Thursday, August 25, 2011

sudahkah anda

Sudahkah anda menunaikan zakat??
Harta kekayaan yang dicari dan dikumpul merupakan amanah dan ujian daripada Allah S.W.T mungkin ada yang terfikir... harta bukan ujian.. harta adalah nikmat !. Betul.. Kita diuji dengan nikmat harta kerana ianya mampu melalaikan kita dari memperingati Allah S.W.T.

Alangkah baiknya jika semua orang kaya muslim menangis syukur dengan rezeki yang melimpah ruah yang di  terima. Betapa kerdilnya diri kita berbanding dengan Allah yang maha kaya. Seharusnya kita meminta panduan Ilahi berkenaan cara memberi manfaat kepada seramai mungkin umat islam dengan kekayaan yang dimiliki.Kembalilah kita kepada hikmah berzakat...

Zakat itu WAJIB.  Zakat dalam islam terdapat 2 jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Harta pula di bahagikan kepada 8 iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Binatang Ternakan, Zakat Pertanian, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Saham dan Zakat KWSP.

Dan yang utama di Ramadan ni sempurnakanlah zakat fitrah: 
Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Ayuh sempurnakan zakat fitrah sebelum bergema takbir aidilfitri nanti..Kadarannya ditetapkan oleh majlis agama setiap negeri . Jika di KL, kadarnya RM7...Tetapi cuba fikir2kan memadaikah RM7 harga dibayar untuk 360 hari?? Sedangkan seketul ayam di restoran segera pun melebihi kadar tersebut.  Sekadar merenung satu nafas atas sejuta nikmat dgn pelbagai kemudahan AR RAHMAN....

Alhamdulilah..Mudahan pembersihan dan hikmat berzakat ini dapat mempengaruhi kehidupan kita dan diberkati ALLAH. Amin.

Nota kaki  Terima kasih PPZ Masjid Negara..(Kali ni dapat sampul duit raya lagi  )

Tuesday, August 23, 2011

AL Fatihah buat 'tokya'

Saya terdidik bersama novel  seorang tua di kaki gunung.. Merentas semangat  berdikari tokya dalam kehidupannya.  Tok ya, seorang ayah, atuk dan suami  peyayang yang menggunakan keringat tuanya, mencari kayu2 di hutan dan menggunakan tulang empat keratnya untuk meneruskan kehidupan...Namun mengakhiri novel ini, saya terpaksa merelakan air mata ini mengalir bersama kesedihan, kepiluan dan kehilangan. Tok ya meninggal jua akhirnya....Satu kehilangan  yang mengakhiri watak tok ya


Watak ciptaan novelis ini merentasi saya sudah bertahun-tahun lamanya. Terkadang saya mengabdikan ciri2 tok ya pada sifat dan sikap aruah ayah- seorang tua yang berdikari dan suka dengan alam semulajadi .

Tetapi empunya sebenar yang menghidupkan watak 'tokya' telahpun pergi..pergi yang tak kembali lagi ..Inilah penulis yang mempunyai entiti sebenar dalam menggambarkan konflik yang dihadapi oleh seorang ayah yang berada di kampung berbanding anak2nya yang telah berkelulusan dan berada di kota. Kini kita kehilangan seorang lagi mutiara. Penulis yang bijak menggunakan bahasa dan menyentuh naluri kemanusiaan. Bacalah buku2 karyanya dan amatilah santunan dan lontaran bahasanya..inilah watak cikgu, ustaz Azizi Abdullah.

Kini Ustaz @ Cikgu Azizi telah di panggil mengadap ALLAH pada tanggal 21 Ramadan 1432H bersamaan dengan 21 ogos 2011. Pergilah cikgu dengan tenang bersama penderitaan yang ditanggung selama ni. Pada usia 69 tahun dengan pengalaman yang ada, almarhum telahpun pergi meninggalkan kita Kini yang tinggal hanya tinta kenangan di blog AZIZI ABDULAH . Mengubat rindu buat pencinta bahasa..Kiasan dan tegurannya buat mereka yang mengerti dan perlu difahami.

Semuga ALLAH menempatkan roh almarhum bersama orang2 yang soleh. Alangkah bertuahnya di jemput di Ramadan yang di rahmati. Salam takziah buat seluruh keluarganya dan peminat2nya dan sama2lah kita sedekahkan al fatihah buat almarhum sebagai 'hadiah" untuk nya. Hari ini kita masih diberi peluang memberi....usahlah dipersiakan kerana belum tentu esok kita mampu memberi lagi kerana ntah2 esok kita termasuk dikalangan yang menanti-nanti hadiah  itu. InsyaALLAH kita semua pasti akan menuruti dan yang tinggal kini kita perlu meneruskan perjuangan dan meningkatkan amalan.  

Terima kasih almarhum cikgu azizi @ tokya yang telah mengajar saya mengenal dunia kesusasteraan dgn lantunan  bahasa ynag secara tak langsung meneroka dunia pembacaan. Bukan mudah menemui penulis yang menulis dengankata hati dan mengkisahkan kehidupan yang mendamaikan dalam mood dan suasana yang menjadikan kita seolah-olah hidup bersama novel itu..Kepada yang pernah membacanya, anda berhak di beri 'award' kemenangan kerana tahu kesudahannya.
AL FATIHAH.
Wallahuaklam

Monday, August 22, 2011

♥ ALLAH is with U Always..

When u r blessed, HE is AR-Rehman
When u r hungry, HE is AR-Razzaq
When u r honoured, HE is Al-Mu'izz
When u r weak, HE is Al-Moqeet
When u pray, HE is Al-Mujeeb
When u need a friend, HE is Al-Wali
When u r detracked, HE is Al-Hadi
When u r gifted, HE is Al-Kareem
When u r forgiven, He is Al-Gafoor
When u r in the darkness of Hopelessness, HE is Al-Noor
If u r a sinner, HE is AT-Tawwab

Feel the presence of ALLAH alwayz.. 
 

Ramadan : tang mana kita la nie?

alam perjalanan kehidupan ini manusia sentiasa memerlukan dua perkara :

PERTAMA :

Penilaian diri untuk melihat sejauhmanakah sudah perjalanannya dan seperti apakah harapan-harapan yang telah dicapainya.

KEDUA ;
Mendapatkan tenaga untuk meneruskan perjalanan dan harapan-harapan yang belum dapat dicapainya.

Kedua-dua keperluan ini iaitu penilaian diri dan mendapatkan tenaga akan dapat kita penuhi ketika kita melakukan sebuah aktiviti dalam bentuk "I'tikaf" di Masjid.

Inilah Rahsia mengapa I'tikaf menjadi sebuah aktiviti yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw sejak pertama kali disyariatkan puasa sehingga beliau wafat.
Dalam rangkaian ayat-ayat tentang puasa yang Allah sebutkan dari ayat 183 –187 dalam surah Al-Baqarah, I'tikaf menjadi salah satu amal yang menjadi keutamaan untuk dilakukan selama bulan Ramadhan.

