Wednesday, July 28, 2010

Jom pakat pi !!

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid , Surau )

Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh

Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah
Oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH”


Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS. 
Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah. Hubungi 013-6714932. 

NOTAKAKI: -Jom-jom-jom .Jom ramai2 kita semarakan pesta ibadah ini.....mungkin ini juga hadiah istimewa untuk kak Zie yang merindui lambaian dan bisikan Masjidilharam . Muga getaran kejiwaan ini bisa mengubat rindu dan cinta pada ALLAH ..Ayuh kita jumpa di sana.....Amacam CL, kak chaq, dik syima, dato Rozali ,kak ngah ,kak shami, tiqah, hanis, yatt, mamaju,  dan semua sahabat PDKM yang lain  JOm....wallahuaklam

Tuesday, July 27, 2010

Perlatihan Solat Kusyuk

Kita mengadap ALLAH sekurang-kurangnya 5 kali sehari, tetapi sejauh mana kita mengakui DIA ada dimana-mana dan sejauhmana kita MENGKAGUMI ROBB..datangilah majlis ini...disini kan ditemui.....Sesuatu yang pasti menyengat dan dirasai INDAHNYA bertemuNYA:


PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK
When: Thu, July 29,(solat magrib hingga 11 mlm)
Where: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG 
Description: PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK 
TEMPAT: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG
OLEH: PAK YUS ANSARI (KETUA UMUM SHALAT CENTRE BANDUNG)

No Untuk Dihubungi: Puan Azian: 012-6020463
Blog Masjid: http://masjid-bbp.blogspot.com/

-----------------------------------------------
 PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK (DEWASA)
When: Sat, July 31, 9am – 6pm
Where : Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia  
Description : SURAU HAJI ISMAIL, 
FASA 3, JALAN ASTANA 13/1, BANDAR PUNCAK ALAM 
AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ YUS ANSARI (Ketua Umum Shalat Centre Bandung)
YURAN: RM10 untuk makan pagi, tengah hari dan petang 
Hubungi Tn Hj Azali (0193878085) untuk maklumat lanjut
 insyaALLAH..muga diriku diberi peluang utk menghadirinya lagi..

What is your wish?



My Only Wish (interlude) Lyrics

All your armies, all your fighters
All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue

Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Words: Qasem Qasem
Performed by: Musarrat KarimI

Indahnya malam nisfu

Ya..Nisfu syaaban 1431H datang lagi...kini saya mengerti kehadirannya dinanti oleh sebilangan manusia dan peluang yang ada pastinya direbut. Malam tadi d'va secara sengaja dipandu ke masjid Muaz bin Jabbal.  Suasana dan kemeriahan jemaahnya kali ini berbeza dengan suasana malam Jumaat. Masjid ini menjadi destinasi cinta kepada hamba-hambanya yang dibukakan hati untuk memakmurkannya.

Jemaah muslimat melimpah hingga  ke ruang solat yang tak berkapet.. inilah nikmatnya beribadah..tanpa mengira status atau pangkat di hadapan  ALLAH kita tetap hamba..Kita sama-sama mengadap, mengadu, memohon dan bermunajad kepada yang MAHA MELIPUTI segala sesuatu..Inilah YANG MAHA BESAR, MAHA LUAS, MAHA MENGETAHUI yang mempunyai 99 namanya..

Seusai maghrib, yasin dibacakan dengan diniatkan: mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan, mohon dimurahkan rezeki yang halal dan mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik. Inilah pengalaman terbaru dipelajari apabila dipakejkan sekali yasin dengan satu niat dan dibuat secara jamaah. Lazimnya dibaca tiga kali beserta tiga kali niat. Apapun ibadah perlulah ada niat dan jangan taksub kepada kelebihannya... Tugas kita beribadah dan ganjaran pahalanya, ALLAH jua yang mencatatnya. beramal dengan ikhlas, yakin dengan janji ALLAH dan teruslah beristiqamah dalam ibadah.

Mengijak malam ke 15 syaaban, menandakan kita sedang bergerak di ambang Ramadan..Bermulalah iktizam untuk terus beribadah sehingga menjelangnya Ramadan...Kepada mereka yang masih belum sempurna puasa ganti(khada) di WAJIBkan melangsaikannya dan kepada mereka yang tak pernah berpuasa sunat dimakruhkan berpuasa lagi...Bersempenanya juga disunatkan berpuasa esok harinya. Seandainya catatan ini satu percanggahan, saya mohon diperbetulkan ...

Indahnya 15 ini sebagai satu refleksi selain mengajak jemaah mendekati masjid. Saya membayangkan  andainya esok.lusa, tulat dan seterusnya, masjid-masjid kita terus menjadi onestop ibadah ...AJK masjid boleh meneruskan kesinambungan aktiviti sehingga Ramadan tiba.

Solat isyanya pulak di imamkan IM- Asyraf Ridzwan. Subhanallah....bacaannya begitu tartil dan  nyaman di dengar. Saya  tak pernah mengenalinya bahkan tak pernah melihatnya di Astro. Tetapi saya masih terngiang-ngiang suaranya..Subhanallah beruntungnya diri ini berimamkan seorang yang anak muda yang memiliki kelebihan suara, ilmu dan kelebihannya tersendiri. Tahniah kepada Masjid Muaz yang memberi peluang kepada generasi muda memakmurkan masjid,  auranya bakal menjadi magnet untuk generasi akan datang. Insya ALLAH. Namun begitu, janganlah meletakkan kesempurnaan ibadah kita kerana sesuatu...taksub bakal mengundang kemurkaan ALLAH . Anggaplah inilah kelebihan yang hanya ada disini dan masjid sentiasa terbuka menggamit jamaah walau dimana kita beribadat, kita tetap mengadap yang MENCIPTA..Allah Akbar.

