Friday, February 24, 2017

hitea bersama anak syurga 3

Majlis Hitea bersama anak syurga turut  dihadiri tetamu jemputan..
Istimewakah dia ?
sapa yee??
rujuk banner semulaa....hihii
saya suka foto ni..

NATIPAHABU
sapa kk pah?
dia seorang insan dari utara yang pekat menggunakan loghat utaqa tika berbicara
ayu wajahnya, sopan berbicara,
punya follower beribu banyaknya
teropong dari jauh..

punya kisah pelbagai rasa
tetap tegas dalam tindakannya

di matanya ada harapan
di hatinya terbenam rasa kemanusiaan
di jiwanya bersarang kasih sayang
tona keibuan jelas terbayang

dia ibu di kalangan terbilaag
dia kakak di kalangan ribuan
dia hamba di sisi Tuhan
suri di mata sang suami
idola di mata generasi


*******************
Dia seorang sukarelawati(aktivis)  yang telah menginfakkan dirinya untuk kerja amal. Dari ceruk pendalaman ke seberang laut . Turut serta  ke seberang sempadan juga di celah kota raya  meredah dalam misi prihatin dan kemanusiaan. Dia hanya seorang yang biasa, tetapi dengan keyakinanan masih ada diluar sana perlu dibantu, diberi mata kail, dibantu dan diberi peluang untuk berkongsi rezeki bersama. Beliau turun padang melihat sendiri penderitaan dan keresahan masyarakat di luar sana. Atas keyakinan inilah, kini FB beliau telah mencecah 12,569 people(24/2/2017). Dialah perantara kita yang telus melaksanakan amanah .Kita semua adalah AGEN ALLAH yang sentiasa bersedia memperbahuri niat dan iktikad dalam mencari keredaan dan ahmat ALLAH Taala.
**************************************************

* Seputar di Hitea Bersama Anak Syurga*

Terima kasih ALLAH yang telah memberikan kami peluang untuk bertemu dan bermesra dengan anak2 syurga.  Menyantuni dan meraikan tetamu datang . Kepada yang ditemui, salam di hulur, ukhuwah dijalin.. Terima kasih juga kepada team FAREEDA WARNA CERIA  yang datang rombongan satu bas dari utaqa. Begitu jua pengurusan ANA EDARr yang turut menyediakan goodies produk nya. Kagum !!dengan pihak  pengurusan syarikat berkenaaa, !!  Mereka cintakan kerja kebajikan!!  

Saya perhatikan Kak Pah cuba menyantuni dan beramah msra dengan semua hadirin khususnya anak-anak syurga  dan amnya semua tetamu yang hadir. Di mata mereka ada telulusan terpancar. Hebat aura Kak Pah ..walaupun kali pertama pertemuan , dia cuba melayani tetamu semua. 

Atas sebarang kekurangan itu adalah kelemahan kami ...dan dipohon kemaafan 


24022017 @ainhany
 


Wednesday, February 22, 2017

Hi tea bersama anak syurga siri 2

banner dan bunting dalam visi yang sama 
Disebalik tabir,..
banner dinaikkan di PRISMA OPTOMETRIS BANGI tiga hari sebelum berlangsung majlis. Ia dapat dilihat dari jarak 100 meter lebih dengan  ukuran banner 19 x 4 kaki.  Alhamdulillah ini adalah satu indikator segalanya bermula di sini ....

"Bunting " pula direka lebih kurang 26jam dari majlis berlangsung . Setelah berbincang dengan Elli,seorang penerbit TV beliau mencadangkan gimik perasmian perlu diadakan ; Fikirkan seminima mungkin dan terhasillah  gimik yang simple dan menjimatkan.
Ini antara potret anak2 syurga yg mewarnai galeri kita . Saya cuba mengalihkan potret yang diterima menjadi satu gambaran keceriaaan . Ini satu cabaran  yang menjadi dan teruja untuk menyiapkannya. Terima kasih Puan Emiy yang mmbantu mmpercapatkan proses kerja ini 

alhamdulillah VIP kita dapat menyempurnakan majlis ini 

Majlis HITEA BERSAMA ANAK SYURGA INI telah  dirasmikan oleh DR. ZAQRUL RAZMAL BIN MOHD PODZI. (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hospital.). Beliau juga merupakan seorang aktivis  yang banyak terlibat dalam misi kemunusiaan ke Syria.  Terima kasih Dr. Zaqrul, sudi bersama kami walaupun jemputan diterima di saat akhir. Sesi santai  yang menceriakan... 


senyum terukir lambang ketulusan ..

Majlis juga turut meraikan ulangtahun kelahiran adik  Muhammad Izzsyraq dan Nur Zara Khairiyyah. Wah potong kek ye,,Kek coklat ini pula dihias indah dengan sentuhan kasih sayang oleh Puan Emiy. 

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU BERDUA
ALLAH MULIAKAN KAMU 
ALLAH BERKATILAH  KAMU 


YA ALLAH Jagakan semua anak2 syurga yang kami raikan ini 
Hindari mereka dari sebarang wabak musibah yang berterusan 
Lapang dan luaskanlah  rezeki kami 
Ya Rozaak , Ya Wahabb Ya Kariim

ada tikanya
mereka tak dipeduli
tapi yang pasti 
mereka disayangi

ada tikanya mereka menyepi
merintis pada Yang Memiliki
namun senyum kian terukir 
kerana yang pasti
Mereka tahu hikmah tersembunyi


ainhany@18022017




Hitea bersama anak syurga siri 1

Bismillahirohmanirohim

ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat ALLAH taala yang telah memperkenankan doa kita
Kejayaan Hitea bersama anak syurga adalah berkat doa dan kerjasama daripada semua pihak. Segalanya bermula daripada cetusan hati Pengarah Prisma Optometrist Bangi yang sangat suka membuat kerja kebajikan ,Satu group wassap Mesra bersama Anak Syurga dibentuk.  Tanggungjawab mencari target terletak di tangan Puan Vieda , Puan Tim  dan Puan Ezza.. Puan Emiy bertindak sebagai pengarah logistik. Selain itu Puan Natipah sebagai penyelaras projek sentiasa memantau perkembangan.

