Thursday, May 30, 2013

Dirgahayu Tuanku

Lokasi : masjid negara

ALHamdulilah...patik bersama rakyat tuanku dari pelbagai golongan turut serta semalam bagi meraikan ulangtahun Tuanku.   Dari satu sudut saya melihat, inilah hakikatnya kita yang bernama manusia, sebahagian dari makhluk ALLAH yang diciptakan. Sehebat manapun kita, WAJIB kita menunaikan perintahNYA. Memohon kepadaNYA berterusannya untuk kehidupan yang lebih berkat. Rukun solat bukan perintah semborono tapi ia adalah WAJIB dan boleh jatuh ke KAFIR meninggalkannya...Begitu juga kita perlu berdoa senantiasa ...Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah dari doa semalam dan doa akan datang adalah doa hari ini.. Moralnya....doa itu perlu dan rindu ALLAH juga perlu.

Majlis yasin dan doa selamat dibacakan usai solat magrib oleh imam besar MN. DYMM Tuanku segak bergaya berbaju melayu serba kuning diapit oleh TPM dan vip yang lain. Menyelak buku cenderamata yang  di berikan di pintu masuk ruang solat, ianya berkulit tebal dan berwarna kuning. Cantik  .  Saya  terharu  bercampur  bangga kerana dari muka depan  hingga ke kulit belakang hanya tulisan jawi digunakan.  Subhanallah dalam fenomena tulisan jawi diketepikan, institusi diraja masih memartabatkannya. Inilah tulisan bangsa kita.  Kitalah bangsa yang perlu membangunkan tulisan ini. BAHASA JIWA BANGSA. Semuga ALLAH pelihara  institusi diraja kita dan bahasa jawi diperkasakan semula.


Saya berpuasa semalam ,jadi terpaksalah mencari  ruang di tepi tiang  bagi 'menyorok"  ketika berbuka roti gardenia  dengan air> Cukuplah sebagai syarat berbuka dan menghormati majlis tersebut.  Walaupun  dimaklumkan Tuanku Permaisuri Hamimah turut hadir tapi saya tak berkesempatan bersalam dan  bertemu jarak dekat.  Inilah indahnya jemaaah wanita dalam solat, tiada perbezaan dari segi pakaiannya..Sungguhpun dikhaskan ruang dan berbeza sejadahnya tetapi bila dalam saf kita serupa disisi ALLAH.  Apapun saya bturut bersyukur kerana tuanku permaisuri telah mengenakan tudung yang sempurna. Payah jika dijadikan mudah menjadi terindah dipandangan kita dan pandangan ALLAH.  ALhamdulillah

Teringat satu pengalaman ketika di satu majlis juga yang turut disertai oleh Permaisuri Tuanku Aishah dulu. Tempat dan lokasinya sama. Ketika saya sedang  melipat telekung, ada seorang makcik lalu sambil mencium2 tangannya. Dia turut mengucapkan "subhanallah lembutnya tangan permaisuri ni". Saya memandangnya dan fahamlah  maksudnya kerana dia baru bersalaman dan berbaris panjang tadi.  Ia bagaikan satu cabaran dan bagi menyahutnya saya ambil kesempatan terus ke laluan kapet merah terakhir di tepi pancuran air di masjid negara.. Biarlah diri ini orang yang terakhir bersalaman dan menanti tuanku keluar dari ruang solat yang masih dikerumuni rakyat....Inilah pengalaman saya.....Benarlah apa yang makcik itu rasai.....Subhanallah tangannya begitu"soft' rasa macam salam dengan kapas dan macam2 lagi saya katakan dalam hati. Indahnya saya lah rakyat terakhir yang disalamnya sebelum diiring pengiring terus ke dewan makan. Cukuplah pengalaman ini buat insan sekerdil saya ni dan cukuplah saya mngkoreksi diri kerana saya di sisi ALLAH. Selayaknya kah saya berkulit tulus mulus sedangkan masih ade pana dosa yang belum terampun dan perlu dibersihkan.  YA ALLAH peliharakah akhlakku dan pandulah daku tiap ketika.