Dalam kaitan dengan fungsi penilaian diri, sesungguhnya waktu I'tikaf adalah saat yang paling tepat untuk kembali membangun semula perjalanan hidup kita untuk satu tahun kehadapan kerana di saat itulah kita terlepas dari segala aktiviti dunia dan penumpuan dalam melakukan ibadah dan merenung semula akan perjalanan hidup kita kerana antara aktiviti taqarrub kepada Allah dan usaha merenung ke dalam diri ada kaitan yang sangat erat , iaitu bahwa manusia, ketika melakukan ibadah yang bersungguh-sungguh akan memiliki kelembutan jiwa dan ketika jiwanya lembut maka dia akan lebih mudah untuk menyedari keadaan dirinya dan melakukan pembaikan ke atas kekurangan dan kesalahan-kesalahannya selama ini.

Inilah yang telah di isyaratkan oleh Allah swt :

"Wahai orang-orang beriman.! bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dipersiapkan untuk hari esok(akhirat),dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan".(QS Al-Hasyr :18)
Dalam kaitan bagi mendapatkan tenaga, I'tikaf merupakan waktu yang penuh dengan hari dan malam yang istimewa kerana di malam-malam dan hari-hari tersebut, orang yang melakukan I'tikaf akan memiliki kekuatan ibadah yang luar biasa dalam bentuk istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tilawah dan berbagai macam ketaatan yang lain dan ini merupakan modal tenaga dan kekuatan yang sangat luar biasa kerana aktiviti ini akan berpengaruh kepada penambahan kekuatan dan tenaga dari Allah swt.

"Wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." (QS Hud : 52)
I'TIKAF DAN LAILATULQADR

Dalam pembahasan para ulama', salah satu sebab mengapa Rasulullah saw dan para sahabat begitu bersemangat dan teruja melakukan I'tikaf , iaitu dalam rangka meraih Lailatul Qadr kerana kaitan antara I'tikaf dan Lailatul Qadr begitu erat sekali dari sudut pandangan anugerah dan waktu.

Dari sudut anugerah, Lailatul Qadr merupakan sesuatu yang berharga yang mesti dicari dan diraih.

Dari sudut waktu, Lailatul Qadr merupakan saat yang mesti diisi kerana malam itu malam yang teristimewa berbanding malam-malam yang lainnya.

Di antara anugerah besar yang Allah swt berikan kepada kaum muslimin pada malam itu adalah anugerah penentuan taqdir-taqdir manusia untuk satu tahun kehadapan sebagaimana yang dijelaskan dalam Tafsir Ibnu Katsir.

Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam yang diberkati, sungguh Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah"(QS Ad-Dukhaan : 3-4)
Tentulah akan ada perbezaan antara penentuan taqdir Allah swt kepada orang-orang yang pada malam tersebut mengisi waktunya dengan taqarrub dan ketaatan dengan orang yang disibukkan dengan dunia.
Allah swt pasti lebih suka orang yang beribadah dari pada orang yang lalai dan bermaksiat kepadanya pada saat Dia menentukan taqdir-taqdirNya.

MATERIAL DAN KEROHANIAN

Permohonan dan munajat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw yang mesti kita perbanyakkan adalah permohonan yang bersifat kerohanian berupa pencerahan jiwa bukan sesuatu yang bersifat material seperti harta, jawatan dan hal-hal duniawi lainnya kerana terlalu naif apabila kita hanya mengharapkan berkat yang bersifat material.

Untuk itu ketika Ummul Mu'minin Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah saw, apa yang mesti dibaca apabila mendapatkan Lailatul Qadr?

Maka Rasulullah saw menjawab :
Bacalah " Allahumma innaka afuwun karimun tuhibbul afwa fa'fu `anni" ertinya "Ya Allah Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku" (HR.Imam Ahmad,Turmudzi dan Ibnu Majah)

Malam Al Qadr adalah satu malam yang suci. Tidak semua orang boleh mencapainya. Manusia tertidur dan setelah itu mereka menyesal kerana mereka kehilangan malam itu. Sementara yang lain pula kelihatan terjaga, tetapi mereka lalai dan oleh kerana itu mereka tidak melihat apa-apa.

Kita memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar dapat memperolehi malam suci itu dan dihitung sebagai orang yang berhasil mencapainya.

Ada kekayaan yang nampak dan ada pula kekayaan yang tidak nampak (sesetengah orang kaya di dunia, sementara yang lain kaya di akhirat).
Jika kita datang mendekati mereka yang kaya di dunia ini, mungkin kita akan mendapat sesuatu dan mereka mungkin tidak akan membiarkan kita pulang dengan tangan kosong tetapi, mereka yang kaya di akhirat akan sentiasa memberi.
Siapa yang memberikan wang dan hartanya demi Allah, tidak akan pernah habis dan siapa yang memiliki kedudukan di akhirat akan memberi kepada orang yang mengikuti mereka untuk akhirat.

Pada malam itu, Allah membuka suatu rahmat dari samudera-samuderaNya, sehingga Dia memberikannya secara melimpah ruah kepada orang-orang yang mendapatkan malam itu. Kekayaan dari malam itu juga akan sampai kepada kita, Insyaallah…

Malam itu adalah malam yang paling tinggi barakahnya di antara semua malam. Kita mencuba untuk memenuhi kewajiban kita, tetapi kita tidak mampu untuk berbuat adil kepada Allah swt. Betapa jauhnya diri kita dari melayaniNya menurut cara yang patut bagiNya. Apa yang kita lakukan sebenarnya hanya memiliki nilai simbolik belaka.

Bulan ini berlalu sebegitu cepatnya. Kita berpuasa, tetapi kita bukannya kehilangan hari-harinya, justeru bahkan kekuatan kita terus bertambah. Jika Islam ini bukan yang haq (benar), bagaimana mungkin suatu perintah sejak 15 abad yang lampau masih tetap berlaku dan satu billion manusia melaksanakan puasa?

Sebuah kenderaan tidak dapat berjalan tanpa bahan bakar. Jika tidak ada suatu kekuatan kerohanian yang sedang dan tetap bekerja sejak 15 abad lalu, tentu Islam tidak akan bertahan hingga sekarang. Ada suatu kekuatan penggerak bagi Islam.

Adakah sesiapa yang merasa bosan terhadap suatu mata air yang segar? Saat Ramadhan bermula, hati-hati kita dipenuhi dengan kegembiraan. Jika tidak, tentu mereka bukanlah Muslim.

Siapa yang menghormati malam suci itu tidak akan jatuh ke jurang krisis dan siapa yang tidak menghormati malam itu, dia akan dicatat dan ditandakan oleh malaikat di pagi hari sebagai orang yang tidak melakukan sujud. Allah telah menyeru manusia untuk solat dan mereka tidak memenuhi seruanNya. Segala sesuatunya dicatat, tidak peduli siapa orangnya dan apa kedudukannya.

Bagi setiap manusia, akan tiba hari terakhirnya dan kematian adalah penuh dengan ketidaktentuan. Ianya adalah sedemikian rupa hingga seseorang tidak mahu dan tidak dapat melalui satu malam atau bahkan satu jam di dalam kubur di samping mayat seseorang yang telah mati.
Demikianlah ketakutan di tempat seperti itu. Setiap orang akan bersendirian di kuburnya masing-masing dan hanya ada kegelapan menemaninya.

