Tuesday, August 31, 2010

Recap Birthday - Ogos

Betapa beruntungnya, ulangtahun kelahiran kali ini di sambut bertepatan dengan bulan Ramadan alMubarak. Seperti kelaziman, ucap selamat ulangtahun kelahiran saya iringi dengan doa dan harapan muga mereka yang melakar peta kehidupan bersama saya berbahagia. Dimurahkan rezeki dan di lindungi ALLAH selalu. Muga bertambah usia seiring dengan pengabadian kehadrat ALLAH . Semuga nur Ramadan yng melimpah ini terus memayungi dan merahmati kehidupan kalian.


Antara saudara-mara saya(anak2 dan cucu2 saudara) yang bertuah dilahirkan di bulan Ogos, melengkapkan nostalgia MERDEKA 53 tahun Malaysia ialah:
Fyza: 8 Ogos
Irfan : 10 0gos
Sue dan Hasyir : 11 Ogos
Najwa : 16 0gos
Dzul farizan: 18 Ogos
Dania : 19 Ogos
Tidak terkecuali juga kawan@ adik2 baik saya di BTP : Suhair dan  Angah niza
Adik angkat saya dari dulu hingga kini : Saba@JB
Sahabat maya saya - Syima dan kak zainab 

Juga ucap alhamdulilah dan tahniah kepada sahabat saya Fyda telah melahirkan bb puteri baru-baru ini dan terkini 31 Ogos 2010, jam 4.30pg, anak saudara sepupu saya – anak Farhana@ cikgu nana telah selamat memperolehi putera sulungnya di Sg Petani. Semuga kehidupan kalian bertambah bahagia dan ceria dengan kehadiran orang baru untuk diraikan.
SELAMATKANLAH GENERASI KAMI MUGA MEREKA tetap patuh dan tunduk kepada MU YA ALLAH.Bimbing dan Pimpinlah mereka di jalan yag di redai . Amin

JUGA SALAM KEMERDEKAAN--Muga negaraku 'aman' dan 'merdeka'

Monday, August 30, 2010

Sepuluh terakhir

Dengan Nama ALLAH Yg MAHA Pemurah Lagi Penyayang

Salam Ramadan kepada sahabat yg membuka lembaran KK ini. Bagaimanakah puasa anda? Sempurnakah terawih semua, berjayakah mendendangkan kalam ALLLAH hingga juzuk terakhir dan sejauh mana sahur dan pengisian sebelumnya???

Hanya tinggal sembilan hari saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita...
Ohhh sedih rasanya...kita akan kehilangan rahmat, hikmah dan fadilatnya nanti..sama ada ditinggalkan atau meninggalkan inilah yang pasti.. Apakah kan ditemui lagi di Ramadan 1432H..wallhuaklam


Menyusuri pengalaman lalu---> 10 terakhir ini adalah saat mencemaskan dan paling pendek tidur. Mencemaskan???Ia, andaikata terlepas atau bangun lewat itu adalah kesilapan diri yang tak dapat dimaafkan. Rasa cemburu mengongkong diri bila melihat ramai jemaah beribadah di masjid2 di awal pagi.. Bertanya pada diri sendiri...kenapa harus saya memanjangkan tidur sedangan pesta ibadah sedang bermula. Subhanallah..indahnya amal dengan niat kerana ALLAH. Untuk kali ini azam saya, selagi saya masih di ibu kota, saya akan berqiyammulail secara jamaah di masjid. Sewajarnya ibadah untuk kali ini lebih baik dari sebelumnya.. insyaALLAH

Tak rugi kita mengembara di sini, kerana di sini segalanya ada..Tahun lalu, masjid yang menjadi sasaran saya  di awal pagi  (sekitar 4 pg) adalah Masjid Tmn TAR, Masjid As syakirin(KLCC), Masjid Wilayah, Masjid Kg Baru dan Masjid Negara...Rasailah sendiri dan di sini kan ditemui indahnya ibadah.

Saya mengajak, mempelawa dan menjemput sahabat2 maya untuk sama-sama beribadah. Datanglah beramai-ramai dengan niat kerana ALLAH dan tanpa paksaan sesiapa. Kita bertuah kerana dapat beribadah dengan dibimbimg oleh ustaz2, tuan imam2 yang membakar rasa keegooan, sucikan hati dan perbetulkan amalan yang rongak... Walaupun benar, kita boleh beribadah sendirian di rumah  tetapi akan ade kelainan bila bersolat hajat, taubat, tahajud, tasbih, witir serta zikir secara jamaah..Apapun ini adalah pandangan saya dan saya bertanggungjwab sepenuhnya dan niat saya mewarwarpun kerana ALLAH. Mungkin ini peluang yang ada kerana siapa sangka esok kita mampu hidup namun dah tak berdaya ke masjid lagi...Usah bertangguh kerana esok belum tentu milik kita ..

 Makluman dipetik dari website Masjid Negara...Percayalah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Masjid Negara, Kuala Lumpur akan menganjurkan
Program Qiamullail Bagi Sepuluh Malam Terakhir Bulan Ramadhan 1431H/2010M 
 Di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Program ini akan bermula pada hari Selasa, 31 Ogos 2010
Program Qiamullail tersebut akan dipimpin oleh Imam yang didatangkan khas dari Mesir iaitu Sheikh Abd El-Rahman El-Desouky Taha Radwan

Sehubungan itu, tuan/ puan muslimin muslimat adalah dijemput hadir. Sekian.

