Thursday, April 28, 2011

Sudi Nak Terima Hadiah.

pakat tengok ada pa nie??

tu dia......
 

TAHNIAH PUAN NORAZLINA 
ada give away menarik ... Jom Join
Nak tau  lagi Klik :  Yang INI  atau   yang ITU 
cepat!cepat! sah sehingga 1 MEI 2011 sahaja



Checklist  syarat2nya:
pertama :  jadi follower              ---->  SIAP
kedua : letak link  kedua2 blog  ---->  SAIP
ketiga : sediakan N3                 .----> SIAP 
ke empat : tinggalkan Link         ---->  SIAP

Harapan :
tersenarai dalam  kategori layak menerima....hihii

jom pi kedah

DIJEMPUT KE MAJLIS


QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH


DI MASJID AL-BUKHARI ALOR STAR


1 MEI 2011 (AHAD)


JAM: 4.00 PAGI


OLEH


SHEIKH ZAINAL ASRI HAJI RAMLI


IMAM OLEH


SHEIKH MOHD RODZI ABD.RAHMAN AL-HAFIZ


------------------------------------------------------------
DIJEMPUT KE MAJLIS ILMU BERSAMA


KULIAH TASAWUR TUAN GURU DATO' DR. HARUN DIN


30 APRIL 2011 (SABTU)


JAM 9.00 PAGI


DI MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR STAR
.................................................

KULIAH KHAS


HIKMAH DAN FALASAFAH HAJI


MASJID AL-BUKHARI ALOR STAR. KEDAH


JAM : 2.30 PETANG
jom...muga2 kepulanganku jua dapat kuteruskan misi menimba ilmu..InsyaALLAH

SUMBER : http://wabillahagro.blogspot.com/

Love Palestine

 


Salam teman-Teman sekalian...  
 Jom g Konsert FREEDOM FOR PALESTINE 
anjuran AQSA SYARIF....   bersempena kedatangan Syeikh Azzam Tamimi ke Malaysia. Dengarkan perkembangan terkini di Palestine dari beliau...

Tarikh    : 1 Mei 2011 ( Ahad )
Masa      : 8pm - 11pm
Lokasi    : Dewan Muktamar, JAWI  
Artis yang akan membuat persembahan pada konsert tersebut adalah: Muadz, Nurul Iman... & The Wayfares, Mirwana, Saff-One, Imam Muda Asyraf, DJ Erwan IKIM FM, Ito (The Blues Gang) dan dihostkan oleh Sis. Wardina Safiyyah

Dapatkan tiket anda yang hanya berharga RM10.00 (Kanak-kanak), RM15.00 (Dewasa & Pelajar IPT) di Booth Aqsa Syarif di KLIBF'11 di gerai D51 Tun Razak Hall 3. Atau terus sahaja dapat tiket pada hari konsert (1 Mei) di pintu masuk auditorium Dewan Muktamar Pusat Islam.

Pertemuan : Pabila pena berbicara- siti Muthiah

Dengan Nama ALLAH yang MAha PEngasih Lagi Maha Penyayang

Tanpa pernah bertemu, cuma sesekali bertegur sapa di maya. MELIHAT blognya juga ade kelainan…saya suka signboard persimpangannya…satu kreativiti lambang jiwa yang empunya..Menjadi trade marknya setiap n3 pasti dimulai dgn salam dan bertegur sapa…kemudian baru disusuli dengan tajuk yang nak diutarakan.. Kelainannya membuatkan saya suka mngintai2 tintanya dan darinya saya mengenalinya dari masa ke semasa.seorang isteri juga penulis muda yang mengasah bakatnya menerusi pena( hujung jari) dan minda .

