Sunday, October 31, 2010

Recap Birthday - October

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

OKTOBER …Almarhum ayah dan emak dilahirkan pada bulan ini. Begitulah mengikut catatan pendaftaran yang tertulis di kad pengenalan mereka walaupun tak diketahui ketepatan tarikhnya. Mengikut kata aruah ayah, org dulu-dulu tak mendaftar secara langsung selepas kelahiran anak mereka dan apabila didaftarkan, pihak polis balai lebih mudah mencatat tarikh hujung bulan sebagai tarikh kelahirannya. (sekiranya tarikh sebenar tak dimaklumkan). Apapun saya tetap mengabadikan tarikh-tarikh keramat ini.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :
buat emak, anak2 saudara dan cucu2 saudara yang disayangi:


Haizanizam
Hajar Fatimah
Ahmad Handzolah
Mohammad Hamzah
Mohammad Ibrahim
Maryam Nusaibah
Muhammad Aufa Syauqie (cucu)
Amirul Hakim (cucu)
Aris Fathi : 31 October
Emak       : 31 October


Semuga generasi ini seindah nama dan akhlak menghiasi peribadi mereka. Jadilah anak2 soleh dan solehah dalam mentaati ALLAH dan family. Umur merupakan modal untuk mencipta bekalan akhirat. Dalam nikmat umur yang dilalui, berbuatlah maaruf sebanyak mungkin utk mancapai kebahagiaan di akhirat. Selamat meraikan kelahiran dan bersyukurlah akan setiap nafas yang disedut dan di hembus.

Memetik dari sumber pembacaan, perjalanan umur seseorang di dunia ini seumpama menaiki sebuah bas ke satu-satu destinasi yang berbeza ….Ada masanya yang naik dulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian akan turun dahulu. Oleh iu bersedialah untuk dipanggil mengadap ilahi. Kita semua akan dipanggil. Namun masa dan tikanya belum pasti. Salam takziah buat mangsa tragedy bas di Genting apabila 7 penumpangnya telah sampai ke destinasinya/di panggil dulu walaupun dalam bas yang sama. Kita yang hidup masih meneruskan perjalanan..Insya ALLAH selamat.

AL FATIHAH juga di khususkan buat aruah ayah dan aruah ngah (mak saudara) yang disayangi yang telah mendahului . Semuga ALLAH merahmati dan mengampuni dan mengasihani mereka seperti mana mereka pernah mengasihi kami sebelum ini dan meluaskan kubur2 mereka dan memberi kerehatan laksana di taman2 syurga buat mereka dan seluruh pengguni alam barzah yang lain..

Amin.
Harap-harapnya tak de yang tercicir lagi...sory tokchu khilaf tadi.

Thursday, October 28, 2010

Hanya 1100 ??

Angka yg menarik utk plat sebuah kereta atau motor, no. rumah, no. telefon atau apa2 saja yang mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa atau sejarah…:)  Jika ukuran 1100 dlm nilai mata wang dolar atau RM ia mungkin sedikit bagi setengah orang tetapi tidak bagi seseorang.

Segalanya bermula hanya di hujung jari:
Menerima email dan mengikut arahan mengupdatekan e-banking (maybank2U).
enter dan enter..next…????
Menyemak semula bakinya…Kejutannnn!!!
Bakinya kini hanya cukup sekadar tambang bas KL-Kuantan(RM23). Kemana ghaibnya RM1100????

Astaqfirullahal Azim…jenayah apakah ini? Siapakah yang memukau dan mengalihkan RM dari akaun ini ?? Bagaimana pantasnya misteri 1100 ghaib nie? Dan kenapa fenomena ni berlaku dalam kekalutan pembangunan e-teknologi. Teknologikah yang bersalah atau ??? Di mana langkah2 protection yg disediakan pihak bank? Mana peranan KDN, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia yang memantau gejala jenayah siber ini dan yang berkaitan dengannya??

Pihak bank seolah-olah melepaskan tangan, dan baginya ia adalah lumrah. Biarpun rakyat marhaen ini hanya kehilangan RM1100 tetapi nilaian baginya umpama ratusan ribu bahkan melangkau jutaan ringgit berbanding yang tersurat RM1100. Komitmen family dan diri terpaksa ditangguhkan gara-gara ghaibnya nilaian RM1100. Bank tak dapat menyediakan access utk mengenalpasti punca dan mengesan kehilangan…ajaib bukan???

Jika di segi logik, e-banking pasti berhubungkait dengan access, pengkalan data dan server. Dan setiap urusan perbankan mesti ada work-flownya.. Dari akaun 1 ke akaun 2 dan ke 3 dan kemana destinasi aliran kewangan itu..Tetapi bila laporan ini dibuat, pihak bank seperti melepaskan batuk ditangga. Menerima laporan jenayah siber ini, tetapi tak dapat berbuat apa-apa…Kononnya pihak bank belum mampu menyediakan RM tertentu untuk menyediakan acess pengesan tersebut .Wallahuaklam.

Ohhh terlalu mudah kita menuding jari pada teknologi hujung jari.. :
- Sory, network failure.dot dot…
- tandatangan tak diperlukan. Ini adalah cetakan komputer
- Harap maaf, elektrik terputus. Segala urusan ditangguhkan dan sebarang kesulitan, amat dikesali.

Flashback seketika, dulu tanpa teknologi, segala urusan dapat dibereskan seperti biasa dan human error bukanlah satu kekangan, tapi sekarang….siapakah yang menggerakkan teknologi tersebut dan kenapa human error bukan punca tergendalanya urusan??

Bila di adukan kepada pihak polis yang berdekatan…ia sekadar pelengkap sebuah ceritera. Pihak kami menerima laporan ini dan tak dapat berbuat apa-apa kerana ini bukanlah kes pertama. Ada lagi kes yang lebih besar nilainya tetapi bank tak dapat bekekerjasama dan kita masing-masing ada policy. Astaqfirullah.

Inilah situasi yang dihadapi oleh yatt@ismihayati seorang sahabat, frenz merangkap adik yang seusia anak2 saudara saya yang dipilih menerima musibah ini (saya mengenalinya sejak 4 tahun dulu ketika dia menjalani latihan praktikal di BTP). Biarpun dihadapi dengan tabah, namun sejauhmanakah kekuatan jiwa adik nisa’ ini dlm meniti kehidupan di kota yang memerlukan duit. Kemelut diri membelenggu dan resah merantai, antara kesilapan atau kecuaian…Biarpun ianya berlaku di pagi hari bekerja….gusar dan laranya selangit kelam malam berlarut hingga ke mingguan. Resah hatinya dikongsi sepertimana sms tercatat biarpun ianya  telahpun berlalu:
Itulah reality yg saya hadapi minggu ni, emosi pada semua org ..menangis sendirian, gaduh dgn pihak bank, berurusan dgn polis yg handle kes…semuanya settle sendirian. Maaf sekali lagi cu,saya keterlaluan dlm berkata2..

