Tuesday, February 28, 2012

Thursday, February 23, 2012

Faris...Kau pergi jua

Dalam kenangan...
Baru semalam, saya mengenali anakanda FARIS yang comel dan cute...Melihat fotonya dapat dibaca wataknya...seperti falsafah biasa didengari.."picture tell a story". Itulah pandangan saya atas kehadiran anakanda faris di blog. Rasa keceriannya mewarnai kehidupan keluarganya..Namun kini saya baru berkesempatan blogwalking dan alangkah tergejut dan terperanjatnya.....Anakanda Faris telah dijemput pulang dan pergi mengadap MAHA PENCIPTA pagi tadi. Innalilahiwainna ilaihi rojiiun... Kesempatan ALLAH meminjamkan anak kecil ini buat ibu ayahnya hanya seketika biarpun dia bertahan melawan penyakitnya...Berat dan sayunya hati kita bile menatap n3 detik2 perjalanan allahyarham anak kecil ini ...Segalanya boleh dilihat di SINI2.  Terima kasih En Mazidul yang berkongsi setiap detik terakhir anak ini...Semuga ALLAH mencucuri rahmat atasnya dan digolong di kalangan para syurga.

Salam takziah buat ibu ayah allahyarham anakanda faris...Tiada ayat yang mampu saya perpanjangkan kerana tersebak dan tersentuh dengan pemergiaannya.Biarpun saya tak mengenalinya namun saya memahami nya...Berat mata memandang...berat lagi mereka yang memikul. Syukurlah ayah dan ibunya telah melaksana amanah dengan baik dan terbaik dan berusaha mengubat tanpa pasrah dan menyerah.Andainya perkara yang sama berlaku dalam keluarga saya....apa yang mampu saya korbankan....Ya ALLAH ampunilah kelalaian kami, permudahkanlah urusan kami dan ringankan beban kami dan berikan kebaikan buat semua.

Dijangkakan selepas asar nanti, aruah anakanda akan bersemadi dengan tenangnya. Anakanda telah melepasi penderitaan yang dialaminya.Disambut para malaikat degn penuh kenikmatan.Anak yang bersih lagi suci..Syurga selayaknya buatmu. .Subhanallah nak, pergimu dimlm  jumaat  dan pastinya tahlil dan doa terarah jua buatmu nanti.

Kepada kalian yang telah membaca n3 tentang adik Faris ini, apa kata selepas ini sama2 kita terus menyalurkan RM ke akaun ayahnya sebagai membiayai kos rawatan yang ditangggung.  Biarlah anakanda tenang lagi damai di sana tanpa ada hutang yang tertangguh...Sama2 merasai dan menjiwai naluri  ibu bapa dan  biarpun kita tak mengenalinya tetapi sebagai sesama muslim sumbangan semua amat2 dialu-alukan. INsyaALLAH kita adalah insan prihatin.....Hari ini kita mmbantu....mudahan ALLAH bantu kita jua nanti

untuk menjiwainya lagi....ayuh ziarah ke blog MAZIDUL..di sini kan ditemui makna airmata Faris...Subhanallah..sebak..piluuuu....sediakah anda diuji??

AL FATIHAH buat allahyarham anaknda Faris
(jua buat ayah, anak saudara, abg ipar......semuga rahmat dicucuri dan damai kalian disana)
Sumber Foto :Blog Bersama Mazidul

Wednesday, February 22, 2012

Malam Mahabbah Rasul 2012

SURAU AL MUSTAQIM akan mengadakan

MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W
bersama
HABIB UMAR KHALID HASAN AL MADIHI
 (Pimpinan Pesanteren Nurul Tawfiq Pasuruan Indonesia)
pada KHAMIS 23/2/2012
selepas solat maghrib.

Tuan Puan dijemput hadir..Ayuh jooom

InsyaALLAH sama2 kita hadirmajlis ilmu ini dalam meraikan bulan kelahiran Nabi ini ..Perbanyakan  berselawat dan berqasidah..Jumpa disana..InsyAALLAH

ada berani?

subhanallah..nak tau kenapa??....gara2 tak menutup aurat anda mungkin akan didenda..inilah antara harga yang harus dibayar bagi mendidik rakyat ke arah penghayatan islam..Saya tabik kepada pimpinan datuk TGNA yang telah mengambil kira masalah sosial di Kelantan. Teringat pesan guru2  jauhilah dari fitnah..Saya bukanlah bijak untuk mnghuraikannya namun saya suka berkongsi bahan yang di siarkan menerusi SINAR. Mampukan Kedah negeriku tercinta melaksana juga malaysia tanahairku mengikutinya....Sama2lah kita memelihara diri dan uummah dari terjerat dik neraka...Masalah sosial adal;ah maalah kita bersama...

