Thursday, September 30, 2010

Menganyam kelmarin

hmm mcm sensasi tajuknya...sekadar menganyam kelmarin yang ditinggalkan, agarnya ianya mnjadi untaian memori indah dalam hidup KK..."Makan bukan agenda" itulah prinsip saya bagi memenuhi tuntutan undangan rumah terbuka.  Jika ikut kehendak dan selera makan, memang nafsu menguasai diri bak kata pepatah ikut hati mati, ikut nafsu lesu.  Pengalaman  KK ini merupakan satu perkongsian dan catatan buat diri juga.

Pi mai pi mai dok tang tu...Kebanyakan menu yang disediakan adalah bersumberkan dari ayam. Sate ayam, nasi ayam, soto ayam, rendang ayam dan sebagainya. Telah di taqdirkan, saya adalah spesis yang tak sanggup makan binatang berkaki dua apatah lagi binatang yang kecil kudratnya seperti ayam, burung, itek dsb. Dirinya dilapah, pahanya di siat2, dadanya dpatah2kan dan dagingnya di ratah-ratah. Ohh pilunya saya pada binatang2 ini bila menjadi menu kepada omnivor @ maserba( istilah sains kuno) seperti manusia ini.

Namun bagi meraikan tuan rumah, saya memilih makanan selain dari berasaskan ayam. Menjamah apa yang tekak boleh terima dan sebolehnya saya cuba menyembunyikan rasa lapar. Pelik tapi benar, tapi inilah hakikatnya, bagi mengalas perut dalam perjalanan meredah kesesakan, akhirnya Mr Kebab BMI menjadi santapan tengahari. Dari angan2 menjadi kenyataan.

Menyusuri Kepung, konvoi 3 kereta yang bertolak dari BMI meluncur dalam kesesakan ke Lundang.Sg Buluh. Destinasi ulung buat d'va namun tidak bagi dik Wanie dan kawan-kawannya. Dia merangkap chief D'mision untuk konvoi kami hari itu. Dalam perjalanan tersebut, kami menyusuri Tasik Biru Kundang, namun hujan terus mengiringi. Saya sekadar menjadi saksi indahnya anugerah ALLAH, cantiknya pembikinan ALLAH atas alam yang diciptakan ini. Subhanallah.
 Menyaksikan keindahan Tasik Biru Kundang disebalik cermin kereta  

Singgahan dan destinasi di tuju adalah rumah adik Syidah. Pertemuan kami segalanya bermula apabila mereka (syida dan wanie) membuat latihan amali di pejabat saya dan seterusnya kami menjadi semakin rapat dan mesra. Kami di sambut dengan ramah mesra oleh syida dan ibunya. Tersedia sudah hidangan  menanti  di sudut rumahnya. Menu disediakan nasi himpit dan  bihun soto yang panas2. Di satu sudut yang lain, aneka kueh raya, kerepek bawang JB, dan buah dukOng pula menjadi habuan tetamu. Menikmati sambil beramah mesra itulah hikmahlah kunjungan kita ..Terima kasih atas hidangan ini.

Gambaran keceriaan yang dapat dikongsikan.
Masa mengadap hidangan, lupa pulak nak rakamkan.

Terharu melihat bonda syida yang amat baik lagi santun bahasanya. Terasa waktu begitu cepat berlalu dan mencemburui pertemuan itu.  Bertuahnya syida dan adik beradiknya, membesar dalam kasih sayang dan ketaqwaan . Model bainati jannahti ciptaan ibu dan ayahnya menyusuri sunnah berumah tangga. ALhamdulillah ciri2 ini wajar ada dalam seluruh isi rumah kerana bermula dari rumahlah anak2 di bentuk  untuk menjadikan ibu ayah mereka sebagai ikon . Sebelum pulang, kami dibekalkan pulak dengan kek lembab, air tangan syida dan ibunya. Dalam malu-malu kucing, saya menerimanya dengan penuh rasa menghargai. Hanya ALLAH jua yg mmbalas dan melimpah ruahkan rezeki buat keluarganya atas ketulusan di berikan dan menerima kunjungan kami. Bagi pihak diri saya, wanie, jannah, misha..terima kasih yang mampu di ungkapkan.

inilah rumah syida..cantik dan mendamaikan..
Beri laluan, chief nak reverse turbonya. Kan wanie kan...
Terima Kasih syida & family, wanie, masha@misha dan Jannah yang menceriakan  hujung minggu KK.
Dalam kekangan waktu yang ada itu, sms daripada kakak angkat saya di Pandan diterima. Saya harus bersama-sama anak2 saudara saya untuk majlis tahlil dan aidil fitr. Majlis tahlil dipimpin oleh anak lelakinya, Adam.  Bertuahnya aruah abg Nordin dan kak Robizan,anak keduanya@angah dah boleh memimpin dan menjadi amir serta imam. Inilah hikmahnya memberikan pendidikan agama secara langsung di SMKA.  Sebahagian amalan untuk diri dan sebahagian lagi untuk memimpin.