Apa yg berlaku telahpun berlaku…menerima dalam keterpaksaan inilah takdir yang harus dibayar untuk minggu2 terakhir Oktober 2010. Pada siapa diharapkan lagi, institusi kewangan hanya memandang sebelah mata, pihak polis hanya melaksanakan prosedur, yang tinggal hanyalah makna sebuah persahabatan.

Secara peribadi, saya turut kagum dengan keprihatinan rakan2 sepejabatnya yang memberi kekuatan semangat untuknya. Bahkan menghulur bantuan saguhati dari masa ke semasa. Begitu juga dengan Mala, seorang rakan serumah yang juga rakan seopis dengannya  yang amat memahami. Kepada Kak Wan saya kagum dengan ciri-ciri kepimpinannya dalam meredakan keresahan anak buahnya ini. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan seseorang dan pastinya kebaikan hari ini akan beroleh pahalanya di akhirat.
Pada Yatt ...ucapkanlah terimakasih kepada mereka yang telah membantumu. Jazakillah...

Benarlah, ini sebahagian ujian yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalaman. Sejauhmana konsep redza, pinjaman dan tawakal yg kita ada dapat diaplikasikan? Tebal atau nipis iman kita akan teruja bila di timpa musibah. Sejauhmana kita bermuhasabah, menjadikannya iktibar dan hikmah atas kejadian yang telahpun berlalu…

Gantian ALLAH pastinya diperolehi dan berilah kemaafan untuk memperolehi ketenangan. Biarlah tangan-tangan kotor itu dikatakan hero siber, menyedut duit2 dari kepayahan orang lain dan yakinlah ALLAH tetap menyaksikannya. ALLAH menyukai dan memuliakan kebaikan serta org yang melakukan kebaikan dan DIA amat membenci dan menghinakan kejahatan serta org yang melakukan kejahatan.Nauzubillah

Penggunaan komputer dan internet menggamit pada aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data boleh terdedah kepada tujuan yang tidak sihat. Sejauhmanakah jabatan kerajaan membuat persediaan bagi melindungi keselamatan data2 menerusi HRMIS, myASET, e-penyatagaji, dsb yang sedang disuruhguna pakai sekarang..Fikir2kan.

Moralnya, berhati-hatilah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Pekalah dengan persekitaran dan waspadalah dengan segala kemungkinan. Menggunakan pancaindera anugerah ilahi, buatlah penelitian dan bertindaklah mengikut susur ALLAH. Catatan ini juga untuk peringatan buat diri sendiri dan teman2 yang menggunakan apa saja aplikasi teknologi . Kecuaian kita mungkin memberi keuntungan di pihak lain dan alangkah indahnya jika ia disalurkan ke saham akhirat.Wallhuaklam.

Wednesday, October 27, 2010

Kiranya bersama lagi

PADA HARI INI 28 OCTOBER 1922
 kelahiran
AYAHANDAKU HJ MANSOR BIN ABDULLAH BIN KHAMIS
Kiranya ayahanda ku masih bersama, usianya hari ini 88 tahun. 
11 JUN 2009 dalam usia 87 tahun ayahandaku pergi menyahut seruan ALLAH.
AL FATIHAH

Walaupun jasad ayahanda telah disemadikan,  tak lekang ku menghadiahkan kuntuman doa
untuknya setiap hari.  
Dan pusaramu akan diziarahi tiap kali pulang ke kampung..
Ya ALLAH ampunilah, rahmatilah dan kasihanilah ayahandaku tanpa terbatas dengan cucurilah RahmahMU,dan kasihanilah dan tempatkan ayahandaku di taman2 syurga..
Ayah....saya rindu ayah
 YA ALLAH  YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 ibu bapaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 
 
  "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)


 kita akan sama-sama jaga pusara ayah@ wan




 kita akan menghadiahkan tahlil dan doa

 kita berkumpul dan mendoakan ayah@wan dan semua yang telah mendahului

   cinta kasih mak pada ayah tiada penghujung...
dirimu kini syurga kami

Doa untuk ayah..amin

Tuesday, October 26, 2010

Dgn IzinNYA kita berikthiar..

Atas ukhuwah yang ada, sama-sama kita mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat Pn Nora sepertimana yang tercatat harapan seorang sahabat dlm blognya atas tajuk: doa kami untuk nani  (klik disini). Sekadar berkongsi info yang ditemui saya menghebahkan jua utk pedoman. Kepada En Rozali (pemilik Pahala Hindari Dosa), mohon  diperpanjangkan kepada Pn Nora dan familynya...Hari ini hari mereka...Semuga ALLAH memperkenankan doa dan hajat kita utk kesihatan semua.  Amin
 
Penyakit Barah atau Kanser ialah suatu penyakit bengkak dan bernanah. Dia mempunyai banyak nama berdasarkan anggota atau saluran tertentu seperti Barah Paru-Paru, Barah Usus, Barah Dada, Barah Rahim, juga Barah Darah (Buah Dada).

Antara penyakit2 yang benar2 dapat disembuhkan menerusi Al-Quran, sesudah ketandusan ikhtiar para doktor, ialah penyakit barah. Ujian telah dibuat kepada banyak jenis barah dan didapati semuanya sembuh.

Pengubatan cara ini termasuklah:
1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.

Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dab 4 Tabaarak.
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:

"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (HR At-Tirmidzi)

Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh.

Rujukan:

Mari Berubat Dengan Al-Quran karya Syeikh Abi Al-Fadaa' Muhammad, saduran Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, cetakan keempat 2006, Al-Hidayah Publishers.

