Thursday, March 31, 2011

Terima kasih Maliza

Jeng jeng jengggg…
Ini adalah pemberian ingatan dari Puan Maliza( myofis mate) yang bersama familynya ke Cherating. Mencari ketenangan sambil menikmati alam yang diciptakan. Subhanallah. Walaupun sibuk melayan familynya, dia  sempat menangkap seekor penyu untuk dijadikan kenangan .Ya penyu memanjat pasir... dan kini memaanjat peti sejuk ya...makin bertambahlah koleksi ..:).

Indahnya persahabatan apabila kegembiraan dikongsikan…Terima kasih ALLAH, Terima kasih Maliza. Semuga ALLAH menganjari jua akan segala kebaikan.

Teringat pulak untuk berkongsi kenangan di Cherating ..
Cherating
di dada laut itu, tersimpul buih kenangan,
untaian semalam yang ditinggalkan
tatkala Impiana mengamit mesra
melakar cerita rasa bahagia
indahnya semalam yang tercipta.
bestnya.. bersantai di pantai... 
BTP  Bolehhhhh!!

Wednesday, March 30, 2011

posto posto...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Terima Kasih kepada pengirim yang telah menyambungkan pahalanya…Hati ini masih terharu…Lidah kelu hanya mampu mengucapkan terima kasih, jejari pantas menaipkan ucap jazakillah. Mata, telinga, dan anggota lainnya menjadi saksi betapa terharunya menerima kiriman istimewa ini.

Bungkusan yang telah poskan itu, hanya mampu saya ambil selepas dua minggu tersadai di pusat Pungut Pos Laju, Taman Shemelin. Cheras. Segalanya berpunca dari cuti-cuti Malaysia dan tugasan kerja yang perlu diselesaikan dengan kekangan masa yang terhad..

Tanpa disertakan nama pengirimnya secara khusus segalanya menjadi persoalan.. …Ketika membuka bungkusan putih yang membaluti buku ini, hati  masih tertanya-tanya , bilakah masanya saya menyertai peraduan yang melayakkan saya menerima hadiah kejutan ini. Begitu juga tiada alasan untuk saya membeli secara pos kerana Karangkraf dekat dihati..:-)
SUBHANALLAH…..
Di lembaran ke 4, teka teki saya terjawab…siapakan insan yang dimaksudkan. Terima kasih. Seorang srikandi yang bertubuh kecil, namun mempunyai kredibility dan profesional. Beliaulah yang mendominasikan di sebalik pembikinan buku bertajuk FITRAHKAH KITA Sebagai Hamba Ciptaan Ilahi ni? Bersendikan agama yang kukuh dan memperolehi kelulusan dari USIM melayakkan beliau berada di ‘post’nya sekarang. Betapa bertuahnya kerjaya yang diceburinya. Tidak sekadar meneliti setiap patah perkataan yang dituliskan oleh seseorang penulis tetapi juga bertanggungjawab meneliti keseluruhan isi kandungan buku tersebut. Manuskrip asal yang diterimanya akan diteliti dan di edit dengan kepakarannya. Bayangkan status dan kerjayanya dalam menyampai dan menyebarkan ilmu ALLAH ini seiringan dengan penulis. Kerja penerbitan buku merupakan satu kerja pasukan.. Selain konsistan dan minat yang berterusan serta kemahiran berbahasa,tahap kesabaran yang tepu juga diperlukan. Segalanya mampu ditempuhinya…

Mana satu NMK agaknya??
Terima Kasih NMK yang telah menghadiahkan buku ini…Kan saya teliti dan amati kandungan yang menyeliputinya. Melazimi sifat saya yang akan berkongsi pandangan dan bertanya sehingga jelas pemahamannya. Selaku editor, beliau memahaminya dan memperjelaskan sebarang kekusutan juga. Buku ini dilhamkan oleh Prof Dr Sidik Baba, seorang profesional yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sidik.