Ayuh sama- sama kita gandakan ibadah dan pesta ibadat di pusingan terakhir ini....Kita sandarkan harapan pada ALLAH muga diberinya peluang dan keringanan untuk istiqamah di fasa ini.

Kiwi yang berkhasiat

TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?

Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.

Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.

TIPS
# Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.

# Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.

# Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.

# Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

# Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt


Cara penyediaan:
# Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.
# Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.
# Tuangkan aiskrim atau yogurt.

Friday, August 27, 2010

Seputar bersama mereka

eh tu macam Amin, ooop eli...eh kak zan.....betulka sangkaan saya nie?? ohh dah besar pun diantara dua anak saudara 'angkat' saya. Sebetulnya sempena Nuzul Quran ini, jabatan menganjurkan majlis sumbangan utk anak yatim, OKU dan pesakit kronik yang terdiri dari staff dan bekas staff. Rupa-rupanya mereka di jemput untk diraikan sempena majlis hari ini.



Segalanya adalah telah direncanakan ALLAH taala. Sepuluh tahun lalu, En Nordin, seorang staff  RTM yg baik hati telah dipanggil mengadap Ilahi.  Tika itu saya tak mengenali allahyarham tetapi saya semakin akrab dengan isterinya  Pn. Robizan yang bertugas sebagai Penerbit TVP dan kebetulan kami sering bekerjasama dalam satu pejabat  di BTP.  Mengenalinya tidak sukar kerana perwatakannya yang peramah dan ceria sering mengundang rasa mesra. Namun sesuatu yang amat tragis berlaku tatkala kak Zan dan ibunya menunaikan umrah. Abang Nordin yang mengidap asma  telah dijemput ALLAH di hadapan 7 permata hatinya...( Along, Adam, , acik, Deeba, Aliah, Adilah dan Amin) . Bayangkan dengan rasa syahdu teramat, aruah pergi meninggalkan 7 orang anak yang berusia di antara 16 tahun - 1 tahun. Pilu rasa hati melihatkan  anak-anak ini di sisi jenazah allyarham tanpa ibu mereka...Kak Zan pun hanya mengunjungi pusara aruah  sekembalinya dari umrah dua hari selepas itu.Inilah lingkaran kisah sepuluh tahun lalu...

Kini anak yang bungsu dah berusia 11 tahun...yang dua terakhir 13 tahun......hanya mereka yang layak kerana belum melewati usia 15 tahun ( syarat menerima sumbangan ini). Rasa bertuah bertemu lagi dengan Alia dan Amin...Melayan mereka dan menginfakkan saguhati buat mereka...Walaupun kami jarang jumpa, namun saya terharu kerana anak2 ini masih ingat dan memanggil saya 'ucu'..ini adalah dengan kerelaan mereka sejak 10 tahun lalu....ucu sayang semua ...
Dari khabar ceritanya sekarang:- kak zan masih solo
- along sedang amik master kt upm
- adam(angah) dah kerja di shah alam( graduate uitm)
- acik bakal konvo
- adila uitm
- adibah, alia di sk menengah
- amin  di sk

Syabas kak Zan, seorang ibu yang berjaya mendidik dan melaksanakan tugas sebagai ibu, ayah yang berjaya. Ketabahannya memberi semangat buat anak2...
Teruskan mendoakan kejayaan anak2 yatim ini...

Thursday, August 26, 2010

Kursus Kemahiran Quran

Menjemput halaqian muslimin muslimat untuk menyertai kursus Kemahiran al-Quran. Marilah sama2. Siapa yang tak tahu lokasi tu, tiada masalah. Hubungi no telefon seperti yang tertera pada iklan. Yang baik kita hebah-hebahkan..semuga genarasi AQ di suburkan sempena ramadan ini

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12396.msg165236#msg165236

Di pusara itu..


Soalan :
Ustaz apa hukumnya tabur bunga dan tanam pokok di atas kubur.Terima kasih utz.2010-07-26 9:14 AM

Jawapan:
Boleh, pernah Nabi meletakkan pelepah kurma di atas kuburan dan kemudian baginda bersabda, semoga orang di bawah kubur ini diringankan siksanya selagi daun ini masih basah (belum kering).
 (soalan ini  dijawab oleh Ustaz Mohd Amin)

Alhamdulillah, kepulangan saya di minggu pertama Ramadan, di mulai dengan bersahur bersama family. Kemeriahan memakan baki nasi daging (di buat kenduri berbuka puasa sempena ulangtahun pemergiaan ayah ke rahmatullah) bersama emak, kak jah, abg Soleh  dan anak-anak saudara yg pulang bercuti dari asrama merancakkan lagi waktu sahur kami.itu. Memandangkan pagi hari Jumaat, seusai waktu imsak, semua diarahkan ke Masjid yang letaknya tak jauh dari rumah.  Kami sama-sama solat subuh  berjamaah dgn bersujud sejadah sebagai lambang kepatuhan dan kesyukuran ke hadrat ALLAH. Alhamdulillah...

Mengambil peluang di awal pagi itu, kami terus mengunjungi pusara ayah.  Dalam keredupan pokok hujan, saya dan anak2 saudara membacakan yasin di sisi pusara ayah. Di akhiri dengan doa semuga roh almarhum ayah damai, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan soleh.   Kelihatannya kesegaran pokok yang menghijau di kepala dan hujung kaki pusara ayah. Di tengahnya pula , bunga kuning subur mengeluarkan aksinya. Ini menampakkan keceriaan  pusara ayah, di pagi jumaat itu. Syukurlah muga pohon ini akan terus mendoakan buat almarhum ayah.

