Friday, July 20, 2012

ahlan wasahlan ya ramadzon

insyaALLAH...

ALHAMDULILLAH termaktub sudah...bahawasanya esok kita akan mula berpuasa. InsyaALLAH bermula malam ini kita pakat2 kalut menunaikan solat tarawih untuk malam pertama. Jangan lupa niat puasa tau..!!!.Pastinya masjid kembali ceria dengan limpahan jemaah dan program yg disusun. Jadikan permulaaan ramadan ini sebagai 'trigger" untuk mencapai lailatul qadar .Mudahan dengan niat yang tersimpul mati, kita sama2 beristiqomah hingga mencapai target di jauhi dari api neraka atau fasa ke 3 Ramadan..

Selamat datang Ramadan almubarak...selamat beribadah dan selamat melipatgandakan amal dan memperbanyakkan perkara sunat dan menjauhi perkara makruh. Berazamlah untuk menghidupkan sunnah dalam setiap perbuatan kita dan perbanyakan bersedekah..  Kemeriahan ini harus dikecapi oleh kita semua dan gunakan kesempatan ini sebelum dijemput pulang.

insyaALLAH, saya akan menyambut permulaan ramadan di kampung..Kesempatan bertemu mak dan memohon keampunan kepadanya sebelum ketibaan ramadan harus dimanfaatkan.  Merujuk kepada doa jibrail as menjelangnya Ramadan yakni:
Ya ALLAH KAU abaikanlah puasa umat Muhammad saw yang apabila sebelum memasuki Ramadan tidak melakukan berikut:
memohon ampun kepada ibubapa
bermaafan sesama suami isteri
bermaafan dengan orang sekitarnya.
Lantas nabi Muhammad saw mengaminkannya 3 kali.
Walaupun tidak diketahui sumbernya, namun ada kebenarannya. Kembalilah kita kepada fitrah.... Tak rugi kita mengamalkan perkara yang mendorong kepada kebaikan.  Oleh itu saya juga memohon ampun maaf, terlanjur bicara, terbatas pena dan apa jua khilaf sepanjang persaudaraan dan persahabatan  kita ini. Muga anugerah Ramadan ini milik kita bersama.

Doakan semuga di Ramadan ini, emak saya dapat menunaikan terawih dengan sempurna dan dianugerahi nikmat kesihatan dan ketenangan. Kudrat tua mak mengalahkan orang muda yang hanya mampu bertahan 8 rakaat ...sesekali mak selang-selikan dengan  solat duduk. InsyaALLAH mak boleh laksanakannya lagi kali ini.  Ayuh mak....mak sihat kan.

Juga buat anak2 dan cucu2ku di rantauan...walaupun kepanasan mencapai 50C, namun puasa tetap dilaksanakan..insyaALLAH kami di sini akan terus mendoakan kalian dan semuga dapat sama2 mengerjakan tarawih dan rukun2 lain dengan sempurna. Kerinduan pasti ada namun kehidupan perlu diteruskan....

Selain itu....pastinya pusara ayah dikunjungi lagi...Bacaan yasin, kuntuman mewangi dan siraman kasihsayang akan sentiasa bersamamu.....

KITA BOLEH!!

hayatilah bait puitisnya
SALAM RAMADAN DAN MAAF DZAHIR BATHIN

Thursday, July 19, 2012

tiket ooo tiket

Wahai pihak penguasa hatta JPJ, POLIS, Bahagian perlesenan, bahagian pengangkutan atau sewaktu dengannya...Tolonglah pantau-pantau aktiviti senyap ini...Senyap ke?? atau saya yang ketinggalan keretapi ( maklumat )..ayuh bukan senyap lagi tauu...

