Thursday, January 20, 2022

Misteri kehidupan

Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.
Alhamdulillah
Moga bermanfaat ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ’

Wednesday, January 12, 2022

Syukur




Cerita Disember 2021

 permulaan yang baik 

Saya terlupa nak ucap selamat ulang tahun kepada anak2 saudara saya. Kesibukan melanda dengan susun atur bagi   merasai "berdamai dengan takdir" . Melihat sendiri kesan pasca banjir di Selangor terutama di Shah Alam dan Hulu Langat amat menyedihkan 

Moralnya apabila berada di zon selesa, kita jangan lupa mereka yang sedang bertarung dengan banjir. Bukan jauh mana pun..hanya di sekeliling kita.. paling jauhpun mungkin mengambil masa sejam kerana laluan di tutup dan dihadkan kemasukan ke kawasan tersebut

Semoga anak2 saudara ku yang lahir di Disember lebih bersemangat dan mengambil iktibar atas apa sahaja bisikan alam di bilan Disember

 Cu sayang anak2 saudara cu. Kalian adalah anak, kawan dan juga manja chu selamanya. Tak wish bukan ta ingat tapi keperluan semasa perlu diutamakann. 

"   Abang Ngah, abg Naem, Dik shahmi, Dik Ain waris saya selamanya. Cu sayang๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜semua. 

 
         

Semoga Allah jaga keturunan kita dari fitnah dunia dan kalian berjaya di dunia hingga akhirat. Ditemukan family kita semua  di taman  syurga firdaus. Insya Allah. 

Tuesday, January 4, 2022

Tamosa



Ini bukan karipap
Isinya ikang
Dari pahang
Sedap makan petang
Tak percaya try makan

 
Terima kasih pn Noraziah ataupun Ner yg memperkenalkan cuchur ni.
 Di kata Tamosa. Bukan semosa naaa. Dari Pahang.. 
Dari saya makan sorang. 
Kita ajak ramai makan
Kita order kita jual
Kita bantu bizz kecik
Semoga suksess


Sedap dan puas hatilah makan
Tak percaya kena rasa 




Redah saja

              Redah jangan sampai rebah


     

 
     


Monday, January 3, 2022

Hidup itu indah

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.๐ŸŒน

Orang tak ajak, kita diam sahaja.๐Ÿ˜Ž
Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja๐Ÿค”
Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.๐Ÿ˜Š
Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri๐Ÿ’ช
Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.๐Ÿ˜
Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa-siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita๐Ÿ˜Š
Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.๐Ÿ˜
Tanpa perlu sentap,tak perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap.๐Ÿ‘
Kehidupan senyap yang menenangkan. 

Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaiannya sahaja.
Biar mengalah asal kita menang dalam diam.
Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa.
Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang.
 
Balik kerja kalau temu dengan ujan kita tempohi je...hujan dan kita serasi bersama. ๐ŸŒง️☔

Sumber : Owner

Sunday, January 2, 2022

Jumaat terakhir 2021



Kunjungan terakhir
Penutup 2021
Kita ada hak yang perlu disempurnakan
Terima kasih PPZ

Urusan cepat dan pantas๐Ÿ˜˜
Ya Allah, berkatilah rezki diperolehi dan jadikan kita insan yang sentiasa syukur dan patuh kepada Allah

Jadikan kita insan yg bebas hutang dan dapat membahagiakan orang sekeliling kita
 
Jadikan  tahun ini,
Rezeki berganda
Diberikan kebaikan dan kekayaan di dunia dan di akhirat
Menjadi hamba yang taat
Melazimi memberi
Dan sentiasa berzikir.

❤️❤️❤️

Jom amal untuk jadi hebat:
Berdoa dan berzikir
Bertaubat
Berselawat
Dll


Kalendar ppz. Lengkap dgn doa dan semak waktu solat. Satu untuk opis dan satu lagi untuk  di rumah. Ada satu lagi yang telah diposkan oleh PPZ. Biasanya satu akan menjadi milik manja tapi itu dua tahun lalu. Kini kita hadiahkan kepada sahabat syurga kita. Ayuh memulai dengan perancangan  baik untuk kelendar hidup kita  

 Kalendar  untuk kita



Friday, December 31, 2021

Selamat datang 2022

*ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ*
*Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya, selamat datang tahun baharu, 2022.*
*Moga kita bersedia dengan perancangan Allah untuk tahun 2022.*
*Marilah kita perbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.*