Namun begitu, pada hari Sabtu, dalam kunjungan kedua ke pusara ayah, kami 'trim' pokok yang tumbuh. Harapannya semuga, ia terus merimbun dan terpelihara. Rumput-rumput kecil yang menjalar dibersihkan dan di taburi dengan daun pandan dan bunga yang dibawa dari rumah..Mengakhiri kunjungan hari itu, sekali lagi yasin dibacakan dan dua nisan ini  di basuh oleh kedua-dua anak saudaraku. Semuga di panjangkan umur untuk mengunjungi pusara ayah lagi di Syawal nanti. 

Semuga apa yang saya buat, anak-anak saudara saya ini akan terus meneruskan tradisi ini, betapa kita menyayangi mereka tika di dunia begitulah juga tika " pergi tak kembali.

Ini adalah notis peringatan yang ditulis oleh kak jah selepas ayah meninggal dan akan terus  diingatkan. Peringatan ini jugalah menjadikan saya tak pernah lupa menghadiahkan AL FATIHAAH walaupun sekadar berjauhan.  Muga keturunan kami juga akan terus mendoakan ayah  ..

Untuk tahun ini dan bulan Ramadan ini, beberapa kebajikan telah dibuat atas nama ayah. Semuga   ayah  terus dirahmati dan diampuni dan direhatkan di taman-taman syurga sebelum di pertemukan di jannah nanti. InsyAALLAH

Yang baik itu dari allah jua, kelemahan dan kekurangan adalah dari kelalain diri saya sendiri.mhn diamaafi. Wallahuaklam

Wednesday, August 25, 2010

Ahli Kelab Ibadah

Tanpa yuran keahlian, tanpa tapisan, anda dialu-alukan utk menyertai kelab ibadah..Penyertaan serta merta dan keahlian seumur hidup selagi anda berpegang pada terma dan syarat. Sempena Ramadan,dilanjutkan tawaranini  beserta bonus berganda. Terbuka kepada umum tanpa mengira pangkat, usia dan latar belakang.
Calon yang layak menyertai kelab ini perlu memiliki:
1. Niat ikhlas kerana ALLAH
2. Mengikut syariat @peraturan yang telah dimeterai oleh agama berpandukan rujukan Nabi Muhd saw


Menurut Tn Guru Abdulah Al Fatani yng menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamiul Huda Ampang, kita perlu menekadkan niat atas segala usaha yang akan dilakukan..Laksana dengan ikhlas...apa saja bentuk kebajikan dianggap sedekah dan bakal beroleh pahala disisi NYA. Laksanakan dengan sempurna tanpa terburu-terburu dalam ibadah

Subhanallah,tazkirah TG walaupun sekitar 30 min sebelum solat isya dan terawih dilaksanakan begitu menarik perhatian. Ringkas tapi padat....anda mahu join??? jom join kelab

Tuesday, August 24, 2010

Jom Sedekah 1

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) maka yg demikian itu adalah baik ( kerana menjadi contoh yang baik) . Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekeh-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu  dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan -kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
                                                                    Al Baqarah : 271

Bersedekahlah

Sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadan. 
Sejauh mana kita memanfaatkan  iklan dan tawaran ini.?? Tepuk dada tanye hati. Saya perhatikan ramai teman berebut-rebut booking untuk membuat jamuan berbuka puasa dan more di surau pejabat. Syukur. Memperuntukan  dan menyerahkan sebahagian wang atas niat sedekah. Walaupun hanya terhad untuk 29 orang saja,ia bukanlah bererti pintu sedekah telah tertutup. Sewajarnya meneruskan niat dan hasrat ini ke tabung-tabung masjid yang lain,  pusat tahfiz, rumah anak yatim ataupun wakaf al quran/tanah. Bagi yang tak berkemampuan melaksanakannya, usahalah membantu memudahkan urusan orang , membuang duri di jalan, memberi senyuman dan sebagainya. 


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling dermawan dan lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya untuk mengajari Al-Qur`an pada setiap malam pada bulan itu.




Amalan sedekah di bulan Ramadhan itu dilipatkan pahalanya kerana kemuliaan waktu dan tempatnya sebagaimana amal-amal dilipatkan pahalanya pada dua masjid Mekah dan Madinah (masjid Nabawi) iaitu shalat di dua masjid tersebut berpahala 1000 kali lipat dibanding shalat di tempat lainnya. Oleh itu beruntunglah mereka yang melaksanakan umrah di bulan ini seperti - kak Nab n suaminya, CL, Hj Arshad dan ramai lagi teman PDKM khususnya dan umumnya kepada  yang bakal di jemput.


Selepas 14 hari berpuasa, bagaimana dengan checklist amalan di sepanjang  Ramadan??  (terima kasih untuk ummihumaira). Banyak yang lopong?. Masih belum terlewat untuk melipatgandakan amalan. Kita tak menjangka tahun depan masihkah kita berpeluang untuk bertemu Ramadan lagi. Apakah ini terakhir buat kita. Ambillah peluang fokus kepada sedekah ini,  infakkanlah sekurang2 RM1 setiap hari . Tak kan surut poket kerana di situ ada keajaiban tersembunyi. 


Wallahuaklam.

nota kaki :
- Pic MH- Credit to CL
- Checklist itu juga telah saya dicetak untuk edaran jemaah surau Muhammadi . Alhamdulillah- Credit to umihumairah

Friday, August 20, 2010

anti-dosa

Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka diampunkan baginya dosanya yang telah lalu”. (Riwayat al-Bukhari).

