Thursday, May 31, 2012

Program sempena Gerhana Bulan Separa

semalam, seharian berprogram di Arkib Negara. Alhamdulilah. Usai proram sekitar jam 4.30 ptg, saya singgah di Masjid Wilayah untuk berjemaah asar walau pun masbuk. Agak lama juga tak mengunjungi dan mngikuti program masjid ini. Terkadang ada pertindihan jadual dan membuatkan hanya satu pilihan yang diambil. Namun saya pasti, ALLAH sentiasa memerhati dan mencatur pergerakan kita ini. Segalanya terletak di TanganNYa.    Oleh itu saya kongsikan edaran infonya:

Klik foto ini untuk lebih jelas
INSYA ALLAH majlis Solat sunat gerhana bulan separa (khusuf)
 akan diadakan  pada  ISNIN , 4 JUN 2012 selepas maghrib 
 Sama-samalah kita mengambil kesempatan dan waktu yang masih berbaki ini untuk sama-sama mensyukuri akan kejadian alam ini. Tidak ada sesuatu pun boleh EGO, hatta matahari dan bulan sekalipun masih ada gelap dan terangnya....Inilah caturan ALLAH bagi kita...Ayuh....manfaatkan kehadiran gerhana ini dengan lambang ketaatan yang bersungguh2 dengan melaksanakan solat sunat ini. Andainya tak tahu caranya....kunjungilah mana2 masjid yang melaksanakan solat sunat ini..Mungkinkah ini sujud kita terakhir dikunjungi gerhana bulan....wallah aklam

Disamping itu kita juga boleh ke Planetarium untuk mencerap selepas itu..
Klik  foto untuk lebih jelas
 Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh            :        4 Jun, 2012 (Isnin)  
Masa             :        8:00 malam hingga 10:00 malam
Penyertaan :           PERCUMA
Tempat         :          Planetarium Negara Kuala lumpur

Gapailah langit dan ajak anak2 bersama-sama menyertai program pencerapan ini. Di samping itu  bolehlah  ’LIKE’ FACEBOOK MALAYSIA LUNAR ECLIPSE bagi mendapatkan gambar-gambar fasa gerhana bulan secara langsung daripada Sabah bermula dari jam 7.10pm hingga 8.10pm.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan program di atas,  bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penerangan kami, Cik Asmidar Zainol di talian 03-2273 4303. ( Sumber Edaran surat Jabatan )

Terima Kasih ALLAH yang mmberikan kami limpah rahmat MU yang berterusan, memberikan bumbung dan lantai sebagai teduhan kami sementara meminjam di planet MU ini. Kekalkan kami degan iman, islam dan ehsan dan jiruskan kami dengan ketaqwaaan muga kami sentiasa mentaati MU. Berikan kami kelapangan waktu untuk membajai dan menyemai rasa cintaMU berterusan dan izinkan kami hadir di majlis2 yang menyebut2 namaMU ini. Kami menyintaiMU ya  ALLAH......
InsyaALLAH.....sama-sama kita hadir ye....

Tuesday, May 29, 2012

Setiap Manusia Mempunyai Sel Kanser?

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?  Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.  Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual.  Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.  Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik.

Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.  Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. [majalah i-sihat]
 
terima kasih sumber : orang muO

29 mei 2012

roadtax d'Va dah mati.... expired!!...Hitungan kita kepada benda ada tarikh luputnya...Tapi kini bermulanya 29.5.2012 sehingga setahun dari sekarang jangka hayatnya telah disambung....dengan erti kata lain telah selamat dan boleh berlegar2 di jalan raya lagi tanpa ada tindakan undang-undang.

Pejam celik pejam celik dah 4 tahun d'Va telah bersama ku..biarpun hanya sekali dua shja d'va  dan saya  berkhidmat dengan almarhum ayah. Dari riak muka ayah dulu, saya rasa ayah turut gembira dan tak risaukan  keselamatan saya lagi berbanding bersama KAW(sebutannya Kau-myKris).   Namun  sebelum dibawa ke KL ni, selama  6 bulan d"va di kg untuk 'dipandu uji' telah digunakan oleh kakak dan adik saya. Turut saya ingat juga, D'va pernah digunakan oleh emak mertua adik untuk berulang alik ke klinik mahsuri semasa kelahiran Daneil..anak ketiga mereka... Alhamdulillah.

Selamat ulangtahun myD'Va...Mudahan D'Va dipanjangkan usia untuk terus berkhidmat.  D'Va banyak membantu saya dari berpanas dan berhujan, tanpa segan menemani siang maupun malam dan kehulu hilir tanpa rasa bosan.  Selain digunakan sebagai kenderaan ke opis, D'VA seringkali dipandu ke masjid2  dan program2 keagamaan...subhanallah...Terima kasih ALLAH yang men'jodohkan' D'Va padaku dan memberi manfaatnya. 