 Yang berketayap putih itulah Adam@angah, merangkap pembaca doa dan wakil tuan rumah.
Along pulak mengurus, memasak dan memantau hidangan yang disediakan..Senyum sikit along!
Adik-adik yang lain punya tanggungjawab masing2 cuma ucu yang tak tau
           Pengarah/Penerbit eskekutiF : Puan Robizan

Menu yang disediakan oleh Along n d'geng, nasi himpit, spageti, lemang, rendang daging, nasi ayam,dan bihun soto menjadi "tiptop" dan laris  di luar jangkaan. Rasanya tetamu yang hadir  kurang atau lebih dari 100 orang yang kebanyakan adalah rakan2 sekolah mereka. Apa yang dpat saya kongsikan, inilah gambaran kehidupan anak2 yatim yang masih ceria biarpun hanya seketika bersama ayahanda tercinta mereka. Menerusi suara hati along dalam blognya saya begitu simpati...Namun ALLAH lebih sayangi ayahmu nak.AL FATEHAH

Anak-anak ini,  along, angah, acik.diba( tak ade tika ini), dilla, ally dan amin sangat baik dan berbudi bahasa. Walau sesibuk mana mereka melayan rakan-rakan mereka, mereka tetap masih mampu menghormati dan menghargai kehadiran saya.  Secara peribadi, ucu juga amat menghargai senyuman, kasih sayang dan ketulusan yang di tunjukan. Terima kasih duhai anak2 saudaraku

Along  masih mengejar cita-cita menggenggam segulung sarjana . Angah lepasan UITM, telah bekerja manakala acik yang semakin ayu baru bekerja dengan company yang membanggakan. Betapa anak-anak ni tekun dan  berjaya dalam bidang yang diceburi.  Dengan nilai mata CGPA 3.96. Acik juga bakal menerima sekalung diplomanya dlam majlis  konvonya nanti. Ucu ucapkan Tahniah dan sdg fikir untuk menghadiri majlis mu kelak.  Kini cabaran berbaki buat Adiba di uitm , Dilla dan Ally di sekolah menengah manakala Amin di sekolah kebangsaan. Ucu yakin kejayaan bakal menyusul dengan kerajinan, usaha dan doa serta restu ibu ayah. Insya ALLAH.

Hikmahnya majlis ini diadakan selain majlis tahlil memperingati 10 tahun aruah En.Nordin meninggal, kak Robizan juga  dapat mengenali teman2 kepada anak-anak remajanya. Anak-anak yang hadir juga begitu bersopan dan tahu menghormati sesama sendiri. Namun bukan mudah untuk kita menilai mereka kerana remaja adalah zaman yang penuh cabaran,Tambahan pula berada di tengah kotaraya . Hanya keimanan, disiplin, kasih sayang  dan rasa tanggungjawab yang mampu menundukan nafsu dan menghargai pengorbanan ibu ayahnya
Layannn....bukan untuk di gosip

gerenti sedap!!!


Sebelum pulang, ucu dibekalkan dengan mangga yang berjuntai di laman rumah hasil buah tangan almarhum ayah mereka En Nordin. SUBHANALLAH nikmatnya  anugerah ALLAH ini. TERIMA KASIH .Mudah2an ALLAH mngizinkan pertemuan kita lagi dan diberkati kehidupan.
Mohon dihalalkan segala2nya.....

wallahuaklam

Monday, September 27, 2010

Terapi sihat

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan ini:

1.Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul.Orang yang mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang tidak gemuk.

2.Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya insyaAllah dijauhkan penyakit.

3.Waktu sembahyang subuh disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak sakit pening atau migrain.Ini terbukti para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud.saintis menemui beberapa milimeter ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.dengan bersujud,darah akan mengalir ke rruang berkenaan.

4.Dalam kitab juga,ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.ini terbukti oleh saintis yang menemui dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan,maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus.

5.Rasulullah SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan apabila habis hendaklah menjilat jari.saintis telah menjumpai bahawa enzim(sejenis alat oencerna makanan) banyak terkandung di celah jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur..

wallahu a'lam..

TERIMA KASIH SUMBER:
Rujukan:majalah dara.com
link : http://halaqah.net/v10/index.php?page=331

Airmata Merbau Sempak

Satu2nya nama tempat yang singgah dalam kamus hidup saya pada hujung minggu lalu- Kg Merbau Sempak . Terletak tak jauh dari Paya Jaras, Sg Buluh menghala ke Kuala Selangor.  Mengambil masa sejam bagi orang yang kurang mahir rentak perjalannnya. Segalanya bermula apabila seorang ex-opis mate yang di jemput ALLAH.

