Friday, September 30, 2011

Tq ALLAH

Terima kasih ALLAH
.....mood sedih dalam bermuhasabah...

Tuesday, September 27, 2011

27092011: perginya anak saudaraku,,,

Innalillah hiwainnailaihirojiuuun..
AL FATIHAH...
Dgn  Nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Sama-samalah membaca dan menghadiahkan ummul kitab ini buat anaksaudara sulung  saya ZULKIFLI BIN AWANG yang baru dijemput ALLAH pada jam 3.30 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Satu-satunya berita yang menyentap hiba dan sesuatu yang tak diduga..perginya tanpa diuji degn tanda2 kesakitan yang menyusahkan sesiapa....

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati...Inilah realitynya..Jika di kira umur,pastinya saya lebih layak dicalonkan sebagai ahli kubur namun kita tak tahu bilakah berakhirnya jangka hayat kita ini. Buat anakanda Zulkifli Awang,masa mu telah sampai..Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu.

Harapan yang ada, dengan keterbatasan jarak perjalanan, saya mohon supaya diberi kesempatan  untuk menatap dan mncium jenazah almarhum anak saudara saya ini sebelum berangkat ke alam yang baru. Pergilah nak dengan tenang dan  berbahagialah dengan dunia baru...Yang pastinya wan, yusuf firdaus, huda hayati, ishaq, dan saudara mara kita yang telah mendahului pasti menyambut dan bertanya khabar tentang kami di sini. Ceritalah ...dan kami juga pasti akan menuruti mu satu hari nanti. Mudahan ALLAH memberimu pengampunan dan menempatkan dirimu disisi orang yang beriman. Kini yang tinggal hanya kenangan bersama...Dirimu bukan sekadar anak saudara tetapi rakan sepermainan cu..

Ya ALLAH permudahkan urusan kepulanganku ke kg dan selamatkanlah perjalanan ku..Permudahkan urusan anakanda saya ini dalam perjalanannya ke alam baru....AL FATIHAH

* catatan spontan

Monday, September 26, 2011

serulah

Berkata Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari

,"Jika kita tidak mampu mengajak orang melakukan kebaikan maka jangan pula kita menghalang dan mencerca orang yang melakukannya terutama sekali dalam mengajak umat mengingati Allah swt".
Save GAZA

Sunday, September 25, 2011

Memakna kan Sejarah

AYUH...
Sesekali dirasai elok jugak isu sejarah mengusai media massa dari dimomokkan degn cerita tak senonoh yang memeningkan. Bila isu ini dibangkitkan, tetiba Kanang anak Langkau bergelar Datok setelah dianugerahkan oleh pihak kerajaan Serawak. Juga ramai "d'unsung hero" Bukit Kepong dihargai dan jasa mereka dikenang.

Jika anda berkesempatan, ayuh sama2 menyaksikan dan melihat kupasan yang menarikdari  panel-panel hebat dalam wacana ilmiah yang dimoderatorkan oleh Tuan Syed Munawar.. Ayuh Tn Syed kemudikan prgram tanpa dibatasi polimik politik. Biarkan kupasan dan perbahasan yang berhemah.

Kita rakyat yang sayangkan Malaysia. Kita tak mau dijajah lagi ;Cukuplah bagaimana mereka menjajah dan memonopoli sistem sekular yang ada. Segalanya berpaksikan barat sedangkan kita bangsa Malaysia yang berdaulat. Bangunlah bangsaku, kita tanya Merdekakah kita sekarang??

Saya mengandaikan alangkah bestnya di waktu ini juga video steam dapat disaksikan...Mudahan kemudahan ini dapat kita manfaatkan bersama..Terima kasih media karangkraf......yang melaksanakan misi ini..Muga rakyat semakin faham makna kemerdekaan...

Sekali lagi, SINAR HARIAN membawa kepada anda pakar-pakar
untuk membicarakan tajuk MERDEKA WAJARKAH SEJARAH DITULIS SEMULA?
Wacana yang sememangnya hangat dengan hujah-hujah ilmiah ini harus anda hadiri  untuk menyaksikan
mereka yang berlainan haluan bertemu di pentas yang sama.
 

