Monday, February 28, 2011

Thursday, February 24, 2011

Seputar di Kedah- Minggu Penghayatan Sunnah 1432H

Alhamdulillah perjalanan saya bersama dua lagi sahama menaiki Odyssey dari KL-AS, tiba tepat pada masanya. Usai Maghreb kuliah pertama dipetik dari buku “Hadith Riwayat 10 sahabat” bagaikan mengalu-galukan kedatangan para peserta. Kuliah diadakan di dewan kuliah tingkat bawah masjid itu. Ribuan muslimin yang majoritynya berpakaian jubah serba putih, manakala kaum muslimat bertelekung kusyuk mendengar tazkirahnya . Kehadiran peserta dari pelbagai peringkat umur juga terbuka kepada orang luar dari Kedah,malah ramai juga warga tua dari Kuala Lumpur yang hadir bersama. Pihak penaja juga mengalu-mengalukan kedatangan dengan menyediakan kemudahan asrama, makan pagi dan rumah rehat di sekitar Masjid tersebut. 

Tn Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Maliki merupakan tokoh yang diundang khas untuk membicarakan, mengulas, membedah, menyampai, mengajar dan berkongsi ilmunya selama 3 hari 4 malam
(bermula malam Rabu hingga kuliah subuh pada hari Isnin). Jadualnya padat sepanjang berada di sini. Kuliah harian sepanjang program ini bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari dan selepas magrib hingga 11.30 malam. Tuan Sheikh yang merupakan pakar Hadith dan pernah bermastautin di Mekah dan Mesir berkemampuan mengingat r ke semua hadith dan perawi2 hadith yang dibicarakannya. Subhanallah, corak penyampaian ilmunya, satu teguran yang keras tetapi berhemah. Membahaskan isu berkaitan semasa dan diselang-selikan dengan zikir, munajat dan selawat yang berterusan. Kuliah dan syarahan tuan Sheikh ini tak membosankan. Walaupun ada gangguan sound system juga kepanasan suam-suam kuku akibat kurangan kipas angin namun tak memcemarkan majlis. Beliau mengupas dari 3 buah kitab berbahasa Arab dan 2 kitab berbahasa Melayu…
Untuk melihat paparan video program:
:klikdi sini Al MutaqinTV @ http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=1212
  
Secara keseluruhan, banyak sunnah yang kita sia-siakan dan menerusi kuliah/tazkirah yang disampaikan, sama2lah berusaha untuk memperbaiki amalan kita. Berkata Imam Abu Hasan Hawari: "Sesiapa yg beramal tanpa mengikut sunah rasulullah, maka amalannya terbatal”

Tuan Guru juga  mempunyai aturcara untuk menyampaikan tazkirah zuhur, asar dan subuh di kawasan sekitar Alor Setar dan Sg Petani. Kami juga turut serta berjemaah di masjid yang telah diketahui lokasinya dan berpeluang mendengar tazkirah lagi. Antara tegurannya ketika itu melibatkan susunan bacaan surah tika solat perlulah mengikut heirakinya dan pengkisahan cerita. Berusahalah memahami AQ, jangan mengubah posisi tasyahut akhir sehinggalah usai tasbih, tahmid dan takbir. Segala bicara dan tegurannya berpandukan hadis yang sahih.

Kemudahan asrama percuma di sepanjang program ini adalah satu infak yang amat dihargai. Di mana kan ditemui di zaman ini....segalanya percuma ...Terima Kasih Yayasan AL Bukhori. Jalinan silaturahim antara penghuni asrama mesra bagaikan satu keluarga. Terharu dan bertanya diri sendiri, apakah mungkin andai usia saya telah menjangkau usia emas saya mampu menghambakan diri untuk majlis ilmu dan sihat untuk beribadat. Sebagai orang muda, kami membantu, menghormati dan bertaaruf dengan ummi,mama, mak ngah,mak long,mak lang, cikgu, mak chik, mak pah dan yang lain. Penghuni yang menginap di situ ketika itu adalah seramai 29 orang . Kami juga ringan tulang membantu mereka membelikan makanan dan kemudahan lain sekiranya memerlukan khidmat. Mereka lebih banyak beriktikaf di masjid dan menggunakan waktu ini sebaiknya. Kesempatan yang ada tak dipersiakan.

