Thursday, April 29, 2010

Yusuf Firdaus dlm ingatan


seindah namamu..
kau hadir seketika cuma,
Rinduku menggamit,
kerana ku tahu tiada yang istimewa melainkan mengingatimu
juga kematianku

9 tahun lalu ketika usiamu mncecah 13 tahun yg dilahir pada tanggal 26.3.1988 telah dijemput ilahi dengan penuh tragis. Namun itulah hakikatnya, YF pergi meninggalkan kenangan buat SMA anNadhzoh juga family tercinta. Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Sebelum itu, dengan kebenaran warden asrama, YF bersama rakan2 pergi ketali air berdekatan sekolah untuk bermandi-manda kerana ketiadaan air di asrama. Dalam perjlanan pulang ke asrama selepas bermandi manda, barulah  rakan2 menyedari ketiadaan YF dan mereka berpecah dua, ada yg terus memaklumkan pada warden dan ada yg cuba mncari2 di tali air tersebut. Memerhati kepada sepasang selipar dan seutas jam yg masih berada di daratan, mereka yakin YF masih di sini tetapi tak kelihatan. Memanggil dan mencari itulah tindakan yang  dilakukan oleh rakan2nya.  Dengan bantuan  warden juga org kampung di sekitarnya juga , mereka menyelam dan mencari2 sehinggalah dengan izin ALLAH seperti terpijak sesuatu dan bila diangkat itulah YF yg lengkap berbaju T biru dan berseluar panjang. YF didapati dalam keadaan tersungkur dan turut diberi bantuan pernafasan selepas itu. Namun segala2nya telah terlewat dan mgg YF telah dijemput pulang mengadap ALLAH di usia yg belum "cukup umur".  Menurut rakannya, seketika pulang memang YF berada di baris yg terakhir dan  besar kemungkinan dia berpatah balik untuk mengambil wuduk. Walllahuaklam. Yang nyata YF telahpun dijemput ALLAH dan diangkatkan ke jannahtul firdaus insyaALLAH

Mengingati semula kelahiranYF yang pramatang ini mgg istimewa. Masih saya ingat ketika itu saya masih menuntut di Politeknik dan beberapa kali pernah melawat dan meribanya di hospital. Yusuf menghadapi komplikasi awal dan darahnya terpaksa digantikan dengan darah orang lain secara keseluruhannya. Menerusi pusatnya dimasukkan darah baru dan perkembangannya selepas itu mgg positif. Anak buah saya ini juga menghadapi jaudis dan di tahan diwad untuk seketika lamanya. Dalam usia yang masih hari, Yusuf Firdaus ditinggalkan ibu ayah kerana menunaikan rukun islam yg kelima. Kakak saya@cikwan mengambil alih tugas memeliharanya walaupun dikala itu kakak saya belumpun berkahwin sehinggalah ibu ayahnya pulang.  Ketika YF dijemput ALLAH, walaupun kakak dalam pantang dia tetap pulang untuk menatap satu2nya anak saudara yg sempat dipeliharanya yg sebesar dua tapak jari satu ketika dulu.

Menurut ibunya, jika dibandingkan karektor YF dengan adik-beradik yang lain memang berbeza. Dia lebih bijak dan kreatif dan terkadang menggugat kesabaran. Kami hanya katakan inilah impaknya bila diwarnai darahnya dari penderma yg budiman dari pelbagai kaum. YF juga pernah keluar tabliq dan aktif dlm jemaah ini.  walluaklam.

Menurut rakan sekolah dan guru-guru yng mengenalinya, YF seorg yg pemurah dan suka mmbantu. Dia meminjamkan duitnya kepada rakan yng memerlukan dan mendahulukan wangnya utk meringankan bebanan kwannya. Sesuatu yang terindah tentangnya, biarpun 9 tahun dah berlalu, namun masih ada guru dan bekas pelajar di SMA AnNadhzoh mengingati keujudannya dan mnjadikan contoh walaupun  hadirnya seketika cuma. Ini yang dinyatakan oleh anak2 saudara saya merangkap sepupunya yang sedang belajar di sekolah yang sama bagi meneruskan visi  kesinambungan YF

YF seorang anak yg handsome, kurus tinggi, berkulit hitam manis,wajahnya bby face dan bila bertutur macam peluru tabur...."cucucucucucu"..........saya kagum dengan kepetahan YF. Nama Firdaus adalah  pilihan emak saya yeng mengimpikan jannahtulfirdaus di abadikan pada cucunya. Kini yg nyata anak ini telah dijemput pulang dan impian jannah pasti menjadi miliknya. Semuga berbahagialah anakanda saudaraku ini ditempatkan bersama org beriman dan mndpat rahmat berterusan.

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembalinya.