Thursday, September 22, 2011

apa dah jadi

MEROKOK adalah haram..

tapi bagaimana dengan fenomena merokok dalam tandas awam??
Ini fenomena yang acapkali ditemui...Kaum hawa ini sengaja 'melacur'kan diri dengan merokok...Tetapi  kerana masih disaluti dengan rasa 'malu' telah mengundangnya menghabiskan sebatang rokok di bilik tandas. Selain mencemarkan status tandas, ia juga telah mengundang aroma asap rokok yang menyesakkan nafas pengguna lain. Tandas adalah tempat syaitan menginap, dan pastinya syaitan akan ketawa sepuas-puasnya bila dilihatnya ada di kalangan kita yang menjadikan tandas sebagai tempat melempiaskan nafsu merokoknya..Kesian...kesian adik2 kita...anak2 remaja kita ...generasi kita.


Saya rayu, wahai adik2 remajaku ( juga anak2 saudaraku) yang dikasihi...janganlah memendekkan jangka hayatmu dengan merokok. Tiada faedahnya menghabiskan sebatang rokok dari sekotak rokok yang bukan sahaja berharga tetapi juga seolah-olah mem'bakar' nyawa yang sedia ada. Memendekkan dan mendedahkan diri kepada penyakit2 yang sewaktu dengannya. Secara umumnya, tabiat ini tak elok dan jangan dicemari lagi dengan mengamalkan merokok di dalam tandas... Tolonglah jangan menzalimi tempat2 awam dan jika nak juga merokok....jauhilah dari tempat awam, kanak-kanak dan orang sakit.


oppp..kenapa jugak fenomene ini berlaku di tandas pejabat ?? pelawat agaknyakan..(sangka baik)..

make your decision

bersama Prof Dr Muhaya : 24 SEPT 2011
Bersama ustaz Azhar Idrus : lihat jadual ( klik pic utk lebih jelas)
Bersama TSM Nuruddin : 25 SEPT 2011
Bertalaqqi bersama TSM Nuruddin
 Hujung minggu yang di nanti..Program yang telah disusun dan menanti kita menghadirinya.
Mudahan ada kesempatan dan  mampu membuat keputusan yang tepat. Ayuh sama-samalah kita merebut  kesempatan hujung minggu ini mnjadikan ia hari yang terbaik buat diri. Selamat mencari ilmu, menambah ilmu dan menghadiri majlis yang turut dihadir oleh para malaikat ni. Jom ramai-ramai, bawa rakan dan family dan kita satukan hati kerana ALLAH...insyaALLAH

Menurut Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya ALLAH mempunyai malaikat yang diturunkan ke bumi, dgn tujuan utama, meninjau2 majlis zikir. Sekiranya terlihat suatu majlis yang dihadiri oleh hamba-hamba yg berzikir, maka mereka pun duduk bersama sambil mengembangkan sayap masing-masing, melitupi ruang hingga ke langit dunia.
Sejurus majlis bersurai, maka mereka naik ke langit menemui ALLAH. Lalu ALLAH berfirman: Dari mana kamu? Kami baru meninggalkan kalangan hambamu di bumi yg mensuci, mengagung, mengEsa, dan memujiMU sambil memohon padaMU. Firman ALLAH."PApa yang mereka pohon?" "Mereka memohon syurgaMU" jelas malaikat. "AKU ampuni mereka: memenuhi apa yang mereka pohon dan memberikan mereka perlindungan dan ganjaran",demikiannnya firman ALLAH.  Ya tuhanku, seru salah satu malaikat: Ada seorang hamba yang mempunyai dosa sekadar lalu di situ tapi duduk pula bersama mereka. Maka firman ALLAH.: Baginya keampunan daripadaKU, tiada seorang pun daripada mereka menerima kecelakaan".
(sumber: Petikan sisipan harian Mimbar Ramadan edisi 2)MWPKL

Monday, September 19, 2011

perbandingan..


Lokasi: stesen bas Larkin
Sekitar jam 8.30 mlm
 
A: Teksi teksi….
B : hospital ?
A: Boleh2..
B: Tapi berapa encik?? guna meter?
A : Naik2. Ye ye ikut meter.
B : Ok.
 Bermonolog seketika, melafazkan rasa syukur, ditemukan dgn pemandu teksi yang beragama yang sama dan berkulit serupa. Terpandang  meter…Subhanallah buka pintu jer dah RM6. Ohh ini rupanya teksi bandaraya dan saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.
A:  Dan sampai. Blok Utama ni boleh terus ke wad neuro... RM15.
B: Terima kasih encik. Best naik teksi ni..bersih dan wangi.
A : Sama-sama. Mengangguk dan tersenyum dan terus berlalu.

