Thursday, December 30, 2010

sakitnya itu nikmat

Tanpa ujian sakit manusia akan leka dan tak menghargai dan syukuri nikmat sihat, Dan kita tak mampu menghargai nilai nikmat anugerah Allah melainkan setelah nikmat tersebut hilang,bertukar tangan atau diambil orang...

Kesakitan yang  melanda di satu pagi membuatkan saya bermuhasabah, mengingat kembali nikmat yang diperolehi sebelum ini.  Tanpa diduga tetiba saya mengalami ketegangan urat yang melampau sehingga pergerakan amat terbatas. Memandu dalam keterpaksaan dan kesakitan dirasai hingga ke kemuncaknya. Teringat pesanan Pak Abu Sangkar juga Pak Yus dari kursus Solat Kusyuk yang pernah dihadiri, Allah datangkan sakit dan kita perlulah rela dan redza...Usah berlawan arus dengan ketentuan ALLAH.

Subhanallah..saya cuba praktikkan. Walaupun pergerakan terbatas tetapi saya mampu menunaikan rukun rukuk dan sujud dengan sempurna beserta qiyam. Terima Kasih ALLAH kerana kesakitan yang dialami ini adalah semata-mata ruang  dan perluang uintuk saya bertaubat dan bermuhasabah.
 
Disamping itu saya berikhtiar dan memakan ubat yang dibekalkan oleh seorang doktor  dari sebuah klinik.Terima Kasih ALLAH yang telah memakbulkan doa dan mengembaklikan nikmat sihat. Kepada teman2 yang telah membantu dan memberi semangat HANYA ALLAH jua yang mmbalasnya.
5 jenis ubat dibekalkan...santapan selapas makan


berjaya juga menghabiskan ubat-ubat ini
Muga2 kita menjadi mukmin yg beriman mampu sabar, tenang, berlapang dada dan bersikap positif menghadapi sesuatu musibah atau ujian kehidupan. Org mukmin terhibur dgn musibah kerana yakin akan ade penggantian di sisi ALLAH. Allah Akbar

..dan berilah berita gumbira kepada  org mukmin yang sabar. Iaitu org2 yang apabila ditimpa musibah mreka mngucapkan..innalillahiwainnailaihi rajiun///...al baqarah 2:155-156
wallahuaklam

Rawatlah hati

Kita sgt berhajat dan memerlukan ubat mujarab kepada segala permasalahan yang melanda. Namun permasalahan jiwa andai tak dirawat dengan tepat, betui dan benar akan menjadikan manusia hidup bagai di neraka sebelum dihumban ke neraka yg sebenar. Kegagalan mendapatkan penawar hakiki menjadikan jangka hayat jiwa semakin berpenghujung. Jiwa yang kosong akan menghala kepada keseronokan yang tanpa hadnya.Walaupun ada mengatakan kunci bahagia pada RM dan harta yang banyak, namun segalanya palsu sahaja..

Carilah penawar dan ubat utk hati. Tumpuan dan fokus kita harus konsisten.
Sama-samalah kita mencari penawar hati...
yang selamat adalah jiwa yang sejahtera ,
yang sejahtera itulah jiwa yang tenang.

Wednesday, December 29, 2010

Program ILMU 2011

Untuk dapat imej besar sila klik lagi

Sumber : www.masjidnegara.gov.my

Monday, December 27, 2010

atas nama keputusan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Keputusan demi keputusan..
Tahniah dan alhmdulillah, keputusan PMR anak2 saudara telah pun dimaklumkan:
Along Aminahtul memperolehi 8A 1B
Arif memperolehi 3A6B
Rezeki dan keupayaan diukirkan hasil  usaha, restu family dan guru masing-masing. Tahniah buat guru2 dan sekolah SMA An Nadhoh dan Maktab Mahmud AS.

Untuk memperolehi kejayaan ianya bermula dari rumah. Hubungan sempurna dengan ALLAH dan sokongan padu dari ibu ayah adalah kunci kejayaan. Buat anak2 saudaraku ni, Along dan Arif, jadikan ini sebagai permulaan sebagai hadiah ibu ayah...Masih banyak rentasan kehidupan akan dilalui. Semuga ALLAH memberi kalian kejayaan demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Anak2 saudara saya ini akan meneruskan  persekolahan di sekolah yang sama dan bakal mencatat kejayaan lagi untuk diri, family dan prestasi sekolah. Teruskan kegemilangan atas nama family kita jua.

