Sunday, November 4, 2018

Saat diuji

“Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Allah sedang mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah! Janganlah cepat putus asa… teruskanlah melakukan qiamulail (solat Taubat, Hajat, Istikharah dan Witir). Amalkanlah juga Solat Sunat Fajar, Dhuha dan Surah Waqiah… InsyaAllah jodoh Sdri.Nana akan tiba juga suatu hari nanti..
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya agar sentiasa bersabar dan memohon pertolongan (dengan berdoa harap) hanya kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2: 153)

sumber TQ SHAFIQOLBU 

Thursday, November 1, 2018

saat ku teruja

Ya ALLAH
Kembalikan kesabaranku
dalam sebuah pertimbangan

YA ALLAH
berikan ku petunjuk
jalan keluar 
temui penyelesaian

Ya ALLAH
Aku tak sanggup diuji
lagi dan lagi

Aku tak sanggup
ulang kesilapan  yang sama 
berkali-kali

Leraikan kebuntuanku
Runtuhkan kebodohanku
Lenyapkan masalahku

YA ALLAH
ku akui kesilapanku
Dosa ku sebesar gunung
tapi tidakkah dengan beristifar 
runtuh dosa2ku

YA ALLAH
maafkan daku
aku hamba yang banyak dosa
banyak khilaf

berikan daku jalan keluar
atas kesulitan ku ini
berikan ku panduan
untuk membuat eP


steeeesssss dengan ep
aku cuba kawal diri
tanpa MU pasti ku lupa diri
tapi ku yakinku 
adaMU ya robb




Monday, October 29, 2018

seputih salju



Alhamdulillah
salji
membasahi 
bumiku malaysia

hanya di #floriaptrajaya

sejambak kasih

Rupanya ini draf yang telah saya tulis pada 2010 tetapi saya tak postkan ..Alang2 buat house keeping saya kongsikan apa yang telah dihadiahkan kepada anak2 saudara angkat saya...
dah macam satu family ..
terima kasih acik, wanie dan syida
semuga akalian sentiasa bahagia di manapun berada.
************ 

Apakah yang akan dihadiahkan  kepada seseorang sempena majlis konvonya??
Bunga adalah makna istimewa buat mereka tetapi lebih istimewa jika di sulam dengan kasih sayang.
Ini adalah cerita saya....

"KonvO acik ucu datang tau"
"akak, jgn lupa, konvo kami 7.10.2010.Nak bunga.... "
Ini antara ayat keramat yg berlegar2 di kepala saya menjelang konvo mereka. Sudah ku recce jarak lokasinya namun masih konfius mencari waktu yg sesuai. Bebanan kerja mngganggu pemikiranku seketika. Cuti yang di pohon terpaksa dibatalkan di saat akhir. Gara2 kunjungan audit banyak urusan yang belum selesai.

Konvo Wanie dan Syida di sesi pagi manakala konvo acik di sesi petang. Saya cuba memungkinkan kehadiran untuk bersama syida dan wanie meraikan kejayaan mereka, dgn sekuntum bunga pengukir janji yang terlewat. Namun hanya menjadi hayalan dan saya tak berpeluang meraikan kegembiraaan bersama mereka. Walau bagaimanapun nukilan kasih pengganti diri sempat singgah di telepOn mereka. Kata wanie it's touching dan kata syida really appreciate. Bergumbirala duhai adik2 ku,..hari ini kalian antara mereka yang layak menerima anugerah atas usaha kendiri. Bermulalah lakaran kejayaan dengan memiliki diploma, bakal disusuli pulak dengan ijazah cuma 3 tahun lagi . InsyaALLAH.

keceriaan yang dikongsikan bersama sokongan family..satu rahmat buat mereka  
TAHNIAH Acik..ucu datang kerana kamu dan terima kasih kepada family kk robizan yang  sgt2 sporting..Lepas bergambar semua..kita pekena ikan bakaq di putrajaya pula...
Terima kasih ALLAH

anak saudara ke 56

nama saya :Muhammad AKHYAR HUWAYDI
14 jan 2018
Muga menajdi  anak sholeh yang sihat dan membahagiakan kita di dunia hingga akhirat.