Sumber :
http://www.mauswah.blogspot.com

  *

Monday, October 25, 2010

101010 punya cerita

Ini menu kenduri di Sabak Bernam. Tidak termasuk dlm pinggan ini ialah ayam masak merah dan ikan keli percik. (apa nak di kato saya tak makan) Banyak menu dan sedap2 belaka. Alhamdulillah

Menu yang istimewa dan lain dari yang lain ialah, sambal tahun(taun). Pertama kali buat keluarga saya merasainya. Ada yang kata sedap, pelik, tak lalu dan tapi bolehla sekadar merasa. Kelakar juga mengingatkan pengalaman pertama merasainya di Teluk Intan tika kenduri kahwin anakanda Fiza-Azli. Pada mulanya saya dan Suriani (anak saudara) mengambil sesudu sekadar merasainya, kemudian sesudu lagi…tut tut…bila kata perut lembu…selera kami terbantut….selera lauk pengantin pun menjadi hambar…Maklumla mngingatkan kulit lembu@belulang yang lazimnya ditanam selepas lembu ditumbangkan. Tetapi selepas saya mendalami proses pembuatannya dan bertanya dengan beberapa org keturunan Jawa di Malaysia barulah minda ini boleh menerimanya lagi. Alhamdulillah.

Sekali pandang masakan ini nampak seperti sayur lemak putih biasa, tetapi apabila dah merasainya…fuhhh pedasnya hingga ke hujung telinga tapi besttt... Ala2 jgn disangka air tenang tak de buaya. Selain rencah kulit lembu(belulang) ada kerang di masukan bersama2 dengan halia..kalau nak tahu kenalah rasai sendiri. Menu sambal tahun ini sangat popular di kalangan masyarakat jawa. Pada umumnya masyarakat di sini masih mengamalkan budaya dan tradisi mereka. Melalui perkahwinan emak saudara sepupu( aruah Ngah Eshah) dengan bapa saudara sepupu(aruah Ngah Jais) yang memang keturunan Jawa,kini kesinambungan warisan ini diteruskan oleh anak-cucu mereka.

Syukurlah walaupun hubungan kekeluargaan kami dipisahkan oleh jarak dan keadaan tetapi apabila melibatkan sakit, kematian atau kenduri-kendara pasti ada pertemuan. Begitulah lumrah bila berjauhan..bertanya khabar menerusi talian dan ziarah-menziarahi dikala berkesempatan. Terima kasih ayong (maaf cu tak tahu nama sebenar ), selaku anak sulung yang beriya-iya menjemput family Kedah ke majlis perkahwinan adik bOngsunya. Mereka lima beradik menjadi yatim piatu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek dan atuk mereka( kini juga aruah). Kini tinggal dua adik lelakinya masih bujang manakala yang perempuan telah berkahwin.

Indahnya majlis kenduri tersebut ialah, pertemuan keluarga saya. Dari Kedah , abg no 2( abg Mat bersama kak nab),abg no.3( abg Din bersama kak nah) juga Paksu adik ke11 turut hadir bagi mewakili family di kampung. Atas sesuatu sebab, Mak tak dapat turut serta. Sara, anak saudara di UniMAP yang kebetulan ada program di juga turut serta. Manakala dari selatan, kebetulan mereka ada program IKRAM di Bangi abg no.5( abg Zan dan family) turut sama. Dari Pahang kakak saya(cik na) dan familynya hadir bersama dengan satu kejutan kepulangan suaminya di Sabah turut bersama-sama meraikan jemputan. Subhanallah. Pertemuan keluarga jadinya.
choop!!..mana pulak pi si nadiah???
 
Walaupun dalam keadaan becak kerana air sungai yang naik secara mengejut sehari sebelumnya, suasana makan dan majlis tetap meriah. Ungu sebagai warna tema menghiasi majlis. Khemah, pakaian pengantin, pakaian seragam keluarga mewarnai majlis tersebut. Walaupun tanpa emak dan abah, atuk dan nenek, tetapi dengan semangat kerjasama antara bapa-bapa saudara, adik-beradik dan sepupu2 ayong, saya rasa sempurnalah majlis mereka. Walaupun beberapa adat masih dikekalkan dan aurat pengantin di ambil ringan, sama-samalah kita berdoa semuga ALLAH berikan hidayat buat mereka.

Pertama kali bertemu Ayong dan familynya …Ats pertemuan yang ALLAH rancangkan, kita menjadi semakin mesra.. Terharu dgn ketulusan dan bantuan2 diberi bila bertemu di KMC. Suaminya Majid dan anaknya Mokhzany juga baik dan mudah mesra. Darah persaudaraan mengalir pantas walaupun kita hanya akrab di usia dewasa.
  lain tempat, lain budayanya

Kepada pengantin yang diraikan, anakanda Norsuhaida dan nizam,walaupun kita kurang mengenali, anggaplah inilah jalinan kasih sayang keluarga kita. Bagaikan hadir sama ayahanda bonda meraikan majlis, muga kalian berdua bahagia melayari bahtera perkhwinan ini. Hiasi dan peliharalah aurat dan rumahtangga muga iman makin matang seiring dengan perubahan fasa ini.
Pulun sakan noo....


Bertemu  pulak mak andak...confius seketika  kakak2ku di mana ucu..hihi

Tangan kami juga tak kosong bila yOng turut membekalkan nasi kenduri bersama sambal tahun, bunga telur serta cenderamata perkahwinan. Maklumlah rombongan jauh jadi bolehla pakat2 merasa. Seusai solat dzuhur di masjid berhampiran, konvoi 3 biji kereta berpisah dengan destinasi berbeza - Kedah,Johor dan Pahang via KL . Terima Kasih ALLAH atas persaudaraan ini. Walaupun kita masing2 dalam generasi kedua dan ke3, hubungan ini perlu berterusan dan kita tetap bersaudara.
cepatlaa ayang..mak usu(saya) dah posing nie ..hihi
Terima kasih ayang dan nurazmi:
101010: punya cerita tersendiri...bagi yang bergembira..ingat2lah akan kematian... Semuga dicucuri rahmat keatas roh2 aruah family yang telah mendahului dan juga buat roh2 muslimin muslimat terutamanya yang terlibat dengan tragedy ngeri 101010….berita kemalangan ini pada mulanya menggamit resah ……………………………andai tadi pertemuan terakhir kita…
Alhamdulillah semuanya selamat. Amin.

Friday, October 22, 2010

Andainya ku tahu

Mampukah fikiran ku menjangkau
Soalan tentang masa depan
Sedangkan  rumput didepanku
Baru ku sedari keutuhannya

Ku ingin jadi seperti rumput
Lembut tapi kuat
Geraknya perlahan tapi 'consistent'
Bisa menahan hakisan
proxy keruntuhan
SUBHANALLAH

Thursday, October 21, 2010

Kenapa ?