Buat lepasan UPSR 2010, pada tahun 2011 mereka  akan melangkah ke dunia sekolah menengah. Namun saingan sengit dengan untuk  memasuki SBP, MRSM dan Maktab Makmud menjadi satu cabaran pula. Ketiga-tiga dari empat anak saudara saya yang mengambil tahun UPSR kali ini bersaing dengan ujian IQ, temuduga dan kecerdasan fizikal bagi melayakkan mereka memasuki ke sekolah yang dipilih.

Walau bagaimana pun mereka masih mendapat tempat untuk meneruskan persekolahan mereka.
Muhammad Shahmi yang mencatat 5A telah mendapat tempat di SBP Lahad Datu. Sabah
Muhammad Zaid yang mencatat 5A pula ke  SMKA Nibong Tebal, walaupun  mendapat tawaran ke Maktab Makmud AS tetapi terpaksa menolak kerana ketiadaan kemudahan asrama disediakan untuk pelajar ini walaupun ibu ayahnya berada di SPS
Muhammad Ibrahim yang mencatatkan 4A1B pula bakal meneruskan persekolahan di SMA AnNadhoh, Bukit Besar walaupan tawaran ke MMAS terpaksa ditolak ats sebab yang sama.
dan Imad 2A2B1C akan meneruskan persekolah  disekolah yang berhampiran dengan rumahnya.
Percutian ke Muzium Padi  dan Pusat Sains Kedah: Inilah  bakal saintis muslim!!
Hanya tinggal beberapa hari lagi anak2 saudara saya akan berada di rumah. Keriangan dan kegumbiraan mengenakan pakaian uniform sekolah pasti akan muncul semula. Selamat siapkan fizikal dan mental kerana minggu depan segalanya berubah..Pertekadkan niat dan lipat gandakan usaha kerana kejayaan esok bermula dengan hari ini...Rumah  itu kembali sepi..

Thursday, December 23, 2010

Setahun Enambulan Tigahari...

Ingatan rindu dan cinta saya pada almarhum ayahanda membara lagi..miss u ayah.
Rindu ku untuk  ziarahi lagi pusara ayah,nak ku alun bacaan suci disusuli doa utkmu,
ku bicara dan mengadu disisimu, lagi dan lagi....
ku basuh nisan di hujung kepalamu biar serinya terserlah di balik rimbunan pohon yang meneduhimu.


Notis keramat : Ya..sudah baca!!

Hadiah untukmu  ayah
miss u ayah...


Muga dicucuri rahmat atas mu ayah..
Setelah setahun 6 bulan 3 hari....bagaikan semalam yang berlalu...

Program Interaksi dengan ALLAH

Program ‘INTERAKSI DENGAN ALLAH’ adalah satu usaha untuk mengutarakan satu bimbingan ilmiah dan praktikal untuk mencari balik HATI (hakikat diri manusia), mengenali ilusi alam serta hidup dan terus mencari Allah, Sang Pencipta. Program ini juga akan membimbing para peserta untuk berhubung balik dengan Allah Yang Maha Hampir KasihNya, dengan izin Allah. Mudah-mudahan kita selamat dari tipu daya yang ada. Seterusnya kita akan kembali bahagia di sisi Allah.


Jom ke Program INTERAKSI DENGAN ALLAH yang akan di adakan
Pada :     SABTU 25/12/2010
Lokasi :    Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, KL
Jam :       8.30 pagi- 5.00 petang
Bayaran : RM100 untuk dewasa, RM50 untuk pelajar
Sila sahkan pendaftaran atau ajukan kemusyiklan tentang program ini  kepada
Puan Nida 0196419442

Mutiara ini tiada ternilai.. 
Mengenali hakikat diri dan Allah serta membuka ruang INTERAKSI dengan Allah.Mudah-mudahan ALLAH menjemput kita untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini . Insya ALLAH

Rujukan sumber :  http://interaksidenganallah.blogspot.com/

Komen : Saya dah daftar, anda bila lagi???? Jom..!