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).
...................................................

Word less Wednesday # 14

back to nature...

Sunday, February 19, 2012

ekspo buku di putrajaya

Perhatian kepada warga putrajaya dan sewaktu dgnnya..
Pesta buku datang lagi. Kali ini  lebih fokus kepada buku islam.  EKSPO BUKU ISLAM 2 akan menghimpunkan ribuan buku2 dari penerbit2 islam yang digarap berpandukan AQ dan Hadis. . Ambillah kesempatan waktu berkunjung ke eskpo tersebut dan melaburlah untuk memperolehi manfaatnya...Ekspo ini  akan berlangsung mulai 24 feb-4 mac 2012 bertempat di Presint 3, putrajaya( berhampiran degn masjid besi@ sultanlmizan.

Selamat datang dan jadilah ia riadah keluarga di hujung minggu...( dedikasi buat teman2 ku yang berada di sekitar Putrajaya)


Ucap tahniah juga buat utusan karya atas pelancaran majalah berunsurkan islamnya yang terkini... IMAN..kini berada di pasaran dengn rm7 senaskhah. IMAN' yang perlu anda miliki
Sesuatu yang diwarisi seharusnya tidak dibiarkan hilang begitu saja sedangkan ia sangat berharga. Apatah lagi keimanan, yang merupakan satu rahmat besar daripada Allah SWT.

 Mungkin ade harga promosi di eskpo ini tapi yang pastinya....Kini media islam telah menjadi santapan dan  tatapan kita..ade solusi, generasi AQ, fardu ain, majalah i ,, nur, dll..tepuk dada tanya IMAN, dan buatlah SOLUSInya muga NUR hidayah sentiasa bersama. walahuaklam  

Friday, February 17, 2012

dedikasi buat junjungan Nabi Muhammad SAW..



terdengar lagu ini, rasa rindu kpd RASULULLAH tetapi, apabila terlihat kpd kehidupan hari ini, rasa bersalah kpd BAGINDA. Baginda amat-amat menyayangi kita, terkedu hati apabila memikirkan kita tidak mencintai BAGINDA sebagaimana BAGINDA menyayangi kita. Ya RASULULLAH, dptkah aku menemuimu di akhirat kelak dan adakah aku tergolong dlm umatmu..YA MUHAMMAD AL-AMIN S.A.W

Andai Rasulullah bersama kita...
Ya Allah...
tak tergambar perasaan ini...

Ya Rasulullah s.a.w. Aku amat rindu pada mu, walaupun tak pernah ku lihat wajah mu. Kurniakanlah aku syafaat mu di padang mahsyar bersama golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Bak kata tuan guru sheik nuruddin....mesti ingat dan selawat hari2 buat rasulullah( bukan hanya pada hari lahirnya shaja)..wallahuaklam

Thursday, February 16, 2012

bersama Ostaz Kazim

perhatian- perhatian kepada semua muslimin muslimat:
InsyaALLAH aturkan temujanji bersama dalam sesi ilmu ini.
  • -> 17.2.2012 - Kuliah Maghrib di Masjid Ar-Ridhuan,Hulu Kelang.
    -> 18.2.2012- Kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah,Taman Melawati.
Muga kita menjadi orang yang cintakan majlis ilmu untuk terusbelajar...
SELAMAT  DATANG ....

Monday, February 13, 2012

PETUA elak jadi PELUPA

Ingatan buat diri yang semakin di gamit usia purba....
Mudahan menjadi panduan dan tindakan ....
Post
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa: (Harian Metro 1 November 2006)

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut/perut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.


Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang �disuruh� bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam �terlupa� di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk �bekerja� pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan �hubungan� antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006
SUMBER : http://paramedik.bbfr.net/t4075-petua-elak-jadi-pelupa 

Friday, February 3, 2012

Lau kana bai nana...

Seputar dalam majlis forum sempena sambutan maulidur rasul yang dianjurkan oleh surau al mustaqim(SAM) malam tadi  saya kongsikan .Membariskan ahli panel yang terdiri  daripada Ustaz Yussaine Yahya( Mudir Maahad Tahfiz al Imam an Nawawi), Ustaz Ahmad Husam Sheikh Badaruddin (Mudir Maktab Pengajian Islam Kedah) dan ustaz Abd Rahim Nasir ( Nazir Msjid Al Syarif, Simpang 3, Gombak ) yang mengupas setiap persoalan dengan baik dan diseliti dengan sindiran, saranan dan refleksi amat bermakna.


