Saturday, January 29, 2011

Bermunajatlah...

Bermunajatlah duhai sahabat2ku...
Munajat merupakan doa,zikir, rintihan hati berbentuk pengaduan/ merintih mengharapkan keampunan ALLAH dengan menggunakan bahasa hati. Didiklah hati agar merasai kemanisan ibadah dan mengagungkan kebesaran ALLAH Taala . Airmata yang mengalir menangis kerana takutkan ALLAH takkan masuk ke neraka. Menangislah takutkan ALLAH, menghargai jasa mereka yang pernah berjasa buat kita, melahir dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..


Hayatilah  bisikan dan munajat seorang emak@ibu@ummi@mama:

YA ALLAH dengan redha mu kami mangandungkan mereka
YA ALLAH dari rahim kami, Kami melahirkan mereka
YAALLAH dengan rangan kami, kami mmbelai mereka
YA ALLAH dengan kasih sayang, kami menyayangi mereka

Kami mohon padamu,
Selamatkan zuriat kami
dari segala bencana kemungkaran
selamatkan zuriat kami
dari bermaksiat kepadaMU,
selamatkan zuriat kami 
dari segala kemudharatan
selamatkan zuriat kami
dari kemurkaanMU
selamatkan zuriat kami
dari nerakaMU


TERIMA KASIH EMAK AYAH :
bicara kalian tetap sama, pada zuriat yng tercinta, munajat tak berkesudahan.
Doakan kami, selamatkan kami dan masukkan kami ke jannah dengan restu mu jua. Kami adalah zuriat yang terpilih...takkan kami biarkan tangis ibu berlalu tanpa kami mengakui kesilapan semalam harus ditinggalkan. YA ALLAH selamatkan juga ibu kami, bahagiakanlah hidupnya. Izinkan ibu berbangga mempunyai anak seperti kami yang akan dan terus menghormati, menjaga dan meletakan ibu ditempat yang sepatutnya. Padamkanlah rasa kederhakaan  kami pada iibu ayah kerana kami takut akan gelaran itu...kami sayang mreka seperti mana mereka menyayangi kami...


TERIMA KASIH ALLAH dan perancangan ALLAH jua sebaik2nya.
berbicara tentang hikmah yang berlaku
walaupun gagal bertemu seseorang
tetapi berjaya mengenali seseorang
dan memahami seseorang
itulah ilmu kehidupan.
Alhamdulillah ..Terima kasih ALLAH

Friday, January 28, 2011

Sabtu d' Shah Alam

Alhamdulillah. terima kasih sahabat yang telah memaklumkan  program BICARA ADDIN ini...
Ia bakal menjadi satu aturcara menarik sempena hujung minggu ini..Mudah-mudahan ALLAH mengatur perencanaaan kita untuk dimanfaatkan sebaik mungkin..Bermula Solat Subuh berjemaah di Masjid Negeri ini, diikuti dengan sesi bicara addin oleh Tuan Sheikh  Ahmad Darwish ini.  Kemudian...
 Ayuhlah bermunajatlah bersama-sama untuk satu matlamat...satu rintihan kepada yang ESA..muga generasi kita menjadi generasi yang mencintai ALLAH dalam menjaga agama ini. Kemudian ...
    Memeriahkan pesta buku di Karnival Karangkraf. Menatapi sambil membeli buku-buku dengan tawaran harga yang menarik. Segalanya bermula dengan NIAT dan MODAL. Semuga ALLAH memudahkan urusan kita dan menjadikan hari minggu ini sebagai permulaan yang baik..Kemudian...
 BaLik kaMPUNG
BALIK KAMPUNG

kan ku kunjungi lagi di sinii ..al fatihah

Pakat pi Medan Santapan Minda

KARNIVAL KARANGKRAF ':
Kompleks Media Kumpulan Karangkraf,
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15, Shah Alam


Wah bestnya! Nak datang." "Oh, da mula Jumaat ya!" "Baik, saya beritahu semua." -  jom pi Karnival Karangkraf 2011.

PAKEJ JIMAT PUN ADA... :






Rebutlah buku-buku bermanfaat buat semua...


BANYAK PILIHAN...
 BANYAK PELABURAN
  SATU PELUANG
     SATU KESEMPATAN


Eh sejak bila saya berkecimpung menyebarkan iklan nie..??
Sekadar menghebahkan dan menyebarluaskan aktiviti karnival ini bagi menyemai dan membudayakan membaca di kalangan  kita. Membaca satu mOmentum untuk meledakkan perubahan. Satu persoalan diri yang dicari pasti ditemui hasil perkongsian daripada sumber ilmiah yang ditatapi.

