 |
kasihnya ibu... |
apa??? sapa?? betul ke nie?? Menerusi telefon kakak telah memaklumkan berita sedih ini.
Semestinya saya menjadi seorang yang hilang punca...kerana berita yang mengejutkan ini...Dalam kebingungan dan kecelaruan melata di kotak fikiran, saya cuba menyakinkan diri...jika ini satu kebenaran...saya terima ya ALLAH..tapi berikan daku ketenangan...Saya cuba menceriakan diri dengan meminta rakan sepejabat mengucapkan salam takziah....(hakikatnya saya cuba mnghantar info kesabaran dalam diri )
"
slm...abg Zul meninggal jam 3.30 ptd td." sms ringkas ini diterima pada
27 September 2011 jam 15:41:41 daripada Suriani , anak saudara kedua ku...Yakin..ini adalah info yang sahih lantas terus ku hubungi nya untuk pengesahan. Sue hanya mampu mengiyakan dan suaranya di seliputi ngn sendu tangis. Fahami dan ketahui lah saya ...bahawa....baru sekejap tadi ,anakanda saudara sulung dalam family saya telah dipanggil mengadap ilahi..Perginya Allahyarham Zulkifli Awang di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam yang tercatat di sijil kematiannya 3.20 ptg dalam usia belumpun menjangkau 40 tahun.
Segalanya begitu pantas dan bagaikan sukar untuk dipercayai..Menurut adiknya , Mariani, abgnya tak menunjukkan petanda yang nyata akan meninggal dunia. Cuma dia lebih suka merenung sesuatu dalam tempuh yang lama dan mengalami batuk2. Paling terharu, dia ade menyatakan secara tak sengaja apabila di 'flashback' bahawa, aruah pernah berkata hidupnya cuma ada beberapa bulan lagi dan dia memang merahsiakan penyakitnya. Saya terharu bila adiknya menyatakan bahawa, betapa dia merasai tak puas menjaga abangnya tika dia sakit. Sebab aruah seorang yang tak menyusahkan dan seboleh mungkin akan menguruskan dirinya sendiri. Dia juga sengaja memilih untuk tinggal dengan adiknya sementara sakit kerana tak mahu menyusahkan emaknya . Lagipun kakak saya bukanlah sihat sangat dan dia perlu rehat tanpa stress. Walau bagaimanapun, semasa dia tenat di hospital, kakak(emaknya di rumah) sempat menghabiskan 3 kali yasiin mendoakan untuknya.
Di saat hayatnya bersama kami, aruah seorang anak yang tak pernah membantah. Lebih suka berdikari dan seorang mekanik kereta yang berjaya. Dia telah mewarisi kemahiran ayahnya membaiki dan meneruskan kesinambungan bengkel yang diusahakan. Aruah mempunyai pelanggan yang tersendiri ke bengkelnya kerana perkhidmatan mekaniknya tidak mngira masa. Sekiranya orang memerlukan bantuan kerosakan kereta dia pasti dihubungi dan sebagai rescue. Dengan kata lain, hidupnya memudahkan urusan orang.
Aruah juga rakan sepermainan saya. Dia lah anak saudara pertama dari keluarga saya. Saya pernah membesar dan menyusun patung combat bersamanya..Namun tiada aksi tanpa kematian jika berada di medan peperangan. Inilah lumrah dan lazimnya yang mati adalah watak yang saya pegang..Hero takkan mati...Hebatnya senjata dan machinegun milik aruah. Aruah selalunya menang.
Seketika membesar bersamanya juga saya pernah dikejutkan dengan kenakalannya menelan minyak "kobota. Segalanya berlaku denagn pantas dan memaksanya di bawa ke hospital. Kemudian gara-gara menyarung kasut , kakinya di sengat labah lutung..Namun selepas itu dia membesar sebagai lelaki yang normal dan meminati engin dan menjadikan ianya sebagai kerjaya.