Wednesday, October 10, 2018

menOngkah

sesuatau yang tak pernah dilakukan
telah dilakukan
mencabar keberanian


syukur



kita dan alam
hanya sementara
peliharalah untuk generasi
nikmat untuk semua

Friday, October 5, 2018

sapa makan cili







Alhamdulillah..terima kasih ALLAH

Menarik pulak catatan ini..jika dulu guru BM ku cikgu Tuan Yah (semoga ALLAH catatkan pahala berterusan buatmu guruku) sering menyuruh kami mencari keratan akhbar dan  mengolah makna isi  kandungan juga ciri-ciri kenyataan diberikan. Izinkan saya mencari apa yang tersurat...sebab yang tersirat milik penulis sapa makan cili.. Terima kasih pemilik FB ini.


Di segi ejaan nampaknya ini bahasa melayu 'termoden' ...auwww( ni spesis aww mungkin). Penggunan kata ganti ceq itu adalah gantinama diri pertama dalam loghat negeri Kedah. Sikap penulis yang tak perlu orang pura-pura baik adalah dikagumi. Tahniah. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pura-pura baik?? Sepatutnya jelaskan dengan terperinci apa yang menyebabkan pura-pura tu . Apakah ciri-ciri  Abdullah bin Ubai atau abu Jahal??

"hati-hati dengan orang yang jerat kita sebab nak jaga hati kawan baik dia"... ayat penegasan yang menarik cuba diketengahkan ...Penulis telah terjerat dan mungkin juga kelemasan. Cuma kedalamannya ?  Mengapa pula penulis merasakan dirinya terjerat dan mengapa dia merasakan terperangkap??  Apakah sebab nak jaga hati kawan baiknya....kesian nasib penulis dia menjadi mangsa dalam kisah sahabat dari sahabat untuk sahabat kepada sahabat


Syabas.. dua perumpamaan atau peribahasa yang sangat signifikan dalam masyarakat kita dimanfaatkan. 
pakai baju ukur badan sendiri : Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
siapa makan cili dia rasa pedasnya: Whoever feels upset about it, it is because he is one of them who does it.

SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDASNYA' itulah satu perumpamaan atau peribahasa yang sangat signifikan dalam masyarakat kita . Nak ulas lanjut saya pun tak faham yang tersirat dan kita simpan sebagai kenangan. 

Semoga ALLAH ampuni khilaf saya dan beri panduan dan tunjuk ajarnya.


Thursday, September 27, 2018

Mati itu benar

perjalananmu bermula ...
"Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."

