Monday, January 23, 2017

Hami Asraff: Hari Esok Belum Pasti

setuju...satu koreksi buat diri

#masihadayangsayang

[KASIHANI ANAK YATIM PIATU INI]
Mahukah anda membantu seorang anak yatim piatu yang kini sedang dirawat di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)?
Dia, Mohamad Redzuan bin Mohammad Tarmizi (anak sulong dari empat beradik), telah diterbangkan jauh dari Langkawi untuk dirawat di PPUM kerana ada tulang rusuk yang baru tumbuh (dahulunya patah akibat kemalangan) sehingga hampir mencederakan paru-parunya.
Akibat daripada kemalangan itu, Redzuan telah lumpuh daripada paras dada sehingga kaki (T3,T4,T5 COMPLETE PARAPLEGIA ASIA A).
Dan hari ini, doktor mengesahkannya mempunyai beberapa masalah kesihatan yang lain pula. Ginjalnya membengkak. Disebabkan itu kencingnya berdarah. Belum tahu apa puncanya.
Kakinya turut bengkak dengan tiba-tiba. Sebelah menjadi sejuk dan sebelah panas. CT Scan dibuat dan doktor masih belum temui punca.
Sungguh, saya resah. Air mata mengalir saat membaca kiriman mesej daripadanya. Entah bagaimana anak itu melalui malam ini tanpa teman.
Dan hari ini, Redzuan amat memerlukan bantuan atau sumbangan untuk membiayai bil rawatan serta kos rawatan susulan yang bakal dilakukan. Mengikut anggaran kos :
1) Bil hospital: Belum tahu lagi (kerana masih di PPUM)
2) Ubat dan suntikan: RM 1700.00/setahun
3) Rawatan susulan: belum tahu lagi
4) Monkey Bar (for bed)
Sejujurnya saya tidak mengenali insan malang ini. Namun atas dasar prihatin dan mahu melihat dia kembali ceria, membuatkan saya terpanggil untuk membantu meringankan bebannya.
Saya sebak melihat senyuman palsu di bibir kecilnya itu. Dalam hati saya turut menangis mengenangkan dia yang sendirian menahan sakit di katil putih itu.
Berkali-kali saya cuba membayangkan perasannya, namun hanya Allah yang tahu.
senyum penawar duka..
Entah bagaimana pula adik-adiknya yang lain meneruskan persekolahan tanpanya di sisi. Hanya kasih sayang Tok (nenek) pengganti kasih ibu ayah. Sungguh tidak terbayang andai saya yang berada di tempatnya itu....
Apabila ditanya tentang keluarga lain, tiada jawapan daripadanya. Saya cuma anggap keluarga lain juga hanya dapat membantu setakat yang mampu sahaja.
Marilah kita bantu anak yatim piatu ini seadanya. Paling tidak, bantulah menyebarkan posting ini dengan harapan ia dapat membantu meringankan beban yang dihadapinya. Jika bukan kita siapa lagi?
Semoga kita semua mampu menggembirakannya semula dan menaikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.
Mudah-mudahan bantuan serta sokongan yang diberikan menjadi saham akhirat buat kita kelak. Amin.
MOHAMMAD REDZUAN MUHAMMAD TARMIZI
CIMB (706 1599 6540)
Sebarang pertanyaan boleh terus kepada saya. FB : ismi Hayati

catatan peribadi dari insan prihatin yang mengajak semua untuk sama2 membantu..jangan tunggu bila lagi..kerana diri kita semua dia dalam genggaman ALLAH

Thursday, January 19, 2017

Doa buat dekwan

Bismillahirohmanirohim

“Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kami mohon padaMu Ya Allah, berikan  MUHAMMAD  REDZUAN BIN MUHAMMAD TARMIZI    penawar bagi penyakitnya supaya dia dapat menjalani hidupnya sebagai seorang muslim yang mukmin yang sihat dan segala musibah yang melanda menghapuskan segala dosanya dan diganti dengan nikmat yang penuh hikmah, Dialah juga Yang Maha Penyembuh lagi Maha Pengampun. Amin.”

Hadiahkan AL FATIHAH khusus untuknya...Mudahan membantu ringankan kesakitan yang ditanggungnya. 
Ya ALLAH sembuhkan dikwan
Ya ALLAH sembuhkan dikwan
Ya ALLAH sembuhkanlah dikwan
Amin

Terima kasih menjadi sebahagian daripada supporter dikwan. Saat dia lemah kita sama2 tadah tangan memohon keselamatan, kesihatan, keberkatan dan rezki berterusan buatnya......Dia juga sebahagian dari ujian buat kita yang sihat dan normal.

