Wednesday, June 27, 2012

Tahniah Jiey


Kehadapan adindaku Fauziah @Jiey
Terima kasih yang teramat atas kiriman kad jemputan  ini..sungguh indah serinya kad yang berhias pupple ini..warna yang harmoni….tahniah adikku jiey yang bakal melangkah ke jinjang pelamin pada 30 jun ini bersama putera Hamzi.


Sunguh jauh kad ini dikirimkan…Merasai diri ini terlalu kerdil dan seketika cuma pertemuan kita semalam  namun  silaturahim kita masih terjalin.. Jiey ,, tiey, adalah diantara  adik2ku yang menjalani praktikal di opis lamaku kira4-5 tahun yang lalu. Walaupun seketika tapi sifat ramah dan saling menghormati disusuli dengan kemesraan mereka menjadikan hubungan ini berterusan.   Mereka antara graduan USIM yang berjaya dan mempunyai kerjaya sekarang.   Sesekali mengimbau kenangan bagaimana mereka bekerjasama menyiapkan satu projek video klip berasaskan “raw tape” yang diberikan. Kebolehan, keberanian dan komitmen mereka telah menyakinkan pihak kami untuk memberikan markah terbaik kepada mereka.
antara adik2 ku dari usim
jamuan perpisahan....indahnya saat ini
 Maafkan diri ini duhai dindaku, sesungguhnya  memang rancangan awalnya ingin ku redah Felda Kota Gelenggi keranamu, namun hari ini, daku tak mampu melaksanakannya. Ku belek2 kalendar lagi…kerinduan teramat kepada ibu dan kg laman benar2 menggamitku. MAAFkan  kakakmu ini dindaku,…akak mengambil keputusan untuk pulang ke kg.  Telah hampir dua purnama berlalu, diri ini tak menjenguk kg laman. Ada-ada saja aktiviti dan program hujung minggu yang membataskan kepulangan. Rindu pada mak, nak kutip syurga dan gapai pahala dengan melihat wajah mak lagi dan lagi. Mak pulak khabarnya semakin sembuh dan muga2 mak bertambah sihat bila melihat anaknya ini…( perasan pun ada kot)..insyaALLAH

Pusara ayah juga perlu ku ziarahi…alhamdulillah..sepanjang rejab-syaaban ini, rasa syukur dipanjatkan kerana kerap kali ku hadiahkan bacaan yasin tahlil,doa, AQ buat ayah secara jamaah.  InsyaAllaH , kepulangan ini pasti disusuli dengan mengunjungi pusara ayah,  abang ipar juga anak saudaraku. lagi. Apakah bersisa rumput atau sudah disisir?

Di samping itu , dapat juga bertemu dengan anak2 dan cucu2ku-along alya, angah akis, abg hariz, dania dan dinie yang akan berangkat ke Dhubai. Entah bila pulak dapat ku bermanja dengan  mereka…Almaklum sajalah…keterbatasan segalanya.  Daku harus memanfaatkan setiap ruang kepulangan ku ini…

Maafkan akak sekali lagi,
Tolong leraikan ikrar Jiey menantikan kehadiran akak di majlis mu nanti..Sesungguhnya akak tak mampu melaksanakannya. Biarpun begitu, doa tetap mengiringimu…Mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan menjadi milikku. Putera idaman itu adalah hadiah dari ALLAH untuk mu yang bakal mengemudikan pelayaran bahtera hingga ke syurga. InsyaALLAH.  Jadikanlah ‘syamail rasullulah’ sebagai rujukan  dan coraklah mawaddah warohmah dalam rumah tangga kalian. InsyaALLAH  Jiey, yang  berlatarbelakangkan pendidikan agama ini pasti lebih mengetahuinya. Sapalah diri ini berbanding dirimu …Selain itu, kuputarkan lagu ‘Barokallah “nyanyian Mahir Zain sebagai tuntas doa mengiringi di hari bahagiamu..insyaALLAH



andainya ada pertemuan lagi…kita boleh saling mengenali dan perkenalkanlah putera Hamzi ye.. Mudahan ikatan perkahwinan ini dirahmati dan berkati hingga ke akhir hayat. Terima kasih ALLAH dan terima kasih adindaku  Fauziah (Jiey) dan Hamzi.. Semuga bahagia  

masihkah kau ingat......
                                         SELAMAT PENGANTIN BARU  JIE DAN HAMZI
salam kasih sayang,
kakakmu

Putus saf


Lokasi:  Masjid
Masa kejadian : solat asar.

