Thursday, March 29, 2012

Ayuh bebaskan Palestin!!!


GMJ (Global March to Jerusalem) atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian.

Aqsa Syarif menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Global March to Jerusalem dengan menyemarakkan kempen kesedaran ini dengan menyertai Perhimpunan MyGMJ yang telah dirancang pada 30 Mac 2012.

Pada masa yang sama (30 Mac 2012) seramai 23 orang rakyat Malaysia akan bersama dengan anggaran 2 juta masyarakat antarabangsa dari 80 negara yang akan berkumpul di empat buah negara yang berjiran dengan Palestin. Kesemua delegasi Malaysia akan bersama dengan rakyat Jordan dan Palestin dan warga Malaysia yang berada di Jordan yang akan akan bersama menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan di Palestin.
.
Jom kita sama-sama sertai Perhimpunan MyGMJ ini.

Wassalam.
Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
Ketua Skretariat Aqsa Syarif Daerah Batu, WP
sumber : email  


Wednesday, March 28, 2012

Majlis Maulid Rasul & Haul Sheikh Abd Qadir Jailani

Jemputan ini untuk semua sahabat-sahabatku...Ayuh sama2lah kita mnghadirinya bagi mngubat hati dan kerinduan kepada titisan ilmu daripada ulamak2 yang tersohor.  Dalam SATU visi kita bertemu di masjid yang serba indah ini nanti... Bersama dalam satu jamaah dan satu agama kita realisasikan majlis maulid ini dengan pengisiannya.....InsyaALLAH.

Sabda Rasuulullaah SAW.
كن عالما أو متعلّما أو محبّا أو مستمعا ولا تكن خامسا فتهلك

"Jadilah orang yang mengajar, atau yang belajar, atau yang mendengar(akan ilmu dan ulama'), atau yang mencintai(akan ilmu dan ulama'). Dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, akan hancurlah kamu!"


InsyaALLAH. Muga ALLAH permudahkan perjalanan dakwah kita ke sana dengan tebaran sayap2 malaikatnya dengan penuh rahmat dan berkat.  Jumpa di sana Sabtu nie tau: 31  MAC 2012.
Wallahuaklam.

kok kok kokkkkkkk

Ayuh berkongsi ilmu yang didengar dari satu  majlis ilmu. Seringkali  kita jarang berfikir hikmah yang Allah jadikan sama ada yang  nampak, dihidu, didengar atau diperhatikan..ALLAH tidak mnjadikan sesuatu itu sia-sia bahkan dianjurkannya kita berfikir dan berzikir tentangnya. Syukurlah kita ade ilmuwan yang mngeledah kitab2 dan menemui ilmu berpandukan hadis.  Sebagai orang awam saya menerima ilmu yang dikongsikan dengan niat akan beramal

Bilakah kali terakhir kita mendengar ayam berkokok?..
Ntah kenapa pagi tadi saya dikejutkan dengan  kokok ayam dinihari pagi. Subhanallah...Kokokan ayam yang lazimnya membangunkan di awal pagi menandakan subuh telah masuk kini telah mngejutkan. Ada hikmah tersembunyi dan ada makna tersirat buat orang yang berfikir... Teringat juga cerita di awal persekolahan dulu, jika tetiba ayam  terbang atau tergejut, itu tandanya ayam itu terdengar penyiksaan di kubur. Sama ada satu kebetulan ataupun suratan, kejadian ini juga berlaku kerana kebetulan rumah saya tak berjauhan dengan kubur. Wallahu aklam.  

klu anjing menyalak pula...
sinonim dengan hantu, syaitan dan seumpamanya . hmmm ...Nauzubillah

 Hadith Sahih riwayat Al Bukhari Nabi saw bersabda:
"Apabila kamu mendengar ayam berkokok mintalah anugerah kepada ALLAH, sesungguhnya ayam itu melihat malaikat. Bagaimana pula apabila kamu mendengar suara kaldai, mintalah perlindungan kepada Allah daripada ganguan syaitan, sesungguhnya kaldai itu melihat syaitan"