Thursday, August 19, 2010

ucap Ramadan 4

SALAM RAMADAN
Semuga satu bulan mendatang penuh cemerlang, 
4 minggu kebahagiaan
30 hari keberkatan
720 jam kasih sayang
43200 saat senyuman

via sms terimakasih alang@gee usim

Wednesday, August 18, 2010

Semanis Kurma


Dengan NAma ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya "
( Hadith riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah )

Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air besar besar  ganjarannya..Pertamanya kenyataan ini saya tujukan buat emak dan almarhum ayah yang tak jemu2 menyediakan makanan berbuka buat anak-anaknya. Dengan sulaman air tangan emaklah dari dulu hingga kini saya menikmati dan bahagialah emak dengan janji2 ALLAH ini.Terima Kasih emak dan ayah yang sentiasa mmberi ..

Ketika saya di kampung juga, ada orang mengedarkan kurma2 sebagai hadiah selepas solat terawih. Jadi bayangkanlah bila mereka berebut-rebut bersedekah kurma yang lazimnya di makan semasa berbuka pastinya bakal memperolehi janji2 ALLAH ini. Sementara di  pejabat pula, ada beberapa syarikat yang mengedarkan kurma untuk kami. Yang nyata kami menerimanya dengan niat semuga ALLAH melimpahkan rezeki buat mereka yang memberi dan dibersihkan dari segala unsur syubhat.

Dan kurma ini jugalah sebagai tanda jalinan ukhuwah bermula. Betapa terharunya menerima sekotak kurma yang segar dan bertangkai pemberian seseorang teman maya. Allah jua yang Membalasnya, betapa pemurahnya  seorang 'kakak' ini. Saya hanya mampu bersyukur dan berterima kasih atas kemanisan dan huluran ini. Nukilan spontan..
kenal tanpa rupa
berbicara tanpa suara
itulah kenyataannya
keindahan dlm PDKM

Pertemuan itu tak dirancang
sekadar merencana kepulangan
antara CRV dengan d'kriss
bertamu di ruang masjid


Mengenalinya sedikit cuma
tpi hatinya begitu mulia
melebar senyum santun bahasanya
berbudi mulia kak zie namanya


Semanis kurma itulah semanis nikmat yang bakal dikecapi..InsyaALLAH . Terima kasih kak Zie( pernah dinobatkan sebagai antara jaguh pecut PDKM 2009). Terimakasih dan jazakillahu khoirun kathira. Saya  tak mampu mmbalasnya, melainkan merafak doa kpda Robbul Jalil agar segala amal kebajikan yang diterima, dihulur, ditabur, diberi dan segala kebaikan digantikan ALLAH dengan pahala yang berganda dan di murahkan rezeki yang berterusan. (credit buat CL@PDKM). Amin

Sama-samalah kita memeriahkan suasana Ramadan ini dengan bersedekah, menghulur dan merebut ganjaran nikmat ALLAH sepanjang tempuh sebulan ini.....Semuga kita juga di lembutkan hati untuk  menjadi seorang pemurah. Wallahuaklam

Mistakes

If a barber makes a mistake,
It's a new style

If a driver makes a mistake,
It is an New path


If a engineer makes a mistake ,
It is a new venture


If parents makes a mistake,
It is a new generation


If a politician makes a mistake,
It is a NEW LAW



If a scientist makes a mistake,
It is a new invention


If a tailor makes a mistake,
It is a New fashion


If a teacher makes a mistake ,
It is a new theory



If our boss makes a mistake,
It is a New idea

If an employee makes a mistake,
It is a      'Mistake'

THANK Q (credits to NMK)

Monday, August 16, 2010

Motivasi Remaja di Masjid Negara

Anda mmpunyai anak/adik dan berada di sekitar Kuala Lumpur/Selangor ?
usia antara 9-16 tahun
sertailah Smart Study, Smart Solat dan Smart Ramadhan
pada : 21 Ogos 2010 (9am-1030pm)
di Masjid Negara, KL (Sempena Ramadan Al Mubarak)
Yuran : RM50

Daftar sekarang/tempat:  hubungi : Ust. Subhi 0193775484 atau pejabat : 03-26937784
utk lanjut : www.mybmq.com

Objektif program:
1.Pendedahan kepada pensyariatan solat, penghayatan Ramadan dan tip-tip smart study
2. Memahami perkara wuduk dan soalt secara teori dan pktikal
3. Pendedahan kpda kelebihan, kebesaran dan hikmah bulan Ramadan

4. memahirkan diri kepada asa fardu ain sebg pelengkap remaja muslim
5. Kearah melahirkan remaja muslim yg berilmu, bersahsiah melalui penghayatan ilmu dan iman.

Yang baik kita sebar-sebarkan. Muga bermanfaat dan selamat  generasi kita.
-wallhuaklam--

Allahi Allah kiyakaro



Translate to english:

say Allah Allah all the time
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Allah's name

Allah say Allah

walk on the right path
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Allah's name

don't do this selfishness
give no pain to anyone
who is the owner of this world
always say Alla'hs name
*********************************

Lagu ini menggunakan bahasa urdu. Setelah diolah dgn muzik, melodi dan lagu yng sesuai...hmmm enak didengar dan hayatilah terjemahan liriknya..satu peringatan agar kita tak melupai ALLAH dimanapun jua..

Terimkasih MH

Wednesday, August 11, 2010

Ikut kata hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

balik kampung...ooo balik kampung. Aduh rindu banget sama kampung nieh....