Berusahalah untuk meninggalkan tubuh kita dalam keadaan bersih demi ruh kita. Adalah penting untuk pergi dalam keadaan suci dan baik agar para malaikat pun menerima kita dengan baik

Ketika seseorang mendapatkan keampunan di malam Al Qadr yang mulia itu, maka ia akan mendapatkan kejernihan dan pencerahan jiwa. Inilah yang akan melahirkan jiwa-jiwa yang sensitif yang sentiasa menilai diri dan meraih tenaga-tenaga dari Allah swt.

Selamat mencari malam Al Qadr dan kita berdoa semoga Allah swt mengurniakan malam yang berkat itu kepada kita.
SUMBER: http://www.ikram.org.my

Friday, August 19, 2011

Abdullah: we Lov U

Penantian (1630-2152) 5 jam dengan penuh debaran..(Bilik Bedah 16/8/2011 )
Menanti dan melihat perkembangan Abg ngah setelah hampir 2 hari dipaksa berpuasa. Wajahnya dari ceria menjadi sedikit pudar kerana keletihan dan kelaparan setelah tak dibenarkan mengambil sebarang makanan sebagai persedian untuk ke bilik bedah. Inilah gambaran situasi yang dialami oleh Abdullah kerana pembedahan hanya dilakukan apabila ade kekosongan di bilik bedah (unit kecemasan).

Secara peribadi, saya menjadi tak keruan apabila mendengar rayuan kelaparannya...walaupun aliran drip telah dipasang, namun fitrah masih memerlukan mulut untuk makan. Hanya kata-kata semangat sebagai pendorongnya. Saya mengulangi beberapa ayat2 suci untuk dibacakan olehnya. Syukur dia masih ingat dan membacakannya dengan sempurna.

Pertemuan kali pertama dengan Dr Hayati, seorang pegawai perubatan neuro telah memberi input mengenai tahap kesihatan Abdullah. Secara telus, beliau menafikan virus TB punca penyakit abang ngah.  Tetapi ianya dipengaruhi kesan infection. Wallahuaklam. Saya tak berani menafikannya dan mengiyakannya sebab ia adalah bukan bidang kuasa kita. Namun yang jelas segalanya bermula dari demam yang berterusan, di diagnoskan menerusi darah dan air tulang belakang, CT scan, tiba2 mengalami sawan dan kecelaruan  ingatan. Status yang dikesan kini adalah kesan infection yang datang dari sumber pelbagai. Semuga ALLAH bantu kami mengalami menyembuhkan Abdullah@abg ngah. Menerusi doa dari semua juga ayat2 manzil yang dibaca berterusan oleh ayah dan umminya membantu proses penyembuhannya.

Syukurlah, kini setelah hari  3 bersama teknologi yang dipakaikannya, abg ngah telah menampakkan perkembangan.  Terima kasih ALLAH. Kembalikanlah abg Ngah yang bertuah, hebat dan baik kepada kami lagi.. pulihkan penyakitnya.

Merujuk update dik fa,
Alhamdulillah~ abg ngah dah ditukarkan ke wad d3, katil 18.. Abg Ngah sgt3 la berselera makan dr sblum2 nie.. cuma abg ngah masih belum bole duduk.. 
abg ngah! chaiyok! aja2 faighting! b strong eh!

Insya ALLAH, mudahan ujian yang telah diberikan buat keluarga abang saya ini akan berakhir dengan peningkataan amal dan hikmah tersendiri. Kesetiaan dan kasih sayang ummi dan ayah terhadap abang ngah memang tak de gandingannya. Mereka tabah dan sentiasa berusaha menemani abang ngah, walaupun beberapa kali ditegur oleh pihak pengawal keselamatan jua jururawat bertugas. Namun itu hanya satu tanggungjwab...kerana tugas mereka belum selesai..

Bangunlah abang ngah,. tiada lagi arial di kepalamu!! Jangan risau parut dan luka itu akan hilang . Bangun !! berikan keseimbangan untuk badanmu menerima teknologi moden ini.  Bukan mudah menurut akal ini menerima satu jumper baru yang di sambungkan dari otak ke perut. Logiknya di atas papan litar segalanya boleh dibuat tetapi mengenali pelbagai neuro dan salur darah yang tak dapat di lihat adalah satu keajaiban. Ia benar2 fantastic.. Abg Ngah perlu sembuh dan sihat kerana banyak yang nak nak dibuat. Misi Gaza Aqsa Shariff akan menyusuri Palestin minggu depan.. Abang Ngah tentu maklumkan...kerana abg ngah juga aktif mencari dana untuk program ini. Dan terkesan dengan kata2 mu nak....abang ngah tak nak la mati di pembaringan, tapi biarlah mati melawan yahudi di Palesin. InsyaALLAh semangat jihad yang da akan membantu memulihkanmu. 

YA ALLAH berikan kesembuhan buat Abdullah, jadikanlah  dia menjadi anak soleh dan penjaga agama. Peliharakanlah dirinya dari segala fitnah dunia dan mara bahaya.Pertingkatkanlah   amalnya dan berikan peluang untuknya mengkhado puasa2 yang telah ditinggalkan...
Lets pic tell a sory....
Foto2 ini diambil secara curi2 oleh amatur. 
Mintak maaflah pada pihak HSA..kami cuma rakamkan foto Abdullah..hanya ini yang mampu kami kongsikan..deritanya buat semua. DOakan kesembuhan utk Abdullah.

Hargailah nikmat sihat,dan berbuatlah kebajikan sebanyak mungkin. Manfaatkan anugerah ini sebaiknya dan syukurlah....betapa bertuahnya kita yang sihat berbanding yang menderita sakit ..tetapi dengarkah kita, betapa orang yang sakit itu, rintihan dan doanya telah mendekatkan dia kembali kpada ALLAH den memohon keampuan. Muga kita tak terlewat!!.. 


TERIMA KASIH ALLAH

Thursday, August 18, 2011

Shunt : terbaik buat Abdullah

APA yang telah ALLAH ditentukan  telah pun berlaku..
inilah hakikatnya....Abdullah memerlukan rawatan ini....
perubatan moden membantu....

 During a cerebral shunt procedure a flap is cut in the scalp and a small hole is drilled in the skull. A small catheter is passed into a ventricle of the brain. A pump (valve which controls flow of fluid) is attached to the catheter to keep the fluid away from the brain. The accumulation of excess fluid around the brain can cause an increase in intracranial pressure. The excess pressure can cause a decrease in blood flow to the brain leading to brain damage.

IT's AMAZING...Happening ...
A small hole is drilled in the skull. A small thin tube called a catheter is passed into a ventricle of the brain.
Another catheter is placed under the skin behind the ear and moved down the neck and chest, and usually into the abdominal (peritoneal) cavity. Sometimes, it goes to the chest area. The doctor may make a small cut in the neck to help position the catheter.

