Tuesday, May 31, 2011

kejutan... 12052011

12 Mei 2011…seperti tahun lalu, nekad saya memulai ulangtahun  kelahiran dengan bersedekah dan berpuasa. Alhamdulillah dgn nikmat yang masih dikecapi sehingga hari ini, saya juga perlu memberikan haq orang lain yang ada pada saya juga untuk dilunaskan. Saya berjaya melaksanakan langkah pertama tanpa halangan.

Usai dhuha,  langkah saya ke bilik seperti biasa. Namun hati saya sedikit gusar kerana ada juadah bfast telah disediakan oleh rakan sepejabat. tapi mungkin juga sekadar untuk makan pagi bersama. Lagipun selama ini rakan2 lebih maklum, Khamis adalah hari  puasaku dan biarpun godaan mendatang, namun sukar untuk dipecahkan. 

Seketika diri yang dhaif ini terkasima… terharu bangat pabila secara tiba2 sebijik kek bertatahkan cahaya lilin dihadapkan. Segalanya spontan dan tiada reheasal langsung.  Fyda ooo fyda awt ceq buat lagu nie nooo .  Untuk sapa sayang???  Subhanallah.. masyaALLAH…ini memang satu kejutan dan saya amat2 terharu dengan planning mereka …Bila masa kalian merancang??  Andai anda di tempat saya apakah yang hendak anda katakan?????? Ye memang saya sedang berpuasa, tetapi atas ‘paksaan’ ( kak mas telah mencabuli hak saya ) dan demi menjaga adab dalam perhubungan, saya merelakan ‘puasa’ saya dinodai. (berbuka lah). Bijak betul perencanaan kak Mas, begitu teliti sehingga sedikit pun saya tak mengesyaki ada kek yang dibawanya selain menu spagerti dan roti sardine. Maliza dengan cheese puffnya… Fyda dengan cahaya lilinnya…
Makanan disediakan teramatlah sedap ....licin juga kesudahannya....
Semuga ALLAH membalas jasa dan kebaikan yang kalian berikan . Saya amat2 kagum dan terharu. Biarpun berkali2 saya mOhOn maaf andai telah menyusahkan sahabat atas persediaan jamuan hari ini  namun ianya bagai mencurah air di daun keladi…Terima kasih Alllah dan rahmatilah persahabatan kami.

Dengan bacaan doa selamat oleh bos saya, Tn Hj Syukor,   kami aminkan bersama. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui betapa sebaknya bila doa  dikhususkan untuk orang yang diraikan.…Apa yang saya kecapi hari ini bukanlah milik saya kecuali dengan izinNYA dan dapat membantu saya di akhirat sana….. Semuga ALLAH membalas jasa dan kebaikan yang berikan pada hari ini. Saya amat2 terharu. Biarpun berkali2 saya mhn maaf andai telah mnyusahkan sahabat atas persediaan jamuan hari ini  namun ianya bagai mencurah air di daun keladi… bagai  paku pulang buah keras daripada kak mas…apakah ani merasa menyusahkan atas apa yang penah dibuat untuk kak mas….???  maafkan saya kak.. 

Di ruang ini saya ungkapkan rasa jutaan dan penghargaan terima kasih teramat buat rakan sepejabatku di Seksyen Kejuruteraan Multichannel (Mainteinance) - ALLAH jua yang layak membalasnya.
Untuk bos kecik ku yang telah memulakan kerjaya baru di sektor korperat Cik Suhana Mat Aris, semuga kerjaya yang dipilih lebih mndekatkan dirimu dengan ALLAH dan keluarga dan hadapilah cabaran dengan penuh hikmah.
syukurlah...ada kesahihan halalnya...
 Terima kasih  Kak Mas, fyda, Maliza, Nana, Liza, Wahida( siap bunga telur pupple lagi), Tuan Hj Shukur juga bos En. Karim. Kerjasama diberi amat2 saya hargai dan syukuri.Terima kasih daun keladi......:)

Komen: jika ada bahasa yang agak kesat dan kasar saya mhn maaf.. faktor persekitaran mmperngaruhi .Mohon diampun jua hndaknya..

Atas nama....1205


Cinta, kasih, sayang …..Atas nama ikatan persaudaraan, ukhuwah,  kawan, teman,…, saya rangkumkan betapa saya amat2 menghargai setiap ucap, ingatan dan kalimah keramat yang sampai ke telinga secara langsung atau tak langsung, telefon, sms, email dan FB. Terima kasih semua.  Biarpun kita berjauhan namun ingatan keramat pada tanggal 12 Mei masih tetap sama. Terima Kasih ALLAH yang masih memberikan daku nafas untuk di sedut dan di hembus. Dengan rahmat dan rahimMu jualah, pada hari ini kulewati bertambahnya usiaku…Terima kasih ALLAH yang telah mmberikan saya di kelilingi para teman, sahabat, rakan dan saudara yang mulia lagi menggembirakan hati dan mudah memaafkan.

12 Mei, Hari ulangtahun kelahiranku juga telah dinobatkan sebagai Hari Jururawat. Tak ku lupai ucap selamat jua diucapkan buat para jururawat di mana pun berada --Kita berkongsi tarikh tetapi empunya makna tersendiri.. Terima Kasih ALLAH. Alangkah bertuahnya diri ini dilahirkan di bulan Mei yang mencatat banyak hari untuk diraikan  Biarpun ianya hanya satu kebetulan tetapi ianya satu ketentuanNYA jua.