Alhamdulillah, saya selamat tiba ke lokasi walaupun malam mula melabuhkan tirainya . Hati saya berbisikankan asalkan teksi ini tak cekik darah membabi buta dan menggunakan meter saya masih boleh menerimanya..Jaraknya hanya dalam sekitar 15 min dan saya sampai ke lokasi dengan kos yang perlu dibayar RM 15.00. 

Namun berbeza pula kosnya semasa menaiki teksi dari hospital (HSA) ke Stesen Bas Larkin di siang hari. Kos buka pintu hanya RM3 berbanding malam yang sekali ganda.  Inilah catatan pengalaman yang yang dikongsikan semasa dan ketika saya berhujung minggu di JB. 

Moralnya, sebagai pelanggan, bersedialah dengan tektik pemandu teksi yang ‘mengambil kesempatan atas kesempitan’ ( hakikatnya hospital bukan untuk suka-suka). Jadikan catatan kembarakehidupan ini sebagai persediaan menghampiri deretan pemandu teksi yang mencari pelanggan. Janganlah biarkan pisang berbuah dua kali dan bijaklah memilih teksi yang jujur dan amanah. Sekiranya hendak mengenakan bayaran lebih, apa salahnya menetapkannya di awal2 lagi. Kita sebagai pelanggan ada hak dan boleh menilainya. Walaupun saya menghalalkannya, tindakan pemandu teksi itu saya kira telah menzalimi hak orang lain. Mudah-mudahan sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi dan dapat dihidu oleh pihak berwajib. Perkemaskan penguatkuasaan dan hormatilah undang-undang semasa. Jadilah warga bertanggungjwab dan berhemat. Sama-samalah kita memakmurkan bumi ALLAH ini dengan rezeki yang halal lagi berkat.

Thursday, September 15, 2011

Selamat Tinggal Malaysia -Anas

Perjuangan baru bermula...teruskan kembara ilmu duhai generasiku.. Subur dan marakan perjuangan yang telah dirintis oleh para ukamak terdahulu. Kalianlah antara perintis yang diharapkan.. Syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah yang telah memberi sokongan dan mengadakan orentasi serta mewajibkan  kursus BTN kepada seluruh pelajar negerinya yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir baru-baru ini. Selain itu, menyediakan bas khas menghantar bakal-bakal pelajar ini dari Kedah ke KLia. Inilah rentetan pengalaman pertama yang harus 'Anas Ehsan ' tempuhari sebelum berlepas ke Mesir.

Anas merupakan salah seorang anak saudara saya..Merupakan bekas pelajar Muasasah Darul Ulum yang pernah dirintis oleh almarhum ustaz Fadhil Noor (alfatihah).. Berbekal ilmu yang diterimanya, pengajaran yang diamalkan dan keredaan ALLAH jualah yang melayakkannya untuk meneruskan pengajiaan di negera Mesir . Tuntutlah ilmu duhai annakku....mudahan ilmu yang bakal diperolehi di sana menuntutmu untuk meneruskan perjuangan di sini. Ummat islam masih banyak yeng perlu dibantu...

Jaga dirimu, sepanjang di rantauan. Walau ibu dan ayah jauh beribu2 batu kini namun mereka sentiasa bersamamu. Hubungan ini takkan putus dengan adanya kemudahan di hujung jari.  Beruntungnya Anas bila abang2nya menghadiahkan telepon juga lappy di saat akhir pemergiannya.. Jadi manfaatkan kemudahan ini sebaiknya

