Sunday, March 14, 2021

Siapa kita

Kalian usah risaukan kata-kata orang, kerana setiap dari mereka membaca dunia dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.
 Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Usahlah menjelaskan tentang diri mu kepada siapa pun kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. 

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.
"Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa..."

Eratkan silaturahim, walau sekadar berdoa untuk semua sahabat mu.




Monday, March 8, 2021

Ke makam bonda

Kami mengunjung pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Unic

Sunday, March 7, 2021

Kawan boleh hilang

Hari ini, kiranya kita kehilangan kawan, jangan sedih seolah-olah kita rasakan tiada orang yang nak berkawan dengan kita.

Di mana-mana kita berkawan pun kita akan ditinggalkan. Jangan terlalu rapat kerana apabila sudah rapat dan saling meluah perasaan, apabila terluka akan terasa pedihnya.

Kawan yang baik pun belum tentu akan baik selamanya.
Kawan yang ada ketika susah pun boleh berubah hati. Jika dia setia, jangan sesekali meninggalkannya.

Hidup kita bukan selamanya akan kekal. 
Tiada sesiapapun bukan pengakhiran dalam hidup.

Kita ada Allah.
Dia tempat kita mengadu.

Jangan sia-siakan hidup kita pada orang yang tidak pandai menghargai.


#saa

Kau apa tahu..

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.
.
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..


Kredit: Indahnya Perkahwinan

Saturday, March 6, 2021

Siapa kita di mata orang?



كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا 
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri.

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya berbeza, maka tak perlu berlelah-lelah untuk nampak baik di mata orang lain.

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك 
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah berkesudahan.

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ 
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai.

Sumber : Dr Sholehah Kaswari

Kisah kambing

Kau pergi jua
Walau payah melepaskan
Itulah hukum alam

Hatta binatang pun kita sayang
Kesakitannya kan dirawat
Setiap momen jadi kenangan

Semuga anak2ku tabah dan Allah gantikan baka mrs mama yang boleh mewarisi sifat keibuannya lagi.

#ikutsunnah


kau pergi jua akhirnya


menyediakan susu

merawat kesakitannya

raikan cinta Aceh

 

Selamat Pengantin baru dek na dan Thaqif.

gah betui singgahsana dibina. 

Ini antara budaya masyarakat Aceh. Menjadi tetamu dan pengiring pengantin lelaki dari MALAYSIA hingga ke Aceh.. Allah  takdirkan untuk saya kesana untuk bercuti dan dapat melapangkan minda dari persoalan semasa. Terasa indahnya bila kita mengenali orang baru dari yang tak pernah kita kenal. 


Menyambut salam persaudaraan dari saudara seagama di bumi Islam Aceh. Biarlah kaya akhlak dan budaya dari berpura-berpura di bumi sendiri.  Miskin harta bukanlah ukuran untuk saya melebarkan salam. Malah saya lebih selesa melayani dan mengenali mereka. Tak perlu diukur kenderaan apa yg digunakan tetapi bila dan di mana sujud mereka yang terakhir. 

Alhamdulillah. 

Allah gantikan yang pergi.. 





makan apa tu



pernahkah terfikir
rambang mata 
mana satu nak mula
mana satu nak cuba
pelbagai rasa
pelbagai nama
untuk kita
jamah bersama

ini bukan olok-olok
tapi realiti hidangan diterima
seketika berkelana ke Aceh
Hidangan di  Melaubuh amat mempersona
meraikan pengantin
biar jauh
kita bina persaudaraan
kita dari rumpun yang sama
islam pegangan dijaga

terima kasih ibu yang mengajak saya untuk meraikan perkahwinan dua negara.

2/3/2000

#raikansahabat
#takkenalpunkitakawan
#sahabatsyurga

Monday, March 1, 2021

Jika bukan SEKARANG bila lagi

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur..

Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.
Aamiin ♥️

CNP



Sunday, February 28, 2021

Sepi



Sepinya Di Dalam Hati
Dirundung Pilu Rasa Perih
Sendirian Aku Berbisik
Oh Merintih

Takkan Pernah Aku Mengalah Kecewa
Biar Gelita Badai Melanda
Tak Terhapus Perit Jiwa
Ku Berserah
Teguh Berdiri Dan Terus Bermimpi

Pedihnya Jalan Berduri
Terus Melangkah Tiada Gentar
Sakitnya Jiwaku Meniti Lara

Takkan Pernah Aku Mengalah Kecewa
Biar Gelita Badai Melanda
Tak Terhapus Perit Jiwa
Ku Berserah
Teguh Berdiri Dan Terus Bermimpi

Oh...

Biar Rebah Tak Mengapa
Biar Sakit Ku Melangkah 

lirik n song by ainaabdul







Saturday, February 20, 2021

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa



عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tiada disisinya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan (tiada disisinya), nescaya malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan, kesihatan juga kesejahteraan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Setelah kematian kita kelak


Telah berkata ulama: 

“Jika engkau ingin melihat dunia setelah kematianmu, maka lihatlah dunia setelah kematian selainmu.Tatkala engkau merenung dalam bagaimana manusia lain melupakan orang-orang yang mereka cintai setelah mereka meninggal dunia, pada saat itu pasti engkau akan yakini bahawa mereka-mereka yang paling mencintaimu dan mengasihimu di saat ini, juga akan melupakanmu setelah kematianmu, atau mereka akan disibukkan dengan urusan dunia sehingga tidak lagi mengingatimu. 

Oleh itu, perbaikilah amal perbuatanmu, kerana ia-lah yang akan menjadi temanmu di dalam kuburmu dan akan senantiasa bersamamu kelak di sana”. 

Semoga Allah menjadikan pengakhiran hidup kita husnul khatimah.

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله وصحبه حق قدره ومقداره العظيم



Tuesday, February 16, 2021

Terima kasih sahabat

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.🌹
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.🌹
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.🌹
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.🌹
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.🌹
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...



Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... .. ❤️🌹

 

merah itu Cinta
 

happy Together 





Perindu