ooop....time up...N3 ini ku nukilkan sebagai pengucapan  "dirgahayu tuanku " sempena hari keputeraan DYMM yang dipertuan Agung .
YA ALLAH pandulah raja kami ni, sejahtera dan makmurkan bumi ini  dan berkatilah negara kami di bawah kepimpinan tuanku. Berlakulah adil kerana adil itu dekat dengan ALLAH. YA ALLAH lanjutkan usia tuanku dan permaisuri dengan sihat, bahagia dan selamat. Muga KEDAH juga akan aman berkat. Amin


DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU.... DAULAT TUANKU


wajah baru

assalamualaikum wbkth

Setelah sekian lama, KK berwajah baru hari ini. Namun pengisiannya tetap sama kerana inilah identiti KK...Lagipun tak salah kan sesekali langsir ditukar gantikan bagi menimbulkan mood keceriaan bersama.
Ada ketikanya KK juga bersawang dan berjerubu ....... keadaan dan suasana mempengaruhinya..Dipaksa namun  tak mampu jua...Ialah kekangan...

Ketika memandulah mencurah-curah  idea /perkara nak dikongsikan...Menikmati suasana alam di pagi hari tika cuti persekolahan memang mendamaikan. Jika biasanya mengambil masa hampir 45-sejam untuk sampai ke ofis tetapi dalam dua minggu nie hanya 20-30 min sahaja diperuntukan> Subhanallah. hebatkan masa boleh berubah bergantung kepada keadaaan...Bagi guru-guru terutamanya kakak2 dan abang2 saya..inilah masa mereka bercuti setelah bertungkus lumuh sebelum ni. Cuti jangan tak cuti...
Nak kata punca kesesakan disebabkan guru ke sekolah..oh kejamnya saya tapi itulah hakikatnya...Dengan ertikata lain guru penyumbang terbesar kepada negara. Tanpa guru sapalah kita.. terima kasih cikgu

Bila cuti sekolah jugaklah saya menjadi pengantara untuk anak-anak saudara.. Saya suka kerjaya tak resmi ni( tapi macam resmi lah juga)..Melayan anak-anak saudara dan memudahkan urusan mereka ..Macam minggu lepas saya ke LCCT urusan menghantar anakku Atiqah ke Sandakan .. Yang memeningkan kepala bila dah sampai sana masalah parking pulak jadi perkara utama.......dua kali tawaf barulah dibuka pintu parking yang ditutup tu...Sudahlah nun jauh disana....menapak lagi.... Nak parking tepi jalan risau jugak...udahnya biarlah kita jadi pengguna berhemah..Hidup biar berbakti dan mnghormati.. Andai ada peti komen memang saya nak komen laaa.....pertama masalah parking, keduanya ongkos parkingnya.... ketiga ...ke empat......fikir-fikirkan...

Sayang seribu kali sayang, program yang dirancangkan  untuk pengisian  anak-anak saudara ke XPDC G-nious muslim  dibatalkan di saat akhir. Duit akan dikembalikan tetapi saya belum lagi beri no akaun saya kerana sedih bercampur kesian. Tak pe duit  tu tak lari cuma buntu juga plan pengisian untuk anak2 saudara yang meniti usia remaja nie.   Mereka ade tenaga dan tenaga mereka harus digembelingkan untuk sahsiah diri....InsyaALLAH dengan ilmu yang ada, anak2 akan terpandu ke arah diredai. InsyaALLAH dengan cuti yang berbaki dan selepas menyambut balik abang dan anaknya dari Sabah nanti boleh lah saya cuti pulak. Nak melayan anak saudara di kampung pula.