Nama yang tertera di bukunya Nurliza Mohd Nasir tetapi mesra dgn nama Siti Muthiah. Saya baru saya merisik2…apa istimewanya nama tersebut. Terpana seketika, betapa dia mengabadikan nama agung tersebut sebagai nama penanya di blog kerana"FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku""Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu". Boleh  lanjut baca DISINI
Beristifar seketika,  betapa saya jauh melupai susur galur sejarah Rasulullah. Mengingat semula Wanita yang pernah dicemburi oleh anakanda Rasulullah atas keperibadiannya. Izinkan akak mengkagumimu dan mengulangi berkata Muthiah is come back .. Inilah wanita yang hadir sekali lagi dalam dunia hari ini. Beruntunglah zaujnya kerana anda memiliki seorang isteri yang menepati ciri-ciri tersebut. ALhamdulillah dan insyaALLAH.

senyuman Muthiah melayan peminanya..
 Pada hari Ke 3 Pesta Buku, beliau  antara yang diundang menjadi penulis tamu di buku prima Karangkraf. Walaupun dia ade memaklumkan di blog dan FBnya, tpi saya terlupa memasukan data kehadirannya ke sini seketika. Syukurlah, kehadiran saya sehari sebelum itu bersamaan dengan pertemuan dengan kak ina mengingatkan saya tentangnya. Lantas sms dihantar dan info pun diterima. Terima kasih dik, betapa tuntasnya dirimu membalas sms daripada hamba ini.
kusyuk seorang penulis

copy dari FB dgn ehsan
Pada Ahad, sekitar jam 4.35ptg, saya menghampiri meja penulis ini. Bersama-sama dua buku yang baru saja dibeli. Masih panaaz…( Terima kasih yati..yang sudi menegur akak ketika di counter bayaran)..Menyerah dan mohon ditandatangan….Bila dia tengok saya…kak Ain? kak Ain?…hihi…bikin gempaz je..Maafkan akak ye. Lantas 4 mata bertentang..(extra lagi dua). Bersalaman dan berpeluk seketika…Subhanallah inikah Muthiah? Wajahnya berbeza dengan apa yang saya lihat di foto berbanding sekarang ni. Seorang adik manis yang sopan, lemah lembut dan bercahayanya . Lantas matanya mencari2 zaujnya yang berada tak jauh dari situ untuk memperkenalkan kami. Terimakasih dik.

Dua dari 3 buah buku karyanya..
Memandangkan dia sedang melaksanakan misi bersama peminat, saya tak boleh menzalimi haq orang lain. Memberi laluan kepada peminatnya yang lain pulak untuk bertemu. Sebelum berpisah, saya bertanya kepadanya tenang misinya selepas berjaya menghasilkan tiga buah buku… jawapannya padat dan ringkas “islamik”. InsyaALLAH saya yakin dia boleh menggarap ide dan boleh berjaya. Alam Kamen Rider Kabuto akan ditinggalkan…


Saya besyukur,  biarpun singkat pertemuan ini,saya mmpu mengenali Muthiah. Mengakumi kebolehannya berkarya dan men'flashback' amalan2 yang dikongsikan. Saya yakini nur tahajjud bersemadi diwajahnya dan
keceriaan yang terpancar adalah dari keikhlasan hati nuraninya. Sentiasa mendapat sokongan padu dari suami yang baik hati. Kini mereka juga seperti adik-adik saya..Ukhuwah kita fillah..(I LIKE)
"ukhuwah Fillah"
"Jazakillah ya ukhtie"

ANDA baca ANDA nilaikannya
Kredit saya berikan kepada Muthiah. Buku nukilannya berjaya membawa mesej masa kini. Moral dan nilai-nilai murni yang ada pada Amir( watak utama) perlu dicontohi . Anak bongsu dari family yang dhaif akhirnya mengenepikan cinta dalam mengejar cita dan perjuangan membela nasib keluarga. Kemampuannya meraih kejayaan terbaik dlam SPM juga merealisasikan impian sebagaimana abg Amar pasti menjadi kenyataan… Ya Amir boleh jadi doctor.
Nampaknya kenalah ada sambungan lagi..Bagaimana Amir menghadapi alam siswazah. Suasana sebenar kehidupan seorang doctor dalam membela maruah dan nasib familynya. Juga nasib orang-orang yang pernah menghinanya…Ohh maaf, kenapa banyak pulak persoalan yang timbul….u ask for it

TERIMA KASIH DIK MUTHIAH..semuga ALLAH memberikanmu ilham yang berterusan dan teruslah memeriahkan persada dunia pembacaaan. MAAFkan diri ini, andai ade sebarang khilaf...Yang baik itu dari ALLAH jua .  Jom baca..

