Tuesday, June 29, 2010

hargailah hari ini...

Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan. 
dan hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan 
dan sayangilah setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kesedihan 

 NASIHAT HADITH: 
Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

----------------------------------------------------------
Catatan ini mengingatkan diri yg sering leka dgn alasan keterbatasan waktu. Semuga saya menghargai setiap yang ada  di miliki, dinikmati, dikecapi, dikongsikan ....saya bukan seorang yang sempurna tetapi saya berusaha menjadi lebih baik dari semalam...
Buat teman yang sering makan ati @ terasa..saya mohon maaf, saya menghargainya kerana itu cara kita dalam berukhuwah..Semuga saya diberi kesempatan untuk melunaskan dosa2 semalam

ya robb

Ya Tuhan kami, kami telah beriman,
ampunilah kami , rahmatilah kami 
DIRIMU adakah  sebaik2 Pemberi Rahmat

Tuesday, June 22, 2010

Menjejaki ZAG's

Siapa ZAG---Nama srikandi ini ialah ZAINAB AL GHAZALI. Sengaja saya ringkaskan di sini untuk memudahkan saya menulisnya.
di mana kan ku cari wanita setabahmu.

Hujung minggu yang bermakna- wacana pengisian ilmiah yang mengimbau semangat perjuangan ZAG. Menyuntik semangat jihad dan daya juang untuk mengampuhkan iman demi kelangsungan perjuangan dakwah islam.

Sejarah dan perjuangan wanita kebal ini dihuraikan dari sudut yg berbeza oleh 3 pembentang yang arif d pagi sabtu yang hening ini. Menerusi pembentang pertama, Ustaz Ridhuan Mohd Nor,menyusuri riwayat hidup ZAG dgn kemunculan ikhwanul muslimin di Turki yang memberi tekanan kepada regim Jamal Abd Naseer yang berfahaman sekular.

ZAG dilahirkan di Buhaira Mesir pada 1917 mempunyai susur galur khalifah islam ke 2(keturunan saidina umar). Beliau mendepani perjuangan wanita dgn menubuhkan Jamaah wanita muslimah pada 1936. Bermatlamatkan membuka mata wanita dari diekploitasi penjajahan secular dgn mengembalikan kpda perjuangan islam. ZAG mencetuskan gabungan jemaahnya sbg sayap wanita ikhwanul muslimin. Kesinambungan perjuangan Hassan al banna ini diteruskan bersama Syed Qutb, Abd Fattah Ismail dll lagi.

ZAG telah dipenjarakan pada 1965 dan dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun. Selepas 6 tahun menghadapi penyiksaan di penjara beliau dibebaskan selepas AnwarSadat mengambil tampuk kepimpinan kerana kematian Jamal Abd Naseer( diserang penyakit jantung).

Truma penyiksaan dan penderitaan menghantui ZAG ketika dipenjarakan seperti dihina, di sebat, direndam hingga paras leher di air, di acu dengan anjing2, di paksa memakan makanan kotor, dipaksa diceraikan, di aib dan digertak akan diperkosakan . Namun ALLAH memeliharanya dan ini meningkatkan tekad dan iktizamnya bermunajat pada ALLAH. Saya kagum dengan kecekalan dan ketabahannya menghadapi penyiksaaan2 ini. 

Meminjam kata2 Pembentang ke 2 ustaz Zulqarnain Hassan( ketua jabatan KIAS) dalam mehnah perjuangan ZAG, dalam perjuangan islami ada 3 mehnah yang bakal dihadapi sama ada di fitnah, dipenjara ataupun di bunuh ataupun diusir. Inilah harga yang harus di bayar sebagai seorang pejuang. Penjara merupakan ruang pertapaan beribadah buat mereka seperti mana almarhum bapa HAMKA menyiapkan tafsir Al azhar( juzuk 1-30), Hasan Al banna juga Syed Qutub dll.

Penjaralah medan yang mengajar mereka lebih dekat dengan ALLAH dengan semangat yang tak pudar. Kilauan perjuangan diteruskan ZAG selepas dibebaskan. Beliau semakin lantang menyedar dan membimbing ummah ke redza ALLAH. Paparan video yang di dedahkan membuktikan serak suaranya semakin garang kesan di azab semasa dipenjarakan. Inilah harga pengajaran yang harus dibayar. Beliau meninggal di umur 88 tahun pada 3 ogos 2005. Jenazahnya disolatkan oleh jutaan ummah yang menghargai semangat dan perjuangannya.