Bila balik kampung boleh lah merancang.....sabar nooo...
teringat pulak si putih nie manja lagi gebu bulunya..
masjid ini menjadi saksi cinta kita. 

di sini ada mereka

Wednesday, May 22, 2013

welcome my team

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG


Alhamdulilah. Terima KAsih ALLAH yang terus melimpahkan rezeki nya buat kita nikmati. Tahun 2013 ini ada pertambahan anggota baru dalam family besar kami…Sehingga kini saya mempunyai seramai 54 orang anak saudara dan 25 orang cucu saudara…Apa macam ramai tak?? Bestkan?? Tapi ada orang lain lebih ramai dari saya kan......Syukur.. Allhamdulilah. Ce tenguk anak dan cucu saudara  baru saya nie...

Comelkan ahli-ahli jannah nie...
Ceritanya begini.....
Pada  awal pagi 2303 Puteri Damia dilahirkan di Hospital Sg Buluh dengan selamatnya. Beberapa hari pertama cucuku ni telah  di serang joundis . Namun ianya seketika cuma.  Kini puteri sulung kepada mamamira  dan  bapa Qdeen sihat dan montel. Sayang... cucu tokchu ke 24..Nampaknya cucuku ini pemegang IC Selangorlah...Hadiah untuk PR. Pengalaman menyambut cucu sulung in juga dirasai oleh abang dan kakak ku yang memang merancang menyambutnya tambahan pula cuti sekolah bermula tempuhari….Kini anugerah  pangkat datok yang mutlak menjadi  milik mereka.. Mudahan cucunda kami ini : Nurul Qairina Damia menjadi anak solehah dan akan diwarnai dengan kasih sayang yang berpaksikan agama. Dan bakal  srikandi yang disinari dengan petunjuk ALLAH.

Manakala pada  1604,  dua jam sebelum melahirkan Rayhana, maksu telah memaklum dan mohon didoakan agar dipermudahkan kelahirannya. Maksu adalah satu-satunya adik iparku dan hubungan kami tak seperti ipar. Dialah menantu bungsu  aruah mak ayah saya dan kami semua sayang padanya.. Tika  dihubungi , saya sedang mengikuti kursus jadi usai kursus lebih kurang jam 6.30 saya terus menghubungi adik dan langsung dimaklumkan isterinya ‘sedang’ di labour room dan seketika cuma terus dimaklumkan segalanya telah selamat. Alhamdulilah..Credit to DBM@ Muslimah Maternity Hospital kat permatang Pauh PP nuh-  Wah anak pulau Mutiara la ceq noo..Terkenang kan kembali inilah saat -saat di mana  emak tidak lagi  menemani  dan memberi sokongan  pada adik bungsu saya seperti mana  sebelumnya. Walau bagaimana pun,  mama (mertuanya)tetap  bersama… Alhamdulillah, bb yang kecik comel ni akan ditemani abang-abang dan kakaknya sebagai penyeri rumahtangga mereka. Sepakat nama diberi : Nurhidayah Rayhana..sedapkan...muga seindah nama cahaya hidayah ini menyinari hingga ke firdausi. InsyaALLAH majlis aqiqah akan di adakan hujung mingu ini walau bagaimana pun saya tak dapat turut serta.  Nanti ye nak, kita jumpa lepas cuti sekolah….dia mesti kenali mak saudaranya yang suka menyakat ni..hmmm hadiah kasih sayang lagi mahal kan?


Alhmdulillah pada 1605 pula, cucu saudara ku ke 25 pula selamat dilahirkan  sekitar jam 1030am di HSB. Kat mana? Alor setaq laaa..negeri Kedah Darulaman yang glamur selepas PRU13.  Tarikh ini hari guru kan? Oooo patutlaa sebab umminya melahirkannya secara ceaserian jadi boleh laa pilih hari..Mana lah tahu kan berkat hari ini juga, cucunda puteri ku ini akan menjadi pendidik bangsa….profesion  aruah nekwan/ayah  yang perlu ada kesinambungannya.   Puteri kedua ini amat  di nantikan oleh abang aufa dan kak nisa’nya . Pelengkap bainati jannati bagi anak saudaraku , siti dan faris.  Nama?? Sehingga kini masih menjadi rahsia dan bb masih memerlukan pemantauan kerana joundis.  Bakal di warwarkan di hari ke 7 insyaALLAH ..kan ummi abah  kan.. Sempurnakan amanah dan anugerah ini dengan berpaksikan kepada takutkan ALLAH. Berikan pendidikan yang sempurna dan jadilah mereka sebagai asset dan saham akhirat.