A valve (fluid pump) is placed underneath the skin behind the ear. The valve is attached to both catheters. When extra pressure builds up around the brain, the valve opens, and excess fluid drains out of it into the belly or chest area. This helps decrease intracranial pressure.
The valves in newer shunts can be programmed to drain more or less fluid from the brain.
sumber : MEDLINE PLUS

 DAN inilah rawatan terbaik untuk anak saudara saya...Demi kesihtan dan kesembuhanmu..kami doakan terbaik dan semuga ALLAH selamatkan mu nak.
menemani abg ngah hingga ke sini
ada nada gementar tp abg ngah tetap tabah

menanti dan mngharap pintu ini terbuka lagi dan melihat abg ngah ceria..DOa








Program Ramadan di Masjid WP

Apakah ini RAMADAN terakhir....usah dipersia program yang ada..
AYUH sama-samalah kita mengatur program dan menyertai nya di FASA terakhir ramadzan
SUBURkan sejarah AL QUDS di RAMADAN ini ..
DI MASJID WPKL
PADA 20-21 OGOS 2011

Klik  utk imej yang lebih jelas

SELAMAT BERIKTIKAF DAN MENDOAKAN UMMAH

Friday, August 12, 2011

sayang banyak langit..

Dgn nama ALLAH yang Maha pengasih lagi penyayang

Alhamdulillah..terima kasih ALLAH....
Tak dapat digambarkan rasa hati saya ini di saat menerima panggilan dari anak saudaraku ini. Tak mampu saya tahan air mata ini dari mengalir dan membasahi dalam suasana yang amat2 hiba..Namun saya cuba mengawal perbualan supaya abg ngah tak tahu sebak dan nyilunya rasa hati ni..Melayan perbualan  anak saudara yang terlantar di di unit pemerhatian..(HDU HSA) memang satu 'keajaiban"

"chu..ini abg ngah.... ngah rindu chu.... naper tak datang sini....abg ngah ingat cu lar " suaranya memang perlahan dari biasa..Inilah harga yang harus dibayar  selepas dia menerima rawatan demi rawatan di wad di hospital sultanah aminah setelah hampir 3 minggu..Demi mencari punca penyakit, air tulang belakangnya juga  telah diambil .  Detik paling getir apabila dia kekejang( sawan) semasa dalam pemerhatian dan ingatannya tak tentu. Seorang anak yang hebat dan seriang, suka buat lawak tetiba semakin senyap dan diam dan tak maya....
saturday : smiley with pain
 Bila saya tanye dia" abg ngah rindu chu banyak mana....dengan suara perlahan tetapi mengharap..."banyak laaaa chu..". Agak2...banyaaaak mana???.....Bila saya kata mmm.... sayang banyak langit????dia suka hati ( bunyinya macm ketawa kecil)  dan berkata " iye laaa banyak langit laa."...Alhamdulillah...Andai langit ada sempadannya itulah sempadan kasih sayang saya padanya...andai langit tu tingginya
infiniti....itulah nilai infinity yang ada pada nya...kasih sayang yang indeep. Langit yang bersih menjadi saksi kasih sayang kita nak...

abih tu abg ngah nak chu bawa apa nanti...tanya saya lagi..".tak kisah la cu...apa2 pun angah syukur...tapi abg ngh kan suke komik nak??? boleh??  dengan nada setuju tapi bercampur2...... syukur, ...tapi abg ngah nak jumpa chu...cu bila nak datang...etc..

Ahad: no more .. wake up  angah!!!
Bagi melayannya lagi, saya berkesempatan membacakan semula harapan  dan kata2 semangat wan abd hafiz dan apat- dua juniornya  yang berkongsi perasaan di komen saya.  Terima kasih adik2 jr..Dia senang sekali mendengarnya dan gembira perasaannya. Pesannya juga pada adik2nya ini : jaga diri dan jika sembuh nanti dia online..salam pada semua dan doakan abdullah ya..."


Terima kasih ALLAH yang memelihara Abdullah sepanjang masa. Alhamdulilah, Selama dia dirawat, waktu dan ibadat solatnya terpelihara dan dipimpin. Biarpun di pembaringan, dia masih melaksanakan walaupun dalam pertarungan mungkin..Syukur..saya cuba ingatkan dia, banyak istifar dan berdoa...walaupun hakikatnya saya yang sihat juga masih alpa untuk mngingati ALLAH> Semuga ALLAH ampuni saya jua juga anaak saudara saya ini.

Saya kongsikan info terkini yg diterima oleh kak Rohaya-kakak saya yg best! (Rujuk dari seorang pakar HKL) mengenai penyakit anak saudara saya ini.
TB miningitis responding to TB treatment. Relative hydrochephalas probably due to the tb infection. on drainage. clear fluid now. later akan buat shunt oleh neorosurgery. Ada sodium low sikit. on endrocrinology review. Dia afebrile bila start TB treatment and better in feedback.

Semuga treatment yang akan dibuat keatasnya membantu memulihkan  neuronya..Pulihkan ingatannya YA ALLAH bekalkan kekuatan dan semangat untuknya sembuh dan sihat  dan kembalikan keceriaanya pada kami dan berila petunjuk dan hidayah untuk nya sembuh dan sihat ya ALLAH.


Terima kasih para doktor dan jururawat yang telah tergejut dan semakin komid  memberi rawatan untuk Abdullah. Berlaku adil dan jujurlah di saat diperlukan..Segalanya kami serahkan kepada kebijaksaaan pihak perubatan kerana itu kepakaran yang ada. Mudahan ALLAH mudahkan urusan  kalian dan sayangilah amanah yang dipikul. Berusahalah selamatkan Abdullah dan kami mendoakn kejayaannya

Sayang banyak langit....itulah episod yang dapat saya katakan..Saya yakin ALLAH jua sedang menguja kasih sayang kita... Namun tulah sayang makhluk keatas makhluk...dan saya creditkan terima kasih pada ti@yatt, yang memulainya.... cu sayang kamu juga yatt..sayang banyak langit...:) Sama2lah kita sayang ALLAH . Sayang ALLAH lagi MAHA....kasih dan rahmannya tak terjangkau...dan selayaknya kita antara orang2 yang tahu mensyukuri dan menghargai kasih sayang ALLAH.

insyaALLAH..saya akan ke HSA minggu ini....mudahan rindu abg ngah kan terubat dan saya mampu melihat keceriaanya dan senyumannya... tunggu cu ye sayanggg....

Program Ramadan di Masjid Shah Alam-13 Ogos

Selamat berhari minggu dengan program manfaat di petang harinya...
indahnya..ramadan kali ini.................
Sama-sama  mendoakan anakanda saudara saya ...Mudahan ada penyembuhannya berkat Ramadan dan doa sahabat semua...Dan saya insya ALLAH akan ke JB..Semuga pejalanan selamat.

Program Ramadan di Masjid Bukit Indah

 Jika ade kesempatan waktu, apa kata sama2 kita singgah di Masjid Bukit Indah Ampang untuk menikmati program Ramadan yang dihidangkan. Pengisian kuliah rancak dilaksanakan pada setiap hari seusai Terawih.  Penampilan ustaz/penceramah hebat2 belaka...InsyaALLAH   Semuga Ramadan bulan mendidik jiwa mendapat rahmat, memperolehi keampunan dan menghampiri jannah. Amin. 
 



