Wednesday, July 12, 2017

myhero


dia HERO kami
mengemudi sebuah sekolah rendah era 1970an,
hingga kini 
DIA masih diingati
dialah guru untuk selamanya
SK Charuk Kudung 
dalam ingatan 

ALFATIHAH buat almarhum ayahku
HJ MANSOR ABDULLAH

Tabung subuh

alhamdulillah..berdikit-dikit, bila istqomah, jadi banyak

Tabung subuh melengkapkan pagiku. Pesan tuan guru yang mursyid, lazimi bersedekah di awal pagi, Peluang ku ambil dengan mudah, memasukan duit setiap pagi  ke tabung ini secara berterusan. Lokasinya  di atas meja dan memudahan untuk ku laksanakan.

pasti soalan berikutnya?? Hingga bile dan untuk apa ??
Hingga bila-bila dan bila ada program di masjid ataupun sumbangan derma/wakaf /infaq/anak yatim dll, saya akan menggunakan duit tabung subuh ini untuk dimanfaatkan. Alhamdulillah selama saya mengamalkan ni , saya tak pernah keputusan wang. Ini satu kejaiban.

Bila ada majlis ilmu, saya asingkan duit ini dan  saya bawa bersama untuk di infakkan nanti. Begitu juga trend saya balik kg, atau dalam status musafir saya akan gunakan duit ini untuk disedekahkan di tabung masjid yang  saya singgahi. Cukuplah saya katakan ...ianya menjadikan saya lebih bersemangat menabung bagi kegunaan begini.

Begitu juai Ramadan baru-baru ni, saya menggunakan sepenuhnya duit dari tabungan ini, Rasa kepuasan  bila banyak benda dapat dimanfaatkan sebagai saham akhirat.  Alhamdulillah.syukur berterusan melihatkan senyuman mereka yang menerimanya.

Kaedah Tabung subuh ini perlu dipraktikkan dalam satu family. Menjadi teladan buat generasi bersikap amanah dan jujur,  HARI INI pasti satu CACATAN terbaik untuk di jawap dengan ALLAH kelak. Nikmat ALLAH kita kongsikan....

Jadikan kebaikan ini untuk kedua ibu ayah saya yang telah mengajar kami memberi. Tabiat almarhum ayah dulu yang suka menyeluk sakunya dan memberikan kepada orang yang dia jumpa pasti saya ingat. Saya pernah cemburu bila kawan2 saya yang datang ke rumah pasti diberikan duit sebelum pulang. kadang tu ayah beri kepada anak2 mereka dan ada juga kepada ayah meeka.  Terima aksih Ayah yang telah mengajar saya secara tak langsung rahsia memeberi dan bersyukur.

Dikongsikan pengisian dari ajaib sdekah subuh (terima kasih)
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai – tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas – sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH

APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?

Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu

TUGAS ANDA SEKARANG?

1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini – saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA – siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan…
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..

Friday, July 7, 2017

buah tien


akhirnya membuahkan hasil. terima kasih ALLAH menghadirkan buah tien di laman .
subhanallah sgat sedap dan mgg manisss

Thursday, July 6, 2017

lov MESRAHOME

lov myfamily 


terima kasih
bersama 
MESRAHOME

Hadirkan kami doa
bisikan kami semangat 
bekalkan kami sokongan
salurkan kami sumbangan 

langkah kami satu amanah
biarpun mereka ditinggalkan
mereka tak dipedulikan
mereka diabaikan

kami juga saudara mereka
walaupun hanya jarak usia 
Hakikatnya kita serupa
asal jadian 
dari  ibu dan ayah yang sama

bahagialah duhai nenek2 ku
kami peduli
kami bersama
kita nangis dan ketawa
dan kita lengkapkan MESRAHOME bersama

