Wednesday, March 9, 2016

Terima Kasih kak Pah

Bismillahirohmanirohim
dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tarikh : 8 nov 2015
Lokasi: Pusat Jagaan Sri Mesra@ MESRAHOME, Ampang


ALHAMDULILLAH. Dengan penuh kesyukuran, saya panjatkan kehadrat Ilahi, impian mengundang  insan mulia ini diizin ALLAH. Terima kasih ALLAH, Walaupun insan ini terpaksa menunda tarikh kepulangannya ke utara namun hasrat kini menjadi nyata.

Lebih kurang jam 3.30 petang,MESRAhome mula disapa oleh seorang demi seorang yang menggunakan password "saya ini kawan kak pah". Ooh mereka juga seperti saya menggunakan password 'saya ni kawan kak pah" ketika memperkenalkan diri semasa berpeluang menziarahi satu asnaf di Subang Bestari . Dengan password itu kami diraikan namun bezanya saya menziarahi family tersebut tanpa kak Pah tapi hari ini kak pah akan ada bersama-sama.

Insan mulia itu adalah PUAN NATIPAH ABU merupakan aktivis sukarelawati yang  berasal dari utara. Beliau banyak membantu asnaf fakir miskin, kurang bernasib baik, orang yang menderita sakit kronik, gelandangan, anak yatim dan insan terbuang daripada family. Beliau  juga tidak meletakan syarat ketika membantu, sama ada bayi hinggalah orang tua dan di negeri mana sekalipun. Prinsipnya, apabila mengetahui kes, beliau akan turun ke  'lapangan' dan barulah disalurkan bantuan mengikut keperluan .Beliau sendiri yang akan menyelidik dan sekiranya perlu dana dilancarkan atas nama "tabung untuk 'sekian sekian'....Beliau hanya memuat naik kes ke dalam FB nya apabila fakta dan input tepat telah diperolehi . Manakala tabung itu akan dilancarkan dan ditutup dalam jangka waktu terhad sahaja. Media Fb bagaikan umpan buat kita.

Saya kagum dengan cara amal baktinya...
Beliau melakukannya kerana beliau suka,.She love it . Memang dia insan yang dipilih ALLAH untuk melaksanakan kerja amal ini. Dari raut wajahnya pun terpancar wajah suci dan luhur hati. Tutur bicaranya bersopan dan begitu menyantuni baik yang muda maupun yang tua. Selain peramah beliau mempunyai karisma tersendiri. Jadi tak hairanlah,FBnya mempunyai sejumlah friend dan beliau akan menyapa & menghargai semua rakan maya yang bertamu. Di FB nya juga beliau akan berkongsi perasaan dan secara jujur ia menyentuh hati. Bakat penulisannya juga terserlah., Andainya kk pah berupaya menerbitkan sebuah buku, pastilah saya diantara mereka yang memesan 'preorder'

Sebagai salah seorang penyumbang yang terus dan akan menyalurkan ke tabung yang beliau uruskan saya rasa bertuah kerana sumbangan itu terus ke sasaran. Yang susah dibantu, yang payah diringankan dan yang sakit di rawat  dan yang jauh didekatkan.  Semua sumbangan sahabat FB setelah diwar-warkan  akan dikumpul dan akan diserahkan kepada orang yang benar-benar memerlukannya..Terima kasih kerana menjadi orang tengah yang amanah.  Biarpun fizikalnya kecil comel tetapi jiwanya kental. Hebat, dia memang  wanita yang hebat, seorang wanita,isteri juga ibu kepada anak2 yang cintakan kerja amal.  Wanita biasa yang bergerak sendirian tetapi memikul amanah yang besar. Dalam masa yang sama dia juga boleh dikatakan menjadi ibu dan pembimbing kepada pertubuhan rumah anak yatim daerah Kuala Muda dan Rumah Sri Kenangan.

Hebat, dia wanita yang hebat,
Ada ketikanya beliau turun naik pejabat zakat, pejabat tanah, berjumpa pihak bank, sekolah maupun hospital bagi membantu meringankan beban kes sebuah famili. Beliau cuba mencari saluran bantuan yang sepatutnya diterima. Adatnya seperti beliau memberi pancing dan  umpannya perlukan usaha dan semangat berterusan, Bolehlah dikatakan beliau sebagai 'agen pencari pahala amal' yang akan menyulusuri kampung, denai, lorong dan merasai perit payah hidup serta tempat menangis bersama.