    
AL Fatihah buat:
  YUSUF FIRDAUS HJ BASHARUDDIN  (26.4.1988--26.3.2001) 
  TUAN HJ MANSOR ABDULLAH ( 28 -10.1922-11.6.2009)
 Ya Tuhan kami!  Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku, keluargaku,anaksaudara2ku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat)."
           
 Anakanda yusuf--memory ini di titipkan sempena ulangthun kelahiranmu (26/4/1988)@9 tahun kau pergi
juga ingatan mendalamku pada ayah yg telah 10 bulan dijemput ALLAH. Rindunya diriku utk mengucup lagi  tangan tua seorang insan semulia ayah..Ayah cu rindu ayah..terlalu banyak yng hendak cu kongsikan dengan ayah..cu tak mampu....andai ayah bersamaku lagi pastinya terungkai bebanan cu nie ..ayah maaafilah chu ayah..

Ya Robbi Jadikanlah aku mensyukuri nikmat Mu yg telah Engkau anugerahkan kpd-ku dan kpd dua orang ibu bapaku untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.(Rabbi, au zi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alayya wa ‘al...

Wednesday, April 28, 2010

forum PALESTIN

Jom semarakkan majlis ilmu mlm nie 29 april 2010
bertempat di masjid Jamiul huda akan diadakan forum" Utkmu Palestin". Pembentang yang hebat ditampilkan.Ayuhlah inilah masanya kita bergabung minda, fikiran, doa  dan sedikit apa yg kita miliki  menentang kekejaman zionis dan sekutunya.

Ayuh, bersimpatilah kita, berkongsilah penderitaan bersama mereka dan dasarilah pengalaman mereka. Jangan sekadar sbg pemerhati yg mmbiarkan kerakusan Israel merobek hak2 asasi kerana mereka juga seperti kita, berhak hidupdengan aman damai seperti kita

wallauaklam.

Redzakah kamu????

Jika enam tahun yang lalu sebelum melelapkan mata pastinya Ummu Muhammad akan bermuhasabah dgn suaminya. Antara bait indah diucapkan ialah rezakah aku isterimu dan begitulah sebaliknya. Setelah sama2 saling meredai barulah mereka tidur. Inilah amalan yg telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka. Tapi kini segalanya telah berakhir. Muntahan bom zionis keatas motokar yg dinaiki As Syahid Izzudin Al Khalil di satu pagi pada 26/9/2004 telah menjemput almarhum sbg shuhada. As syahid meninggal di tempat kejadian. Setelah Ummu Muhammad mengesahkan syahidnya Izudin, tiada air mata kesedihan tetapi wanita waja ini mengambil wuduk dan bersujud syukur.Inilah hadiah termahal dan sesungguhnya suaminya telah dijemput dgn paling mulia sbg syuhada. Di kalangan teman, as syahid yg  mendapat jolokan 'malaikat yg berjalan dibumi, merupakan seorang pecinta kebaikan dan pejuang yg disegani.  Syahid cita2nya dan kobar semangat inilah menjadikan Isreal semakin rancak memuntahkan nanarnya utk mujahiddin HAMAS.

Asyahid Izudin Khalil antara generasi pertama yg mendapat ubur semangat juang dari Asyahid Ahmad Yasin , pemimpin gerakan  HAMAS yg memperjuangkan rakyat Palestin.  Takdir ALLAH telah menentukan Izudin juga menyusul selang beberapa bulan selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yasin  pada 22 mac 2004. Seperti mana untaian doa yg selalu dititip bersama pejuang HAMAS, syahid adalah cita-cita kami.
Berbahagialah syuhada, tempatmu adalah di syurga, kerana dirimu hanya utk agama dan kekejaman israel pastikan punah.

Ummu Muhammad  meneruskan kelangsungan hidup di Syiria selepas di halau keluar dari Palestin. Wajah dan kekentalan semangat Ummu Muhammad membesarkan dua puteri dan seorang puteranya menjadikan beliau tega dgn perjuangan. Bersama pengalaman , keyakinan dan sabar serta tawakal, beliau merintis di mlm hari, menetapkan iman dan mentarbiahkan anak-anaknya semuga mereka bersedia menghadapi musibah yang mungkin lebih dasyat darinya.

Bak kata Ummu Muhamad lagi, aku juga seperti kalian, berusaha, istiqamah, membudayakan Al quran dalam kehidupan  dan  menyerahkan kehidupan kpda ALLAH swt. Akan ku rasai kelazatan dan kenikmatan  bila dekat dgn ALLAH dan meneruskan perjuangan as syahid Izudin. Aku meneruskan kelangsungan hidupku sebagai seorang ibu, ayah juga teman buat anak-anakku. Aku mahu mereka membesar dengan tarbiyah jihad sepertimana aku bangga menjadi isteri asyahid .