Mengakiri sesi pembentangan pula oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz (NANA).  Ini merupakan pertemuan pertama saya dgn anak generasi TGNA. Mendengar ceramahnya dan mengaitkan dengan catatan alam mayanya dan buku penulisannya “sepahit jadam” membuatkan saya mengenalinya secara tak langsung. Saya rasa bertuah dengan kesempatan ini.

Beliau mengajak para hadirin khususnya muslimat menghayati rasa kecintaan kepada wadah perjuangan islam yang berputik. ZAG adalah ikon dalam gerakan dakwah islam kontemporari. Ikhwanul muslimin yang menjadi cerminan sejarah yang unggul untuk muslimat susuri perjuangannya. Peranan muslimat perlu diketengahkan dlm perjuangan masa kini.

Mengaitkan betapa islam menghargai wanita, di mana bersempena keistimewaan bulan REJAB pada isra mikrajnya. Diantara perjalanan rasullullah dari Masjid aqsa ke masjid haram, rasulullah telah diperlihatkan dgn dataran kuburan Masyitah, wanita cekal yangb tercatat dlm sejarah nabi musa. Inilah hikmah yang menunjukan betapa islam menghrgai dan menghormati perjuangan kaum wanita. Walaupun srikandi kita- ibu Masyitah, ibu Khadijah quwailid , Ibu Sumayya, Ibu Asma abu Bakar, dan beberapa nama lagi yang tercatat dalam al quran telah meninggal namun mereka menempa syurga di akhirat. Pengorbanan mereka menjadi cetusan buat kita.

Walaupun dlm mehnah seorang pejuang itu, tekanan demi tekanan akan dikenakan sama ada di tawarkan jawatan yang hebat, dikemukan keraguan untuk melemahkan semangat, di siksa ataupun di bunuh, namun menyerah tidak sekali. Kita wajib meletakan ALLAH, rasul dan perjuangan ISLAM untuk menyelamatkan ummah ..

Sekalung tahniah buat Masjid al Azim, dan Dewan muslimat Pas Selangor / Kwsan Pandan atas penganjuran majlis berhemah ini. Dengan keterbatasan waktu, perancangan dan pelaksaaan majlis wacana ZAG ini telah berjaya disempurnakan. Terima kasih kerana membuka kotak pemikiran saya tentang perjuangan dan rentetan kehidupan yang dikecapi di sebuah Negara Turki . Saya menghargai peranan ZAG dan akan terus meneroka penulisannya..Namun sejauhmanakah peranan saya sebagai muslimat untuk ummah bagi menempa syurga ALLAH???

Yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkannya...
segala kekurangan adalah kelemahan saya ..
wallahu aklam

Monday, June 21, 2010

Keranamu Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rejab:

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan isterinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rejab/
@ nisa putrajaya

Sunday, June 20, 2010

IKRAM wadah perjuangan

IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010


Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

Selamat Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA
istimewa buat almarhum ayahanda saya:TUAN HJ MANSOR ABDULLAH

Segala jasa pengorbananmu membesarkan kami dalam serba sederhana amat2 dihargai. Pengkisahan ayah tidak hanya sekadar tentang sejarah nenek moyangnya dari Medan, Indonesia tetapi bergelumang dengan pengalamannya merempuh dan menempuh jejak perjalanan seorang guru yang kemudiannya di angkat sebagai Guru Besar dan di penghujung hayatnya dinobatkan sebagai Tokoh Guru daerah Pendang.
Ayah amat menitikberat soal pendidikan dan prinsipnya selagi ada anaknya yang mahu belajar, beliau sentiasa menyokongnya. Berkat rezekinya ayah tidak kaya tetapi ayah tak ada hutang. Kesederhanaan memberikan ketenangan hakiki sehingga penghujung hayatnya.
Ayah ..dirimu amat berharga..walaupun ucap ini tak dapat didengari lagi, tetapi dirimu tetap ujud dalam jiwa kami- anak2mu…TERIMAKASIH AYAH… LoVe U Ayah