Sinar 2013 ini di syukuri dengan kehadiran generasi ku….selamat datang puteri-puteri  ke family besar kita.  Insya ALLAH inilah srikandi yang bakal memelihara sunah dan mentaati ALLAH. Mencintai rasul dan merindui jannah….Ermmm kebetulan pula ketiga-tiga anak dan cucu2 ku peempuan yee.,,,,    wow family kita dimonopoli kumpulan nisa…..boleh geng laa juga boleh memandi dan mengkafan saya satu hari nanti juga.. insyaALLAH. Boleh kan sayang??? Selamat berpantang dan selamat menunaikan tangungjawab kepada adik dan anak2 saudaraku....

Sebagai panduan..tatkala melihat wajah2 suci ini moleklah didoakan mereka dan ayatnya pun mudah saja. Bolehkan sama-sama amal dan doakan anak cucu saya nie juga..insya ALLAH


Doa Ketika Melihat Anak Baru Lahir 

Inni u’izuka bikalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammatin wa min kulli a’inin lammatin.

Artinya: “Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang sempurna dari segala gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.”


WHO NEXT??? Boy or girl....????? welcome

Wednesday, May 15, 2013

Monday, May 13, 2013

1205




Setiap detik dan hari dilalui adalah hari-hari tua dunia ni. Semakin hari semakin bertambah usia ‘ketua’anku. Diri ni  hanya sebahagian dari jisim yang bakal luput apabila tiba waktunya…Mengenang kembali tempoh kelahiranku dulu, apakah kesulitan  yang telah emak tempuhi semasa mengandungkan daku pada  usia 35 tahun. Subhanallah. Sesungguhnya ALLAH jualah yeng memelihara kita semua dan kelahiran anak adalah satu anugerah. 

Mengenang kembali kuliah duha semalam, ustaz membahaskan kenapa anak soleh menjadi asset saham akhirat di sebutkan selepas ilmu yang bermanfaat dan harta yang sedekahkan? Di segi adatnya dua yang teratas mampu dilakukan oleh setiap individu itu sendiri secara terang atau sembunyi. Ayuh kita masih hidup dan di beri peluang ini perbanyakan sedekah, berinfak, membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan mewakafkannya untuk kebajikan dan agama. Berkongsilah ilmu dan menyampaikannya untuk faedah bersama. Ini adalah amalan yang digalakan ketika masih hidup. Manakala anak soleh ditempat ketiga  kerana ia hanya akan dilakukan selepas ibu ayah telah tiada lagi. Tepuk dada Tanya iman….adalah saya  anak soleh/ah yang senantiasa mendoakan aruah ibu ayah?? Atau sebaliknya ( nau zubillah)  Anak  mungkin menjadi bonus atau mungkin sebaliknya. Apakah jaminan generasi akan terus mendoakan kita dan berkesinambungan doa di cabang-cabnag keturunan kita?? Ingatan ini buat diri kerana diri mengimpikan emak ayah bahagia mempunyai diri ini sebagai anak mereka….INsya ALLAH 


Terima kasih ALLAH yang memanjangkan usia saya hingga hari ini. AL HAMDULILAH.. Usia  ini yang akan dipertanggungjawbkan di akhirat kelak ke arah mana di manfaatkan...YA ALLAH , terlalu banyak nikmat mu ku raih dengan RAHMANNYA sifatmu...Dari celik mata segala organku telah disetkan sebaik kejadian  dan DIA sentiasa memerhatiku.... Tapi sedarkah aku sedang diperhatikan??  
Aku harus menyiapkan manifesto diri sementara  diberi peluang hidup ini. Kewarasan dan  kelapangan waktu harus ku manfaatkan. YA ALLAH pandulah daku agar aku lebih berhati-hati menyusuri pentas ini...
Terlalu kerdil diri ini ku ..siapalah aku pada pandanganMU ...