*ُ﷽ ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู† ِุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…*.ِ
ُ
             *_YAA  ALLLAH._*
  *_Kami Memohon kepada Mu_*
                 *_Yaa Allah._*

               *_Berilah Kami._*
       *_Iman yang sempurna_*
      *_Ilmu yang bermanfa'at._*

           *_Rezeki yang halal,_*
         *_Sahabat2 yang terbaik_*
   *_Rumah tangga yang bahagia._*

           *_Usia yang berkat._*
         *_Doa yang mustajab._*
    *_Hajat kami yang tertunai_*.
  *_Kesihatan baik yang berterusan._*  
       *_Hutang yang terbayar_*

               *_Dengan jiwa_* 
  *_yang tenang Beribadah untuk_*
*_Keselamatan & kesejahteraan_*
     *_Kebahagiaan Hidup Kami_*
        *_Di Dunia Dan Akhirat._* 
ٍ

            *ุฑَุจَّู†َุง ุกَุงุชِู†َุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉ*
               ً *ูˆَูِูŠ ุงْู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉ*ً
                   *ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑ* .
َ
 *ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุนَุจْุฏِูƒَ ูˆَุฑَุณُูˆู„ِูƒ*
    َ *ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุงู„ุฃُู…ِّูŠّ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„ู…*ّ
   

        *ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู€ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†ٍَ*




Friday, December 24, 2021

Memulakan





Misikamiprihatin4.0

Memulakan
Langat destinasi disinggahi
Kita satu pasukan
Indahnya ukhuwah 



Berat mana memandang  
  
Terima kasih Allah

22 Disember 2021

Bersih hati, diri bahagia

10 Tip, hati bersih hidup bahagia.

1️⃣  Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita  sedar.

2️⃣  Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3️⃣  Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4️⃣  Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hamba-Nya.

5️⃣  Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6️⃣  Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7️⃣  Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8️⃣  Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9️⃣  Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

๐Ÿ”Ÿ  Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hamba-Nya.
.

Begitulah.

#saa

Thursday, December 16, 2021

Vitamin C



Bila dia tahu, ujian ini buat saya, tanpa keluh kesah dia menghulur Vit C yang diamalkannya.

Masya allah๐Ÿ˜ญ
Terharu kan
Apatah lagi dengan suasana suram fenomena semasa masih ada yang sedia berkongsi.

Jika diukur usia perkenalan
Baru setahun jagung
Tapi Allah jua yg gerakkan rasa kasihnya kepada saya jua

Terima kasih Allah
Kurniakan seorang adik perempuan yang prihatin dan sudi bertanya khabar
Saat saya di uji

 
Allah sedang mengajar saya
Belajarlah menghargai
Orang yang berbudi
Pegang erat tangannya
Kerna di sana namanya dicatat kebaikannya berganti pahala berganda


Ya Allah gantikan 'vitamin' yang lebih baik dan menyihatkan buat yg memberi ini. Jagakan dia dan berkatilah hayatnya 

Terima kasih elly

Wallhu aklam

Monday, December 6, 2021

bila diuji

 la tahzan 

bertabahlah wahai diri

ujian kita sementara cuma

kita hanya diuji kekangan tenaga kerja

sedangkan mereka di sana diuji dibuang kerja


pilihan ALLAH

bila para sahabat kita diuji

tandanya kita perlu bersimpati

ALLAH tidak menzalimi


bertabahlah diri 

beristifar dan berdoalah

moga kita semua dilindungi


Bila C19 menyerang TOC
6/12/2021

Sunday, December 5, 2021

Takdiq Terindah



                                                          
                                             bertiga
 
               

                    645am : memaklumkan saya telah berada di kampung 
            7.38 am : bersetuju untuk berjumpa untuk breakfastd
                7.45am : bertolak dari rumah saya ke rumahnya. 
                8.05 am : menjemputnya di rumah


Kami tiba di Pantai Murni. Cantik mendamaikan tapi laluan untuk melihat pemandangan dari laut telah dikunci/tutup. kucewaaa...
Jadi kami terpaksa tukar lokasi. Sebagai pemandu, saya akur sahaja pendapat kak Pah. Tetiba kak pah mempelawa pula pulut udang dibakar panas2 di persimpangan jalan masuk ke Pantai Murni. 
Kita singgah beli pulut udang ini. Boleh juga dijadikan breakfast   