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta dan terkunci???
Jawapannya tak lain disebbkan dosa yg dilakukan. 
Dosa itu penghalang taqarrub kita pada ALLAH. Dosa-dosa itu menjauhkan kita dlm mencari jalan kebenaran. Dosa-dosa itulah yg mngeraskan hati2 kita sehingga payah menerima ilmu, nasihat dan teguran.
LEMBUTKANLAH HATIMU
nescaya episod hidup lebih bermakna

Tuesday, October 19, 2010

Lambaian Kaseh

Mak..
Semalam nyenyak tidor mu terganggu
Meronta ingatan kasih pada dua nyawa
Diserah pada yang punya Kuasa
Selamatkan destinasi anak cucunya
Pesannya jangan dilupa doa , zikir jangan dicuai
Bibir mengucap, hati menyatu
Andai ini lambaian terakhir

Tapi kami..
Nyenyak di pangku nyamannya penghawa dingin
Empuknya singgahsana
Sesekali terpandang di luar kaca
Hitam pekat, nikmatnya malam
Untuk kerehatan

Kami dipantau
Tiap tika dikejutkan lagi
sms berbunyi, deringan mengiringi
Kat mana, Di mana ?
Pelengkap jawapan dipinta.

Lambaian kasih
Mengiringi perjlanan
Antara kematian dan suratan
Kasih dan sayang
Dua insan dalam misi kekeluargaaan.
Selamat dlm perencanaan
Terima kasih TUHAN
ALHAMDULILAH



 KL-PDG-Kuantan-KL
 17102010

Thursday, October 14, 2010

sejambak kasih -2

Melewati petang 07101010, d’va meluncur terus ke PICC. Syukur niat saya utk meraikan konvokesyen acik dipermudahkan. Walaupun tak sempat menyaksikan acik naik ke pentas menerusi paparan skrin di luar dewan, namun kemeriahan dan suasana berkonvo tetap dirasai. Menerusi layar ini, saya membayangkan dengan jubah yang ayu, acik menyusun langkah menerima anugerah diplomanya. Biarlah emaknya dan along menjadi saksi di dalam dewan kerana itulah rekod peribadi yng diciptanya.


Acik adalah host kami, anak ke 3 dari 7 beradik. Beliau merupakan graduan
UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT). Setiap semester, acik menerima anugerah dekan dan merupakan seorang pelajar pintar yang aktif. Namun begitu, pesaingnya mempunyai kelebihan kerana aktif dalam MPP. Acik tetap berjaya dihati kami. Saya kagum membaca tinta FB ibunya sebagai perangsang:
tahniah buat puteri ku..achik/atiqah... pada konvokesyen ke 7 UniKL semalam. syukur dapat anugerah dekan pada semua semester... jangan kecewa tak dapat anugerah presiden.. kerana kau telah berjaya merangkul anugerah IBU.. dan berusahalah untuk mendapat anugerah ALLAH SNW yang lebih berharga dan bermakna dunia akhirat...


Meninjau2 di luar dewan sambil melewati booth yng menjual pelbagai cenderamata konvo-apakah hadiah yg sesuai ku beri pada acik..bingung juga membuat keputusan dalam waktu yng singkat. Seusai solat asar, cuba ku hubungi Dila, salah seorang adik beradik acik yang berada di luar dewan untuk membantu. Ala-ala rescue Dilla dan Amin sudi menemani dan mmberikan pandangan ... Terima kasih sayang...antara yang banyak2....
menarik pulak cute bear disebalik bunga hidup

 bluish bear untuk acik..u like ?

Hanya ini yang saya berikan sebagai tanda kejayaannya. Bukan untuk di ungkit tapi memadailah sebagai tanda kenangan dan pembakar semangat utknya dan adik2nya untuk meneruskan legasi kejayaan dlm kehidupan yang cemerlang.


Apabila selesai majlis, dari jauh saya perhatikan acik yang lengkap berjubah konvo. Terserlah ayunya dia dan kini dirinya telah dihargai. Bila pipinya singgah di pipi saya, acik berbisik …”acik tau, ucu tak kan kecewakan harapan acik.” Terima kasih ucu……Subhanallah, kegembiraan acik adalah kebahagiaan ucu jugak. Andainya dapat diputarkan masa, pastinya acik lebih gumbira bersama ayah melakari peristiwa bahagia ini. Namun tanpa ayah, acik masih berjaya buktikan, kejayaan hari ini adalah jejak kasih ibu dan dirintis oleh ayah jua. Pastinya ayah tenang dan gumbira mempunyai anak seperti acik dan adik beradik yang lain. Al Fatihah buat Allahyarham Abg Nordin yg meninggal 10 tahun lalu.
 
Ucu  tumpang gembira meraikan kejayaan mu. Inilah kejayaan anak2 saudara angkat ucu..Terima kasih kak Zan, seorang ibu merangkap ayah, teman dan sahabat yang melebarkan benih kemesraan antara saya dengan anak2nya. Saya juga begitu senang bersama mereka dan belajar cara pendekatan dan pendidikan yang diguna pakai oleh kak Zan dalam membesarkan ke tujuh2 anaknya. Seorang ibu perlu peka dgn persekitaran anak-anaknya. Kaedah ibu sebagai kawan, pembimbing dan penasihat  menjadi rencam hidupnya…Mungkin banyak kunci kehidupannya yang menjadikan beliau seorang ibu tunggal yang berjaya dan bakal menjawat jawatan yg lebih tinggi. Semuga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidupmu kakak. Insya ALLAH bakal menjawat jawatan yag hebat dalam Kem.Pelajaran


Masa adalah nyawa kita, Kita tak mungkin mampu mengembalikan masa yg berlalu. Seandainya mengisi dgn kebaikan. Ia tersimpan sebagai pahala. Memanfaatkan masa bersama enam dari tujuh anak2 saudara angkat  ini amat bermakna. Nilai-nilai murni mereka amat saya kagumi. Walaupun ketiadaan Adila dirasai namun tuntutan pelajarannya di UITM lebih penting dan wajar didahulukan.  Pastimya Kak zan mempunyai strategi utk mnghimpun anak-anaknya  bagi meraikan kejayaan acik ini. 

Hari ini hari bahagia buat acik, dan kami melebarkan peluang untuknya berposing..Dialah sasaran lensa:.