Ketika program ini juga saya berkesempatan membawa emak, kakak dan anak saudara untuk mendengarnya bersama-sama. Bagi anak-anak saudara yang tinggal di asrama sekolah di AnNadhoh ( Husaini, Ibrahim dan Along Farhatain), pihak sekolah menyediakan kemudahan bas untuk mereka keprogram ini..Selama ini kami tak pernah tahu program ilmiah tahunan ini dan ini merupakan satu permulaan untuk mendekati Masjid ini 

Oleh kerana ini acara tahunan, saya menaruh harapan untuk mnghadirinya lagi pada tahun depan dengan memperuntukan cuti. Dengan mengikuti program pesta ibadah ini, hati bagai diketuk betapa kerdilnya kita dengan ilmu ALLAH. Masih banyak yang lopong dan masa yang ada harus dipergunakan. Ramai orang dahagakan ilmu dan mencari-cari program seperti ini.  Hanya ALLAH yang mmbalas jasa dan ehsan pemilik  legarsi AL BUKHORI yang telah memberi komitmen dengan penganjuran ini. Semuga tahun depan jumlah peserta dari kalangan family saya juga akan bertambah. Majlis penutupnya di serikan dengan munajat dan tidak ada air mata yang tumpah melainkan menyesali dosa yang telah direntasi. Semuga pintu taubat sentiasa terbuka dan permohoan dimakbulkan ALLAH.
  ke tingkat dua bangunan asrama wanita .
Suasana di asrama mengimbau kembali nostalgia zaman persekolahan
selesa dan mendamaikan
bersebelahan dengan asrama anak yatim Al Bukhori
projek masih diteruskan..
 muslimat kusyuk ..que depan bagai dibooking
seusai majlis
jumpa lagi tahun depan...
Majlis terakhir/penutupan oleh Dr Aziz Hanafi..sessi bersalaman
Meriahnya...mengambil peluang utk bersalaman dengan Tuan Guru
Masjid Al Bukhori telah menjadi saksi..
Meninggalkan perkarangan asrama dan masjid ini membawa satu kesedihan. Hanya ALLAH yang tahu makna perpisahan...Kami bergambar kenangan bersalaman dan berpelukan atas ukhuwah yang terjalin. terima kasih semua dan kepada kak Ros, terima kasih melayan dan menjaga kebajikan kami sepanjang berada di asrama...Meninggalkan Alor Malai kami singgah di Pendang. Mengajak sahabat  mengenali  kampung saya di samping memohon restu mak untuk meneruskan perjalanan kembali ke KL. Ketibaan kami dengan selamatnya walaupun melewati waktu perjalanan. Alhamdulilah…TERIMA KASIH ALLAH 

Terima kasih ats persahabatan yang sedia ada. Semuga ALLAH merahmati kak G dan Chinta sentiasa. MohOn dihalalkan segala dan yang baik itu dari Allah jua dan kelemahan adalah kecuaian saya sendiri.

Tuesday, February 22, 2011

Kematian mengejar kita...