Kejadian ini berlaku di bahagian muslimat. Pada ketika itu saya berada no.3 dari kanan.  Mana kala ketika imam bertakbir, saya dapati jemaah yang berada di sebelah kanan saya ini menghendaki saya merapatkan saf disebelahnya. Kemudian apabila saya pandang ke sebelah kiri, jemaah kiri telah memulakan solat. Kaget seketika, sama ada memberati belah kanan atau kiri, jadi saya mengambil jalan tengah berpandukan kedudukan imam dan keseimbangan saf. Sebelum mengangkat takbir, saya memberati sebelah kiri berbanding dua orang sahaja disebelah kanan saya. Namun hingga ke akhir solat, jemaah sebelah kanan tidak berusaha merapati saf ini…masyaALLAH terputuslah pahala jamaah nya andainya saya di jalan yang benar dan berdosalah saya jika saya punca terputusnya saf ini.
Oleh itu saya meminta pandangan, bagaimanakah sepatutnya tata cara saf solat berjamaah muslimat apabila situasi begini berlaku..   >>>Siapakah yang perlu beralah untuk memperolehi pahala jamaah. 

Namun pengalaman juga dikongsikan bersama. Tahun lalu, semasa bersolat terawih di Masjid SultanAbu Bakar, JB, saya terkasima apabila mendapati setiap jemaah (majoritinya dikalangan pelajar maahad berhampiran) amat2 memelihara saf. Pantang ada ruang kosong pasti ada gerakan demi gerakan untuk menghubungkan saf-saf ini. Indahnya suasana berada dikalangan pelajar2 yang mempraktikkan ilmunya dan sedikit sebanyak kita juga beramal bersama.

Menjelangnya Ramadan yang bakal bertamu nanti, masih adalah  sikap segelintir muslimat yang bersolat jamaah dengan  memelihara saf atau sebaliknya??? sedih rasanya bersolat tanpa memperolehi pahala jamaah kerana kecuaian memelihara  saf  ini.. Kebanyakkannya situasi ini berlaku apabila usai 8 rakaat yang pertama dalam solat tarawikh. Masing2 malas untuk mengubah posisi, mengharapkan akan ada jamaah yang akan mengisi kekosongan saf di sebelah mereka. Kesannya  ada kelompok demi kelompok  jemaah bersolat sedangnya hanya satu imam. Di mana silapnya?? Apakah kerana  imam tak mngingatkannya atau ceteknya ilmu kita?

Ayuh…masih belum terlewat untuk sama-sama kita mengkoreksi diri. Menutup dan berazam tak mngulangi kesilapan, kecuaian lalu tika bersolat. Ayuh kita geledah kitab-kitab yang membicarakan tentang solat jamaah dan bertanya mr google juga bertalaqqi dgn guru yng murshid agar   tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Saya mngakui kelemahan diri dan saya juga masih bertatih memerdekakan diri dari kejahilan. InsyaALLAH Allah berikan petunjuknya buat kita
mengintai ilmudi masjid Al Azim: subhanallah

Daurah Tafaqquh Fiddin

Ayuh duhai adik kakak, teman dan rakan sama2 kita mengambil kesempatan dan ruang waktu yang ada untuk menghadiri program ini. Sama-sama kita bertalaqqi dengan  Tuan Guru Sheikh Nuruddin ( biodata01 dan biodata02)  sempena dengan kedatangan bulan syaaban yang dinanti. InsyaALLAH mudahan ALLAH mencatatkan nama kita sebagai hamba yang mencintai majlis  ilmu dan  berada di taman2 syurga ini.

Indahnya keberkatan majlis yang dipimpin oleh tuan guru ini dan saya melahirkan kesyukuran kerana pernah menjadi salah seorang dari pelajar yang menimba ilmu dengan nya dan akan terus mengutip ilmunya... Terima kasih ALLAH dan mudahan tuan sheikh akan terus bersemangat dan sihat menyampaikan dakwahnya ....

 promosi ilmu...
 Jika berminat, ayuh dail  sahaja no tertera dan kita jumpa di sana....

ini pun iklannya..   

Tuesday, June 26, 2012

fikir-fikir

Ramai orang RISAU bagaimana untuk MENCANTIKKAN FIZIKAL tetapi AMAT SEDIKIT orang yang memikirkan bagaimana untuk MENCANTIKKAN HATI.....