Buku ini menghuraikan secara kronologi fitrah manusia. Fitrah adalah sesuatu yang serasi dengan diri atau sesuatu yang sesuai dengan cita rasa insani. Memperteguhkan peranan kita sebagai hamba dan khalifah bagi memakmurkan seluruh kehidupan ini. Bersandarkan kepada contoh-contoh sekeliling seperti keperluan air, tumbuh-tumbuhan, awan,  gas, teknologi dan kemajuan diciptakan  untuk kegunaan kita perlulah seimbang dan holistik. Sebagai pemegang amanah kita mesti menggunakannya bersandarkan tuntutan agama yang mampu mengangkat akal dan budi menjadi lebih bertaqwa. Kesimpulannya marilah sama-sama mencari ilmu mengetahui, mempraktik, membangun, menyebarluaskan ilmu .....kupasan buku ini akan dikOngsikan..InsyaALLAH.
Celebrati karangkraf yang menghiasi kad raya 2010..Mana satu ni?
 TERIMA KASIH 
Tiada yang lebih baik selain dari membahagiakan orang sekeliling...Saya akui rasa gembira berbaur terharu apabila menerima buku ini. Tambahan lagi ianya di sunting oleh seorang srikandi yang saya kenali. Seorang yang sabar, tenang dan bermotivasi tinggi. Semuga kebaikan dan ilmu yang dialirkan menghias peribadi dalam menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan. 

Ya ALLAH, berikan ilham kepada Cik Norhayati Mat Kassem, permudahkan urusan nya, perkenankanlah hajatnya, perolehkan akan dirinya kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, kekayaan dan keselamatan di dunia dan akhirat... Terima Kasih Ya ALLAH 

Friday, March 25, 2011

bersama Prof Muhaya

Tajuk seminar sehari ini "bahagia dan membahagiakan dari wanita kepada wanita dan disampaikan oleh Prof Dr Muhaya. Terima kasih kepada As Sohwah yang telah menerima penyertaan saya di saat akhir. Tak sabar rasanya menanti esok 26 /3/2011.....bertemulah lagi dengan Prof yang di kagumi ini..

Pertama kali bertemu dengannya di Prince Court Medical Centre nov lalau..entry tentangnya akan saya kongsikan nanti..insya ALLAH

Titian sirat Mustaqim dimanakah letaknya??

Bicara Adden bersama Dato Hassan Din Al hafiz, pendakwah tersohor, mantan imam istana negara telah mengulas tajuk ini di masjid assyakirin KLCC . Kupasan beliau berdasarkan kajian terperinci dalil yang berkait dengannya bersumberkan hadis soheh dan Al quran.

Walaupun secara logiknya, tiada seorang pun yang pernah menyusuri titian ke sana, namun  kita mengetahui tentangnya bersumberkan  AQ dan pandangan yang telah dan pernah di kupas oleh ulamak terdahulu.  Kita wajib mempercayai dan menyakini keujudan Qiamat dan  alam akhirat tersebut.

Mendefinasikan titian sebagai jambatan, sirat sebagai jalan dan al mustaqim yang lurus/betul...Dengan bantuan power point berpandukan rujukan hadis dan AQ serta beberapa pandangan qilaf ulamak, Dato Ustaz telah mendedahkan dan berkongsi penyelidikannya tentang dimana letaknya sirat tersebut? Dari pemahaman dan maklumat baru yang dikongsikan, titian sirat adalah jalan yang akan dilalui ke Mashyar sebelum dihitung sama ada ke syurga atau neraka.  Walaupun selama ini kita lebih maklum titian sirat ialah jambatan yang merentasi neraka untuk ke syurga namun ianya perlu diterjemahkan. Hakikatnya syurga maupun neraka mempunyai pintu yang tersendiri dan ALLAH tidak kejam menghukum makhluknya.  Dikaitkan dengan dalil cara/perjalanan makhluknya  untuk sampai ke mashyar ALLAH itu adalah mengikut amalan di dunia. Ada golongan yang akan berjalan kaki, berkenderaan( hadiah buat golongan yang menunaikan ibadah korban) dan ada yang akan berjalan dengan muka( mungkiin lambatlah dia ke masyar kelak )..

Walaupun ini adalah penyelidikan ilmiah ustaz yang dikongsikan dan saya menerimanya dengan hati  terbuka. Tambah ustaz lagi, merujuk surah al waqiah(ayat 27) di kanan itu syurga, kiri itu neraka dan ditengah-tengah ada tembuk besar sebagai pemisah. Bagi orang kafir, syaitan, jin jahat dan sewaktu dengannya langsung di masukan ke neraka ( Az Zumar 71). Bagi kalangan nabiyyin, sidiqqin, syuhada dan solehin  mereka  di masukan ke syurga tanpa hisab ( az Zumar 73). Manakala satu golongan lagi akan menanti perhitungan mahkamah ALLAH,  Berapa lama, ??? mengikut amalan dengan azab kepanasan melampau, berdiri emnunggu untuk dibicarakan di mahkamah masyar.  