Alhamdulillah...tiket bas telah ada di tangan sekarang...Jika  tiada aral, saya balik kampung malam nie..Mudah-mudahan seperti direncanakan..Segala bermula petang semlam. Ketika mmbeli bubur lambuk Kg Baru sebagai juadah berbuka, ingatan mendalam  saya pada kampung bagai meronta-ronta. Tanpa membelok lagi, saya terus mengikut kata hati kerana kata hati yang pertama itu adalah bisikan kebaikan  berbanding kata hati berikutnya.. Ini adalah pandangan saya dan tanpa dipengaruhi oleh agen ESQ.

Malam nie juga akan diadakan tahlil  dan jamuan berbuka di masjid buat  almarhum ayah yang ke 14 bulan 1 hari. Sekejap saja masa berlalu...pemergian ayah di 17 JamadilAkhir tahun lalu kini  beralih angka tahun..setahun 2 bulan 1 hari. Namun bagi saya ayah tetap SATU...terunggul di mata anak2nya dan hanya SATU tiada dua, tiga dsb....Mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan ....bahagia di dunia, bahagia di akhirat.

Seperti semalam, saya merancang  berterawih di Masjid  Wilayah juga. Bertolak dari rumah  setelah berbuka bersama Mr Kris pula.  Jarak antara Masjid Wilayah dengan Hentian Duta(HD) yang sejengkal itu akan memudahkan saya menyempurnakan solat terawih  terlebih dulu sebelum menaiki bas ke destinasi tercinta. Kali ini Mr Kris akan bermastautin di HD selama 3 hari, manakala d'va di tambat di rumah.  Ini adalah sbg. kemudahan dan kesenangan apabila balik nanti, Mr Kris akan  setia menunggu. InsyaALLAH selamat. Inilah kesannya bila memiliki, seolah-olah hak milik peribadi namun hakikatnya ia hanya dipinjamkan sebentar buat pemilik ini. Semuga dapat dimanfaatkan dgn menghargai nikmat pemberian ALLAH ini.

Balik kg naik bas dua tingkat nie?  Bunyi macam ngeri je?   Kalau dah kunfa yakun..ini hanyalah asbab.  Kalau ikut nombor seat tu, kat tingkat atas nombor dua dari belakang dan single seat. Bagaimanapun tergantung kepada syarikat bas yang menjadualkannya, samada bas setingkat atau dua, destinasinya tetap ke kg ku. Itulah sebabnya, saya suka bas Cosmic x'pess berbanding bas selain keselesaaan kerusinyanya dan ketepatan waktu ketibaan. Hanya 4-5 jam di atas bas, dijangkakan  saya sempat  bersahur di kampung.

Pusara ayah kan dikunjung,
di pagi jumaat yag diberkati
bersama yasin kan disusuli
agarmu rohmu bersama menikmati
Dirimu tak sepi, kami sentiasa menemani..amin
 Semuga selamat dan diizinkan ALLAH perencanaan ini.

Lagi tentang cosmic :
Cosmic Express is the first operator in Malaysia to operate the Scania K380IB 6×2 chassis, of the fifth generation of Scania’s K-series. 3 such coaches have been in operation and Cosmic Express expects to launch new routes in the coming soon.

Jom Iftar

Pengumuman Jamuan Berbuka Puasa  
Apa          :    IFTAR bersama TGNA MB Kelantan
Bila tu      :    4 Ramadhan @ 14 Ogos 2010
Pukul       :    mulai 6 pm
Di mana    :   Surau Biru @ (Surau al Ikhlasiah), Keramat Jaya, Datuk Keramat. KL
Mengapa  :    Kupon2 dijual dengan harga RM20 .
Sumbangan ikhlas dan penaja dermawan  utk MENAJA golongan ASNAF Zakat,anak2 yatim  amat
dialu-alukan. Sebarang pertanyaan hubungi :  0192698829 Samila / 0192106473 Cikgu Yusop.

Tawaran tajaan sumbangan ini  terbuka kepada semua dan terhad.
Ambillah peluang untuk menawan pahala tersebut.

Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
 
Ath Thobari Rahimahullah menerangkan, “Barangsiapa yang menolong seorang mukmin dalam beramal kebaikan, maka orang yang menolong tersebut akan mendapatkan pahala setimpal pelaku kebaikan tadi. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi khabar bahwa orang yang mempersiapkan segala kelengkapan perang bagi orang yang ingin berperang, maka ia akan mendapatkan pahala berperang. Begitu pula orang yang memberi makan buka puasa atau memberi kekuatan melalui konsumsi makanan bagi orang yang berpuasa, maka ia pun akan mendapatkan pahala berpuasa.”

Sungguh luar biasa pahala yang diwar-warkan.
Sama-samalah  datang memeriahkan majlis iftar ini ..Makan bersama TGNA ...indahnya waktu itu...    

Sumber : FB Drlo'lo' :http://www.facebook.com/mutiara1?v=wall&story_fbid=117423498309570
  Komen:  Yang baik itu kita perpanjangkan dan  rezeki ALLAH sama2 kita kongsikan.InsyaALLAH

P'bila sauh dilabuhkan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ramadan sedang melabuhkan sauhnya ...harusnya kita sama2 memanfaatkan  persinggahan pelayarannya tahun ini. Mengambil contoh  besarnya kapal dengan muatan yang bertan-tan seperti kapal  Mavi Marimara ataupun Rachale Corrie yang telah merentasi lautan dalam destinasi ke Gaza. Logiknya dua kapal ini harus meminjamkan hak pelayaran dari negara yang direntasinya...Inilah makna dunia...Walaupun telah memperolehi hak, tetapi belum pasti keselamatan dan misi dapat dijayakan. Lakaran itu telah mencipta rekod kemanusiaan telah dirobek oleh regim Israel. Mereka boleh mengawasi peta dunia tetapi segala-galanya terletak kpda MAHA PENCIPTA . Allah Akbar

Namun begitu, persinggahan Ramadan adalah satu peluang utk kita sama2 merebut, meraih dan memendekan masa tidur berbanding sebelumnya. Tanpa perlu tiket ataupun track record kita dialu-alu untuk menaiki bahtera ini.   Tazkirah hampir memenuhi segenap ceruk dan dibom dengan perkara yang sama.. Kenapa telinga ini masih sukar untuk ditembusi dan mata masih kabur serta badan masih berat untuk mengejarnya...Buzzer amaran harus dibunyikan bagi mengejutkan mereka yang masih lalai..

