Thursday, July 19, 2012

tiket ooo tiket

Wahai pihak penguasa hatta JPJ, POLIS, Bahagian perlesenan, bahagian pengangkutan atau sewaktu dengannya...Tolonglah pantau-pantau aktiviti senyap ini...Senyap ke?? atau saya yang ketinggalan keretapi ( maklumat )..ayuh bukan senyap lagi tauu...

Seingat saya, segala urusan tambang telah diwartakan dan sekiranya ada perubahan samada pengurangan( MUSTAHIL) atau pertambahan(kerap berlaku) di bincangkan di kabinet dan dapatan diperolehi. Dua hari lepas saya telah menjengah ke kaunter tiket  untuk membeli tiket bas balik kampung..Boleh dikatakan saya ni pelanggan tetap setiap bulan/selagi ada hayat. insya::ALLAH kampung tetap dihati.. Tapi ..kali ini penjual tiket bas PuduRaYA-PDG telah sewenang-wenang menaikkan harga nya. Apaaa????tambahan  RM6??  Alasan diberikan ' oohhh harganya berbeza bila hujung minggu. Ada waktu2 harganya lain=lain lah kak). MasyaALLAH apa kes nie...

Ala2 tergejut berok(pinjam ayat ustaz Jamnur Azhar-beruk pun tak tergejut macam tu), mula lah saya kata..aik baru jer beli 3 minggu yang lalu harga sama jer. awat tak habaq pa pun..ni awat pulak nie? nak suruh pakat2 doa bengkrap ke??..pot pet jugak rupanya saya.. Sekadar melepaskan perasaan TIDAK SETUJU dengan tindakan penjual @pengusaha bas yang  mencekik rakyat ni..  Tagline konun mesra rakyat tapi hakikatnya rakyat jadi sasaran. Jikapun nak kaut untung, tolonglah pikirkan pengguna yang memerlukan perkhidmatan mereka dari masa kesemasa. Selagi ada pengguna, bisnes tak bangrap bahkan bertambah mesra lagi.. Mau tak mahu, si penjual tiket nie boleh pulak ubah ke harga normal..RM39 nett. Alhamdulilah dapatlah saya membeli pada hari ni dengan harga biasa namun saya masih tak merestui cara mereka. 

MORALNYA,Kemungkinan tabiat ini akan berterusan dan pengusaha akan terus mengambil kesempatan atas kepasiti kenaikan harga semasa. Wajarkah rakyat akan terus dihimpit dan menjadi aset keuntungan mereka?? Kepada pihak berkenaan tolonglah buat serbuan dan pantau-pantaulah situasi ini dari masa ke semasa.. Janganlah tunggu nak raya baru turun padang...Kuatkuasakan undang-undang .Teringat pulak siri TV Hijrah..laukana bainana...apakah kita akan mematuhi undang-undang yang termaktub atau ?

TERIMA KASIH ALLAH Atas segalanya

2 comments:

mama ju, said...

Salam Ain,
Selamat menyambut ramadan al muibarak.
Adu kat tv kot, baru pihak2 tu nampak!

ainhany said...

waalaikumusalm mamaju,

sama2lah kita imarahkan ramadan kali ini...

adu???? hai kena cari producer aduan rakyat nie....dan2 tu pakat buat kerja kan..mekasih mama..