Tuesday, April 26, 2011

Silent reader Dr Ridz

Terpanggil utk menyambung bicara selepas menatap blog Haji Muda meniti renjisan kedamaian..Saya akui saya salah seorang dari silence reader Haji Muda. Sesekali meninggalkan jejak di blognya dan buku2 nya juga menjadi antara koleksi saya.  Seperti juga membaca buku2 penulisan Prof Kamil, gaya bahasanya yang mudah, diselitkan dengan harapan, nasihat dan pedoman untuk semua. Sasarannya juga tak terhad kepada golongan dewasa  tetapi juga berjaya menarik minat  anak2 saudara saya yang masih di alam persekolahan.

Kini kemunculan buku barunya untuk santapan kita hasil garapan perkongsian tentang kunjungan dan pengalamannya ke Baitullah. Tajuknya juga mengamit rindu. Semuga Baitullah menjadi kunjungan saya jugak nanti. Saya mengucapkan tahniah buat Dr Ridz atas penerbitan buku ini. : RINDUKU PADA BAITULLAH

Meneliti kulit depan seketika di Karangkraf ...hati bagaikan mau membelinya tetapi saya masih berbelah bagi samada mau memilikinya sekarang atau membeli menerusi pesanan darinya seperti paparan DISINI.   membeli sambil beramal atau....  ??   Konfius lagii...Astafirullahal azim..

Kepada pengunjung yang dihormati..ambillah peluang bersama penulis ini . DIPETIK DARI BLOG DR RIDZWAN :
Dikesempatan ini, saya juga berhasrat untuk bertemu dengan semua termasuk silent reader blog Haji Muda di Pesta Buku PWTC seperti berikut:-

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 11.30am- 12.45pm
Lokasi: Grup Buku KarangKraf Dewan Tun Ismail
Sila ooo sila...bersama-sama peminat dan penulis
 
Saya??...telah ditaqdirkan..ALLAH jua MAHA PERENCANA...Teringin juga nak join dengan Wanita itu aku menghadiri pelancaran buku 50 Tips Haji Prof Kamil , kemudian bertemu dengan Dr Ridz juga menyertai lain2 aturcara di penghujung pesta buku ini kali ini. Namun segalanya terpaksa diTUNDA/BATAL kerana tuntutan keluarga. Misi Balik kampung yang telah direncanakan wajar diteruskan. Apakan daya, antara kerinduan membuku pada "syurga diwajahmu " dan tuntutan semasa. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui rasa hati ini.

 senyuman pemudahcara : terimakasih Mala.
Kemeriahan bersama di penghujung PEsta Buku ini menjadi cabaran buat saya. Muga di kesempatan yang lain, ALLAH menemukan kita dan memanjangkan usia kita untuk merasai kemanisan dalam pertemuan.  Terima kasih kepada adik2ku di Karangkraf-Alaf 21-Karya Bestari : Ti, Mala, Yati, Dira. (selamat bertugas)   



sumber rujukan :
 1. DR RIDZWAN
2. MAMAJU
3. PROF KAMIL

tanggal 26 april

PADA HARI INI 26 APRIL
SELAMAT ULANGTAHUN  KELAHIRAN BUAT KAKAK KU
 
SITI KHADIJAH BT HJ MANSOR

SEMUGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI KEHIDUPAN KAKAKKU DAN FAMILY
Ya Allah Ya Rabb,  Kau panjangkanlah umurnya (iaitu dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasanya),  Kau banyakkanlah rezekinya dan Kau sihatkanlah tubuh badannya untuk  terus beribadah kepadaMu dan berkatilah umurnya Ya Allah pada setiap helaan nafasnya. InsyaAllah".