Last but not least, jamuan nasi talam dihidangkan. Menu yang sedap untuk dikongsikan empat org setalam..Menunya nasi putih, ayam masak merah, sambal sotong,sayur dan kari kambing..Makan jamaah nie banyak hikmahnya...semuga ukhuwah yang ada semakin subur dan sebelum pulang, diberikan sebungkus bihun dan dessert....Alhamdulillah menu bersahur  telah didelivery . .
Kita merancang, ALLAH juga punya perancangan dan DIA lah sebaik2 perancang
wallahuaklam

Nostalgia Malam Nisfu

 NISFU SYAABAN ...
kau datang lagi
mengikut ketentuanNYA
caturan yang tersimpul
megah bersama kelebihan 
gamit bersama kerinduan


Petang semalam  kakak mengingatkan saya tentang kehadiran malam bertuah ini. Walaupun google kalendar telah mengingatkannya, tetapi saya tetap menghargai sms darinya. Imbauan bertahun2 lalu dikenangi semula...

Sebagai tunggak dalam keluarga, ayah pastinya akan menyediakan keperluan mengikut citarasa mak. Inilah karektor ayah yang dikagumi. Mereka sering berkejasama, berbincang dan pemurah dalam berbelanja untuk kepuasan familynya. Sesekali ayah terpaksa mengait daun pisang, mencabut ubi kayu, mengupas, mengukur kelapa, mencarikan kayu api bahkan menyedia dan menjaga api sementara  menanti kuih masak.  Manakala mak akan menggunakan skil memasaknya menyediakan kuih sendiri untuk dimakan selepas selesai majlis. Segala makanan yang disediakan adalah hasil air tangan mak dan dibantu oleh kakak2 jika mereka ada di rumah. Antara kuih yang sering dibuat antaranya bingka tepung, bingka ubi kayu, kuih pau, cekodok dan kuih muih mudah yang lain.( mudah pada mak, tidak pada saya!!)

Bayangkan dalam kekangan tidak seperti teknologi sekarang, makanan yang disediakan adalah dari kederat diri sendiri dan di buat penuh kasih sayang. Jika mak menyediakan (favorite ayah juga) bingka ubi kayu, kami anak-anaknya terpaksa mengisar beras menggunakan pengisar batu...entah berapa kali pusingan dan hampir tercabut bahu memulasnya..( beras harus dikisar untuk menjadi tepung beras untuk buat bingka) .tika itu usia saya baru di bawah 7 tahun. Memakan asap sabut untuk di buat bara api--time nie gaya naga makan asap akn dibuat!! ohh nakal juga saya rupanya bila dikenang semula bukan membantu tetapi mengganggu kerja dapur saja. Walaupun tak sekerap kakak menjadi pembantu mak, sekurang-kurangnya saya masih boleh berkongsi pengalaman ini. Entah sampai bila pengisar batu ini dan nostalgianya akan kekal disimpan di kampung memandangkan teknologi telah berubah.( telah dibersarakan )

Kuih yang dimasak juga pastinya akan di buat banyak-memandangkan satu untuk dijadikan santapan family dan satu lagi untuk disedekahkan. Telah diingatkan mak, jangan ambil makanan kita lagi nanti-beri  peluang orang lain merasa masakan kita..Inilah antara nasihat yang masih segar dalam ingatan. Kalau diistilahkan secara berhemah  seperti peribahasa jangan buruk siku..

Ketika itu, rumah tuan guru menjadi pusat ibadah. Bacaan kitab, mengaji quran  dan ilmu mengenal ALLAH dibacakan oleh almarhum /mahTok GuruTok Wa Hj  Rejab dan Tok Wa Khadijah( tok wa jab dan tok wa jah: al fatihah) . Di sinilah bermulanya proses kenal ALLAH, ukhuwah,jamaah, khariah....

Kami semua dipaksa pergi di  malam Nisfu Syaaban ini...tika itu, saya adalah anak bungsu yang lazimnya tidur (saya tak diajak solat pun ) kerana ia membosankan ( Arahannya jelas dan tegas, tak boleh bising kerana orang sedang bersolat, kemudian saya tahu  yasin berulang2  dibaca secara lambat (sebenarnya tartil) dengan suasana lampu pula hanya diterangi sinar gasoline. Walaupun bilangan yang hadir di kategorikan ramai tetapi kehadiran anak2 mereka tidak sehingga menjejaskan konsentrasi beribadah. Kenapa anak-anak dulu lebih menghormati orang tue berbanding sekarang??

Yang saya sedar....mak akan kejutkan saya untuk menjamah makan yang telah dihidangkan...Ketika itu pelbagai kueh mueh dan menu yang dibawa di makan bersama-sama. Yang masih kekal dalam ingatan saya pahitnya kopi dari cerek bertangkai aluminium (dari Mekah kot) dituang ke gelas-gelas kaca yang kecik comel. Ada tikanya, bila mata teramat mengantuk, saya di dokong ayah pulang...yang saya sedar saya di rumah dan hanya mampu menggigit jari...terlepas kepuasan menikmati hidangan.....

Lingkaran nostalgia ini dikenang....kemeriahannya hadir lagi dan terus hadir.....
pengisianku berbeza...dulu dan kini....

AL FATIHAH buat tokoh yang dikagumi almarhum dua tok guru yg ku sebutkan tadi: tokwa Hj Rejab dan tokwa Hjh Khadijah juga buat almarhum ayahandaku....semuga ALLAH menganjari pahala atas roh mereka dan  ditempatkan di syurgamua dan diampuni dan dikasihani ALLAH selamanya..

Sunday, July 25, 2010

tahukah anda?

Nisfu Sya'aban
Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).

Amalan Hari Nisfu Sya'aban
1. Solat Sunat Nisfu Sya'aban

Cara-cara:
1.Selepas solat Maghrib, lakukan solat sunat Nisfu Sya'aban sebanyak 2 rakaat.
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1 kali.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3 kali.

2. Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan
Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11kali dan selawat 11 kali.

Baca doa nisfu Sya'aban.
(boleh dirujuk di dalam Surah Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000 kali.

4. Berpuasa pada siangnya.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk mengerjakan amalan sunat disamping amalan wajib.