Saya rangkumkan ucap selamat yang diterima menerusi sms :

Hepy BesTday chu, SHL, muga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati ‘ALLAH”. Amin. Dik da &family 2044 11/5/2011

HB kak Aini, Semuga panjang umur, dimurahkan rezeki, semuga seganya dipermudahkan ALLAH. Wanie ,0009 12/5/2011

Salam. Semuga dilimpahi rahmat ALLAH, diberkati segala urusan. 
Salam hari lahir dari kami di Sabah. 0553 12/5/2011

HB, Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. kak Mardziah MMAB 0829 12/5/2011

SHL Chu,Usia yg Tuhan kurniakan ini, hiasilah dgn amalan yang murni semuga ia mnjadi teman kita di akhirat nanti…..insyaALLAHh yang baik datang dari ALLAH, yang x baik dari diri kita sendiri…love u chu. Take care. Azan Adawiyah 0830 12/5/2011

Salam. SHL. Mudah2an segala impian tercapai. Yatti 0842 12/5/2011

SHL chu, muga dimurah rezeki, dirahmati ALLAH, dipanjangkan umur, dipercepatkan pertemuan jodoh(_XXX_) take care. We love U.  MokhtarEisa(MBE) 0930 12/5/2011

SHL, moga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik….sayang k aini . Am 0020 13/5/2011

SHJ,diiringi doa agar sentiasa dlm keimanan, kesihatan yg terbaik,dimurah akan rezeki, dipanjangkan umur, dan sentiasa dlam peliharaan ALLAH Amin………THIS, 1850 14/05/2011

Menerusi FB…juga dihimpunkan...


Amin......Mudahan ALLAH mmperkenankan doa kita..... Saya menghargai setiap tinta yang diterima...
Terima kasih  semua ..SEmuga ALLAH memberikan kebaikan  dan merahmati kebajikan yang telah diberikan selama ini. Saya mOhOn dihalalkan segala dan dimaafi andai ada keterlanjuran kata, kekhilafan dan sekiranya ada hutang yang belum dibayar mohon dimaklumkan dan yang belum dibayar mOhOn disegerakan.. ( janganlah melibatkan kaum family saya sekiranya saya telah tiada).  Saya sayang family saya dan terima kasih mak dan ayah yang  memelihara diri ini sehingga hari ini....
      HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Bila cuti bermula.



Cuti sekolah telah melabuhkan sauhnya...bagi negeri Kedah, Khamis merupakan hari terakhir. Jumaat adalah peluang mereka untuk mendobi pakaian dan cadar asrama manakala Sabtu adalah persediaan diri untuk perjalanan jauh. Oleh itu bermulalah tugas pertama saya menjemput dan menerima tetamu yakni anak-anak sedaraku  di stesen duta dan di awal pagi..

Syukurlah seperti dijangka sebelum jam 5 pagi, mereka telahpun tiba di Stesen bas duta tetapi saya tak gusar sangat kerana kali ini mereka 3 sepupu...Fatin, kak long dan Ahmad. Ada wakil super hero kan... Namun pecutan viva pagi itu juga berserta dengan doa sebab ini adalah hari pertama viva telah expired road taxnya..Takut adalah sikit tetapi kegusaran dengan sebarang kemungkinan juga ada sebab kawasan Ampang nie sekatan jalannya tak tentu waktu...Konvoi anak-anak saudara saya ini juga membawa bersama road tax baru viva. Syukur

Sebagai menghormati azan subuh yang berkumandang seketika membeli nasi lemak pagi, kami terus singgah solat di masjid Kg Baru dan atas cadangan kak long, dengar kuliah subuh baru balik rumah ( Terima kasih along- I like). Syukurlah berbekalkan pendidikan Islam di dua buah sekolah yang berbeza untuk anak2 saudara ku ini  tetapi penekanan amalannya tetap sama. Saya perhatikan mereka (along dan fatin) begitu lancar menghafal surah yasin,bacaan hizb  dsb. Bagi mak saudara mereka yang tua nie, bukan sahaja masih gagap bahkan mata semakin kabur...inilah bezanya orang yang belajar dari awal usia berbanding dengan orang tue. (ini adalah kritikan untuk diri tanpa unsur sindiran ). Kuliah subuh pula berkait mengenai ketuhanan yg esa dan berpandukan kitab tauhid"...." yang menggunakan bahasa melayu lama. Saya membiarkan mereka mencatat bagi menambahkan pemahaman. Lancar sahaja mereka mencatat di buku nota saya dengan mnggunakan tulisan jawi..contengkan apa saja di buku catatan itu..hanya itulah peninggalan yang ada untuk chu tinggalkan andai chu tiada lagi nanti....

Kuliah tamat sekitar jam 8.30 pagi dan pecutan Viva terus ke Tecso.  Ada misi yang perlu diselesaikan....

Unic bersama Doa Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Album : Hijrah
Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records. 

Segalanya bermula tatkala seketika bersama anak-anak saudaraku di pagi Ahad lalu dalam perjalanan ke rumah usai dari kuliah subuh, yasin, bacaan hizb al Bahr, tahlil di sebuah masjid yang di kagumi di bandaraya KL.  Terhibur pulak dengan dendangan lagu ni  di IKIM fm. Bukan sahaja di bacakan dalam bahasa arab tetapi diterjemahkan juga dalam bahasa melayu..terasa mudah dan bagus untuk dihafal bagi yang baru nak mmpelajarinya. Kredit diberikan pada UNIC.
Muga generasi ku hari ini menjadi anak2 yang beriman dan bertaqwa.
Amin

p/s nak download u-tube ada pblem pulak dahh...jadi sebarang kesulitan mhn diampuni .