Diploma in Aircraft Maintenance Technology(Avionic) dgn pencapaian  CGPA 3.96 menjadi milik Acik.
 Tahniah Acik: Cita-citanya kini ingin memiliki sijil aircraft. Gapailah awan tinggi kerana ia bukan hayalan lagi . Sedangkan asteronoit boleh meredah angkasa, inikan pula hanya pesawat di angkasa.  InsyaALLAH dengan semangat dan restu ALLAH serta redza emak, pastinya acik boleh!!!

Angah (Adam) yg paling sporting. Mana nak dapat abg yang baik camni!!

Acik membelanjakan duit gaji kedua yng diterimanya dgn menjamu kami makan malam  di sebuah restoran di Putraya. Suasana damai menikmati kolam pancing ikan di tingkat bawah memberi ketenangan teramat semasa menikmati juadah ini. Secara kebetulan,  saya sedang berpuasa dan mereka begitu prihatin dgn juadah berbuka pada petang itu. Terima kasih ALLAH atas pertemuan dan berpeluang meraikan kejayaan ini bersama mereka. Semuga Acik mmperolehi peluang pekerjaaan yang setimpal dengan kejayaanny dan diperkenankan cita-citanya dan diberkati ALLAH akan rezeki dan kehidupannya.
Apa nak dikata..segalanya licin. Terima kasih Acik


Bila acik berkata-kata dlm FB ( Ucu petik tanpa izin) :
the only reason i ever wanted the award is to make u, my beloved mother, proud...I know how hard it is for u to be a mother n a father at the same time, especially to a daughter like me. I just wanna make things better for u and to make u p...
  ................................
Thank you all for coming, for your time and the flowers. Really appreciate it ! 
I wished my father was there with us at the event. *Al-fatihah*
 
Alhamdulilah dan Tahniah Acik.
Terkasima saya dgn bahasa penghargaan seorang anak buat ibunya..
Terima kasih atas perkongsian ini dan tahniah buat acik. Saya gumbira mengenali acik dan keluarga. 
Semuga ALLAH membalas kebaikan yang dihulur . 
TERIMA KASIH ALLAH  

**ucu=saya



Wednesday, October 13, 2010

sejambak kasih -1

"KonvO acik ucu datang tau"
"akak, jgn lupa, konvo kita orang tau...7.10.2010. datang tau bawa bunga.... "
Ini antara ayat keramat yg berlegar-legar di kepala saya menjelang konvo mereka. Sudah saya recce jarak lokasi KL-PICC, namun masih konfius mencari waktu yg sesuai. Bebanan kerja mngganggu pemikiranku seketika. Cuti yang di pohon terpaksa dibatalkan di saat akhir. Gara-gara kunjungan juru audit banyak urusan yang belum selesai.

Konvo Wanie dan Syida di sesi pagi manakala konvo Acik di sesi petang pada hari yang sama. Saya cuba memungkinkan kehadiran untuk bersama Syida dan Wanie meraikan kejayaan mereka, dgn sekuntum bunga pengukir janji yang terlewat. Namun hanya menjadi hayalan kerana tak berpeluang meraikan kegembiraaan bersama mereka. Walau bagaimanapun nukilan kasih pengganti diri sempat singgah di telepOn mereka. Kata Wanie it's touching dan kata Syida really appreciate  it. Bergumbirala duhai adik2 ku,..hari ini kalian antara mereka yang layak menerima anugerah atas usaha kendiri. Bermulalah lakaran kejayaan dengan memiliki diploma, bakal disusuli pulak dengan ijazah cuma 3 tahun lagi . InsyALLAH.

TAHNIAH dik Wanie dan dik Syida

UniKL BMI (British Malaysia Institute) pasti berbangga menghasilkan produk yang berjaya dari tahun ke tahun.

Apabila memperolehi kejayaan biar kecil sekalipun, raikanlah kejayaan itu. Usah beranggapan kejayaan itu kecil dan tiada signifikannya. Hakikatnya hanya apabila kajayaan kecil dihargai dan disyukuri, barulah kejayaan besar akan menjelma. Andai kegagalan mendekati pula,jangan mengalah dan berilah maaf kepada diri dan bersangka baik lah pada hikmah ALLAH. Bak kata sebuah buku yng pernah dibaca, bersedialah dgn skrip hidup yang diluar jangkaan. Kita inginkan putih, tapi hitam yang muncul..Cerah yang ditunggu, gelap yang tiba...Ingatlah kita hanya hamba dan ALLAH mmpunyai jawapan sentiasa mengawasi kita.  

Hanya mereka yang layak memenuhi ruang ini
beruntungnya mereka


Dari riak wajah, gambaran rasa riang yang teramat, PICC menjadi saksi dan pentas itu bakal dijejaki lagi nanti. Riangnya hati mereka bila kedua ibu dan ayah turut serta meraikan kejayaan mereka. Inilah antara anak2 remaja yang tahu menghargai pengorbanan ibu ayah mereka. Segalanya adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan perkongsian mengenali mereka ketika menjalani latihan praktikal.

  perasaan gumbira sukar dikawal tika ini
layannnn..

Satu tika dulu, Syida berpengalaman membesar di oversea kerana mengikut ayahnya melanjutkan pelajaran di sana. Adalah satu cabaran utknya meneruskan kesinambungan itu berdasarkan trek pencapaian anugerah dekan  semester yang dipegangnya dan kejayaan ayahnya sebagai ikon family. Syida adalah adik yang baik, berdikari dan menghormati orng tua. Berbahagialah familynya mempunyai anak yang tahu menghargai dan bijaksana ini.   Ayuh, maralah duhai adik, kerana ilmu itu harus dikejar, agama pula jangan dicicirkan dan akidah pulak perlu digilap.


 Simpulan kasih untuk mu ibu@ ummi
Original dan disahkan halal


Wanie pula pernah berkata, selagi berpeluang belajar dan berdekatan dgn family, dia akan belajar sambil berkhidmat kepada ibu babanya. Inilah anak remaja yang tak mngabaikan peranan mereka dalam family dan kampusnya. Berlatar belakangkan pendidikan agama, Wanie perlu mempraktikkan ketulinan ilmu yang dimilikinya. Bukan salah persekitaran atau pergaulan tetapi ianya adalah dari dalam diri. Kecantikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki haruslah seimbang dengan tuntutan agama.  Mak dan ayah wanie mgg baik dan saya suka mngenali mereka. Terima kasih ALLAH mmpertemukan kami secara tak terancang.
Bahagianya mereka.
Opp... mcm tak cukup korum pulak..Pakcik Rahmad ke mana ya???