Antara petanda awal as syahid Izudin Al Khalil:
- Ummu Muhamad pernah terlihat perkataan 'syahid' tertulis di dahi suaminya dan bila di maklumkan suaminya terus sujud dan berdoa muga mnjadi kenyataan buat dirinya. Subhanallah
- Haruman wangian  dari rumahnya menjadi perhatian daripada jiran-jirannya hanya beberapa ketika sebelum kejadian bom memisahkan as syahid dgn alam ini. Subhanallah
- Ummu bermimpi menemui as syahid Izudin dlam keadaan berpakaian  serba putih selepas 3 hari kematiannya.  Pertanyaannya adakah anda redza kepada ku mnjadi kata kunci pertemuan ini. Subhanallah

Kini Ummu Muhammad menghambakan dirinya sbg pengerusi  wanita untuk pelarian Palestin di Yarmuk Syiria. Baginya usaha berterusan dan sokongan untuk membantu pelarian  yg dihalau dari bumi sendiri ini memerlukan komitmen dan kesabaran. Berbagai kekangan dan mehnah yg ditempuhi hasil sekatan regim zionis ini. Sungguhpun begitu, dunia lebih bererti bila cinta ALLAH dan RASUL mengatasi segalanya dan alangkah bertuahnya andainya akhir hayat kita adalah syahid..

Mampukah kita setabah Ummu Muhammad ??Di bumi Palestin kiblat pertama kita dan di Palestin jugalah adanya Masjidil Aqsa.Bertanyalah pada diri apakah tangjawab yg kita lakukan untuk membebaskan Masjid Aqsa dan Palestin. Setiap dari kita akan di tanya tentangnya....redakah kita????
AL FATIHAH buat para syuhada

PERKONGSIAN ilmiah bagi sesi selami hati seorang isteri pejuang ini boleh  juga dirujuk :::http://dakwatunnisa.blogspot.com

Sesi Wawancar bersama tetamu Palestin: Ummu Muhammad sempena Seminar Wanita menggunakan bahasa  bahasa arab yg diterjemahkan oleh seorang ustaz. Maka beruntunglah orang yang memahami bahasa syurga ini. Sekalung tahniah buat HALUAN yg bakal memenuhi inspirasi pecinta Palestin atas usaha yg sedang  dilaksanakan.ayuh life line for gaza



Sunday, April 25, 2010

Yang terindah

Tempat kejadian : Masjid Wilayah 

SUBHANALLAH…anak siapakah ini - baby pinky girll yg lengkap bertudung sedang meniarap dan matanya lirik memerhati sebarisan muslimat yg sedang berjamaah di hadapannya…sesekali dia menelentangkan badannya dan jemarinya menarik2 handbeg di hadapannya sebagai satu riadah ringannya. Saya yang masbuk di rakaat kedua solat asar berjamaah hanya sempat melirik senyum padanya dan meluruskan saf disebelah uminya. Besar kemungkinan baby ini sudah biasa dengan suasana begini ketika umminya mmbereskan tuntutan solat. Anak bukanlah penghalang utk kita beribadah jika ‘alah bisa tegal biasa’. Perancangan spesifikasi yg tepat adalah acuan untuk berumah tangga ..


SUBHANALLAH…seusai doa diaminkan, umminya melebarkan senyuman dan bersalam serta mencium tangan dan kedua2 pipi saya. Betapa saya terkasima dgn ciuman tangan seorang umi yg berwajah suci ini. Lazimnya saya mengelakkan tangan saya daripada dicium memandangkan saya bukanlah org yg sebaiknya tapi kejadian spontan ini mgg diluar kotak fikiran yg dapat saya jangkakan.. Saya mengangkat baby di hadapan saya yg manis lagi comel ini dan seterusnya bertanya khabar dengan umminya. Usianya baru 5 bulan, gebu wajahnya bak puteri salju dan seri nya umpama bidadari syurga.

SUBHANAALLAH…umminya mengenakan tudung yg bertatahkan batu2 yg bersinar menambahkan seri pada baby comel ini. Bayangkan seorang baby 5 bulan berkulit putih melepak mengenakan pakaian pink dan di hiasi degn tudung pink-biru navy. Sambil mendukung baby ini saya mencium pipinya sebelum menyerahkan semula pada umminya..wahai puteri syurga . Malangnya kejadian ini tak dapat saya buktikan dengan foto kerana myolympus menghadapi krisis focus buat masa ini. Terdetik dalam hati betapa ummimuda ini sedang mencetak generasinya mengikut acuannya.

Rupa2nya persoalan saya bagaikan terjawab apakala menyaksikan Dr Farhan Hadi telah menyambut dan mendukung puteri daripada dakapan ustazah Fatimah Sharha Nordin. SUBHANALLAH. Saya yg masih berada di tangga masjid berkenaan tersentak. Sepasang suami isteri yang pernah saya temui "banting"nya di Galeri ilmu tempuhari kini dalam reality saya menemuinya. Inilah ustazah yg amat humble dan solehah dan berada dalam saf bersama saya tadi dan itulah puteri mereka. Andai dapat diputarkan masa, ingin saya katakan…ustazah…betapa saya berbangga solat bersebelahan dgnmu, mencium pipimu dan merasai aura keimananmu.