Seingat saya, segala urusan tambang telah diwartakan dan sekiranya ada perubahan samada pengurangan( MUSTAHIL) atau pertambahan(kerap berlaku) di bincangkan di kabinet dan dapatan diperolehi. Dua hari lepas saya telah menjengah ke kaunter tiket  untuk membeli tiket bas balik kampung..Boleh dikatakan saya ni pelanggan tetap setiap bulan/selagi ada hayat. insya::ALLAH kampung tetap dihati.. Tapi ..kali ini penjual tiket bas PuduRaYA-PDG telah sewenang-wenang menaikkan harga nya. Apaaa????tambahan  RM6??  Alasan diberikan ' oohhh harganya berbeza bila hujung minggu. Ada waktu2 harganya lain=lain lah kak). MasyaALLAH apa kes nie...

Ala2 tergejut berok(pinjam ayat ustaz Jamnur Azhar-beruk pun tak tergejut macam tu), mula lah saya kata..aik baru jer beli 3 minggu yang lalu harga sama jer. awat tak habaq pa pun..ni awat pulak nie? nak suruh pakat2 doa bengkrap ke??..pot pet jugak rupanya saya.. Sekadar melepaskan perasaan TIDAK SETUJU dengan tindakan penjual @pengusaha bas yang  mencekik rakyat ni..  Tagline konun mesra rakyat tapi hakikatnya rakyat jadi sasaran. Jikapun nak kaut untung, tolonglah pikirkan pengguna yang memerlukan perkhidmatan mereka dari masa kesemasa. Selagi ada pengguna, bisnes tak bangrap bahkan bertambah mesra lagi.. Mau tak mahu, si penjual tiket nie boleh pulak ubah ke harga normal..RM39 nett. Alhamdulilah dapatlah saya membeli pada hari ni dengan harga biasa namun saya masih tak merestui cara mereka. 

MORALNYA,Kemungkinan tabiat ini akan berterusan dan pengusaha akan terus mengambil kesempatan atas kepasiti kenaikan harga semasa. Wajarkah rakyat akan terus dihimpit dan menjadi aset keuntungan mereka?? Kepada pihak berkenaan tolonglah buat serbuan dan pantau-pantaulah situasi ini dari masa ke semasa.. Janganlah tunggu nak raya baru turun padang...Kuatkuasakan undang-undang .Teringat pulak siri TV Hijrah..laukana bainana...apakah kita akan mematuhi undang-undang yang termaktub atau ?

TERIMA KASIH ALLAH Atas segalanya

Tak NAK!!

Kebetulan terjumpa info dan paparan ini di SINI,... menarik dan sesuai dijadikan sandaran dan boleh dipraktikkan bersama. Logiknya memang ada dan bolehlah sama2 kita cuba....Saya tak bermaksud mnghentam produk ini atau sewaktu dengannya (walaupun saya takpernah dilantik jadi duta pun)  TAPI mengingatkan akan kesan jangka masa panjng tabiat ini  jika berterusan... Moral of the story....tak tahu kesannya  dan hindarilah dari kemusnahan dan minumlah air kosong@suam@mineral...
Muga ALAH selamatkan bangsa dan agama kita ..

********************
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke/Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Adakah pasukan smart dan bommba kita juga menggunakannya?? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1.Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3.Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4.Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5.Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7.Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

Kesimpulannya, minuman COCA-COLA & PEPSI memang dicipta oleh yahudi untuk membunuh umat Islam secara senyap, sebab dinegara mereka tidak dijual minuman ini kerana mereka tahu ia amat merbahaya.

Lepas ni, jangan minum dahhh....tau... TERIMA KASIH SUMBER

Wednesday, July 18, 2012

Niat pusa sebulan dan harian

Countdown Ramadan ...kini hanya 2 hari sahaja lagi
Sudahkah bersedia untuk melangkah tarikh penting itu?
InsyaALLAH kita sama2 akan melangkahnya dengan persediaan fizikal dan mental..
SEGALA AMAL BERMULA DENGAN NIAT. Apa jua amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, ia akan menjadi lebih bermakna untuk dirinya apabila dimulai dengan niat. Niat ialah sengaja yang disembunyikan di dalam hati. Ia juga merupakan suatu keazaman di dalam hati di dalam melaksana sesuatu perbuatan atau amal. Menurut imam-imam Syafie, Maliki dan Hambali, niat diwajibkan dalam setiap amalan kita. Ayuh sama2 kita refreshkan persediaan puasa kita dengan berniat...
 