Anas satu-satunya anak abang saya yang melangkah jauh melintasi benua Asia. Pemergiannya pasti menggamit rasa cemburu abang2nya..Tak pe Salleh...mana tau kot2 KPT akan pilih pegawainya utk ikuti kursus jangka pendek bagi memantapkan tenaga pengajarnya. Begitu juga ilyas..mungkin satu hari nanti, MARA akan calonkan staff nya untuk mendekatkan dengan teknologi dgn pegawai teknikalnya. Juga sekurang-kurangnya menjadi peransang buat adiknya naem arif dan aisya menjejak langkahnya.
di KLIA
penaja lappy sedang menurunkan petua: tq abg e1
demi kasih seorang ayah..doakan anas ye
Atas nama seoang ibu; relakan anas pergi ye
Pelukan abg: bekalkan semangat buat anas
Kepetahan fifi menggamit rindu
kakak tak nak cuba angkat beg anas ke? 
perjuangan bermula...selamat belajar anas
watch up!!!!
we will miss u
gudbye malaysia: doakan anas ye
antara yang menemani hingga ke KLIA
Anas bersama ibu ayah adik dan anak2 saudara..
we are together...
anak2 saudara saya...
    Walaupun ayah tiada lagi, tetapi saya  merasai bagai ayah bersama kami..Menghantar dan memberi semangat berterusan buat generasinya menimba ilmu.Teruskan pengajianmu anakanda Anas, cu pasti, wan akan terus mempamirkan rasa gembiranya jika dia masih bersama.. Ayah ..Ketahuilah kali ini salah seorang cucu ayah akan pergi menjejakan kami ke bumi ambiya..meneruskan kesinambungan ilmu dan menggali sebanyak mungkin ilmu pengalaman di sana. Mudahan ilmu yang bakal diperolehinya membantu dan membentuknya menjadi ainsan soleh dan membantu ummah di sini.  Ayah pasti akan turut bahagia sepertimana ayah mendorong dan memberi peransang dan komitmen pada satu-satunya anak bungsu ayah. Wang pencen sengaja ayah leburkan untuk yuran pengajiannnya  di Jordan. Kosnya amat tinggi tapi ayah tak pernah persoalkan tentang itu. Ayah jugalah yang menyediakan wang untuk urusan perkahwinannya.  Ayah tak pernah minta dibalas apatah lagi menuntutnya..Ayah ikhlas demi pelajaran dan tak pernah lokek demi ilmu.  Kami akui betapa  sempurna tanggungjwab ayah...  Namun sempurnakah tanggungjwab kami terhadap ayah dan mak..???

Untuk anakanda Anas: Mudahan  segala cita2 mu akan terlaksana dan doa diiringi semuga ALLAH memudahkan segala urusanmu disana, memberikan keselamatan dan menemui  ketenangan berterusan buat mu.  Memperolehi teman2 yang bijaksana dan menimba ilmu sebaiknya. Menjadi ustaz yang taat perintah ALLAH dan mnjadi anak yang mmbahagiakan ibu ayah di dunia dan akhirat.. Cukuplah saya simpulkan dalam dakapan terakhir saya ungkapkan..anas..jadilah manusia dan berlajarlah bersungguh-sungguh..Jangan mudah goyah dan perbetuilakn matlamat. Dekatkan dengan ALLAH dan jadikan seorang yang hebat. Wallahuakalam. Sama-sama kita mndoakan Anas dan rombongan anak2 yang meneruskan pengajian ke mesir untuk kali  pertamanya selamat dan dapat meneruskan pengajian  mereka. Mereka sedang berjihad demi ummah..Amin

Tuesday, September 13, 2011

silikon ke?

Pejam celik pejam celik tiga tahun berlalu...d'va  setia bersama..Ada kalanya berpanas hingga petang dan adekalanya ujan menimpanya, Inilah lumrah d'va yang setia bersama. Sesekali hati ini tersentap...sudah berkali calar menjalar...Namun bukan dipinta apalagi mengharap...namun segalanya telah ditetap.

Ku harus pasrah..inilah makna kehidupan..teruja dan teruji dalam kehidupan. Pengorbanan d'va jua tiada galang gantinya...Teruja juga baru-bau ini bila wiper seperti sudah hilang semangat. Kuasanya sudah pudar dan seolah-olah hilang kudrat. Berat jua hati ini  untuk berbisik..dirimu harus di tukar..

Semalam d'va telah diggantikan dengan wiper baru. Menggantikan miss wiper yang sedia ada bukanlah satu kerja mudah bagi seorang yang tiada asas tentangnya. Saya cuba recce model dan harga semasa di giant, brother, dan akhir saya temui yang sesuai dengannya. Walaupun pada mulanya saya tertarik dengan viper jenis silikon berbanding konvensional, namun saya mengambil kira atas nasihat dan pandangan mekanik. Terima kasih atas penjelasan dan kerjasama diberikan.