kakak adalah pengunjung setia ayah....subhanallah
 
DAN HARI INI JUGA ULANGTAHUN KELAHIRAN ANAK SAUDARAKU:
ALLAHYARHAM  YUSUF FIRDAUS BASHARUDIN
dipinjamkan sehingga usianya masuk 13 tahun. Rujuk  : DISINI
 AL FATIHAH
seindah syurga pilihanmu nak...10 tahun dah berlalu
  Yusuf Firdaus, seorang anak lelaki yang belum cukup umur itu berdagu lekuk, berkulit hitam manis, berwajah berbaby face..Karektornya yang masih segar dalam ingatan, suka bertanya, manis senyumannya  dan bila dia penggil saya mesti berganda......cu chuu......Pemergiaan amat mengejutkan..Mati lemas ketika mandi di sebuah tali air dengan pengetahuan sekolah.(disebabkan air tiada pihak maahad membenarkan pelajar asrama mandi di air sungai) Segalanya telah tersurat dan rezekinya hanya sampai disitu..Semuga ALLAH menganjari rahmat berterusan buat anakanda ku ini..Yusuf sebaya dengan abg ngah: Abdullah Ishaq...


Allah s.w.t. berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: "Masuklah kalian ke dalam syurga!" Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk." Lalu mereka mendekati pintu syurga tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: "Mengapa Aku lihat kalian enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!" Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman:"Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian." 
(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari sahabat Nabi s.a.w.) 


 YA ALLAH Damaikanlah mereka di sana..AL FATIHAH
pasti kukunjungi lagi pusara ini...miz u ayah

Monday, April 25, 2011

satu pertemuan: Terimalah aku seadanya...

DenGan nama ALLAH yang Maha Pengasih Penyayang.

Benarlah janji ALLAH itu…!!Bersandarkan dengan “insyaALLAH, mudah2an, doakan, ’ itulah antara tuturkata lisan mutiara insane yang saling mengharap namun lebih berharap dengan izin ALLAH jua. Dengan cuaca yang berdentum dentam dan mendung yang berarak sakan bagaikan satu petanda amarah ALLAH. Namun adalah lebih mudah merelakan kerja ALLAH ini tanpa menghina bahkan mendesak…Doa sentiasa bersemat, Ya ALLAH mudahkan urusanku ..misi ku masjid As syakirin baru bermula….ada dua lagi destinasi yang perlu ku tempuhi. Andainya ini satu kebaikan, infakkanlah pahala atas roh ayahandaku dan susurilah perencaraan ku dengan jalanan yang selamat dengan mudah..

NAMUN cuaca gelap dan angin kuat tadi telah bertukar menjadi suasana yang amat mendamai selepas 3 jam berlalu.. Usai SOLAT asar, sujud syukur ku pada MU robb. Masihku ingat gurauan ustaz Fauzi Mustafa berkata dlm talkshow “kau dan aku ke syurga” tadi , apakah gurak gumpita dan guruh sambung menyambung ini petanda kemurkaan hadirin di majlis anjuran nisa’wilayah ini?? Nauzubillah…sekiranya ada ianya satu kebetulan dan tiadalah kita mengetahui hikmahnya melainkan ALLAH jua. Sama-samalah kita beristifar.

Kemudian saya meneruskan misi 2 ke PWTC. Ini merupakan hari kedua Pesta buku 2011. Membuat survey buku2 dan lokasi penerbitan adalah feel saya setiap tahun. Selain itu saya menanti2kan panggilan dari seorang yang tak pernah saya jumpa, tak penah saya bicara tetapi hanya mengenalinya menerusi TERIMALAH AKU SEADANYA…(saya suka tagline ini)  Sambil itu saya meninjau booth2 yang ada disekitar ruang legar sahaja bagi memastikan tiada kebocoran waktu berlaku sepanjang penantian tersebut.