Lagak si ayam jantan ...ayuh kokok
dan sabdanya lagi,
"apabila kamu melihat anjing menyalak dan suara kaldai, mintalah perlindungan dari Allah sesungguhnya haiwan itu melihat apa yang tidak kamu lihat"
inilah wajah kaldai...macam mana agaknya bunyinya
 
 HADIS YANG BERKAITAN DENGAN AYAM


Makruhnya memaki-maki ayam. Rasulullah S.A.W bersabda:Janganlah  kamu semua memaki-maki ayam. Sebab sesungguhnya ayam yang jantan itu
membangunkan kamu untuk solat”

Subhananallah>> Sama-samalah kita  ambil kesempatan dan peluang daripada  kokokan ayam ni dengan memperbanyakkan doa . Usah mempertikai jantina  ayam  tapi bersangka baiklah yang ayam jantanlah yang berkokok.  Jika terdengar  kokokan ayam cepat-cepat pohon doa agar malaikat sampaikan  hajat kita kepada Allah dan diperkenankan..

Ya, Allah Ampuni dosaku dan juga mak ayah ku yang telah membesarkan daku,
berikan daku cahaya keimanan,
Murahkan rezeki ku,  mak  dan saudara maraku,
berikan aku kesihatan yang baik, juga buat  emak dan juga saudaraku norizan, abdullah ishaq, norhayati dan semua yang sedang di uji sakit,
jauhi kami  dari azab api neraka,
Pertemukan kami di syurgamu dan damaikan kami akan nikmatMU

rahsia disebalik doa mustajab

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
"Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.". 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: 
"Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: 
"Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
"Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
"Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: 
"Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. 

"Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
 
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. 

"Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata, Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: 
"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: 
"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 
'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: 
"Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu." 
Terima kasih sumber : NOOR FAZILA

Thursday, March 22, 2012

balik kg

rinduuu..
balik kg oooo balik kampung...indahnya Pendangku...

yang pasti kukunjungi..ayah anakmu kan pulang lagi..
 dan terkini..muga dapat ku temu cucu baru kami yang ke 22 (andainya bilangan ni salah tokchu mhn ampun ye) Tahniah buat anakanda  sara dan izuan. Selamat menunaikan amanah sebagai ibu dan ayah dan  selamat berpantang dan semuga segalanya sihat2 belako. (hanya satu pic dikongsikan dlam FB)

lepas tu boleh laa layan  anak2 saudaraku ni: calcium oo calciumm
muga selamat segalanya....

Wednesday, March 21, 2012

terjawab sudah: Tahniah SPM 2011



Semalam seharian menghadiri seminar  di komplek KPKK, Putrajaya. Namun pagi yng dingin mngingatkan saya pada satu keputusan SPM yang bakal diumumkan. Memandangkan hanya mulai jam 10pagi barulah keputusan akan diumumkan , saya mengingatkan diri akan bertanya khabar selepas itu kepada anak2 saudara saya.  Rupa-rupanya dewan syarahan ini kebal dan tiada network coverage. Hebat betul .....Rupa-rupanya masih ade kawasan yang belum dapat liputan dalam dunia tanpa sempadan ni walaupan hanya di Putrajaya. Sama ada ini misteri atau history sama-sama kita fikirkan. Wallahuaklam..

ALHAMDULILAH, syukur dan tahniah buat anakanda saudara saya, FAIZAH SANIAH IBRAHIM yang telah berjaya memprolehi kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM 2011nya.  Kejayaan yang mengharumkan SMK Tasek, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan sebagai pelajar tunggal  yang berjaya memperolehi 8A 2B turut dikongsikan oleh ibu dan ayahnya. Tidak ketinggalan lafaz dan ucap tahniah dari seluruh family dikongsikan...satu pencapaian terbaik dalam family dan sebagai motivasi buat adik2 dan sepupu2, juga cucu2 berikutnya. Kejayaan ini tak datang tanpa jerit payah dan usaha berterusan daripada sogokan ilmu guru2 dan pusat tusyen yang  dihadirinya. Bagi pihak family, saya mengucapkan terima kasih cikgu, yang telah byak mencurahkan ilmu dan memberikan semangat atas kejayaan ini. Mhn dihalalkan ilmu diperolehi dan teruskan mndoakan kejayaan buatnya. Walaupun Faezah Saniah gagal mencapai target gurunya, namun ia sekurang-kurangnya dia telah berjaya memberikan kejutan berbanding dengan keputusan percubaannya  apatah lagi mengekalkan prestasinya sebagai top student bermula dari PMR lagi. Alhamdulilah. ( mantan Ketua Pengawas PSS SMK Tasek ni)