Seperti entry terdahulu, saya  hanya merencanakan utk menziarahinya pada hari Ahad memandangkan banyak tuntutan undangan di hari Sabtu. Namun segala-galanya di luar perencanaan kita..Perginya kak Sharipah, di usia 47 tahun, bersama penyakit yang besarang di paru-parunya( kansel paru-paru). Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun sesuatu iktibar yang dikongsikan dari perbualan dengan teman-teman yang mengunjunginya, beliau tak pernah mengeluh apatah lagi menghebahkan penyakitnya kepada sesiapa. Yang pastinya jasad yang terbujur kaku itu bagaikan memberi makna tersendiri buat aruah. AL FATIHAH

Sebagai seorang yang bertanggungjawab menerima dan membuka surat2 jabatan di Unit Pentadbiran BTP, aruah merupakan seorang yang amanah dan amat menepati masa. Lebih banyak berdiam dari berkata-kata kosong dan merupakan seorang ibu penyayang kepada 4 cahaya mata.  Seorang puteri dan 3 putera. Mengikut cerita, putera sulungnya baru seminggu berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran.Mudah2an ketiadaan ibunya tak mematahkan semangatnya untuk belajar dan mndoakan ibunya.

Saya berkesempatan untuk bersama-sama puterinya membantu memandikan aruah dengan bimbingan mak chik2 yang memang pakar menguruskan fardzu kifayah ini. Beberapa kali saya sela airmata ini daripada berguguran sambil mencurahkan air di kepala aruah manakala anaknya membasuh dan menggosok2 di bahagian kepala. Saya memberinya kesempatan utk menyentuh jenazah ibunya kerana inilah sentuhan kasih,  khidmat  terakhir untuk ibunya...Secara peribadi tersentuh jiwa kecil saya, alangkah bertuahnya aruah mempunyai anak walaupun berusia 14 tahun dan dapat memandikannya di saat akhir dan besediakah saya jika satu hari berlaku perkara yang sama..???

Lain padang lain belalang..inilah yang dapat saya katakan bila sesi mengkafankan jenazah...sesuatu yang baru saya pelajari berbanding dengan stail Pendang dan  kursus2 anjuran JAWI. Walau bagaimana pun tatatertib dan syarat tetap sama cuma berbeza di segi cara penyempurnaan  dan kiraan bilangan lapisan sahaja. Begitu juga cara mengikat kuncup terakhir ada yang buat bunga dan ada yang buat kuntum..Segalanya adalah pengalaman yang dikongsikan.

Ramai saudara maranya dan rakan taulannya yang mengunjunginya sama ada di rumah dan masjid . Terharu rasanya saya bila bertemu dengan rakan2 lama saya di BTP. Biarpun kita telah berpindah-randah tetapi hubungan kita tak putus begitu...Disinilah pertemuan kita.... Bila Rubi 'cry on my shoulder', saya cuba mmberinya semangat untuk meredai perpisahan ini,  Bila Mazian memeluk saya, saya yakinkan dia, masa kita belum pasti dan ALLAH lebih sayang aruah..... dan kami saling ingat mengingati bahawa sekiranya ada kematian, kecelakaan ataupun kegumbiraan moleklah di maklumkan sesama rakan...Muga2 kita saling mendoakan  rakan. Inilah air mata merbau sempak di hujung minggu..
Perjalanan terakhir seorang murabbi

Rumah aruah

Kepada suami, anak-anak aruah serta kaum familynya dari Perak, takziah, bersabar serta redzalah pemergiaannya. Sama-samlah kita sedekahkan doa dan AL fatihah buat almarhumah. Berakhirlah penderitaannya di sini di ganti dengan kebahagiaan menantinya di sana. Insya ALLAH
\
Kepada En Rozali @ atuk,  syima@aling dan  En Aziz Zakaria saya mhn jutaan kemaafan kerana tak berkesempatan menghadiri undangan. Tambahan pula kesesakan yang melampau di sepanjang perjalanan yang ditempuhi.. Memang pada mulanya, agenda saya tersenarai lengkap, tetapi apabila di iringi dengan kematian yang tak di duga ini, segala perencanaan hanya tinggal perencanaan. Mhn diampun segala khilaf dan kecuaian ini .
Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
kalu ada umur panjang , boleh kita jumpa lagi..  

TERIMA KASIH

Friday, September 24, 2010

Rumah terbuka vs Majlis kahwin

Terima kasih buat teman-teman yang terus melebarkan pahala, mengutip buah-buah kebajikan dan menyimpulkan silaturahim yg telah terjalin di sisa syawal yng mulia ini. Di hujung minggu ini, saya turut menerima beberapa undangan rumah terbuka sempena aidil fitri di sisipkan dengan meraikan kelahiran anak dan kesyukuran. Masa undangan juga lebih kurang sama waktunya. Mampukah saya menyempurnakn kewajiban ini?