Mengenali Karangkraf lebih mudah sebagai pelupOr  majalah2 glamOr dan novel2. Segalanya secara kebetulan dari satu novel menjadi dua dan tiga dan......Mengenali Karya Bestari(KB) pula apabila menatapi buat pertama kalinya buku penulis muda, Ustaz Emran: Petunjuk Jalan Lurus.  Buku ini membahaskan secara terperinci surah al fatihah dengan kaedah yang mudah difahami. Kredit saya berikan buat KB dalam usahanya mencungkil bakat-bakat penulis berkarya yang mendasari agama sebagai teras. Usaha ilmiah dalam mengembangkan empayar Karangkraf menerusi KB perlukan sokongan dari pembaca semua.. Kita boleh menilai "kecantikannya" sama ada di segi intipati kandungannya, tajuknya, grafik dan warna artistiknya dan beberapa elemen lain lagi....Apa yang penting, amalkan budaya membaca ini dalam diri setiap hari dan didiklah hati menghargai segala nikmat ALLAH ini . 
Ada sesi bertemu penulis???
Mungkinkah kan temui penulis buku : "Mencari Naurah" dan "Ayah,Amir nak masuk U"?
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi." Nazihatul Hanan.
PAKEJ MAULID PUN ADA....baguis nie !!!
 Karnival Pesta Buku Karangkraf datang lagi. Dengan tawaran diskaun 30-50% memberi ruang kepada anda untuk mendapatkan seberapa banyak buku yang harus dimiliki.  Dan... buat peminat majalah kami, ratusan pilihan majalah untuk semua peringkat usia pasti menggamit hati. Juga, temuilah secara live penulis kesayangan anda dan sertailah segala aktiviti, demo, pertandingan, ceramah selain berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan. Surau yang selesa disediakan di samping pelbagai juadah lazat untuk dinikmati bersama.( DIPETIK DARI SUMBER: http://www.karyabestari.blogspot.com/)


Mudah-mudahan diberi kesempatan, masa dan wang ringgit untuk bersama-sama mengambil peluang ini sebagai satu pelaburan buat menyucikan hati ini. Bicara kita mungkin berakhir tetapi , aliran ilmu darinya sentiasa mengalir selagi masih ada yang membaca, mengamal dan menyebarluaskan sumber..saya hanya seorang yang tak punya apa-apa tetapi  MAHA PENCIPTA sentiasa memerhati saya..Semuga landasan suluh ilahi sentiasa menerangi.Insya ALLAH..Amin

Terima kasih : pic: dengan izin Karya Bestari FB 

Wednesday, January 26, 2011

Ikut rasa....

Tempat kejadian : car wash
Time : 9.30 mlm

 Satu persoalan yang yg bermain di kepala apa sebenarnya yang dicari oleh seorang lelaki yang berkahwin? Memadaikah dengan alasan tiada zuriat sedangkan gerbang perkahwinan telah menjangkau 20 tahun. Apakah jaminan kehidupan kedua lebih sempurna dengan kehadiran baka. Sedangkan kita TAK MEMILIKI dan DIMILIKI oleh sesiapa pun di dunia ini, melainkan ALLAH YA MALIK jua PEMILIK kekalnya. Kita hanya pedagang dan hanya singgah seketika di pulau kehidupan. Dalam menikmati keindahan pulau janganlah kita tewas akan kenikmatan yang diberikan.

Seorang lelaki menyapa dan membuka kisah hidupnya dengan kesempurnaan yang dimiliki. Jika dibandingkan d’va dengan motokar mewahnya jauh panggang dari api. Namun syukurlah sekurang-kurangnya d’va diberi suntikan untuk menggerakan penemannya melangkah ke tempat baik. Muga istiqamah d’va berterusan.. Mengikut rupa dalam kejahilan saya mengenal iras lelaki, usianya menjangkau lewat 40an, perutnya tak buncit, tak berkaca mata tetapi mempunyai susuk tubuh yang tampan dan agak manchoo(betulkah istilah ini?) .
satu hari pastikan ditinggalkan jua.......
Segalanya bermula ketika d’va perlu dipoolish/wax . Maklumlah setiap hari setianya mengadap mentari pastikan ada warna yang suram.…Urusan saya dengan pekerja car wash tersebut diperhatikan oleh lelaki tersebut. Lelaki itu membahasakan dirinya ‘saya’ tetapi saya lebih selesa memanggilnya pakchik. Dia cuba menjadi seorang yang 'caring' dan mengambil berat tentang masalah  d'va itu... Suara hati tertanya-tanya kenapalah dia menyapa sedangkan lebih baik dia memerhatikan keretanya yang sedang dicuci itu.