kak ngah -seputar di pusat sains kedah
Kak Ngah, ehemm..cu dengar kabaq semalam juga ade sessi bergambar untuk banner sekolah...??Betul kan??.Amboi2 sakan nooo... akan terpampanglah lagi wajahmu sebagai peransang kejayaan buat generasi SMK Tasek yang bermottokan cemerlang gemilang tuh. Kak Ngah dan adik itulah gelaran yang saya panggil untuk anak saudara saya ini.  Nasihat cu,keputusan hari ini  ini hanya permulaan. Jangan leka dan teruskan tetapkan matlamat dan fokus kepada kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang lagi. Buktikan kejayaan dan hadiahkannya buat ibu ayah yang banyak memberi sokongan dan perhatian pada kak ngah selama ini. Kak Ngah masih memerlukan doa mereka dalam setiap saat dan dalam waktu yang ada ini, bahagiakan mereka sebaiknya. Jangan mngikut nafsu dan bijaklah memilh teman.. Selepas ini kak Ngah akan berjauhan dari family dan jadikan agama sebagai tunjang dan pendidikan yang diperolehi sebagai laluan untuk dekat dengan ALLAH dan teruskan bermunajat.  

along antara permata yang terpilih menerimanya
Tidak ketingggalan juga ucu mengucapkan tahniah dan syabas kepada anakanda Siti Zulaikha Abd Rahman di JB. Kejayaan memperolehi 4A 2B 2C1D  juga satu pencapaian buat diri. Relakanlah dan jadikan ini sebagai platform untuk memburu kejayaan seterusnya. Ini bukan makna kegagalan tetapi satu tunning poinT. Masih ucu ingat,  along melangkah menerima anugerah kecemerlangan pendidikan dari shell atas kejayaan PMR tempuhari. Hanya yang terpilih sahaja menerima award ini dan yakinlah  along boleh!! dan BOLEH !!.. Tahniah saba dan dik Rahman biarpun tanpa talian darah tapi kita bagai satu keluarga..Kejayaan anakmu bagaikan kejayaan anak2 acu jugak. Terima kasih dan teruskan bagi sokongan buat anakanda Zulaikha.

Meneruskan pengajian itulah misi anak2 saudara saya ini. Mudahan segalanya  dipermudahkan dan mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading  dan seteruskan memperolehi kejayaan cemerlang dunia dan akhirat. 

Jom bertemu kita di kampung dan raikan kejayaan ini bersama..
Tahniah !!Ahmad telah menghadiahkan 9A dalam PMR 2011,. Kak Ngah degn 8A, 2B SPM 2011,


Sediakah menerima cabaran duhai anak2 saudaraku???
Selamat UPSR 2012 buat Syahira dan Aisya 
PMR 2012 buat Fatin Atiqah, Syarwani, , Hazwani
                                               SPM 2012 buat Arif Ismail dan Along Aminahtul

sabar itu indah


Thursday, March 15, 2012

Rahsia senja

sepetang di semporna

Senja merupakan waktu peralihan antara siang dan malam. Allah telah menjadikan aturan yang khusus buat makhlukNya pada kedua-dua waktu yang tersebut. Waktu siang adalah waktu untuk manusia bekerja dan mencari rezeki manakala waktu malamnya pula adalah waktu untuk beristirehat dan tidur. Firman Allah Taala dalam surah An Naba’ ayat 10-11: ”Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) sebagai masa untuk mencari rezeki.

Jika siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu malam pula merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran untuk menjalankan kegiatan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, rumah pelacuran, disko, fun fair, pusat judi, konsert hiburan dan karaoke aktif pada sebelah malam. Begitu juga dengan aktiviti merempit dan lumba kereta lebih hangat di sebelah malam. Menyedari bahayanya godaan dan gangguan pada malam hari, Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya dengan sabda Baginda: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari.”

Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua situasi atau dua keadaan. Contohnya antara siang malam dan siang, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan dingin, antara hujan dan panas. Nabi Muhammad SAW melarang seseorang untuk duduk antara kawasan teduhan dan kawasan yang disinari cahaya matahari. Begitu juga larangan orang-orang tua agar jangan bermain hujan panas kerana dipercayai mudah terkena penyakit demam panas. Syaitan juga suka berada di antara seorang lelaki dan seorang wanita (bukan mahram) yang duduk berdua-duaan.

Jika dianalisa lebih mendalam, lautan yang terletak di pertemuan antara dua arus menjadi lokasi pilihan syaitan dan iblis untuk membina istananya. Kepercayaan bahawa Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa (iaitu kawasan yang selalu berlaku kehilangan kapal laut dan pesawat secara misteri) sebagai kawasan yang dikuasai oleh kerajaan jin mungkin ada benarnya. Kajian sains menunjukkan kedua-dua segitiga tersebut merupakan kawasan pertemuan antara arus air hangat dan air yang dingin. Di dalam Shahih Muslim, Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air. Kemudian dia mengutuskan para tenteranya (untuk memfitnah manusia). Di antara para tentera itu, mereka yang memiliki kedudukan yang paling hampir dengannya ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah.”

Ibnu Qayyim Al Jauzi berkata, senja ialah waktu yang paling disukai syaitan. Pergerakan syaitan pada malam hari lebih hebat berbanding di siang hari. Sebab kegelapan malam memberikan kekuatan kepada mereka. Selain kegelapan, warna hitam turut memberikan kekuatan kepadanya. Pemuja-pemuja syaitan kebiasaannya memakai panji dan pakaian berwarna hitam. Rasulullah SAW juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan.

Jika waktu pagi adalah waktu manusia berpusu-pusu keluar untuk bekerja, maka waktu senja adalah waktu untuk syaitan dan jin keluar berpusus-pusu untuk menjalankan operasi mereka. Bagi menghindari dari diganggu oleh makhluk yang berkeliaran ini, maka Islam menetapkan beberapa ketentuan yang boleh dijadikan sebagai panduan keselamatan.

1. Menahan kanak-kanak dari berada di luar rumah pada waktu senja

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Bari mengatakan bahawa antara hikmah Rasulullah SAW melarang anak-anak bermain di luar rumah pada waktu senja ialah kebimbangan terhadap keselamatan mereka dari gangguan syaitan. Pada saat itu, kotoran-kotoran dan najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri anak-anak ketika mereka leka bermain. Kanak-kanak juga tidak membentengi diri mereka dengan amalan-amalan zikir yang boleh mencegah gangguan syaitan terhadap mereka. Ketika syaitan-syaitan berkeliaran, biasanya mereka akan bergantungan pada apa sahaja yang boleh mereka jadikan gantungan. Kerana itu dibimbangi terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu.

Dari satu aspek lain, kanak-kanak terutamanya yang belum mumayyiz memiliki hati yang bersih dari dosa dan tiada hijab. Oleh sebab itu, kebiasaannya kanak-kanak dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk tersebut. Nabi SAW bersabda: “Setiap anak Adam ketika lahir ditusuk di kedua tepi badannya oleh syaitan dengan jarinya kecuali ‘Isa ibni Maryam, syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya).” Kerana itulah bayi yang baru lahir dapat merasai tusukan tersebut lalu menangis. Tidak hairan juga jika ada bayi-bayi yang menangis di waktu senja atau tengah malam kerana diganggu oleh makhluk-makhluk ini. Untuk mengelakkan masalah ini dari terjadi, maka ibu bapa dan ahli kelurga seharusnya menahan anak-anak dari keluar dan mengunci pintu sebelum masuk waktu senja.

Selain kanak-kanak, Islam juga melarang penganutnya membiarkan ternakan mereka berkeliaran di waktu senja. Di kalangan jin dan syaitan, mereka juga mempunyai haiwan ternakan. Boleh jadi dibimbangi haiwan ternakan manusia ini akan dirosakkan oleh jin yang menyerupai anjing atau oleh haiwan ternakan jin itu sendiri.