KU HADIAHKAN AL FATIHAH BUAT MEREKA..
Aruah Tn Hj Zuhri Daud merupakan bekas rakan sepejabat saya ketika kami sama-sama berkhidmat di BTP. Kreativitinya sebagai pereka grafik yang terlibat secara langsung dengan pembikinan grafik, animasi (ketika itu mggunakan software amiga),set&prop,juga lukisan grafik yang dilukis frame by frame yang kemudiannya dicapturekan menggunakan kamera pegun. Melihatkan ketekunannya dan kretiviti yang ada, saya sebagai orang baru pada ketika itu, saling bertukar-tukar pandangan semasa menyiapkan produksi sesebuah penerbitan rancangan TVPendidikan. Ada ketikanya team posproduksi terhibur dengan kelakarnya dan ada ketikanya suara Tn.Hj Zuhri digunakan sebagai suara latar untuk membaca surah-surah dalam AQ. Bacaannya mantop dan sering juga diundang sebagai pembaca doa untuk majlis2 rasmi Kementerian Pelajaran. Be;iau bukan ustaz tapi inilah kelebihan yang dimilikinya. Namun selepas bersara, beliau telah memperuntukan seluruh dirinya untuk memakmurkan surau berdekatan dengan rumahnya. Menurut sumber, beliau dan isterinya memberikan sepenuh masa mengajar AQ utk orang dewasa dan kanak-kanak di rumahnya dan juga memegang jawatan sebagai Imam 1, Masjid Al Mardhiah, Taman Melawati.  Berita kematiannya pada petang Selasa 8/02/2011 amat mengejutkan.
Innalillahiwainailaihirojiun..bagaikan satu pesta ibadah di surau yang telah dinaiktaraf sebagai masjid itu.(beliau penah mewasiatkan sekiranya dia meninggal dunia sempurnakan urusan jenazahnya di masjid ini saja). Ketika saya melangkah ke masjid itu azan isya sedang berkumandang. Buat pertama kalinya saya saksikan, kehadiran jemaah yang melimpah di segenap ruang solat sedangkan jenazahnya terpaku di situ. Saya juga berkesempatan solat jenazah berjamaah yang dipimpin oleh kerabatnya.. Bertuahnya aruah Tn Hj Zuhri menyaksikan para jemaah yng pernah dipimpinnya bersamaa menyembahnyangannya…Ramai di kalangan keluarga dan taulannya datang mengunjungi jenazahnya buat kali terakhir begitu juga rakan2 ex BTP. Indahnya pertemuan yang direncanakan ALLAH ini dan..Alangkah indahnya kematiannya ..Aruah dikebumikan mengikut perancangan pada jam 1030 malam setelah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 4.30 petang.Semuga ALLAH mencucuri rahmat atasnya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Selang dua hari selepas itu, petang Khamis 10/2/2011, saya dimaklumkan pula dengan berita kematian anak kedua En. Hasnol akibat kecelakaan jalan raya ketika pulang dari kerja. En. Hasnul adalah staff di BTP dan kami satu department ketika saya bekerja di sana tempuhari.  Mengingat kembali , rumahtangga En. Hasnol dan isterinya hanya dikurniakan putera2 yang melebihi 5 orang dan kini salah seorang darinya telah dijemput pulang. Saya hanya dapat menyedekahkan doa dan yasin buat aruah kerana ketika itu saya masih di Kedah. Jenazahnya dikebumikan pada malam itu juga dan bertuahlah aruah meninggal di usia muda dan disempurnakan urusannya oleh ibu ayahnya..Semuga dicucuri rahmat atas rohnya.
 Pada Ahad 12/02/2011, dari Hospital Sg Buluh, saya menerima pulak berita sedih-kelahiran dan kematian seorang baby. Kakak kepada sahabat saya, Ilham telah melahirkan bb perempuan secara normal. walaupun beliau telah sedia maklum yang bbnya tak berdenyut hampir 3 minggu sebelum ini, namun pihak hospital tetap menanti proses kelahirannya secara normal. Syukur, menurut Ilham, bb sempurna dan tiada tanda2 pucat atau kekurangan tenaga biarpun telah terputus hubungan terlebih dulu. Saya mengucapkan takziah kepada walid
(ayah Ilham) yang tiba dari Terengganu semata-mata menyambut cucunya untuk disemadikan di Kuala Berang… Lewat jam1100 pagi, walid memaklumkan urusannya telah selesai. Bayi yang diberi nama Jannahtul Firdausi`bakal menanti ibu ayahnya kelak. Semuga kak Chik dan suaminya, serta anak sulungnya Alya tabah menghadapi ujian ini dan ALLAH menggantikan yang lebih baik lagi satu hari nanti.. Untuk Walid@ family angkat saya ini, saya dului mhn ampun maaf tak dapat bersama-sama  mengecapi nikmat kesedihan kerana masih di Kedah. Kita sama-sama terima ALLAH lebih Mengetahui dan adanya hikmah ALLAH di dalamnya.

Dan lewat semalam sahabat karib( Norain Isa) ketika di Sekolah Menengah Pendang, memaklumkan kematian bekas guru kami satu ketika dulu. Cikgu Mohd Shariff atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Sharif Lobo, telah dijemput ALLAH pada petang Jumaat 11/02/2011. Panggilan gelaran tersebut diambil dari sebuah rancangan siri popularTV sekitar 80an. Nama rancangannya, saya sudah lupa …Cuma ingat sheriff Lobo..Itulah raut wajahnya. Punca dan sebab kematian juga tak dimaklumkan…..Yang pasti aruah telah tua dan bersara. Cuma saya mengambil kesempatan disini,  memohon ampun maaf dan muga dihalalkan ilmu yang telah aruah curahkan selama ini. Menerusinya saya mengenal bahasa sastera klasik kerana beliaulah yang mengajar Hikayat Malim Deman salah satu buku yang menjadi subjek utama Sastera. Aruah yang saya ingat adalah seorang yang softspoken, mudah senyum dan pemurah markah. Saya sering mendapat markah tinggi semasa peperiksaan penggal dengan aggregate A1 dalam sastera ketika SPM. Mungkin inilah rentetan hidup saya…bergelumang dengan kesusasteraan pada mulanya sebelum berkecimpung dalam teknologi kejuruteraan kini. Semuga ALLAH mencucuri rahmat atas roh aruah.
Demi masa...kematian mengejar kita