ALLAH terima KITA bukan sebab fizikal kita yang cantik tetapi Allah menerima hanya kerana HATI YANG BERSIH DAN IKHLAS untuk BERJUMPA dengan Allah..
LAYAKKAH hati yang SAKIT, KOTOR, dan penuh dengan PENYAKIT HATI untuk berjumpa dengan Allah..???

Monday, June 25, 2012

Masjid Duniaku @ Masjid Bukit Indah

Satu program mengimarahkan masjid dengan pengisian ilmu seperti Forum "Cinta dan Sihir", Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat", Bicara Ramadan, Pertandingan Mewarna, Bengkel Melukis Komik, Bengkel Fotografi, Motivasi Remaja, Demo Memasak, Pameran Buku dan Bazaar Muslim
Anjuran bersama PTS Publications And Distributors Sdn Bhd. dan Masjid Bukit Indah, Ampang selama 2 hari (30 Jun 2012 dan 1 Julai 2012)
HANYA DUA  BUAH MASJID SAHAJA YANG DIPILIH OLEH PTS!!
JOM ...Jangan lepaskan peluang.
SILA RUJUK :  masjidduniaku
Klik picture..
 ---------------------------------
ni dia..
Bengkel Solat: Bacaan Solat A-Z oleh Dr. Ibrahim Hashim (Pensyarah UPSI)
Sabtu, 30 Jun 2012 (8.30am - 12.30pm)
Forum "Apabila Sihir Memakan Cinta" oleh
Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Astro Oaisi)
Siti Fatimah Mohd Sharif (Finalis Ustazah Pilihan)
Zahiruddin Zabidi (Moderator)
Sabtu, 30 Jun 2012 (2.00pm - 4pm)
Pertandingan Mewarna 3 kategori
PTS One dan MBI
Sabtu, 30 Jun 2012 (2.00pm - 4.00pm)
Demo Memasak: Senangnya Memasak, Gerenti Jadi
Chef Hanieliza (Penulis Buku Resepi Bestseller)
Sabtu, 30 Jun 2012 (5.00pm - 6.30pm)
Forum "Marhaban Ya Ramadan"
Ustaz Shahrizan Daud (Mursyid Imam Muda)
Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus (Mursyid Imam Muda)
Zahiruddin Zabidi (Moderator)
Sabtu, 30 Jun 2012 (Selepas Isyak)
Remaja Super: Mudahnya Bahasa Inggeris
Coach Ridz & Coach Sha
Ahad, 1 Julai 2012 (9.00am - 11.00am)
Bengkel Fotografi "DSLR Itu Mudah"
Fadly Halim (Bert Falynacreative - Fotografer Professional)
Ahad, 1 Julai 2012 (9.00am - 11.00am)
Bengkel Melukis Komik
Ahad, 1 Julai 2012 (11.00am - 12.00pm)
Rahsia Jutaan Islam Abdul Rahman Bin Auf
Aizuddinur Zakaria
Ahad, 1 Julai 2012 (2.00pm - 4.00pm)
Keluarga Bahagia Bertambah Ceria
Iskandar Syed Ismail (Dr. Bubbles)
                    SUMBER(TQVM) :  Kopitiam


Ahad, 1 Julai 2012 (5.00pm - 6.00pm)





Thursday, June 21, 2012

subhanallah

Salam jumaat yang dirahmati....
ayuh kita berzikir....,menghayati dan mencintai ALLAH selamanya..
selagi mentari masih di timur...masih belum terlewat..

kedahku sejahtera

kedah-1Salam hormat, Para Pengundi PAS yang duduk di sekitar Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor) serta negeri lain yang ingin turut serta.

Anda semua dijemput untuk hadir Majlis Perjumpaan Khas ini..... sesiapa yang ingin hadir,sila sahkan kehadiran anda melalui SMS ke talian HOTLINE kami 0194947749. Taipkan HADIR dan sertakan butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat tempat tinggal sekarang (bukan alamat kampung di Kedah).... dimaklumkan, Majlis ini khusus kepada Pengundi PAS/PR yang bakal balik mengundi pada PRU 13 nanti SAHAJA...