Semalam di surau saya hampir segenap sudut dipenuhi jamaah. Betapa seronoknya AJK surau mengamit kedatangan jamaah dengan tawaran2nya sempena ramadan kali ini. Imam jemputan dari Kelantani akan mula bertugas pada malam ke dua dengan solat terawih 8 rakaat disusuli dengan tazkirah dan tahlil.  Mungkin pihak AJK telah mengambil kira majoriti penduduk di taman saya hanya berminat untuk solat 8 rakaat berbanding 23 rakaat dan perubahan dibuat mulai tahun ini. Syabas AJK al hidayah...apa yang penting, jamaah harus bertandang untuk beribadat dan pengisiannya perlu diteruskan.  Walau bagaimanapun , sebagai mukadimah solat terawih semalam diimamkan oleh tuan iman sendiri-Pok Nik dengan 23 rakaat dan selesai sekitar jam 11 malam. Alhamdulilah.

Kemana destinasi berjamaah saya  malam ke 2? Insya ALLAH destinasi hari ini adalah Masjid Wilayah...mengikut kelaziman seperti tahun sebelumnya, setiap malam dua imam akan bertugas dan salah seorang darinya adalah imam jemputan- sama ada Libya, Mesir atau negara timur tengah yang lain. Untuk jangka waktu ini, begitulah andaian saya kerana saya menikmati satu ketenangan bila ayat2 Allah di bacakan dengan lancar dan menjadi makmumnya. Insya ALLAH saya kan bertolak seusai berbuka. Semuga ALLAH memudahkan perjalanan kita untuk beribadat dan mengecapi kenikmatan perhentian pelayaran Ramadan kali ini.


Antara  kenikmatan yang  hanya ada bagi orang berpuasa ialah tatkala sahur, berbuka dan meraikan hari raya..Oleh itu lewatkan bersahut tetapi bersegeralah berbuka dengan doa...selamat berbuka..selamat beribadat..nanti kita raya...selepas 30 hari berpuasa ya

-wallahuaklam-

ucap Ramadan 3

Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itulah waktu kebijaksanaan
Ambillah waktu mendekatkanNYA, itulah sumber kekuatan jiwa dan
Rebutlah Ramadan selagi diberi peluang kerana ianya mungkin Ramadan terakhir untuk dinikmati
Selamat berpuasa

via sms ---> kak zie (pdkm)

TERIMA KASIH : jom terawih di MWP mlm nie

Tuesday, August 10, 2010

ucap Ramadan 2

YA ALLAH, dipermulaan Ramadan yang barakah ini, mulia dan sayangilah  hambamu yang membaca ni. Bahagiakannya, keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati usahanya, rezekinya teguhkanlah imannya. Berikanlah kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih keislaman di jiwanya dan masukan dia dlm syurganMU tanpa hisab...amin ya ALLAH.
via sms---> abg mat


Pulun tambahkan amal, banyakkan ibadah, doa, zikir, tadarus, iktikaf, istifar, sedekah, menjamu org berbuka..Ingat sejarah tercipta disebalik Perang Badar, pembukaan Makkah, Farsi dan Sepanyol satu tika dulu, segalanya bermula di Ramadan..Selamat menyambut Ramadan dan berazamlah perolehi puasa khususul khusus. amin
via sms---> abg zan


AYUH  KITA MULAKAN: selamat menyempurnakan ibadah puasa.

ucap Ramadan

My name is Syaaban. I am advising you tht my neigbour Ramadan will be visiting you soon with his wife, Rezeki and two childern Sahur and Iftaar... they will be accompanied by three grandchildren rahmat, barokah dan taubat. They will leave after thirty days by Eid airlines. Treasure them and you will  be blessed. Ramadan mubarak..may thz caming Ramadan bring lotz of nur in ur life...Ramadan kareen..ahlan wa sahlan ya ramadan.
via sms-----> fatiyah

Bermulanya RAMADAN

Dengan Nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ini merupakan penghujung Syaaban dan tika Maghrib menjelma, bermulalah bulan baru kalendar islami. Ramadan al karim akan menjelang lagi......
Untuk.kedua kalinya, Ramadan disambut  tanpa ayah lagi.  Dan untuk kedua kalinya seingat saya, saya tak pulang menyambut permulaaan Ramadan bersama family. Jika tahun lalu, saya cuba lari dari kesedihan dan kerinduan pada ayah .....tpi kali ini saya tersepit dengan tugas dan tanggungjawab yang harus diselesaikan. Begitu juga himpitan waktu dan cuti yang terhad membataskan saya untuk bersama emak di kampung.

Namun begitu telah saya nukilkan pada kakak , hujung minggu ini, jika berkesempatan kita kan bersahur dan berbuka bersama juga. Begitulah perencanaan manusia, merancang untuk melaksanakan sesuatu walaupun di luar jangkauan kita. Kita merancang, Allah juga merancangan dan DIAlah sebaik2 perancang.