Kini D'Va menanti untuk major servisnya di 80,000Km .Entah berapa pulak bakal lolos.... Muga2 dengan perkhidmatan diberikan oelh perodua servis dari masa ke semasa, jangka hayatnya dipanjangkan dan berbaloi.  Bersyukur dengan apa yang dpinjamkan dan semuga ALLAH membantu memudahkan kehidupan kita.
 Biar pun dirimu pernah dicalar, apatah lagi dilanggar
sakitnya dirasai, kesannya mendalam
namun disimpan sekadar pedoman
muga esok tak berulang

Selamat Ulang Tahun D'va
Terima kasih menjadi teman
Pemudah juga pelindung
29.05.20008-12

pssst...ooh ye..terima kasih ustaz  aka paksu, yang telah meng'aktifkan roadtax dan insuran etika  selama ini...Muga ALLAH  tambahkan rezeki mu dan bahagia bersama maksu norul dan anak2 .Amin 

Monday, May 28, 2012

Ustaz Harun Din kian sembuh

BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.

Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.

Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu.

Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.

Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.

"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.

Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.

Ini katanya, apabila diminta oleh doktor untuk melakukan pelepasan batuk selepas menjalani pembedahan bapanya berjaya melakukan sekuat hati.

"Sampai doktor dan pesakit sebelah katilnya bertanya, tak sakit ke, dia kata tak, itulah kelebihan yang Allah kurnia kepadanya," ujarnya.

Begitu juga, katanya apabila kakaknya, Dr Huda Haron dan adiknya Dr Azlin Haron setiap pagi mencuci pahanya yang terpaksa dibedah sedalam satu inci dan lebarnya tiga inci, tidak juga dirasai sakit.

Dengan selamba dan bersahaja bapanya membiarkan adik dan kakaknya mencuci luka tersebut.

Itulah katanya, tiada memek muka kesakitan dan keluhan langsung darinya.

Beliau juga memberitahu, doktor meminta supaya bapanya berehat dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan, doktor menyarankan supaya beliau memakan sarang burung layang-layang juga, katanya.
Sarang burung yang dibuat sup ketika berada AS, terus diamalkannya sehingga sekarang.

Bercerita lanjut Hamdi berkata, semasa dalam rawatan bapanya meminati makan 'taufu fah' dan makanan Jepun iaitu sushi dan sup jepun."Makanan itu ada di sana, jadi tak ada masalah untuk kami carikan untuknya.
"Tambahan pula ada rakyat kita yang bekerja di AS sudi menolong kami," katanya.
Dalam pada itu, sambungnya semangat bapanya untuk mengikuti perkembangan politik tanah air masih menebal."Dalam keadaan masih lemah dia nak tahu juga masa hari Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Kebetulan adik saya Salwa dan Hana ada di tanah air dan mereka up-date pula perhimpunan itu, dengan penuh minat beliau ikutinya.

"Ertinya perjuangan politik dalam parti tidak pernah pudar bahkan terus berkobar dan membara," ujarnya.

Beliau berkata, penyokong PAS tidak perlu risau dengan kesihatan dan perjuangan bapanya dalam parti.

Cuma katanya, untuk sementara waktu ini, bapanya perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN). Kebetulan pula semasa bertandang ke rumahnya, Dato' Haron pergi ke IJN untuk mendapat pemeriksaan lanjutan.

"Minta maaflah hari ini dia kena pergi jumpa doktor di IJN dan petang ini selesailah tu," katanya yang tidak jemu-jemu menceritakan keadaan bapanya yang dikenali ramai itu.

Harakah Daily


Komen: 
Alhamdulillah...syukur amalannya selama ini mngkin telah mmbantu pemulihannya juga...kita????
Mudahan dato dr Harun Din kembali sembuh dan teruskan perjuangan 

Sunday, May 27, 2012

Buah setoi

rezeki....ole2 dari kampung....
Ni dia buah setoi mai dah ..bukan sebiji tapi banyak..sebesar buah salat...masih hijau kekuningan.
Kebetulan musimnya dan abang Mat telah mengirimkan kepada Fatin, anak saudara ku seketika singgah di rumah sebelum meneruskan perjalanan ke Sabah. Rezeki   jugak rupanya..dah lama tak makan sebab tak jumpa...Malah 5 biji diberikan  kepada jiran depan pintu, 3 untuk kakak di Sabah dan yang tiga biji ni saya bawa untuk rakan seopis. (sebelum beri amik pic dulu)..selebihnya..  Alhamdulilah.

hehee.. rasa dia camna eh? xreti nak explain.. yang pasti SEDAP!! :Rasanya manis sikit.. masam sikit.. kalo cicah dengan  kicap+cili padi rasa lah pedas sket..tapi SEDAP!mm? Tapi lagi sedap pekena dengan garam belacan mak bee( terkenal di utara ) . Alahai kecur air liuq nie..!Kalau sesiapa penah makan buah setoi ni..pasti dapat bayangkan rasanya..Tetapi ..bila dah masak..rasa masamnya akan berkurangan.