**MESRAHOME adalah sebuah rumah kebajikan orang-orang tua yang berkonsepkan RUMAHKITA dan pastikan kemesraaan bersama. Walaupun ada di kalangan mereka telah dijemput ALLAH, MESRAHOME tetap merasai kehilangan mereka . Biarpun dikalngan mereka ada saudara tetapi tak dipedulikan ataupun mereka diabaikan, MESRAHOME cuba menerapkan kaedah memaafkan dan mendoakan. Semuga waris mereka diberikan hdayah dan mengambil peluang untuk mengecapi nikmatnya kebersamaan bekeluarga.

saya?? hanya seorang volunteer yang dekat dihati mereka dan bersama MESRAHOME

maryam & mariya

hello

say hai

they love an animals

dua ank manja kesayangan daripada kenalan saya dari canada.
petah berbicara dan berani orangnya. Rindu pula dengan kemanjaan mereka

Maryam yang sulung berusia sekitar 4 tahun tetapi seorang yang berani mencuba. Dia tak takut dan aktif. Puaslah jika nak bersembang dan berjoging bersama.brpeluh dibuatnya

adiknya mariya  tak pandai bercakap lagi tapi dah pandai tiru aksi kakak. tengok tu hatta ulaq pun dia berani pegang..kita yang risau kan..


are you remember me again ??miss our princess

Monday, July 3, 2017

Air tangan Raub

asam rong

Gulai asam rong satu-satunya menu  makanan tradisi yang terkenal di Raub.  Buat pertama kalinya saya menikmati nya. Terima kasih sue yang menyajikan makanan tradisi yang sedap dan ingat sampai laaa. Ikan patin tempoyak yang mavelos juga masih dalam ingatan.

Hidangan ini sangat menyelerakan. Sekali pendang macam sayur air tetapi ada lemak manisnya di distu. Rupanya proses untuk menyediakannya agak renyah. Saya abaikan ayam dan cuba mengawal minda untuk menerima makanan ini. Alhamdulillah kuahnya tiada aroma daging ayam tersebut dan tekak saya boleh menerimanya.

Rupanya Raub ini mempunya masakan istimewa. Selain asam rong ini, gulai tempoyak dan sambal hitam adalah  antara pilihan wajib jika kita singgah sini. Sama-sma kita kutip pengalaman dan ambil tahun dan rasai kenikmatan yang dianugerahkan ALLAH.

Jika tak kerana misi ziarah, saya tak mengenali Sue seorang kakak yang bertanggung jwab menjaga dua adiknya yng istimewa. Terima kasih menerima kunjungan kami dan semuga ALLAh beri kekuatan berterusan buat sue dan adik2nya .

sue , si tudung  hijau

Ziarah Ramadhan ke kuala boh

kami sampai

rumah yang dihuni pakcik ni terletak di lereng bukit...

terimalah seadanya..

mereka menghidupkan 


tetiba suasana menjadi hingar 

sesi di dapur 

mereka antara generasi  

berjimba seketika

Ramadan 23,menemukan kami dengan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Boh. Satu-satunya perkampungan orang asli yang seratus peratus beragama islam.  Seramai 153 keluarga mendiami  pos ini. Alhamdulillah masjid yang terletak di tengah-tengah penempatan ini  menjadi paksinya.  Kami juga merasai pengalaman  solat terawih  yang diimamkan oleh imam jati di sini . Subhanallah lancar bacaannya dan memberi rumusan mereka sedang dan terus berusaha mengajak penduduk di sini mengimarahkan masjid dan program keagamaan khususnya di rumah ngaji .

Kehijauan dan kesegaran perkampungan ini dirasai .Air sungai keruh yang mengalir ganas sesekali mngingatkan saya mangsa Kuala Dipang satu ketika dulu.  Namun mereka semua lebih arif dengan suasana ini. Menjejaki perkampungan ini  dengan langkah demi langkah seperti mendaki bukit . Jalannya  bersimen  dan selesa menjadi laluan utama  dan di lerengnya rumah-rumah -rumah mereka.Walaupun rumah disediakan oleh kerajaan namun masih ada yang mengekalkan rumah berdinding buluh beralas rumbia. Inilah warna kehidupan sebenar mereka.

