Menurut Al Allamah Al Arifbillah Al Habib Salim Asy-Syathiri.
MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?
Orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.
MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
Orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak mempunyai sedikitpun prasangka bahawa orang yang dia lihat seorang yang penyayang mampu mengkhianatinya.
MENGAPA ORANG BAIK KERAP DICELA?
Orang baik tidak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulakan sesuatu perkara.
MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Orang baik tidak ingin membagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.
MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI KEPADA MEREKA YANG MELUKAINYA?
Orang baik selalu memandang bahawa Allah sentiasa bersama dengannya, bagaimana ia akan mengeluh diatas sesuatu yang di tetapkan di atas kehendakNYA, itu sebabnya orang baik tak memiliki perasaan dendam dalam kalbunya…
Jika kau buka laci- laci di hatinya, akan kau temukan hanya cinta kepada Allah yang dimilikinya.
#MuhasabahDiri #TeruskanBerselawat
#iloverasulullah