Memandangkan hari ini adalah 26 Julai 2010 bersamaan 14 Sya'aban, 1431 boleh la kita menunaikan Solat Sunat Nisfu Sya'aban selepas Maghrib nanti. InsyaAllah..

sumber: http://missanisah.blogspot.com

Nota kaki :  walaupun amalan menghidupkan malam ni mempunyai pandangan yg berbeza,  ambillah kebaikan dan elakkan berniat semata2 hari ini. Bonus ibadah adalah hak ALLAH..Oleh itu perbetulkan niat ,sucikan diri dan terus jadikan amalan atas apa jua kebaikan. Semuga ALLAH melipat gandakan amalan kita sehingga ketemu RAMADAN ini

Thursday, July 22, 2010

Salam Jumaat

Baikkanlah/lembutkanlah perkataan,  
tebarkanlah salam,
hubungkanlah silaturrahmim,
shalatlah di malam hari ketika manusia masih tidur,
kemudian masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat.
(HR. Ibnu Hibban)

Tag dari Syima

Entah macamana tetiba nama saya yang tersenarai di n3 syima..Kemudian beliau tinggalkan komen (mengingatkan tentang tag ini) pada n3 terkini saya pada tika itu...Ini satu cabaran berat dan batu yang harus digalas bagi meneruskan misi persahabatan...Jeng2...terimakasih dik..dan dan akak cuba laksanakan tugas ini seadanya..

1. Apakah yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
---> hah?? Tikam dari belakang ?? ooo TIDAK. Tu org pengecut jer lar. Alang2 tikam biar berdepan jer ..senang sempat mati dalam iman dan senyum ( insyaALLAH). Tapi nak tikam belakang jugak..apa mampu ku buat..buat “taktau”jer laa..asalkan bukan ilmu2 hitam dan sewaktu dengannya ‘ ALLAH SELAMATKAN diriku’huhuhu..
-----
2. 6 orang dihati anda?
--> Ayah, emak, kakak2, abg2, anak-menakan dan sahabat
Haha…tak menepati soalan la pulak…Apa nak buat.huhu. Hakikatnya diri ni masih memerlukan mereka dulu, kini dan selamanya….....[ops sahabat –sukar dicari berbanding teman dan kawan tau.. hihi]
-----
3. Anda rasa anak anda comel?
---> Soalan ini nie kena simpan dulu ( next ..)
-----
4. Single or taken?
---> Solo, single and available [pinjam ayat syima boleh kan ( kena byar royalty tak nie? hihi]
----
5. Blog yang anda suka?
--->Banyak..bermula dgn blog PDKM, Blog geng-geng PDKM, blog IT, Blogpuisi dan blog yang menjana minda, mengetuk hati mendekati dan mencintai Pencipta. Bila dah mula memblog(mengembara)…mgg payahla nak berenti…
------
6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
---> alamak—malunya… Ya, sekurang-kurangnya memastikan cadar di tarik rapi, bantal teratur disusun dan selimut dilipat semula….Bukannya apa bila balik lewat malam seolah-olah bersedia untuk penerbangan ke alam lain..zam zam alakazaaaaamm..
------
7. Lagu terakhir yang anda dengar?
---> UNIC – “sesekali diuji” dari radio HOTfm. Secara kebetulan pulak tengah teruja- lagu nie beri ketenangan dan keinsafan huhuuu. Sedap tau kalau tak caya dengarlaaa…tak rugi punnn
-----
8. Last text message?
---> SMS daripada sahabat@NMK ptg tadi “ dah print pun. Trimekasih cu..da byk tolong ti” Membantunya meneliti hasil kerja editnya dan mencarikan tajuk untuk bukunya itu dengan kekangan date line....saya beri dua tajuk utk dipilihnya bahtera cinta ummi dan synergy cinta….Komen: eh kenapa cinta?? Gara2 MC kot kan syima kan..hihii .."
-----
9. Last phone call?
---> Dengan my beloved 4ever..meluahkan rasa rindu dan khabar mak yang dibawa cucu cicitnya bercuti/santai di selatan Thailand. Sambil2 tu risik laa apa yang mak beli untuk anak bujang dia yang sorang nie....dush!
-----
10. Hari terakhir anda menangis?
---> Di suatu majlis KL Berselawat..Diriku menyelami rasa kasih rindu dan sayang teramat pada junjungan kita nabi Muhammad saw…kata cinta tapi sejauh mana kita menyebutnya??? Bilala diriku berpeluang berziarah kt makam nabi di madinah tu kan…doakan saya jua…amin
-----
11. Senaraikan LIMA warna kegemaran anda?
---> Hijau, Biru, Purple, Kuning dan Pink…selama ini saya hanya menggemari rupanya warna dan kegemaran ku adalah berkait rapat dgn tarikh lahir..Fulamak..mantOp..hihi
-----
12. Orang yang terakhir anda ber YM?
---> ILHAM….seorang sahabat yang sedang menyambungkan pelajaran di IPTA. ooppss [gossip itu indah dan isu yang tak berpenghujung akan disusuli dgn sms pulak…apa yang penting bukan ckap sorang tau….. hihi]
-----
13. Game yang paling anda suka?
---> bowling ..hihii jgn silap hanya dihujung jari saya bisa strike..Hmm.. see may finger plzz!! maklumlaa hanya game kuno ini yang ada dlm telepon saya …..kuang22..
-----
14. Adakah anda peminta MCR?
---> MCR tue apa syima? Kalau kat tempat keje-MCR: Master Control Room…apa nak buat lagi dah termasuk dlm SKT tak payah minta pun kena jaga laa … sebetulnya apa ek?? Help me plz
-----
15. Apa perasaan anda jawab tag ni?
---> suka laa—maklumla selalunya dok baca jer..nie dah kena tag ngn syima layan jer laaa…keje dah selesai…boleh laaa layaaaaannn .. Terimakasih dik syima…
-----
16. Anda rasa tag ni best?
---> Best ..[kata ustaz kita kena appreciate pemberian seseorang walaupun tak suka..oppp jangan terasa pulak nie]
-----
17. Tag 10 rakan anda.
---> Apabila tersenarai dalam pilihan saya tu anggaplaa ini hadiah istimewa..almaklumlaa inilah makna persahabatan kita…. layan jer laa lagipun, soalan nie yang suruh Tag kalian..so jangan susah hati jawab dengan tenang dan hati terbuka…..jgn marah haa..(hmmm jemput2 la mentag diri anda jika anda telah mmbacanya………

Mira safiah
izann
Azrai Ahmad Zamri
ASHA
Nurul ain
Cik Ira
Kak chaq
Mamaju
Dato Rozali
Dik Fa

ALHAMDULILLAH akhirnya saya dapat menyempurnakan misi ini..
Diatas bahu patek, batu dijunjung , yesss ...kalau masih ada yang tak puas hati tu..jgn bergosip tau...Sekiranya ada yang terSINGGUNG...saya mhn ampun..
TERIMAKASIH DIK SYIMA..