Menurutnya, penggunaan silikon ini mgg baik, harganya lebih dan berkualiti namun keadaan cuaca dan iklim di sini kurang kesesuaiannya.  Oleh itu terserahlah  kepada pengguna membuat keputusannya. Terpana seketika....akhirnya saya meminta digantikan dengan sebarang wiper yang baik dan bertahan lama. Apa yang penting...wiper ini dapat berkhidmat dan menghembuskan sisa debu dalam menyinari d'va..  Terimakasih wiper 

Memadailah saya simpulkan..ini ilmu baru yang perlu dikongsikan dan di ambil 'moral of storynya' ...Silikon tak sesuai di Malaysia dan andaikata ianya sebagai kosmetik fikir-fikirkanlah natijahnya. Janganlah mengubah sesuatu yang telah ALLAH jadikan...

Sunday, September 11, 2011

memburu UPSR 2011

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bangunlah duhai anak-anakku
Ayuh langkah ke medan juang 
Ledakan sasaran 
Bediklah dengan tepat
Berbekal ilmu dan kepakaran
Buktikan keupayaan

Nadi perwira terus digengam


SELAMAT BERJUANG -Nur syuhaida,Abdul Rahman Adam, Amira.
Pentas UPSR  kali ini mempetaruhkan dua anak saudara ,dan satu cucu saudara saya dari 3 negeri(PNG, JB,KDH) yang berbeza, Sama-samalah kita mendoakan mudahan mereka dapat buat yang terbaik dan berjaya dunia dan akhirat. Ini hanya permulaan dalam menentukan tahap pencapaian mereka selama ini...
Tak terkecuali juga ucu ucapkan kepada anakanda  ( yang saya anggap sebahagian dari saudara juga)   Amin Nordin, Ikmal Abdul Rahman dan semua anak-anak UPSR yang sedang menghadapi nya bermula hari ni. Semuga semakin gemilang prestasi pendidikan negara kita. 

Jadikan UPSR 2011 sebagai pemangkin, memartabatkan ilmu dalam perjuangan dan memerdekakan ummah dlm kemelut sejarah yang berterusan. Jadikan ilmu sebagai sandaran, agama sebagai panduan dan doa ibu ayah sebagai  iringan restu yang berterusan.

Terima kasih cikgu2 yang telah memberikan ilmu dan sama2 membimbing anak2 menghadapi UPSR 2011.
Mudahan berkat ilmu dicurahkan, prestasi keputusan memberansangkan dan anak2 terus berjaya dengan pencapaian ayang terbaik dan hebat.

Thursday, September 8, 2011

Jom Recharge....

 Ramadan telah dan meninggalkan kita...Kini hanya kenangan dan sejauhmana peningkatan  amalan dan tindakan harian memperangaruhi kehidupan.

Pergi masjid bukan ikut selera kita atau melihat orang ramai ke sana kita pun pergi. Kenapa kita hanya bersemangat pada bulan Ramadhan? Oleh itu, marilah kita jadikan semangat serta kesungguhan di bulan Ramadhan sebagai 'percikan' bagi meneruskan kerajinan pada 11 bulan mendatang. ( dipetik langsung dari sumber: ILOVISLAM)

Walaupun ade masjid yang masih ber "cuti" dari program/ aktiviti yang sedia ada, namun ini hanyalah bersifat sementara. Pastinya aktiviti yang sedia ada akan terus diperhebatkan dan disemarakkan lagi degn kunjungn  para jemaah. InsyaALLAH

TAHNIAH  diucapkan pada pihak  Surau Al Mustaqim(SAM). Aktivitinya  telah bermula namun saya pulak yang masih bercuti dan mood cuti... Inilah fenomena di alami  selepas mood raya dan cuti panjang. YA ALLAH bangkitkan daku semangat untuk ringan kaki menjejaki majlis2 ilmu dan mnghadiri program2 kemantapan diri. Diri ini terlalu mudah dialpakan dengan dunia hingga melalaikan urusan akhirat. Terlalu banyak pincangnya dan terlalu banyak lubang-lubang dosa yang harus ditampal. Jemputan rumah terbuka telah mula menjengok di pintu rumah dan menerusi FB... Mampukah diri ini menerima semua undangan bahkan mempamirkan rasa penghargaan atas jemputan diterima.. YA ALLAH andainya ini satu kecuaian dan kelaian saya mohn diampuni jua. Saya terjerat antara urusan family, jemputan dan program di hujung minggu..  Semuga segalanya rencana untuk esok yang belum pasti terbentang dengan petunjuk ALLAH. InsyaALLAH