Wednesday, June 20, 2012

Karnival d'masjid Al Azim

Ayuh semarakan hujung minggu bersama:

GEMPAQKAN MASJID AL AZIM, Pandan Indah
Pada 24 JUN 2012

AGENDAnya:
kuliah subuh : ustaz Nazri chik
Kuliah duha : Ustaz Roslan Mohammad
Kuliah Muslimah : Dr Rubiah
Kulaih Zuhur : Ustaz Shahril Long
Kuliah petang : Ustaz Nazmi A Karim
Kuliah Motivasi(Asar) : Ustaz Zamri Mantop
Santai Bersama:  Ustaz Norhisham dan IM Asraf
-------------------------------------
p/s : Ya ALLAH catatkan nama2 kita sebagai hamba yang sentiasa menyuburkan keimanan dan sayang dan cintakan majlis ilmu. Tambatkan kaki-kaki ini untuk kekal didalam majlis ini dan berikan saham  buat aruah-aruah asbab kita kita hadir di majlis ilmu ini. Amin    
YA ALLAH berikan daku kemudahan dan ketenangan untuk  bersama nanti dan lapang kan urusanku dan permudahkan segalanya
Amin

Syaaban satu transformasi

Salam sejahtera sahabat2ku..
Adalah anda sedang berpuasa?selamat berpuasa  di Khamis menginjak jumaat pertama  di bulan syaaban 1433H.Kita mengambil sunnah yang pernah diamalkan oleh baginda rasululah. Sama-sama kita imbas kembali Syaaban  sebagai refleksi.. Ayuh sucikan hati dan bersihkan jiwa ..
------------
Bulan Syaaban berkedudukan kelapan dalam tahun Hijrah dan merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemulaan. Syaaban berasal daripada perkataan ‘sya’ba’ yang bermaksud berpecah dan menyimpang.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dinamakan Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa  bulan Syaaban.”


Syaaban juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin termasuk memerangi nafsu.

Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Sabda Nabi SAW:  “Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran serta peringatan bahawa perjuangan sebagai seorang insan masih belum berakhir.  Perbanyakkan amal soleh, berpuasa dan solat sunat serta menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.

Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban
Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah;

 1)     Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”  Kata saya (Nabi Muhammad): “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?”  Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat serta menangis di dalam sujudnya sambil membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”  (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.)

2)     Pertukaran Arah Kiblat

Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.
Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
Peristiwa ini berlaku pada pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Firman Allah SWT: “Kerap kali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.”


Keutamaan Syaaban
Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah SWT kepada hamba-Nya.
Baginda SAW menyatakan bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda, di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Umatnya sepatutnya turut mencontohi baginda memperbanyak melakukan amal.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Baginda SAW bersabda: “Sucikan diri kamu dalam Syaaban dan elokkan niat kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada kamu.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Sesiapa yang mengagungkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah serta melakukan ketaatan kepada-Nya dan menahan diri daripada berbuat maksiat, maka Allah Taala akan mengampunkan dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Kemuliaan Syaaban memberi rahmat, pengampunan dan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa yang benar-benar menghidupkannya:
  • Syaaban mempunyai kelebihan sebagai bulan untuk beramal ibadat. Setiap amal kebajikan akan Allah gandakan sebanyak 700 kali ganda.
  • Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak. Allah akan menurunkan Rahmat-Nya dan memberikan pengampunan kepada hamba-Nya.
  • Allah memberkati jika melaksanakan amal soleh atau ibadat dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir Syaaban, maka Allah kurniakan pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
  • Sesiapa yang bangun menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan banyak bersolat sunat, berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, dan membaca al-Quran, maka Allah akan bukakan 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Siti Aisyah r.a. berkata: “Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah SAW ialah bulan Syaaban.”

 Amalan-Amalan Sunat Bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan Syaaban adalah memperbanakkan:
 1.  Puasa sunat.
Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW dimana baginda lebih banyak berpuasa di dalamnya.
Daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina Aisyah r.a katanya: “Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka (puasa berterusan ) dan Baginda SAW berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa (berbuka terus). Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda SAW lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.” (Hadis riwayat Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a.)
Usamah bin Zaid bertanya kepada Nabi SAW mengapa baginda banyak berpuasa dalam Bulan Syaaban, maka Baginda SAW pun menjawab: “Syaaban berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, manusia sering  lalai mengenainya. Ia merupakan bulan yang diangkat segala amalan (dan dilaporkan) kepada Tuhan Rabbil Alamin (Tuhan Seluruh Alam) dan aku suka jika amalanku diangkat ketika aku berpuasa”. Usamah bertanya lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu. Sabda baginda S.A.W : “Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Ahmad r.a., An-Nasai r.a. dan Imam Al-Baihaqi r.a.).
Sayyidatina Aisyah r.a juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”  (Durratun Nasihin)

2.  Bertaubat dan Beristighfar.
Digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika.
Sabda Nabi SAW:  “Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Daripada Ibn `Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang selalu memohon ampun (membanyakkan istighfar), nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang tidak disangka.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.)

