Tuesday, May 24, 2016

seputar di PESTA BUKU PBKL2016

Bismillahirohmanirohim

Pesta buku 2016..
Hari minggu merupakan  hari untuk ku berpesta.
Memandangkan  hanya MAEP ia bukan sahaja mudah tetapi lokasinya juga agak menyenangkan. Kemudahan parking kereta juga banyak dan bayarannya sebanyak RM3/sehari kita boleh berada selama mana suka dan apabila petang( selepas jam 4.00ptg), tiada bayaran dikenakan.
Sudah menjadi kelaziman ku, acapkali PBKL dianjurkan, kehadiran ku lebih dari dua kali.


Lawatan pertama merupakan  lawatan persahabatan, recce kata bahasa broadcasting atau survey bahasa mudahnya. Membuat tinjauan dan meneliti buku-buku baru, lokasi booth dan yang best dapat baca buku hingga puas dari booth ke booth. Tiada sebarang larangan untuk kita memilih dan membaca buka. Penat berdiri boleh duduk dan penat mata boleh singgah ke pentas untuk menikmati  selingan pelancaran buku, persembahan atau sebagainya  Selain itu  kedudukannya agak selesa berbanding tahun sebelumnya. Secara jujur saya setuju dengan pandangan sahabatku, jika dulu laluan sempit dan boleh bertemu bontot(maaf cakap) kini tidak lagi. Begitu juga berebut ruang solat dan tempat mengambil wuduk selain tandas dalam satu-satu masa.

Di MAEP, ruangnya agak luas bagi memberi  keselesaan kepada pengunjung PBKL2016. Saya juga dapati food track memainkan peranannya menyediakan menu dan makanan yang memenuhi cita rasa. Walaupun begitu perlu diambil perhatian tentang harganya, biarlah memadai kerana pengunjung tiada pilihan dan bukan masa untuk mengaut keuntungan semata-mata. Pihak berkenaan perlulah membuat kawalan harga bagi menjamin kepuasan pengguna.


Lawatan keduaku pada hari Ahad 8/5/2016 merupakan ruang waktu untuk ku terus mencapai buku pilihan dan membayarnya. Agak lama juga saya meneliti buku YANG DIPAMERKAN. Ada juga  buku yang sesuai dijadikan buah tangan sebagai hadiah saham akhirat. Ilmu saya  tak banyak mana, amalan pun kurang tapi hanya ini satu cara boleh dipraktikkan untuk beramal jariah .






terbaharu sempena PBKL2016
Di satu sudut saya dapat bertemu dengan Lepat yang baru melancarkan buku barunya.Tahniah Lepat
dah berjaya mencipta namanya dengan menghasilkan karya keduanya ALIM LAM HAMZAH YA  .  Cuma satu harapanku, sampaikan ilmu agama dengan jelas dan kembalikan akidah islam yang sebenar, muga ummah dapat diselamatkan . Bukunya menarik cuma bahasa dan kalam tasaufnya perlu dipermudahkan. Bahasa jiwa bangsa dan ilmu jugalah yang mendidik peradapan negara


Sdra PYAN 
Di sudut ITNM saya bagai terpana dengan limpahan buku novel, puisi yang terbaharu dan menarik . Sinopsis yang ditinggalkan membawa mesej kemanusiaan, keagamaan juga kemasyarakatan.  Saya sempat menyentak sebuah novel  dan sebuah buku puisi . Untuk kali ini juga saya bertemu dgn PYNHABIB satu-satunya seniman yang saya pernah kagumi ketika di bangku sekolah dulu. Cara penyampaian sajaknya dulu... "suaraaa suara.".masih segar dalam ingatan saya. Hari ini beliau di tarik ke pentas mini untuk menyanyi...Apapun lantunan suaranya, itu adalah kata hatinya...Orang seni memakna seni dalam kehidupan mereka.   Begitu juga Saleh Sudin juga membuat persembahan nyanyian puisinya bersama iringan gitar.

berkenan dengan muka depan terus 

Sedar tak sedar, waktu dah mengamit jam 9.30 malam. Ruang booth menjadi semakin pudar apabila mereka mula menutup ruang booth dengan kanvas. Ya petugas juga empunya masa untuk rehat  merana mereka perlu bertugas untuk esok yakni isnin yang merpakan hari penutup

Saya katakan..pesta kali ini adalah pesta buku paling santai dan saya bangga ini menjadi paltform tahunan  kita menikmati bahan ilmiah yang terkini.










time out...see you next year





Sunday, May 8, 2016

Mengenali Air Kangen -Siri 1

Assalamualaikum wbkth

Apa tu?
Air kagen?
Ada pula air asid dan  air alkaline..tangpe tu?
macam pelik jer namanya ?
Korea ?
Jepun?
Malaysia ada kaa?

----------------------------------
Ye itu antara soalan yang biasa jika kita diperkenalkan dengan air alkaline ini
Jika tak kenal kita tak tahu tapi jika kita dah tahu khasiatnya memamg TERBUKTI BERKESAN Dengan IZIN ALLAH

KANGEN WATER= ALKALINE WATER= BACK TO NATURE 


Perkataan KANGEN adalah dari bahasa Jepun yang bererti kembali kepada alam semulajadi .
Oleh itu  air ini adalah hasil kaji selidik para saintis di Jepun.
Kajian juga mendapati tahap PH air ini setelah melalui prosesnya adalah bersifat ALKALI .

Sample diberikan kepada anda yang ingin mencuba Kangen Water .
Maklumat / bekalan boleh hubungi :
ISMI HAYATI :   013 9059027
Kawasan: KL/SERI KEMBANGAN /SHAH ALAM

Lagi info tentang air kagen: sila berkunjung ke :
KAK ADIB BATU LONGCHAM
KANGEN MALAYSIA

Kita kongsi sebab kita sayang semua.
Semuga semua hidup sihat, dapat beribadah dengan tenang.
Jadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan minum untuk sihat
Lebih sihat,lebih hebat, ramadahan lebih bererti

nantikan siri seterusnya


Thursday, May 5, 2016

Ole oleh Mekah

Terima kasih ALLAH yang telah menjaga saudaraku sepanjang mereka menjadi tetamu Allah
Mudah-mudahan ALLAH menerima ibadah mereka dan kita juga dapat menjejakinya satu hari nanti. Doakan KK.

Terima kasih atas ole-ole yang diberi. Saya menghargainya .dah le cantik, sedap . wangi dan menyelerakan...Alhamdulillah 


sejadah, tasbih, kurma, coklat, minyak wangi,roti croissant...

pertama kali makan terus jatuh cinta..

family kami...

sambulah salam kami ya rasul..