Monday, May 30, 2011

Mengenali ikon belia 2011

MOHAMMAD RIZAN BIN HASSAN. Mungkin ramai di kalangan masyarakat kenal, ada juga yang kurang kenal malah yang tidak kenal langsung. Amat rugi jika tidak mengenai seorang Belia berjiwa cekal seperti beliau. Rizal Hassan merupakan individu yang dipilih menerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011.

Bagi yang tidak mengenali beliau mungkin agak sangsi dengan pengikhtirafan ini. Itulah Rizal Hassan. Seorang yang sangat sederhana akan tetapi di belakang tabir, beliaulah antara penyumbang utama secara sukarela membawa nama Negara di mata Dunia.

 
"Sesungguhnya seawal usia yang masih remaja, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk masyarakat."


Itu kenyataan beliau jika ditanya mengenai kesungguhan beliau menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan penuh komitmen. Jarang mendengar jawapan sebegini dari kalangan mana-mana Pemimpin Belia.

Jika hendak disebut Badan Kemasyarakatan yang disertai, mungkin sukar dihitung dengan jari. Namun, mungkin semangat beliau semakin kental setelah menyertai Kelab Putera 1Malaysia. Beliau yang diberi kepercayaan memegang jawatan Setiausaha badan tersebut telah menggunakan platform dengan sepenuh daya tenaga bagi membantu golongan yang memerlukan.

Mungkin ramai yang akan terkejut jika beliau antara individu penting dalam menjayakan beberapa Misi seperti dipamerkan di bawah.
   1. Misi Hebahan Penderitaan Muhammad Hairuman Miskon
   2. Misi Mangsa renjatan kabel elektrik di Tanjung Karang
   3. Misi Menyelamat Pelajar Mesir ketika krisis darurat kejatuhan Presiden Mubarak
   4. Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand
   5. Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Krisis Nuklear di Jepun dan banyak lagi.

 Malah baru-baru ini beliau juga bergerak secara efektif dalam menjayakan Misi Bantuan Penyelamat Mangsa Tanah Runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Apa yang disenaraikan ini hanya suku daripada berpuluh-puluh Program yang bukan sekadar disertai, malah menjadi tulang belakang kejayaan. Cukuplah dipamerkan 6 Program ini. Kita dapat lihat betapa hebatnya Rizan Hassan.

Apa yang hendak diberi. Sekadar Anugerah. Namun bukan ini yang menjadi sasaran Rizal Hassan dalam kerjaya murni ini. "Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

"Rendah Diri. Mungkin sifat ini jika ditanam dalam hati, dibentuk melalui perlaksanaan kerja yang ikhlas, sudah pasti Allah anda bantu kejayaan kita."

"Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka boleh selesai masalah dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung."
 

Syabas buat Rizal Hassan. Terus permantapkan lagi tenaga anda. Kerana Belia seperti anda amat diperlukan bagi membentuk belia bertamadun dan berwawasan di masa akan datang.

sumber : KLPOS

Fadhilat Bulan rejab

Rejab semakin mampir
usah dipersia hadirnya
andai telah tahu anggaplah satu proses pengulangan
andai sudah tahu tingkatkanlah amalan
Rejab 1432H kan pasti bermula..

Jom ke sessi ilmu di Surau Al Mustaqim.
      Jln AU5c/8, Lembah Keramat, 54200 Ulu Kelang, S'gor

Pada ISNIN,  30 Mei 2011
      "FADHILAT BULAN REJAB  "
bersama USTAZ YUNUS KAMARUDIN


Kuliah diadakan selepas Maghrib.

Jom pakat p ramai2 ke majlis ilmu ini...Semuga bertambah ilmu dan dapat sama2 amal dan sampaikan.. kita adalah daie...Walluaklam..


Komen :
 Ya ALLAH Permudahkan urusan hambamu ini agar dapat menghadiri majlis ilmu ini. Semuga diri yang dhaif ini menjadi hamba ALLAh yang lebih baik dari semalam. Amin

Friday, May 27, 2011

apa erti MERDEKA???

Dear Friends,

This info was sent to me by an ex-journalist of The Sun Newspaper who covers Crime news in KL. Do inform your loved ones.

Please take note of this few HOT SPOT CRIME AREAS IN KL

1 Lebuh Ampang Bus Stop Near The Indian Restaurants - Snatch Thief Area, victims are normally Malay and Indian girls who are alone and not aware. Sexy Indian Girls, please be extra careful if you are to say a word, they will insult you with vulgar words or even slap your face if you put up a fight.

2 Jalan Ampang - Menara Great Eastern / Great Eastern Mall - If you are approached by anyone - men or women asking for directions or the time, please be ALERT of any car or motobike that comes near you. Stop your conversation and run for your life, if not, be ready to scream or if you have a spray, get it ready. Tag Team Ahli Gusti Jahat Gang will either snatch your handbag / handphone or sepak you if they can't get anything from you. If you are too sexy - they will bundle you into their car or molest you on the spot.