3.  Berzikir
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah SWT dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah SWT dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebutan yang banyak.” Firman-Nya lagi: “Sebutlah (zikir) akan Allah dengan sebutan yang banyak semoga kamu mendapat kemenangan.”
Rasulullah SAW menjelaskan zikir mengingati Allah SWT termasuk dalam amalan mulia dan berkedudukan tinggi. Sabda Baginda SAW: “Hendakkah aku khabarkan kepada kamu amalan yang paling baik dan paling suci di sisi Pemilik kamu dan yang paling tinggi pada darjat kamu dan lebih baik daripada emas dan perak dan lebih baik daripada kamu membunuh musuh kamu atau dia membunuh kamu di medan jihad?” Sahabat bertanya: “Apakah dia wahai Rasulullah?” Jawab Baginda SAW: “Zikrullah.”
Zikir juga mempunyai kelebihan. Dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya, hati tenang dan tenteram. Ia dijamin oleh Allah Yang Maha Mengetahui sebagaimana firman-Nya: “Orang yang beriman dan tetap hati mereka dengan menyebut akan Allah, ketahuilah bahawasanya dengan menyebut akan Allah itu menenangkan hati.”

 4.  Berselawat
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah SWT. dan Rasulullah SAW, selain mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”   (Surah Al-Ahzab: 56).
Dikutip dari buku al-Fawaaidul Mukhtaaroh Diceritakan bahwa Ibnu Abiy as-Shoif al-Yamaniy berkata, “Sesungguhnya bulan Sya’ban adalah bulan sholawat kepada Nabi saw, karena ayat Innallooha wa malaaikatahuu yusholluuna ‘alan Nabiy … diturunkan pada bulan itu”. (Ma Dza Fiy Sya’ban?)

5.  Berdoa
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman-Nya: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni.”   (Riwayat Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

6.  Berqiamullail Dan Meghidupkan Malam Nisfu Syaaban
Sunat  menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban memerhati (mengawasi) seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika malam Nishfu Sya’ban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, ‘Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, adakah yang begini, adakah yang begini, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar?” (Riwayat Ibnu Majah).

7.  Berbuat Baik Dan Bersedekah,
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran. Perbanyakkanlah amal soleh dan menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.
Bersedekah suatu amalan yang suci murni lagi terpuji sebagai keperihatinan dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”  (Riwayat Bukhari,Muslim dan Nasa’i)

8.  Beristiqomah
       Baginda SAW juga menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit kerana  beristiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah
Daripada Abi Salamah; Sesungguhnya Sayyidatina Aisyhah telah memberitahu: “Nabi SAW tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan ada kalanya Baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Baginda SAW bersabda: “Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya; Maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan (beristiqomah} di dalam berbuat demikian.” (Riwayat Imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

Apabila amal dilakukan secara berterusan ia akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat, sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja. Akhirnya menyebabkan kita akan merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut.

Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amal dan kebajikan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.
Sesungguhnya bulan Syaaban adalah kesempatan untuk menyuci dan membaiki kecacatan hati dan memperbaiki diri dari segala macam celaan, setelah bulan Rejab lalu kesempatan kita menyucikan badan dan meminta ampun dari segala dosa, manakala pada bulan Ramadhan nanti masa kita untuk menyucikan roh dan menerangkan hati dan jiwa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

SUMBER : shafiqalbu

bila ALLAH yang merancang....


ALLAH mempunyai perencanaannya biarpun kita telah merancangnya terlebih dulu. Dan ALLAH jualah sebaik2 perencana.  Pagi itu, seusai kuliah dhuha bersama ustaz Yusaini, Mudir MANTIN, saya merancang untuk terus ke masjid Shah ALam, tetapi  apabila melihatkan tahap kepanasan yang melampau tambahan jerubu yang teruk ....Saya mngubah rancangan   untuk pergi selepas asar sahaja, dan dapatlah mnyertai beberapa acara sempena program cinta masjid TV alhijrah. Tetapi ,,,,segalanya menjadi perancangan semata-mata apabila di ubah disaat akhir. 