Sama-sama kita hadiahkan Al fatihah buat meraka yang telah dijemput.. Hari ini untuk mereka, hari kita sapa yang tahu..Jadikanlah kematian sebagai peringatan buat yang kita. Kehidupan lawannya kematian, itulah sunnahtullah. Bayangkan kehidupan tanpa kematian juga satu penyiksaaan. Inilah pemikiran logic kita. Namun ALLAH lebih mengetahui setiap kehidupan kita telah tertulis tahap rezekinya. Andainya hingga disini saja….itulah bekalan yang dibawa kesana. Haruslah kita membuat persediaan sebelum kematian menjemput. Berbuatlah kebajikan sebanyak mungkin dan carilah restu ALLAH. Jika masih mempunyai emak ayah, ia satu bonus untuk menikmati redha ALLAH. Jagalah hati dan kasihi mereka seperti mana mereka memelihara kita sejak kecil. Hatta nyamuk pun dilarang gigit, inikan pula hati mereka diremuk-redamkan..Andainya ada ciri-ciri anak derhaka, U-turnla sebelum terlewat. Sekiranya dah terlewat, taubat tak berguna lagi, neraka juga yang menanti..dan yang tinggal hanya menyaksi…inilah pembalasan yang diadili. Jangan izinkan si Tanggang kembali…Al Qamah diwarisi…
AL Fatihah...Damailah dirimu di sini

Monday, February 21, 2011

Sempurnakah solat kita?


Solat merupakan tiang agama dan merupakan ibadat yang pertama akan ditanya di akhirat kelak. Kunci kesempurnaan solat berkaitan dengan kesucian dzahir dan bathin beserta wuduk. Sama-samalah kita berusaha membuat revision dari masa ke semasa dengan mengambil input untuk penambahbaikan dalam ibadat kita. Jadikanlah semakin bertambah usia kita semakin tunduk dalam ketaatan kita kepada ALLAH Taala.
Pendekatan program yang disediakan oleh kumpulan yassin Masjid Bukit Indah dan Sahabat Hospital Ampang amatlah dipuji. Walaupun hanya separuh hari, tetapi bilangan penyertaan yang melebihi 200 orang muslimat (anggaran saya) adalah satu diluar jangkaan. Walaupun dikenakan sedikit yuran penyertaan namun dikira berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan.

Sesi ilmu yang dibimbing oleh Ustazah Ros Izzanuri Bt Jamaluddin, seorang ustazah, yang muda usianya, berpegalaman sebagai pendakwah di beberapa jabatan kerajaan dan swasta dan seorang yang lemah lembut tetapi tegas berkaitan dengan hukum hakam agama. Beberapa teguran dan perbincangan yang melibatkan thaharah wanita dibincangkan secara terbuka dan perlu dijadikan iktibar dan tindakan untuk memperolehi kesempurnaan dalam solat.
Bermula tatacara mengambil wuduk, beberapa kecuaian perlu dielakkan. Hindarilah perkara yang dimakruh@dibenci ALLAH. Berusahalah menjimatkan air dan jangan melebihi tiga kali membasuh anggota ketika berwuduk. Selidiklah cara kita mengambil wuduk dulu dan kini. Mulai dengan tatatertib yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.   Perhatilah dengan rambut yang berada di sisi telinga kita yang mesti dibasahkan ketika membasuh muka. Melebihkan anggota yang sepatutnya dibasuhkan dan memastikan tiada satu benda pun yang menghalang air ketika berwuduk di anggota yang berkaitan. Berkenaan dengan dakwat yang terkena di jari, perlulah di basuhkan terlebih dulu dan penggunaan ‘penghitam rambut”perlulah dijauhi melainkan inai. Penghitam rambut yang mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak diketahui kandungannya bukan sahaja mengundang bahaya untuk jangka masa panjang tetapi juga keberkesanan ibadah kita.