Awal pagi tadi pulak, seorang kawan yang pernah berkhidmat satu opis ketika di BTP dulu  turut mengundang. Kali ini majlis perkahwinan anak sulung nya pulak... Telah saya katakan, insyaALLAH, sekiranya diizinkan ALLAH kita  bertemu dan bertamu di majlis tersebut. Namun beliau beriya-iya menjemput walaupun kad yang dikirimkan menerusi seorang kawan lamanya belum saya terima lagi. Betapa terharunya saya atas ingatannya, tidak memadai dengan layangan kad disusuli pulak dengan panggilan telefon. Mungkin ini dikatakan makna persahabatan walaupun perbezaan jantina tetapi kami  saling hormat menghormati. Mampukah saya melaksanakan hasratnya dan menunaikan haq saya??
 
Teringat pulak antara lirik lagu Maher Zain yang berbisik:
Andainya kamu merasai kamu tak mampu melakukannya, jangan putus harap bantuanNYA. Allah sentiasa dekat dan merungkaikanNYA.Pohonlah bantuan ALLAH..
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way .... Insya Allah...
Insya Allah we`ll find the way

Kini saya serahkan padaMU ya ALLAH, DIRIMU sebaik-baik penyelesai dan berilah petunjuk dan pedoman buat saya agar dapat dan mampu memenuhi harapan daripada sahabat dan teman-teman saya. Andai kata saya tak menghadirinya bukanlah bererti berakhirnya ukhuwah kita tetapi mungkin itu jawaban dari ALLAH yang harus sama-sama kita terima.  YA ALLAH bantulah hambamu ini, sihatkan diriku, kaum keluargaku, jiranku dan sahabat2ku dan limpahkan kebahagiaan buat kami di dunia dan akhirat. Bimbinglah dan tontonilah kami ke jalan yang di redai dan diberkati.

TERKINI: saya baru menerima khabaran juga, seorang staff pentadbiran (BTP) Pn Sharipah@kak Pah sedang sakit tenat kesan kanser paru-paru. Hospital telah mengizinkan dia di bawa balik rumah dan keadaannya dikatakan agak kritikal. InsyaALLAH mudah2an saya sempat menziarahinya sebagai agenda hujung minggu dan doakanlah kebaikan buatnya. Sekiranya rezekinya masih ada, sembuhkanlah dan  sekiranya hingga setakat yang ditentukanNYA, jemputlah dengan lembut dan sebaik2nya dengan hembusan husnul Khatimah.  Kembali kepada ALLAH dengan tenang,..( maafkan saya kak Pah andai tulisan ini mendahului..) Kita merancang, ALLAH juga merancang dan DIAlah sebaik2 Perancang dan Perencana.
Semuga segalanya di permudahkan. Amin 
Wallahu aklam.

Thursday, September 23, 2010

kurang luas tapak tangan..

...nyiru saya tampungkan...

Dua keping kad hari raya yang diterima dan amat saya hargai
 Dengan mengekalkan cara tradisi yang kian hambar dalam satu kejutan yang teramat
sebagai tanda ingatan yang tersurat lagi tersirat.
Terima kasih teramat sangat:
 Terima kasih Alang @ Gee
Terima Kasih Yatt

Yang baik itu dari ALLAH jua diizinkan pertemuannya
Segala kekurangan dan kesilapan MAAF jua dipohoni
wallahuaklam

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

UPSR datang lagi....
Perjuangan anak-anak saudara saya pun akan bermula mulai 21-23 September ini.. Ayuh  dengan langkah kanan dan redza restu ibu ayah...langkahlah dengan semangat anak lelaki yang akan berjuang utk satu pertarungan yg hebat. Jika selama ini, komitmen guru dan pengorbanan mereka memperuntukan waktu, masa dan tenaga untuk menyalur dan memberikan ilmu....kini buktikan jasa yang telah guru-guru berikan. Berbanggalah menjadi anak2 murid mereka  dan mohonlah restu dan halal mereka juga..

Selamat Menghadapi UPSR dan Selamat Maju Jaya buat:  
Ibrahim dari SR Islah, Pendang
Shahmi di SK Chini, Phg
Zaid di SK  Tasek Mutiara, PP
Imad di SK kt Kota Damansara , KL

Baca dengan teliti dan jawab elok2..Insya ALLAH kejayaan pasti mngiringi buat org yg telah berusaha. Kepada kakak2 ( kak siti khadijah, k na,k.wan, kak aya )dan abang2 saya ( abang Nasir, a.zul, a.ibrahim dan a. Soleh) teruskan  berdoa, solat hajat dan bacaan yasin semuga anak2 ini dapat menjawab soalan dengan tepat.  Walaupun ini hanya satu peperiksaan yang kecil anggaplah besar dalam family kerana bermula yang kecil inilah akan menjadi lebih cemerlang dan gemilang kelak..Segalanya bermula di rumah dan segalanya bermula dari sokongan family...