Subhanallah, Alahmdulillah, Allah Akbar
WANTED
Dengan izin ALLAH jua kami bertentang mata….dari maya ke reality. Salam dan pelukan silaturahim dengan perasaan terharu bercampur kegumbiraan teramat atas pertemuan ini..Segalanya bermula dari komen blog..Tulisan dan gaya bahasanya amat bersopan, memiliki dekorasi seni tangannya yang halus dan teliti… Watak keibuan jelas terpancar di wajahnya yang amat softspoken. Segan bercampur malu, bila ‘kesopanan dan kesusilaannya dibandingkan dengan saya ni. Dengan baik hati kak Ina memperkenalkan anak-anaknya (Aiman & aleeeya) dan Mr Hubbynya. Terharu sangat dengan keceriaan mereka sekeluarga walaupun hampir 5 jam ‘penerbangan’ dari Manjung ke kL ( lama tu kak oii..ceq dah boleh sampai kedah laa lgu tuuu) Saya mengkagumi juga sikap Mr Hubynya yang turut memberi sokongan tenaga dan moral dalam menjayakan pertemuan ini. Biarpun tersesat seketika mencari lokasi PWTC namun tetap memberikan komitmen atas pertemuan kami . Semuga ALLAH menganjari pahala jua. Jazakallahukhiron

niela aleeya..
Secara jujur, segalanya bermula dari satu janji dengan anakanda aleeya sebagai pembakar semangat membaca...Syukur segalanya telah saya sempurnakan dengan pertemuan ini.. Terima kasih sayang, leeya mgg anak yang hebat. Bijak membaca sejak usia 4 tahun dan pandai bermanja..Ucu suka melayan anakanda leeya pilih majalah Asuh. Kalau boleh leeya macam nak semua-semua…hihi . Ada baiknya juga kedatangan kak ina di lewat petang dengan selesa mengunjungi booth2 ini. Kini bolehlah dijadikan agenda tahunan juga untuk kak ina dan family memborong buku2 ilmiah...Boleh tahan juga buku2 dan gambaran kecerian sepanjang di KLIBF2011 yang dikOngsikan di blognya. Tahniah kak...jangan serik datang  lagi.

Di kesempatan ini jugaklaa saya kian mengenali kak ina secara tak langsung...terpancar nur diwajahnya…seorang ibu yang sabar dan penyayang. Aura keceriaannya membuatkan sehingga kini saya masih merasainya.. Betapa bahagianya bila agama, kejujuran, kasih sayang menjadi teras dalam kerukunan rumahtangga. Walau hanya seketika bersama kak ina atas tuntutan lain pula (misi 3) saya terpana dgn kata2nya.. "kak ina tak nak lepas tangan ucu..tak puas..". hihi...Hakikatnya mgg ucupun sedih dengan perpisahan ini tapi.....Terasa bertuah sangat dengan caturan hidup hari ini. Alhamdulilah, mgg gumbira bertemu denganmu... Tapi apa nak buat kak, secara praktikalnya inilah kelapangan yang ada dan wajib ucu manfaatkan sebagai bekalan di sana nanti. Apa yang ada dikongsikan dan saya memohon ampun maaf, dzahir bathin atas segala kekurangan dan kesulitan sepanjang pertemuan kita. Saya akui kelemahan diri sebarang teguran dialu-alukan. 

YA ALLAH berkatilah hubungan silaturahim antara kami,
Bekalkan kami nikmat iman dan islam selamanya
Bahagiakanlah rumahtangga kak ina sehingga kiamat
Muliakan mereka disisiMU dan permudahkan urusan mereka.
Amin
TERIMA AKSIH ALLAH...terima kasih kak Ina

Ralat: kenapalah tak teringat nak capture pic mnggunakan" telepon cute" saya..masa dok tenguk2 buku  tu ada juga snap...satu khilaf ucu nie...mhn ampun dengan tanpa izin ucu dah penduakan pic2 dari blog kak ina. 


hari kedua...masa nie ramai pengunjung lagi...
 JOM KE PESTA BUKU KL 2011

Mudah tepat selamat

Sudahkah anda menyempurnakan urusan percukaian tahunan 2010  Jika belum ..ayuh segerakan...Gunakakanlah perkhidmatan e-filling...sebelum terlewat..