2. Menutup bekas minuman dan makanan ketika waktu malam

Waktu malam adalah waktu di mana syaitan dan jin giat beroperasi. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggoda atau menumpang makan. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Shahih Muslim:” Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya: “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, syaitan berkata kepada golongannya: “Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Perintah Rasulullah SAW agar menutup bekas air dan makanan ada asasnya. Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan bahawa makanan atau minuman yang terdedah akan mudah dimasuki kuman dan bakteria. Ianya boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemudaratan kepada kesihatan manusia. Dalam memperkatakan perihal kuman, virus dan bakteria ini, Syeikh Rashid Ridha menyatakan: ”Dan Ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata: Sesungguhnya jin itu adalah (makhluk Allah) yang hidup, bertubuh halus dan tidak boleh dilihat. Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar, telah kami nyatakan berkali-kali bahawa makhluk Allah yang hidup, bertubuh halus, yang dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop, adalah sebenarnya satu jenis dari bangsa jin. Dan telah pun terbukti bahawa ianya merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit.”

Kebolehan jin, syaitan dan iblis memasuki tubuh manusia melalui salur darah telahpun diketahui oleh Rasulullah S.A.W. melalui sabda Baginda: ”Sesungguhnya syaitan itu bergerak bebas di dalam tubuh anak Adam melalui saluran-saluran darahnya.”

Virus dan bakteria adalah unsur luar yang tidak dikenali yang memasuki tubuh manusia sama ada melalui udara, air atau sentuhan pada kulit dan bergerak di dalam tubuh badan manusia melalui salur darah lalu menempati di sel-sel serta organ-organ dalaman. Ini adalah bersamaan dengan sifat kejadian jin yang halus dan boleh mengubah bentuk mengikut keadaan. Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui rongga tubuh yang terbuka dan terdedah seperti mulut atau hidung mahupun liang-liang roma. Fakta ini mempunyai persamaan dengan hasil kajian perubatan moden yang mendedahkan punca bagaimana sesuatu penyakit yang merebak iaitu antaranya melalui udara, sentuhan mahupun makanan yang tercemar. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: ”Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”

Begitu juga saranan agar menutup bekas makanan dan minuman agar tidak dimasuki kuman. Serangga dan haiwan melata seperti lipas, tikus, nyamuk, cicak dan lalat yang tinggal di tempat-tempat yang disukai jin seperti longkang, tandas dan tong sampah merupakan kenderaan yang menjadi tunggangan jin berbentuk virus. Apabila serangga begini menyentuh makanan yang tidak ditutup maka mereka akan memindahkan virus tersebut kepada makanan. Dan serangga-serangga ini kebanyakkannya keluar di waktu senja iaitu saat syaitan keluar berkeliaran.

Dalam kitab Al Muwatta karangan Imam Malik, beliau mendengar riwayat bahawa Saidina Umar hendak pergi ke Iraq. Ka’ab al Ahbar menasihatkan kepadanya dengan berkata: “Wahai Amirul Mu’minin, janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit.” Ianya jelas menunjukkan bahawa antara hikmah suruhan menutup bekas makanan adalah untuk menghindari mudarat penyakit yang berpunca dari gangguan jin melalui pemakanan.

3. Membaca Bismillah bagi menghalang syaitan masuk

Sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk sebagaimana kejadian api. Walau bagaimanapun, keistimewaan ini mempunyai beberapa batasan. Antaranya ialah mereka tidak dapat menembusi sesuatu yang disebutkan nama Allah (Bismillah) padanya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.”