JADUAL TAZKIRAH RAMADAN
1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman,
Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah
Puasa.

2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun -
Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam.

3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) -
Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan

4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin -
Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim

5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu),
Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad
 (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan)

6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad,
Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian)

7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah,
Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan
Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan.

8/8 (8 Ramadhan)
- Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur)

9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (zakaria) Abd Rahman -
Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam

10/8 (10 Ramadhan)
- Dr Zawawi Ismail -
Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar

11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi -
Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam

12/8 (12 Ramadhan - Jumaat) - Us Sidiq Nor -
Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya

13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin,
Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak,
dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah)

14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat,
Tazkirah - Us Sharhan Humaizi - Persaudaraan islam Membentuk
Kekuatan Ummah

Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat
MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam
8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari.

15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar -
Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur

16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi -
Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....

17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria,
Tazkirah - Us Sobri Mat - al Quran Bukan sekadar bacaan....

Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor.

18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam
Peperangan dengan Tentera Solib

19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas -
Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan
Allah
Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam.

20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril
Azman - Ketokohan Sultan Mohd  Al fateh Dalam Peperangan

21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah -
Us Fauzi Husin - Kenapa Bala' Allah itu datang

22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim -
Penyakita Muslim masa Kini

23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran.

24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man -
Tanda-tanda Kedatangan Dajjal

25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi -
Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu

26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak -
Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini

27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni
Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang - Kaedah Beraya
Dalam Islam

28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman,
Tazkirah - Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan

 AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN
7.00 mlm - 7.30 mlm : Berbuka puasa setiap hari di Masjid.
7.40 mlm : Solat Maghrib
8.40 mlm : Solat Isya'
9.00 mlm : Solat Terawih 8 Rakaat.
9.40 mlm : Tazkirah
10.15 mlm : Solat Witir 3 Rakaat.
10.30 mlm : Moreh
10.45 mlm : Tadarrus al Quran
---------------------------------------------------------------------
TAHNIAH kepada pihak masjid yang telah berusaha merancang untuk memakmurkan MBI kali ini. Semuga khariah dan semua dapat mengambil pelaung ini...selamat datang..

Thursday, August 11, 2011

Program Ramadan di Masjid Shah Alam

klik untuk lebih jelas..
jom jom...
Salam Ramadan di Fasa kedua : fasa keampunan@magfirah
Subhanallah indahnya Ramadan di Selangor..Antaranya aktiviti di masjid Negeri Selangor ini sepanjang ramadan kali ini......Sama-samalah kita mengambil peluang yang ada untuk mengimarahkan ramadan ini. Kepada mereka yang tinggal  berhampiran ataupun sebaliknya, ambillah kesempatan ini ..
Mungkin ini Ramadan terakhir kita??? 


Tuesday, August 9, 2011

naluri emak

Balik kg!! muktamad...Walaupun pada mulanya, hati kecil ini berbelah bagi..
Kakak mengarahkan saya terus pulang ke kampung kerana kesihatan mak yang tiba-tiba tak sihat. Cukuplah saya katakan, emosi mak sedikit terganggu dengan keadaan anak cucunya. Walaupun hakikatnya tidak diluahkan, tetapi bayangan dan perasaannya dapat dilihat dengan penuh kasih sayang. Tambahan pula ini Ramadan ke 3, menyambutnya tanpa ayah...Tanpa ayah libur mak tak sama seperti dulu . 63 tahun kehidupan mereka bagai aur dan tebing dan bercerai mereka hanya mati.. Hebatnya cinta mak dan ayah. Setia,jujur dan saling menghormati kunci kerukunan kebahgaiaan. Pada mak, ayah seorang lelaki yang amat penyayang dan bertanggungjwab. Membantunya meringankan kerja2 rumah dan melunaskan tanggungjawab dengan sempurna. Pada ayah, emaklah pelengkap hidupnya, air tangan emaklah yang paling sedap dan hanya emaklah ratu hatinya. Tiada dua, tiga atau empat walaupun dia mampu.. Tiada istilah monopoli ataupun polygamy dalam berkeluarga.
 
Saya bersyukur dilahirkan menjadi sebahagian dari zuriat mereka. Kerukunan rumahtangga dan cara didikan mereka memang berbeza.   Ketegasan ayah pada abang2 sudah cukup mendidik generasi bawahan terjana disiplinnya. Walaupun kini ayah tiada, namun semangat dan ruhnya tetap hidup bersama kami yang masih ada. Bayangkan perasaan mak, di waktu kini, bila dimaklumkan keadaan cucunya Abdullah Ishaq di rawat di HSA..Emosinya berkecamuk, dalam sabar dan reda dia tewas pada keadaan. Seketika mak jadi  lemah, selera makannya menjunam dan tak dapat bangun untuk berterawih dan bertadarus bersama rakan masjid lagi. Kesian mak...Saya tak dapat andaikan ada manusia yang masih mengakui ada emak tetapi mengabaikan emaknya. Anak lelaki yang diharapkan mewarisi sikap dan cara ayahnya, kian hambar dihanyut dengan dunia yang 'jahat'. Pergilah dengan duniamu dan biarlah emak memiliki ketenangan di sini.

Mak kemudiannya di bawa ke Klinik. Walaupun dia tak larat tetapi dia semangat untuk sihat dan keazamannya  menyempurnakan puasa  tahun ini. Beberapa ubat dibekalkan dan dipastikan di makan mengikut arahan. InsyaALLAH semuga kesembuhan jua buat mak.

Tentang perkembangan kesihatan  cucunya Abdullah Ishaq...suara ini belum mampu berterus terang. Tak sanggup melafazkannya melainkan untaian air mata..Mungkin dua abang saya yang telah menziarahinya di  dapat menyampaikan dengan cara yang berhemah. Pada saya,mak harus sihat sebelum diledakkan dengan keadaan sebenar abdullah ishak@ abang ngah. Namun segala-galanya terserahlah pada abang-abang saya kerana kini saya telah kembali ke ibukota.

YA ALLAH, ampunilah dosa kedua ibu dan ayahku, Pandanglah mereka dengan kasihan belas dan rahmatilah mereka selamanya. Berikan kesembuhan buat emak dan anak saudaraku Abdullah, Tak dlupakan mendoakan  kesembuhan juga buat ibunda kak ina pemilik blog Terimalah aku seadanya Maafilah mereka dan sihatkan mereka untuk terus melaksanakan visi sebagai hambaMU.
Terimalah permohonan ku...ya Robb.

p/s kak ina: Sabarlah kak..kita teruja dengan kesakitan insan yang kita sayang...Mudahan sembuh dan sihat ..insyaALLAH
TERIMA KASIH ALLAH

Monday, August 8, 2011

lakukan kebaikan


“Kebaikan yang dilakukan di dunia adalah seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia dan akarnya di syurga, manakala kejahatan itu seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia manakala akarnya pula di neraka” 





Sunday, August 7, 2011

Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka,
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.