Apakah kita dalam kategori  mndapat layanan VVIP di Masyar???
1. Imam/ pemimpin yang adil
2. Remaja yang dididik dengan suasana ibadah kepada ALLAH
3. Org yang hatinya terpikat kepada masjid dan ber cita2 untuk datang semula lagi
4. Org yang berkasih sayang kerana ALLAH, berpisah dan bertemu kerana ALLAH
5. Orang yang ingat ALLAH , menanguis takutkan azab ALLAH
6. Lelaki yg diajak oer berkedudukan utk bermaksiat tetapi menolak kerana ALLAH
7. Orang yang bersedekah dan menghulurkan bantuan dan merahsiakan pemberiannya.

Kesimpulannya, perhatikan amalan solat kita, kerana inilah kunci ibadah dan amalan yang utama dinilai nanti.
Begitu juga setiap amalan kita samada dosa/ pahala akan ditimbang sukat di alam akhirat nanti. Carilah keampunan ALLAH dan kembalilah ke jalan yang direstui sebelum ajal dijemput. ALLAH amat dekat dengan kita dan amat kasih kepada kita...:) Semuga kita menjadi hamba yang bersyukur dan dijauhi dari azab neraka.

Ini adalah catatan peribadi yang dikongsikan dan sekiranya ada ketidak jelasan isi ini adalah kelemahan dan mohon diperbetulkan. Yang baik itu dari ALLAH jua adanya.

Terimakasih masjid as syakiran yang telah memberi diskaun parking. Ini adalah kerjasama yang baik dan satu aklternatif untuk menarik jemaah memakmurkan masjid. Semuga ALLAH restui jalan-jalan ibadah yang dilalui. Amin

Monday, March 21, 2011

Nak pi dak ?.

Insya Allah pada 22 Mac 2011, Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan berkuliah maghrib di Masjid Bukit Indah. Kuliah (strictly) berkisar kepada Sirah dan Kepimpinan Rasulullah SAW.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dihormati sekelian dijemput hadir untuk mengikuti kuliah yang dijangkakan akan disampaikan di dalam dimensi yang berbeza daripada biasa dari tokoh yang pernah menggegarkan negara satu ketika dulu. Semoga kita mendapat manafaat daripada kuliah nanti.

Sumber :  http://ampangbukitindah.blogspot.com/


DS Nizar kemudiannya akan menyampaikan ceramah umum di Ampang Tasek bersama YB Zuraidah dan YB Khasim.

Komen : insyaALLAH mudah2an diberi kesempatan untuk bersama dalam majlis ini nanti.

Imbasan semalam

Dengan ini diumumkan JUARA utk pertandingan reality ADIK_ADIKKU musim ke 2 jatuh kepada:
MOHD AMIRUL MUNIR (Kedah)
SYAFIKAH FASIHA AHMAD FASRI ( Kedah) sebagai naib juara
Ehsan BH online- tahniah ! ( cantikkan bila aurat terpelihara)


ZAID NAJMUDIN ZUL AKMAL - WP ke 3

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang menjayakan proram ini...
Subhanallah menyaksikan kepetahan berpidato peserta akhir-adik2ku musim ke 2 dalam persembahan di malam kemuncak ini bagaikan menghadiri satu kuliah ilmu. Dengan satu tema Satu Malaysia Satu ummah, pelbagai tajuk diwarnai oleh ke tujuh-tujuh peserta ini. Info dan sumber ilmiah dikupas dengan sebaiknya di bawah pimpinan murobbi dan ra’es. Unsur sindiran, jenaka, kelunakan taranum AQ, nyanyian, keupayaan bermain alat muzik, sedih, pilu  memberi impak kepada audience. Apakala intonansi di baca dengan nada syahdu, penonton bagai dirundung kesedihan, dan apabila semangat Saidina Omar, kehebatan Sultan Al Fateh dinobatkan dan lain-lain lagi , kegemilangan islam bagaikan dijulang lagi.