[ They work in a team of 4 to 6 persons]. THE GIRL IS THEIR DECOY [UMPAN] to rob their unsuspecting victims.
Komen: MasyaALLAH: Ni laluan saya nie...muga selamat dalam peliharaan ALLAH 

3 Changkat Thambi Dollah Off Jalan Pudu - Bus Stop and Wisma Shaw Areas. Lots of Mat Rempits who hang around the bus stop area to snatch your handbag. Those who drive to this area and to Wisma Shaw for shopping or Cari Makan, Please park your car at a safe parking area. Tepi Jalan parking areas can be unsafe - Taiko Tai might force you to remove your car or they will park to block your car. Any words you say to them might end-up by you getting a good bash -up. [They have areas whereby only gang leaders can park their cars]

4 Jalan Pudu From Swiss Garden Hotel to Hentian Pudu Raya and Menara Maybank

4.1: Ladies, please take care of your handbag and your handphone when you place it near your ears - Mat Rempit Gang will Zoooom near you and roughly snatch it from you. You might just fall down due to the impact of it and hurt your head by hitting the ground.

4.2: When withdrawing cash from the bank's ATM [Ambank or Maybank] Please look around first b4 you do your withdrawal, IF YOU NOTICE someone looking at you or suspicious to you, then you have to be extra careful!. There is this GERAK KILAT gang who in a split second would be near you and snatch or point a knife at you to handover the money, some even force their victims to withdraw from other ATM banks.[Acording to my not so reliable source - there were one or two female victims who were raped and dumped at Setapak and Kepong areas]

4.3: Boarding of Taxi or Unknown Person's Car - Please take note of the route the driver is taking you ; if you are taken to a wrong road, then you would end-up as a Rape victim or if you are a guy, hehehe... you would be cash stripped / burnt in a car.[My best friend lately was a victim, lost his Rolex Watch, Wedding ring and ATM Card ].

4.4: Ok, Ladies, if you think that it's safe to be on a motorbike with your Macho Guy that's fine, but be aware of motorbikes beside you, they might be snatchers who will snatch your bag and Zoom away

5 Wangsa Maju Putra LRT and TAR College Area. A New Gangster Area--- this area has now become worse than Jinjang, Balakong or Puchong .Groups of youths will do anything to harm you for just a matter of cents or dislike your personality. Don't stare or look at them, all you will know is that they will just simply stab you with a penknife or a dagger.

6 Kepong, Selayang, Sentul Timur LRT and Wangsa Maju - Unknown Part Time Taxi Drivers or Stolen Taxi Waiting for You To Be Their Victims - Ladies if you are alone, please DO NOT board a taxi if you think the driver is not pleasant. If you have withdrawn money from the bank or that you are sexy please ENSURE that the driver doesn't use the central locking of his taxi and driving you to a right route.[You have the full right to ask the taxi driver not to use the central locking - Wind down the windows if he does not obey you].

Macho Guy, you too can be a victim of cash and valuables.

Sumber : email . 
Semuga kita menjadi masyarakat yang berhati-hati dan prihatin dgn persekitaran. Perangkap tak pernah lupakan pelanduk....merdekakah  kita bila terbelenggu di bumi sendiri..Angkara siapa????
KEmbalilah saudaraku pada agama ALLAH..Takutlah ALLAH....DIA tak pernah  LUPA melihat kita!!! Bumi mana yang selamat lagi buat generasi ku....????

Temujanji minggu ini

PAGINYA  Jom kita ke  KULIAH DHUHA  :
RAHSIA KECANTIKAN WANITA
Bersama ustazah Nor Hafizah Musa
SABTU 28/5/2011
Jam 9.15 pagi
Di Surau Al Mustaqim
Untuk Muslimat sahaja
………………………………………

PADA MALAMNYA jom pakat ramai-ramai ke:
Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Tempat: Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang
Tarikh:  28 Mei 2011/ Sabtu
Masa: Selepas Maghrib
Solat dan Rehat Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang
Ayuhlah Semua mUslimin Muslimat kita rawat dan rehat jiwa dengan santapan ilmiah dari penceramah popular ini. 

...............................................................
Ceramah Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz
Tempat : Masjid As Syakirin Batu 6.1/2 Gombak
Tarikh : 28 Mei 2011/ sabtu
Masa : selepas Maghrib 
Muslimin- muslimat adalah dijemput menghadiri sesi ceramah ini..
"ceciter....kita bakau."..nie ayat2 cinta yang sering digunakan ustaz dalam dakwahnya...Beruntunglah mereka yg menghadirinya...Tambah ILMU tambah AMAL..

ANDA HADIR ANDA DAPAT...

Jom kita hayati hadith ini:
Barang siapa yang meniti satu  jalan untuk mmperolehi ilmu, Maka ALAH tTala akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Dan tiadalah satu kaum berkumpul di rumah ALLAH sambil membaca kitabullah dan mempelajarinya antara mereka, kecuali turun di antara mereka, ketenteraman, mereka diliputi rahmat, dan para malaikat berkerumun  di sekelilingnya, Dan ALLAH menjadikan makhluk yang disisiNYA menyebut2 mereka.( Diriwayatkan olehMuslim degna lafaz ini) . 
(Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi)


KOMEN:
InsyaALLAH mudah2an segala perancangan saya ini dipermudahkan ALLAH untuk menghadirinya. Betapa bertuahnya jika tiada overlap program...Pada MU jua  Ya  ALLAH  saya memohon petunjuk dan berserah....

Thursday, May 26, 2011

"Apabila Tiba Hidayah Allah"

Sembang-Sembang Dakwah 'Apabila Tiba Hidayah Allah' bersama

SHAM KAMIKAZE (bekas pemain gitar terbaik negara, guitaris Kump Kamikaze, bekas Guru Muzik Akademi Fantasia &; bekas artis)

WARDINA SAFIYYAH (bekas pelakon, model dan selebriti)
 
Menampilkan:          
 USTAZ FARHAN SUHUT (Pensyarah, Ketua Ulama' Kawasan Gombak & Timbalan Nazir Masjid As-Sobirin)

Tarikh : Jumaat ( 27 Mei 2011)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Mustaqim, Jln AU5C/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang


Jom hadir beramai-ramai mengikuti pengalaman bekas artis popular yang berhijrah ke dunia Dakwah ...