KL Berselawat 2010

Dgn nama ALLAH yg MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

Biasanya kita mendengar KL Menjerit tetapi bertempat di masjid KLCC dgn suasana diselubungi hujan KL BERSELAWAT. Ini lah indahnya warna2 kehidupan suasana yg pelbagai di kotaraya . Dlm kemeriahan dan kerancakan maksiat berleluasa masih ada segelintir masyarakat yg mengambil pendekatan agama dengan menganjurkan majlis sebegini. Mengajak masyarakat kembali pada agama dengan menekankan nilai mentaati ALLAH dan mncintai RASULULLAH.

Memandangkan ada urusan family sebelumnya, saya sampai di sana sekitar jam 5.30ptg. Diperhatikan kumpulan muslimin seolah-olah dalam kumpulan 3-4 orang sedang berusrah, manakala ada juga yang mengambil kesempatan membelek2 buku,kitab dan cd2 ilmiah dari gerai yag disediakan. Indahnya suasana damai ini, di petang yang direstui ALLAH.

Sebidang kain dipasangkan sebagai ruang yng memisahkan antara muslimin dan muslimat di ruang solat tingkat bawah masjid itu. Ustaz Muhammad Fuad, seorang tenaga pengajar sebuah pondok di Kelantan memberikan tazkirah selepas persembahan nasyid selawat memuji rasulullah. Berkongsi ilmiah bersama al ustaz….
Bulan SYAABAN bulan berselawat-memuji rasulullah.
Bulan RAMADAN bulan membaca AQ

Mengambil contoh bagaimana islamnya Malik Abd Aziz(Mile Tyson) di sebalik jeriji besi apabila hidayah ALLAH turun padanya. Semasa kunjungan pertama kalinya ke makam rasulullah, dia sempat bermunajat dan berdoa hingga mengalir air mata keinsafan dan kerinduan pada junjungan besar kita nabi Muhammad s.aw. Andainya berpeluang …saya juga akan berdoa dan munajat, berselawat dan memohon syafaat nya nanti

Berselawatlah duhai teman2ku….Bertanyalah pada diri sendiri, bila tikanya kita berselawat hingga ada rasa cinta, kasih dan rindu pada Rasulullah. Secara tak dipaksa, pipiku menerima kehadiran air mata yang mengalir deras…Menegak bulu romaku dan semangat membara..Nyatanya saya berjaya menundukan ego dan menginsafi diri betapa terlekanya seketika mengingati dan memandang remeh akan hikmat menyebut dan berselawat ke atas mu ya Nabi Muhammad. Sedangkan hingga ke penghujung nyawa baginda tidak pernah melupai “ummati” Siapakah kita di hadapannya kelak???

Kemudian diikuti dengan membaca ratib sebelum magrib (seperti bacaan almathurat dan buku ratib ini dipinjamkan kepada jemaah) . Diri kerdil ini terasa bertuah dapat mendengar , membaca, melihat dan berjamaah bersama.Inilah buat pertama kalinya saya membaca ratib ini sambil menyemak terjemahannya…Sesungguhnya diri ini terlalu jahil dan kerdil dalam peribadatan mengenal ALLAH dan tak kan serit menampal perca2 yg koyak itu. Mudah-mudahan amalan yg sedikit ini, dengan hati yang tulus, dilipatgandakan ALLAH dan

Seusai maghrib, majlis dipenuhi dengan selawat memuji kebesaran junjungan rasulullah. Terasa gegar KLCC dengan laungan selawat yang begitu indah dan tersusun dan dikarang oleh seorang tokoh dr Madinah. Inilah acara kemuncaknya..disaat kami berdiri terleka seketika mengenangkan perjuangan rasulullah dengan berselawat, haruman attar pula singgah di tangan…Subhanallah indahnya kemuliaanmu Rasullah, insan terpuji, kekasih ALLAH.. Teringat kembali suasana di Masjid Negara tempuhari. Walaupun bilangan kehadiran hari ini kurang berbanding dulu, namun semangat dan komitmen yang diberikan amat disanjung. Bukan mudah kerja dakwah ini di hujung minggu walaupun masih ada juga yang mendahulukan agama dari kerehatan. Inilah wajah-wajah pilihan ALLAH yang digerakan hatinya untuk menghadirinya.

Selesai isya, majlis disusuli dengan tazkirah selawat oleh Tuan Sheikh Dr Mahmoud Al Marghlani dari Madinah Al munawarah. Sekalung tahniah buat ustaz penterjemah yang menterjemahkan setiap ayat Tuan Sheikh ke bahasa melayu. Bicara lembut, bersopan dan diserikan dengan jenaka. Beliau mentafsirkan kelebihan selawat dan sejauhmana pengaruh selawat ini dalam kehidupan. Kami diajaknya membaca selawat2 yang menjadi amalan di masjid2 di madinah. Sebagai seorang yang dhaif, saya hanya mengenali satu bacaan selawat sahaja sedangkan realitinya ada banyak lagi karangan bacaan selawat/ berzanji/ burdah yang perlu di baca dan di amalkan….walaubagaimanapun, caturan ALLAH sentiasa mengatasi perencanaan kita…Sekitar jam 1030 mlm saya terpaksa meninggalkan majlis ini kerana urusan family yang belum selesai. Bagaimanapun hati saya tetap puas, kerana dalam kesibukan masih ada celahan waktu yang melapangkan saya untuk pengisian dan santapan jiwa yang amat berharga. Terima kasih ALLAH dan semua pihak yang menjayakan majlis ini
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
.