DI kesempatan ini juga saya mengucapkan teramat-amat ucap terima kasih buat sahabat, teman, rakan, saudara mara yang sudi menalifon,, menghantar sms, mendoa, mengucapkan dan meraikan hari ulngtahun kelahiranku kali ini.... Saya amat terharu dengan setiap ucapan  tersebut  dan saya hargai dan aminkan...Doakan keberkatan dalam hidup dan diluaskan rezeki, dipermudahakan urusan, dipanjangkan umur.....Amin...InsyaALLAH sama-sama kita sering mendoakan sahabat kita sama ada di ketahui maupun tidak ......itulah rahsia doa dikhabulkan....ALLAH AKBAR  

saya ungkit semula (capture) ucap terima dan diabadikan disini untuk tatapan peribadi....

IBU--; SHL chu, semuga dipanjangkan Umor, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping yang tercinta..amin
AZAN--; SHL chu, kakak doakan chu sihat tubuh badan, murah rezeki, diberkati hidup dan berbahagaa
 CIKNA--; salam, Selamat Ulang tahun kelahiran > Muga ALLAH kurniakan kebahagiaan dunia berpanjangan hingga ke akhirat. Amin
 THIS --; Salam, Semuga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang luasdan iman yang mantop serta diberkati ilahi. happey birthday   
 FID--; SHL kak ani..semuga akak sihat selalu
 IMAH--;, SHL..muga panjang umur dimurahkan rezeki..syg kak anie:)  
TEH --; SHL
NJEr--; heppy beday cu 
dan mohn maaf ade beberapa sms yang tak sengaja terdelete.. ade..apapun saya amat hargai.  Terima kasih yee  saya mendoakan semua memperolehi kebajikan jua..

DI FB juga  ucap ku abadikan .....
   


Terima Kasih  sahabat-sahabat ku sayangi...........

 AMIN......
TERIMA KASIH  
TERIMA KASIH ALLAH
AMPUN DAN MAAF jua dipohoni

--pssttttt * tterima kasih belanja berbuka...( ayuh posa rejab ysss!!!!)

Sunday, May 12, 2013

1205 untukmu emak....

Assalamualaikum  wbkth.
 Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang



12 mei 2013..
"Selamat Hari Jururawat "
" Selamat hari IBU"

Subhanallah……indahnya 1205 tahun  ini…Bersama lakaran tarikh keramat  ini  juga aku dilahirkan.. Namun apa ertinya seorang anak  tanpa  ibu juga ayah tercinta di sisi  dan apalah maknanya  hari ibu  bila dia tiada bersama lagi.. Alangkah rindunya pada hari semalam yang dilalui biarpun cuma ucap salam yang  menggegar gegendang telinga ni. Mak…itulah gelaran yang kekal dan abadi buat makku tercinta. Ku pejamkan mata seketika, hadirkan wajah mak….. Itu lah wajah emak ku: HJH CHE PUTEH DAUD.. Seorang wanita yang sabar, tabah dalam melahirkan zuriatnya.. Bukan seorang, dua tetapi kami  13 orang semuanya..Namun dua abang kembarku telah dijemput ilahi di awal kelahirannya .. Mak  bersedih tetapi merelakan pinjaman tersebut. Wajah mak terus bersamaku lagi…Di penghujung usianya mak memang seorang  wanita yang hebat.     