 ********************
 Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:



Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
***********************************
Berazamlah mudahan puasa kali ini adalah yang terbaik ..Muga anak2 saudaraku dan cucu2ku jua dapat mnyempurnakannya sebaik dan semampu mereka.   Ayuh sayang hafal niat niat dulu tau..

Monday, July 16, 2012

tentang doa

Ku petik dari SUMBER : soalsolat sebagai panduan bersama...ayuh kita beramal dengan ilmu

 Assalamualaikum...
Soalan ringkas ana,

1. Nabi saw menegah membaca quran didalam sujud tetapi hendaklah kita memperbanyakkan doa didalamnya, musykilnya, boleh tak kita ambil doa-doa dari Quran dan dibaca didalam sujud dan sebelum salam disamping doa-doa yg Nabi saw baca.

Jazakallah khair...
----------

Salam

Yg dikatakan berlebihan (extra vaganza) adalah melamakan sujud yg terakhir didalam solat. Melamakan sujud Inshaallah tidak salah, tetapi melebihkan sujud yg terakhir adalah tidak dari Rasulullah s.a.w.
Wallahualam, saya pun bukannya pandai sangat (jahil teropong, worse than jahil tukil), so bersabarlah menanti jawapan yg lebih benar dari Al Fadhil Ustaz kita.
Wassalam
---------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. terima Kasih sdr Semutapi kerana memberi respond kepada soalan diatas. Kami akan cuba menjawab persoalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Nabi saw melarang membaca Al-Quran didalam sujud dan juga didalam ruku' sebagaimana hadith :

ألا وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا

"Bukankah tidak aku melarang membaca Al-Quran didalam ruku' dan sujud" -(Sharah Muslim 3,4/442)

Akan tetapi, tempat yang paling afdal berdo'a ialah didalam sujud, sebagaimana hadith nabi saw :

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا الدعاء

"Hamba yang paling dekat kepada Tuhannya adalah hamba yang bersujud. Oleh itu perbanyakkan do'a didalam sujud" (Hadith Riwayat Muslim didalam Sahihnya, Abu Uwanah dan Al-Baihaqi).

Mazhab Maliki menggalakkan berdo'a mengenai perkara-perkara yang meliputi bab dunia dan juga akhirat. Mazhab Hanbali pula berkata tidak mengapa membaca do'a-do'a yang ma'thur dan juga zikir-zikir didalam sujud. Mazhab Syafie juga menggalakan membaca do'a didalam sujud [Al-Fikh Al-Islami-I].

Persoalan sekarang ialah, apakah boleh membaca do'a-do'a yang terkandung didalam ayat-ayat Al-Quran semasa didalam sujud. Apakah ia dikira membaca Al-Quran? Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi, seorang pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan juga ahli Rumah Fatwa Kuwait berkata :

وبعد يجوز الدعاء بعد التشهد والإبراهيمية في القعود الأخير، وقد خصه بعض الفقهاء بالدعاء بما يشبه دعاء القرآن كما في مثل قوله تعالى:(ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا....) وأجاز البعض الدعاء مطلقا، وأجاز بعض الفقهاء الدعاء في أثناء السجود في النوافل فقط، وأجازه البعض مطلقا

"dan beberapa ulama' membenarkan berdo'a selepas Tashahud dan selawat Ibrahimiyah didalam duduk terakhir, dan sebahagian fuqaha' mengkhususkan berdo'a sebagaimana yang terdapat didalam al-Quran, misalnya firmah Allah :("Rabbana La Tuaakhisnaa In nasiina au Ikhta'naa"...), dan ada yang membenarkan apa-apa jenis do'a, dan ada dikalangan mereka yang hanya membenarkan bacaan do'a semasa sujud pada solat sunat, ada ada yang membenarkan didalam kesemuanya [semua solat]"