Mereka telah  memiliki Diploma ini Engineering Technology in Electrical and Electronic.
 ( wow..ini sudah bolot, yang saya ada cuma...in Electronic Engineering) 

   
  Tudia sekuntum mawar berduri  .
alangkah indahnya jika saya yg mmberikannya..
 Mengapa ada yang MENCIPLAK ya.??

TAHNIAH buat Wanie, Syida, Echa. Misha@ Masha, Jannah ,Fifi  juga AF( Bsc.) 
dan mereka yang mengenali saya. 
Jadikan lembaran anugerah hari ini sebagai tangga untuk menjejaki kecemerlangan akhirat.
Hari ini menentukan BESOK dan esok bermula HARI INI.
Teruskan mengejar dan menambah ilmu dan raihlah kejayaan sebaik mungkin.
Hanya usaha dan redza ibu bapa dan izin ALLAH mengiringi kejayaan
Terima kasih W&S,berkongsi foto di sini dan n3 ini khas buat kamu ,
sebagai pengganti diri atas ketidakhadiran 
Kita bagai satu keluarga
Bahagianya bersama kamu
TERIMA KASIH ALLAH

Doa atas kenderaaan

Dalam Sahih Muslim dan Sunan Abi Daud diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasululah SAW, apabila duduk tegap atas untanya, sebelum memulai safarnya beliau bertakbir 3x, kemudian membaca doa:
 
" Maha suci ALLAH yang telah menundukkan bagi kami (kenderaaan) ini, padahal sebelumnya kami tak mampu menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan Kami.
Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMU, di dlm perjlnan kami ini, kebaikan dan ketaqwaan dan dari amalan yang Engkau redzai.
Ya ALLAH, mudahkanlah bagi kami perjalanan kami dan singkatkanlah bagi kami jaraknya.
Ya ALLAH, Engkau adalah teman dlm perjalanan, dan pengganti(yg menjaga) dalam keluarga(yg ditinggalkan)
Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari kesusahan perjlanan, kesedihan pemandangan, dan keburukan tempat kembali, baik pada harta dan keluarga. "

Sumber : Petikan buku- Perjlan Rabbani Merentas Dunia, Barzah dan Akhirat

Tuesday, October 12, 2010

simpati kita pada mereka

Pilu... dasyat....takut...., sebak..., sedih.....terharu, terkilan....menggerikan....
inilah antara gambaran perasaaan yang terpampang di dada akhbar sejak semalam. Gambaran perasaaan yg bersifat subjektif ini hanya lah satu daripada penciptaan ALLAH. Betapa bertuahnya hati kita, dilontarkan rasa ini bagi mnggambarkan, kita seorang penyayang dan bersimpati atas kejadian ngeri 101010. Foto2 yang singgah di FB dan email menjadi saksi inilah kejadian yang benar2 berlaku. (Memadailah ini sebagai catatan rasa tanpa gambaran rasa yg hiba)


Tapi sejauh mana kita mengucapkan lafaz takziah dan innalillah hiwainna ilaihirojiun.( darinya kita datang dan kepadanya jua kita dikembalikan....) kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kecelakaaan ni??  Sejauhmana rasa syukur kita yang menjamin keselamatan kita selamanya???

Usahlah kita menyalahkan takdir ALLAH ini. ALLAH jua yang merencanakan segalanya bagi kita berfikir tentang kebesaranNYA. Apabila telah sampai ajal seseorang, tak akan dilewat dan dicepatkan dan inilah janji ALLAH kepada setiap yang bernama makhluk. Hanya asbab yang dikaitkan dengan punca kematian ini. Musibah itu telah berlaku dan usahlah kita menyalahkan  keadaan sistem jalan raya, kondisi bas, cuaca ataupun lembaga ajaib.

Sama-samalah kita hulurkan doa, kirimkan solat hadiah dan jika berkesempatan kita berziarah bagi menzahirkan rasa kasih dan membalut kesedihan mereka. Walaupun mereka bukan saudara kita tetapi mereka juga sebahagian dari kita dan mungkin juga mereka lebih banyak amalan dari kita dan diredzai ALLAH. Sebagai iktibar buat diri juga, seringlah beringat-ingat akan kematian yang sering mengejar kita, mendahului doa di kala menaiki kenderaan dan berdoalah diakhiri kematian dengan  husnul qatimah. Ampuni dosa2 kita dan redzalah  kita sebagai ummah yang rindukan jannah dalam mentaati perintah dan larangan ALLAH. Insya ALLAH.
hari ini mereka meronta
tangis mereka dalam trauma
kematian mengejar mereka
yang terkujur, terburai kata kita 
bukan salah mereka
bukan salah kita
bukan salah DIA
bukan salah sesiapa
mereka hanya kembali padaNYA
yang ESA

 AL FATIHAH kepada semua mangsa tragedi 1010101 yg telah meninggal.Semuga dicucuri rahmat ats roh mereka dan dtempatkan di kalangan orang yg soleh. Insya ALLAH. Semuga cepat sembuh bagi yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat. Bersabarlah dengan ujian ini.
Walluaklam. 

Friday, October 8, 2010

JR 4: Rawang Tour

Masih mngekalkan tajuk Jejajah Raya, saya mengabadikan catatan kenangan hujung minggu (Ahad) yang di kongsikan bersama Acik,Ruby dan Muni dan family Norehan. Kali ini konvoi kami di nakhodai oleh pasangan bahagia- Norehan(BTP)& Sharin. Konvoi 2 BML dan 1 myV tiba tepat masanya di laman rumah syikin di Taman d’mas, Rawang atas jemputan.

Menyambut kedatangan kami, Ikin dan dua puterinya sibuk mnyediakan menu tengahari. Namun suaminya En. Zairi tiada di rumah kerana bekerja.Hidangan lunch berupa menu berasaskan ayam,ikan, sayur menepati selera tetamu. Kedua-dua puteri Norehan& Sharin turut berselera menikmati menu tengahari itu. Terima kasih Ikin yang sudi mngundang kami dan menikmati makan tengahari. Dalam masa yang sama, sempat lagi Ikin menyediakan kek kukusnya namun kami terpaksa bergerak ke rumah lain pulak.Memadailah mngetahui cara menyediakannya kerana kami sempat menikmati sebelum ianya habis... Terima kasih Ikin


TAR dan ITA
Walaupun dimaklumkan di saat akhir kedatangan kami ke rumahnya, namun mereka sempat menyediakan menu hebat utk konvoi kami. Terima Kasih,sudi menerima tetamu dengan menyediakan mee kari ayam dan lontong + nasi impit.