Wednesday, July 21, 2010

insya ALLAH



Munsyid : Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Tuesday, July 20, 2010

Jom Perbetulkan Solat


PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK (DEWASA)
When : Sat, July 24, 9am – 5pm
Where : MASJID AL-HIDAYAH SEKSYEN 18 SHAH ALAM
Description : akan disampaikan OLEH USTAZ YUS ANSARI
YURAN: RM10 untuk makan pagi, tengah hari dan petang
------------------------------------------------------------------------

HALAQAH DI ALAM TERBUKA (SOLAT KHUSYUK)
When: Sun, July 25, 4:30pm – 11:00pm
Where: INSTITUT LATIHAN SULTAN AHMAD SHAH (ILSAS)
Description: HALAQAH ALAM TERBUKA (SOLAT KHUSYUK)
(bagi mereka yang pernah hadir Perlatihan Solat Khusyuk Sahaja)
Disampaikan oleh Ustaz Yus Ansari (Ketua Umum Shalat Center Bandung, Indonesia)
Masa: Sebelum asar 4.30pm - 11.00pm (InshaAllah akan Asar bersama)
 JOM KITA PAKAT PI: ini adalah perkongsian ilmiah dan eloklah kita sama2 menghadirinya sbg satu tatacara persediaan utk lebih kusyuk dalam mengabdikan diri pada ALLAH.  Muga2 ibadat kita juga lebih sempurna dan juga  kusyuk solat tika ramadan  tahun ini lebih baik dari sebelumnya..
Siapalah kita jika di mata ALLAH ??? wallahuaklam


Sumber : http://www.solatcentermalaysia.com/2010/07/19/perlatihan-dan-halaqah-solat-khusyuk/

 
notakaki: 
kepada sesiapa yang tahu lokasi jalan nya,..sila pandu arah saya utk kesana  ...terimakasih
 

Terima kasih ALLAH

luasnya Neraka

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a..w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Sumber : email dari anakanda sue-Terimakasih

jom doa

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, , anak-anak kami, kaum keluarga kami dan; semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.

Perjalanan hidup


terimakasih NMK

Friday, July 16, 2010

Mau Hayati


picture tell a story....


Hayati (Arabic: حياتى‎) (meaning, My Life), -jiwa hidup, kehidupan
mahu makan "hayati" dgn menghayati kelazatannya.....

Makanlah Beras Basmati   (kurang kanji, indeks glisemik rendah)l

Thursday, July 15, 2010

KL Berselawat 2010

 Majlis KL BERSELAWAT akan diadakan di Masjid Asy-Syakirin,KLCC pada 18 Julai 2010.
Aturcara seperti tertera diatas...

Kita kata kita sayang rasul....Jom jumpa anda di sana!
Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w!

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah Along Zulaiha


Segunung tahniah buat anakanda SZAR atas anugerah kecemerlangan ini. Satu penghargaan yg diberikan  atas kejayaannya memperolehi keputusan terbaik PMR tempuhari dengan menepati syarat yang di kehendaki. Majlis anugerah kecemerlangan Shell yang berlangsung di  Dewan Convention Sime merupakan acara tahunan Shell bagi menunaikan tgungjawab sosial korporatnya untuk dimanfaat oleh masyarakat.

Majlis yg disempurnakan oleh Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ini merupakan majlis meraikan kecemerlangan pelajar PMR/SPM dan anugerah biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.  Penerima-penerima anugerah ini pula adalah dari seluruh Malaysia dan mempunyai pelbagai latar belakang dan bangsa.

Bagi anakanda SZAR,  anak sulung dari dua beradik yang menetap JB ini, anugerah ini memberinya semangat untuk mencipta kejayaan. Nekad dan doa restu ibu dan ayah sentiasa diharapkan. Along bukan sahaja menerima sijil tetapi juga wang tunai bernilai RM 750.00. Menurutnya wang itu akan digunakan untuk menggantikan cermin matanya yang telah berusia 4 tahun dan selebihnya utk simpanan. Inilah contoh anak yang tahu menghargai dan tidak menyusahkan family. Along sedar pendapatan ayahnya terhad sebagai pemandu teksi yang adakalanya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah keranakomplikasi jantung. Ibu terpaksa bekerja di kilang bagi menjana pendapatan keluarga. Keazaman along adalah untuk memberikan kejayaan dan mengubah nasib mereka satu hari nanti. Bermula dengan kejayaan membanggakan dengan UPSR, PMR dan kini along bernekad untuk SPM 2011. Semuga ALLAH merestui perjlan anakanda Zulaikha ini. Insya ALLAH


Segalanya bermula ketika saya bekerja di sebuah kilang di Prai satu ketika dulu. Perkenalan dengan Sabariah ( ibu along) dari usik-mengusik, menyakat membawa kepada kemesraan seperti sebuah keluarga. Hubungan ukhuwah daripada sahabat menjadi adik angkat sehingga seperti saudara juga.  Walaupun kami pernah terputus hubungan kerana jarak waktu dan komitmen sendiri, tetapi  ianya dapat disambung semula. Kini, mereka adalah saya anggap seperti saudara saya tambahan pula sifat baik hati dan keramahan mereka suami isteri . Semuga ALLAH mempermudahkan rezeki dan kehidupan mereka dan membalas kebaikan mereka.  

Along dan ibunya pulang ke JB dengan bas selepas melawat Planeterium Negara ( maafkan ucu yang melekakan kepulangan ini bagi memberi kesempatan pada along untuk menikmati "feel" sebagai angkasawan.) Cita-cita biar tinggi muga berusaha untuk mencapainya...Menggapailah  awan,  free zone oxigen ()!!!

Moralnya: berkawanlah dan bersahabatlah...Jalinkan silarahim antara kita kerana hubung ukhuwah itu tak memerlukan pertalian darah. Tebarkanlah ukhuwah dan perbetulkan niat...Saya tak memiliki apa-apa tetapi saya tetap menghargai mereka yang pernah mengenali saya. Mohon kemaafan jua atas segala khilaf

Monday, July 12, 2010

bila nama ALLAH dialunkan



Ayuh sama2 kita berzikir asma alhusna..
Bagi setiap program nisa alunan zikir ini di ibaratkan sebagai pembuka majlis..Terasa keagungan  ilahi bila dialunkan dengan suasana yg mendamaikan dan di terjemahkan dalam gerak kerja..Semuga kita menjadi manusia yang saling ingat- mengingat dan berpesan-pesanan. 
Apa yang direncanakan untuk kita itulah yang terbaik untuk dijadikan pangajaran dan pengalaman. Manfaatkan  selagi nafas boleh di lepaskan.......