Rupa-rupanya ada udang disebalik batu....ada bicara yang tersurat dan ada hati yang melarat....Bicaranya menjurus kepada perkahwinan dan poligami. Dengan memberikan alasan, menerusi perkahwinan kehidupan seseorang wanita lebih sempurna dan segala harta penjagaan isteri akan dipelihara oleh suami. Dgn erti kata lain, urusan basuh kereta ini pun akan diambil alih oleh suami..:.) bertuah rupanya bila bersuami nie..hihi
Saya tak menolak kata-katanya cuma cuba membandingkan beberapa kawan yang mempunyai kereta, kebanyakannya perkara remeh seperti membasuh kereta ini bukan diambil peduli oleh suami mereka. Dari perbualannya jugalah beliau memberitahu akan asetnya di KL dan di Indonesia dan seringkali berulang alik ke sana dan bercadang menambah cawangan (polygami) lagi.. Secara jujur saya cuba membuka paradigmnya tentang kehidupan bahagia di akhirat dan kesenangan kita atas keberkatan doa para wali juga. Namun baginya ia adalah atas usaha dan ikhtiar sendiri. Katanya yang baik pun mati jugak di kala tsunami melanda..…( muga ALLAH ampuni kesilapan kita jua)

Baginya poligami itu mudah dan isterinya disalahkan. Berfikir seketika bagaimana jiwa kaum hawa seperti Siti Hajar dan Sara dalam menghadapi kehidupan selepas perkahwinan kedua. Walaupun perkahwinan ini adalah arahan ALLAH dan tanpa tuntutan nafsu, namun kebijaksanaan dan keadilan menjadi teras untuk di contohi.

Apakah masih ada makna keadilan atas nama poly? Yang MAHA ADIL hanya ALLAH...kita tak mungkin mendapat sempurnaaan dalam dunia dan akhirat jika sekadar mengejar satu bahagian sahaja. Masih adakah waktu untuk mengaut harta sedangkan urusan akhirat masih banyak lompongnya. Siapakah kita untuk memberi jaminan nikmat yang ada hari ini akan berterusan dan akan kekal bersama kita. Setinggi mana harta yang hendak di bawa ke negeri akhirat sedangkan hanya 3-5 helai kain putih sahaja yang pasti mengiringi sampai ke kubur.Iktibar kisah si penebang kayu perlu dijadikan sandaran. Walaupun harta yang dimilikinya satu cuma tetapi di soal berterusan mengenai kapaknya setiap hari  di alam kubur nanti.

Dari pertemuan ini saya membuat kesimpulan seorang lelaki terlalu mudah menggunakan lambang "prestige"nya untuk menarik perhatian kaum Hawa. Hanya kerana satu kekurangan si isteri tak mampu melahirkan zuriat, jalan pintasnya adalah berpoligami. Ada juga yang berstatus suami,  isteri sedang mengandungkan zuriatnya, suami  mithali ini sanggup berpoly atas alasan kesiaaannnn,,,,,Dan kesian itulah yang akan membebaninya di sana bila setiap anak dan tanggungjawabnya akan dipertangungjawabkan ke atasnya. Semakin ramai anak semakin panjanglah ceriteranya. Bayangkan sekiranya 4 orang anak sendiri  ditokok tambah lagi dengan anak tiri ( anak yatim?? ) dan isteri-isterinyanya...Mencontohi perkahwinan Rasullulah s.a.w. tak salah , namun bagaimana corak hidupnya, berapa peratus sunnah nabi yang kekal di amalkan, tentang solat jamaahnya, dalam mendidik anak-anaknya dan sebagainya.  Rasulullah hanya berkahwin selepas Siti Khadijah meninggal sedangkan kini??..Betapa ALLAH itu Maha Mengatahui dan sebagai ummah terakhir, amiklah keseluruhan hidup rasullulah dan jiwai dan amati langkahnya utk kita --ummatnya.

Kecik, mantOp lebih ekonomik 
Sebagai perempuan, janganlah terlalu mudah menerima kehadiran lelaki.  Hari ini saya menemuinya di sini, esok lusa dia akan bertemu dengan mana-mana perempuan dan di mana-mana sahaja. Gunakan akal dan berfikirlah dengan waras tentang perkahwinan. Ia  bukanlah satu jalan pintas untuk bahagia. Kita semua adalah bahan uji dan ALLAH sedang memerhati ujian yang kita lalui.  Muga generasiku tekad imannya dan memperolehi kejayaan, kebahagiaan dunia akhirat. Bertanyalah pada ALLAH dan mintalah pandangan family kerana reda emak ayah itulah reda ALLAH. Ikut hati mati, ikut akal binasa...