SELAMAT MENGHADAPI UPSR
Capaian Target 5A@ terbaik buat diri, family, sekolah dan daerah...
Anda BOLEH jika NAK dan katakan SAYA BOLEH!!!!
Zaid, Ibrahim, Imad dan Shami BOLEHHHHHH!
Doakan kejayaan anak2 kita dan bangsa kita..

September Wishes


19 September 2010 :
Ulang tahun kelahiran anak saudara saya DANIAL ABKHORI HJ AHMAD FUAD

Danial ni anak bungsu buat masa sekarang...susah senyum tapi kalau dah senyum hnsome la birthdayboy ni..
Muga Danial @ pak lang yang mmpunyai beberapa anak menakan nie menjadi anak soleh,yang bijaksana lagi terpuji.

Rupa-rupanya selama ni saya terlupa anak saudara saya yang turut meraikan hari ini sebagai hari bahagia utk diingati...tu la kata..cu nie dah tua ..bukan semua ingat dah..adat kata RAM lama. Mewakili  kaum kerabat kita, di ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, muga di permudahkan segala dan diperkenankan segala hajat buat anakanda saudara saya ROSMAWATI AWANG lebih di kenali dgn panggilan MARIANI.   Nama manja   ini yang diberi oleh almarhum ayah buat cucunya. Seorang ibu muda yang sedang melalui rencah kehidupan berumah tangga dengan sabar,  pandai memasak, menjahit, setia dalam memelihara syurga rumahtngganya. Semuga bahagia dan  bahagia dunia akhirat..
(Tahniah ye Mariani...berkongsi birthday dengan adik Danial yg juga anak paksu kita.. )

Pada 13 SEPTEMBER2010 tempuhari pulak birthday :
NURSYUHAIDA IBRAHIM .
Nur dah darjah 4 di sebuah sekolah di Simpang Ampat PP. Alhamdulillah dan insya ALLAH sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan kejayaannya di dunia dan akhirat. Walaupun semakin sihat, nur harus berwaspada dan lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan.

  Doa saya, Ya Allah  cukuplah ujian yang telah di alaminya selama ini. Ketidak upayaannya bergerak seperti biasa tahun lalu biarlah dibenamkan dalam nostalgia. Anak ini wajar diamaafi andai ada khilafnya dan diberi peluang untuk meraih kejayaan dunia akhirat.  Doa cu juga seluruh family buat nur, semua ALLAH memberikan nikmat sihat berterusan buatmu, perteguhkan nikmat sabar, dirahmati, diberkati dalam mengekalkan hasrat untuk menjadi anak solehah. 
Target mereka (nur dan sepupunya shahira) dalam pelajaran ingin berjaya dalam UPSR dan dapat bersekolah di Maktab Makmud. Semuga diperkenankan ALLAH. Insya ALLAH

Dan menerusi FB nya..sesuatu yang kelakar dinukilkan dlm profile nya..
MOTTO saya : tak paham tanya...jadi ikutan buat anak2 sedara rupanya..Bguis2 yang baik kita sebar-sebarkan dan tak faham bertanya pada orang yang tahu...
( N3 tentang kisah nur di paparkan disini.)



TERIMA KASIH ALLAH. Pelihara dan tontonilah kami jalan yang lurus itu...Kami dambakannya....Panjangkan umur dan berkatilah anak2 saudaraku  yang lahir di bulan September ini : Danial, Nursyuhaida, dan Mariani. 
Amen

Friday, September 17, 2010

teleponku bicara lagi

Setiap ucap yang singgah di teponku amat2 dihargai. Bermulanya sebelum berbuka puasa di penghujung Ramadan, inbox mula disinggahi..Walaupun agak terhad, saya cuba untuk mengabadikan nukilan2, madah2 dan ucap2 ni di sini. Saya mengakui dengan sejujurnya..saya bahagia mmpunyai teman2 yang sering berhubung..walau jauh mana sekalipun kita tetap pernah menjalin silaturahim dan di ingati.