Selain makanan dan minuman, aurat manusia juga menjadi perhatian syaitan. Sesetengahnya menjadikan kemaluan manusia sebagai kediaman, dan sesetengah yang lain pula duduk bertenggek pada aurat yang terdedah seperti rambut, punggung dan dada wanita. Walaupun makhluk ini boleh melihat aurat manusia, namun penglihatan tersebut menjadi terhalang sekiranya manusia membaca doa-doa tertentu yang diwaridkan dari Rasulullah SAW. Sebagai contoh, doa masuk tandas sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali b. Abu Thalib bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tabir antara mata jin dan aurat-aurat Bani Adam jika salah seorang di antara kamu masuk bilik mandi hendaklah ia mengucapkan Bismillah”. Begitu juga dengan aurat yang ditutup rapi semata-mata kerana Allah (bukan kerana fesyen) menyebabkan syaitan dan jin tidak dapat masuk. Maka disebabkan itulah Rasulullah SAW menyarankan umatnya agar berdoa dengan doa masuk tandas mahupun ketika hendak bersama dengan isteri. Amalan-amalan memagar dan mendinding rumah kediaman dengan menggantung pelbagai bahan azimat, menyelit kertas-kertas wafaq dan tangkal, atau menabur bahan-bahan tertentu yang kononnya boleh menghalang kemasukan makhluk halus adalah tipudaya syaitan sangat berbahaya. Makhluk yang ditugaskan untuk menjaga rumah itu adalah syaitan dan jin yang sebenarnya akan menimbulkan masalah dan huru hara dalam rumah di kemudian hari.

4. Memohon Perlindungan Allah dari angkara sihir dan bahaya malam

Oleh kerana amalan sihir melibatkan penggunaan syaitan dan jin, maka tidak hairanlah jika ada mangsa-mangsa sihir yang menjadi bertambah tenat dan meracau-racau terutama bila tibanya malam. Pada waktu malam, segala kejahatan mengambil peranan. Dalam surah al Falaq, Allah sendiri memberi peringatan khas kepada umat Islam agar sentiasa berdoa memohon perlindungan denganNya dari segala kejahatan: “Katakanlah (Wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya mengisi waktu malam dengan amalan-amalan yang boleh mengundang rahmat dan keredhaan Allah seperti bersolat, berzikir, membaca Al Quran dan seumpamanya. Sekiranya rumah kita dipenuhi dengan lagu-lagu yang melalaikan, atau filem-filem yang mengandungi unsur khurafat dan tercela, atau aktiviti-aktiviti yang dimurkai Allah, maka serangan sihir mudah berlaku kerana kita telah gagal membenteng diri dan keluarga dengan perlindungan Allah.

5. Menjaga aurat terutama kepala ketika keluar rumah waktu senja

pakai tudung ye
Waktu senja adalah waktu syaitan giat menghasut dan menggoda manusia. Mereka akan mencari ruang dan pintu yang boleh mereka tembusi pada tubuh manusia. Para ulama bersepakat bahawa otak manusia merupakan antara sasaran utama syaitan kerana itulah pengawalan segala aktiviti anggota tubuh. Kita mungkin pernah mendengar pesan orang-orang tua kita agar menutup kepala ketika keluar rumah pada waktu senja. Pesanan ini mungkin ada hikmahnya. Kita dapat perhatikan amalan orang-orang alim yang mendoakan kebaikan anak-anak dengan mengucup atau meniupkan doa pada ubun-ubun mereka. Amalan ini dilakukan dengan harapan agara ubun-ubun itu akan sentiasa mengilhamkan perkara-perkara baik untuk dikerjakan oleh anggota tubuh. Sebahagian lagi menyarankan agar kita menutup ubun-ubun dengan sesuatu agar ia tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia.

Kajian sains terhadap struktur otak manusia menemukan kebenaran ini. Menurut Prof Keith L. More, di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai frontal lobe yang menjadi pusat segala perancangan manusia. Sama ada perancangan itu baik atau jahat, ianya bermula dari situ. Menurut Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, itulah ubun-ubun. (rujuk Al Islam keluaran Mac 2010). Allah telah pun menegaskan hal ini melalui firmanNya dalam surah al Alaq ayat 15-16 yang bermaksud: “Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi Sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), (iaitu) ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.” Dalam surah Al Rahman ayat 41, Allah juga berfirman: “Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas ubun-ubun kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Menurut satu qaul dalam mazhab Shafii, seseorang yang tidak menutup kepalanya dengan suatu tutupan dianggap sebagai orang fasiq dan tidak bersifat adil. Boleh jadi, itulah sebab orang-orang tua dahulu menyarankan agar kita menutup kepala supaya syaitan tidak dapat meracuni fikiran kita.