Apabila mata sudah tertutup terus, maka berakhirlah tempoh pinjaman kita.
Segalanya yang dipinjamkan oleh Allah swt semasa hayat kita hidup perlu dipulangkan semula. Jasad, keluarga, sanak saudara, kenalan, pekerjaan, harta, dan kesemuanya yang hanya pinjaman semata-mata perlu dikembalikan.
Dan pulanglah kita menghadap pencipta. Bersiap sedia untuk dipanggil semula di Hari Perhitungan.
Selamat jalan bekas rakan seopis di BTP almarhum MUHAJI ABD KARIM. Tenang dan damailah dirimu di sana. Perjalananmu bermula 27092018 ,Khamis @818 pagi seminggu sebelum ualngthun kelahiranmu..Telah disemadikan di Sekincan selepas asar pada hari yang sama.
Yang tinggal kini hanya cebisan kenangan yang pernah kita lalui bersama. Seorang sahabat @abang yang baik hati, suka bekerja dan sentiasa berlapang dada bila di kritik. Agak pendiam jika tak mengenalinya , suka memasak dan belanja makan juga suka berkongsi ide. Penerbit dan editor berpisah tiada, pelengkap sebuah cerita. Di sinilah bermula pengalaman terindah.
Kali terakhir saya jumpa dia memaklumkan penyakitnya namun dari riak wajak dan percakapan masih ceria. Kami terputus hubungan biarpun bertugas di satu jabatan. Dia di bangunan dan bahagian yang berbeza dengan saya. Dia orang bakat dan seni dan saya orang kejuruteraaan..ini lumrah bila bertugas di RTM. Waktu kerja yang berbeza dan sebagainya .
Selamat jalan sahabatku,
Untuk seketika, ku bersyukur telah dapat menghubungi saudara terdekatmu ( Pn Roshastina Hassan@anak saudara aruah) bagi mengetahui biarpun terlewat perjalanan terakhirmu semalam. ALLAH telah susun terbaik buatmu . Mengakhiri kesakitan duniamu dengan diangkat dosa dgn mendapat pengampunan Ilahi.InsyaALLAH. ALLAHu robbi..
YA ALLAH, rahmatilah saudara ku ini , berikan kelapangan di alam kuburnya dan cahaya amal menemaninya. Ampunilah dosa-dosanya nya tempatkan aruah di kalangan solehin .
Andai ada khilaf antara kita mohon maaf dan halalkan segalanya. Semuga damaimu di sana ,,,,,Terima kasih ALLAH mengajar ku tentang kehidupan dan mengenalkan daku dengan sahabat2 yang baik dan kita bahagia bersama dan merasai kehilangannya..
AL FATIHAH ( jom sama-sama sedekahkan buat almarhum Muhaji Abd Karim)


Terima kasih Puan lizaKasa atas perkongsian foto terakhir ini

gii...semuga mengalir pahala berterusan untukmu
AL FATIHAH
28092018

Monday, September 24, 2018

UPSR 2018_ain & wawa

mhn restu @2018

Assalamualaikum tok dan wan yang dikasihi.

Apa khabar tok dan wan ? Ain dah hadiahkan AL FATIHAH dan AL IKHLAS untuk tok dan wan tadi.  Ain mendoakan muga dicucuri rahmat dan di ampuni  ALLAH  atas segala dosa tok dan wan. Ain mohon maaf, lama juga tak datang ziarah di sini. Ain harap tok dan wan maafkan ain ye.


Dulu masa wan tinggalkan ain, usia ain baru 2 tahun dan seingat ain wan tak pernah marah ain. Wan riba ain dan bagi duit raya. Terima kasih wan...walaupun tak lama bersama tapi ain ingat wan seorang yang baik dan sayangkan cucu.

Tok..terima kasih tok. Dah 5 tahun ain tak dengar tok panggil ain. Jika dulu, ain sering didahulukan dan tok suka melayan ain.. Kalau lapar, tok suapkan dan tidor tok yang sorongkan bantal. Masa tok berpindah ke alam kubur, ain dah 7 tahun. Tapi ain tak pandai baca AQ lagi..Bila semua dok depan jasad tok yang kaku, mereka bacakan yasin dan ain pun amik juga buku yasin tu dan ikut depa baca. Alhmdulillah ain duduk kt tepi kaki tok masa tu. Kak Huda ikatkan tudung ain dan ain pun duduk bertimpuh bersama sehingga selesai.

tok dan wan.
Hari ini 24/9/2018, ain akan hadapi peperiksaan UPSR. Ain mai sini nak habaq kat tok dan wan.
Ain harap tok dan wan juga turut doakan ain dapat jawap peperiksaan UPSR 2018 ini dengan mudah. Ain dah usaha di rumah dan tuisyen yang dianjurkan oleh sekolah. Ain harap peperiksaan ini tak susah dan doa daripada family  mengiringi. Doakan kejayaan ain. Terima kasih tok dan wan, Ain sayang tok dan wan dan rinduu..   Ain balik dulu . nanti datang lagi


Ain nak ucapkan juga  terima kasih kepada guru2 SRI Islah yang telah mengajar dan mendidik ain selama ini. Dah 6 tahun ain belajar di sini dan ini merupakan tahun akhir ain di sekolah rendah. Semuga Ain berjaya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod kecemerlang untuk diri dan sekolah.