 Ini adalah catatan diri, dan ada kelemahannya..satu pengalaman yang dikongsikan > kalau terkena ia satu kebetulan....Saya manusia yang lemah dan banyak khilafnya..muga diampuni jua..Wallahuaklam.

selamatkan zuriat kami


"MUNAJAT IBU"

pada 29 januari 2011
bermula pukul 9.30 pagi-1230 tgh


"ya ALLAH selamatkan zuriat kami"
jom mndoakan anak2 generasi kita mnjadi insan soleh solehah...Amin

Maulid Rasul

IIUM BERSELAWAT
30 JANUARI 2011

Masjid Kolej Islam Malaya
sebelah Pusat Asasi UUAM, Petaling Jaya


Tentatif :
- solat magrib
- maulid rasul
- tazkirah bersama 3 tetamu khas
- solat isya



sumber : http://majlisilmu.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011

Talk show Harun Yahya


HARUN YAHYA CONFERENCE IN MALAYSIA SIGNS 
OF THE CREATOR 2 
  by Harun Yahya Foundation
January 26, 2011, USM Kubang Kerian
January 27, 2011, UUM SINTOK, Kedah
January 28, 2011, USM Penang
January 29, 2011, PWTC, KL
January 30, 2011, SHAH ALAM, Selangor

For details contact:
SABA at 03-42518792 / IIS at 03-42604160 or
www.harunyahya.com - www.saba.com.my

ORGANIZED BY SABA ISLAMIC MEDIA in colloboration with HARUN YAHYA FOUNDATION, MALAYSIAN UNIVERSITIES & NGOS.


Komen :  Harun Yahya telah berkongsi penemuan bersumberkan AQ dan menolak pemahaman sains yang berasaskan logik dan akal. Menerusi buku, artikel, dan paparan videonya kita semakin memahami  dan mula mendalami. Banyak bukunya telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan kini satu talk shOw akan menjelajah ke Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini  ayuhlah menghadirinya..Sila hubungi no tertera untuk keterangan lanjut...

Friday, January 21, 2011

Wacana Ilmu ahad nie

JOM kita bersama-sama kita besolat subuh di sini..
TEMUJANJI : AHAD 23 JANUARI 2011
LOKASI : MASJID MUAD BIN JABBAL, SETIAWANGSA. KL
MASA : KULIAH SUBUH

Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13995.msg192647#msg192647

Wanita dari kacamata AQ

Sempena Cuti Wesak kesempatan  menghadiri seminar " Wanita dari kacamata AQ: Satu Analisis tak disia-siakan. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada penganjur majlis: IIS satu badan NGO yanng melaksanakan misi dakwah dan menyebarluaskan pemahaman islam kepada ummah.  Walaupun kumpulan sasaran  seminar ini adalah lelaki namun majoriti kehadirannya adalah wanita. Syukur.

Sebagai rumusannya, dlm islam wanita diletakkan di mertabat paling mulia sehingga tercatat dalam  beberapa surah dalam AQ. Antaranya, Surah al Nisa  khusus membicarakan tentang wanita bagi melindungi  kepentingan dan hak-haknya. Manakala pengkisahan kehebatan serikandi Islam ada di catatkan dalam AQ. Watak kebaikan yang dikisahkan diulas secara terperinci. Antara watak serikandi terpuji tersebut ialah :
-  "Maryam": Lambang pemudi mithali 
-  "Ibu Nabi Musa": Cinta dan pengorbanan
-  "Asiah" : wanita mulia
-  "Balqis": pemerintah yang bijak dan beberapa  lagi yang perlu diterokai menerusi AQ.

 Allah jua yang Maha Mengetahui  walaupun tidak disebutkan secara khusus nama watak tersebut TETAPI penumpuan kepada iktibar kisahnya. Sama-sama kita mengkaji dan mencontohi tokoh serikandi yang hebat itu

Kenapa dikisahkan?
Uniknya AQ bukan sekadar satu pengkisahan sejarah Islam tetapi juga satu pengiktirafan kepada kaum Wanita @Hawa . Melihat di segi sifat, sikap dan perwatakan  kaum wanita sendiri yang boleh mempengaruhi dan dipengaruhi bergantung kepada nilai, latar belakang keturunan dan agamanya. Walau bagaimanapun iman tak boleh diwarisi tetapi boleh di bentuk dengan moral hasanah.

Namun begitu ada juga antara wanita yang dikisahkan dalam AQ yang membawa watak kejahatan yang perlu disempadani. Kita meneliti kejahatan mereka tetapi metaforanya kita menilai dan mmperbaiki watak yang ada pada diri sendiri.  Antaranya ialah
- Imra'atul aziz - Zulaikha ( Rujuk Yusuf, 23 ) 
 Perwatakan  lahiriahnya sebagai isteri pembesar  Mesir yang menggoda, curang dan hilang rasa malunya.