Wednesday, December 22, 2010

Program Perlatihan Solat Khusyuk

PROGRAM ANJURAN :

 
PENGUKUHAN SOLAT KHUSYUK BERSAMA PAK DEKA
                                        (Alumni Kursus Solat Khusyuk sahaja)
Penceramah: Pak Yusdeka Putra
(Penulis buku Membuka Ruang Spiritual, anak murid Pak Ustaz Abu Sangkan)
Tarikh : 25 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Bilik Seminar Diamond 2, ILSAS, Bangi (Masuk ikut pintu utama UNITEN)
Sumbangan: RM 50 (termasuk makan tengahari)
Pendaftaran dibuka sekarang.
Untuk daftar sms ke 0133119670 (Sharifah)


PELATIHAN SOLAT KHUSYUK (BELIA 18 - 35 TAHUN)
Tarikh: 26 Disember 2010 (Ahad)
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Dewan Seminar IKRAM (bangunan korporat), Bangi
Penceramah: Pak Yusdeka Putera (penulis buku membuka ruang spiritual, anak murid Pak Ustaz Abu Sangkan)
Tiada yuran, percuma
Untuk daftar sms ke 0133119670
tempat terhad, daftar hari ini.

SUMBER : http://ummuayman.blogspot.com/

KOMEN : Ayuhlah hadir ke majlis ilmu ini. Banyak ilmu yang dikongsikan dan banyak manfaat bila kita mengenal ALLAH. Kenali ALLAH dan diri semakin tunduk dan merasai kelazatannya.
Masih tak percaya......jom:
“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.

Tuesday, December 21, 2010

Sapa nak syurga???

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kasihnya ibu tiada tandingan,
kasihnya ibu sanggup berkorban.
Kasih ibu membawa ke syurga.

Seorang ibu itu sanggup bersusah payah membesarkan sebelas anaknya namun mampukah kesebelasan anak-anaknya memelihara, mengasihi dan menghormati seorang ibu di usia emasnya. Melewati hari-hari tua seorang ibu perlukan belaian dan sokongan daripada anak-anaknya. Di manakan si anak di kala sakit ibu perlu dirawat, sentuhan ikhlas adalah pengubat dan bicara bersopan itulah beradab. Pasaklah di jiwa duhai anak-anak, ibu perlu tenang dan bahagia sepertimana dia ada teman setianya selama ini. Kita, kitalah yang mengukir kuntuman bahagia buat si ibu mekar bersama haruman di nikmati bersama

Tersentuh hati saya bila saya menziarahi rakan maya di : Azzah (Tangan yang menghayun buaian itu..) Ternyata Azzah dan family sedang mengutip pahala yang diberi ALLAH kerana memuliakan seorang ibu. Memberi layanan yang terbaik samada di segi moral ataupun material. Andainya saya ditempatnya, mampukah saya melakukan perkara yang sama. Mampukah antara kami adik- beradik beralah atas nama ibu yang dikasihi..Kita hanya ada satu IBU ? satu syurga!

Kita semua akan tua, dan generasi hari ini sedang memerhati kita.
Jika hari ini kita terleka, mengaib, mengabaikan ibu bapa yang ada, usah disalah jika ada yang tak kena kerana segalanya bermula dari seorang anak yang membentuk ‘generasinya” juga.
Jika hari ini menderhaka, besok pasti ada yang tak kena, handbreaknya entah ke mana, bunganya sudah menggila dan hidup pincang dah tak berguna.

Atas nama tawaran syurga , ayuh sama-sama kita semak 'checklist' ini:
Bilakah kali terakhir kita bertemu ibu @ ayah
Berapa kalikah kita melihat wajah ibu ayah kita dalam sehari, seminggu, sebulan..
Berapakah budget kita serahkan untuknya setiap bulan
Berapa kalikah kita bersedekah atas namanya
Berapakah kerapkah kita topup teleponnya
Berapa kali kita beri hadiah untuknya
Berapa kali kita cium tangan, pipi dan peluknya
Berapa kali kita telah mendoakan utknya
Berapa kali fatihah kita hadiahkan untuknya
Berapa kali pusaranya kita ziarahi
Berapa kali ................