Saturday, July 10, 2010

lupakanlah..

“Wahai anakku, lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu
dan lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain’
                     (Luqman)

Friday, July 9, 2010

kedip mata kananku..

Kata orang apabila mata kanan berkedip2 menandakan ada kebaikan/tuah/keberuntungan atau nak jumpa orang jauh atau berjumpa dengan seseorang. Tetapi ada juga fakta yag mengatakan ianya gerakan otot2 mata itu adalah disebabkan paras kolestrol yang tinggi dan memerlukan bekalan vitamin E.


Sebagai manusia biasa, apabila sesuatu itu berlaku diluar dari kelaziman, kita akan mempersoalkan kenapa, mengapa dan macamana ianya berlaku. Hakikatnya siapalah kita untuk mempersoalkan punca kejadian tersebut . Jika dilihat caturan cakrawala, pergerakannya tetap serupa namun jika dikaji secara teliti ia adalah berkait antara satu sama lain..


Boleh dikatakan minggu ini saya mengalami tanda2 ini. Walaupun hilang seketika, kerdipan ini akan berulang untuk jangkamasa berikutnya. Gusar, takut dan bertanya-tanya apakah makna di sebalik petanda ini. Saya berhubung dengan emak, juga abang untuk bertanya khabar di kampung Alhamdulilah mereka semua sihat dan di bawah lindungan ALLAH sentiasa. Namun hati bersiap siaga serta berwaspada....


Secara kebetulan minggu ini juga seorang kawan yang pernah sama2 melapor diri di BTP satu ketika dulu menghubungi dan memaklumkan kedatangannya ke kotaraya ini kerana berkursus. Peluang untuk bertemu dengan eda yang hampir 10 tahun terputus hubungan tak disia-siakan . Subhanallah kecuhnya suara anak jawa kelahiran felda taib andak ini ( orang kg mawi lah katakan). Pertemuan ini juga menggamit kenangan lampau apabila ditemukan pula kak Ani(Rohani Aziz) yang baru shja dinaikan pangkat. ALLAH AKBAR dirasakan bagaikan masih berada di BTP- Betapa jauh kita berpisah dan berapa lama kita menghilang namun kenaNgan di BTP dari Jln Ampang Ke Bkt Kiara tetap segar dlam ingatan... Indahnya bila kita sama2 pekena Laksa kUaLa KangsaR dan durian Pahang di rumah kak Mar( Mardziah) Alhamdulillah....nikmatnya berkawan dan pertemuan ini.. Kami masing2 terpisah dengan kod negeri yang berbeza-.Johor, Perak, Melaka dan Kedah.


Manakala pada Jumaat (9/7/2010), penghulu segala hari pulak telah menjadi sejarah buat family kak chaQ. Pemergian almarhumah adik ke2 kak kak chaq yang berusia 41 tahun amat dirasai di kesuraman pagi ini. Terharu berbaur takziah, menerima sms ini diawal pagi. Benarlah janji ALLAH apabila tiba saat dijemput pulang takkan ditangguhkan walaupun seketika...Hikmahnya di jemput di hari jumaat, di usia masih muda, penuh restu dai suami dan family.... Berbahagialah almarhumah disempurnakan secepat mungkin oleh kaum kerabat segalanya dipermudahkan sebelum dzuhur. Semuga dicucuri rahmat dan ditempatkan di jannah bersama orng2 yang soleh. AL FATIHAH


Pada masa yang sama juga di bungalow jalan nuri 7/20, Kota Damansara itu juga menemukan dengan teman-teman yang menceriakan 'gelanggang" Pengalaman di Kota Mekah. Blog TH Azli yang mempunyai ribuan follower bukan sahaja melaporkan dari masa kesemasa hingga menggamit rindu kami pada Masjidil Haram tetapi juga menjalin kemesraan/ukhuwah. Di ruang komen itulah ada pelbagai rasanya dikongsikan . Subhanallah....Di sini, pada hari ini, saya bertentang mata/ bersemuka/ berpelukan/ bersyukur dapat bertemu dengan Hanis yang ayu dan Noor yang liplap (namun hari nie liplapnya tak kelihatan lagi mungkin basah dek hujan kot) . Alhamdulillah indahnya pertemuan ini...Semuga ukhuwah kita berterusan..amin


Keceriaan pertemuan ini ALLAH jua yang tahu...memang menggamatkan. Walaupun pertemuan pertama di Masjid Muaz masih dalam ingatan tetapi ruang kemesraan hari ini lebih dekat dihati..Betapa ALLAH mengizinkan pertemuan ini bagi merawat kedukaan kak Chaq dan menziarah aruah di ruang rumahnya sebelum di bawa ke surau al faizun.( jika tersilap mohn maaf kerana ini kali pertama meredah solo di sana) Dalam nada sebak kehilangan adik yang dikasihinya, kak Chaq masih boleh senyum dan melayan kami dengan ole2 Mekah. Terimakasih kak Chaq, nurul, anak2 dan semua family.


MORALNYA: Andainya kedip2 mata kanan ni satu ketepatan dengan kata orang dulu-dulu ianya adalah satu kebetulan semata-mata. Usahlah mengambil secara semborona 'hadis lama ini'. Memadailah kita sekadar tahu dan menyakini setiap kejadian ALLAH adalah satu peringatan bagi manusia untuk berfikiq.

TAMBAHAN FAKTA:

Di antara fungsi-fungsi vitamin E ialah:

1. bertindak sebagai antioksida yang berfungsi melindungi zat yang lain supaya sel tidak menjadi rosak.

2. menurunkan kadar kolestrol dalam darah (bahan-bahan lemak dan kolestrol menjadi bendalir supaya ia boleh bergerak melalui saluran darah).

3. melindungi dari mengidap sakit jantung.

4. meningkatkan kadar tenaga otak serta mencegah hilang ingatan dan merawat penyakit sistem saraf.

5. menolong merawat penyakit hepatitis.

6. mencegah kulit muka dari cepat tua dan berkedut.

7. mencegah dan merawat penyakit batu karang dan hempedu.

8. merawat dan menghilangkan ketagihan terhadap dadah.