Hadith Qudsi - Allah S.W.T said: "Those who remember Me in their heart, I remember them in My heart; and those who remember me in a gathering, I remember them in a gathering better than theirs."

Sahabat saya  telah mempelawa menghadiri ke majlis taqlim muslimat bersama Ustazah Halimah Alaydrus. Subhanallah . Rupanya saya di pilih untuk ke sini. Ilmu dan pengkisahan tentang isra mikraj Rasulullah diperincikan bersulamkan ayat2 suci AQ. Jelas rumah teres 2 tingkat di pinggir bandar itu  turut dihadiri para malaikat ini. Segalanya sempurna dan ketenangan dirasai. Selesai mengimamkan solat maghrib berjamaah, ustazah Halimah membawa topik isra mikraj dan 3 jam  tidak dirasai berlalu, kupasan demi kupasan dibahaskan dan bersela air mata mengenangkan peranan yang telah dimainkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dulu.

Setiap perjalanan rasulullah itu bersamanya ilmu yang dapat digarap oleh kita. Ilmu itulah yang perlu di cari . ALLAH memberi ujian buat rasullullah, Namun disebalik kesulitan itu ada kemudahannya. Jalani kesulitan itu dengn baik sangka pastinya ALLAH memberi pembalasannya. Dan perjalanan  yang istimewa  buat rasul junjungan kita bila dibawa melawat ke syurga,idaman semua muslim .

Bertepatan juga pada malam 27 rejab  dan malam di mana diturunkan perintah solat. Bersyukurlah kita dianugerahkan'  solat ini. Walaupun hanya 5 waktu tetapi menyamai 50 rakaat..MasyaALLAH tabarokallah... Kita juga didedahkan dengan pembalasan orang yang mengabaikan solat dengan dipaparkan penyiksaan yang bakal diterima. Berazamlah untuk menyempurnakan solat kita seperti mana solatnya rasullullah dan berdoalah mudahan anak2 dari keturunan kita dapat memelihara solat.  Semuga ALLAH memelihara seluruh ummah Muhammad ini dan di terima amal kebajikan kita .

Terima kAsih daun keladi buat tuan rumah, Puan Dina dan family  yang telah memberikan keselesaan dan prasarana yang terbaik sepanjang majlis ini berlangsung. Hidangan makan malam yang te  . 

SERBA SEDIKIT BIODATA USTAZAH 
Ustazah Halimah Alaydrus from Jakarta Indonesia.
She had studied in various pesantren (traditional madrasah) in Indonesia before pursuing her studies in Daruz-Zahra Tarim Hadramaut Yemen, studying for 5 years from the renowned Habaib and Hubabah. She was from the first batch of earlier students in Daruz-Zahra.


Known by her students as a faqih, she had hand-written and compiled the explanation (syarah) on Fiqh from the lectures of her Sheikh, Habib Umar Bin Hafidz. She also taught many subjects in Daruz-Zahra to students and the women of Tarim for 4 years.





At present, she is very active in teaching & doing dakwah all over Indonesia, Singapore, Malaysia & other countries. Her approach in dakwah is soft but articulate. Her speech is eloquent and moving.


Alhamdulillah many had benefited from her talks and knowledge. Apart from being a teacher and a motivator, Ustazah Halimah is also an author of a bestselling book. Her book entitling 'Bidadari Bumi' is based of her encounters with celestial women (assolihaat) in Hadramaut and Mecca.
(Ustazah Halimah Alaydrus is currently active in her efforts to draw public interest in achieving tranquility in life, getting closer to the creator and also in loving our Prophet PBUH. )


Tuesday, June 19, 2012

Friday, June 15, 2012

Murka ALLAH ????