Namun, sebelum aruah meninggal, amat mengharukan bila dikenang..,aruah minta izin dari adiknya untuk '
nak balik umah " Hakikatnya dia hanya singgah seketika di rumahnya dan kemudian di rumah tok wannya ( rumah emak ). Menurut jiran yang melihat... (ketika itu, emak berada di JB menziarahi cucunya Abang Ngah. disana) aruah hanya memberhentikan kereta dan merenung rumah mak sedalamnya dan kemudian merebahkan kepalanya di streng beberapa kali. Dengan kudrat yang ada dia kembali semula ke ruimah adiknya. Inilah langkahnya yang terakhir kerana selepas itu,pernafasannya amat sukar hingga memaksa ambulan dihubungi seketika dia sampai ke rumah adiknya.
Mariani lah yang mengiringi bersama di dalam ambulan dan seterusnya bersama-sama doktor di bilik kecemasan. Membisik dan mengingatkan abangnya kalimah ALLAH sehingga penghujung walaupun tika itu amat kritikal. Seperti mana berlaku pada aruah ayah, apabila sejenis alat diletakkan di ibu jari, isyarat buzzeing berbunyi..itulah petandanya dia menghampiri kematiannaya. Namun pakar perubatan terus berusaha Janji ALLAH adalah benar dan rezeki nya telah berakhir.. Dia pergi dalam waktu yang amat singkat dan mudah.. Semua bagaikan satu tanda tanya..Namun itulah kenyataannya
Saya juga tak berkesempatan bertemu dengannya buat kali terakhir. Kehendak ALLAH jua di saat ini d'va telah mengalami kemalangan dan diworkshopkan. Segala urusan jenazahnya cepat dan mudah dilaksanakan. Dimandi dan dikafankan di hospital dan di bawa balik ke rumah seketika sebelum di kebumikan di kampung saya pada jam 930 malam pada hari yang sama. Bersemadilah almarhum anak saudaraku dalam dunia barunya selang beberapa meter dari kubur wannya. Al Fatihah buat mu nak...insyaLALAH doa akan sering ku hadiahkan buatmu..
Saya hanya menziarahinya esok pagi, melihat dan menyaksikan satu ketentuan ALLAH atas bersemadinya jasad seorang lagi yang saya sayangi. Bersemadilah anakanda Aruah Zulkifli di sini.. Buat kak chik dan abg juga anak2ku yang lain- Suriani, mariani, Nurul, norhafiza, dzulfarizan, dan Hafiz, bersabar dan redzakanlah..Titipkan doa dan kebajikan atas namanya..Apabila tiba masanya , takkan ditangguhkan walau sesaat...kita juga pasti menyusul.Merenung lebih lama di hujung kepalanya tanpa nisan, bagaikan satu tamparan buat diri....sejauh manakah ibadat dan amalanku untuk ku bawa mengadap ALLAH. Sejauh mana dosa2 yang ku kumpul dan dileraikan agar ianya tak mnggangu ibadahku...Urusan ku belum selesai...daku perlu bertaubat dan mhn pengampunan. Anakku telah dipanggil ,,,,bila masanya pula emak saudaranya akan dijemput...
AL FATIHAH
setelah sebulan berlalu kini baru ku abadikan.....27/9/2011
Foto dirakam tika kunjungan 28/9/2011 ..usai yasin dibacakan....
 |
merah tanahnya.. |
 |
kami sirami dengan bunga2 kasih sayang |
 |
nisannya belum bersemadi |
 |
Mudahan pokok ini turut mendoakan aruah hendaknya |
 |
Damailah dirimu di sini nak.. |
 |
di antara anak2 dan cucu saya mengenal erti kematian |
 |
di baris yang sama dengan ayah.. |
 |
pusara ayah... |
Semuga dicucuri rahmat atas roh almarhum Zulkifli, Ayah, Yusuf Firdaus dan semua muslimin dan muslimat yang mndahului kita dan ditempatkan mreka dikalangan orang yang soleh dan mndapat kelapangan dan kenikmatan selama berada di alam barzah. Lapangkanlah kubur mereka dan hiasilah dgn taman2 syurga. insyaALLAH: AL FATIHAH