sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, January 3, 2021
1.1
Selamat ulang tahun diney
Semuga Allah berkatimu sebagai anak solehah yg membahagiakan family dan ummah.
Dulu.. Tokchu jemput Diney dari KMC ke rumah. Dan itu juga pertemuan kita degn aruah tok wan diney.. Selang 5 hari shja lepas tu aruah meninggalkan kita
Al fatihah buat abg iparku jua
Abg Awang Hj Che Mat. Abg ipar sulong dlam fmily besar saya. Alhamdulillah abg ipr yg sayang saya dan menggelarkan saya dengan sportlight sebab mata saya. hihi
Friday, January 1, 2021
Berkejarlah
Bila hati kau
Ingin...
kejar dan terus kejar ....
Bisik la pada hatimu
supaya
semalam
adalah peluang yang Allah beri
utk sementara...
sekurangnya2 kau
pernah di situ merasai cerita itu....
Dan hari ni
adalah kisah berbeza....
Kuatkan hatimu...
Kerana jika tidak
kau akan terus hanyut dibuai mimpi semalam...
Selamat datang 2021
Thursday, December 31, 2020
Ulang tahun Disember
Pejam celik makin anjak usia dan makin membesar insan2 kesayanganku
Ada yg saya ingat, ada yg lupa.
Kekangan tugas membataskan saya untuk fokus. Ini adalah diantara ank/cucu saudara saya yg dilahirkan pada DISEMbe.
09/12 shahir ank saudara
11/12 munawarah cucu sdra
I2/12 farhana anak saudara
22/12 shahmi
23/12 naem
27/12 balqis cucu
28/12 Jemima cucu
29/12 Abdullah
30/12 Ain
Duhai anak generasi ku..
Dari kecil hingga dewasa kasih syg tiada beza. Cuma jarak dan waktu membataskannya. Doa saya buat generasi tercinta semuga dipandu ALLAH perjalanan hidup ini dan dijauhi dari menghampiri zina dan maksiat juga fitnah dunia. Jadi generasi yang berakhlak mulia dan bersyukur.
lovmyfamily
Monday, December 28, 2020
Kuasa Doa
Ingat lagi masa dalam flight transit dari Jeddah ke Istanbul,
Duduk sebelah seorang makcik ni, dengar dia cerita pasal anak-anak dia
Sorang anak dia lama tak dapat anak, selalu doa pada Allah minta anak kembar
Tup-tup Allah izinkan dapat anak kembar, dapat sepasang lelaki dan perempuan
Makcik tu sambung cerita lagi lepas anak dia dapat anak kembar baru tahu betapa susahnya nak besarkan anak kembar
Bab penat tak cukup rehat jgn cerita, berebut anak nak minum susu badan lagi
Belanja pun double, susu 2 kali dari biasa, pampers berganda kena beli..masuk nurseri lagi nak bayar 2 orang serentak
So masa saya dengar tu saya angguk-angguk je la..kita mana ada anak kembar kan😅
First time dengar orang share experience ni terus boleh bayang tak mudah macam disangka
Makcik tu nasihatkan saya, bila kita doa pada Allah..Mintalah yang terbaik dari sisi Allah..
Sebab kita tak tahu apa yang baik..kita tiada ilmu pasal masa depan, kadang kita sendiri tak sedar kemampuan diri
Jika minta nak zuriat, mintalah dengan humble seperti permintaan seorang hamba pada Tuhan..
Tidak salah untuk sebut hajat kita pada Allah tapi kena acknowledge juga kita tidak tahu adakah hajat kita baik atau tak ,
maka mintalah Dia beri apa yang terbaik dari sisiNya..
Teringat saya kisah Nabi Musa dari sebuah buku yang saya baca,
Bagaimana Allah memuji adab berdoa Nabi musa a.s dalam Surah Qasas ayat 24:
فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Lalu berdoa (Musa):
"Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".
Simple je bunyi doa Nabi Musa ni,
tapi kenapa Allah rakam dalam Quran?
Rupanya ada adab-adab berdoa yang sangat penting untuk kita belajar dari doa ni antaranya:
1 ) Kekalkan sifat malu ketika meminta.
Ketika Nabi Musa menuturkan doa ini,
Baginda berada dalam keadaan paling 'desperate' sekali kerana baru tiba di Madyan setelah melarikan diri dari dikejar askar Firaun..
Perkataan فَقِيرٌ dalam doa atas menggambar keadaan Baginda yang 'sangat-sangat memerlukan' pada masa tu
Sebagai pelarian yang sehelai sepinggang, sudah banyak hari tidak makan..
tetap Baginda malu untuk 'mengarahkan' Allah memberinya sesuatu.
Maka Allah angkat cara doa Nabi Musa untuk dirakam dalam Quran untuk kita belajar sesuatu.