A Samad Said

Friday, August 5, 2011

Ya ALLAH sembuhkan Abdullah

kasihnya ummi..
" YA ALLAH, sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub, Kau sembuhkan lah juga penyakit yang dialami oleh anak saudaraku ini, Abdullah Ishaq..Sesungguhnya anak saudaraku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi..."
Ya ALLAH, ampunilah kesilapan anak saudaraku ni, maafkan dose2nya dan terimalah taubatnya. Berikanlah  kesembuhan untuk dia kembali bersama kami. Andai ada hutangnya yang belum berbayar, atau khilafnya sesama manusia, janganlah dihukumi melainkan diberikan peluang untuknya melangsaikan, memperbaiki dan mengkoreksi dirinya. Dengan nama ALLAH, saya sebagai emak saudaranya jua merayu, andai ada hutang2 sesama kawannya tika di kolej2 pengajiannya masih berbaki dan berhutang, sila maklumkan dan pasti akan diuruskan. Maafkanlah Abdullah andai itu silapnya ...  Ya ALLAH, sesungguhnya diriku tak sanggup melihat penderitaan anak saudaraku sebegini. Dia anak yang baik, suka membantu, tak banyak kerenah dan suka menceriakan suasana.  Sesungguhnya Ya ALLAH , ku yakini tak kau bebani Abdullah melainkan dia sanggup menghadapinya dan tak DIRIMU menguji kami, melainkan kami antara mereka yang berhak dibebnani ujian. 

Bekalkan kesabaran kepada ummi dan ayahandanya untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan penuh pengharapan. Mudahan berkat doa umi ayahanda, family  jua semua yang bersimpati  di Ramadan ini, Abdullah beroleh kesembuhan dan temui rawatan yang tepat.

 
kami rindu dgn lawakmu ..
Bermula dengan demam panas yang berterusan, membawa kepada jangkitan kuman, dari wad biasa ke HDU dan kini air tulang belakangnya telah diambil untuk didinogniskan.  Usaha pakar perubatan HBSA yang berterusan sehingga kini masih belum temui jawapan. Inilah kudrat manusia, hanya mampu menjustifikasikan penyakit dan kesakitan semasa  mengikut SOP yang ada.  Namun apabila 'kun fayakun' ALLAH, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa kerana kesembuhan itu HANYA daripada ALLAH dan DIA yang mendatangkan dan DIA juag yang menyembuhkannya.

Kini antara menziarahi emak di kg, Kedah dan mengunjungi anak saudara di JB...saya menjadi berbelah bahagi..Emak tak harus disesakkan dengan penderitaan cucunya ini.  Mak harus tenang dan memadailah di khabarkan Abdullah dirawat di hospital. Maafi kami mak ..tetapi saya yakini...ini hanya sebagai langkah keselamatan untuk mak juga.  Semua maklum kasih seorang emak hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya buat si anak...dan daripada sekecil2 anak yang dikendungnya, sehingga setua mana sekalipun, kasih sayangnya tetap sama..INIlah naluri dan nafas seorang ibu....Namun pakala jiwa emak telah terguris, hati emak telah di robek, apa yang ada pada kita? . Masih adakah bahagia dan ketenangan. Saya seboleh mungkin ingin bersama emak, berbuka bersama mak dan berterawih bersama-sama di kg. Dapat juga mengunjungi dan membersihkan pusara ayah. Membahagiakan emak setelah ketiadaan ayah itulah azam saya juga kakak2 saya.

Buat diriku juga abang ku yang sedang di uji ini, sengaja ku ingatkan..ujian ALLAH satu peringatan. Kita tak perlu berpikir 'kerja ALLAH' kerana ALLAH adalah sebaik-baik pencatur. Marilah kita koreksi diri sendiri, bermuhasabah punca ALLAH uji Abdullah adalah habuan buat kita.. Sejauh mana kita menjaga hak2 kita dan sempurnakah kita dengan ALLAH. Kembalilah kita kepada mak..Doa mak tanpa hijabnya...Kita masih ada mak dan kita amat2 mengharapkan pengampuanan mak atas mana-mana khilaf kita kerana kita tak tahu,  mana satu yang telah mengguriskan hati mak dan mengundang ujian ini. Buat abang ...pohonlah maaf mak, mhn mak mendoakan kesejahteraan abang dan family dan menghususkan doa kesembuhan buat anak kita ini.
kami rindu kamu..
 Abdullah panggilan biasa di kalangan saudara, lebih manja di gelar abang  ngah di kalangan adik beradik, Ishaq di kalangan sahabat2 juga. Dengarlah bisikan sayang ku ini.  Sabarlah sayang, dirimu sedang diuji, ALLAH sayang kamu nak, ini ujian berat yang perlu A.Ngah tempuhi dalam meniti usia remaja. Lihatlah dengan pandangan kasih sayang ALLAH..Betapa kita selama ini terlalai dalam pelukan dan kasih sayang ALLAH...Betapa kita mengabaikan detik waktu yang berlalu...tapi tidak hari ini sayang. Setiap hari berlalu, doa untukmu diiringi..Bagi chu, apapun situasimu, kau tetap di antara anak2 yang pernah mendapat kasih sayang dan membahagiakan chu. Chu sayang abang ngah....sama macam dulu. Walau bagaimana teruk dan sakit mana penderitaan mu nak, berkat doa semua, ikhtiar yang berterusan, insyaALLAH ada kesembuhan. Jangan tewas dan menyerah nak, bangunlah dan berilah reaksi positif dari hari ke hari. Abang Ngah perlu sihat dan meneruskan pelajaran...Abang ngah suke membuat rekacipta yang mengkagumkan dengan kepintaran otaknya. Namun abang ngah tak suke menunjukkan kebolehannya. Tapi cu tahu itu watak sejak dari kecil lagi...berilah barang mainan dan pasti akan terburai dek operasi abang ngah... Tak ingat kan...tak per..cu masih ingat..

Bangunlah abang ngah..bukalah matamu dan lihatlah wajah2 yang menziarahimu..ada ummi yang amat2 kasih padamu, ada ayahanda yang sentiasa memberimu semangat, abang long yang baikhati, dikbas yang jenaka, dikfa yang prihatin, dik mat yang hansome , dik yam yang sopan, dik adam dan eddat yang merindui lawan dan tukang usik mereka..Juga saudara mara yang bersimpati, teman2 mu, guru2 di SRIH, dan SMIH. Mereka hadir dengan kasih sayang dan demi satu keakraban yang terjalin. Bangunlah sayang... usah berlamaan di situ.. Abg ngah perlu pulih dan sembuh dan kembali bersama family dan menjalani praktikal. Misi belum selesai..

Bangunlah Abang angah...berakhirlah kesakitan dan penderitaan mu nie..kembalikan keceriaan buat family kita..Cu rindu abg ngah yang sihat, yang boleh dok sebelah cu, boleh cu pegang kepala dan boleh gaduh lagi dengan chu...sebab tak de anak yang akan aman tanpa gurauan chu. Chu tau abang ngah tak amik hati dengan cara kemesraan cu...Cu rindu suasana ini lagi..Kepada anak-anakku yang lain, amiklah iktibar dan jadikan ini sebagai pedoman. Hari ini untuk Abdullah..esok2 sapa menjangkakan buat siapa. Muga ALLAH selamatkan kita semua dari segala perkara yang diingini. Melindungi kita semua dari fitnah dunia dan ancaman makhluk.  Selamatkan dunia dan akhirat kita.Memudahkan urusan kita dan memimpin kita mendekati jannah.