Rupa2nya selain dimakan mentah, dibuat jeruk buah setoi jugak boleh dimasak lemak.  Saya baru terjumpa diSINI dan boleh la mencuba..InsyaALLAH dan terima kasih ats perkongsian resepi ini. Jadi bolehla kita cuba resepi nie ye...belum cuba belum tau

Cara memasaknya sama ja macam masak lemak..cuma korang tambahkan udang kering sahaja..tapi jangan letak asam dah. rasa masam dari buah setoi akan membuatkan rasa masak lemak tu secukup rasa. Jadi..kalau buah setoi tu kurang masam..boleh la letak asam  
copy paste nie dari sini
Seperkara lagi...buah setoi sering dikaitkan dengan buah setey..Disegi bentuk, hampir sama cuma buah  setey lebih kecil dan masam. Buah-buahan ini hidup segar di hutan dan kampung..Jadi bila nakkan yang segar perlulah kembali ke kampung..sya anak kampung dan saya sayang kampung saya. Terima kasih ALLAH.

Thursday, May 24, 2012

10 Laluan insan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha’ hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

SUMBER : terapi-alfatah.blogspot.com
                        norzailina.blogspot.com

                        seleraputeri.wordpress.com

Wednesday, May 23, 2012

wordless wenesday #

sudahkah ada kebajikan hari ini??
berusahalah mengambil kesempatan sementara ada waktu ....

 seketika di sabah....


Monday, May 21, 2012

doa awal rejab

Selamat datang bulan  rejab.. 
 insyaALLAH sama-sama kita mulai dengan berpuasa dan membanyakan doa dan istifar. Belum terlewat juga untuk di suburkan dengan doa ini...Ayuh sama-sama berdoa mudahan....sempat kita bertemu degan ramadan lagi kali ini..
 اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)

Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Nota tambah:
Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
- Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
- Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
- Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah. 

TAMBAHAN LAGI
"Tiada Tuhan selain Engkau (Allah), Maha Suci Engkau, sungguhnya aku dari golongan yg zalim (kerana melakukan dosa). Ampunkan dosaku, rahmati daku dan terima taubatku. Sungguhnya Engkau sebaik2 Tuhan Maha Penyayang". n
 insyaALLAH dan selamat beramal
 

Friday, May 18, 2012

Puteri kembar

selamat hari lahir buat si  kembar nie...

Terima Kasih ALLAH 
Ku hadiahkan sekuntum doa
buat  puteri2 tercinta..

Berkatilah usia puteri2 ku ini
dan berikan mereka kebahagian yang berterusan 
bersama keluarga yang penyayang

Tunjuki mereka petunjuk hidayahMU 
bekalkan mereka degan ilmu yang bermanfaat dan kejayaan berterusan
Muga hidup dalam keberkatan ALLAH 
dan
 Selamat Menghadapi PMR 2012
SELAMAT HARI LAHIR ADIK DAN KAKAK
(SYARWANI DAN HAZWANI)

Thursday, May 17, 2012

19 MEI 2012 ...Hari Ilmu

Jemput lah datang ye....
MAJLIS MAULID RASUL sempena Ulang tahun ke 50 kuliah subuh masjid kg baru.....subhanallah..hebatnya masjid ni..tak ade satu haripun(kecuali 13 mei & perintah berkurung) permulaaan hari tanpa kuliah di masjid ini...Hebatnya dan utuhnya masjid ini sejak dulu.....tentatif rujuk poster dibawah..
**********************************
atau :
Datanglah beramai-ramai hadir ke Majlis Istighasah Al-Kubra yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 (Sabtu) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 4.00 pagi - 9.00 pagi.  

Antara pengisian program ini adalah  qiamullail, zikir dan munajat, doa, dan tazkirah. Program ini akan dimulakan dgn Qiamullail. Qiamullail akan dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Qari Diraja Saudi Arabia.