Jatidiri dan konfiden mereka di pentas dengan bakat yang ada amat mengkagumkan. Keboleh upayaan menjawab soalan spontan amat dikagumi dengan factor usia mereka yang masih muda. Saya juga suka komen2 daripada juri terdiri dari ustaz Bad, Prof Dr. Sharifah dan cikgu Zizi . Peserta dipuji dan teguran amat beralas dan percaya ketokohan dan kemampuan peserta2 ini menjadi pendakwah dan daei pada satu masa nanti. Inilah permata yang bakal menggantikan pemimpin masa hadapan bak kata Munir( adakah unsur2 memuji DP Rosmah Mansor factor kemenangan???) .

Bagaimanapun kejayaan Munir harus dipandang di sudut kontens, persembahan dan prop yang mewarnai pentasnya. Kelainan yang nyata dari peserta lain dengan pentomen ala teater peringatan tentang mati. Inilah permata yang digilap oleh Ustazah Hjh Asni biarpun di kemuncak program beliau tak bersama-sama tetapi dengan segala tunjuk ajak dan tanggungjawab yang sempurna diberikan membuahkan hasilnya. Ini juga hadiah kedua buat ustazah dijulang sebagai murobbi yang berjaya mencetak juara… Mengakhiri persembahan dengan mengimani solat mayat, muga Munir bakal menjadi amir, imam dan anak soleh yang mengekalkan loghat kita dalam dakwahnya kelak. Rupa-rupanya dalam penyertaan kali ini, ramai jugak dari Kedah nooo…naib juara juga memberi saingan yang hebat Tahniah adik Fasiha…Muga menjadi anak solehah dan teruslah berbakti untuk orang yang memerlukan. Nak tumpang sekali boleh kot noo…. tumpang rasa gumbira kerana kita satu kapai noo..mai dari sana noo.

Hiburan yang berkonsepkan ilmiah perlulah diteruskan lagi. Saingan dari media yang bersifat lagho perlulah dijadikan platform untuk JAKIM meneruskan kesinambunganya. Dengan tawaran dan hadiah yang yang semakin hebat, ia satu rahmat buat para peserta. Kemenangan menjuarai adalah sekadar bonus, namun impaknya disegi mendidik, membimbing dan melentur buluh perlu diperhebatkan. Pentas yang menonjolkan bakat-bakat finalis musim 1 dan 2 ni meriah dengan persembahan yang bercirikan islam dalam hiburan. Kehadiran D. Siti Norhaliza seolah-olah tenggelam berbanding kehebatan persembahan adik-adik yang mengenakan busana muslimah yang sopan. Eloklah dibuat post mortem tentang ini dan memadai pentas ini hanya untuk adik-adikku. Saya menatap media media cetak kosmik hari ini, tiada langsung berita ulasan mengenai adik-adikku di paparkan manakala di Star, adalah terselit wajah kemenangan mereka dipentas
(apakah factor DP Rosmah mewarnai akhbar ini). Saya belum menatap akhbar lain juga  paparan media elektronik lagi dan ini adalah pandangan peribadi saya.

Keputusan pengadil adalah muktamad…walaupun ada ketidakpuasan, sama-sama kita berpikiran terbuka dan memandang di sudut lain bagi mengujudkan keharmonian dalam pertandingan. Mereka tak kalah kerana kesemua fianalis telah memberikan persembahan yang amat-amat terbaik dan kejutan-kejutan yang lain dari sebelumnya. Mereka mengingatkan kita dan peranan yang ada bukan sekadar tenguk tanpa action……sama-sama kita mengambil iktibar dan kesimpulan dari persembahan mereka. Semuga mereka semua Berjaya di pentas dunia dan akhirat dan segala cita-cita dikabulkan ALLAH.. teruskan adik-adikku…. Tahniah adik-adikku- kalian tetap hebat Cuma rezeki ayam Nampak di kaki , rezeki manusia sapa yang tahu…betul tak adik Salam, Siti Alia, Mukhlis, Iffah???,

Generasi kini mampu mengaplikasikan islam secara syumul, boleh berfikir dgn logic dan berperibadian tinggi. Syabas JAKIM, teruskan meriahkan TV hijrah…..kami merindui dakwahmu…tebarkan menerusi teknologi yang ada..

Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

Sumber lirik: :http://www.liriklagumuzik.co.cc/2011/03/lirik-lagu-adik-adikku-insyaallah-boleh.html

Terima kasih ALLAH,
yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan..Pas ni kita nantikan kemuncak AQ pulak.....waalahuaklam

adik-adikku....

adik-adikku..
InsyaALLAH BOLEH
Seketika cuti sekolah lalu baru saya tahu rupa-rupanya anak-anak saudara saya peminat setia rancangan ini..-Fatin, shahirah, shahme, shahir dan nadia menanti-nanti waktu siaran rancangan ini. Sebahagian teka-teki siapa finalis ke peringkat akhir terjawab dan mengena. Berbaloilah mereka meminati program reality seperti ini kerana ini satu dakwah dan pendekatan menerusi rakan sebaya amat terkesan dengan jiwa mereka.

Tahniah dan syukur kepada JAKIM dan RTM dan lain2 penaja yang mencungkil bakat2 anak-anak ini.  Mereka yang terpilih ke peringkat ini bukan sahaja berkebolehan berpidato, tetapi juga mampu bertarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Mengukur kepada keupayaan mereka, sekalung tahniah buat ibu bapa yang telah mendidik adik-adikku ini. Segalanya bermula dari rumah itulah keyword yang dapat dikatakan. Ibu bapa lah yang mencorakkan adik2. Alhamdulillah. Mungkinkah satu hari nanti ada anak-anak saudara saya juga terpilih untuk menyertai program relity yang mendidik jiwa seperti ini. InsyaALLAH BOLEH


Apabila disebut program realiti , adik-adik kecil ini  juga telah mendapat  menerima latihan dan bimbingan daripara murabbi dan ra’e  yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti Ustazah Asni Mansor, Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ust. Ahmad Badhrulsani ,Ust. Amir Azizi Ridzuan juga raeinya
ustz Farihin Abdul Fatah

Kini kemuncak finalis akan bertarung malam nanti... 

Tujuh orang peserta adikku tersebut ialah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11, dan juga Iffah Ahmad Hilmi, 13. 

Cantiknya anak-anak perembuan  yang bertudungkan..
ketika semi akhir peserta adik-adiku bersama murabbi
 Jadi sama-kita kita saksikan malam nanti....antara ketujuh-tujuh peserta ini siapakah yang bakal dinobatkan sebagai johan...Andaian saya  ialah....Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin..Tapi semuanya hebat dan bakal mempersembahkan yang terbaik dan sampai ke jiwa para penonton dengan tema 1 ummah 1 Malaysia..( bila tajuk juga dipolitikkan....Apa-apa ajaleeaaa) 
Untuk adik-adiku..buat yang terbaik dan jawab soalan dengan tenang.( soalan bocor tak ?).

Pertandingan Peringkat Akhir program realiti “ADIK-ADIKKU” musim kedua akan disiarkan secara langsung melalui TV1 dari Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Isnin, 21 Mac 2011 dan bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Untuk anak2 saudaraku....saksikan yer..walaupun kita tak bisa menjadi seperti mereka, tetapi kita bisa memiliki ilmu yang dianugerahakan. Antara mereka dengan kita tiada bezanya...jika kita memanfaatkan segala kurniaan ALLAH sebaiknya...Semuga pemilihan anak-anak saudaraku juga tepat dan kita mendoakan kejayaan mereka yang terpilih dan bakal beraksi ini..
adik-adikku..InsyaALLAH BOLEH
 

Sunday, March 20, 2011

Fenomena 21 Mac

Pada bulan ini Bumi akan mengalami Ekuinoks pada 21 Mac jam 07:21 waktu tempatan Malaysia. Ekuinoks berasal dari perkataan Latin bermaksud sama malam. Pada tarikh ini malam dan siang di Bumi hampir sama. Vernal ekuinoks menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan mengalami musim luruh.