2012
Tambahan :

TERIMA KASIH Ain kerana berkongsi saat yang tegang bersama. Insya ALLAH ,berkat usaha dan disiplin diri sebagai pelajar dan hamba pastinya ALLAH memberi kejayaan buatmu. Semuga ALLAH berikan ketenangan untuk menjawap peperiksaan ini dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu exam.

Tidak dilupakan didoakan kejayaan juga mengiringi cucunda saya wawa yang turut mengambil UPSR 2018.  Good luck Ain dan Wawa. kami mendoakan semuga kalian dpat menghadapinya dengan tenang dan jayanya...Ini satu permulaaan ..jangan takut...jgan gentar..penanya pedang dan minda yang sihat...

Semoga berjaya anaksaudaraku Ain dan cucundaku Wawa.

24/9/2018

Wednesday, September 19, 2018

raikan cinta anas & shahira

15 sept 2018

Beralih satu fasa
Termeterai ikatan janji
Menggalas tanggung jawab
sebagai suami dan isteri
Anas ehsan
Jagalah hatinya
Sulam dengn kemanisan
Tegur dengan kasih sayang
Shahira
Jagalah dia
imam yang mampu memimpin
Tak goyah dek ribut
Tak tenggelam dek kelemasan
Baja dan semai
Dengan benih yg menjalar
Didikan lengkap
Dari family tercinta.
Semoga "masjid" yg dibina, kukuh sendinya, mantap tiangnya berbumbungkan keimanan dan ketaqwaan yg bahagia membawa ke jannah.
Doa family mengiringi perjalanan kalian..
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anaknda anas💞shera...

***************
Anak saudaraku ke 22 telah menamatkan zaman bujangnya. Tiada siapa menduga jodohnya telah tiba dalam masa terdekat. Berair juga air mataku ini seusai Anas selesai melafazkan akad nikahnya. Masjid Pendang menjadi saksi beralihnya tanggungjawap seorang ayah kepada menantunya.  Bila anas bersalam dan berpelukan dengan saya, ucap tahniah 'barokallah' saya bisikan dan sebak menyelubungi diri. Mungkin faktor usia, menjadikan diri ini cepat sense.

Anakku Anas, semuga menjadi seorang imam yang membahagiakan rumahtangga dan buat anakanda Shahera jadilah isteri yang taat menjaga keharmonian  dan kehormatan family. Semuga kalian saling berkasih sayang dan menghormati family.

   "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoir "(Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan),.

Sunday, September 9, 2018

sahabat....


-->
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Friday, September 7, 2018

apa habaq


mak? alhamdulillah
cuma ahmad sakit mata...tak boleh dok asrama nanti melarat kat pelajar lain pula.. penyakit berjangkit nie.... bahaya !!


ayah


-->
" cu, buatla kisah wan, tulisan yang dihayati. Tulisan yg hidup lahir dari hati "
Pinta anak saudara saya, ank Sara dalam ym nye pagi ni. Terimaksih sudi melayari blog yang dalam proses pembelajaran ni. Bantula cu berilah komen lagi. Insya ALLAH. Ada dalam perancangan. Adik kena bagi sokongan dan bersabar. Banyak yang tertanam di sanubari ni dan akan kita kongsikan. Cuma buat masa ni, apabila cu terkenangkan wan sama ada tika bekerja, solat, menulis atau baca quran sudah pasti ada mutiara kaca yang mengiringi. Hanya doa, fatihah, surah al ikhlas yang cu kirimkan khas untuk wan tika itu . Selain itu yassin dan tahlil masih menjadi amalan setiap hari. Mudah2an cu dapat isqamah dalam beribadah ini.