Di kesempatan ini juga, kunjungan ziarah membawa kersama misi sumbangan buat mereka. Beras danbeberapa  keperluan semasa di serahkan dan diraikan seketika sebelum iftar. Alhamdulilah menu yang disediakan cukup bagi  menampung  satu kampung.

TERIMA KASIH ALLAH
Terima kasih ALLAH yang memberikan saya ruang dan peluang untuk bersama dalam misi ziarah ni. Satu pengalaman yang di tempuhi  bahawa ISLAM for ALL @ islam milik semua. Kita semua adalah da'i yang sewajarnya terus menjalankan misi dakwah. Usah dipinggirkan agama dengan kehidupan.
 Begitu juga sempena ramadan kita digalakkan unuk memberi dan membuat kebajikan. Salam disambut dan senyum mereka membawa makna kita semua adalah saudara dan marilah kita bantu mereka yang memerlukan. Desakan ekonomi yang kita tempuhi juga dialami oleh mereka di luar bandar. Walau pun persekitaran mereka adalah aset bernilai tapi jika tak diteroka dan dikongsikan ia tak membawa sebarang makna.


Semuga mereka  istiqomah dalam islam.
terima kasih kuala boh...mendamaikan

Monday, June 19, 2017

fitrah


tak pernah menduga
ku ulangi lagi 
meredah susur selekoh
menyusuri damainya kehijauan

terima kasih ALLAH
kunjungan ramadan yang bererti 
ke perkampungan asli
MUSLIM SEJATI


subhanallah...
Islam for ALL
we lov ISLAM

22 ramadan1438

Sunday, June 11, 2017

11 Jun

Assalam

11 jun 
Pertemuan akhir kita

Masih ku ingat
Redup matamu
Tangan yg mengusap lengan dan kepalaku
Tangan yg ku dicium 
Di lambaian akhirmu

Di hujung kakimu
Ku gosok lembut
Merelakan perjalananmu

Di hujung telingamu
Ku bisikan qalam terakhir

Namun terlalu mudah 
Perjalanan akhirmu
Belum puas menyaksikan
Senyummu
Di penghujung hayat

Anugerah terbaik buatmu ayah..
Seorang suami yg dhormati
Seorang guru di sayangi
Seorang yg mengimarahkan masjid
Dalam gelap malam
Suram pagi
Panah mentari
Langkah sama mengejar jamaah
Biarpun setapak demi setapak
Takbir pertama bersama imam
 masjid jamiul rahman
Menjadi saksi

Semuga Allah berikan anugerah terindah buat almarhum ayah..mengampuni dosa dan mendapt kerehatan di taman2 syurga..
Amin

11 jun 2017

Monday, May 29, 2017

Ahlan wasahlan Ya ramadhan

Selamat datang RAMADHAN 1438H

Semuga ini Ramadhan terbaik kita

pengisian
perubahan

lebih banyak air mata keinsafan
lebih banyak memaafkan
lebih banyak memberi
lebih banyak membantu
lebih banyak yang sunat
lebih banyak menjaga 7 anggota
khatam AQ

dan lebihkan zikir dalam diri
ingat ALLAH 
ALLAH ALLAH ya ALLAH

lebih banyak meminta
lailatulqadar
hajat dimakbul
dapat berpesta ibadah di masjidilharam
berkunjung di maqam rasulullah
juga solat didepan kaabah
mati dalam membuat kebajkan
mati disaat baik, di bulan baik  tika dosa semua terampun
dgn husnul qatimah

andainya ini ramadhan terakhirku...
terimalah segala amal kebajikan ini
hadiahkan kebajikan  buat kedua ibu bapaku yang amat banyak jasanya .
andai bersisa jadikan asbab mengharamkan daku dari nerakaMU
RedzaMU ya Robb amat ku dambakan
Ampunilah daku dan pandulah jalanku supaya dekat dengan MU
mensyukuri dan meredhoi
ALLAH adalah PEMILIK segalanya
   
4 ramadan1438
#ingatanuntukdiri