Sebenarnya saya termasuk  di kalangan warganegara yang suka berurusan di saat akhir.... Walaupun boleh diuruskan dengan segera tetapi sikap  suka menangguh-nangguhnya tetap menjadi pilihana. Mungkinkah ini juga sikap majoriti rakyat Malaysia?   Ketika di saat akhir berpusu-pusu ke pejabat pos, pejabat trafik maupun  kaunter LHDN bagi menyelesaikan segala urusan. Dulu semua orang kalut dengan saman dan myEG...sehingga  server breakdown dan macam-macam lagi masalah kesesakan maya dan bukan maya.  Kini sebelum berakhirnya APRIL ini LHDN pulak akan diserbu...lSekalung tahniah  diucapkan buat  ANDA warganegara yang tepat dan cepat menunaikan tanggungjawb . ANDA memang prihatin dan BIJAK 

sikit jer...
Alhamdulilah, pagi tadi saya telah menunaikan tugas saya. Tahun ini juga permulaan buat diri saya menyempurnakan efiling tanpa berurusan di LHDN jln duta lagi...Bukan tak yakin dengan diri sendiri tetapi ada kepuasan bila berada dalam suasana aura warganegara Malaysia yang membayar cukai .Mungkin inilah kesakmaannya bila ada orang yang rela menonton bolasepak di stadium walaupun TV menyiarkannya secara langsung..Terima kasih kepada kak Mas yang memantau dan membantu urusan e filing saya tadi..Segala checklist telah dikemaskini bagi memastikan tiada sebarang kecuaian memasukan data. Penyimpanan resit2 dan penyata  berkaitan membantu memudahkan urusan..Antaranya :
1) Penyata pendapatan tahunan 2010
2) Penyata tahunan insuran
3) Resit pembelian buku-buku
4) Resit2 zakat
5) dll
 
Sejak dari permulaan mengisi borang dulu lagi, saya sering mengajak diri saya bersyukur dan bergumbira
setelah menyempurnakannya.... Ini lah aturcara tahunan yang perlu dilakukan selagi bergelar penjawat awam . Mengira resit2 pembelian buku yang  boleh dijadikan rebat untuk pengecualian cukai menjadi satu platform juga untuk saya mengenal pasti pelaburan kearah pembelian buku. Ini bukan saja sebagai penanda aras bahkan meningkatkan budaya membaca .  Begitu juga dengan pembayaran zakat..saya sering berazam untuk menambahkan nilai zakat tersebut dari masa ke semasa...Saya amat berharap dan mendoakan muga ALLAH memberkati rezeki yang diperolehi dan tiada tuntutan haq orang lain yang saya abaikan.
BUKTI!! Resit ini tak perlu tandatangan
MUDAH TEPAT SELAMAT..Jooooooommmmm

Friday, April 22, 2011

Pesta buku bermulaa..

KLIBF 2011 telah membuka tirainya hari ini...permulaan sebuah kembaraan mencari ilmu di gudang buku yang besaq lagi hebat. PWTC sentiasa menggamit kedatangan...Bagi menikmati keselesaan disyorkan datang di awal pagi (sekitar jam 10 pagi) dan bersantai sambil menikmati keunikan buku-buku untuk dibaca-dinilai -dibayar. Ataupun datang petang..sekitar usai Asar dapatlah mencari-cari buku dengan suasana selesa.

  Di samping itu, dipentas-pentas utama, seringkali berselang waktu ada prgram seperti pelancaran buku, bual bicara atau persembahan . Di saat ini kita berkesempatan bertemu dengan penulis-penulis tersohor atau berkongsi ilmu bersama mereka.  Ada juga program yang dianjurkan oleh syarikat2 penerbitan lain tetapi di adakan di bilik yang tertutup seperti bilik perlis, jhr,kedah,etc...Seketika ke sana,  pekalah dengan announce yang memaklumkan event dari masa ke semasa...Apa kata setelah penat menjejak buku,ke santai ilmu dan kemudian solat kemudian teruskan kembaraaan

Memang tak pernah cukup jika sehari cuma di sini.... walau bagaimanapun bergantunglah kepada individu..Mungkin anda seorang yang hebat dan bijak menggunaka ruang dan waktu yang ada. Namun tidak bagi saya....Alangkah indahnya jika saya memiliki wang besar dan pastinya destinasinya hanya disini pelaburannya..Untuk dunia dan pengisian akhirat jua.