- isteri nabi Luth a.s dan nabi Nuh a.s ( rujuk  Al Tahrim,10)
Walaupun tanpa disebut namanya, tapi sifat mereka yang mengkianati dakwah yang dibawakan oleh nabi Luth a/s dan Nuh a/s amat dikesali. 

- Wanita bandar  ( surah Yusuf,30-31)
sebagai tetamu yang diundang untuk majlis mmperkenalkan Yusuf  mereka juga mengeji, mengumpat dan menfitnah Zulaikha

- Isteri Abu Lahab ( Rujuk Al Masaad/ Lahab, 4-5)
membantu suami membuat maksiat dan  menganggu tugas dakwah Nabi Muhammad saw

- Wanita yng merungkai ikatan ( al Nahl,92)
sinonim dengan perbuatan tercela wanita yang suka membuat kerja sia-sia atau memungkiri janji dan sumpahnya.

AQ adalah satu contoh hidup pengkisahan tentang kita lalui sekarang. Sifat. sikap yang negatif haruslah dipandang di segi moral of the story manakala yang positif wajarlah di dicontohi dalam menyempurnakan sifat kemuliaan wanita. Sama-sama kita memperbaiki diri dan sejauh mana langkah kita  kembalilah kepada yang digariskan dalam perlembagaan AQ .

Terima Kasih  kepada ahli panel Ustaz Adlan Abd Aziz (Al Ahkam.net) yang berkongsi ilmu tentang watak kejahatan wanita dalam kisah AQ manakala  Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM) yang berbicara tentang watak kebaikan wanita dalam kisah AQ. Pembentangan yang tuntas dan padat  dalam waktu yang terhad. Bicara ustaz bersandar pada AQ dan penyelidikan yang bersumberkan Al Hadith dan kitab . Terlalu banyak yang dikongsi dan sinopsis ini antara intipatinya. Saya akui kelemahan dan khilaf andai ada sebarang kekurangan dari fakta yang dikongsikan ini.  Sama-sama kita memerhati diri sendiri dan beralehlah untuk membuat lebih banyak kebaikan untuk kemantapan iman kita. Setiap kita bertanggung jwab dan hargailah haq dan amanah yang diberikan.

Di majlis ini juga, ALLAH mengizinkan pertemuan  saya dengan rakan blog PDKM. Terima kasih kak Zie..InsyaALLAH catatan pengalaman bersamanya akan saya nukilkan nanti. Semuga ALLAH merahmati jejak ilmu kita dan sama-sama beramal dengannya.

Tuesday, January 18, 2011

Wacana Ilmu

Satu wacana ilmu bersama ulama' nusantara iaitu Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari akan diadakan seperti berikut:

Tarikh       : 19 Januari 2011 (Rabu)
Masa        : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat     : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Tajuk        : Kedudukan Ilmu, Ulama’ serta Adab-adab
  Menuntut Ilmu

Anjuran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Wilayah Persekutuan, Dewan Pemuda Masjid dan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.Semua muslimin dan muslimat dijemput meramaikan majlis ilmu ini.

Wallahuaklam


Sumber : 
http://ulamadaily.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-tuan-guru-syeikh.html

Seputar di taman syurga 1

Tatkala kaki menjejak kaki ke Masjid Negeri, suasananya amat tenang, banyak deretan kereta dan motosikal menjadi saksi di pagi minggu yang mendamaikan itu. Subhanallah di dewan utama, ribuan muslimin dan muslimat sedang sujud ,taat dan patuh dalam saf yang diimami oleh ulama tersohor, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.. Majlis zikir, munajat, tausiyah dan soal jawab  ini adalah rangka jadual tuan sheikh sepanjang kehadirannya ke Malaysia.

Majlis yang dimulai dengan solat tasbih 4 rokaat disusuli dgn zikir munajat meruntun jiwa para hadirin. Jika diperhati  kebanyakkan jemaah mengenakan pakaian berwarna putih di ruang dewan masjid tersebut. Inilah warna kesukaan Rasullullah juga lambang pembersihan jiwa.  Pakaian yang dikenakan Tuan Sheikh juga  lengkap berjubah,serban yang serba putih.  Bak kata Tuan Sheikh  inilah pakaian yang kan dikenakan apabila kita diberangkat ke alam kubur.

Dalam sessi tazkirahnya Tuan Sheikh memperingatkan semua yang hadir tentang kematian yang akan kita hadapi serta ujian-ujian di alam barzakh dan Padang Masyar. Apakah jaminan hembusan nafas kita yag terakhir dengan kalimah "Lailahaillahlah". Memerhati alam dengan membandingkan diri kita dengan  pokok kayu yang sentiasa patuh, zikir dan taat pada sunnahtullah pastinya jauh berbeza. Di segi akal kita lebih bijak namun bagaimana kemaksiatan yang telah menyeret kita?