Terima kasih ALLAH

19/1/2017@AD lagi

Tuesday, January 17, 2017

tika diuji lagi....

Assalamualaikum wbkth

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang.
MAKA bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya
Untungnya  bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda ALLAH swt sayang kepadanya,

Semuga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa REDZA atas ujian dan ketentuan ALLAH swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang TERBAIK.

ALHAMDULILLAH

Terima Kasih ALLAH..Jagakan dikwan untuk kami

#Doakandikwan
18/1/2017

Wednesday, January 11, 2017

Merah matanya

Assalamua alaikum para sahabat yg singgah di blog kk ni
Terima kasih ...kali ni KK berkongsi lagi tentang dikwan

Antara sabar dan redza..
Lafaznya mudah diungkap bukan sekali tp berkali kali kita mendengarnya bila diterjah ujian dan malapetala..sabarlah ye..ini ujian..kamulah pilihan Allah...
Ya benar tapi pengalaman ketika mengikuti skill menghadapi mangsa banjir di kelantan  banyak membantu. Terima kasih Team ikram. Dalam Misi kami Prihatin di kelantan, saya praktikkan skill tersebut..Kita tak boleh mengganggu emosi mangsa dgn perkataan sabar..kerana  tahap kesabaran mereka telah sampai ke kemuncaknya sehingga mengancam emosi dan tindakan.
Maka...kita perlu selami mereka dan zahirkan rasa simpati..dengan cuba bantu tenangkan mereka..bantuan mungkin berbentuk tenaga, wang ringgit juga doa atau sekurang2 hulurkan senyuman..

Hari ni. dalam situasi yang lain di lokasi yang lain:
11 jan 2017 @1630. Dikwan di uji sakit lagi . Sarafnya bagai di cucuk- cucuk . Wasap yg diterima pendek "..Ucu....Ceq sakit ni..sakit sangat..,Ucu tolong belikan painkiller..ceq tak tahan..." Duhai anak..bertabahlah...ucu akan carikan nanti...
Bila saya sampai ke katilnya di hospital. .sepi..rupanya dia tertidur dalam kesakitan melampau..saya dekatinya dengan memanggilnya beberapa kali...ohh enaknya tidurmu nak....saya cuba selimutkan badannya kerana lazimnya dia akan merasa sejuk hanya  di bahagian dada keatas
kerana hanya itu yg berfungsi.
.
Kesian dikwan di takdir Allah hilang keupayaan dari paras pinggang ke bawah kesan kecelakaan jlnraya 3 tahun lalu..selepas ibu dan ayahnya di jemput Allah. Tetiba matanya dibuka,ku tenung wajah kusamnya.. Ya Allah dik..merahnya matamu..dikwan menangis lagi?? Angguk saja dgn pandangan  sayu....ucu dah bawa ubat ni..kita makan ye..tp ceq tak makan lagi ni...makanan ptg pemberian hospital disambut tawar...

Menggeleng tp ku pujuk juga agar dia makan supaya perutnya tak kosong menanti esok..
Ok..kita makan ubat ye...jamahlah makanan  ni sikit ..syukur. Dia rela mkn sebab tak sanggup menanggung sakit lagi..usai makan ubat dgn nada yg rendah..dipanggil saya..nape dikwan?? Ucu ada sini..ceq tidur naa supaya lega pasni... Kuyu matanya mengikut arahan ku..

Maafkan ucu ..bukan memaksa cuma kasihankan kesihatannya yang tak menentu akhir2 ni..Sakitnya ketika membuat scretching memberi impak kepada sarafnya. Memang menjadi rutin harian dia akan menghadiri sesi fisioterapi  sepanjang bermukim di hospital ini. .Untuk kesakitan kali ini sengaja dia tak maklumkan ketidakmampuannya mengikuti sesi itu kepada  pakar fisio yang bertugas..Dia mahu cepat sembuh boleh balik kampungnya di Langkawi. . Juga mahu membuktikan bahwa dia boleh berdikari dan membantu adik2 nya...tapi hakikatnya...  .
painkiller

Sejak mengenalinya saya mula study...jenis2 wheelchair dan ciri-ciri yang sesuai utk orang yang menghadapi  masalah tulang saraf.   Tentang SCI- spine cord injury, serangan AD, neorophathic pain dan beberapa nama2 ubat yg diperlukan....terima kasih Allah yang mendedahkan saya dgn ilmu medicine sedangkan saya cuma berlatarbelakangkan engineering .