Sumber : DI SINI  (Terima kasih juga ats info sms yag diterima)

Wednesday, May 25, 2011

Program Perdana d' Bangsar

PROGRAM PERDANA : MASJID SAIDINA ABU BAKAR
AS SIDDIQ, BANGSAR, KL

Jemput datang beramai-ramai untuk memeriahkannya..!

28 MEI 2011
HARI : SABTU
DEWAN SOLAT MASJID SABA, BANGSAR,KL

Program akan bermula dengan  QIAMULLAIL pada pukul 
4 PAGI. Di bawah bimbingan :
USTAZ SHAHRIZAN DAUD
(MENTOR IMAM MUDA MUSIM PERTAMA)

Dan diteruskan dengan Kuliah Subuh oleh:
USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH
(PENGACARA IMAM MUDA ASTRO OASIS)

Sama-sama kita memeriahkannya...... 1000 orang turun solat subuh??
ADAKAH MUSTAHIL.?
ANDA LAH JAWAPANNYA..

SUMBER : MASJID BANGSAR  (terima kasih)

Tuesday, May 24, 2011

Tips terkena simbahan asid

Prof Dr Zainudin Arifin dalam berita yang disiarkan oleh BH hari ini memberikan beberapa tip untuk mengelakkan kecederaan serius jika individu terkena simbahan asid. Kata beliau:

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya hari ini.

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.

"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

SUMBER : TERIMA KASIH  klik CACAMARBA 

KOMEN : sama2 ambilkan ini sebagai info dan berhati2 dengan setiap kemungkinan. Andainya tak berlaku pada diri sekurang-kurangnya kita mmbantu mereka yang mmerlukan...Hidup dengan mmberi..  

Sunday, May 22, 2011

wajah -wajah suci

Subhanallah
indahnya wajah-wajah ini..
 suci tanpa d0sa..






Ya ALLAH, 
pastinya syurga buat kalian
anak2 kecil, anak2 yatim yang dikasihiNYA
Damai dan berbahagialah hendaknya
Al fatihah

Bagaimana kesudahan kita........??
ALLAH, ALLAH, ALLAH.


catatan pengalaman di masjid  dikongsi bersama di SEDAKA SEJAHTERA
( sayu dan sedihnya.......)

Saturday, May 21, 2011

Alhamdulilah....operasi menyelamat berjaya

Lagi cerita kesedihan tentang tragedi tanah runtuh ...
Kepiluan dan kesayuan masih dirasai akan nasib dan penderitaan yang dilalui oleh mereka. Salam takziah dan simpati kepada guru2, penjaga,  waris dan saudara mara penghuni  rumah anak yatim ini. Semuga ALLAH mmberi ketabahan berterusan buat semua.

Secara kebetulan hingga lewat malam tadi, masih kedengaran siren ambulan yang menyusuri Jalan Ampang. Saya hanya mmpu mndOkan misi siren penyelamat utk mereka..Walau apapun 'kun fayakun" ALLAH lebih mngetahui nyA...Syukurlah kerja2 menyelamat telah selesai sekitar pada 540 pagi tadi dan kesemua 25 mangsa telah berjaya dikeluarkan dan seluruh rakyat dukacita dengan kemalangan ini.  Walau bagaimana pun sama2 lah kita patuhi arahan pihak berkuasa dan jadikan ikhtibar SERTA hadiahkan AL FATIHAH buat mereka .

untuk mngetahui lanjut:
senarai mangsa: TOK ESAH l
foto mangsa   : MOHD AZHAN :dan blog mazidul
dan jenguk2la mana2 blog yang melahirkan rasa prihatin dan terharu

jom g kuliah dhuha....wasaalamm

Tragedi runtuhan di Hulu Langat

foto dan info terkini rujuk : DISINI   

 Innalillahiwainnailaihirojiun......

Semuga ALLAH memudahkan urusan menyelamat anak2 yatim dan anak2 Hidayah Madrasah Al Taqwa ,Hulu langat ni.. 

Sebelum solat  maghrib tadi, para jamaah yang membanjiri surau Mustaqim dimaklumkan tentang tragedi ini.  Suasana hujan yang lebat bagaikan petanda kesedihan yang teramat. Usai solat maghrib,bersama saf jemaah yang  ada, kami  bersolat hajat jamaah dan mendoakan mudah-mudahan dipermudahkan urusan pencarian anak2 ni. Mudah-mudahan  dengan usaha menyelamat 24 jam kesemua mangsa dapat ditemui.  

Segalanya telah ditaqdirkan ALLAH.  Biarpun ada yang telah dijemput ALLAH , kita masih mengharapkan keajaiban ilahi  muga masih ada juga yang selamat ditemui. Saya tak dapat mmbayangkan suasana tika itu tambahan pula petang tadi hujan yang agak lebat. Bagaimanapun pastinya ALLAH  tak menjadikannya sia-sia melainkan untuk kita berpikir.=Ayuh teruskan mendoakan keselamatan dan dipermudahkan urusan ini. 