'Teruskan ucu, kita cari port lain'. Itulah berbahasanya kk Pah dengan saya. Sebetulnya dia masih muda tetapi kerana lebih pengalamannya di dlam kerja amal saya tetap menghormatinya dengan memanggil nama yg dia senangi dan fofular 

Meluncur pula kereta pinjam abangku ini  ke Pulau Bunting
Yeay lokasi yg menarik untuk menikmati alam ciptaan Ilahi. Walaupun tertutup pada awam tapi kami bukan penjenayah maupun menongkah arus. 
Kak Pah recce dulu laluan masuk ke pinggir laut itu. Mungkin ini adalah satu port untuk nelayan sekitar juga kerana sebiji bot nelayan didapati terdampar  di situ
Maka kami pun tumpang ber OOTD. 
Cantik pemandangannya  
Tak sia sia kita lajak sampai sini dan tiada orang lain selain kita dan guard di pondok kawalan.

Sambil bertanya khabar inilah peluang saya mengambil foto kak pah dari pelbagai sudut. 
Spoting juga model saya nie.. Dah la cantik, akhlak mulia dan sopan tutur bicaranya. 
Masa ni lupa tujuan nak breakfast. 
Snap sana sini sinu.. 

Tetiba kk pah kata . 
Ucu jom kita rehat di  bawah pokok tu, ada ndoi juga. Boleh makan pulut udang kita tu...baru sedar langit dan meninggi dan panas.. Lapaq kan.. 

Ketika saya saya teringat kan botoi air di kereta, terus ingat tujuan asal nak buat kejutan kek antu...inilah alasan untuk berjumpa dan menyerahkan kek tersebut. 

Ketika Kak Pah leka  melayan telefon sambil menghayun buaian yg diikat antara pokok ke pokok. Saya menghulurkan  kek di depannya... Masya Allah  terperanjat dia seketika.. Dia suka. Dia sangat  suka. 


Itulah kek air tangan eMiey, pemilik Prisma Optometris. Alhamdulillah mision is complete. Kek dah sampai ke tangannya.. 
Meh kita vedio call

Terima kasih Allah
Hadirkan insan yg baik baik
Mewarnai hidupku
Daku tumpang gembira 
Daku tumpang nangis
Kerana antara kita
Ada rasa kebersamaan

Terima kasih Allah
Terima kasih kak Pah
Terima kasih Amiey

Alhamdulillah


26/11/2021






Nasal test

Utk kali pertama kali kita gunakan Nasal pula utk ujian kendiri. Dah ramai yg kata ia lebih tepat. Alhamdulillah.. Dah dapat beli 5 kotak dari farmasi. TQ Fairen tolong belikan๐Ÿ’ช

Ada dua lidi di sediakan. Satu untuk hidung dan satu untuk tekak. Study dulu bru praktik. 

Nampak mcm cool... 
.. Ooop
Tapi kenapa rasa mengalir air hidung
Eh tekak pun rasa nk termuntah. Ni lah rasa bila buat sendiri.. Bila kena swab dgn KKM boleh pula siap siaga sbb tak sempat nk fikir... Sakit dan perit pastu ikut que untuk ambik gelang๐Ÿคฃ

Tak pe.. Kita usaha. Sekurangnya  ada jawapan usaha jaga diri . YA ALLAH..Sesungguhnya Allah tahu akan kelemahan saya dan bekalkan saya dgn kesihatan yang baik dan rezki yang melimpah. Insya alalh
 

Ya Allah pelihara kesihatanku. Jauhi dari wabak dan. Ampunilah dosa ku


Saliva

Nasal

Berjayaa
Alhamdulilah 



Friday, December 3, 2021

Terkadang

Ramai yang mampu membina persahabatan, namun tak ramai yang mampu menghargai  nilai persahabatan. Bersahabat itu mudah tapi ikhlas dalam persahabatan itu susah.

ALLAH  sebenarlah telah tunjukkan kepada kita bagaimana orang sebenarnya, namun kita menepis mengatakan  "tidak , dia tak seperti itu". Akhirnya kita diajar Allah dari pengalaman dan muhasabah.

Benarlah.. 

ALLAH itu Maha Sempurna dan Mengetahui. Zahir yang kita nampak belum tentu menunjukkan sifat sebenar. CUKUPLAH...hati yang pernah ditusuk biarpun tiada nampak di mata tapi parutnya tetap ada. Itulah yang dikatakan.. Mata sering menipu..