Namun cukupkah dengan berapa kali??? TIDAKKKKKK…ini hanyalah bilangan angka…nilai sebenar adalah sebuah KASIH SAYANG yang tiada di pasaran…isapan susu yang mengalir adalah jiwanya pada setiap penjuru tubuh kita. Kita tak punya apa-apa tetapi dengan petunjuk ALLAH jualah, kita mengetahui itulah keperluan untuk ‘seseorang’ bergelar manusia hari ini untuk hidup. Allah jua mengajar kita menghisap susu ibu di masa kelaparan. Belajarlah dari seorang anak yang baru lahir untuk mengetahui betapa Dzat ALLAH yang MAHA mengawal segalanya.

Untukmu ibu..ALLAH dekat denganmu, Redza Ibu adalah rezda ALLAH.
Ibu tua yang tiada berharta ,
tiada sijil untuk ditayangkan
tiada cinta melainkan ALLAH
Tanpa dia siapalah kita
Berbahagialah Ibu kerana doa Ibu tiada ‘boarder’ dengan ALLAH.

Mak, anakanda akan pulang mengunjungimu lagi..Untuk seketika anakanda rindu suara mak bertandang lagi di corong telinga ini. Rindu cerita mak walaupun berulang kali didengar dan rindu kelembutan mak menasihati  walaupun anakanda sudah dewasa. Anakanda rindu, jiwa terasa membahang ingin pulang., Terkasima dengan pesanan pulanglah layan mak…… seperti ada makna yang tersirat..
Mak ...saya sayang mak

Jom berdoa hindari maksiat

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
(Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 Sahih Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

KOMEN:  Doa itu senjata mukmin dan berdoalah

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, December 20, 2010

Alangkah hinanya



Asstaqfirullah..
bayangkan dikala ALLAH tayangkan semula perilaku kita selama menginap
di bumi yang dipinjamkan ini..
Segalanya telah dirakamkan
apakah mampu diforOwd atau dipadamkan akan bahagia, kecewa dan derita yang menimpa atau sengaja ditimpakan.
Banggakah  mereka dgn apa yang dimiliki
takluki dan monopoli
Haruskah pelakon dan wataknya disingkirkan

Redzakah ALLAH atas nama HIJRAH
melukai hati insan lain
juga hati IBU yang satu
Bukankah kamu juga seorang suami
Bukankah kamu seorang mama
Bukankah kamu juga pernah jadi anak
bukankah kamu juga memiliki anak

Alangkah HINANYA hidup ni...
menderhaka pada ibu sendiri
berlumur dosa dimanakah seri
wajarkah lagi terus sanjungi

Insafi diri
hidup ini sementara cuma
Bertaubatlah selagi bersisa
bahagiakah diri
atas nama anak derhaka

(Nikmat ALLAH yang manakah kamu dustakan)

Wednesday, December 15, 2010

Kasihnya ibu


Mengambil iktibar dari sebuah kuliah agama tentang kisah Al Qamah yakni sahabat nabi yang amat rajin beribadah, namun terseksa dikala menghadapi sakaratulmaut. Gagal mengucap walaupun telah diajar oleh ahli keluarga dan sahabatnya..

Puncanya disiasat dan didapati Al Qamah telah menderhakai ibunya, lalu Rasulullah SAW meminta ibunya memaafkan Al Qamah. Sebaik dimaafi, dia boleh mengucap dan menghembus nafas terakhir dengan tenang. Alhamdulilah..
Kuncinya :” syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”.  
Bagaimanakah sekiranya ibu Al Qamah telah mendahuluinya sebelum kemaafan diberi??

Itu kisah dulu, menjadi iktibar dan pedoman buat kita yang hidup. Namun sejauh manakah kita sekarang memulia, menghargai dan menghormati ibu bapa kita. Situasi sekarang dalam mengejar wang,,kekalutan mendaki jaya dan keghairahan lambang prestige memungkinkan kita mengabaikan mereka. 