AL FATIHAH buat mangsa(anak2 ini) yang telah di jemput ALLAH...MugaALLAH mncucuri rahmat berterusan  but mereka dan  Salam takziah kepada family yang terlibat dgn tragedi ini. Sama-sama kita berdoa ... 

Sumber :   Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat 21 May 2011 

Friday, May 20, 2011

Temujanji hujung minggu..


DIJEMPUT HADIR  KE KULIAH dan CERAMAH 

DI SURAU AL MUSTAQIM
JALAN AU5C/8, LEMBAH KERAMAT ULU KELANG


 JUMAAT 20/5/2011  KULIAH MAGHRIB 
USTAZ DR SOBRI ZAKARIA
(MUNIYATI AL MUSOLLI) 



SABTU 21/5/2011 KULIAH SUBUH
USTAZ EMRAN SHARIF
( TAFSIR)



SABTU 21/5/2011 KULIAH MAGHRIB
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL HAFIZ
( BAHRUL MAZI JILID 19)



AHAD 22 MEI 2011 KULIAH SUBUH
AL FADHIL USTAZ YUSAINIE YAHYA
(40 HADITH KEISTIMEWAAN RASULULLAH)


dan
KULIAH DHUHA AHAD 22 MEI 2011 (9 PAGI) 
AL FADHIL USTAZ YUSAINIE YAHYA
KITAB AKHLAK SALAFUSSOLEH DAN KITAB ANAK KUNCI SYURGA
ilmu harus di cari




 
 SEMUA DI JEMPUT HADIR
Sumber : SMS

InsyaALLAH semuga  diberi kesempatan dan peluang untuk menghadirinya.   Terima kasih dari sumber info surau ini.
Terima Kasih ALLAH

Jom ke Forum Perdana


Muslimin-muslimat adalah di jemput ke :
Forum Perdana: "Bencana @ Bala Dari Allah Yang Menimpa Umat Akhir Zaman" 

 Di : Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 
Hari Sabtu : 21/5/2011 lepas Maghrib 
Moderator : Ustaz Azhar Yahya. 
Ahli Panel
(1) Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri (Ahli Majlis Fatwa NS) 
(2) Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari (S/usaha Akhbar Menteri Besar Kelantan)
Sumber : FB

Thursday, May 19, 2011

"Courier" untuk Puan Molee - Dana B4B=KERP

Salam Jumaat yang diberkati. N3 ini ada kesinambungan dengan n3 terdahulu. Meneliti FB seketika dan dari wallpost ismihayati saya kongsikan.  Ayuh kita manfaatkan hikmah yang terkandung dari surah ini. Dengan  AL FATIHAH yang dibacakan  sahabat sekelian niatkan untuk mendoakan semuga ALLAH memberi kesembuhan dan ketabahan buat PUAN MOLEE KAMAL (sumber : FB Karya Bestari Sdn Bhd) atas penyakit yang dideritainya (kanser). Beliau kini memerlukan rawatan berterusan seperti yang dinyatakan oleh suaminya  AHMAD DANIEL SHAH BIN SHARANI..


"my dear wife needs to complete a cycle of radiotherapy that consists of 10 sessions, once per day on daily basis. For now she's done twice and as according to her oncologist, the side effects will only kick in after a week. She's a strong woman and is game for the imminent challenges. I'm praying hard for the best to come out of this treatment." Sumber rujuk di ruang "comment" DI SINI


Subhanallah....ujian besar buat En Ahmad Daniel Shah ....Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Bersabar dan redzakanlah ujian ini..Mencari ketenangan lebih baik di kala kegelisahan begini. Banyakkan mengadu dgn ALLAH dengan beristigfar dan teruskan mendapatkan rawatan...InsyaALLAH ada penawarnya   Muga Puan Molee sembuh dan kembali bahagia di samping suaminya.. Satu muhasabah buat semua juga..Mudah2an dipermudahkan dan diperkenankan doa kesembuhan buat isteri beliau.

Bukankah kita individu yang PRIHATIN?. Sama-samalah juga kita menyalurkan RM ke dana B4B=KERP. Tabung yang di lancarkan oleh Blog House Malaysia perlukan kerjasama semua. Semuga  bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan bebannya dan memberikan semangat buat mereka. Pemberian kita juga sebagai sedekah yang mempunyai seribu satu khasiat...Rezeki  yang ada pada kita hari ini mungkin juga ada hak orang lain. Jika hari ini kita mampu mmberi BERTINDAKLAH! kerana belum pasti esok kita mampu lagi..usah menyesal sebelum terlewat,.. Semuga ALLAH memberi kesempatan untuk kita beramal .
Kita Prihatin: jom memberi DI SINI
Jom transferkan  RM ke            
           MAYBANK - acc No1642 5846 2732 
                                           AHMAD DANIEL SHAH B SHARANI. 
klik untuk imej yang lebih jelas.
 Saya petik ucap terima kasih yang telah suaminya kongsikan:
To those who have contributed words simply cant describe how thankful i am, may Allah bless you all. As well as those offering prayers, it sure will provide both of us the extra strength to soldier on. If only i could thank each and everyone of you personally, i certainly would. 

