Friday, February 22, 2013

rindu..serindunya

ingatan teramat pada mak...
ku hitung harinya......
ahhh...tak mungkin!!!!
ku pinta kakak pula menghitung semula
.

hmmmm......
selepas 5 bulan 16 hari tanpanya..
rindu serindunya
begitu lamaaaa...
emak meninggalkan kami

irOnisnya, 
tak bisa berbicara tentang emak
tak bisa merenung foto mak 
tanpa ditemani manik-manik kaca membasahi pipiku
tak ku pinta tapi hadirnya tanpa dipaksa

emak
maafkan anakanda
pusaramu tak ku kunjungi
kukira membatas tahun
namun hitungnya cuma 40 hari
tapi tak pernah ku lupai,
dalaam setiap munajat 
doa buat almarhumah emak
juga doa buat almarhum  ayah

emak...
masih ku ingat, 
detik perpisahan kita
betapa tega matamu memandangku
betapa kau merelakan kepulangan ku 
kerana bicaramu
"mak dah sihat , cu boleh la balik kerja"
terima kasih mak
memahani tanggung jwab anakmu

Andainya ku tahu,
kurang 48 jam hanya baki waktu
detik saat mak kan tinggalkan daku
pasti ku ubah jadual kepulangan itu
Namun janji ALLAH itulah penentu

janjiku,
kan ku lewati makam mak
kan ku ziarahi makam mak
sebagaimana makam ayah ku pelihara
Dalam setiap kepulanganku
Pastinya mak lebih mengerti
kerna  ayahlah perintis segala

mak 
ayah
nantikan kepulanganku lagi
ku amat amat  merindumu
esok kita bersama
insyaALLAH
nadia sayang tok...cantikkan bunga untuk tok

selepas yasin dibacakan, doa diaminkan, 
bersandinglah mak dan ayah dengan damai...  

 YA ALLAH, ampunilah dosa ibu dan ayahku, ampunilah ya ALLAH, berikan kebaikan buat mereka, luaskan kubur mereka dan jadikan kubur mereka antara taman2 syurga  dan mereka sedang menikmatinya. Rahmati dan kasihani dan sayangilah lah mereka, peliharalah mereka, sebagaimana mereka menatang dan menyayangi kami  dari kecil hinggalah dewasa ini..Andai ada dose mereka, gantikan dengan kebaikan yang telah kami berikan dan ampunilah ya allah...Engkaulah Maha Pengampun lagi penyayang.  ....










Wednesday, February 6, 2013

Tiada lagi azlipaat dan ict

Berita kematian saudara Azli Paat ,46 tahun diterima usai solat isya semalam.  Terima kasih adik angkatku Mokhtar Eisa  yang telah memaklumkan dengan lontaran tanda soal...AP meninggal?? Innalillahi waina ilaihi rojiun....Ku susuli degn menghubungi number telefon isterinya yang telah lama ku kenali... Rupanya nomber itu  kini telah digunakan oleh anak sulungnya yang bertugas di Petronas Kertih.. Dalam ketabahan seorang anak sulung ini, ada nada sebak dan sedih dengan berita kematian mngejutkan ini. Segalanya benar belaka dan aruah meninggal di rumahnya setelah demam, batuk2 dan telah menerima rawatan di sebuah klinik di Hartamas.
Lagi berita kematiannya
 AZLI ,    amanz . FB bernama radio24, BH

Benarlah janji itu, apabila tiba waktunya, takkan dicepat dan dilewatkan barang sesaat.....Segalanya telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi.... Isterinya hanya menyedari setelah mendapati diri aruah tidak bernafas lagi sebaik pulang menjemput anak2 dari sekolah. Segalanya kelam...itulah yang dapat dikatakan apabila saya sempat menemui isterinya, seorang pegawai di BTP , pejabat lama saya dulu.  Kak Fadhilah, lulusan PHD yang merendah diri, seindah namanya ...seorang yang ceria dan sabar serta tabah dengan qada dan qadar ilahi. Bersut jubah hitam, saya menghampirinya dan memeluknya...sabar ye kak...Allah tahu akak  mampu mengemudikan tanpa aruah abang Azli bersama. Muga ALLAH merahmati dan mencucuri rahmat atasnya. Dia hampir mengalirkan air mata dan saya tak nak melayan perasaan yang masih bersedih.  Saya alihkan perhatian bertanya mengenai anak2 nya yang sedang sibuk memasukan beg ke kereta untuk pulang ke kampung. Anak2 yang semakin membesar dari usia 6 tahun hinggalah yang baru menjejaki alam pekerjaaan. Bahagianya  family aruah dikurniakan 6 lelaki dan 4 perempuan. Antaranya ada yang berada di sekolah kebangsaan, maahad, menengah , kolej dan universiti.
yang sempat ku snap seputar dirumahnya...(pic family :credit FB azlipaat)
Isteri aruah memberitahu, aruah ni jarang sakit tetapi pernah  dihinggapi luekimia ketika mereka sama2 belajar di oversea dulu sehingga memerlukan pertukaran darah dan dijangkakan hayatnya cuma 6 bulan. Tetapi itulah perancangan manusia.....merangka dan merencana sedangkan kita semua ada rezeki masing2. Beliau masih boleh menceritakan detik terakhir bersama...kesempatan melayan aruah makan tengahari biarpun pada ketika tu aruah masih demam.. Tiada tanda2 itulah yang diberitahu..Mengimbau kembali jenaka antara mereka, jika saya mati dulu dimana nak dikebumikan...aruah berhasrat disemadikan di kg lamannya di Batu Pahat dan keputusan inilah yang dibuat isteri dan anak2nya untuk menguruskannya ke sana. Ketika kunjungan saya ke rumahnya pagi tadi, anak sulungnya telah ke Hospital Selayang manakala anak2 yang lain sedang bersiap-siap untuk ke Hospital dan kemudian terus ke Batu Pahat,