TERKINI:
menjemput semua calon UPSR 2011, para ibu bapa/penjaga dan para guru ke:
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat 
& Ceramah Motivasi khas bersama Ustaz Fakhrul Razi ( juara AQ) 
pada Jumaat 9/9/2011 bermula jam 7 petang ini.       ( sumber sms)
____SUDI_SUDILAH DATANG YE________

SABTU 10/9/2011 
 di Masjid Negeri Shah Alam minggu ini...
1) Forum Perdana ( Refer gambar )...
2) Bicara Addin pada Sabtu,Jam 6.45am bertempat di Dewan Seminar..
.3) Kuliah Tauhid/Tafsir/Tasawuf bersama Ustaz Nidzomuddin Ahmad pada Sabtu,Jam 9.00am...
4)Kuliah Umum Bersama Ustaz Uda Kasim pada hari Ahad di Dewan Solat pada Jam 7.00am...


- FORUM DI MASJID NEGERI: Rujuk Poster( Klik untuk lebih jelas)

Sebar-sebarkan ya kawan2 ya...moga ALLAH Merahmati usaha kecil kita ini..Dan mempermudahkan kita untuk hadir di taman2 syurga ini dalam suasana sraya yang berbaki .JOM 

Terima kasih  sumber:  FB chintabakar

selamat tinggal malaysia

Setelah hampir sebulan bersama family, hari  ini  adalah pertemuan  terakhir  team gontor sebelum  pulang. Selamat meneruskan pengajian duhai anak2 saudaraku... Ahmad Handzalah dan Maryam Nusaibah...teruskan menimba ilmu walau pun nun Solo menjadi pilihan. Amiklah sebanyak mungkin ilmu, pengalaman dan beramallah dengan ilmu yang diterapkan sepanjang di rantauan. Info  pondok 

Penerbangan Airasia AK540 telah menjadi perantara antara Solo dan Malaysia dan jarak penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam. Membelah awan biru di kala waktu menunjuk angka 1025 am. Selamat berangkat putera dan puteri gontor...

Untuk pertama kalinya juga keberangkatan pulang mereka ini agak berbeza dari sebelumnya..
Ummi mereka tak dapat menghantar hingga ke airpot kerana ada tanggung jawab yang lum selesai. Abang Ngah belum sihat sepenuhnya lagi tambahan pula dua lagi anak saudara saya masih bersekolah ( Gud luck Adam 4 upsr). Pengorbanan ibu belum selesai dan besaqnya pengorbanan ibu ....bukan sahaja sekadar melahir tetapi juga menjaga dan  mamastikan segala2nya dari hujung jari hinggalah tua bangka seorang anak ( eh adeke lagi orng tua mempunyai ibu yang masih hidup? Reality mcm pelik kan tapi hakikatnya ada sebab jika  org tua kawin dengan isteri baru...ade laa lagi mak...tapi mak tak orilaaa..mak mertua...Kepada orang yang tue...tanggungjawab menjaga ibu juga masih menjadi tanggungjwab nya..wallhuaklam.

Kali ni , menemani dan mengharungi 4 jam perjalanan dari selatan hanya bertemankan ayahanda dan abg long. Syukurlah segalanya selamat dan mengikut waktu yang dijadualkan. Biasanya kepulangan anak2 Gontor ini adalah dalam kumpulan dan diselia oleh senior di kalangan mereka. Dengan kata lain, di aiport mereka akan bertemu semula dengan rakan-rakan dari Malaysia yang sama-sama meneruskan pelajaran di tanah seberang. Oleh itu dik yam dan dik ahmad tak lah berseorangan. Lagipun Ahamd dah 5 tahun disana, manakala dik Yamn baru 2 tahun. Dah banyak pengalaman jika dikongikan.