Saya menerima sms dari kakak yang memaklumkan beberapa rakan gurunya tak dapat balik ke Tawau/ Lahad Datu kerana tersangkut di KK berikutan ribut yang melanda. Bunyinya macam satu bencana alam dan pelik tetapi tiada pulak ulasan dipanjangkan di media-media. Bagaimana pun syukurlah kerana abang dan anak saudara saya selamat sampai di KLIA biarpun kejadian berlaku selang beberapa hari saja sebelum itu.  ALLAH AKBAR...DIA MAHA MENGETAHUI

 

Biarpun fakta sains mempunyai jawapan tentangnya , Marilah kita mengambil iktibar, merendahkan diri dengan mengakui kekuasaan ALLAH dgn beristifar. Mudahan  ALLAH masih sayangkan kita dan mengampuni dosa-dosa lampau kita. Sesungguhnya kita tak mampu mengelak andai itu ketentuan ALLAH tetapi kita perlulah bermuhasabah tentang sesuatu yang diciptakan. Akal kita tak dapat mentafsirnya tetapi kita ada sumber yang perlu kita rujuk. Kembalilah kita mentaati ALLAH dan bersegeralah bertaubat supaya RAHMAN ALLAH sentiasa bersama kita.. Mudahan MALAYSIA ku tercinta selamat dari segala musibah dan mnjadikan kita lebih menghargai nikmat yang telah diberikan.

 

Terima kasih sumber (EZLI)  yang telah memperincikan fenomena ini, Saya  menghargainya dan sama-sama kita kongsikan ....Mudahan bertambah keimanan kita, sentiasa ingat ALLAH dan beristifar serta bersyukur. 

****---------------------------------------------------****

SUMBER INI DIPETIK DARI: EZLI 
Pada 12.6.2012, Kota Kinabalu telah digemparkan dengan satu fenomena awan misteri akhir zaman yang belum pernah dilihat penduduk di sana seumur hidup dengan mata kasar,secara tiba-tiba telah dapat dilihat pada tahun 2012 ini.

Adakah anda semua merasakan kesemua fenomena ini wujud dengan suka-suka??? 
TIDAK wahai pembaca sekalian…
Merujuk kepada wikipedia,fenomena kejadian awan misteri berkenaan dinamakan Awan Arcus.

An arcus cloud is a low, horizontal cloud formation. Roll clouds and shelf clouds are the two types of arcus clouds. A shelf cloud is usually associated with the leading edge of thunderstorm outflow; roll clouds are usually formed by outflows of cold air from sea breezes or cold fronts in the absence of thunderstorms.
shelf cloud is a low, horizontal, wedge-shaped arcus cloud. A shelf cloud is attached to the base of the parent cloud, which is usually a thunderstorm, but could form on any type of convective clouds. 

Rising cloud motion often can be seen in the leading (outer) part of the shelf cloud, while the underside often appears turbulent and wind-torn. Cool, sinking air from a storm cloud's downdraft spreads out across the land surface, with the leading edge called a gust front


This outflow cuts under warm air being drawn into the storm's updraft

As the lower cooler air lifts the warm moist air, its water condenses, creating a cloud which often rolls with the different winds above and below (wind shear).
People seeing a shelf cloud may believe they have seen a wall cloud. This is a likely mistake, since an approaching shelf cloud appears to form a wall made of cloud. A shelf cloud usually appears on the leading edge of a storm, and a wall cloud will usually be at the rear of the storm.
A sharp, strong gust front will cause the lowest part of the leading edge of a shelf cloud to be ragged and lined with rising fractus clouds. In a severe case there will be vortices along the edge, with twisting masses of scud that may reach to the ground or be accompanied by rising dust. 
A very low shelf cloud accompanied by these signs is the best indicator that a potentially violent wind squall is approaching. An extreme example of this phenomenon looks almost like a tornado and is known as a gustnado.



Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun 2012 ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan...

Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. 
 
awan nano


awan nano 2


awan nano 3


awan nano 4


awan nano 5


awan nano 6
Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.


(Gambar) Fenomena luar biasa - Awan pelik di sabah

Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

ASTAQFIRULLAH....!!!!
Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah


Lagi pic di sini:  PEWARIS
YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI SEGALA BENCANA YANG MEMUDARATKAN KAMI, 
SESUNGGUHNYA KAMI TAK MAMPU MENGHADAPINYA. 
TERIMALAH DOA DAN HARAPAN KAMI DENGAN MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI DAN
BERIKAN KAMI KELAPANGAN DAN KESELAMATAN .
Kami hanya makhluk yang lemah dan senantiasa mengharapkan rahmat dan hidayatMU
YA ALLAH peliharakanlah kakak ku dan anak2nya di Lahad Datu
Sesungguhnya kasih dan sayangMU jualah yang memelihara mereka 
Permudahkan urusan mereka  di sana
MAAFI KAMI YA ALLAH
MAAFKAN KAMI
 AMIN