Tambahnya lagi dengan hanya 3 helai kain putih  sahaja dunia yang akan dibawa ke kubur, kita kan di sembahyangkan tanpa rukuk. Alam barzah menanti  manakala alam akhirat  akan berlaku dengan neraca timbangan dan titian sirat begitu mencemaskan. Nada sebak dalm tangisan takutnya azab ALLAH meruntuh keegoan  hadirin.  Suara Tuan Sheikh  yang meruntun jiwa, berjaya membawa satu keinsafan kepada semua hadirin seolah-olah kematian itu semakin hampir mendekati  kita.

Tuan Sheikh juga menyeru  pada hadirin kembalilah kepada ALLAH tatkala menghadapi ujian dan cubaan kehidupan.. Perbanyakan zikir  "hasbi robbi jallallah ...." (Cukuplaa Ya ALLAH...)  Tanpa perlu mengadu pada makhuk yang lemah seperti kita dan ALLAH lah sebaik-sebaik pengaduan. DIA merindui rintihan kita  dan ayuhlah mengadu padaNYA..................

Alunan zikir diselangseli dengan tazkirah ini begitu cepat berlalu. Majlis di akhiri dengan sessi soal jawab yang relevan dengan kupasan yang mendalam beserta contoh semasa yang mudah di fahami.. Sessi ini terpaksa ditangguhkan walaupun ada banyak soalan bertulis yng belum dijawab. Sepertimana kata Deena Farhana, rindunya dia pada ulamak yang terkanal di Mesir ini  dengan cara, gaya bahasa dan tutur ilmuan Tuan Sheikh yang amat mndalami agama  dan kepetahannya berdakwah. Semuga ALLAH mmberkati perjalanan hidup Tuan Sheikh dan segala mutiara yang disampaikan menjadi iktibar bersama.

Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada Yatt dan Mala yang mengundang dan menyediakan sarapan pagi walaupun seketika cuma namun barokahnya tetap kesampaian. Insya ALLAH. Di majlis ini juga saya  bertemu dengan beberapa sahabat yang pernah ditemui  di majlis ilmu yang lain.Semuga kita saling ingat-mengingat dalam agama. Barokallah...:)

P/s :VideO diceduk dari YouTube..quality audionya kurang memuaskan namun intipatinya meresap pada jiwa yang hadir pada tika tu. terima kasih kepada yang menguploadkannya.

Sunday, January 16, 2011

Tayar ooo tayar

Agak lama juga d’va tak dimanja dan dibelai ..Fenomena kesibukan dan kesihatan juga alpaan sentiasa mencemburui. Andainya d’va bisa berbicara pastinya KK akan dihumban dengan pelbagai pertanyaan kenapa, mengapa, bagaimana, kemana dan di mana arah tujunya setiap hari …Maafkan saya duhai d’vaku.
 
Kesempatan mengisi kuantiti angin sambil membelek roda2 yang menggerakkan jasad sebuah kenderaan seperti d’va memberi ruang untuk mengenalinya secara dekat. Tayar ooo tayar….dirimu telah dimamah usia walaupun baru berusia dua tahun perlu dipisahkan dari saudaramu yang lain..Biarpun cuma sebiji yang menunjukkan petandanya tetapi atas nasihat seorang abang, saya perlu mengantikan sekurang-kurangnya dua biji. Mudah-mudahan selamat ke destinasi. Memadailah pandangan seorang abang yang sudi memberikan khidmat nasihat biarpun jauh tetapi amat bertanggungjawab. Subhanallah

Menjengah ke beberapa kedai tayar buat pertama kalinya bagi membuat pemantauan harga dan kos merupakan satu pengalaman. Menerusinya saya mengenali Dunlop, Yokohama, Bridgstone, Silverstone, Machelin, Goodyear dan mcm2 ada…juga pengunaan gas dan angin untuk tayar yang serasi dengan rim 14. Bukan tak mahu menggunakan khidmat anak saudara atau kawan opis tetapi mereka juga mempunyai komitmen dan biarlah diri sendiri mengambil risikonya. Lagipun ALLAH tak menjadikan sia-sia sesuatu kejadian itu.