Andainya Rasullullah masih bersama kita......
ianya sekadar satu tajuk yang tak mungkin berlaku namun itu bukan persoalannya, kerana apa yang diirumuskan adalah sejauh mana kecintaan kita pada Rasulullah. Siapalah kira tanpa rasul yang diutuskan dan betapa mulianya kita  sebagai ummat Muhammad. Adakah kita telah bersyukur? Dilahirkan sebagai islam dan menjadikan syahadat sebagai akujanji sekurang kurangnya 5 kali sehari.  Pernahkah kita tahu, nabi menangis dan risau akan ummatnya jika ketiadaaanya. Sehinggakan sebelum mengakhiri hidup pun rasullulah masih mengingati " ummati". Peranan, akhlak dan peribadi  Muhammad SAW secara keseluruhannya merupakan satu contoh yang terbaik dan selayaknya kita mencontohi perilaku yang pernah baginda rasul laksanakan. Namun...adakah ini sekadar satu persoalan??

Sama-samalah kita mengkoreksi diri dan memikul tanggungjawab sebagai duta rasul sebaiknya. Rasul telah tiada namun peranan kita belum berakhir. Lantiklah diri masing-masing sebagai Duta Rasul, meneruskan kesinambungan yang pernah baginda lakukan. Menyuburkan rasa cintakan ALLAH, rasul dan menyebar luaskan ilmu agama dan akhlak mulianya. Sama-sama mengajak diri, keluarga dan sahabat taulan menegakkan sunnah, memelihara syariat dan berazam mengikut Nabi. Buktikan kecintaan nabi dengan menggariskan beberapa target berpandukan hadis yang tepat. Sehingga kini, bertanyalah pada diri, sejauhmana bacaan hadis/ sirah ada di rumah kita.

Sama-samalah membanyakkan berselawat dan meningkatkan amal membuktikan kecintaan kita padanya. Menjadikan sekurang-kurangnya 100 kali selawat sebagai santapan harian. Berazam mengikut nabi dalam gerak dan diam serta memohon syafaat rasul untuk menyelamatkan ummat di akhirat kelak. Biarpun Nabi Ibrahim( hasbiyallah...), Nabi Nuh ( la ilahaila anta.._), Nabi Zakariya( robbihabli...) yang mempunyai doa tertentu dalam situasi  yang tertentu, namun doa itu masih boleh terus diamalkan sementara kita mengharapkan  doa rasulullah yang disyafaatkan  khusus buat kita sebagai ummatnya. (Sebaik2 ummat.) InsyaALLAH buktikan kecintaan juga dengan menziarahinya sebagai lambang kerinduan kepada kekasih Allah ini.  Bila rindu mengamit rasa, kunjungan itu satu penawarnya.

Sama-sama kita berazam dan mengimarahkan program yang disusun sempena kedatangan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum berakhirnya program, lafaz marhaban, qasidah yang dipimpin oleh pelajar tahfiz dari taman permata  bergema. Betapa bertuahnya qariah surau SAM dan  bertuahnya saya terpilih sekali lagi bersama-sama dalam majlis memperingati junjungan besar nabi muhammad ini. Semuga setiap langkahmu mnjadi ibadat dan ku hadiahkan buat ayahanda tersayang...SemuGa ALLAH cucuri rahmat berterusan buatmu ayah.

wallahuaklam.

Thursday, February 2, 2012

Konsert Hulu Kelang Berselawat

KONSERT HULU KELANG BERSELAWAT
 6 FEBRUARI 2012 (ISNIN)
JAM : 9 Malam
Padang Permainan AU5C, Lembah Keramat ( Berhadapan Stesen Minyak Esso & Petronas)

Menampilkan :
Sham Kamikaze,
Nora,
Ustaz Zul Pandan
Ustaz Farhan
InTeam, Al Maulid, UNIC, Marjan
Penampilan khas:
Pelajar Maahad Tahfiz dar Al Quran Wa al hadith

Anda
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Komen : Sekalung Tahniah buat Surau Al Mustaqim yang  diberi tanggungjawab  menganjurkan program ini untuk Zon Hulu Kelang . Berhibur dengan mengingati ilahi dan kecintaan berterusan kepada Rasullulah. Walaupun saya masih di kg ketika ini, namun saya mndoakan mudahan majlis terus mendapat sokongan dengan kehadiran  tetamu yang ramai dalam menterjemahkan kecintaan bersempena dengan bulan kelahiranNabi kita, Muhammad SAW. Selamat datang dan rasai pengisiannya..