Ucap SELAMAT HARI BAPA juga di khususkan buat abang-abang saya:-
Abg Hj Mohd Hanif, abg Hj Basharuddin,abg Abd Nasir, abg Hj Norizan,dan abg Mahadzir

Abang-abang ipar saya:-
Abang Awang, abg Hj Soleh, abg Ibrahim, abg Zul

Adik bongsu saya : paksu fuad
Anak2/ menantu2 saudara saya-  zam,e1,rozaidi, faizal, farid, azli

JUGA semua yang bergelar BAPA, AYAH,ABAH, WALID , ABI dsb
Sesungguhnya gelaran ini amat istimewa dan tanggungjawabnya terlalu berat. Semuga dilaksanakan dengan sempurna mengikut syariat dan hargailah mereka ketika bersama.Semuga dapat memacu generasi dengan iman, amal dan ehsan.
TERIMA KASIH

Friday, June 18, 2010

Hapuskan lambang zionis ini!!

Untuk sahabat yg belum tahu. Ini lah gambar yg dimaksudkan.. logo israel dan 9 lilin tanda keraian kemenangan yg ada di setiap komputer anda.. buang la image ni dari PC kita dengan maksud kita membenci musuh islam dan musuh Allah. Nak  pi berperang mmg tak mungkin kan.. kalau ni pun x sanggup nak buat korang jawab la sendiri kat sana nanti.

Cara nak cari menatang ni...
- C:\ProgramFiles\MicrosoftOffice\MEDIA\CAGCAT10\J0 285926.WMF

Cara nak buang menatang ni...
- Klik kanan pada image tu pastu tekan "delete".

AYUH....apa tunggu lagi...delete plz

Sumber : http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/06/lambang-kemenangan-isreal-di-ms-office.html

Thursday, June 17, 2010

Jom: "Cabaran Beragama Generasi Muda: Membantu atau Membatu?"

Di : Masjid Bukit Indah, Ampang
Tajuk Forum :  "Cabaran Beragama Generasi Muda: Membantu atau Membatu?"

Ahli panel:
Kamal Affendi ,
Dr. Robiyah K.Hamzah
Rosmawati RS
Ustaz Rujhan Ghazali
Ustaz Akhwan Affendi

Jom: Aduhai CINTA milik siapakah ia?

Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 11.45 malam
Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Yuran : Percuma!

Forum bertajuk 'Aduhai Cinta..Milik Siapakah Ia?' akan menampilkan 2 orang pakar dalam bidang cinta dan kekeluargaan.
Ahli Panel :
1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Penulis buku topseller (terkini Cinta Murabbi) dan penulis di saifulislam.com)
2. Puan Fatimah Syarha (Penulis novel bestseller Tautan Hati)
Moderator :
Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com)


Penganjuran oleh Persatuan Belia Al-Huda Masjid Al'Azim Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan kerjasama iLuvislam.com akan menganjurkan satu forum menarik ini, khas buat semua rakyat Malaysia. Insya ALLAH

Apa lagi, jom masukkan 'event' ini dalam diari masing-masing dan jumpa di sana!

InsyA ALLAH hujung minggu yang bermakna buat kembara yang gersang ilmu untuk terus mmburu majlis ilmu. Semoga bermanfaat untuk ummat. ^_^

Jom : Wacana Zainab Al Ghazali

Jom, teman-teman muslimin dan muslimat sekelian , kita menghadirkan diri ke
program wacana Zainab al ghazali
pada hari Sabtu ini 19 Jun 2010 ,
jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
bertempat di Dewan Seminar Masjid al Azim Pandan Indah Selangor.

Antara pembentang wacana ini ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (DPPP), Ustaz Dr Zulkarnaen Hassan(DUPP), ustaz Riduan Nor .

Zainab al Ghazali, akan mengingatkan kita akan jalan panjang perjuangan, bahawa medan ini akan ditabur dengan duri dan seribu kejerihan yang menghambat. Pengkisahan kisah Zainab akan mengingatkan kita bahawa tidak pantas untuk kita pejuang untuk mempunyai penyakit ‘hubbu riasah’( kecintaan kepada kedudukan), sibuk dengan agenda menebar pesona dan sibuk untuk memposisikan diri supaya dipandang oleh manusia lain.