Sekalung ucap terima kasih atas ucapan yang diterima daripada: Norehan, Nurul shaza, eina, Min KK, kak Mastiah, Gilbert, Ezran, BobTVP, Taufique , Angg, Hasni, Azan adawiiyah, Ruby Admin, Ren, Aidah JB, Saba, Suhana IT, Suhana JYM , IHS, En Tamin, Kamal Takaful , Mak Ndak, alya IPG, Dik syun, Dik dah, anak nana, Along Q-den, Qudsia Canada, MKD, Datin Fauziah, En Puadi, Maria MPIK,   En.Azemi dan lain2 lagi


Antara madah berhemah yang mmpunyai makna tersendiri dan berbekas:
Eina ILP berbicara:
Indah tutur kadang mengata
Cantik bahasa kadang berpura, gurau senda kadang terluka
Janji manis kadang terlupa ,
gerak laku kadang mengada
Detik hati kadang berprasangka
Salah dan silap kelemahan manusia
Ampun maaf harap dipinta


Ilham KTPM dan Zul AS mengirimkan:
COretan ini sekadar pengganti diri
Sebening air wudu
Sesuci alquran
Semerdu alunan zikir
Seindah nikmat solat
Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam
Jika tangan tak sempat berjabat
Jika wajah tak sempat bettatap
Bukalah pintu maaf utk utkku zahir dan batin

Yatt menulis:
Pasti ada yg terguris , Pasti ada yg terkilan
Mhn maaf zahir bathin

NMK menulis:
Ya allah seketika di akhir Ramadan ni, insya allah muncul lebaran baru yg ceria KAU muliakanlah dan sayangilah penerima ini,berkatilah keluarganya, sihatkanlah tubuhnya, limpahkanlah rezekinya, jauhilah dirinya dari fitnah penganiayaan dan penghinaan, suburkanlah benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa tanpa alasan. Makbulkanlah cita2nya. Amin

Pn Rosna menulis:
Semuga ibadah Ramadan diterima allah, syawal mengembalikan kpda fitrah.
Salam eidulfitr

Maliza menulis:
Gema takbir memuji ilahi
Petanda bermula aidil fitri
sms dikirim pengganti diri. Bukan nak lupa adat tradisi
Tapi ikut teknologi hujung jari salam raya aidil fitri

Adawiyah melayangkan:
biar kulit segelap almond london
asalkan hati sesuci kuit bangkit
biar iman segental dodol, jgn senipis tempeyek
biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik biskut dahlia
senyumlah semanis wajik agar raya anda penuh bermakna
SHR . Maaf dzahir bathin

am@ku menitipkan:
adat manusia tak sempurna, tersilap kata terlanjur bahasa,
salam dihulur maaf dipinta, hubungn terjalin bertambah mesra

Amin.Ya ALLAH
Semuga ALLAH membalas segala kebaikan dari setiap tinta, setiap sen dan setiap ingatan yang tersirat dan tersurat yng diterima. Tiada yang lebih bermakna daripada makhluk bernyawa ini melainkan keampunan dan kemaafan yang berterusan dipohoni...semuga urusan semasa manusia akan memudahkan urusan di akhirat nanti. Kepada rakan FB, rakan blog, saya juga  mengambil kesempatan ini juga memohon ampun maaf, dzahir dan bathin atas segala kesilapan, kekhilafan, keterlanjuran ataupun apa2 yang sewaktu dengannya dalam kita melayari sebuah kembara kehidupan ini. Andai ini satu kelemahan saya terima dan berniat merubahnya. Bantulah saya untuk saya menjadi insan yang lebih tahu menghargai dan menghOrmati hak2 yang sepatutnya. Pandulah saya dan tunjukilah kebaikan semuga laluan di tempuhi membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Andai ada SMS tak terjwab, telepon tak terangkat saya mohon ampun dan terimalah salam kemaafan ini.

wallahuaklam

Friday, September 10, 2010

salam aidilfitri

sempena syawal yg menjelang..
saya menyusun jari sepuluh mhn ampun maaf atas sebarang kekhilafan dan kekurangan atas sebarang kelterrlanjuran..
maaf dzahir batin dan selamat hari raya

Friday, September 3, 2010

Di mana kan ku temui...

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.


Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Komen: SUBHANALAH----hari ini drasai betapa siangnya  seperti yang terencam didefinasikan... w;aklam

Ku bisikan kerinduan




Terima kasih ALLAH mggerakan hati ini utk bersama mereka lagi..Betapa hiba dan sebak bila ayat2 cinta yg tersusun dibaca dengan penuh tulus mulus oleh ustaz Shazly.Bermula alunan zikir bagai melambai kehadiran jemaaah...dan diakhiri dengan selawat kpada nabi Muhammad s.a.w.