Khabarnya, post mortem aruah mungkin mengambil masa sejam dua. Mudahan punca kematiannya akan dikenalpasti dan inilah prosidur yang perlu ditempuhi apabila kematian mengejut. Pelbagai spekulasi boleh berlaku dan kita merelakan pemergian aruah . Saya melahirkan ucap takziah dan memadailah bertemu dengan anak2 dan isterinya di rumah. Saya menyusuli kereta yang mereka naiki sambil memerhati rumah dua tingkat yang bakal sepi ini... Terlalu banyak kenangan minat aruah yang mengumpul barang antik( kereta van, basikal stoller etc) memenuhi ruang laman rumah itu.. muga antara generasi ditinggalkan ada diantaranya bakal mewarisi ilmu, semangat dan minat ayahnya

Kata kawan yang telah menziarahi semalam, tenang wajah aruah dan ketenangan inilah yang diharapkan hingga ke akhirat. Menerusi corong radio bernama24, dikongsikan betapa aruah seorang yang luhur dan ikhlas berkongsi ilmunya tanpa meminta sebarang bayaran. Subhanallah...hebatnya ilmu dan perkembangan IT yang dimiliki. Di manapun aruah berada sama ada di dalam ataupun diluar negeri, aruah pasti akan tetap bersiaran di segmen azli dan ICT....tiada culas. Aruah adalah milik satu Malaysia....Dari segmen bernama24 hari ini, pelbagai respond pemanggil dikongsikan...dari utara hingga selatan, timur ke barat merasai pemergiaannya,,,YAng saya masih ingat satu ketika dulu, kami pernah bekerjasama menyiapkan satu montaj perasmian (gimik) untuk majlis anjuran kementerian pendidikan. Ketika itu software flash dan animasi masih baru tetapi kepakaran beliau amat teruja biarpun secara bersahaja. Jari dan mindanya aktif dan hingga kini dia pakar segalanya tentang ICT. Prinsipnya yang saya perhatikan, work smart dan hard.. Kini dia telah meninggalkan kita dengan ilmunya ...Mudahan ALLAH menjadikan asbab atas ilmunya dikongsikan untuk nya damai di sana.

saya petik dari FB Bernama radio24

Faisal Noordin Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Saya dan yg lain2 menganggap Allahyarham sebagai guru ICT kami yg terbaik yg mana sepanjang program beliau di radio Bernama tiada bayaran diminta (Azlan Idris) Harapan saya pemergian beliau bukan disebabkan kejahatan manusia almaklum sajalah Allahyarham seorang yg amat berjaya. Semoga keluarga besar Allahyarham tabah menghadapi saat ini. Al Fatihah.

Najdiah Zainal Abidin Al-Fatihah!Takziah saya ucapkan kpd seisi keluarga!Kepada semua yg sempat menimba ilmu dari Allahyarham,bacakanlah AlFatihah utk Allahyarham setiap kali kita mengamalkan ilmu yg diajar kpd kita hanya inilah sahaja yg boleh membalas jasa Allahyarham.Wallahualam!
Romie Merak Memang sedih betul. Kami golongan warga cacat penglihatan juga turut rasa kehilangan. Arwah sungguh approachable di skype dan SMS. Arwah pernah memberi kursus percuma Business on line dan autoresponder di persatuan kami. Selama ini, bila Malaysia kehilangan artis atau pemimpin, tak rasa apa2 pun. Tapi, pemergian Azli sukar dicari ganti. Marilah kita beramai-ramai mensedekahkan alfatihah kepada rohnya. Salam takziah juga kepada keluarga arwah.
YA ALLAH ampuni dan rahmatilah saudara kami ini , berikan nya kebaikan dan bahagialah aruah dalam perjalanan ke alam barunya. YA ALLAH peliharalah anak2 dan isterinya , Berikan mereka panduan dan bimbinglah mereka mencintai Allah dan menjadi anak2 soleh dan solehah. YA ALLAH tempatkan aruah dikalangan orang saleh dan di jannatul firdaus. Al FATIHAH

wallluaklam...

credit : terima kasih kepada dik mazian yang turut memaklumkan..biarpun kita jauh tetapi kita sahabat hingga akhir hayat. insyaALLAH