Kesimpulannya, berdo'a dibenarkan didalam sujud terakhir didalam solat kerana ia merupakan saat hambanya hampir dengan Allah swt. Do'a-do'a yang ma'thur dan juga do'a-do'a yang terkandung didalam Al-Quran dibenarkan. Yang dilarang ialah membaca ayat-ayat dari Al-Quran yang bukan berbentuk do'a.
---------------------

Yang dimaksudkan sujud yang panjang didalam solat boleh dirujuk diurl dibawah ini :-

Apa yang dimaksudkan oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr didalam fatwa diatas (sila lihat SJ-2727) ialah, makmum hendaklah mengikut pergerakan-pergerakan Imam dengan tidak mendahului Imam dan juga tidak ketinggalan dari perbuatan Imam. Nabi saw memanjangkan ruku' menyamai perbuatan sujud. Ini menunjukkan keseragaman jangka masa sujud dan ruku' Nabi saw. Pernah terjadi Nabi saw memanjangkan sujud oleh kerana cucu baginda berada diatas punggungnya sebagaimana hadith riwayat Al-Nasaai' da Ibnu 'Asakir dan Al-Hakim, dan disahihkan oleh Al-Dzhabi. Ulama' hanafi juga tidak mengalakkan Imam membaca tasbih lebih pada 3 kali, bagi memberi keringanan kepada makmum. Bagi mereka yang ingin berdo'a didalam sujud, bolehlah melakukannya didalam solat-solat sunat atau memendikkan bacaan do'a didalam solat berjemaah. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi.   الدعاء في الصلاة

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Lahir Paksu

S ELAMAT HARI LAHIR  buat adik bungsuku @ paksu Ahmad Fuad...
Dia lazimnya dikenali sebagai  paksu, anak ke 11 walaupun secara mutlaknya dia anak ke13 keluarga kami kerana  dua daripada saudara kembar kami meninggal dunia di usia muda...( kekallah mereka di jannah dan pastinya menemani ayah dan ibu di sana nanti . insyaALLAH)


Paksu ..
Semoga dikurniakan
Iman yang sempurna,
akhlak terpuji,
pekerti  mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang kekal & membahagiakan,
dengan anak2 yang soleh solehah.
hidup  dirahmati
juga anak soleh
buat IBU AYAH TERCINTA
TERIMA KASIH ALLAH


lagi..............

Amin.............
Dengan izin ALLAH dan restu family , muga kebahagian dikecapi akan terus diberkekalan...
(Terima kasih daun keladi...belanja  seafood kat tanjung dawai tempuhari....barokallah. )
 2009 .Alhamdulillah muga haji mabrur milikmu jua
NOTAKAKI:
11.6.2009....ayah meningggalkan kami. 
11/7    ulangtahun anak bungsunya..

mana milik kita...?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : 

"Daripada kalangan umatku ini,siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?"Sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?"Baginda bersabda lagi,"harta sendiri adalah harta yang didermakan,disedekahkan kepada orang lain.Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa"

insya ALLAH kita dengar dan  berazam akan  beramal dengan ilmu ni . 

 

Wednesday, July 4, 2012

Salam nisfu syaaban


 masuknya maghrib ini..bermulalah 15 syaaban......
Semuga segalanya dipermudahankan...............
 
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.

“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

—sumber FB

Monday, July 2, 2012

depa nak pi....

cucu2ku...

Semuga  perjalanan anak saudaraku dan cucu2ku  selamat ke destinasi nya...selamat bermusafir dan berhijrah dalam menikmati suasana baru selagi bergelar perantau di bumi Abu Dhabi.  Mudahan di sana banyak pengalaman dapat dikongsikan dan ilmu disuburkan.  Selamat menempuh hari2 yang lebih dekat dgn ALLAH dan jgn sesekali melupai keluarga di sini.. Di sini rumah kita dan kita didewasakan....