Tatkala melafaz ayat2 cinta ini, hela nafas ustaz merentap keegoon diri. Siapa kita pada pandangan ALLAH yang penuh dosa...Dengan ALLAH kita berdosa, apatah lagi dengan makhluk...Ya ALLAH ampunilah kami.. Ustaz cuba membawa jemaah memahami kandungan ayat sebelum dibacakannya. Jadikan taubat kami sepertimana taubatnya Nabi ADaM...taubat yang sebenar-benar dan betapa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Jauhilah ia dari kami, dan keturunan kami..Subhanallah satu flashback yang nyata terkandung dlm ayat2cinta... DiriMU adalah pemilik alam ini, penguasa dan Maha Pencipta .

Merenung diri yang serba kekurangan ini...kita tak punya apa2..apa yang ada itu belum tentu milik kita tetapi apa yang telah kita hulurkan itulah hak kita ...Selagi masih ada nafas,beusahalah untuk bermuhasabah
wallahuaklam. 

Thursday, September 2, 2010

tika orang sedang tidur..

Gambaran bersahur di Masjid Negara

Ada dua stesen makanan disediakan- untuk muslimin dan muslimat.
Dimana-mana pun tempat berbuka/sahur stesen perempuan lazimnya cepat habis....kenapa??
sebab
sebagai  ibu mereka akan mempastikan pinggan anak2 turut diisi dan akan jamah bersama anak.
sikit kita kongsi banyak kita bahagi2kan.

Menanti waktu solat subuh.
inilah gambaran mereka yang menghidupkan malam di sepuluh terakhir Ramadan 
kenapa pompuan jer fokus saya?
sbb saya perempuan dan satu muhasabah buat diri sendiri  
Ni pulak gambaran di MWPKL
tak sengaja  candid baca quran nie. Maafkan ya dik.  
usai solat--jom kena terus pi opis nie..

cantik juga pic inikan.
--> Dataran Masjid
eh d'va jer.? bukan2!masa mai tadi tang tu ja yang ada.pastu penuhla tepi jalan tu..
cuba park waktu siang....saman cek saman!!  

tapi mana bukti sahur di  masjid KLCC
ada cuma belum capture...mungkin next n3 ( segalanya kemungkinan...) 

terasa pendeknya masa berlalu
indahnya pengalaman bersahur
lagi indah pengisian sebelumnya
merasai sendiri dan amiklah ini sebagai injuksi
kita kongsikan muga anda juga bisa merasa
indahnya suasana

Dkongsikan secebis dari koleksi yang ada sebagai pembakar semangat utk beribadah. Yang baik lagi manfaat terimalah sebagai hadiah dan segala kekurangn itu adalah kelemahan diri sendiri...
Jauhilah diri saya dari ujub, ego dan sewaktu dgnnya. 

Melentur buluh

Menerima undangan dari sebuah rumah kebajikan untuk bersama-sama berbuka dan  menyambut Badar al kubra dan Nuzul Quran tidak disiakan. Pengalaman ini saya kongsikan dengan anak2 saudara saya( di bawah 13 thun) yang kebetulan datang bertamu di rumah saya. Secara peribadi jemputan ini atas tiket FF( free atas sesuatu sebab). Tertarik saya untuk berbuka bersama mereka yang 'istimewa' dan kehadiran kami memang dialu-alukan.

 Gema azan yang di laung oleh salah seorang pelajar tahfiz memecah tembuk kelaparan seharian. Di mulai dengan berbuka air dan kurma serta kuih kemudian didirikan solat maghrib secara jammah.Saya perhatikan ini adalah pengalaman pertama  buat 4 anak2 sedaraku. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak....inilah yang saya motivasikan buat mereka. Jangan mencemarkan majlis dan selepas solat baru kita makan. Syukurlah anak-anakku ini bagaikan mengetahui adab dan sopan. Dua beradik lelaki boleh berdikari dan solat di belakang jamaah lelaki.

Pelbagai juadah dihidangkan dan  menu utama adalah nasi beriani + gulai kawah kambing.  Tetamu jemputan makan secara buffer dan pelajar pula  makan dalam talam. Subhanallah banyaknya nasi dalam talam dan di makan secara jamaah 4-5 orang. Teringat suasana makan dalam talam ini pernah diamalkan semasa kenduri kwin abang saya sekitar tahun 80an dulu. Meriah dan mudah. Apa yang penting dengan makan secara jamaah ini, rasa keakraban  dan ikram sesama diutamakan. Namun kami hanya melihat tertib dan mesranya mereka menikmati juadah tersebut.

Apa yang penting pengajarannyai ialah, saya dapat melihat  dan melayan anak2 sedara saya makan dan bersolat maghrib, isya , terawih dan menghayati forum yang disampaikan. Suasana ini tak dapat dinikmati sekiranya kita berbuka di rumah. Biasanya mereka akan lambat bersolat bila perut telah kenyang.