malam tadi abg zan sms cu ( 1:.43: 10/7/2009 )
salam cu, kenangan manis bersama ayah- 27 thn dulu, lepas 1st istimak Malaysia di KT, abg dok tunggu kerje waktu baru balik UK. Kami-ayah, abg Din, ank zul & abg keluar jemaah 10 hari di kwsan KK, habis di Taiping. Lpas tu setahun later kami pi istima' Yala. Bleh confirm dengan mak. Ya ALLAH berilah ganjaran abadi untuk ayah pi istimak' KT & Yala dan kluar untuk berdakwah. Agama penting dlm hdup & dakwah menghidupkan ruh agama. Doa supaya semua umat ambil dakwah as kerja kita. Allah Akbar

sms daripada teh (22.54:9/7/2009)
Salam cu,malam nie ib, dik de dan hussaini tidur ngan tok. Abg Mat, kak nab, ank Siti dah sampai umah Nizam kt Sepang. A Din pi last night, anak Salleh dan 2 adiknya naik bas malam nie ke istimak. Husaini pi check BP tadi-106/65.

cik wan pun sms cu(18.57:9/7/2009)
cu, cu tau tak, group kakak cipta solar boat dapat tempat ke 3. 2 hari p SM Pokok Sena, Kepala Btas. Tempat 1 dan 2 boleh masuk prtandingan peringkat kebangsaan. cu mcmna? KW bukan nak kata tapi x boleh dok sorang pasti nak nangis. ingat saat akhir ayah..

terimakasih anak2 saudara, abang juga kakak2 saya yang berkongsi rasa dan kita saling membicarakan tentang ayah. Kata seorang sahabat cu bertuahla ayah masih diingati dan disayangi walaupun tiada di mata kini. Bercakap memang mudah tapi bila kita merasai barulah tahu erti "ketiadaan, " erti "kehilangan" dan "makna sepi ". Saya menghargai apa jua bentuk nasihat, panduan hidup, cerita suka dan duka kerana saya mahu semua orang bahagia dan membahagiakan orang2 yang saya sayang. Mungkin ini cara kita untuk saling bertanya khabar dan berutusan kerana masing2 berjauhan dengan kg dan kita bersaudara.
Utk itu, bersyukurlah kita, kita mempunyai ayah yang sempurna, melaksanakan tgjawp sebagai suami,ayah, guru besar SKCK, pengerusi SKAP, pengerusi SMP, bendahari masjid ar rahman yang amanah dan seperti kata mak ayah bekerja bukan kerana mengejar wang ringgit tapi kerana tanggung jawb.
ayah-----pakar matematik,
ayah-----berkemahiran dalam pertukangan & pertanian
ayah-----pembaca setia harakah
ayah-----mindanya sentiasa aktif dan suka membaca hinggalah saat akhir membaca artikel kejadia
n pembunuhan di masjid al ghurran di naratiwat 8/6/09 dan satu kisah isteri sambut suami bwh pokok.
"cukupla 'otak tak boleh nak pikiaq dah" itulah ayat yang cu dengar bila tanya nak baca lagi tak metro satu hari di penghujung hayat ayah.
ayah juga seorang yang memakmurkan masjid. Subhanallah.

Ayah lah yang teristimewa dan selayaknya ayah di jemput dengan begitu lembut dan tenang
berbahagialah ayah....terimaksih ayah.....
KAMI SAYANG DAN MENDOAKAN AYAH- ALFATHIHAH


ketika kaki dan tangan berbicara


Akan datang hari
Mulut dikunci
 tak terkata lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita
tiada pandangan
dari mata kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya


Tangan 
Kaki 
Mulut 
Mata hati 
Luruskanlah
Kukuhkanlah

Di jalan cahaya
yang sempurna
Mohon kurnia
buat HambaMu
Yang hina
hulurkan hidayah ILAHI
petunjuk AZALI

selagi belum terhenti