Pertuturan Ahmad lebih ketara 'indonesia"nya berbanding Maryam.  Adatlah masuk kambing mngembek dan masuk kandang kerbau menguak..Mereka memegang misi...memenuhi hasrat family tercinta.
Dan untuk kali ini juga saya tak dapat menemani mereka...namun saya berkesempatan bertemu mereka semasa sama2 di kampung dan di KL sebelum berakhir di TBS. Terima kasih abag yang telah mem'poskan anak2 untuk pulang ke kg walaupun selepas raya. Sekurang-kurangnya family di sana dapat juga melihat anak saudara dan cucu mereka yang hanya akan bertemu pula setahun dari sekarang. Mereka hanya akan pulang di Ramadan selama sebulan. Itulah hakikat yang harus diterima, sepertimana semasa pemergian ayah tempuhari...anak2 ini hanya dimaklumkan menerusi telepon....Mendoakan aruah ayah dari jauh..

sejarah pondok modern gontor

 Lihatlah wajah ceria mereka dan bersedia  meneruskan  perjuangan. Terima kasih dik Abbas atas perkongsian foto ini.,Kira-kiranya berbudilah bb dik bas kan...
ahmad dah sedia ni

dik yam pun dah rindu pondoknya
amboi sempat pulak4mpat beranak nie  posing nooo...
family sepupuku di antara generasi perintis dan berjaya.Mudahan anak2 saudara ku juga bisa menjejak kejayaan anak2nya
time up...last calling.
selamat jalan anak2 saudaraku.....
Terima kasih abang long( Hamzah) dah jadi pemandu sepanjang study week.
 InsyaALLAh mudahan semua selamat dan mereka tiba dengan semangat dan azam yang baru setelah bersama family hampir sebulan. Walaupun di uji dengan kejutan abg ngah yang tetiba jatuh sakit..namun  kita hanya merencana dan ALLAH juakah sebaik2 perencana...Bersama doa dan harapan...jadilah anak2 soleh dan solehah dan mertabatkan agama . Allah Akbar

Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidulfitri

SALAM AIDIL FITRI 1432H
Maaf Dzahir Bathin 
                        
  daripada 
  ainhany.blogspot.com


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Di kesempatan ini, dengan syawal yang berbaki, saya menyusun jari, memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang melibatkan diri dalam dunia blog ini..Selamat hari raya aildil fitri ( biarpun hari ini adalah hari ke 9 syawal ) > Bagaimana pulak dengan puasa enam??  Jika telah sempurna, saya rangkumkan ucap ini dengan ucap Selamat Hari Raya06" dan jika belum....masih ada 20 hari lagi sebelum syawal juga meninggalkan kita.   Jadi  SELAMAT BERPUASA. Ambillah kesempatan, peluang dan hikmah puasa enam ini. Jom sama-sama kita pulun...( puasa enam+puasa gantian)

Oleh kerana tiada duit raya untuk diberi, tiada biskut raya untuk dihidang, Tiada rendang dan ketupat untuk dimakan, cuma rangkuman kata-kata dari penulisan di sini yang dapat dinukilkan buat santapan di aidil fitri yang dimuliakan ini .. Kembara kehidupan(KK) hanya satu blog yang kerdil. Tanpa sokongan dari  para pembaca yang budiman, sahabat2 maya ( rakan  follower yang dikasihi) tak mungkin KK dapat bertahan. Terima kasih kepada sahabat2 yang sering singgah, dan berkongsi rasa di sini. Seringkali  komen2 memberansangkan dan pembuka semangat untuk terus menjalin ukhuwah fillah. Kita tak mengenali tetapi kita boleh berkongsi ...Hebatnya dunia dihujung jari kan... Terima kasih daun keladi .  Kepada silent reader juga saya amat menghargai sokongan dan perhatian diberi. Terima kasih bersama KK biarpun hanya sehala.

Terima kasih dan  salam kemaafan saya hulurkan. Saya mengakui, masih banyak kekuranganya dan segala penulisan yang di himpunkan di sini adalah satu catatan dari hati tentang apa yang di rasa, dilihat dan diperhati tentang kehidupan. Adalakalanya saya petik dari sumber untuk di manfaatkan bersama  dan ade juga warwar tentang aktiviti program semasa yang akan dihadiri . Sama-samalah suburkan makna "fitrah: dan  memaknakan Ramadan yang ditinggalkan. Mudahan ALLAH merestui ukhuwah kita. dan sering ingat mengingatkan. Wallahuaklam... .
 MAAF ZAHIR BATHIN
Terima kasih.