Pengalaman berbuka di masjid juga saya kongsikan dengan mereka pada hari besok harinya. Secara peribadinya saya terharu dengan segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berbuka dan mendekatkan mereka dengan masjid. Biarpun secara sederhana tetapi saya puas hati bila melihat di antara jamaah yang hadir, adalah waris saya. Melentur buluh biar dari kecil...

Pada malam itu, si kecil, Nadia  bertawaf sakan di masjid WP, Si Shahira pula terpaksa bertindak sebagai pengawal peribadinya manakala  ibunya pula terpaksa  beberapa kali berubah tempat kerana Nadia cuba menarik perhatiannya.  Manakala Shahmi dan Shahir dapat solat dengan tenang di ruang lelaki. Hmm di mana ayahnya....ohh dipendekan cerita ayahnya baru  bertugas nun di Sabah. Terpaksalah ibunya@ kakak saya menguruskan diri dan anak2 di Chini sendirian untuk tempuh yang tertentu sebelum mendapat pertukaran ke sana.  Anak-anak lelakinya tak berpeluang ke  masjid seperti kelaziman. Sekurang-kurangnya pengalaman yang dapat dikongsikan bersama mereka tahun ini ialah berbuka,beribadah dan menikmati more di masjid. Semuga abgZul  juga dapat beribadah dengan sempurna biarpun tanpa family di sisi. Biarpun hubungan jarak jauh family mereka , tapi ALLAH sentiasa  bersama  dan dekat selalu..Semuga segalanya dipermudahkan..

mengejar atau merebut

Fasa terakhir Ramadan hampir ke penghujungnya. Bak kata agamawan, kita hanya dipinjamkan Ramadan hanya sebulan utk tahun ini….Teringat kuliah subuh di Masjid Negara di pagi 21 Ramadan…Andai kata ini satu perlawanan, kita di separuh masa kedua…kalau pulun beroleh kemenangan dan begitulah sebaliknya. Inilah detik penentuan dan inilah masa2 cemas yang harus dikejar. Hmm… apa yang dikejar dan menjadi rebutan itu????? Secara total, semua sedia maklum tentang malam al qadaar - malam yang lebih baik dari seribu bulan aka 84 tahun. Malam yang di datangkan malaikat untuk mengangkat doa2 dan bakal dikabulkan. Malam yang amat mencabar untuk beribadat. Maka beruntunglah orang-orang yang mewatakkan siangnya dan menghidupkan malamnya.

Dengan rasa rendah diri dan akui saya terlalu lemah dan banyak kekurangan baik ilmu maupun amal…:( Perkongsian ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman KK. Bagi fasa 10 terakhir ini, rata2 masjid yang pernah disinggahi, menjadi tumpuan segelintir manusia yang mencari kenikmatan dalam ibadah. Mereka meninggalkan empuknya tilam dan nikmatnya tidur. Berbantaikan lengan dan bertilamkan sehelai hamparan dan berselimutkan tuala, mereka menggunakan kesempatan beriktikaf. Tidur di masjid yg diserta dengan niat iktikaf tentunya berbeza pahalanya.

Saya akui kelemahan saya, saya tak sampai tahap tersebut….tetapi saya tabik dengan semangat ibu2 ini. Dalam family mereka adalah ibu tetapi di hadapan ALLAH mereka juga sebagai khalifah yang memikul tanggungjawab yang tentunya lebih mencabar. Dalam ruang waktu yang ada mereka masih mampu beriktikaf dan bersedia menunaikan beberapa solat yang dilaksanakan secara jamaah. Bertanya diri sendiri, saya mempunyai ramai sadara, anak2 saudara , rakan2 namun di mana mereka di saat orang berebut2 mengejar lailatul qadar. ...Kenapa bukan mereka di sebelah saya atau di hadapan saya untuk disandarkan..Hakikatnya mereka mempunyai pelbagai jawaban…tidak selesa bangun awal pagi, esok ade kerja, kena stayback kt opis malam nie, tak boleh concentrate dalam jamaah, susahla anak nangis, hati bercelaru bila ramai dan bising dan imam terlalu emosional dan macam2 helah lagi…Ataupun kita berjauhan namun hakikatnya kita masih menyandar pada yang SATU. Mungkin mereka mempunyai time management sendiri mengurus diri dalam beribadah. Saya hanya mampu mengejutkan dan mendoakan kesejahteraaan mereka

Betapa beruntungnya kita di Malaysia, MERDEKA dlm ertikata bebas membuat keputusan. Sekiranya hendak kepada agama, carilah di masjid, nak kepada hiburan carilah di tempat yang sepatutnya dan nak kepelbagaian keperluan carilah di gedung dan nakkan keselesaan carilah di dewan seminar, hotel dsb. Anda mempunyai wang dan kuasa untuk membuat keputusan. Tepuk dada tanyalah iman… mengapa harus mengejar dan merebut?