Selepas sejam setengah ...saya terpaksa kejutkan dia untuk makan ubat  rutin hariannya..puas juga mengejutkannya kerana  ubat metacol ni perlu di kunyah..dah masuk dlm.mulut tapi macam org mengantuk disorong bantal..takut tercekit pula nanti...
Mau tak mahu..mukanya ku basahkan..barulah matanya terbuka luas dan dia mula menguyah ubat itu...alhamdulillah..
Sakit lagi tak?? 
Dah kurang ucu..tmkasih tau teman dikwan..maaf dikwan sakit sgt td...ucu..ceq x solat maghrib...
Serius saya tanye lagi,ceq nak solat la ni kaa.  Ni dah berpeluh ni...cadar dah boleh perah..baju dah lokoisss. Nanti kita tukar baju dan ceq lebih selesa solat kan
Alhamdulillah...diwan dah merasai manisnya solat.. Solat lah dik...kita pun sama2 minta kat Allah yang Maha Penyembuh.
.
Ya Alllah.berikan.keampunan buat dikwan..dialah anak sulung dari 4 beradik yang diuji tika usia mncecah 16 thun..Apalah yang mampu anak kecil seusia itu berfikir selain bergantung harap kepada nenek pengganti emak dan ayah  yang tiada...berikan dia kekuatan jasmani dan rohani agar mampu bersaing dengan dunia luar..

Ya Allah dgn kudratMu, berikan satu keajaiban buat dikwan. Keluarkan segala penyakit yang singgah di tubuhnya dan gantikanlah  dengan nikmat sihat yang berkekalan. Sembuhkanlah dikwan ,,

DIK WAN
yang hebat..anak surga kami. Berbeza dgn  anak yatimpiatu lain dia bukan sahaja diuji tanpa ibu dan ayah saat ini. Tetapi juga berjauhan dengan nenek kesayangan nun di Perlis.Tambahan lagi terpaksa berdikari dengan wheelchair untuk memudahkan pergerakan.. Perpisahan dgn tok walaupun bersifat sementara   tapi memehat kerinduan yang berterusan...

Dia adalah insan yang sabar dan redza. Banyak bermuhasabah dan mencari hikmah disebalik satu satu musibah . Hari ini ALLAH uji dia sebab nak UJI orang yang sihat...apa yang telah kita buat untuknya....Ingat kita semua MILIK ALLAH dan bila2 masa sahaja kita akan jatuh dan dijemput kembali...Berbuatlah sebanyak mungkin kebajikan kerana itu satu pelaburan akirat yang berkekalan....

Tepuk dada tanyalah IMAN...

ainhany

Friday, January 6, 2017

bertabahlah dek wan

assalamualaikum wbkth

Terima kasih ALLAH yang masih memberi untuk ku bernafas hingga ke tahun 2017 ini. Mudah-mudahan sahabat blogger yang singgah di sini juga sihat dan bahagia di tahuan ini.. Terima kasih sudi singgah ya..
*****************************************************************
catatan ini adalah catatan pengalaman  di PPUM  @ dikwan


sakiiitttnyaaa

aduiiiiii huihhhhhhhuuuhhh
pedihhh
ucuuuu sakittt
kenapa tak potong je tulang niiiii
rasa mcam di siat-siat tulang belakang niii
Ya ALLLAHHH

ke kiri salah 
ke kanan juga salah



YA ALLAH nak
berat sekali ujianmu
terlalu sukar ku mengerti
Namun
air mata menyeka di kelopak matamu
menahan pedih yang teramat
Keseorangan menanggung keperitan 
tanpa tok yang menyabarkan

menangislah nak
merintislah
lemparkan rasa keperitanmu
mungkin
tangisan itu bisa meredakan deritamu
airmata menghanyutkan kenyiluan 
juga ubat menembusi lukamu 

rawatlah dia
agar deritanya tak panjang
lenanya menjadi nyenyak
nangisnya bertukar senyum


Maafkan ucu dikwan, Hakikatnya ucu tak setabah kamu menghadapi ujian seperti ini. Ucu menangis sebak meyaksikan penderitaanmu di malam itu..hanya ku mampu membacakan beberapa ayat syifa  dengan bergantung harap  hanya ALLAH bisa cabut kesakitannya itu .

Terima kasih para jururawat yang bertugas yang telah memberikan layanan baik buatnya. Ubat menjadi senjata terbaik bagi merawat kesakitannya....Hanya ubat bisa menidurkannya dan membuatkan dia  berehat seketika . Tidurlah duhai anak...muga mimpimu menjadi panjang dan esok boleh cerita dan ceria lagi...............

.4 jan 2017