Ayuh kita susuri ngn membaca dulu pengkisahannya. Kemudian kita sama2 melembutkan hati menghadiri dan menghayati perjuangan srikandi ini..Apakah mungkin Zainab al Ghazali 2 akan muncul lagi ...jom jumpa di sana ..insya ALLAH

Dianjurkan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dan DMP Pandan serta Masjid al azim. Hubungi Puan Lin:0133539440, Nik,0193238455 untuk maklumat lanjut.

Jom : Bersama IKRAM

Hari: Ahad
Tarikh: 20 Jun 2010
Masa: 09:00 - 14:00
Tempat: Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

TEPOK DADA TANYA IMAN??? Sejauh mana sumbngan kita utk ummah...Jgn jadi hamba yg dibutakan hati dan dipekakkan telinga sebelum sampai waktunya...ayuh mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

Semuga kita ditemukan dimajlis ini kelak..insya ALLAH

Wednesday, June 16, 2010

yang tersurat


Saya makin sayang pada nisan ini...terpahat dengan jelas nama ayah dan tarikh dia dipinjamkan di dunia ini. Ayah pernah bersama-sama memakmurkan bumi ALLAH ini, mengasihi alam, mencintai isteri, anak2, menantu, cucu, cicit-cicitnya dan kehidupannya... alhamdulilah

Tertera 28.10.1922 itulah yang tercatat dalam kad pengenalan ayah. Konon ceritanya  dulu tarikh pendaftaran kelahiran sebenar kurang diberi perhatian. Mungkin tika itu juga tiada cas kelewatan yang akan dikenakan seperti sekarang. Oleh itu  apabila tiba hendak didaftarkan untuk memudahkan Polis Balai yang bertugas, ia akan mencatatkan tarikh pada akhir bulan didaftarkan. Inilah  yang berlaku pada tarikh kelahiran ayah...yang tercatat di kad pengenalan dirinya ialah 28.10.1922.  Namun ayah sebenarnya dilahirkan pada 17 Jun 1922. 

Selepas membelek buku catatan kecil ayah, juga beberapa catatannya di tempat lain, di dapati ayah suka menghitung tarikh lahirnya pada 17 Jun...Apakah ini satu kebetulan ataupun suratan.  Sesungguhnya tarikh kelahiran dan kematian adalah dua makna yang berbeza tatap sering berkejar-kejaran.. Hanya dalam tempuh seminggu sebelum ulangtahun kelahirannya dia dijemput pulang....Pulangnya bersama bekalan yang saya anggap sempurna. Ayah amat sempurna di mata kami anaknya. Tidak pernah kami kontang dalam ilmu dan tak pernah kami lemas dalam kebebasannya...ayah adalah wira kami...dan saya mengkagumi cara adik saya melentur anaknya apabila anaknya memuji kehebatannya. Adik saya bertanya lagi hebat macam sapa??? macam wannnn!!!( gelaran utk ayah). Syukurlah sekurang-kurang pewaris ayah masih mengkagumi dan merasa dekat dengan ayah walaupun ayah tiada di mata kami lagi...


Terkenangkan riwayat hidup rasullulah....kelahirannya, kemuncaknya, dan kematiannya..tetap UNGGUL!!
Kami sayang ALLAH
Kami sayng Rasullullah
Kami sayang ibu ayah... 

Lakaran 11062009

                                AL FATIHAH BUAT AYAH...


Terima kasih dan jazakumullahu khairan kepada semua sahabat yang bersusah-payah menunaikan solat ghaib, berdoa dari jauh, menelefon dan/atau mengirimkan sms mengucapkan takziah, menziarahi jenazah ayah bila ayah kami Hj Mansor Abdullah berpulang ke Rahmatullah jam 2 pagi Khamis 11/6/09 dan di semadikan di perkuburan di kampung kami iaitu di Simpang Tiga Paya Kelubi, Pendang, Kedah selepas solat zohor.

Ayah berusia 86 tahun meninggalkan emak setelah 62 tahun hidup bersama,

dan 13 orang anak (termasuk 2 kembar lelaki yang meninggal sewaktu bayi), cucu seramai 55 org  dan 17 orang cicitnya.