Bagaimana dengan haq anak lelaki? Kewajiban mereka sebagai anak lelaki mesti mengurus dengan bersungguh2, prihatin, sabar menjaga ibubapa. Ini syarat untuk mereka mendapat syurga di akhirat. Hadiah terbaik buat anak soleh. Ibu bapa adalah kunci syurga bagi anak lelaki manakala suami adalah kunci syurga bagi isteri. Ramai sedia maklum namun mengabaikan kewajiban ini :)

Pelbagai sekatan lalulintas(rob-lock) ALLAH bakal ditempuhi di akhirat kelak...Bayangkan sekatan demi sekatan tentang tanggungjawab diri, keluarga, dan masyarakat akan dipertanggungjawabkan. Segalanya akan dipersoalkan dan dinilai oleh panel yang Maha Mutlak. Payahkah seorang anak menunaikan tanggungjawab memelihara ibubapa di kala usia menginjak senja?. Andai ada airmata terluka, apakah kehidupan kan sempurna???
Berjayakah menempah syurga tanpa restu ibu bapa?? 

YA ALLAH 
ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku. 
kasihanilah..
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil.
Amin
06112010  Putera Ismail: kasihku bersamamu



Semuga kelahiran anak saudaraku ini , seindah nama yang ku panggil, menjadi anak soleh dan membahagiakan. Pengorbanan Nabi Allah Ismail bukan mudah, sanggup pertaruhkan nyawa demi agama yg dicintai. Muga Ismail ku kan memiliki ciri2 ini....Putera Ismail juga bakal anak soleh. InsyaALLAH

Tuesday, December 14, 2010

Selamat berpuasa



Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Selamat berpuasa dan meraikan asyura.....Wallahua’lam

 Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
Sumber : http://www.familiazam.com

Zaki nak dewasa

Bersempena cuti musim sekolah, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka bersunat sbg mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kewajiban bersunat ini bedasarkan al hadith yg diriwayatkan oleh Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada org yag baru memeluk islam “bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah” . Begitu juga yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas katanya, “seseorang yg tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyempbelihannya tak boleh dimakan”. Asasnya hikmah dan amalan berkhatan ini mmpunyai faedah di aspek kesihatan yang tak boleh dipertikaikan lagi.

Peringkat usia yg afdal bersunat adalah ketika belum baligh dan elok juga jika bayi lelaki yang baru dilahirkan di khatankan seperti kelazimannya diamalkan oleh orang Arab bagi memudahkan urusan solatnya. Apa pun bergantung kepada tempat, kemampuan kewangan juga persediaan mental dan fizikal si anak.

Untuk tahun ini, Ahmad Zaki, anak bungsu dari 5 saudara memilih dan bersedia untuk disunatkan @dikhatankan. Kesediaan untuk sakit dan berpeluang menunaikan solat sebaris dengan dewasa membuatkan kami teruja. Zaki berusia 9 tahun dan manja orangnya. Dengan saiz badan yang kecil dan manja , saya memanggil anak saudara saya ni dengan nama manjanya baby walaupun ia hanya panggilan antara saya dengan dia.   Zaki anak yng pintar dan dia telah khatam Quran awl masuk persekolahan lagi. Dia juga turut   membantu rakan-rakannya membaca Al Quran di rumah di samping memperkemaskan lagi bacaannya.

Zaki akan menjadi dewasa satu hari nanti. Hargailah insan-insan yang mnjaga dan bersengkang mata untuk menjaga Zaki tika sakit ini . Inilah satu-satunya “hukuman sakit” yang hanya dialami oleh orang lelaki sepanjang bergelar manusia. Sakit seorang lelaki TAK KAN sama dengan kesakitan yang akan dialami oleh perempuan- wanita-isteri-ibu yang sedia untuk menempah maut atas nama kelahiran seorang bayi yang saban tahun hadir.  Subhanallah

KFC umpan kejayaan UPSR.. makan jer anak2ku

tu dia Zaki kena angkat pingganke?..Apa yg penting kerjasama!!!

Berat sama dipikul. .

edat..pun bersunat jugak kan tahun nie...

Amacam bb sakit ke?? good boy kan...:) 
Semuga Zaki cepat sembuh dan menjadi anak Soleh yang menghormati dan menghargai pengorbanan ibu ayah. Berniatlah baby ku , dirimu kan menjaga maruah keluarga dan agama kita.