Biarpun begitu ada ketikanya ada saja halangan apabila pihak yang tak suka beliau menghebahkan penderitaan seseorang yang berada di dalam kawasan mereka. Inilah yang dikatakan politik dibawah tempurung. Realiti yang berlaku di masa kini cuba di'hidden'kan .. Itulah antara cabaran yang terpaksa dihadapinya. Hebat tak ?? Bukan semua orang mampu di uji sedemikian rupa ...Bagaikan di aibkan bila fakta cuba dipadamkan bagi mengabui mata masyarakat.

Siapakah wanita hebat ini? Ya dialah puan NATIPAH ABU atau lebih mesra di sapa dengan dengan nama kak Pah sahaja. Walaupun usianya lebih muda daripada saya tapi kematangannya dalam dunia kerja amal  wajar disegani dan dihormati. Untuk mengenali kak Pah boleh rujuk ke FBnya. Tulisannya dari hati kepada hati. Terkadang dengan sapaan tulisannya berjaya meruntuhkan benteng keegoan diri. Apatah lagi jika bukan air mata yang mengiringi dan lembut tangan untuk memberi...Subhanallah. Coretan dari kata hati yang diluahkan menerusi FB NATIPAH ABU benar-benar menyentap jiwa kita. Kita sebagai pembaca juga tak perlu was-was untuk memberi kerana saluran yang kita pilih adalah tepat dan sampai kepada target. Dialah pemegang amanah yang setia dan dia lakukan kerana ALLAH untuk ALLAH. Peranan besarnya sebagai orang tengah menyempurnakan amanah kita dan yang penting dia berkongsi rasa dengan kita dan memberi peluang kita untuk bersamanya melaksanakan misinya.

Panjangnya intro ini ku nukilkan....balik ke laman MH..
kak pah tak melepaskan peluang menyantuni warga MH
Di laman MesraHome, saya menanti nanti kehadiran kk Pah. Ini adalah pertemuan kedua dengannya setelah pertama kali bertemu di ramadan tempohari. Ketika itu saya mencuri sela waktunya. Kak pah diundang oleh sebuah bank untuk berbuka puasa bersama .Sebuah bank yang banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada kes yang sedang ditanganinya.  Alhamdulillah kk Pah terus menyapa dan memberi salam sebaik turun dari kereta dengan wajah ceria yang sama seperti yang dilihat dalam FBnya...Terima kasih ALLAH yang telah merealisasikan impian saya untuk meraikan kak Pah di MH.  Kehadiran sahabat maya Kak Pah di perkarangan MesraHome menceriakan petang hari minggu ini.

Di antara sahabat FB kak Pah ini bukan sahaja yang sering bersapa dengannya tetapi juga ada di kalangannya yang "silence reader". Inilah kebaikan FB jika dimanfaatkan. Kami saling berkenal- kenalan dan mereka semua para pencinta kerja amal. Malah juadah petang turut dibawa sekali. Juadah air tangan Puan Rahimah Bangi  amat kami hargai..Terima kasih kak Rahimah. Muga ALLAH ganjari pahala dan berkat makanan yang dijamah ini akan memudahkan kami untuk beramal. Warga MESRA diraikan dan disapa dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kakak2 dan adik2 sahabat kak Pah yang sudi hadir ke MESRAHOME. MESRAHOME merupakan pusat jagaan orang tua yang terletak di Taman Watan. Sehingga kini ada seramai 9 orang warga emas di sini yang memerlukan perhatian dan sokongan bersama. Suasana kekeluargaan menjadi amalan bersama.

Terharu dengan cara kak Pah dan sahabatnya menyantuni WarGaMESRA, Sambil bertanya khabar mereka melayan warga mesra makan dan minum. Wah!!! berselera nampaknya wan, moksu, kk yaya dan lain-lain menjamu selera. Bukan mudah menyelami kisah silam warga yang menghuni di sini yang bersendirian dan perlukan bantuan emosi dan fizikal. Di dalam rumah, nek oci, dan dua nenek lagi  turut menikmati juadah yang sama  disediakan. Mereka antara nenek yang uzur dan pergerakan yang terbatas.