6. Tidak membiarkan roh dan jasad lalai ketika tidur

Oleh kerana syaitan suka berada di antara dua keadaan, maka waktu tidur adalah antara waktu yang mudah untuk seseorang dimasuki syaitan. Ini kerana waktu tidur terletak antara hidup dan mati seseorang sebagaimana sabda Nabi SAW: “Tidur itu saudara mati.” Oleh yang demikian, ketika manusia tidur dalam keadaan lalai, maka mudahlah syaitan menerjah masuk ke dalam mimpi dan perasaannya. Adakalanya orang yang tidur akan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan hasil serangan syaitan itu tadi. Begitu juga dengan orang yang suka tidur di waktu senja menjelang maghrib. Mereka akan mengalami kecelaruan fikiran tatkala bangun dari tidur. Memang tiada dalil yang melarang seseorang tidur selepas asar. Tetapi apabila diperhatikan kepada bahaya membiarkan jasad dalam keadaan separuh sedar di saat syaitan berkeliaran, maka sesetengah ulama melarang seseorang dari tidur selepas asar. Sesetengahnya berpendapat sekiranya dilakukan 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan jadi gila (Dalam bahasa arab, orang gila disebut ‘Majnun’ yang bermakna ‘orang yang dimasuki jin’). Besar kemungkinan ini disebabkan oleh penguasaan syaitan terhadap otaknya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih ada disebutkan: “Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajjud di malam hari.” Ibn Qaiyim menambah:”Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Bagi seseorang yang terpaksa keluar ketika mana para syaitan sedang berkeliaran mencari mangsa, maka pendekatan yang harus dilakukan ialah dengan mengamalkan apa yang ditunjuki oleh Nabi SAW iaitu:
 (1) berdoa mohon perlindungan dari kejahatan jin dan syaitan,
(2) pastikan diri dalam keadaan suci dari hadas, 
(3) hati dan fikiran kena selalu berzikir ingat kepada Allah, 
(4) tidak keluar bersendirian kecuali ditemani seorang mahram, 
(5) menjauhi dari melalui kawasan-kawasan gelap atau sarang maksiat, 
(6) menutup aurat terutama bahagian kepala.
 Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan Kolej Antarabangsa IKIP
Terima kasih SUMBER: iium

KOMEN: Info ini menarik dan saya kongsikan disini sebagai rujukan dan perhatian bersama. Yang baik kita kongsikan yang kurang jadikan teladan Semuga generasi kita selamat dunia dan akhirat. Betapa berharganya nilai kekeluargaan dulu yang banyak pantang larangnya ...hakikatnya ia mngandungi mkna tersirat. Semuga kita mnjadikan iktibar dan janganlah bermain degn senja yang mengundang bahaya dan ancaman buat diri . Muga paparan ini mnjadi pedoman bersama
                                                                                                                       

Thursday, March 8, 2012

Tanya sama katak..

Hujan adallah makhluk Allah. Ianya boleh turun sbagai hujan rahmat, dan boleh jugak turun sbagai 'bala' dgn arahan Allah. Maka, hujan boleh kita klasifikasikan sbagai tentera Allah. Apabila Allah arahkan hujan menjadi tenteranya, maka akan kita saksikan bagaimana banjir teruk berlaku hasil darinya, ataupun tanah runtuh berlaku hasil darinya. Contoh apabila Allah mengarahkan hujan ini menjadi tenteraNya yg hebat, dizaman nabi Nuh as, apabila umat Nuh as amat engkar dgn seruan nabinya. maka Allah mengarahkan nuh as mencipta kapal yg besar, & muatkan semua manusia yg patuh & binatang2 yg terpilih kedlm kapal itu. Setelah itu, dgn arahan Allah, hujan turun sbagai tentera Allah tanpa henti2, sehingga menenggelamkan seluruh permukaan bumi. Bukan sj hujan, semua makhluk Allah yg dpt kita saksikan & berada disekeliling kita, anytime Allah boleh arahkan utk menjadi TENTERANYA. Maka, insaflah kita semua, jgn leka dgn suruhanNya, & jgn berlagak ego/angkuh diatas bumi Allah ini. Semuanya dialam ini adalah milik Allah, termasuk juga diri kita sendiri. Allah azzawajjala bila Dia nakkan sesuatu berlaku, cukuplah Dia berkata "kun" (jadilah), maka jadilah sesuatu itu...  Wan Adib roslan
 petikan.malaysiakini.