Ya ALLAH perkenankanlah doa kami, dengarlah rintihan kami, makbulkan  doa kesembuhan ini buat Abdullah ..Ya ALLAH berilah peluang untuk Abdullah kembali bersama kami, sihat dan sembuh. Panjangkan umurnya, rezekinya dan berkatilah hidupnya dan sembuhkan dia sepertimana sebelum ni.


Kepada semua yang turut membaca di sini, saya mohon doakan dan ulangi doa diatas untuknya Doa supaya Abdullah sembuh dan Allah kurniakan hidayah untuknya mnjadi daie seperimana Abdullah Rawhah.. Tiada hadiah yang terbaik melainkan saling  mendoakan saudara seagamanya. Tak mampu saya membalasnya, melainkan akan terus mendoakan sahabat2 yang mengunjungi dan berdoa buat Abdullah. Terima kasih ALLAH . terima kasih teman-teman dan semuga ALLAH membalas kebaikan yang telah diberikan

wallahuaklam

Tuesday, August 2, 2011

Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta


Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah Mesir) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada malam ini (3hb Ogos 2011). Beliau merupakan Imam Besar Masjid Amru Al Ash sejak tahun 1988, dan sangat terkenal di Mesir kerana kemerduan suaranya. Yang berkelapangan bersama imarahkannya.Moga Allah merahmati =)
sumber (terima kasih) : muhamadazhan
 
NOTA DIRI
Alhamdulillah...Semalam saya berkesempatan berterawih di sini. Maklumat ini diterima dari hebahan imam sebelum solat isya semalam. InsyaALLAH ini peluang yang terbaik buat diri untuk menjadi makmum. Selama ini saya hanya pernah mendengarnya membaca ayat2 ALLAH di CD/ikimfm juga intrnet. Dengan kelunakan bacaannya yang tenang, ada ketikanya bila sentuhan ayat tentang neraka...beliau sebak...Subhanallah indahnya penghayatan ayat2 suci ALLAH yang berbekam didadanya. Lembutnya hati mereka yang merasai dan memahami makna kalam suci ini. Mudahan ALLAH memudahkan perjalanan dan kesempatan waktu untuk saya beriktikaf dan merebut tawaran Ramadan al mubarak ni. Ayuhlaa kita beramai2 ke sini, masih ada waktu untuk membuat desicion bersolat di sini pada malam nanti. 
 
Kehadiran jemaah semalam pada pusingan awal memang ramai. Walau bagaimana pun bila masuk pusingan akhir,(selepas 8 rakaat terawah),teringat kata2 ustaz...inilah masa 'mara ke depan'. Yang belakang akan memenuhi ruang hadapan saf. Mungkin masing2 mempunyai komitmen yang lebih penting dan akan meneruskan ibadah ini di rumah nanti. InsyaALLAH. Ingatan buat diri, selagi terdaya akan saya akhiri sehingga imam mengaminkan doa terakhirnya....Mudahan ALLAH maafkan saya jika ada keculasan dalam ibadat ..

Apakah bisa saya ketemu kak Rozie  kali ini?? Mudah-mudahan insyaALLAH.

banner menarik!!

sumber : MUTALIGAT
Salam Ramadan Al Mubarak,
Ketika blogwalking pagi ini, saya terpandang banner nie..terus jatuh hati dan mengundangnya untuk dikongsikan..Terima kasih mutaligat. Ini merupakan iklan dan tawaran sepanjang masa yang dihidangkan untuk kita merebutnya. Sama-samalah kita memperbaharui  tekad dan azam di pemulaaan ramadan ini untuk merebut jawatan yang ditawarkan..InsyaALLAH.


Ramadan telah datang...Ayuh kita semarakkannya..Sama-sama kita mengutip ganjaran dan tawarannya.Kini hanya tinggal 28 hari saja lagi...Jika hitungan ini  boleh di umpamakan, ia bagai merentasi sebuah jambatan untuk sampai ke destinasi. Misi mesti sempurna dalam masa 30 hari sahaja.Semua orang mesti melaluinya..Stamina perlu diperhebatkan, kekuatan mental perlu dimurnikan dan matlamat perlu juga jelas. Ini hanya bahasa perlambangan dalam menjelaskannya. Berkesempatankah kita lagi untuk ramadan akan datang jika yang sedang kita tempuhi sekarang dibiarkan berlalu...Siapalah kita untuk melakar kisah akan datang..  

Maafilah kami ya ALLAH, ampunilah kedua ibu bapa kami, guru2 kami, saudara mara kami, sahabat2 kami dan seterusnya muslimim muslilam yang hidup ataupun dah mati. Sembuhkanlah saudara2 yang sedang sakit dan berikanlah kami kekuatan untuk menjinakkan hati2 kami istiqamah dalam ibadah. Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya yang telah kami lalui.. 


  
Sehingga kini, Subhanallah saya dapati masjid dipenuhi  oleh tetamu2 ALLAH. Kehadiran yang melimpah di setiap masjid. Saya juga berkesempatan menunaikan ibadat tarawih  pada malam pertama di masjid negeri Selangor( mesjid shah Alam). Tudia macm ini rupanya kemeriahannya ramadan. Sekurang-kurangnya saya rasai ruh islam dan kecintaan melaksanakan tuntutan di Ramadan ini di sambut oleh semua golongan dan peringkat umur.. Tahniah kepimpinan yang ada yang berjaya menyemarakkan obor ibadah ni.

Kami  saya dan dik mala  terpaksa menapak tangga demi tangga ke tingkat atas kerana tiada kekosongan  di ruang muslimat kat dewan utama. Ini adalah benar-benar berlaku dan ia juga pengalaman pertama saya solat di ruang di tingkat atas itu.  Dari atas saya saksikan setiap ruang penuh..Alhamdulillah berbaloi2 la keluasan masjid dengan kebanjiran jamaah. Terima Kasih ALLAH masih memberi ruang dan nafas untuk kami bersama berjamaah di sana.

Terawaih berikutnya di Masjid Negara, lokasi yang tak jauh dari pejabat. Menghayati ibadah ini dengan bilangan saf yang melebihi dari kebiasaan membangkitkan semangat untuk beramal. Melihat jemaah berlumba-lumba beribadat, memberi satu injuksi buat diri untuk mensyukuri dan menyambut tawaran2 ramadzan. InsyaALLAH mudahan bilangan jemaah akan bertambah dan dari masa ke semasa. Marilah sama-sama kita rebut peluang yang masih ada ini dan jangan menangguhkannya lagi. Manfaatkan waktu ini kerana belum tentu esok untuk kita lagi...Wallauhaklam

SELAMAT MEYAMBUT RAMADAN
Selamat berbuka dan berterawih dan menunaikan ibadah-ibadah lain yang digalakan.