9. memainkan peranan penting dalam proses pembiakan benih air mani wanita dan lelaki.


wallahu aklam

Thursday, July 8, 2010

sempena isra mikraj

Berhibur tak salah jika bijak memilih..
Bersempena menyambut ulangtahun IKIM ke 9, konsert ini disemarakan  dengan gabungan beberapa kumpulan  nasyid ternama . Persembahan yang bakal mewarnai dan mengetuk pintu hati untuk bersama berkongsi rasa dan derita Palestin...kita haNya berkongsi rasa bukan menghadapi muncung senapang atau ledakan boom..Oleh itu bawalah bersama RM supaya dpat menghulur derma "Untukmu PALESTIN " Peluang ini akan menjadi satu kerugiaan berharga bila terpisahnya jasad dengan roh..Oleh itu usahla ditangguh untuk membuat kebaikan....setiap langkah itu adalah pahala....w'aklam

atau proogram di Masjid Wilayah:
MEMBONGKAR RAHSIA ALAM DI SEBALIK ISRA MIKRAJ
bersama tokoh2 akademik yang akan mengupas dan membongkar dan mencari titik temu hikmah kejadian tersebut. Majlis berlangsung sempena kemunculan isra mikraj.
(semuga prgram ini walaupun hanya di masjid akan mendapat sambutan sebagai satu catatan kebajikan di sana)

Wednesday, July 7, 2010

Penghayatan isra' mikraj

Peristiwa Isra dan mikraj masih segar di dalam diri setiap jiwa org Islam. Perjalanan luar biasa yg dilalui oleh junjungan besar s.a.w dr mekah ke masjid aqsa dan seterusnya dr Masjid Aqsa ke langit ketujuh.

Ini tercatat didalam Al-Quran:
Tafsirnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pd waktu malam drpd masjid Haram ke masjid Aqsa yg mana kami berkati sekelilingnya; untk kami tunjukkan drpd tanda2 kekuasaan kami. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha melihat.(1: Isra).

Permulaan perjalanan ini dr masjid Haram ke masjid Aqsa adalh membuktikan kelebihan masjid Aqsa. Allah boleh menetapkan spya perjalan terus menerus ke langit; tetapi telah ditetapkan untk singgah di tempat yg mulia iaitu masjid Aqsa.

Malah kita lihat bagaimana tuhan menyatakan "Kami berkati kawasan sekitar masjid Aqsa" dlm ayat yg lepas; yg menunjukkan keberkatan bumi sekitarnya iaitu bumi palestin tercinta. Tidak cukup sekadar itu, perjalanan dr masjid haram ke masjid Aqsa atau yg dinamakan Isra telah dijadikan nama bg satu surah dlm al-Quran.

Namun seperti yg mana kita tahu yahudi telah menjajah bumi suci ini pd tahun 1967. Mereka melakukan pelbagai bentuk penghinaan kpd masjid Aqsa seperti yg kita tahu semua. Penghayatan plg utama yg perlu kita ambil adalah berusha untk membebaskan bumi suci tersebut. Cara2nya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa berdoa dan solat hajat untk pejuang membebaskan masjid ini.

2. Memboikot barang2 yahudi dan amerika secara keseluruhan. Ini satu kewajipan utama kepada seluruh umat Islam. Jika takut susah atau papa kerna memboikot mereka ; hendaklah ingat firman Allah:
Tafsirnya: ...Dan sekiranya kamu takut papa kerana melaksanakan perintahNya maka Allah akan mengayakanmu dgn kelebihannya jika dia hendak berbuat demikian...(28: At-Taubah)

3. Memberi infak yg besar kpd hamas dan juga badan2 kebajikan yg membantu masyrakat palestin. Kita mesti ingat Firman Allah:
Tafsirnya: Segala infak mereka yg kecil atau yg besar dan juga perjalanan mereka merentasi lembah untk kemedan perang; ditulis utk mereka; spya dibalas oleh Allah akan perbuatan yg baik yg mereka lakukan.(121: At-Taubah)

4. Berdakwah supaya menyedarkan umat Islam kesemuanya terhadap 3 kewajipan utama yg lepas.

5. Umat Islam secara keseluruhannya mestilah Bersatupadu untk menentang musuh2 Islam; walaupun berlainan mazhab dan parti.

6. Kembali kepada amal Islam secara keseluruhan dlm setiap aspek smada ibadat, politik, dakwah, perundangan, ekonomi, akhlak(tasauf), perjuangan dan lain2.

7. Tasamuh atau toleransi dlm masalah khilafiyah dan cabang ilmu Islam.

sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2010/07/penghayatan-isra-dan-mikraj.html

Tuesday, July 6, 2010

bersediakah kita?

Amankah negara kita?
Merdekakah negeri? daerah? masyarakat ataupun sekeliling kita?
Hakikatnya kita masih dihantui dan dibayangi ketakutan walaupun berada di rumah sendiri. Kemerdekaan yang dimiliki tidak menjamin keselamatan harta benda maupun nyawa kita sendiri.   Walaupun setiap hari kita terdedah kepada ancaman tersebut sewajarnya kita sama-sama berusaha mengurangkan risiko yang mengundang penjenayah.

Pengalaman menghadiri kuliah Maghrib Kitab Perjalanan Rabbani merentasi alam dunia, barzakh & akhirat oleh Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun( mantan pensyarah utm) malam tadi adalah satu catatan pengalaman buat kembara kehidupan. Kuliah disampaikan dalam mendidik jiwa rabbani menjadi  santapan ahli kariah  Masjid Amaniah, Jalan Damai, Ampang setiap malam isnin awal bulan.  Walaupun usia ustaz telah tua( sekitar 70 tahun) namun beliau masih meneruskan uisaha dakwahnya menyampaikan ilmu dan menghurai tafsiran AQ dengan begitu teliti sekali. Kewarakannya jelas terpancar dari jubah putih yg dipakaikan dan mukanya yang putih bercahaya di saluti janggut yg kemas.