Akhirnya saya memilih kedai yang menawarkan servis yang sama tetapi kos berbaloi dengan diskaunnya.
(selepas berunding juga laa). Hampir dua jam untuk proses membuka, membuat balancing, alignment dan betulkan camber tayar-tayar tersebut. Saya tak memberi tekanan pada pusat servis itu dan biarlah dia memberikan waktu yang terbaik untuk satu jiwa seperti d’va ini. Apa yang menariknya , si mekanik tu melayan setiap soalan yang dikemukakan…ialah pertanyaan basic dari seorang yang ‘zero’ tentang tayar lah katakan…

Yang pastinya, belajarlah dari pengalaman dan pekalah dengan sebarang bunyi, alahan atau sebarang perubahan utk sebuah kereta yang menggerakkan kita hampir setiap hari. Menerusi d’va saya belajar tentang tayar dan mulai sekarang saya perlu tahu banyak yang saya tak tahu… Benarkah tayar jenama Silverstone ada bunyi bising? Pasni ada rezeki boleh cuba jenama lain pulak…walahuaklam

Friday, January 14, 2011

Ini kisah kita....

Ini  kisah kita dan tepuk dada tanyalah iman..Bayangkan apa akan berlaku 5,10,20 dan... tahun-tahun akan datang..Apakah sejarah akan berulang dan islam akan dijajah lagi?? Kita mendoakan keselamatan yang berterusan tetapi kisah ini berlaku hanya beberapa km dari RTM..apakah kata media kerajaan..kita tungguuuu.. 
 -------sumber: http://www.malaysiakini.com/news/153413.........
Kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang meminta laungan azan diperlahankan.
NONEDengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan.

Bantahan itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Zakaria berkata Majlis Ayahanda, NGO dan persatuan penduduk dukacita dan terhiris dengan tindakan peguam itu.

Katanya, masjid itu wujud 30 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah kedengaran tohmahan seperti itu.
NONESemalam, pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah dilaporkan mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

Thursday, January 13, 2011

Tafaqqun Fiddin 2011

Dgn Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Salam Jumaat yang dirahmati..
Saya ingin berkongsi maklumat pengajian agama yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Banjar, seorang ulama dan mudir pesanteran Ismail Zain, Bogor. Ayuh sama2 kita luangkan masa dan aturkan program  untuk mnghadirinya tanpa melepaskan ianya berlalu begitu shaja.di sini permata ditemui..  

Beliau pernah menjadi pensyarah di Uni. Al Azhar, Kaherah Mesir. Kepada sahabat2 yang berkesempatan, jom kita luang untuk menghadiri majlis2 ilmu, sabda nabi majlis ilmu merupakan taman2 syurga. Semoga Allah merahmati ('',)

Jadual program   :

10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD) 
  • KULIAH SHUBUH  DI MASJID KOTA DAMANSARA; 
  • ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 - 11.00 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
  • WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30  – 11.30 PAGi
  • KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
  • WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM 
 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sumber :
http://majlisilmu.blogspot.com/2011/01/jadual-tafaqquh-fiddin-bersama-al.html 
http://mohamadazhan.blogspot.com/2011/01/jadual-tafaqquh-fiddin-bersama-syeikh.html


Wednesday, January 12, 2011

moh le kita...

Al-AHKAM.NET
&
ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION
&
PEMUDA IMAN

menganjurkan

MINI SEMINAR: 'Wanita Dari Kacamata Al-Quran'
Suatu Analisis
Ahli Panel
Ustaz Adlan Abd Aziz (Al-Ahkam.net)
Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM)

Tarikh & Masa: Khamis, 20 Januari 2011, 9:30 A.M to 3:00 P.M
(Cuti Thaipusam: Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak & Penang)
Tempat: IIS Hall, No 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Program ini percuma.
Tempat adalah TERHAD!
Daftar di http://iis-ahkam-2011.eventbrite.com

Penyertaan adalah melalui pendaftaran SAHAJA!

Sila hubungi Sis Tuty @ email: Tuty.Abu.Bakar@gmail.com atau 017 888 9097 untuk keterangan lanjut

Komen: Ayuh cepatla daftar...Jom sama2 kita mncari ilmu dan mendalami gedung ilmiah
Sumber : http://iis-ahkam-2011.eventbrite.com/

Tuesday, January 11, 2011

check n balance?


Jom Muhasabah


Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.”
(HR Ibnu Majah)

Friday, January 7, 2011

Jom pakat pi

Pengumuman-pengumuman...
Jika ada kelapangan dan ruang waktu..hargailah majlis ilmu ini..Sudi-sudilah datang
Sebagai hadiah utk diri sempena tahun baru 2011
Muga-muga diberi kesempatan untuk menghadirinya...

Dimensi 2011

Dengan Nama ALLAH yang MaHa Pemurah lagi Maha Penyayang.


Setelah beberapa hari bercuti  dan ruang KK menjadi berhabuk..
Selamat Tahun Baru 2011..Ini bermakna bermulalah fasa baru tahun  baru dengan semangat baru...Ucap selamat dengan  di hiasi keazaman baru dituju buat semua rakan2 yang singgah di sini. Semuga ia menjadi kenyataan.