NOTA KAKI
Hari ke 3?? di mana ya??

Monday, August 1, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

1.    Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) ;
2.      Bulan penuh keberkatan ;
3.      Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan ;
4.      Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu ;
5.      Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda ;
6.      Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga;
7.      Bulan menambah rezeki ;
8.      Memberi berbuka banyak pahala ;
9.      Bulan keampunan :
    -  Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    -  Juga doa pada sepertiga malam.
    -  10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
    -  10 hari pertengahan - pengampunan,
    -  10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua,
jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
sumber (terima kasih):  pengguna muslim
Terawih ke dua di MN

Satu amaran..

Semua orang tahu.kejarlah 5 sebelum  datangnya 5 yang lain:

1.MASA MUDA SEBELUM TUA

2.SIHAT SEBELUM SAKIT

3.KAYA SEBELUM MISKIN

4.LAPANG SEBELUM SIBUK

5.HIDUP SEBELUM MATI

Namun seketika di saat sakit, itulah habuan terbaik untuk bermuhasabah. Saya kenang diri sendiri yang melangkah usia tua berbanding pernah muda satu masa dulu  dan bakal melangkah ke usia emas dan bakal ahli kubur juga. Segala-galanya telah tertolis di luh mahfuz..Tika sakit wajah yang berlegar adalah wajah org yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. ya itulah wajah emak ...Membayangkan andainya di saat  kesakitan begini, perawatnya adalah emak pastinya reda sakit..Betapa mak mmpunyai aura dan magic touch  tersendiri..  Teruja dgn kesakitan..saya hubungi mak...bukan menambahkan kerisauannya tapi memadai mendengar suaranya dan kata2 semangatnya..Mungkin kerana kurangnya rehat dan cuaca tak menentu menjerat saya untuk muhasabah  ( hakikatnya ini hanyalah biologikal semata-mata) dan yang pastinya ....inilah kasih sayang ALLAH mengingatkan diri agar tak alpa.

Jadi bagaimana kan gamaknya situasi mereka yang membelakangkan mak dan ayah yang dimuliakan ALLAH. Membuat keputusan hanya mengira detik kata hati dan takut orang kata dan macam-macam lagi ? Ah persetankan mereka...kerana itu pilihan mereka dan mereka sedang menempah azabnya di dunia. Biarkan...biakan... biarkan tikus baiki labunya.. Tercatat sudah ..  memandang wajah mak/ayah ( bagi sang perantau melihat fotonya) sudah dicatat kebajikan sebaris dengan memandang AQ dan Kaabah. Jadi saya mengingatkan diri saya khususnya dan semua yang membaca di sini agar dapat beramal dengan ilmu yang sedikit ini. Pandangla emak dan ayah dengan pandangan rahmat, betapa mulianya mereka mmbesarkan kita..

Terima kasih ALLAH...
Seketika di uji ,saya rasai betapa kak mas dan nana sangat prihatin lagi memahami. Terima kasih ALLAH yang menganugerahkan saya sahabat yang baik dan mudahan ALLAH membri ganjaran hebat buat kalian jua. Walau bagaimnapun dengan semangat mereka juga, saya masih lagi dapat hadir bersama dlm forum ihya ramadan anjuran jabatan. Syukur hari ini saya rasa lebih segar dan sihat dan mudahan dipermulaan ramadan ini ianya berkesudahan dengan pesta ibadat yang sempurna dan terbaik.

Buat anakanda saudaraku yang sedang terlantar di hospital( JB)....

Muga ada kesembuhah utk abdullah
Cu mhn kemaafan kerana tak menziarahimu..Bukan tak sayang cuma keadaan  tak mengizinkan. Cu yakin ABDULLAH ISHAQ, putera kedua kebanggaan keluarga abang saya ini seorang yang mempunyai semangat untuk sihat.  Lantunan demam yang mengheretmu ke hospital pasti akan dipertahankan dengan reaksi agresif ubat-ubat yang dijamu. InsyaALLAH berkat ummi yang turut serta merawatmu juga sokongan abang dan adik-adikmu, dirimu akan sembuh dan sehat. Ingat ALLAH banyak-banyak. Abang Ngah kena sihat untuk temankan ayahanda ke masjid berterawih nih.

Teringat saya satu ketika, apabila ayahanda dan umminya di rawat di hospital yang sama,  pada satu masa yang sama atas sakit yang berbeza  dan wad yang berbeza.  Besoknya dua orang lagi anak-anaknya dirawat di hospital yang sama atas jangkitan yang sama dengan ayahandanya(denggi). Bila abis waktu melawat, kami singgah  di wad melihat kakak yang masih lemah kerana pitam tika di wad suaminya. Kerana tiada lagi ahli keluarga yang boleh menjaga kakak, kami terpaksa tinggalkan kakak berdikari. Masih saya ingat bisikan abang ngah. (mungkin sekitar tingkatan 4)..cu abang ngah nak tunggu umii malam nie....tapi mana boleh laa ngah..tu amaran hanya penjaga wanita dibenarkan...ni kawasan larangan...Di luar pagar, bisikan menjadi, kalau abg ngah perempuan, boleh tumggu ummi...Sebak..memang saya sebak...tapi saya juga tak mampu kerana komitmen  di rumah, dan  anak-anak yang perlu  di bawa ke pusat kesihatan untuk  di uji darah setiap pagi kerana dikhuatiri denggi. Hanya bantuan tenaga dan mengambil alih menguruskan anak2  yang mampu saya berikan tika ini bagi meringankan beban family abang yang diuji.  Dua anak abg turut di jangkiti denggi dan  abang ngah sahaja yang tahan antibodinya tika itu tetapi kini,  dia abang pula teruja...

Hari ini, Sabarlah sayang...Hari ini adalah peluang kerehatan untuk mu, makanlah ubat dan dengarlah nasihat doktor. Terpana cu dengan prihatin saudara2mu yang balik ke JB menziarahimu dan menemanimu. Inilah hikmahnya bila bersaudara...Cu ucapkan terima kasih atas laporan semasa di FByang dikongikan. terima kasih dikbas dan dik fa atas dua photo dikongsikan itu..Sekuang-kurangnya cu tahu perkembangan mu jua nak.  Semuga ade kesembuhan dan ujian doktor belum mengesahkan  jenis kesakitan dialami walaupun tanda awalnya adalah demam.

Sama-samalah kita doakan kesembuhan buat abang ngah dan semua yang sedang diuji dengan kesakitan samada yang disedari ataupun tak . Datangnya bagai kilat , perginya amat lambat ..itulah hakikatnya sakit dan sembuh....Hukum sunnahtullah...Hargailah nikmat yang diberi....dan maafilah kami ya AllaH. Kami insan lemah yang sering terlalai dan berilah peluang untuk kami bertaubat dan  mensyukuri nikmatmu . Sihatkan kami, mudahkan kami untuk menyempurnakan amalan dan berpeluang merebut ganjaran di ramadanmu ini kali ini. Terima kasih ALLAH


**muga yatt juga sembuh..
** Ismael juga sembuh ( anak saudaraku paling bungsu) ...( maaf cu baru tau)