Untuk memurnikan sambutan ramadan kali ini, saya akan mulai dengan berjamaah di surau. Untuk kali pertamanya juga, hasil sumbangan dermawan dan kutipan jemaah, surau Al Hidayah, Dato'Ahmad Razali telah  dilengkapi dengan aircond. Pastinya jemaah kali ini mendapat keselesaan beribadat. Alhamdulilah.    surau ini menggamit para jemaah untuk memakmurkannya..Ayuh sama-samalah kita beribadat.

Di kesempatan waktu yang ada ini juga, saya memohon ampun atas sebarang khilaf sama ada yang disedari ataupun tak kepada semua yang  mengenali saya. Sama-samalah kita memuliakan ramadan kali ini dengan pengisiannya. Semuga Ramadan 1431H lebih baik dari tahun sebelumnya

Ahlan wasahlan ya Ramadan
Ya ALLAH, ampunilah kami 
terimalah ibadat, taubat dan doa kami
jadikanlah diri kami sebaik2 hamba yang mensyukuri, mengkagumi dan mencintaiMU
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, ampunilah dan kasihanilah mereka
Sihatkanlah tubuh badan kami 
bagi menyempurnakan misi ibadah kali ini
amin

JOM -->sama-sama kita berniat puasa, memulakan terawih pada malamnya dan bersahur pada paginya..
Quran+qiyamullail juga menyusul...Insya ALLAH

- wallahuaklam-

Sunday, August 8, 2010

my eman

ALways setting niat
Upgrade iman,
download  sabar,
Upload usaha,
delete dosa
update doa top up ilmu
Redeem pahala sebanyak-banyaknya

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

d'va vs diri

Sabtu lepas ni d’va direhatkan.. sejak akhir-akhir ni hampir setiap minggu dia menjadi teman akrab saya Banyak pulak aktiviti dan program yang memerlukan kederat d’va untuk melaksanakan misinya. Semakin hari semakin sayang dan rasa kecintaan membenih kasih yang berterusan..

Baru2 ini juga d’va berjumpa pakar di PS Ampang..Membetulkan urat2 dan menggantikan mana yang patut. Kos kali ini mencecah RM 300 utk KM ke 40000. Khilaf saya tentang air bateri sentiasa menghantui. Hingga kini telah dua kali bateri kereta digantikan. Semuanya gara-gara susah bernafas di awal pagi…inilah hakikatnya erti satu benda hidup. Kita sering melupai nikmat sihat sehinggalah sakit mengunjung tiba.

Pernahkah kita terfikir, siapakah yang menggerakkan enjin d’va ini?. Alami mengatakan inilah fitrah tetapi teori mengatakan ia adalah hasil tindakbalas bahan api yg sepadanan dengannya hingga menciptakan’’spark’ sebelum di perpanjangkan sehingga menggerakan mekanikal seperti yang direncanakan. Inilah penciptaan ilahi. Merenung seketika, apalah bezanya sebuah kenderaan berbanding diriku ini. Telah bertahun lamanya engine ini dihidupkan, bangun pagi dengan menyedut udara nyamannya, bekerja seharian di siangnya dan berehat pula malamnya. Namun entah berapa banyak toksid dan berkaratnya diriku berbanding d’va. Terciptakah ‘tester’ untuk mengutip bacaan tempuh hayat yang harus saya lalui lagi? Apakah jaminan esok, saya bisa bangun seperti semalam dan melaksanakan tugas yang sama lagi. Tidak dapat tidak, kerangka tua ini juga ada waktunya perlu diservis, perlu di vakum dan perlu dinaik tarafkan. Namun alat gantinya “Cuma satu” dan tak mungkin sama seperti yang telah tercipta.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah. Merenung alam dan fenomenanya untuk apa diciptakan?? Indahnya cakrawala, damainya lautan, luasnya langit dan tingginya gunung, siapa mengawasinya.?

Di mana stereng yang boleh diubah-ubah??Akal mengatakan saya lebih besar dari d'va tetapi fakta tetap mengungguli dengan  teori kebolehupayaannya berbanding manusia.  Andaikata d’va dibandingkan dengan alam…hanya sebesar biji temucut yang terkadang terlekat di kaki seluar, bahkan akan ditanggalkan bila di temui. Kewujudannya menghilangkan rasa wibawa dan keyakinan diri seseorang. Apakah ini yang dibanggakan? Apakah ia milik saya selamanya??? OH TIDAK…. Bahkan saya juga dipunyai dan dipinjamkan sahaja ke sini. D’va seharusnya dibentuk dan pergunakan ke jalan yang direstui ALLAH. Biarpun sekadar satu pokok kemucut, dia sentiasa taat pada PENCIPTANYA dan sering berzikir…begitu juga d’va yang sentiasa taat dan tapi bagaimana dengan saya??