Hanya dalam tempuh kurang dari 3 bulan  …Mak dikesan menghadapi masalah jantung dan memerlukan  ubat bawah lidah bagi meredakan pernafasannya. Sesekali dengup jantung mak  bergerak pantas dan pernafasannya menjadi pendek. Mak pernah menolak untuk memakannya tetapi bila dipujuk mak menerimanya ..Manja kan mak saya…..Ye saya mengakui mak memang manja ..
Manja mak dulunya bersendikan pada ayah, dan bila ayah telah tiada anak-anaklah tempat mak menumpahkan manjanya. Ye mak manja sebab mak anak bungsu dari dua beradik, Tetapi kini  kedua-dua wanita ini telah pulang ke pangkuan ilahi… Emak adalah anugerah yang amat bermakna buat kami Menyatukan perasaan rindu dengan  segumpal perasaan ingin bertemunya lagi dan lagi….. Andainya perpisahan semalam  bisa ditangguhkan …ku ingin menyaksikan mak pergi dihadapanku, kan  ku lafazkan permohonan  maaf dzahir bathin atas kecuaian dan kekhilafan ku terhadapmu mak. Ku pohon halal air susumu yang mengalir dalam hidupku ini  Kan ku peluk erat tanpa kulepaskan lagi dirimu mak. Kan ku cium seluruh wajahmu kerana itulah yang pernah daku lakukan tika bersama.  

Mak tahu kan ,diri ini bukanlah anak yang sempurna melayanmu, adakalanya panggilanmu tak kusahut, tuturmu tak ku endahkan dan manjamu tak ku pedulikan ….Namun dirimu tak pernah berdendam malah kaulah teman, sahabat, pendorong, pencetus, penasihat  yang berwibawa apalagi tika ayah telah dijemput ilahi.  Kasih sayang kau berikan terlalu mahal untuk kami kesebelasan anak-anakmu ini. Redzamu didambakan dalam mengharungi kehidupan ini. Bersama setulus dOa ku awali pagi ini hadiah buat ayah dan emak tercinta. Mendoakan mereka di alam barzah dilapangkan kubur, disinari dengan cahaya yang gemerlapan, dicucuri rahmat yang berterusan, diampuni dosa-dosa mereka dan ditempatkan  di kalangan orang2 yang soleh dan ditemukan di jannah kelak.


Kususuri lagi dengan bersedeqah tika menghadiri kuliah duha.  Hadiah buat mereka.....YA ALLAH, berikan balasan yang sebaiknya buat ibu dan ayah kami  atas didikan yang telah diberikan dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan kepada kami adik beradik. Peliharalah mereka sebagaimana mereka pernah  memelihara kami.YA ALLLAH maafilah kami jika   lalai menunaikan hak sebagai anak terhadapmu….
Terima kasih mak…terputus sudah doa mak buat kami tetapi kan kupastikan doaku berterusan buat mak dan ayah di sana. Kan ku titipkan salam sayang berterusan untuk mu…
TERIMA KASIH MAK….. 

Di kesempatan ini  juga  saya ucapkan Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu, mama, emak, mummy , maa... di kalangan pembaca KK, sahabat, anak2 saudaraku, juga adik beradikku... Anugerah tertinggi bila ibu dinobatkan pada minggu ke dua bulan mei. Hebat kan ibu2 tersayang.....Setiap hari adalah hari ibu dan itulah sewajarnya kita ingat...............  Agama telah meletakan ibu ditempat yang mulia  sehingga syurga ditelapak kaki ibu....Tanpa restu, doa dan redzanya hidup pasti kucar- kacir. Buat ibu yang dihormati, ayuh pimpinlah anak-anakmu mencintai  ALLAH dan bimbinglah mereka takutkan ALLAH.  Muga anak generasi akan terpandu arahnya.. Pengorbanan ibu tak mampu dibalas jua....Buat anak2 saudaraku  dan cucu2 saudaraku...berazamlah menjadi anak soleh/ah dan membahagiakan ibu dan ayah.. Terima kasih ALLAH dan peliharalah ibu-ibu yang kami sayangi.  

 Selamat hari jururawat juga buat misi-misi aka jururawat yang telah dilantik menunaikan amanahnya..  Besarnya pengorbanan kalian dan kalianlah perawat terhebat ...Ku kagumi jasa yang telah diberikan. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya... Selamat bertugas para jururawat yang dihormati...