgn penjaja durian. Antara ya dan tak untuk berhenti  dan membeli....tapi saya berlajar berkata NO. Maklumlah saya tak dapat jangkakan berapa jarak untuk sampai ke Batang Kali.. Dan tika ini tahap keselamatan perlulah diutamakan. 

Maafkanlah... Abaikan durian. 🙏. Syukur dva mendarat dengan selamat dan sempat merayau2 di Pekan Btg Kali dan Kuala Kubu Baru. 

Terima kasih Allah... Misi  Dva ke Genting telah berjaya. Dva telah men'tua' bersama saya dan sejiwa.  Tak perlu pecut tapi tetap sampai. Sebb tu Dva berani mencabarkan dirinya join treasure hunt walaupun tak menang tapi tetap sempurna semua task dan berjaya bawa pulang hadiah juga. 

Dva.. 
Kau terlalu bernilai
Menyaksikan 
hilai tawa
airmata 
Di saat suka dan duka
Menjadi terapi jiwa 
Menjadi kederat
Misi tetap diteruskan
Jasamu ku hargai

Biarpun hanya kereta kecil
Tapi pengorbananmu terlalu besar
Andai itu saksi kita
Bantulah saya di akhirat kelak


Mood sayang dVa😍😍




#dvapunbolehsampai
#semangatkita
#sahabatkita





Misi Khondak


     
              

Misi khondak berjalan lancar.
Apa yg perlu
Kerjasama

Setiap orang ada peranannya
Ayuh kita gembeling tenaga
Kita bina bersama. 

Saturday, January 22, 2022

Sesekali



Rezki ada di mana-mana
Tak perlu bayar lebih
Ada dan cukup
Kann.. 

Alhamdulillah

Sesekali bawa kakak sulung ke pasar.. Pilih pilih mana nak.. Ikan bawal emas takde kita pulun temenung mas pula...
Apa yg penting.. 
Segar dari laut.

#pasartanipendanag

Thursday, January 20, 2022

Misteri kehidupan

Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.
Alhamdulillah
Moga bermanfaat 😃💐

Wednesday, January 12, 2022

Syukur




Cerita Disember 2021

 permulaan yang baik 

Saya terlupa nak ucap selamat ulang tahun kepada anak2 saudara saya. Kesibukan melanda dengan susun atur bagi   merasai "berdamai dengan takdir" . Melihat sendiri kesan pasca banjir di Selangor terutama di Shah Alam dan Hulu Langat amat menyedihkan 

Moralnya apabila berada di zon selesa, kita jangan lupa mereka yang sedang bertarung dengan banjir. Bukan jauh mana pun..hanya di sekeliling kita.. paling jauhpun mungkin mengambil masa sejam kerana laluan di tutup dan dihadkan kemasukan ke kawasan tersebut

Semoga anak2 saudara ku yang lahir di Disember lebih bersemangat dan mengambil iktibar atas apa sahaja bisikan alam di bilan Disember

 Cu sayang anak2 saudara cu. Kalian adalah anak, kawan dan juga manja chu selamanya. Tak wish bukan ta ingat tapi keperluan semasa perlu diutamakann. 

"   Abang Ngah, abg Naem, Dik shahmi, Dik Ain waris saya selamanya. Cu sayang😍😍😍semua. 

 
         

Semoga Allah jaga keturunan kita dari fitnah dunia dan kalian berjaya di dunia hingga akhirat. Ditemukan family kita semua  di taman  syurga firdaus. Insya Allah. 

Tuesday, January 4, 2022

Tamosa



Ini bukan karipap
Isinya ikang
Dari pahang
Sedap makan petang
Tak percaya try makan

 
Terima kasih pn Noraziah ataupun Ner yg memperkenalkan cuchur ni.
 Di kata Tamosa. Bukan semosa naaa. Dari Pahang.. 
Dari saya makan sorang. 
Kita ajak ramai makan
Kita order kita jual
Kita bantu bizz kecik
Semoga suksess


Sedap dan puas hatilah makan
Tak percaya kena rasa 




Redah saja

              Redah jangan sampai rebah


     

 
     


Monday, January 3, 2022

Hidup itu indah

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.🌹

Orang tak ajak, kita diam sahaja.😎
Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja🤔
Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.😊
Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri💪
Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.😍
Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa-siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita😊
Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.😍
Tanpa perlu sentap,tak perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap.👍
Kehidupan senyap yang menenangkan. 

Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaiannya sahaja.
Biar mengalah asal kita menang dalam diam.
Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa.
Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang.
 
Balik kerja kalau temu dengan ujan kita tempohi je...hujan dan kita serasi bersama. 🌧️☔

Sumber : Owner

Sunday, January 2, 2022

Jumaat terakhir 2021



Kunjungan terakhir
Penutup 2021
Kita ada hak yang perlu disempurnakan
Terima kasih PPZ

Urusan cepat dan pantas😘
Ya Allah, berkatilah rezki diperolehi dan jadikan kita insan yang sentiasa syukur dan patuh kepada Allah

Jadikan kita insan yg bebas hutang dan dapat membahagiakan orang sekeliling kita
 
Jadikan  tahun ini,
Rezeki berganda
Diberikan kebaikan dan kekayaan di dunia dan di akhirat
Menjadi hamba yang taat
Melazimi memberi
Dan sentiasa berzikir.

❤️❤️❤️

Jom amal untuk jadi hebat:
Berdoa dan berzikir
Bertaubat
Berselawat
Dll


Kalendar ppz. Lengkap dgn doa dan semak waktu solat. Satu untuk opis dan satu lagi untuk  di rumah. Ada satu lagi yang telah diposkan oleh PPZ. Biasanya satu akan menjadi milik manja tapi itu dua tahun lalu. Kini kita hadiahkan kepada sahabat syurga kita. Ayuh memulai dengan perancangan  baik untuk kelendar hidup kita  

 Kalendar  untuk kita