Bagi memperolehi kesempurnaan dalam solat, niat perlulah sebati dalam hati bermula dari permulaan takbir hinggalah salam. Suntiklah rasa kemanisan dalam ibadah dengan kusyuk dan penyerahan berterusan dengan ALLAH. Sekiranya ada lintasan atau rasa keduniaan yang mmpengaruhi kembalilah istifar> Mudah-mudahan kita sentiasa tawadduk dlam ibadah.
Aurat tika ibadah perlulah dijaga dan peliharalah pakaian kita sepertimana bersolat. Allah sentiasa memerhati kita dan kita perlu menegur dan menjadi manusia yang peka.Sekiranya kita tak menegur sekarang, kesalahan ini akan berterusan  

Secara teori dan praktikalnya,peserta didedahkan dengan cara solat  dan peranan yang wanita dalam jamaah. Ustazah juga menggalakan peserta menunaikan solat khado dari masa ke semasa sebagai top-up kecuaian kita terdahulu.    Walaupun secara zahirnya, kita tak pernah mengabaikan solat tetapi kita memohon solat kita diterima dan pengampunan ALLAH jua atas kesilapan semalam.   


Majlis berakhir seusai solat dzuhur berjamaah dan peserta  tak melepaskan peluang bersalaman dan bertemu mesra dengan ustazah.  Saya rasa bertuah terpilih untuk mnghadiri majlis ilmu ini  dan bersyukur dengan pengisian hujung minggu ini. Tidak ketinggalan juga di majlis ini, saya diketemukan pulak dengan senior dari sekolah menengah yang telah lama berpisah. Kami berpeluk-pelukan dan menzahirkan rasa kesyukuran atas pertemuan ini di samping  bertukar-tukar no telefon. Terima kasih ALLAH yang menemukan seorang ‘adik’ dengan kak siti khadijah (kini beliau adalah guru quran dan ibu yang berjaya). Semuga ALLAH memudahkan urusan kita dan mengampuni kesilapan terdahulu dan menjadikan ibadat kita sempurna dari masa ke semasa.    

TERIMA KASIH ALLAH dan tahniah kepada  pihak penganjur Masjid Bukit Indah. Muga program ini ada kesinambungannya

Penerima Souvenir Probitas Et Fides...


Posto..posto…Dijamin sampai esok…
Terima kasih atas penghantaran segera ini..


Dari sapa ya?……
  
daripada http://www.sahromnasrudin.com

surprise…
Oh subhanallah…




apa ada disebalik sampul ini ya




 Tu dia….
Terharunya….cantik, menarik, tertarik ..

pelengkap memori koleksi terpilih             

Terima kasih daun keladi...  
Atas ukhuwah ini saya menghargai cenderahati diberikan. Ianya amat istimewa , pemberian daripada  rakan maya dan sebagai koleksi pilihan yang dilekatkan di peti sejuk. Indahnya panorama bila dilekatkan..Jazakallahukhoirun dik sahrom.Kenalilah insan baik hati ini....
Cantikkan bungalow Probitas Et Fides:

Segalanya bermula secara kebetulan dari n3nya jalan2 makan di Melaka. Saya memberi komen dan meneka jumlah yang harus dibayar untuk menikmati hidangan malam tersebut  Bijak betul Probitas Et Fides melayangkan mindanya untuk mengajak para blogger berfikir. Entrynya sentiasa mencecah puluhan komen dan setiap komen pasti akan dijawabnya. Selain itu Probitas Et Fides juga akan sentiasa mengunjungi  ke rantaian linknya dari masa ke semasa. Cara mengolah dan bicara santainya bagai mengajak kita untuk mengunjungi nya semula. Pendekataan dan kaedah penulisannya yang tersendiri menjadi satu platform ukhuwah dan pengembangan minda sedar.

Kepada sahabat2 blogger saya yang belum mengenali Probitas Et Fides @sahromnasrudin.com saya mengajak untuk sama-sama mengunjungi blognya. Banyak ilmu yang dikongsikan, manfaat boleh diperolehi selain dari mengenali pena mayanya berkarya. SemuGa ALLAH memberinya ILHAM yang berterusan untuk penulisan di blognya .