Keletah moksu  dari  Kelantan (warga emas yang pekak, bisu dan buta) membuat ramai tertanya-tanya apa yang diceritakannya. Moksu ni ada kisah lampaunya yang tersendiri. Mengikut isyarat ceritanya, dia pernah berkahwin tapi jodohnya tak lama kerana sering dipukul oleh bekas suaminya. Dia menjadi agresif kepada golongan Adam yang bermisai, berbadan besar  kerana disifatkan ganas seperti bekas suaminya. Kemuncak kehidupannya bila dia  terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan matanya buta dan kaki kanannya dimasukkan besi. Namun  moksu seorang yang berdikari dan suka membantu mengurut rakan serumahnya.
(moksu nama sebenarnya maryam tetapi saya selesa memanggilnya dengan gelaran ni)

Kunjungan Kak Pah dan sahabatnya merupakan satu pertemuan dua mata dengan Puan Faizah merangkap pengusaha dan nurse yang memastikan kebajikan warga ini terbela.  Sambil berkenalan , dapatlah bertukar-tukar pandangan dengan kak Pah dan sahabatnya tentang misi dan visi MESRAHOME . Sebagai sebuah badan kebajikan persendirian, pengurusana MESRA memerlukan dana untuk keperluan penghuninya  dari masa ke semasa. Selain itu sebarang bentuk 'kebajikan' di alu-alukan.

biarpun seketika tersimpul jalinan kemesraan
Tidak terkecuali juga, sebak rasanya hati ini bila menghampiri detik perpisahan. Ntah bila lagi saya juga warga MESRA akan bertemu dengan kak Pah dan sahabatnya yang ceria lagi sporting. Mereka bukan sahaja berjaya menceriakan saya juga wargaMESRA tetapi juga menghargai bentuk khidmat sosial yang diberikan. Terima kasih  Kak Pah dan sahabat FBnya yang amat prihatin dan peka dengan kerja amal. Keceriaan dan kemesraan jelas terpancar di setiap wajah yang hadir . Kepada yang telah menyumbang kek, cream puff, kuih muih dan lain lain  keperluan dapur serta buah-buahan, kami amat menghargainya dan memastikan setiap wargaMESRA menikmatinya . ALHAMDULILLAH

Bagi pihak pengurusan dan sahabat MESRAHOME, saya rakamkan ucap terima kasih atas kunjungan ini..Atas segala kekurangan itu adalah kelemahan kami dan perlukan teguran dan bimbingan.Terima kasih kk pah....juga para sahabatnya ..kalian merupakan insan hebat yang cintakan kerja amal.

Ayuh sama-samalah prihatin dan menyantuni yang tua, Hargailah kehadiran mereka kerana suatu hari nanti setiap kita akan melalui hari tua yang entah bagaimana penghujungnya. Apakah jaminan anak-anak dan family yang akan memimpin kalimah ALLAH dalam sela nafas terakhir kita??? Kita hanya mampu melafazkan doa dan bermunajat muga akhiran yang baik , ditempat yang baik dan disaat sedang membuat kebajikan dan sempurna membaca surah Al Mulk, al Kahfi juga al waqiah dan yassin.. Insya ALLAH

 YA ALLAH pandulah hati hati kami mencintaiMU dan ajari kami mematuhi segala perintahMU. Berkatilah perjuangan sahabat ku ini dan jauhi dia dari sebarang fitnah. Terima kasih ALLAH, Terima kasih KakPah dan sahabat FBnya  kerana sudi  menerima jemputan ini dan n sayang semua kerana ALLAH.
team sahabat kak pah

ceria 

ainhany

Tuesday, March 1, 2016

renung sekejap..

dengan Nama ALLAH yang Maha Pmurah lagi Penyayang

Salam 21 jamadil awal 1437

Apa khabar semua...Sesekali menjengok blog sendiri, terasa sepi ...bukan takde nak dikongsi cuma kekangan masa ...Terlalu pantas masa berlalu...

Bila harga minyak dunia menjunam jatuh, dapatlah kita merasai kesannya....seliter RM1.60 . Alhamdulillah. Sewajarnya kita bijak berbelanja dan menikmatinya bersama secara berhemah.. Lazimnya myD'va memerlukan santapan mingguannya sekitar RM44 untuk memenuhkan isi perutnya tapi pagi ini sekadar RM32 sudah memadai. Oh penjimatan minyak yang nyata...

Tapi bagaimana dengan kos dan nilai harga barangan lain....Berbanding dulu, Rm50 untuk barangan dapur cukup untuk tempuh yang seminggu berbanding sekarang..Apakah salah kita pengguna yang berbelanja lebih atau nilai matawang semakin rendah atau harga semasa yang melambung...??

Persoalan ini tiada kesudahannya ...mungkin kematian adalah akhiran kepada kisah dan penanggungan ini. Tiada cara untuk menongkah arus perdana melainkan dengan menempuhnya secara berhati-hati.. Dengan GST yang tiada penghujungnya ,,,setiap kita perlu membayar dan tak dapat melepaskan diri...tiada jalan alternatif.!!

fikir-fikir renung-renung.....
Muga ALLAH berikan kita kemudahannya untuk dinikmati bersama..