Ayah telah pergi bertemu Allah dengan meninggalkan sekurang2nya DUA amalan sebagai kenangan sekaligus cabaran untuk kita:

1. Beristiqamah dengan solat berjemaah di masjid. 
Hujung2 usianya ayah masih berjalan bertongkat ke masjid walaupun langkahnya menjadi pendek dan lambat. Untuk itu ayah terpaksa pergi lebih awal ke masjid. Ayah kata ayah akan pergi ke masjid selagi berupaya. Taqdirnya ayah rebah di masjid sewaktu solat Isyak. Ayah di bawa jemaah ke rumah, besoknya demam dan tak lalu makan dan minum. Ayah di beri drip di hospital. Tapi ayah semakin uzur (maksudnya terlantar di katil) walaupun masih boleh bercakap dan masih kenal orang yang datang menziarahinya…

( hakikatnya ayah h melangkah dari biliknya ke bilik air pun menapak sebanyak 80 langkah- jadi bayangkanlah ayah mengatur tapak demi tapak ke masjid setiap waktu -- subhanallah)
Foto- inilah Masjid jamiulRahman- dibawah celahan tangga itulah ayah akan menyusun kasutnya..

2. Berzikir La-ilaha-ilallah sampai ke hujung usia. 
Sampai adik terpaksa beritahu ayah supaya berzikir dalam hati apabila berzikir jahar perlahan meletihkan ayah. Sebelum itu ayah mengikut perlahan-lahan kakak, abang2, adik2 membaca surah Yasin. Bila selesai, ayah mengangkat kedua2 tangannya mengaminkan doa.

Ya Allah, terimalah ; tempatkan ayah kami di tempat yang mulia
Tempat di sisiMu yang dijanjikan nikmatMu

Sedih rasa hati ini mengenangkan ayah
Bagai semalam ayah bersama kami
Tapi kami yakin kasih sayangMu penuh dan tiada bertepi

Moga sejahteralah dan bahagia ayah di sana
Moga di sana ayah bersama para solihin
Ya Allah, jadikan kami anak soleh yang selalu mendoakan kesejahteraan ayah di sana

Allahummaghfirlahu War-hamhu Wa ‘afihi Wa’ fu‘anhu


Bagi kita yang masih tinggal:
Teruskan berdakwah untuk memenangkan Islam
Di samping itu beristiqamah dengan solat berjemaah di masjid & berzikir La-ilaha-ilallah sampai ke hujung usia…

catatan jun 172009
: Hj Norizan Hj Mansor(anak ke 5)

Thursday, June 10, 2010

365 Hari Ayah

menghitung.dan menghitung Hari ini...



               11062010

pada tarikh yang sama tahun lalu...
jasad ayah masih bersamaku

Kalimah yasin ayah turuti
Seusai doa, tangan dihuluri

renung ayah bagai bersaksi



anak-anakku ayah mau pergi
masih adakah hutangku lagi??

untuk seketika denyut nadi belum terhenti
tapi buzing telah berbunyi
tanda malaikat mula menghampiri
hatta doktor tak mengetahui
disalah peralatan kOnOn tak berfungsi
di jari ayah pasti berbunyi
di jari sendiri iakan sunyi
inilah kecanggihan teknologi terkini
hatta kematian tidak lama lagi


Renung ayah pada misi
Usah dirawat wan tak larat lagi
Bantuan pernafasan disusuli
Namun mngucapnya tak henti2

ayah
Halalkan kami

janji kami tetap sama
tanpa ayah mak tetap terbela
doa buat ayah tetap diingati
AL FATIHAH 



Kasihanilah ayah sepertimana ayah mengasihi kami
pusara ayah tetp diziarahi kerana ini ulangtahun yang pertama...
Ayahhh..damailah dikau disana

Wednesday, June 9, 2010

Demi amanat kak chaq(PDKM)

"chaq bertolak lepas jumaat dlm jam 3ptg.flight KLIA jam 730 mlm." sms ini diterima sehari sblum berlepas....jumaat 4/6/2010


Subhanallah…diam tak diam menghampiri seminggu kak chaq@ kak ummi humirah menunaikan umrah. Mengimbau semula petang jumaat itu, seusai waktu bekerja, sekonyong2 mengatur langkah ke KLIa. Berhenti seketika di R&R utk solat asar di samping berdoa semuga diberi kesempatan utk bertemu. Zikir ustaz Dzul menemani deruan d’va yang menyusuri ..alhamdulillah

Syukur walaupun cuma sekitar 20 minit pertemuan itu, namun saya tak dapat menggambarkan betapa bahagianya. Mimpi saya untuk memeluk bakal jemaah umrah ini menjadi kenyataan jua. Terimakasih ALLAH atas pertemuan ini. Terharunya bila paksi kerinduan yang bertahta di hati kak Chaq. Kota MH bukan kali pertama disusuli tetapi lebih dari sekali dan sekali….Subhanallah betapa ALLAH telah memilihnya..