Tahun 2010 yang meninggalkan memori berbalam di singgahi pula dengan 2011 yang berkaleh kalendar dgn suasana suram..Segalanya berlalu tanpa disedari.. Biarlah orang lain berebut mengira waktu yang akan datang sedangkan diri ini masih menghitung hari semalam.

Selepas 365 hari dilalui, di manakah kuantiti masa untuk seorang emak dan berkualitikah masa tersebut? Masih diingat antara kata-kata terakhir emak terhadap ayah yang akan pergi  jauh...." Abang..mohon maaf, halalkan makan  makan minum selama ini.. dan pergilah abanglah dengan tenang , insyaALLAH anak-anak ada nak jaga ceq. Depa juga akan jaga sepertimana Abg buat. Ceq minta maaf ...." . Ayat-ayat ini makin perlahan hinggap di telinga hingga  tak dapat mengingatnya dengan jelas. Yang pasti tangan ayah dalam genggaman mak dan ayah  mengangguk-angguk kepalanya seperti merelakan melepaskan mak...Yang saya ingat cara ayah pergi begitu lembut dan tenang sekali.  Ayah bagaikan bersedia untuk pergi dengan memberi senyuman yang manis sekali dengan di saksikan oleh kakak, doktor dan jururawat yang ada. Saya yakin husnulqatimah di akhir hayat ayah kerana hanya itu yang diucapkan di bibirnya sehingga dipesan agar dibaca di dalam hati..subhanallah...Indahnya penghujung hidup ayah.

Namun bagaimana hidup emak selepas ketiadaan ayah? Terlalu sukar rupanya menjalani kehidupan tua selepas pemergian suami tercinta.  Sokongan anak-anak amat didambakan. Tambahan pula kesebelasan anak di sisi belum tentu dapat membahagiakan seorang ibu. Tepuk dada tanya diri sendiri...Saya hanya memperuntukan sedikit waktu yang ada untuk bersama emak pada tahun lalu.  Bermulanya tahun 2011, fasa baru dalam kehidupan pun bermula. Kali ini saya kan cuti melayan mak sebaiknya...Memperuntukkan cuti bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya..Menyambut tahun baru bersama seorang ibu...mengulang tayang kisah sebelum dan merawat  luka yang tak mungkin padam. Kasihan mak...

Terlalu nostalgia buat emak hingga beliau tak sanggup menziarahi pusara ayah untuk kali ini. Saya melakukan perkara tabie di pusara ayah setiap kali pulang dan berkesempatan di kampung. ..InsyaALLLAH azam saya, selagi anakanda mampu, pusara ini akan diziarahi dan dipelihara sepertimana ayah masih ada..Dan pastinya jua akan saya ceritakan segala yang bersarang di hati ini. Saya merasa puas, biarpun ayah tak mmpu bersuara tapi bagai ayah memahami perasaan anak kesepuluhnya bercerita. Jika ayah ada bersama, pasti segalanya tak berlaku..Mungkin itu taqdirnya ALLAH melewatkan ayah bertemunya.

Namun bagaimana mak menghabiskan sisa-sisa usianya? Haruskah wanita itu berlenang airmata tiap kali usai solat dan tidurnya terganggu dengan kisah anak bahgianya.Andaikata tahun ini tahun terakhir saya bersama mak, Saya mohon ampunkan segala....tiap hisapan air susumu mohon dihalalkan, tiap tutur bicaraku mohon dimaafkan dan tiap tingkahlaku yang mengguris hatimu mohan dimaafi. Saya tak mungkin bisa menjadi setabah dan sebaik mak, yang melahirkan anak bungsu ke 13nya (2 darinya meninggal dalam hari) ketika usia 43 tahun yang melewati umur tua membesarkan putera bungsunya. Menyayangi sepenuh hati dan memberesi segala urusan rumahtangga dengan sempurna dan jayanya. Ayah bangga punya mak iaitu isteri yang memahami dan mak juga bahagia punya ayah yang satu-satunya menjadi pemimpin merangkap pelindung rumahtangga yang amat menitik beratkankan soal adab dan pelajaran.
di pusara ini ku bertafakur
indahnya
Bunga2 menghiasi...
 2011...usia mak menjangkau 80 tahun.. Teruslah mak  merintis pada ALLAH dikala anak2 masih diulik mimpi. Menangisilah dalam bermunajat. Doa mak lebih dekat dengan ALLAH. Kami sentiasa mangaminkan doa mak dan mak tak pernah salah dalam mendidik.....Apapun doa mak pasti dikabulkan dan kebenaran pasti terserlah. Semuga bahagia ayah di sana dan mak bahagia disini...biarpun kini hanya tinggal sepuluh....W'aklam
Al Faatihah: indahnya pusara ayahandaku