Tanya sama katak, kenapa panggil hujan??? Rahmat Hujan buat semua....Sana sini ujan....itulah realitinya yang berlaku petang semalam... salam takziah kepada semua insan yang terpilih menerima ancaman hujan dan banjir kilat ini..Siapalah kita untuk mngadilinya dan sama-sama kita fikir dan renung kata2 Wan Adib Roslan ini. Saya berkongsi disini, sebagai peringatan buat diri dan sama-sama bermuhasabah. Allah masih sayangkan kita dan ujian ini mnjadi satu iktibar buat semua. Ampunilah khilaf kami dan berikan petunjukMU buat kami selamanya....

Segalanya berlaku dalam sekelip mata .Ujan yang berlarutan semakin galak menitiskan air matanya i ..Saya masih di masjid menanti dan menanti hujan reda  hingga usai solat isya. Namun selepas keadaannya agak reda, barulah saya meneruskan perjalanan pulangke ampang. FenOmena kesesakan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan apa lagi selepas ujan. Beberapa kemalangan kecil telah merencatkan perjlanan.  Sepanjang perjlanan  menempuh kesesakan hinggalah ke depan rumah. Beberapa kali bertembung  kereta peronda bomba  yang juga asyik menjalankan tugasnya... Rupanya hujan semalam bukan sebarangan hujan...Hujan yang disusuli banjir terburuk sepanjang 30 tahun. tudia...bukan sikit2....( salam takziah buat kawasan ampang/lembahjaya/ukay dlll)

Terima kasih buat saudara dan teman2 yang bertanya khabar tentang diri ku. syukur..Segalanya ALLAH rencanakan.. Lazimnya saya akan mnggunakan jalan pintas, sekiranya kesesakan berlarutan tetapi situasi ini tak berlaku semlam. Syukur...sesungguhnya ALLAH jualah yang mnggerakan kita dan mmberi petunjuk  buat kita berfikir. Semuga ALLAH ampuni kita dan mmberi peluang keampunanNYA.

Sebagai seorang warganegara, saya mengusulkan nama KUALA LUMPUR di tukarkan namanya supaya 'lumpur' tidak memenuhi kotaraya ini lagi...Kan ke kata itu doa dan ALLAH makbulkan panggilan kita selama ini ...Apa agaknya nama yang sesuai untuk kotaraya ini ....??   Wallahuaklam

(harap2 di rumah saya air tak putus dan segalanya elok2 belaka..indahnya ampangku)

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Hari Wanita

* 8 Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia. 
Titipan ini kuhadiahkan  istimewanya buat ibundaku Hajah Che Puteh, seorang wanita yang sempurna, baik hatinya dan lembut bicaranya  indah dimata dan di hati anak2mu....Terima kasih mak...

Juga kepada semua wanita-wanita yang dikasihi.
Kepada kakak2, adik2,anak2 saudara, sahabat, teman,  rakan  dan  sahabat2ku ..
Semuga dirahmati akan keselamatan dan keberkatan dalam kehidupan
Ketahuilah   wanita yang menghayun buaian akan terus mengoncangkan dunia dengan corak dan kepimpinan islami yang unggul. Wanitalah indahya namamu, terbuka luas syurga buatmu.. 



Seketika.. mengkoreksi diri....jauhhh...amat jauh dibandingkan dengan puteri Rasul, Fatimah Azzahrah..Kenapa kita membelakangkan puteri rasul ....???
Amin.

Monday, March 5, 2012

Word less Wednesday # 16

pejam celik pejam celik....
dah besaq pun ...
Puteri Nureen Dieni...cucuku yang lahir pada 1/1/2012