Saya mengkagumi ustaz kerana setiap kuliahnya pasti ditemani isteri beliau. Kemesraan antara saya dengan isteri ustaz ( juga lulusan azhar) telah terjalin sejak mula pertemuan saya di situ. Sesekali saya juga bertemu dengannya di kuliah maghrib di masjid kg baru, kerana ustaz akan mengajar di sana pada setiap hari minggu awal  bulan. Dari sini saya mengenali secara tak langsung kemesraan dan rahsia kerukunan rumahtangga mereka. Betapa bahagianya rumah tangga bila dihiasi dengan isteri yang bijak melaksanakan tanggungjawab.

Namun begitu, bagaikan satu dugaan buat ustaz dan ustazah (makchik)  ketika solat isya tadi. Di ruang muslimat yang hanya di lindungi tabir kain, rupa-rupanya menjadi perhatian pencuri durjana. Secara pantas ketika bersujud untuk rakaat kedua, tiba-tiba beg telekung ustazah yg diletakkan di hadapan telah lesap dan  ia ghaib. Ustazah telah mufaraqah( memberhentiakan solat) dan cuba menjejaki pencuri tersebut namun segalanya telah berakhir. Pencuri ini berjaya meloloskan diri dari jemaah yang ada. Para jemaah menjadi kecuh seusai solat untuk mengenalpasti suspek yng mencuri itu.

Saya merasai begitu terharu kerana sebelum itu, saya telah membayar RM40 sebagai belian bukunya*( pesanan daripada kawan yang berminat). Duit tersebut dimasukan ke dalam purse yang biasanya diletakkan dalam kereta tetapi hari ini dimasukan ke dalam beg tersebut. Inilah yang dikatakan , kita tak pernah tahu perencanaan ALLAH. Walaupun pencuri telah mengambil duit Tok Guru tini, tetapi dari suara yang saya dengar ustaz begitu tenang sekali seolah-olah redza ketentuan ALLAH ini. Inilah kelainan sikap seorang ilmuan yg disegani berbanding dengan orang biasa. Ustaz cuba menenangkan ustazah yang kerisauan mengenai barang- barang yang ada dalam begnya. Beberapa dokumen peribadinya turut hilang dan ini bakal mengundang kesulitan.  Syukurlah kunci kereta secara tak sengaja disimpan di poket baju ustazah dan ini tak menjejaskan kenderaan untuk  pulangnya.

Betapa bahagianya ustaz yang melengkapi hidup ustazah, jika dulu ustaz yang menjadi pemandu kesana sini tetapi kini ustazah yang mengambil alih tugas tersebut. Menurutnya ustaz perlukan kerehatan kerana beliau akan memberi kuliah setelah sampai ke satu-satu destinasi.
Moralnya :
- kasih sayang dan kejujuran dalam rumah tangga adalah kunci kebahagiaan
- harta kita belum tentu harta kita jika ALLAH belum mentakdirkan
- kita tak lepas dari diintip pencuri, penjenayah, perompak,dsb. Berhati-hatilah dengan sekeliling dan pekalah
- hormatilah tuan2 guru dan ilmuan kerana mereka lebih tawaddu pada ALLAH dan doa mereka makbul
- doa adalah senjata kita. Doa merobah keadaan dan doa adalah talian hayat kita dengan tuhan
- musibah adalah satu cara ALLAH membersihkan jiwa tetapi bersediakah kita jika diuji ??

Semuga ALLAH menyelamatkan diri kita dari segala musibah dan mengekalkan keharmonian yang terjalin dan menjadikan kita sayang dan cintai ilmu, mencari ilmu dan mengamalkan ilmu . 
Yang baik itu dari ALLAH diilhamkan dan kekurangan itu adalah khilaf saya.

erti persahabatan

"Persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran.... Bertunjangkan kasih sayang.... Lalu membuahkan kemanisan ikatan....
Jika terpesong.. maka, patahlah ranting, reputlah akar lalu rosaklah buah..
Teman sejati bukanlah semestinya sentiasa dekat jaraknya... Tetapi yg sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya..........."

Thursday, July 1, 2010

doa rejab

JOM SAMA@ AMAL
muga berkat doa rejab ini sempat ditemukan degn syaaban dan ramadan utk beramal dengannya

jom sedekah

Apa jadi dgn  RTK ?? masih adakah "nafas" utk mak wan meneruskan kesinambungan RTK??  Dengan iklan dan hebahan yang terbatas, RTK seolah-olah menanti gugur di hujung julai(ranting) Para dermawan yg mulia telah sama-sama  menghulurkan dana utk rumah ini namun hakikatnya belum memadai. RTK masih memerlukan bantuan dari kita. Jadilah orang yang suka berderma dan menginfak utk kebajikan.


Petikan dari blog RTK..
Kepada pembaca blog ini, anda masih berpeluang untuk menyumbang ke Rumah Titian Kaseh agar pinjaman rumah tersebut dapat dikurangkan lagi. Setiap sumbangan ini pasti akan memberi harapan kepada penghuni Titian Kaseh untuk terus tinggal di rumah tersebut. Semoga sumbangan ini akan pasti melipat gandakan rezeki anda bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246
sumber : http://rumahtitiankasih.blogspot.com/

Perhatikanlah  20 kelebihan bersedekah (termasuk menderma) yang ditawarkan. Semuga kita tak menjadi manusia yang rugi  di sana nanti. Namun diingatkan diri sendiri juga, usahlah berbuat kebajikan dgn mengharapkan ganjaran ini semata-mata kerana yang lebih mulia niatkan sebagai ibadah dan mendapat rahmat ALLAH. Natijah keberkatannya akan  dinikmati .insya ALLAH antaranya :-

1. Umur panjang
2.Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT
3.Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya sebesar buah tamar)
4.Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian
5.Hampir dengan Allah SWT dan Syurganya
6.Jaga keselamatan harta
7.Dosa diampuni
8.Menyuci harta dan badan
9.Menolak bala
10.Dapat mengembirakan orang-orang miskin
11.Harta jadi berkat
12.Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya
13.Memberatkan timbangan kebajikan
14.Menjadi nur cahaya di atas titian sirat
15.Meninggikan darjat disyurga
16.Tanda ikut Rasulullah SAW. para sahabat dan ulama salaf yang soleh
17.Menolak 70 pintu kejahatan
18.Menghapuskan kesalahan
19.Boleh minum di kolam Nabi SAW
20.Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT


wallahuaklam