Amin.... INSYA ALLAH I will!  Walaupun saya tak pernah mengenalinya tetapi sebagai rakan semuslim rasa simpati dan peka atas penderitaannya saya kongsikan. Semuga ALLAH menerima amal ibadat ini (termasuk juga doa2) dan memberikan satu 'keajaiban" dengan izin ALLAH. Teruskan mendoakan Puan Molee muga selamat menjalani radioterapi dan sembuh semula.  Sama-sama kita kongsikan tawaran ALLAH menerusi hadis ini.  Tafsiran ini mungkin boleh DIHAYATI bersama:
"Barangsiapa yang membebaskan orang mukmin dari kesempitan dunia, maka ALLAH akan membebaskannya dari kesempitan hari qiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan org yang mengalami kesulitan, maka ALLAH akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutup aib orang muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.ALLAH menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya" .  ( di riwayatkan oleh Muslim)

TERIMA KASIH.....Yang Baik itu dari ALLAH jua dan segala kelemahan adalah dari tindakan diri yang jahil lagi dhaif ini. MohOn diampun jua, niat saya kerana ALLAH dan saya tak ada apa2 kepentingan pun...Oleh itu sama-samalah kita ambil peluang dan kesempatan ini. Sebar2kan info ini muga  membantu mereka yang memerlukan.  "Manfaatkan waktu sihatmu untuk sakitmu dan waktu hidupmu sebelum matimu". Jika kita tak memulakan...sapa lagi..!! JOM BERTINDAK

Walahhuaklam.

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.
Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.

Antaranya ialah:
1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a.) Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b.) Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

• 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

• 4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.
Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al Ahqaf: 29).
Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

-----------------------------------------------
 InsyaALLAH sama-samalah kita memanfaatkan rahsia yang terkandung dalam surah ini. Semuga kemanisan beribadat dapat kita kecapi dan amalan kita akan lebih sempurna dengan pemahaman yang jelas. Rahsia AL Fatehah perlu terus digali dan digali....Saya insan lemah dan perlukan  bimbingan dan dahagakan ilmu..Kongsi2kanlah ilmu yang ada

Wednesday, May 18, 2011

18 mei...

Alhamdulillah dan syukur....

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ANAKANDA SAUDARAKU:
FAIRUZ SYARWANI dan FAIRUZ HAZWANI

"Semuga anakanda berdua beroleh kejayaan dan menjadi anak solehah. Hidup yang dinaungi kasih sayang dan kecintaan berkekalan kepada ALLAH dan Rasul. Berisqamah dalam beribadat dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. Sayang adik dan kakak..."

Dua beradik kembar ni sedang bersekolah di sebuah sekolah aliran agama di aloq setar. Sehingga kini rekod prestasi cemerlang mereka mengkagumkan. Saya harap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan untuk mengharumkan nama sekolah, agama juga ummi ayah. Dua beradik ni  kreatif dan dan memang manja maklumla anak bungsukan. Tetapi mereka boleh hidup berdikari sepanjang berada di asrama sekolah. Baguskan anak buah saya nie.. I LIKE

Sayangnya sehingga kini saya sukar membezakan mana satu kakak dan adik dan sudah mnjadi sinonim anak2 sedara ni..kalau silap pun, dengan sopan berbudi bahasa..".ni kakak laa chu."...atau "Halaa achu... ni adik laa..." Pokok nya nak cover line, saya pun kata..."oooh ya...kakak adik, adik kakak....".macam tu lah orang tua ini yang menegakkan benang yang basah. Dulu2 boleh la buat pengecaman mengikut birthmark tapi kini dah  menutup aurat.....susahlah nak mengenal....Tetapi itu bukan masalah bagi abang dan kakak mngenal anak2nya. Pada mereka ALLAH berikan kuasa pengecaman. hebatnya kuasa ummi dan ayah kan dik kakak??

Semuga anak-anak saudara saya ini dapat meneruskan pengajian dan berlumba-lumba mencapai kejayaan. Seringkali pretasi mereka hampir sama dan ini satu rekod buat mereka juga. Semuga ALLAH memelihara anak2 ku ini dan keturunan kita selamanya. Tingkatkan amal dan iman mereka dan jadikan mereka anak2 yang berakhlak mulia seperti mana tika muda. Muga keselamatan ALLAH mengiringi Harwani dan Syarwani..( saya pun tak pasti mana satu kakak dan adik tapi nanti saya check semula rekod mereka)
chu sayang adik dan kakak....Amin

Wallahuaklam.

Tuesday, May 17, 2011

17 Mei...

Pada tarikh ini, anak saudaraku dilahirkan ketika bapanya melanjutkan pelajaran di Dundee, UK. Kelahirannya di sambut dengan penuh kasih sayang oleh doktor omputih( kelahiran pramatang)... Tapi kulit anak saudaraku tetap sawo matang...hihi kemana tumpahnya kuahkan...Yang paling saya ingat pada kad kelahirannya ada cop tapak kaki.  Ini lah satu kelainan bila memperolehi sijil kelahiran di negara luar sebelum di sahkan dan direportkan di kedutaan. Walau bagaimana pun anak saudara saya tetap warganegara Malaysia. Itu kisah lalu..(ehemmm dik fa tentu setuju part ni )


Baju nikah Tufail hasil tangan kakak..cantik kan..
Nama yang indah di pilih ibu ayahnya ialah AZAN ADAWIYAH. Subhanallah lahirnya semangat Rabiatul Adawiyah dalam keluarga saya. Lebih mesra dengan panggilan kakak...seorang anak yang baik, mentaati dan mnghormati orang tua. Walaupun kakak sering diusik oleh saya tetapi dia tetap cool...Inilah istimewanya anak buah saya ni.. Sifat sabar dan kasih sayangnya tetap mantop .  Kakak mmpunyai kemahiran  dan minat dengan kerja kraf tangan dan jahitan. Kemahiran kakak membuat aksesori berasaskan kristal memang tak di ragui. Kakak juga berkebolehan menjahit pakaian lelaki ( kerana dalam familynya ramai lelaki jadi kakak minat mencurahkan bakatnya pada adik beradiknya) dan kini kakak membantu membuat jahitan telekong. Pasaran telekung kakak juga telah mendapat permintaan dari sahabat2 saya Walaupun secara kebetulan tetapi saya cuba memenuhi hajat sahabat2 saya juga... Jadi kepada sesiapa yang berminat nak telekung jahitan kakak....bolehlah habaq mai...Semuga pahala yang memakainya memberi saham buat si pembuatnya juga..