Peliharalah adab kita bila berdepan dengan Allah Yaang Maha Hebat.
Kerana status kita hanyalah Hamba disisi Allah.
2) Jangan berlebihan visualisasi ketika berdoa.
Nabi musa tidak minta diberi makanan walaupun hakikatnya Baginda sangat lapar ketika itu.
Tidak juga baginda minta diberi tempat berteduh walaupun pada masa tu Baginda tiada lagi tempat tinggal.
Nabi Musa hanya minta apa yang baik dari sisi Allah..
Ini disebut مِنْ خَيْرٍ iaitu apa yang terbaik dari sisimu
Kerana Baginda sedar Allah al 'Alim lebih mengetahui apa keperluan Baginda
Maka sedarlah kita bahawa bila memohon sesuatu kepada Al 'Alim,
berhentilah kita dari berlagak pandai dan tahu semuanya..😔
Astaghfirullah,
mustahil fikiran kita lebih bijak dari Tuhan yang menciptakan kita?
Ampuni kami Ya Allah yang selalu berlebih-lebihan dalam urusan dunia
3) Nikmat apabila Allah redha dengan HambaNya.
Kesudahan kisah doa Nabi Musa ni paling epik..
siapa sangka, Baginda Musa hanya minta Allah beri 'apa sahaja terbaik' untuk dirinya,
Lalu Allah kurniakan Baginda nikmat berganda-ganda
Ini diceritakan dalam ayat 25-28 Surah Qasas,
Allah kurniakan Nabi Musa isteri yang solehah, tempat tinggal yang baru serta pekerjaan.
Kurniaan Allah ini melengkapi segala keperluan Nabi Musa walaupun Baginda tak sebut apa-apa pun masa doa pada Allah
Kisah ini adalah pembuktian sifat Al 'Alim yang ada pada Allah, Dia tahu apa yang baik untuk hambaNya.
Bila saya membaca kisah ini , sungguh saya insaf dan revise semula cara berdoa saya..
Moga Allah redha dengan permintaan kita,
dan sentiasa beri apa yang terbaik dari sisiNya
Allahuma Amin ♥️♥️
*Silakan 'SHARE' supaya lebih ramai dapat beramal dengan cara berdoa yang sahih dari Quran .
Diizinkan untuk copy paste juga untuk sebaran.
#quranicparenting
Sumber: siti aminah sulaiman
Tambahan🎀🎀🎀
Sahabat
Mari kita sama -sama revise cara kita berdoa dan meminta-minta dengan Allah.
Memang, Allah suruh kita mintak padaNya dan Dia suka kita selalu meminta.Tapi sebagai hamba, jagalah adab.
Biasakan sebut. "Hanya Kau yang tahu perkara terbaik dalam hidup aku. Berilah yang terbaik pada waktu yang terbaik permintaanku ini Kau kabulkan".
Insyaallah hati sentiasa lapang dan tenang kerana kita sudah serahkan sepenuh hati kepada Allah Yang Maha Tahu tentang perkara terbaik untuk kita.
#keranakitaadaAlllah
Monday, December 7, 2020
Air nyok muda
Kita sama sama minum yg segar.
Kita minum dengan syukur
kita minum untuk sihat
insya ALLAH ringan ibadah
Saturday, December 5, 2020
Kerna
Manusia boleh lupa 1000 kebaikan dengan hanya satu kesilapan
Allah mampu ampuni beribu kesilapan dengan hanya satu taubat nasuha.
Friday, December 4, 2020
Rezeki kita tak sama
Tapi tetap ada
syukur
Alhamdulillah
Terima kasih Sahabat. Terharu, terpana, malu dan pastinya syukur yang mampu ku lafazkan. Ingatkan main-main saja tapi rupanya benar dan kenyataaan..
Tadi MR Hensome hampir hilang arah mencari lokasi.. inilah situasi semasa di tempat kerjaku. Atas nama pembangunan dan penaiktarafan, binaan bangunan baharu sedang rancak dilaksanakan. Selepas melepasi pondok pengawal fokuskan kepada penunjuk arah disediakan. Tersasar boleh ja berpatah balik.
Tepung Pelita ini rasanya asli. Kata kawan saya, macam bulan puasa, menikmati tepung pelita selembut dan semanis buah sahaja.
Kata seorang lagi, nampakpun dah menarik . Bila makan terasa kesedapannya. Tak dapat nak gambarkan.
![]() |
| Trenggg.... 💗💗💗 |
![]() |
| Bekasnya pun kemas |
![]() |
| Test dulu katanya😍😘 |
Memang tak mengecewakan. Menggamit rindu kepada masak emak.
Mengembalikan kesedapan kuih tradisional
Kalau tak percaya boleh oder sendirii
Contact :LAPIS LaYER
019 288 3232
Subscribe to:
Posts (Atom)



