TERIMA KASIH...
maaflah akak tak pandai berpantun

Tuesday, February 15, 2011

Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga.” [H.R. Muslim:4/2074 no:2699]

Minggu Semarak maulid di setiawangsa

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432 H / 2011 M
MASJID MUADZ BIN JABAL, SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR
TARIKH         : 14 – 20 FEBRUARI 2011 ( ISNIN – AHAD )

ISNIN 14.2.2011    –  GEMA SELAWAT DAN QASIDAH
8.00 malam

SELASA 15.2.2011            -  CERAMAH “ RASULULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN “
8.00 malam             Oleh   : Y.Bhg Prof.Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman
                                                   Pengarah Institut Islam Hadhari UKM

RABU 16.2.2011    - CERAMAH “ JIKA RASULULLAH ADA BERSAMA KITA ”
8.00 malam             Oleh : Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba
                                                 Institut Pendidikan UIA

KHAMIS 17.2.2011 – CERAMAH “ CINTA RASUL vs  CINTA VALENTINE “
8.00 malam             Oleh : Y.Bhg Dr. Ahmad Faisal Abd Hamid
                                                 Pensyarah Jabatan Sejarah & Tamadun UM

JUMAAT 18.2.2011 – CERAMAH “ RASULULLAH AKHLAKNYA AL QURAN ”
8.00 malam             Oleh : Syihab Resources Sdn Bhd

SABTU 19.2.2011  - MAULID AD-DIBAIE &  QASIDAH PERDANA
8.00 malam             Oleh : Yayasan Al Bukhari & Yayasan Al Jenderami

AHAD 20.2.2011   - KEMUNCAK SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432 H / 2011 M
7.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI


Tuesday, February 8, 2011

terlanjur suda

Dengan nama ALLAH yang MaHa Pemurah lagi Maha Penyayang

Apa yang berlaku telahpun berlaku
Kesan kecuaian diri yang lampau
Mohon iman kekal bertahta
satu koreksi segala terencana


Segalanya telah pun berlaku...gara-gara kecuaian meletakkan myd'va di pesisir jalan pagi tadi. Walaupun hakikatnya hanya seketika dan jalan itu tak sesibuk jalan di kotaraya. Namun realitinya surat saman telahpun dikepilkan di viper. Tiada alasan untuk mencari helah walaupun d'va hanya salah satu dari deretan kereta yang menerima nasib yang sama.

Saya merenung pada catatan yang tertera...ada pengurangan sekiranya menjelaskan kesalahan trafik dalam tempuh 14 hari. Ini satu invest untuk kebaikan bersama. Lebih baik disegerakan andaikata esok bukan untuk saya, sekurang-kurangnya tak membebankan saya di alam kubur ataupun menyusahkan orang yang hidup. Mengambil peluang waktu makan tengahari saya berkejar ke DBKL dengan ditemani seorang kawan . Maklumlah secara hakikinya, bukan mudah mencari parking di waktu puncak. Tambahan pula ramai pegawai DBKL yang menjalankan tugas menyaman di waktu-waktu begini.  Saya mengganggarkan income DBKL sentiasa meningkat dan mungkinkah menyamai kutipan zakat tahunan.

Alhamdulillah...lega rasanya bila urusan telah diselesaikan dan kini d'va bebas tanpa sebarang saman. Hanya dalam  tempuh lima jam saja saman tersebut sempat bersamaku.  Leburlah RM50 yang boleh juga ku anggap sebagai kifarat dosaku berbanding RM100 jika melengah-lengahkannya. Muga ini satu pembersihan jiwa dan satu koreksi peribadi. Mudah-mudahan diri ini lebih berhati-hati dan tak menzalimi lagi.
Sesungguhnya ALLAH tak menganiaya manusia sedikitpun, 
akan tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri
(Surah Yunus:44)

YA ALLAH
ya Allah, hambaMu ini lemah... tidak berdaya.... hambaMu ini memohon kepadaMu Petunjuk dan  rahmatMu ya Allah. Tuntunilah hambaMu ini ya Allah.. mujahadah dan istiqamah di dalam kebaikan ya Allah.ya Allah... terima kasih ya Allah.. terima kasih.

Monday, February 7, 2011

Promosi Maulid Rasul 2011

REBUTLAH PELUANG INI....
terima kasih TB..selalu2la buat promosi yer

Hanya di:

TELAGA BIRU SDN BHD
No 28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park
52200, Kuala Lumpur, Malaysia.
Website: www.telagabiru.net.my

Majlis Sambutan Maulid Ar-Rasul Shah Alam

PERHATIAN:
jom sama-samalah kita mengambil peluang di hujung  minggu ini untuk ke majlis ini. Manakan tahu, tahun depan belum pasti kita dapat bersama-sama lagi.. Ini bukan arahan tetapi hebahan...Jom Manfaatkan...
sumber ;http://www.jom-talaqi.com/