Mokhtar(Tar) rapat dengan saya sejak sebelum berkahwin lagi kerana kami dari satu unit yang sama, berguru dengan guru yang sama, dan merangkap anak didik saya juga. Begitu juga Ita, selepas berkahwin, beliau mengenali saya dan kami saling menghormati sesama. Walau bagaimanapun, jarak, masa dan keadaan membataskan ukhuwah ini.

Seketika juga,Mokhtar bertugas di Politeknik Sabak Bernam sebelum kembali semula ke BTP. Hubungan semakin renggang apabila mereka berpindah ke rumah baru di Rawang dan kini barulah saya berpeluang berkunjung ke rumahnya. Bahagianya mereka

Indah dan damainya berada di rumah Tar dan Ita . Kedua-dua puterinya semakin mesra dengan saya. Terima kasih anakanda Aqilah,yang sempat membuat presentation tanpa gaya bertajuk MY SUPER HERO. Wah wah !Mokhtar Eisa (MBE)….you are her super hero…Congrate. Si adik masih malu-malu tetapi tak lokek menebarkan senyum berbekas 2 lesung pipitnya..


YUS dan AS
Maafkanlah sekiranya kedatangan kami mengganggu hujung minggu keluarga Yusran(Yus) dan Asma. Kesian Yus, terpaksa bergegas pulang ke rumah selepas kelas hujung minggunya. Saya kagum dengan semangat belajarnya walaupun terikat dengan komitmen keluarga dan mempunyai 4 org anak. Tahniah Yus, teruskan mngejar ilmu, semuga menjadi teladan buat anak-anak.

Kami di layan dengan penuh kemesraan oleh mereka. Nampak riak-riak bahagia sepanjang berada di rumah itu. Walaupun sekadar singgah, pisang goreng dan air tetap disediakan. Berbual dan bertanya khabar adalah agenda dalam pertemuan kami. Selang 4 bulanselepas saya meninggalkan BTP, Yus pula berangkat ke Polteknik Shah Alam . Bagi saya,Yusran dan Ruby, BTP adalah cerita-cerita kenangan kerana kami masing-masing bertugas di tempat yang berbeza.

 Saya mengungkit semula perbualan penghargaan Yusran buat isterinya. Asma bukan saja seorang isteri solehah tetapi juga ibu yng dedikasi . Kecekalan dan strateginya menguruskan anak-anak amatlah di kagumi. Bak kata Yus, isterinyalah yang mngurus dan banyak membantunya dalam urusan keluarga . Saya bersetuju dengan kata-kata Yusran itu. Apa yang dikata, diperhati dan di nilaikan sepanjang kami berada di situ, itulah harga rumah tangga yang dimiliki. Terima kasih Yus dan As melayan kami dengan terbaik. 


Sesi membuat kek selepas makan

1,.2 ......3?

Generasi ke dua bakal mewarisi..


Semuga ALLAH melimpahi kebahgiaan buat semua sahabat-sahabat saya yang disinggahi. Terima kasih juga buat Acik, Norehan,Shahrin Muni dan Ruby yang menghiburkan hujung minggu bersama-sama. Semuga jalinan ukhuwah kita berterusan bagai air yang mengalir..Yang baik itu dari allah didatngkan ilhamnya dan sebarang kekurangan adalah kelemahan diri penulis dan pengalamannya.
Wallahuaklam
( catatan ini di buat dalam kekangan audit oo audit)

Wednesday, October 6, 2010

Jelajah raya - 3 Sesi Terjah

Masih lagi sesi terjahan. Berikutnya kami  ke Persint 18, dari tempat letak kereta berhadapan dewan serbaguna, terpancar keindahan kuning tirai tuan rumah. Jelas terpancar serinya istana syurga mereka. Kami dipelawa masuk dengan penuh kemurahan hati. Ucap izin mendahului andainya kehadiran kami tak direstui.. Secara peribadi saya amat selesa dengan layanan dan keramahan Sabri dan Aspalela. Beruntungnya
( lebih mesra di opis), mempunyai suri hati yang memiliki ciri-ciri ‘wanita melayu terakhir’. Lela bukan saja pandai memasak tetapi berkemahiran menjahit, menggubah danmenghias rumah. Sekali pandang, macam pengantin baru dengan warna tirai yg kemilau, langsir di tingkap dan di pintu rumah mereka adalah hasil tangan Puan Lela.

Seketika kemudian, Faris juga staff BTP turut singgah ke sini. Semakin riuhlah cerita dan gossip semasa dibincangkan sambil mengadap hidangan kueh yang tersedia di satu sudut. Terharunya kami dengan hidangan Laksa Penang dan laksa johor yang disediakan. Walaupun terjahan ini tidak dimaklumkan tetapi persediaannya amat sempurna. Gerak hati mereka bagaikan merasai kehadiran bakal tetamu. Subhanallah ilmu ladunikah mereka?? Doa dibacakan Sab turut kami aminkan di meja makan sebelum sama-sama menjamahnya. Bagi meraikan tuan rumah, kami memakan kedua-dua jenis laksa ini walaupun dalam kadar yng sedikit. Tidak terkesan pembaziran dan pastinya kita mensyukurinya. Seperti mana visi sebelum ini, makan bukanlah agenda kita tetapi mengunjungi dan merapatkan silatulrahim itulah yang diperkukuhkan.
  
Usai solat maghrib, kami meninggalkan Sab dan Lela dengan kenangan terindah. Tercatat memori, untuk pertama kalinya pertemuan di rumah mereka, kami dilayan dengan sempurna dan amat selesa.  Semuga ALLAH memberkati dan merahmati mereka dan dianugerahi rezeki yang berterusan dan diperkenankan hajat. Semuga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke syurga. Amin



Berikutnya kami  ke rumah kawan Acik di sebuah apartment di Kota Damansara. Salam perkenalan dan persaudaraan di hulur buat tuan rumah yang ramah menyambut kami. Putera sulungnya( berusia kurang dari 2thun) begitu yang comel menjadi perhatian. Walaupun agak lewat, tuan rumah masih sudi menerima kami dan menu hidangan tersedia di meja makan. Kali ini spargeti, nasi lemak, rendang, air koktel, minuman panas dan sejuk pula di pelawa. Kami menikmati hidangan dengan sebaiknya dalam episode terjah terakhir sebelum berangkat pulang sekitar jam 10 malam.