Monday, December 13, 2010

Pelangi oo pelangi

Semuga ALLAH memberikan
PELANGI untuk setiap hujan
Senyuman untuk setiap tangisan
Rahmat untuk setiap Dugaan 
Makbul untuk setiap Doa

Friday, December 10, 2010

So touching

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

Thursday, December 9, 2010

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Wednesday, December 8, 2010

Menangisi hari

Hidup ini penuh dengan dugaan yang tak terjangka. Tak tahu bagaimana sukar menghadapi cabaran pada hari ini. Tak terjangkau juga dik akal fikiran apakah yang akan berlaku esok hari. Hari ini anak-anak saudaraku mnginjak dewasa, bapa-bapa saudaranya pula menginjak tua. Mereka adalah warisan pimpinan yang ada.   Namun landasan manakah pilihan mereka di depan mata dan di belakang kita. Bahang nafsu syaitan lebih dahsyat dari bahang api. Kita sangka sungguh enak berdiang api namun bahagianya entah di mana.

Andai itu satu kesilapan, bertaubatlah, biar bengkak mata menangisi dosa di dunia, jangan hancur badan di mamah api neraka, hingga menjadi pula bahan bakar yang menjulangkan lagi api neraka. Tak tergambar bagaimana rasanya di baham julangan api mengganas. Tempat berpijak juga hanyalah bara api dari tubuh garing manusia durjana. Di mana-mana pun api. Menggelegak otak kepanasan. Azabnya…. Setiap dosa yang telah dihitung dibalas dengan seksaan yang tidak terhingga.

Terima kasih ayah & mak
Terima kasih Ayah.  Untuk seketika memandu kami dengan penuh berhemah. Tanpa ada anak yang tercicir tanpa ada kelewatan yang mungkir. Ayah memang pemandu berdisiplin. Memandu dengan penuh tanggungjwab dan melaksanakan amanah penuh berhemah. Saya bangga menjadi anak ayah dan generasi ayah patut mencontohi dan menghormati prinsip ayah. Semuga ALLAH menempatkan ayah di tempat di kalangan orang-orang  yang soleh dan memelihara keturunan ayah sebaiknya. Bersyukur dan hargailah kenikmatan yang di kecapi hari ini kerana kita belum tentu tongkat langit selamanya..

Thursday, December 2, 2010

Lebih baik di tanduk dari di palit lumpur

Mimpi kakak ipar saya pagi tadi  mnceriakan saya,
 sdg dia berada di kawasan seperti ladang, tetiba ada dua ekor lembu datang mnyerang dan saya tampil sebagai heroin untuk menghalang serangan lembu tersebut.... Seekor lembu telah menanduk saya dan dia pun menjerit untuk minta bantuan...:)
mimpi pun tamat tanpa akhiran dan kesudahan. Apakah makna disebalik mimpinya ini??


Mimpi hanyalah sekadar mainan tidur dan tanpa mimpi pun tak menjejaskan kehidupan kita. Tapi kita perlulah peka dengan mimpi seperti kata ustaz Syarhan dalam satu kuliah pengajian perubatannya.  Tika itu jarak saya dengan meja ustaz hanya sedepa dan puas saya meneliti satu demi satu mimpi  dari nota yang disediakan sama ada  pernah saya mengalaminya ataupun tidak. Bila saya angkat  kepala rupanya ustaz sedang memerhati reaksi anak muridnya ini. Saya geleng kepala dan ustz pun kata alhamdulillah dan angguk. Alhamdulillah

Secara peribadi saya jarang dan sukar bermimpi. Insya ALLAH menjadi amalan rutin memulai tidur dgn doa dan mmbayangkan ini adalah nafas saya yang terakhir andai esok bukan untuk saya lagi saya rela pergi tak kembali.LA ILA HA ILLALAH.

Tidur kita adalah mati dan mati adalah kerehatan bagi orang yng beriman. Andai saya dipilih untuk bermimpi, saya ingin bermimpi  bertemu Rasulullah. Banyak sunnahnya ditinggalkan ummah.. Adakah sesuatu yang pelik untuk manusia banyak khilaf dan kurang ilmu ini untuk bermimpi bertemu dgn baginda??.

bila HATI mati:

 Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…
Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

1.Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2.Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
3.Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4.Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5.Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6.Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
AL FATIHAH buat almarhum ayah