Ya ALLAH di
saat ini saudara kami sedang diuji dengan kebakaran hutan berterusan di Fort McMurray, Alberta, Kanada. Kebakaran
ini telah memusnahkan tempat tinggal penduduk, menghancurkan lebih dari 1.600 buah rumah
dan bangunan yang ada. Punca sebenar masih belum dikenalpasti namun perubahan
iklim adalah salah satu faktor penyebab kebakaran,
Fort McMurray terletak di
kawasan penghasilan minyak Kanada. Daerah ini disebut-sebut memiliki cadangan
minyak terbesar ketiga di dunia. Namun hingga kini situasi kebakaran telah mewarnai kawasan aman tersebut.
faktanya di sini:
Fort McMurray fire now too large, too fierce to stop without rain
Bayangkan rakan saya dan familynya hanya menyaksikan menerusi media massaa apartmen yang
pernah mereka diami kini punah dalam malapetaka dasyat ini. Ia sesuatu yang amat
menyedihkan. Api marak begitu cepat dan merebak dengan kekuatan angin yang berterusan. Usaha pemadaman juga diteruskan namun pembakaran ini sukar dikawal Air dari tangki tak dapat meredakan kemaraan api tersebut. Apakah rahsia ALLAH disebalik kepanasan api tersebut.
“I couldn’t control my tears,” said the 46-year-old mother of two. “It’s so hard to imagine how we’ll move on.”--petikan
Berat mata memandang, pilu hati mendengarnya, namun segalanya punah kini. Kita semua dibawah jagaan ALLAH. Bayangkan ketika arahan pengosongan bangunan dikeluarkan , mereka
hanya sekadar mengeluarkan keperluan harian
dan siapa duga rupanya itulah saat terakhir mereka di bangunan tersebut. YA ALLAH berat rasanya ujian yang diterima,
Kita yakin ALLAH akan turunkan bantuannya bagi menyelamatkan makhluknya. YA ALLAH kau turunkan bantuanMU,hanya curahan air dari RahimMu mampu menghentikan api yang semakin galak itu, sejukan kemarahanMU dan redakan tiupan angin itu. BERIlah kemaafan atas kesilapan yang lalu dan berilah keselamatan, ketenangan dan gantikan dengan yang lebih baik daripada ini
Boleh baca di sini lagi:
Buat sahabatku Qudsia dan family,
ALLAH lebih tahu bahawa kalian adalah antara insan terpilih untuk menerima ujian ini. Betapa sabar dan redzanya kalian bila ujian demi ujian ditempuhi.Bersabarlah duhai hati, ALLAH pasti memberikan rezeki, keselamatan, kesihatan dan ketenangan buat kalian semua.
YA ALLAH gantikan kebaikan buat mereka, jagalah mereka dan kasihanilah saudara kami yang sedang diuji. Dua Ramadan yang melakar sejarah paling buruk dimata kta tetapi pasti ada hikmah disebaliknya. Mohon para sahabat dan pembaca yang menbaca entry ini dapatt turut mendoakan baut mereka di Fort McMurray, Alberta ni.
Cukuplah ALLAH bagi kami...
Cukuplah ALLAH bagi kami...