Acik apa nama timangan Ms MTD nie??  
Terima kasih  Acik,..bersamamu terjahan mengena., betui tak muni dan ruby ?

Semuga ALLAH memberkati kunjungan kami dan memaafi andai ada baki khilaf diantara kami. Yang baik itu dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari tindak tanduk kami jua…mhn dimaafi segala kelemahan kami...
Wallahuaklam

Doakan Team MERCY Malaysia

"Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun. Baru saja dpt kbr dri Dompet Dhuafa: ambulan TeamMercy yg bwa doktor2 dr seluruh dunia mnuju Palestin dibom Yahudi laknatullah, 19 org syahid, 12 org doktor Team Mercy Malaysia blm ditmukan. Mhn doanya dr smua mu'min/mu'minah. Dari ISH. Truskan. Sebarkan..kta akan mendoakan. Kredit kita" tdk setanding dengan pndritaan mrk "

Selepas terima sms ni aku terus google dlm reuters, BBC, CNN serta laman web rasmi Mercy Malaysia. tpi ni yg aq jumpe;

MERCY Malaysia Press Statement: Alleged Bombing of MERCY Malaysia Ambulance and Alleged Deaths of MERCY Malaysia Doctors in Gaza(penafian yg dibuat oleh presiden Mercy Malaysia bertarikh 04 Oktober 2010)

dalam reuters, BBC dan CNN aq msih lum dpt kesan berita tersebut..

Sama-sama kita hrapkan benda ni x betul dah dijauhkan...
------------------------------------------
Komen: Ayuh sama-sama kita doakan semuga ALLAH selamatkan mercy yang melaksanakan kerja amal ini demi ummah di Palestin.



Sumber: http://hollowgram.blogspot.com/2010/10/team-mercy-malaysia-kena-bom.html

Jelajah raya - 2 Rumah Terbuka vs Terjah

Istilah ini baru diperkenalkan. Mengkhususkan satu hari untuk meraikan tetamu dengan mengambil keberkatan bulan Syawal. Pertemuan ini akan menjalinkan semula silaturahim yang hambar dan menjadi medan pertemuan. Pengisian untuk majlis ini di mulai dengan doa, tahlil dan kesyukuran. Walau bagaimanapun bergantunglah kepada niat hajat dan cara tuan rumah mengendalikannya.

Bagaimana pula dengan sesi terjah? Perlukah bertandang ke rumah yang tak diundang, di bulan syawal yg diraikan?  Merujuk kepada kalam ilmiah yang tak rasmi, kunjung-mengunjung tidak memerlukan jemputan. Sesiapa saja yang melintas dan teringin singgah, mereka adalah tetamu . Adat dan budaya Melayu juga tidak membataskan waktu melawat dan menziarah bagi merancakkan sambutan hari raya.

Tapi segan pulak rasanya..( di istilahkan org Kedah malu=segan+malas_)…Inilah gambaran perasaan saya ketika mengunjungi rumah rakan-rakan BTP di Putrajaya. Walaupun saya’dipaksa rela’ oleh 3 stooges, saya terpaksa memohon izin tuan rumah agar kedatangan saya tak mengganggu kerana saya tak termasuk dalam kalam tetamu mereka.

Bagai dikata, kunjungan buat pertama kalinya ke apartmen kerajaan di Putrajaya ini meninggalkan jejak kenangan yang amat bermakna buat diri dan persahabatan. Kunjungan ke Persint 11, meneurtalkan persabahabatan yang semakin pudar. Di rumah pasangan Ina( bekas staff BTP)dan Lil (BTP), kehadiran kedua-dua ibu ayah mereka meramaikan (mungkin ada sesuatu yang disyukuri)  rumah terbuka ini. Riuh rendah juga dengan saudara maranya. Bertuahlah family mereka mempunyai anak dan menikmati saat bahagia bersama-sama.

Menu utamanya Laksa Perak dan nasi berlaukan gulai daging rias pisang. Rias pisang ini didatangkan dari Baling dan agak popular di Kedah terutamanya di majlis kenduri -kendara.( Family ina mgg orang Baling). Bagi meraikan tuan rumah kami memakan laksa dan kueh muih. Selain bertanya khabar dan berbual mesra, kami di maklumkan berita gembira, mereka bakal menimang cahaya mata tahun depan. Ucap tahniah dan syukur, semuga segalanya dipermudahkan …

Semakin hari semakin petang dan pemandangan dari tingkat atas blok itu amat menakjubkan. Subhanallah inilah penciptaan ALLAH buat makhluknya dan inilah ilham yang didatangkan oleh ALLAH untuk para teknokrat menghargai anugerah NYA.
 
Untuk Ina dan Lil,semuga rumahtangga yang dibina ini akan terus dirahmati ALLAH dan sempurnakanlah hak sesama kita. Semuga ALLAH memudahkan urusan kita dan mohon dilupakan segala kebaikan saya dan dihalalkan segala2nya. Terima KAsih ALLAH atas pertemuan ini.

Jelajah raya -1

Dengan pekembangan FB yng meluas, rantai jemputan menjadi semakin mudah dan tepat. Menerima undangan rumah terbuka daripada Farah, yang bertemu jodoh dengan Bob (Mahathir) di BTP membawa kami mengunjung istana bahagia mereka di Ampang.

Kehadiran kami berempat rupanya adalah tetamu pertama selepas family mereka. Menu’fresh’ siap terhidang diseolah-olah meminta untuk dijamah. Saya menjamah nasi himpit berserta kuah kacang dan rendang tOk, manakala Acik, Ruby dan Muni lebih berselera menjamah bihun soto. Di susuli dengan menu kueh raya, karipap dan buah limau.Semuanya sedap-sedap belako..:)

Syukurlah, rezeki yang dinikmati bersama ini amat sedap hasil air tangan En. Hasnul (juga staff BTP yg memang pakar masak ). Sepanjang kami berada di situ, tuan rumah yakni Bob yg peramah dan Farah yg baik hati sentiasa melayan dan tak sunyi dengan cerita2 semasa di BTP. Indahnya pertemuan ini, bila ada rasa kasih sayang dalam persahabatan.

Terima kasih Bob dan Farah…kami menghargai jemputan ini dan semuga ALLAH memberi taufiq dan hidayah dalam mengemudikan rumahtangga yang terbina dan dilimpahi rezeki dan keberkatan dlm kehidupan.
 Amin