Semasa vernal ekuinoks, Matahari bergerak melintasi khatulistiwa samawi dari hemisfera selatan ke hemisfera utara setiap tahun. Pada waktu tersebut mana-mana tempat di Bumi akan mengalami hampir sama siang dan malam. Iaitu dua belas jam siang dan dua belas jam malam. Keadaan ini berlaku disebabkan pada waktu tersebut, paksi putaran Bumi berserenjang dengan garis yang menghubungkan pusat Bumi dan Matahari. Ini bermakna sinar cahaya Matahari bersudut tepat dengan paksi putaran. Bumi menyebabkan separuh Bumi siang dan separuh lagi malam. Walau bagaimanapun harus difahami tempoh waktu siang malam tersebut tidak tepat dua belas jam bagi semua tempat. Ini disebabkan geometri Matahari bukan satu titik tetapi satu cakera dengan semi-diameter 16 arka saat. Faktor ini dan biasan atmosfera akan mempengaruhi waktu terbit dan terbenam Matahari. Waktu siang lebih panjang sedikit bagi kawasan yang jauh dari khatulistiwa kerana Matahari terbit dan terbenam lebih panjang di kawasan ini.

Bagi Kuala Lumpur tempoh siang pada tarikh ini ialah 12 jam 06 minit 32 saat dengan waktu terbit dan terbenam Matahari pada tarikh ini ialah 07:17 dan 19:24 masing-masing. Manakala bagi Mekah Saudi Arabia yang terletak di hemisfera utara, tempoh siangnya 12 jam 07 minit 30 saat dan bagi Moscow Russia yang terletak lebih jauh di hemisfera utara ialah 12 jam 13 minit 38 saat.

SUBHANALLAH...indahnya ciptaanMU buat kami
TERIMA KASIH ALLAH

Sumber (untuk mendalami lagi)  jom : DISINI

Wednesday, March 9, 2011

seputar di majlis maulid KLCC

Ada nampak tak Masjid KLCC??
indahnya ilham yang diciptakan ALLAH
Ummati...ummati..
betapa bertuah terpilih bersama mereka..
minyak atar/wangian dicalit kepada setiap jemaah..laksana berada di taman2 syurga
sejauhmana kita ingat rasululah di kala hidup dan penghujung hidup??
Tazkirah tuan sheik di terjemahkan..subhanallah
alangkah indahnya jika buku ini dapat miliki...tinta tentang nabi amat dikagumi
sama2 berdiri dan mengucapkan selawat ke atas rasulullah
subhanallah ..Masjid syakirin bermandikan cahaya keimanan
Puji-pujian buatmu RASULULLAH
Terima kasih Allah, telah mentaqdirkan saya bersama-sama jemaah memeriahkan majlis ini. Walaupun dilimpahi  hujan dengan lebatnya pada petang itu.Kesesakan amat ketara di Ampang kerana jalan berdekatan Ampang point di landa banjir. Keseakan amat ketara mmbataskan pergerakan kenderaan untuk ke pusat bandar.Inilah antara halangan pertama yang harus ditempuhi untuk menghadirinya...
Namun selepas bersama di malis ini, masa amat mncemburui..Pengerusi majlis yang juga bilal masjid itu juga menyelitkan tazkirahnya..Laungan suaranya amat menyentuh jiwa. Program Maulid  bermula selepas solat maghrib telah disampaikan oleh beberapa penceramah jemputan dari Indonesia, Singapore, Yaman, diselangselikan dengan selawat dan burdah amat menarik..Terjemahan oleh jurubahasa juga perlu diberi kredit.
Mengakiri majlis, ada jamuan nasi beriani yang dihidangkan bersama kari daging kawah dalam talam...setiap talam untuk empat orang

Bertanya diri sendiri..masih banyak yang tak tahu tentang Rasullullah dan selama ini saya tak pernah terpikir akan adanya tinta yang menceritakan tentang memoir dan kehidupan rasullulullah. Ada yang di ungkap dalam bentuk nyanyian burdah/qasidah....diri saya sebak dan berlinangan bila membaca terjemahan tentangnya....Subhanallah..