Alhamdulillah sasaran awal hanya untuk 15 orang anak syurga dari sekitar selangor dan Kl sahaja tetapi  akhirnya kami berjaya mengumpulkan sebanyak 31 orang anak-anak syurga . Perancangn ini dibuat  kurang dari tiga minggu  Alhamdulillah program ini  telah mendapat sambutan ramai. Anggaran kasar melebihi  daripada  200 orang tetamu yang hadir  .Aneka makanan turut dihidangkan sama ada dari air tangan pemilik prisma maupun penyumbang dermawan....
Banner ni saya suka...
cantik dan menepati kemeriahan majlis.
d sini saya nampak konsep keceriaaan dari hati turun ke hati
element grafik dan warna-warni kehidupan 
 Penganjur bijak mengadun warna hijau sebagai tema program
hijau makna kelembutan dan keamanan
hijau itu indah
ALHAMDULILLAH

Saya mengucapkan  terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HITEA BERSAMA ANAK SYURGA  . Menerusi FB  NATIPAH ABU kita war-warkan untuk mengumpul dana bagi program ini. Hanya ALLAH yang membalasnya dan kami telah menyempurnakan amanah yang telah diberikan .Kepada semua penaja yang turut hadir dan menyumbang seperti  ANA EDAR, Fareda warna Ceria Sg Petani dll, Kalian telah menyaksikan sendiri  situasi anak-anak syurga yang kita santuni.

anak syurga sering dikaitkan dengan anak OKUdan anak yatim  tetapi kali ini kita menebarkan anak syurga ini dalam erti kata lebih global. Mereka adalah insan-insan terpilih yang menghadapi pelbagai penyakit kronik sejak lahir dan memerlukan pemantauan berterusan dari pakar perubatan. Mereka tak pinta dilahirkan begini( macam lirik lagu)> Mereka memerlukan kos perubatan yang agak tinggi dan sokongan dari kita semua..   

apa yang di perhatikan ada anak  yang dikendung, dalam sroller, sedang bertatih, juga anak yang meraba mencari arah adalah latar cerita yang berlaku. Di antara mereka tiada suara tangis kesakitan melainkan jika ada jerit  ketakutan melihat Mr Clown> Inilah dunia anak yang pertama kali tengok clown kan... ,,
saya suka backdrop ini kerana ia dilakari dengan wajah mereka..Mereka adalah  diantara 31 anak-anak yang di raikan.terima kasih menjadi lanskap mjlis kita

wah meriahnya mcm ada pesta kutip coklat
inilah aksi bebas ketika ambil foto beramai  


melatari sebuah kisah kehidupan, mereka adalah insan terpilih yang memerlukan sokongan dari kita semua. Lihatlah wajah2 ibu dan ayah yang tenang dan tabah dalam menggalas satu tanggung jawap menjaga khalifah ALLAH.
belajarlah dengan kehidupan , kelak kau lebih mengerti erti kepayahan
belajarlah dengan alam kelak kau tau erti kesyukuran
berusahalah belajar kerana belajar itu universiti kehidupan  
  
18022017

Monday, February 13, 2017

ku pohon doa..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

bermula dengan berbual biasa...sekadar merancang sesuatu yang belum pasti..
namun kini kian menghampiri kenyataan
Subhanallah

hanya ALLAH yang tahu betapa ALLAH juga yang menggerakkan hati2 yang lembut dan ringan tangan untuk menghulur sumbangan sama ada moral, tenaga maupun kewangan.. Alhamdulillah
YA ALLAH catat kebaikan dan kebajikan buat semua yang telah turut membantu untuk menjayakan program amal ini. Hanya DIKAU YA ROBB yang mengetahui segalanya..Bukakan pintu2 kebaikan agar lebih ramai mencintai,pintu2 keselamatan , pintu kasih sayang, pintu rahmat, pintu rezki juga pintu syurga buat kita semua...


Saya mohon kepada sahabat semua ..mohon doakan perjalanan program ini berjaya dengan sempurna. mencapai misi dan objektifnya. Walaupun pelbagai rintangan namun saya pasti, ALLAH sedang meluaskan pintuNYA untuk saya bermuhasabah....saya akui kelemahan dan kemampuan diri ini .. ALLAH jua yang jaga saya juga kita semua dan sebagai agen ALLAH saya hanya mampu melaksanakan seadanya .Segalanya saya serahkan ke ALLAH.

YA ALLAH saya mohon keampunanMU, berikan petunjuk dan jalan kebaikan buat team saya untuk menjayakan misi ini. Ampunilah kami atas kcuaian dan kelemahan dan bukakan hidayah dan rahmatmu buat semua dan permudahkanlah..
Doakan kami ye ..


YA ALLAH
catatkanlah amal kebaikan ni buat kedua ayah dan ibuku,

ayah.,
emak...
restulah perjalanan ku ini
maafkan anakmu ini...saya rindu sagt....

ainhany14022016