Untuk kakak Azan, ucap SELAMAT HARI LAHIR dan doa kebahagiaan dunia akhirat mengiringimu. Semuga ALLAH memperkenankan hajat dan memberikan akak nikmat kesihatan, keselamatan, ketenteraman, kebahagiaan dan kesenangan. Amin



Sayang  dan kasih chu tetap seperti semalam bahkan  chu bahagia dikelilingi dengan anak2 saudara yang baik hatinya dan menghormati. chu sayang kakak dan maafkan chu jika selama ini chu suka menyakat akak, mengusik dan terimalah seadanya sifat dan sikap chu.  Apa nak buat, sentiasa niat nak berubah tetapi bila berdepan dengan anak2 seringkali teruja kembali.. MAAF DZAHIR BATHIN kak Azan. lov u
ALLAH selamatkan kakak Azan...Amin

Peringatan buat diri: 
Usah gelisah apabila dibenci manusia, kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat."

Monday, May 16, 2011

16 MEI...

SELAMAT HARI GURU 
istimewa buat semua guru-guru  yang telah mengajar, mendidik, membimbing, memperkenalkan abc.., mengajar alif ba taa.. juga memberikan pengajaran dan ilmu sepanjang perjalanan hidup saya..Sama ada yang bertaraf guru ataupun bukan guru...daripada kalianlah saya belajar dan ada sekarang ini.

Terima kasih  dan Jazakallah  :
- guru2  di  SK Ayer Puteh Pendang,  SMK Pendang,
- pensyarah2 di Polteknik Sultan Abd Halim Muazaam Shah
- pensyarah2 di UTM
- guru2 @ penolong pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan/BTPN
- semua ustaz2/ustazah dan tok2 guru, tokoh ilmuan yang pernah menyampaikan ilmu dalam mendidik hati mencintai ALLAH

Mulianya kerjaya guru umpama ulamak pewaris nabi. Pada diri merekalah adanya sifat muaalim dan murobbi yang mnjadikan proses mendidik mencapai tahap profesionalisme. Satu-satunya panggilan dan jawatan yang dipegang hingga akhir hayat..Betapa hebatnya kuasa guru dalam masyarakat...Keseluruhan hidupnya dicontohi dan  diteladani.

Tak terkecuali saya rakamkan ucap selamat hari guru buat kakak2, abg2 dan anak2 saudara saya :..
Sms telah saya hantar buat mereka sebagai tanda memperingati dan mengenangi pengorbanan mereka anak2 pewaris kerjaya ayah yakni cikgu siti khadijah, cikgu rusnina, cikgu nilam, cikgu nurolhuda,, cikgu basharudin, cikgu mahadzir, ustaz soleh, ustzh che ridzwan, en salleh murshidi , en ilyas tufail, en norizan.

Juga Pada TARIKH 16 MEI juga ulangtahun kelahiran anaksaudara saya
SALLEH MURSHIDI bin HJ BASHARUDIN
Semuga anakanda ku ini diberkati ALLAH perjlann hidupnya dan diperkenankan ALLAH akan segala doanya...Namamu yang indah seindah kerjaya mu..pastinya redza ibu ayah bersamamu jua..
Selamat ulang tahun kelahiran dan selamat hari guru  untuk encik Salleh.
Panjang umur murah rezeki......bleh belanja chu lagi....hihii

TERIMA KASIH CIKGU

Syarahan Perdana: Air Tangan Ibu

SYARAHAN PERDANA : AIR TANGAN IBU
OLEH : Ustazah Nor Hafizah Musa
PADA: 16.5.2011 ( malam ini) selepas Maghrib
DI : Surau al Mustaqim, AU4/ Keramat

Ayuh saudara ku, Muslimin Muslimat  dijemput hadir dan hayati sendiri betapa ibu bukanlah sebarangan IBU....Yang baik kita sebar-sebarkan muga tugas kita sebagai dae'i berterusan selagi bernafas...

KOMEN: 
Hajat hati ingin menghadiri majlis ilmu ini...Semuga perbentangan  ilmiah ini boleh melembutkan hati yang keras ini untuk menghormati dan menghargai pengorbanan seorang bernama emak atau ibu atau sewaktu dengannya..Biarkan airmata ini terus berguguran semuga ianya dapat memadamkan api neraka kelak...Hati saya perlu terus didik dan dipandu tatacara menghargai emak...semuga mak bahagia di sini dan di sana nanti..

Namn dalam masa yang sama, mengikut jadual kuliah peribadi, malam ini ada pengajian tauhid dan hadith bersama ustaz shamsul...Dua2 kuliah ini sama penting dan sukarnya untuk membuat keputusan...Antara AU4 dan Gombak....hanya ALLAH jua yang mmberi petunjuk dan jalannya..Semuga hati ini terus mencintai majlis ilmu...majlis yang dihadiri para malaikat dan diumpamakan berada di taman2 syurga...Ayuh teman2....kita cari REDZA ALLAH