Keberangkatan Kak chaq kali ini diiringi dengan adik lelakinya, bonda kesayangannya,emak2 saudaranya juga sepupu2nya. Memang berat tugas kak Chaq. Membawa misi beribadah bersama kaum family. Semuga mereka dapat menyempurnakan ibadah umrah ini dengan sempurna dan memperolehi umrah yg mabrur.

Segalanya bermula di PDKM…..ukhuwah kita terjalin..:0)
Sebelum kak umi humairah berlepas juga, saya diamanah ini, sampaikan salam “assalamualaikum “ kepada semua teman maya kita di PDKM khususnya juga tolong doakan kak chaq….inilah amanat yg diterima dan disampaikan buat semua yang mengenali kak Ummi Humairah-pemilik istana: suatu perjlanan( ada n3 terkini ank umi punya keja). Kerana kekangan tugas saya terlewat melaksanakan amanah ni..maafi saya ye chaq

Bahagianya kak ummi, kunjungan teman maya bukan shaja di istana KD tetapi juga di airport. Saya hanya mendengar khabar, mamaju juga berada di airport untuk bertemu dengan kak ummi tetapi saya masih belum berkesempatan bertemu dengannya lagi. Namun sesuatu yang memeranjatkan juga inilah kali pertamanya saya menemui intansuri rupa2nya adik kak chaq( n3 terkini telah muncul)..Seorang yang baik hati dan bersopan. (nice to met u). Suasana kekeluargaan nampak mesra dan erat sekali. Ank sulung kak chaq pula busy bersama kameranya  mengambil candid shot..Kesimpulannya gembiranya rasa hati dapat berkongsi petang yang mendamaikan ini dan mudah-mudahan menarik aura MH muga satu hari nanti diri ini juga Terpanggil sebagai tetamu ALLAH.

Andai diberi peluang, saya ingin bekerja di Mekah, beribadah di MH/Madinah dan mati di sana….InsyaALLAH

---menanti kunjungan kak chaq ke studio CL..( ummi kata CL balik Malaysia..ketemukah mereka???)

Tuesday, June 8, 2010

Kecuh!!! Parliment Israel




Begini bangsa yang mendapat kutukan ALLAH..tidak ada ruang kemanusiaan melainkan dtutup serapat-rapatnya...Semuga ALLAH hancurkan bangsa yg tak bermaruah ini dan iSLAM pasti menang, AQSA mesti dibebaskan

Monday, June 7, 2010

JOM !!! Bersama Sukarelawan Gaza

Jangan ketinggalan program malam esok bersama sukarelawan Gaza.

 Tentatif

8.00 – 8.45 mlm Pendaftaran
8.45 – 9.00 mlm Ucapan pembukaan: Pengerusi Majlis
9.00 – 9.15 mlm Viva Palestine
9.15 – 9.30 mlm PACE
9.30 – 9.45 mlm Haluan Palestin
9.45 – 10.00 mlm Nasyid and Multimedia
10.00 – 10.15 mlm Christian Society
10.15 – 10.30 mlm Shah Alam Parliamentarian
10.30 – 10.45 mlm Global Peace Malaysia
10.45 – 11.15 mlm Personal Testimony
11.15 – 11.30 mlm Nasyid & Closing
Program sepanjang Ceramah : • Kaunter
• Edaran
• Tapak Jualan
sumber: disini

Thursday, June 3, 2010

jom berlintas langsung DEMO GAZA

LINTAS LANSUNG DEMO ANTI ISRAEL MASJID KG BARU KE KEDUTAAN USA


rujuk  disini http://bloglistpolitik.blogspot.com

TERIMKASIH KPDA PIHAK YG MMBERIKAN KEMUDAHAN INI BUAT TATAPAN YANG TAK DAPAT MENGHADIRINYA>>>alangkah bestnya..andai saya di antara mereka...