Buat cucu-cucuku...Alya, Akiss, Hareez, Dania dan Dini....mudahan dapat menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana yang serba baru dengan sokongan ummi dan ayah...Jangan tinggal solat dan jadilah anak2 soleh/ah....Rindu pastinya mnggamit kepada cucu2 yang celoteh dan pandai bermanja ni...

InsyaALLAH penerbangan mereka akan bermula  petang ni di Alor Setar- KL-Abu Dhabi. Mengambil masa yang panjang dan kemesraan pasti terjalin erat antara mereka.. Muga2 segalanya selamat dan dilimpahi rezeki yang berterusan buat kalian ...

"YA ALLAH peliharalah mereka dan selamatkan perjalanan mereka dan pertemukan kami nanti.....  "
..............mudahan segalanya dipermudahkan buat anaksaudaraku, sue & dee sekeluarga.

belum puas mesra dgn Diniey

Wacana kehidupan @ Al Azim

Keberanian Melahirkan Kebenaran ILAHI.....insyaALLAH

Sama-sama kita temui dan berkongsi pengalaman mereka  mengenai kebenaran yang ditemui. Semuga hidayah ALLAH sentiasa bersama kita...Amin

Duniaku masjid @Masjid Shah ALam


Satu program mengimarahkan masjid dengan pengisian ilmu seperti Forum "Cinta & Sihir" • Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat" • Bicara Ramadan • Pertandingan Mewarna • Bengkel Melukis Komik • Bengkel Fotografi • Motivasi Remaja • Demo Memasak • Pameran Buku

Bersama PTS untuk kali ke 2 di Masjid Shah Alam minggu ini. sudi2kan.. 


RUJUK SUMBER : masjid duniaku
Sabtu, 7 Julai 2012
6.30AM "Diskusi Buku: Badiuzzaman Said Nursi VS Mustafa Kamal
Atartuk dan Srikandi-Srikandi yang Benar "
Abdul Latip Talib (Novelis Sejarah No. 1 di Malaysia), Zahiruddin Zabidi (Novelis Prolifik)
8.30AM - 12.30PM Bengkel Solat: Bacaan Solat A - Z
Dr. Ibrahim Hashim (Pensyarah UPSI)
2PM - 4PM Urutan Mesra Buat Si Manja
Fatimah Rodhiah
2PM - 4PM Bengkel Penulisan Novel Islamik
Fatimah Syarha (Novelis Tauhid Bestseller)
2PM - 4PM Bengkel Melukis Komik
Artis Komik-M
9PM - 10.30PM Forum "Perangi Sihir Sebelum Anda Menjadi Mangsanya"
Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Astro Oasis) & Dr. Mahyuddin bin Ismail (Pakar Undang-Undang Sihir)
 
Ahad, 8 Julai 2012
9AM - 10AM Remaja Genius: Belajar Sedikit Dapat Banyak
Razali Kamaruddin (Pakar Motivasi)
10AM - 6PM Bengkel Penulisan: Menjadi Penulis Yang Disayangi Tuhan
Pahrol Mohamad Juoi, Rohidzir Rais, Bahruddin Bekri
9AM - 11AM Untukmu Wanita: Wanita Berkerjaya, Suami Suri Rumah
Dr. Sakinah Salleh (Perunding Motivasi)
2PM - 4PM Bengkel Kewangan: "Hidup Tenang Walaupun Berhutang"
Shamsuddin Kadir (Pakar Perunding Kewangan Peribadi)
2PM - 4PM Pertandingan Mewarna
PTS ONE
2PM - 4PM Demo Memasak: Senangnya Memasak, Gerenti Jadi
Chef Hanieliza (Penulis Buku Resepi Bestseller)