Berbeza dari tahun lalu, tahun ini saya tak dapat melayan anak2 saudara ke sana...kesian mereka..hanya nyanyian rindu pesta buku jer. Mereka telah beralih angin ke negeri di bawah bayu...Dari chini singgahan mereka ke Felda Sahabat pulak..Apapun itu rezeki yang ditakdirkan buat mereka...Namun saya tetap akan mnghadiahkan mereka beberapa buku sebagai tanda kasih...sayang kita yang tak putus...
InsyaALLAH sebelum berakhirnya KLIBF kali ini, pastinya saya akan hadir dan hadir untuk mencari buku-buku pilihan....Semuga ALLAH memudahkan....


tertarik dgn tawaran dah..

tengOk2 la kak chiq dan own...mana berkenan kita bayaq
bila da dapat bulu..melekat la pulak..
Nadia keletihan sampai terlelap..terpaksa buat shif layan pilih buku
ada lagi booth di seberang sungai...tawaf sakan nie,,stamina mantop
Jom2 ...ada banyak lagi nak singgah
citarasa dik shahir..komik
Rasanya kat booth galeri ilmu...

kakak pun tak kalah tak cukup sebuah buku
Ini hari permulaan dan suasananya nyaman sekali
Dah beli pulun dok baca pulak..
senang hati laa shahir..da dapat buku pilihan
Ada serupa ke ? posing pulak da
tu belon adik laa abg meiy

da bangun pun..belon  tinggal batang la dik
antara koleksi yang dibawa pulang.
balance RM1 je
no komen...
hihii...dah out ofdate tpi sweetkan beg plastik ni
 Jom-jom pastinya KLIBF2011 menjanjikan lebih kemeriahan..setakat saya tahu ,jeling2 di webite dan fb..banyak jugak tawaran keatas pembelian...PTS dengan beg menariknya..dengan pembelian tertentu, Karangkraf-Karya Bestari(KB) dengan voucer menarik dan hadiah kejutan serta cabutan bertuah.. Prof Kamil akan lancarkan buku barunya menawarkan hadiah percuma dgn hanyaberdaftar di blognya dan mungkin macam2 lagi bila kita berada di sana..Apa yang penting datang dan rasailah suasananya...Sapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca....apa yang mereka cari disini adalah sumber bacaaan...Biarpun teknologi dihujung jari tetapi kepuasan nya adalah bila helaian buku diselak sehelai demi sehelai...Indahnya buku..

Untuk anak2 saudaraku, shahmi, shahir, shahirah,nadia juga atiqah....kenangan dan kunjungan kalian bersama ke pesta buku hampir setiap tahun memberi semangat buat chu..Insya ALLAH ole2 pasti bertamu lagi di bulan JUN nanti..Terima kasih kak dan abangku...muga ALLAH mmberikan kalian keberkatan berterusan di rantauan ..Hikmahnya....saya pun dapat ke sana kan...sapa sangka...:)

p/s: jangan lupa simpan resit utk redeem income tax( masih lum waktu...esok2 kita buat) 
 Yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan...Wallahuaklam..

Subhanallah

membelah alam hijau ke Felda Sahabat, Lahad Datu

Saujana pantai yang mengggamit kedatangan
 

Fatamorgana mewarnai merentasi Semporna
 

Semporna yang sempurna
Nostalgia chini diharungi..."advanture"
Pantai Murni yang menghampar
Pulangla perantau
Pendangku yang indah

hasil tangan almarhum ayah..satu kenikmatan
 membelah awan di angkasaraya
DI sini KIBLAT kita..( tq kak na/a zul)

Di sini rumah kita
Berbumbung sang setia
Berpasak bumi yang nyata
tanpa sempadan batu noutica
Ia MILIKNYA,
Hanya DIA yang empunya

kita punya amanah
memakmur rumah kita
bumi kita 
   
di manapun kita 
 hanya satu langit,
satu bumi
  satu QIBLAT