Solat hajat di Stadium Melawati

                           sumber pic(telah diedit): http://demokrasi93.blogspot.com
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LAILAHAILLAH  WALLAH AKBAR
Inilah antara kehadiran rakyat yg bersimpati dan memohon pertolongan ALLAH yang berterusan..Semuga gambaran di Stadium  Melawati ini membuka mata hati masyarakat yang masih berdiam diri dan berpeluk tubuh..Mereka perlukan kita dan kita bertanggungjawap atas penderitaan yang mereka ...Hulurkan bantuan selagi mampu dan hulurkan doa selagi ajal belum sampai...Mereka juga berhak menikmati kelazatan yang kita alami. Semuga rakyat terus beristiqamah dan lebih ramai akan mmberi sokongan dan bantuan...JAdikan hari ini sebagai bukti kami sebahagian dari mereka.....kita bersaudara

"Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, , doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. "

FIKIR-FIKIRKAN:
Penduduk Turki mengiringi 9 jenazah sukarelawan Turki yang syahid dalam serangan berdarah ke atas armada pembebasan.
Gambar: Sukarelawan Turki yang syahid telah mengorbankan diri untuk membebaskan Palestin. Pelayaran mereka meskipun misi menghantar bantuan kemanusiaan tetapi ia adalah misi untuk melepasi tembok sekatan yang terlalu kukuh sebagaimana di Kota Konstantinopel satu masa dahulu. Perjalanan sejarah sedang berulang.
(sumber:http://map2street.blogspot.com/ )



merekalah syuhada...
Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud. 03/06/2010, Berita Harian)

Bantuan Terpantas kita


Bersempena dgn suasana suram di GAZA ayuhlah teman2ku, simpati kita buat mereka - kekejaman dan kerakusan Israel laknatullah yg menguasai bumi Gaza harus di bayar dengan doa berterusan. Kita hanya mmpu bersimpati namun hakikatnya mereka merasai deritanya...MARILAH kita kongsikan membaca doa ini dan  terus dijadi bacaan seusai solat. Semuga ALLAH mmperkenankan doa dan hajat kita biarpun secara berseorangan apatah lagi bila berjamaah...waahuaklam
  _________________________________________________________________________
La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.


sumber :www.zaharuddin.net
http://dakwatunnisa.blogspot.com

jom memeafkan

Wednesday, June 2, 2010

Solat Hajat Perdana Misi Gaza Hari Ini

Solat hajat perdana memohon keselamatan dan perlindungan Allah serta menyatakan sokongan keatas misi konvoi sukarelawan ke GAZA:

Tarikh: 3 jun 2010 (Khamis)

Masa: 6.30ptg

Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Sila bawa Sejadah

Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

sumber:http://palestinkini.info/

Tuesday, June 1, 2010

Syukur: Pengalaman tebusan 3105

ALHAMDULILLAH....penantian berakhir....saya petik dari website ini untuk tatatap bersama. Berkongsi  pengalaman sukarelawan kita yg menjadi tebusan dlm menghadapi saat getir berhadapan dgn  israel laknatullah. Jika para tebusan ini  diragut keamanan apatah lagi peribumi Palestine yang hilang hak kebebasan mereka di tanah air sendiri..Fikir2kan

06.20 pagi, Mesir/Palestin : Penantian hampir 10 jam di jambatan Raja Hussien, akhirnya tiba sejumlah aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan Israel dengan menaiki tiga buah bas.Setelah tiba, beberapa sukarelawan terus memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku di perairan antarabangsa ketika mana mereka diserang unit komando tentera laut Israel.

Menurut Osman Al-Batiri, salah seorang wartawan Al-Jazeerah yang dibebaskan menceritakan keadaan semasa mereka diserang. Dinyatakan, kapal Mavi Marmara dikepung 10 buah bot(bot laju dan kapal perang)perang Israel, dan sekitar 100 anggota tentera Israel yang terlibat dalam operasi 'angin syurga'. Pada mulanya, mereka(aktivis) menentang dan mempertahankan kapal dari di rampas, bagaimanapun, tiba helikopter Israel dengan menurunkan tentera-tentera Israel dan berlaku pergelutan. Ketika itu, tentera Israel melepaskan gas pemedih mata.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Israel bahawa sukarelawan mahupun aktivis menyerang tentera-tentera Israel dengan senjata, beliau menafikan sedemikian malah berkata, apa yang dikatakan Israel berita bohong dan tidak benar. Para aktivis tidak membawa apa-apa senjata sebagaimana yang didakwa.