Bersama kita bermunajat memohon keamanan dan kesejahteraan Negara kita serta mengekalkan perpaduan Ummah....sebarkan dan sila kongsi kepada rakan anda:

 *******************************
 Dan Kemudiannya ke sini
Ceramah Khas Hari Ibu Bersama  USTAZAH NORHAFIZAH MUSA
bertajuk :KASIH IBU" pada Sabtu (19/5/2012) jam 9.30 pagi 
di SURAU AL MUSTAQIM , Lembah Keramat.

ANDA SEMUA ADALAH DIJEMPUT UNTUK MENGISI PROGRAM INI
>>insyaALLAH jumpa di sana..

Tuesday, May 15, 2012

selamat hari guru

Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara

Terima Kasih cikgu 
YA Allah, kau balaslah jasa insan2 mulia bergelar Ulama', Ustaz, Ustazah, Guru/ Cikgu, Pensyarah dan semua pendidik di seluruh dunia dengan sebaik-baik balasan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kerana keikhlasan merekalah aku berada di tempatku sekarang... Syukran!
( ku petik doa ini dari FB ustaz Zahazan)

Tidak dlupai di titipkan jua buat saudara2 ku yang menjanakan masa dan tenaga
 untuk membimbing anak bangsa...satu kesinambungan warisan ayah
Teruskan menabur ilmu dengan penuh keikhlasan
muga generasi juga beroleh keberkatan.
Buat abang madet, abg zan, kak jah, cikna, cikwan, abang din, abang salleh, mak su, kak nilam, 
Salleh, Tufail, Azrie,  
Selamat berkhidmat
sekali guru selamanya adalah guru...
dalam mendidik dan mengajar anak bangsa


Selamat hari guru
TERIMA KASIH CIKGU


opppp 
juga selamat Hari lahir buat anak saudara saya SALLEH MURSHIDI. 
yang  juga seorang pendidik di institusi pengajian di utara
Mudahan mnjadi guru yang murshid
SELAMAT HARI LAHIR

Saturday, May 12, 2012

1205

1205

terindah dalam hidup

surutnya umurku
bertambahkah amalku??
Kapan bila hitungannya berlalu

Friday, May 11, 2012

Abang Zan

--adikmu-
 YAALLAH  kekalkan kami dalam kami tunduk patuh kepadaMU ..jadikan kami manusia yang yang khusuk dalam beramal  ibadat.. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, Maafkan kami, atas kecuaian kami dan ampunilah kami .Jadikan kami anak2 yang menghormati, mencintai dan mnghargai pengorbanan emak ayah dan lengkapkan kami kasih sayang berterusan buat emak dan ampunilah ayah dan sinarilah taman syurga  ayah di sana.  Terima kasih emak dan ayah yang telah memikul tanggungjawab yang amat sempurna mendewasakan kami hingga kini. Dibekalkan ilmu dan contoh yang amat praktik...

Mudahan ALLAH terus memberkati dan merahmati abang Zan  dan familynya..
Saya sayang abang dan seluruh family kita..  
SELAMAT HARI LAHIR ABANG KU..
HJ NORIZAN HJ MANSOR 

1105 ....lagi sebulan...ulangtahun pemergian ayah 1106

Thursday, May 10, 2012

Anda dijemput ke 
 SURAU AL MUSTAQIM@SAM
Lembah Keramat , UK

Pada  Jumaat (11/5/2012) selepas maghrib ( Malam ni tauu..)
Ceramah Perdana "LADIES FIRST'
Oleh Ustaz Yusri Karim( personaliti TV)

***********

Pada Sabtu -12/5/2012 , Jam 9.00 pagi ( waktu dhuha)
Bicara Kasih- "AKU TERIMA NIKAHNYA"
oleh Ostaz Mohd Kazim Elias
 juga persembahan khas Maulid dan Qasidah dari kumpulan Al Mawlid( ex Reffedge&VE)


Jom sama-sama kita mnghadirkan diri  ke majlis ilmu ini..Jumpa di sana ..Ajaklah rakan taulan dan jiran2 sekali ye....Kerja mengajak ni tugas bersama... 

Rasulullah Saw bersabda 
“Sesungguhnya Luqman Al Hakim berwasiat kepada puteranya:
 Hai anakku, wajib bagimu duduk bersama Ulama (mendatangi majlis mereka), dan dengarkanlah kalam (pembicaraan) Hukama’ (ahli hikmah), sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati (kaku) dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang tandus dengan air hujan” (HR. Ath Thabarani, Al Bazzar dll dari Abu Umamah).

