Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012

salam sejahtera,..
2012 bakal meninggalkan kita dan tirai 2013 akan mengambil alih pusingan kehidupan ini..Terlalu pantas kehidupan dalam 365 hari dalam putaran tahunan kita. Segalanya bagaikan semalam yang di lalui dan kenangan ini akan terus menjadi nosalgia..

2012..
telah ku susuri bersama
kenangan terindah..
dan yang pastinya 
kegembiraan
diiringi kesedihan.


2012...
1 jan : menerima kelahiran cucu saudara ku yang ke 20 Puteri Nurren Diniey

21 jan : menerima kehadiran cucu saudaraku ke 21 : Aleesya
16 mac : menerima kehadiran cucu saudaraku ke 22 : Muaz
12 nov : menerima kehadiran cucu saudaraku ke 23 :MUhammad Rayyan Iman
           
 7 mac 2012: hijrahnya keluarga anak saudaraku ke Abu Dhabi merupakan satu kehilangan juga padaku. Dia antara sanak saudaraku yang paling rapat dan banyak yang dikongsikan bersama. TErasa bagikan kehilangan rakan gosip, rakan menangis dan kejutan2 di awal pagi lagi..Anak saudaraku memilih  family berbanding kerjayanya yang cemerlang demi masa depan generasinya. Kedudukannya agak  selesa dalam  Tenaga Nasional  tetapi berjauahan dengan suami merupakan sebab dia meninggalkan jawatan mencabar itu. Kini mereka antara ribuan bahkan jutaan rakyat Malaysia yang bermastautin di tanah arab itu. Kesempatan terbaik buat cucu2 saya mengutip pengalaman di rantauan bersama family tercinta. .

5 jan :  menerima berita mengejutkan abang ipar dijemput ALLAH..Almarhum abang ipar ku Awang Hj CheMat disahkan meninggal kerana komplikasi perut di Hospital Alor Setar dan selamat disemadikan selepas solat isya di tanah perkuburan kampung saya.. Kematian  ini amat mengejutkan selang 2 hari sebelum itu saya sempat bertemu aruah abang  di Kedah medical  centre kerana menziarahi anaknya yang baru bersalin anak ke 5.( Diniey). Abang tak menunjukkan sebarang kesakitan...aruah abang juga tak sempat melihat Diney kerana bayi kecil itu diletakkan di tempat khas ..Biarpun begitu, Diney melihat wannya di saat akhir pejalanannya ke alam kubur ketika aruah di bawa pulang ke rumah sebelum di bawa ke masjid. Aruah abang disemadikan di kubur berhampiran dengan anaknya( hujung kaki aruah anak sulungnya yang meninggal pada 24 september 2011)

9 september :  pemergian emak yang ku sayang hingga kini masih diselubungi kesedihan. tak mampu ku gambarkan rasa sedih ini dan segalanya bagai semalam. Keadaan kesihatan emak disepanjang ramadan kian menurun, namun mak masih berdikari dan mampu  melaksanakan ibadah puasa ini. Mak  perlu menggantikan  puasa 5 hari kerana keuzurannya namun mak  hanya dapat menyempurnakan 4 hari puasa kadha di bulan syawal  tetapi ke semua anak2 mak yang seramai sebelas orang telah sama2 menggantikannya ( biar berlebih dari terkurang) . Berita mak dijemput ilahi ku awali dengan alhamdulilah kerana tercapailah hajat mak meninggal di jumaat yang diberkati...20 syawal yang hening ....Mak disemadikan berdekatan dengan aruah ayah sebelum  solat jumaat.  Bersandinglah mak dan ayah.....karana cinta kalian adalah cinta sebenar lagi sejati..Mak, ayah..muga ALLAH cucuri dan rahmati dan ditempatkan dikalangan orang soleh dan ditemukan kita di firdausi nnti

21 november : pemergian sahabat saya cik Zainah Mohd Sharif, akibat kemalangan jalanraya di awal pagi seusai tugasnya  amat mengejutkan. (bergambar di sini )Hanya 2 hri sebelum itu, dia ke tempat tugas saya dan memulangkan baju  yang dipinjamkan semasa mengikuti kursus di Gold Cost Morib. Keadaannya yang ceria dan murah melemparkan senyum rupanya satu petanda terakhir untuk kita kenangi....Terima kasih ALLAH yang memelihara jasad aruah biarpun pada hakikatnya hancur remuk keretanya.  Berbahagialah sahabat dan selamat jalan ....(insyaALLAH  akan saya catatkan lagi tentangnya nnti)

Cukup2 sudah....biarkah segalanya berlalu..
Lipatan 2012 harus di tutup dengan sempurna dan diabadikan bersama memori terindah.
semalam harus di tinggalkan kerana esok menanti .....
biarpun esok belum pasti milik siapa
namun sebuah pengharapan 
sebuah iktizam
bersama sekudus doa
pengampunan,
setulus hati
mencari redza ilahi.

Ya ALLAH, pandulah kami dan berikan petunjuk dan cahaya hidayahMU buat kami
YA ALLAH jadikan kami lebih baik dari tahun lepas...
jadikan esok yang dirahmati , hidup diberkati

1 comment:

Mimi Azirah said...

salam

singgah petang bace entry

done follow