Menurut Ketua Biskop(kristian) yang mengikuti armada pembebasan menyatakan, perjalanan kami ke Gaza adalah misi kemanusiaan dan tidak ada kaitan dengan politi. Katanya lagi, Israel bersikap seperti tidak bermoral.

Aktivis ditembak:
Berhubung tentera Israel menembak aktivis armada pembebasan, wartawan Al-Jazeerah berkata, dia menyaksikan sendiri beberapa yang terkorban ditembak tentera Israel dengan peluru hidup.

Salah seorang aktivis ditembak dibahagian dada, darah memercik keluar. Dan seorang lagi ditembak dibahagian kepala, dipercayai dilakukan oleh penembak tepat.

Pergelutan bertambah sengit apabila para aktivis mempertahankan kabin kapten kapal dari dipecah masuk tentera-tentera Israel. Ketika itu, bunyi tembakan dari tentera Israel.

Seorang dari sukarelawan wanita, Saimah Salleh yang juga wakil media berkata, pada jam 10.30 malam(30/05/2010), jaringan internet telah terputus dan menyukarkan kerjanya untuk menyampaikan maklumat.

Tentang kejadian serangan tentera Israel, dia juga menyaksikan beberapa orang sukarelawan ditembak tentera Israel. Jelas Saimah, majoriti yang terkorban ditembak di bahagian kepala dan perut.

Tiba di pelabuhan Ushdud(Ashdud), Israel

Wartawan, Osman Al-Batiri berkata, mereka tiba di pelabuhan Ushdud dalam jam 7.00 petang, Palestin.

Tentang soal siasat, beliau hanya ditanyakan soalan..mengapa datang ke sini? dan kenapa mahu ke Gaza yang merupakan zon tentera?

Sehubungan dengan itu, dari kalangan aktivis/sukarelawan juga disoal siasat oleh anggota Shabak, iaitu Israel Security Agency (ISA) atau Shin Bet. Lihat wikipedia Shin Bet.

Barang peribadi dicuri(

Menurut beberapa aktivis/sukarelawan dari Jordan dan beberapa lagi yang telah dibebaskan itu, menceritakan barang-barang peribadi milik mereka seperti kamera, handset, video rakaman, duit dan seumpamanya telah dicuri oleh tentera Israel.

Rujuk::sumber @ http://map2street.blogspot.com/

Palestine Will Be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain


Doa buat Mereka

Menjejak blog teman maya, saya fhm ramai yg bersimpati dan masih tergejut dgn fenomena dunia yang di hadapi oleh misi kemanusiaan ke Gaza . Pencerobohan hak asasi manusia yg hanya bersenjatakan helaian kertas utk pendidikan, ubat-ubatan, mainan kanak2 dsb gagal mengatasi kerakusan regim Israel yg bertopeng lagi ganas.

Beberapa NGO juga PAS telah mengadakan demo di hadapan kedutaan Amerika hari ni. Mereka juga mewakili kita yang tak dapat hadir ini sbg bantahan dan dengarlah teriakan ummat Malaysia. Kami benci negara yg masih berdiam dan bersekongkol dgn Israel. Kutukan penuh keatas kekejaman dan tanpa perikamanusiaan ini!!!Selamatkan perjuangan para sukarelawan demi Gaza yg ditanahnya tertegak Baitulmaqdis- satu-satunya kiblat kita sebelum beralih ke kaabah di masjil haram. Kota suci ini mnggamit kita, meminta bantuan kita dan kini kita bersatu atas nama kemanusiaan. Belayarlah menuju destinasi, langkahmu direstui, doa diiringi....  
Sahabat-sahabat, doa menjadi senjata kita kala ini. Marilah kita tingkatkan doa yang telah lama kita aminkan. Allah bersama kita!

"Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,

Sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,

Kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,

Menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.

Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.

Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,

Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.
Amin ya rabbul 'alamin"
                      Terimakasih dan jazakallah
 NOTAKAKI
 sumber picture kapal - ustaz faridrashidi
sumber doa:  http://kelanafaqir.blogspot.com