Al Mustaqim Berselawat

Sambutan Maulidur Rasul 1433H
Surau Al Mustaqim, Jalan AU5C/8, Lembah Keramat

Tarikh:  4 Februari 2012 ( Sabtu)
Masa:  Bermula selepas solat asar

Aturcara:
* Majlis Khatam Quran 30 juzuk bersama pelajar tahfiz
* Bacaan surah yasin & tahlil
* Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Yunus Kamaruddin
* Maulid Qasidah & selawat

Semua Ummat Muhammad SAW dijemput hadir
( Sama-sama suburkan semangat dan kecintaan pada rasulullah dengan mendekati majlis memperingatinya)
JOM !!!

Cinta Masjid bersama TV alHijrah

seiras aljazeera..
Saya berkesempatan bersemuka dengan  TV alHijrah tatkala mengunjungi karnival karangkraf tempuhari. Paparan penuh beberapa gambar personalitinya di boothnya begitu menarik perhatian . Biarpun TV hijrah masih muda dalam dunia penyiaran tetapi ia mempunyai peminatnya tersendiri. Antara sedar atau tak, seringkali Prof Dr Muhaya mendedahkan beberapa aktiviti dan intipati kuliah dan segmen yang ditontoninya. Ia juga merupakan satu iklan yang secara langsung mengajak saya menontonnya. Namun sayang seribu kali sayang....biarpun bermastautin di ibukota, namun ceracaknya menghalang siarannya di kaca TV rumah. Namun sesekali saya berpeluang juga melihatnya tatkala mengunjungi rumah jiran yang mempunyai kemudahaN TV satelit(DVBS). Sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu...

Sebagai memenuhi tuntutan kemasyarakatan kini TV Hijrah mengatur program turun padangnya di hujung minggu ini menerusi "CINTA MASJID" Menjadikan masjid sebagai lokasi singgahan dengan aktiviti yang pelbagai. Saya mengajak teman2 sekitar ibukota untuk bersama2 memeriahkan program yang direncanakan pada 4 -5 februari ni. Jadikan ia aktiviti santai family
UNTUK LANJUT RUJUK : DISINI

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berkata, 
program tersebut akan diadakan pada 4 dan 5 Februari ini bersempena sambutan Maulidur Rasul.

“Masjid pertama yang dipilih untuk menjadi masjid pertama yang akan menerima kunjungan TV AlHijrah ialah Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda Kuala Lumpur.

“Cinta Masjid bertujuan memperlihatkan masjid-masjid yang mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dijadikan masjid contoh oleh masjid-masjid lain seluruh negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. 


Ostaz Don
Kata beliau, siaran secara langsung program Kuala Lumpur Berselawat, Program Dikir Zikir, perarakan Maulidur Rasul, gotong royong bersih masjid, majlis penyembelihan lembu, kenduri bersama masyarakat, pertandingan azan dan mewarna kanak-kanak dan ceramah.
Program Cinta Masjid tidak ketinggalan memberi peluang kepada penduduk setempat mengenali dengan lebih dekat personaliti TV AlHijrah seperti Ustaz Don, Chef Iskandar, Wan Kamaruddin, Amin Idris, Shahrul Faizi, Irma Hasmie dan  pemenang rancangan Solehah musim pertama, Amie Sofia

Ambillaah kesempatan dan peluang di cuti hujung minggu untuk menjadikan masjid Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda Kuala Lumpur. sebagai destinasi singgahan. Mengembalikan peranan masjid sebagai pusat ekonomi, perpaduan dan sumber ilmu. Muga ALLAH merestui langkah-langkah kita.Amin

Wednesday, February 1, 2012

Lantunan Untukmu ya Rasullullah




lantunan yang menyengat dgn penghayatan bermakna pada setiap bait yang tersusun indah...Subhanallah...Ayuh sama2 kita suburkan bulan penghayatan sunnah ini dengan puji-pujian berterusan buat rasulullah. Terima kasih As sofa yang telah berusaha menerbitkan pengkisahan sejarah ini menerusi Rahmat Ekamatra.Sama-sama lah berderma sambil menikmati keindahannya.
Ya ALLAH limpahilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.