Aminatul farhatain


Mudahan ALLAH memelihara Along Aminatul Farhatain dengan kenikmatan kesihatan, ketenangan , keberkatan dan  kejayaan dunia akhirat. Menjadi anak sholehah dan mengembirakan semua orang. Selamat hati lahir ye along!!! Teruskan kejayaan  duhai anak saudaraku  untuk SPM 2012 .

Sekalung tahniah diiringi atas kejayaan along sempena hari anugerah 2012 sekolah agama AnNadzoh, baru- baru ini. Dengan hidangan setalam kejayaan pada pencapaian 2011, rasa bertuah dan syukur terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Mudahan anak2 saudara ku ini akan tega dengan jati diri dan keimanan yang telah di semai di sekolah ini dan di rumah. Terima kasih persekitaran yang telah mmbentuk along, ahmad husaini dan  ibrahim hingga kini..
Melihat pada buku cenderamata telah terpampang kejayaan anak2 family abang dan kakak saya .Alhamdulilah
 
3 beradik telah memperolehinya
along dah terima dua pingat  ni
Along telah menerima dan diraikan kejayaannya  dengan menerima dua anugerah ini. terima kasih cikgu..!
- Anugerah terbaik : Mumtaz- sijil menengah rendah agama 2011
- Anugerah sahsiah terpilih ( tktn 4) 2011

Mudahn ini mnjadi pendorong dan di contohi oleh juniornya dan alaong akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang dalam SPMnanti. doakan kejayaan alOng  lagi.
 Heppy besday along
  terima kasih


Wednesday, May 9, 2012

kerana mulut...

"Membatalkan dua kalimah syahadah juga apabila mengkafirkan orang orang islam atau tidak mengkafirkan orang orang kafir.Menurut qa'idah yang disimpulkan dari Nas Al Qur'an dan Hadith Nabi SAW yang bermaksud..
"Sesiapa yang mengkafirkan orang yang beriman maka sesungguhnya dia menjadi kafir,sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir,dia menjadi kafir dan sesiapa yang ragu tentang kekufuran orang kafir,dia menjadi kafir."

Berdasarkan kepada qa'idah tersebut maka tidak harus bagi seseorang islam itu menuduh saudaranya dengan kufur melainkan kufur itu kembali kepadanya jika sekiranya orang yang dituduh tidak sedimikian halnya.Dan tidak mengkafirkan orang kafir serta menbenarkan ajarannya atau idealoginya adalah juga menjadi kafir kerana mengakui kebenarannya bermakna membohongi Allah SWT dan Rasul SAW.

Wallahua'lam.
Petikan daripada Muqaddimah Aqidah Muslimin.
(Haji Abd Hadi Awang - 1405H/1985M) 

                                               -------------------------------------- 
cepatlah bertaubat  dan ayuh sama2 memelihara nikmat yang dipinjamkan ini..Jangan mengundang kemurkaan ALLAH. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiq buat saya, ahli keluarga saya dan kita semua makna kehidupan ini. Betapa Hari Akhiratlah tempat tujuan kita. Dunia ini HANYA sementara kita. Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaan ALLAH melalui amalan-amalan soleh. Di Syurga nantilah tempat kita semua tuju dan berehat selama-lamanya.

Semoga ALLAH mengurniakan saya dan kita semua akan redhaNYA dan SyurgaNYA. Dan semoga saya dan kita semua dilindungi ALLAH dari kemarahanNYA dan NerakaNYA, amin… Sama-sama mendoakan kesejaheraan buat TGNA dan menyokong seluruh perjuangannya kerana ALLAH....ALLAH AKBAR

wednesday wordless #18


sumber : Akhbar Metro 09/5/2012

Friday, May 4, 2012

Hari Ibu 2012

Kepada yang masih lagi tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut:



13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
tarikh hari ibu
27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2012 di Indonesia

SETIAP HARI ADALAH  HARI IBU...TERIMA KASIH IBU...
Lakukan dan berikan kejutan untuk ibu dengan cara masing2....meraikan mereka biarpun ini hanya sebagai tarikh atau  benchmark untuk kita ungkit semula kisahnya..tentang ibu dan siapa kita tanpa ibu....

" Semuga ibuku sihat sejahtera dan bahagia dengan limpah rahmat ALLAH, diberkati amalnya dan dipelihara ALLAH, Boleh terus menyejukan hati ini dan melimpahkan kasih sayangnya buat kami dan mendoakan kami, anak-anakmu yang 11 orang ni..Terima kasih mak...HJH CHE PUTEH DAUD ." Sayang mak...ditelapak kakimulah  syurga kami..restui dan redzalah perjalanan kami..." Amin


Firman ALLAH , " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Hah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). "  [ Al-Isra’: 23]