Terima Kasih yang ALLAH telah memberikan kami seorang RASUL yang telah mendoakan kami biarpun tak pernah kami temui dan kenali...Alangkah mulia hati mu ya rasul ..Doakan kami antara yeng layak menerima syafaatmu .....:)

Tuesday, March 8, 2011

Perlatihan Solat Khusyuk


Penceramah: Pak Ustaz Abu Sangkan
Tarikh : 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Kuala Lumpur (tempat akan dimaklumkan)
Yuran : RM 90 (termasuk makan minum)
Untuk pendaftaran sms (nama penuh) (no. telefon) (ksk mac 2011) pada syarifah 0133119670.

sumber: http://ummuayman.blogspot.com/ 


komen: semuga terpilih untuk mnghadirinya jua..amin

Friday, March 4, 2011

Jom sambut maulid di Masjid KLCC

PENGUMUMAN : Dipersilakan semua Muslimin dan Muslimat serta keluarga untuk menghadiri ke majlis sambutan Maulidur Rasul SAW pada SABTU,5 Mac 2011 Bersamaan 30 Rabiulawal 1432H  ..di Masjid As Syakirin KLCC.
Penceramah jemputan:

1) ALHABIB HASSAN ALATTAS (Masjid Baalawi,Singapore),

2) ALHABIB MAHDI ALHAMID (Dar At Tazkiyah KL)
Aturcara Sambutan Maulidur Rasul Masjid Asy-Syakirin (KLCC)
7.20pm Solat Maghrib
7.40pm Ucapan Aluan
7.45pm Bacaan Maulud
8.15pm Syarahan 1 : Kiyai Syafei Munanda
8.40pm Qasidah
8.45pm Syarahan 2:Dato’ Nakhaie Ahmad
9.10pm Qasidah
9.20pm Syarahan 3: Syed Mahdi Al Hamid
9.45pm Syarahan 4: Habib Hassan Al-Attas( Masjid Baalawi, S'pore)
10.05pm solat Isyak
10.20pm Jamuan/ Bersurai
INSYA ALLAH..Buktikan kecintaan pada junjungan besar kita,
 
SUMBER : http://masjidklcc.com/v1/
 

Buku MESTI dimiliki

Sejuta Cinta Untuk Ibunda
oleh Burhan Sodiq

ISBN:978-967-361-008-2
Tarikh Terbit: Januari 2011
Jumlah Muka Surat: 128
Harga: RM13 / RM16


Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
izinkanlah ibu memberi syafaat untukku.
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.


“Buku Sejuta Cinta untuk Ibunda ini membawa pendekatan muhasabah dengan menyelitkan kisah-kisah yang sarat dengan hikmah. Naskhah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Hanya dengan reda ibu dan bapa, kita dapat memiliki reda Allah. Insya-Allah, ada manfaatnya.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


****************************PERINGATAN BUAT DIRI************************************

Seketika pulang semalam saya sempat mendengar di IKIM fm tentang kupasan buku ini. Walaupun di penghujung rancangan tetapi, saya secara peribadi saya menetapkan pada diri sendiri kemestian memiliki dan "membedah"nya juga. Satu persoalah yang wajar saya/kita tanyakan kepada ibunda kita...Apakah emak merestui saya selama ni.....?? Kita tak pernah bertanya secara peribadi tetapi kita sering mengucup tangan emak...apakah ini retorik  merestui ??...Tapi bagaimana dengan mak??  Cukupkah kita dengan kucupan itu untuk melalui dan merentasi alam ini.  

Seketika waktu tengahari tadi, saya singgah di Komplek  PKNS, meninjau2 buku karya pak Burhan Sodiq...yang dicari tak ditemui lagi rupanya...Namun banyak buku terbitan Kemilau Publika  di situ...Mungkin perlukan promosi dan dakwah dari kita semua untuk menyampai dan menyebarluaskan tentang buku ini di pasaran. Pilihan terletak kepada diri ...kitalah sekecil ejen dan dari ilmu yang diperolehi sama-sama kita sampaikan dan amalkan selama dan selagi kita memiliki seorang yang melahirkan kita dan mendoakan kita. Semuga kita manjadi anak-anak yang sentiasa direstuinya..

Semuga kita sama-sama dapat menatap buku ini dan menjadikannya sebagai garis panduan juga..
Sama-sama kita menghargai seorang IBU, EMAK, UMMI, MAMA, BU......
TERIMA KASIH YA ALLAH.....BAHAGIAKANlah mereka mempunyai kami ...



catatan: 4/3/2012,(1810 hrs)

Tuesday, March 1, 2011

Masihkah kau ingat

dulu...
sayangnya kerapkali diuji
manjanya sering diusik

kini..
diamnya teman protes
membisunya seribu gaya

temuilkah lagi...
bahasa manjanya
sipu dan kenyit matanya
ingatan yang berterusan
khilaf yang berpanjangan
muhasabah mencari kebenaran