Akal mengatakan saya lebih besar dari d'va. Namun d'va sentiasa taat pada PENCIPTANYA.  D'va juga adalah diciptakan oleh ALLAH yang dilhamkan kepada teknokrat2 yang terpilih.  Ayuh teman kejutkan diri saya, andai saya terleka, pimpinlah saya andai saya tersesat dan kembalikan saya mengenal ALLAH andai sudah terkapai2 kelemasan. Onlinekan saya dengan PENCIPTA kerana saya mau kusyuk dalam solat, sempurna dalam ibadat.. Saya harus menghargai sisa umur yang dibekalkan sebelum sumbu itu padam selamanya Kita harus meng"upgrade",  mem"polish" amal ibadah kita sementalah Ramadan almubarak yang menjelang kali ini


apa itu kemucut? temucut?...hihi..pikir2akn

Saturday, August 7, 2010

Recap Julai

Recap ini sepatutnya disediakan pada penghujung Julai. Tpi dik kerana kekangan waktu, hari ini baru dapat disediakan. Walau bagaimanapun saya tak mungkin melupai tarikh-tarikh keramat mereka yang amat berharga dalam hidup saya. Kami rapat kerana adanya kesinambungan darah – muhram yang kekal selamanya..:) Syukurlah kehadrat ALLAH Taala, kami mempunyai ayah emak yang sempurna melaksanakan tugas mereka. Kami telah menerima pendidikan, disuburkan dengan kebaikan dan dikembangkan dengan persekitaran yang terkawal berlandaskan agama.

Sewajarnyalah, generasi berikutnya menggunakan kaedah yang sama, ditokok tambah dengan pendekatan agama bagi menjamin kebahagiaan selamanya. Betapa ancaman dunia hari ini berbeza dengan dulu dan wajarlah menyediakan diri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab masa kini.

Buat saudara-saudaraku dan anak-anak saudaraku yang meraikan Julai sebagai bulan bermakna..
Muhasabahlah tentang diri i
Sejauhmanakah meletakkan nilai dan harga agama dalam diri,
Kehidupan kita sekejap lagi
Pakah jaminan tahun depan kan diraikan lagi..?

Selamat meraikan ulangtahun kelahiran JULAI :
4 JULAI abg Zul @ pak cik Zul dan anaknya, Nadiah@ anak saudara ke 51 (sama tarikh)
11 JULAI adik Fuad @ pak su
13 JULAI kak Na @ cikna
18 JULAI Ikhwan Idris @ anak saudara ke 5
20 JULAI Yusof Mirdad@ anak saudara ke 47
23 JULAI Qamarul Asyraf @ anak saudra ke 24
26 JULAI Ilyas Tufail @ anak saudra ke 10

Juga tak dilupai buat sahabat saya :
Nor ilham yang menyambutnya pada 28 julai
Juga kak Nora Qasih pada 25 julai

SEMUGA ALLAH MEMPERKENANKAN HAJAT DAN DOA KITA. DIBERKATI UMUR & KEHIDUPAN dalam MENGHARGAI MAKNA KESYUKURAN dan MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. HARI INI adalah yang terbaik.
Ya Allah, Berakatilah umur kakak, abg, adik, anak2 saudara ku juga rakan2ku ini dan alfiatkanlah mereka . Murahkanlah rezeki mereka supaya dapat membantu diri, family dan ummah . Permudahkan urusan dan kehidupan mereka dan lapangkan diri mereka untuk sama2 menambah ilmu, beramal dan memperbaiki amalan mereka. Jadilah mereka cintakan agama mengatasi segala dan tunjukilah jalan yng lurus dan istiqamah dalam amalan..Amin

Dan  hari ini juga juga 0708* hepy birthday Syima – just 4U
Terimalah seadanya:
 


TERIMA KASIH atas segala kebaikan yng telah diberikan selama ini. Saya amat menghargai…

-wallahu aklam-

Thursday, August 5, 2010

berilah keutamaan

Keutamaan Berjalan Kaki :
Abu Hurairah R.A berkata:
Bersabda Nabi SAW: Siapa yang pergi pada pagi atau petang hari ke masjid, maka Allah menyediakan untuknya hidangan di syurga tiap ia pergi baik pagi atau petang


Keutamaan Salam:
Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a berkata :
Seorang bertanya kepada Nabi SAW : Apakah yang terbaik di dalam islam? 
Jawab nabi : memberi makanan dan memberi salam terhadap orang yang kau kenal atau tidak...

Wednesday, August 4, 2010

Our Beloved

ربي صلي ربي سلم

على طه المعلم
نبع خير شمس حق
من السماء
(Oh Allah send you peace and blessings
Upon Taha (one of the Prophet's names) the teacher
(He is) A fountain of goodness, a sun of truth
Sent from the heavens)

You're the light of my eyes
You're the answer to my cries
You're the dawn that chased away
My darkest night

و إن لم أراك
ياحبيبي
عين روحي دوما تراك
نور من الله
كي يضيء لنا الحياه
(And even though I haven't seen you
O my beloved
My soul's eye always sees you
A light sent by Allah
To illuminate our life)

Chorus:
يا حبيب قلبي يا محمد
يا إمام دربي يا أحمد
يا شفيع ذنبي يا طه
عليك صلى الله
(Beloved of my heart, O Muhammad
Guide on my path, O Ahmad
Intercessor for (the forgiveness) my sins, O Taha
May the peace and blessings of Allah be upon you)


فاض شوقي كي أراك
سال دمعي للقــــــاك
في جنان الخلد نلحق بخطاك
(My longing to see you is overflowing
My tears are flowing wanting to meet you
In eternal Paradise we will follow in your footsteps)

I will cross the widest sea
I will climb the highest mountain
Just to drink from your hand
By the fountain

ومن سواك
ياحبيبي
قدوة من لي سواك
نور من الله
كي يضيء لنا الحياه
(And who else but you
O my beloved
Is a role model for me
Who else but you?
A light sent by Allah
To illuminate our life



Arabic Lyrics: Sameh Khairy
English Lyrics: Bara Kherigi
Melody: Sami Yusuf
Arrangement: Andre Emad

Jom layan lagu Kecintaan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw...
Ada kalanya pintu hati ini perlu diketuk...kita sayang nabi namun sejauhmana kita mengikuti sunnahnya..