Semuga pasangan ini dapat terus menebarkan dakwah dalam misi penulisan, jurnal, makalah , novel dan pembentangan kertas kerja yang berterusan bagi mencelikkan manusia.Penulisan yang sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat dan memberi pedoman. Mungkin selepas ini juga saya bakal memiliki buku2 hasil kerjatangan dan ilham mereka. InsyaALLAH

TAHNIAH ustazah Fatimah (pemilik novel cintaku selepas Allah dan Rasul) dan Dr Farhan Hadi (pemilik novel denyut kasih medic)!Muga generasi tercipta mmbawa mawaddah dan sakinah selamanya.

Notakaki: Ustzh Fatimah Sharhah merupakan pembentang kertas keja" Wanita dlam Islam" dlm Seminar Wanita anjuran HALUAN/ masjidWP. _Pembentangan yang mantop_

Saturday, April 24, 2010

justice 4ALL

PO94-Hulu Selangor : 24/4/2010.    Gelangang telah dibuka,
Kepada rakyat Hulu Selangor..Teruskanlah pengekalan memilih PR untuk PRK kali ini.
Apapun kita tunggu.....ianya bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar dan juga mood semasa..
Kepada Rakyat Hulu Selangor, undilah secara bijak..Jangan pilih pemimpin TERBALIK..tapi pilihlah pemimpin yang TERBAIK..Semoga ALLAH memberi kemenangan kepada mereka yang berhak dan mulia di sisi Tuhan..
Ya Allah, aku sangat lemah, oleh itu gantilah kelemahanku dengan kekuatan dalam redzaMu. Peganglah ubun2ku untuk menuju kepada kebaikan.  Matikan aku dalam Islamdan iman.   
Ya Allah, aku sangat lemah, kuatkanlah aku. Aku sangat hina, muliakanlah aku. Aku sangat fakir, cukupkanlah aku dengan rahmatMu,             wahai Maha Pengasih diantara yang suka mengasih. Amin
 

Friday, April 23, 2010

Hasbunallah wa ni'mal wakil, 
(Cukuplah Allah itu sbg penolong dan Dia adalah sebaik2nya yg diserahi)
 Pernah diucapkan oleh Ibrahim a.s. ketika dilempar ke dlm api, Juga pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika org2 berkata: "Sesungguhnya org2 telah berkumpul utk memerangi engkau,maka takutilah mereka itu," tetapi ucapan itu tdk membuat gentar org2 yg beriman tetapi  menambahkan keimanan mereka.  (HR Bukhari)

JOM AMAL

Tunaikan tggungjawab?

SUDAHkah  anda menyelesaikan e-failling LHDN??
sekadar mengingatkan tanggungjawab sebagai warga yg memperolehi pendapatan...
Syukur  missi telah selesai. Ramai warga KL ke tingkat 8 LHDN bagi mengisi borang efilling dan menunaikan tanggungjawab kepada negara dan  agama. Penyediaan PC dan kakitangan petugas mencerminkan kematangan mereka mngendalikan aktiviti tahunan ini.  Syabas LHDN

Jom Majlis ILMU


salam: Semarakkan majlis ilmu muga kita mampu mmbena jati diri muslimah. Semuga hujung minggu  yang menceriakan...Jom jumpa di sana..

Seminar Wanita: Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia
Anjuran: Masjid Wilayah Persekutuan & Biro Haluanita HALUAN
Tarikh: 24/2/2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tuesday, April 20, 2010

Deritanya HANNA.....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat:

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan AL IKHLAS sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.




Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.






Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.







 

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.




Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


KOMEN:
Semuga ALLAH mmberikan ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental dan kesabaran yg berterusan buat Puan Rohaiza dan keluarga dgn ujian ini. Jangan lah risau masih ramai sahabat, rakan dan saudara kita bersimpati dan meratap serta mengaminkan doa. Marilah kita sama2 mndoakan kesejahteraan dan kebaikan buat anakanda Nur Hanna. Hari kita mereka diuji---apakah mmpu kita meghadapinya andai itu takdir kita kelak??? Bukan wang ringgit dipinta..memadailah DOA DOA dan DOA berterusan.

YA ALLAH, ampunilah kekhilafan dan kecuaian kami, ampunilaaa. Hari ini kumenadah rahmat innayahmu, malunya diriku utk terus memohon namun  atas ukhuwah islami, ku munajat padamu ya ROBB, kurniakanlah nikmat kesembuhan buat Nurhannah, berilah "keajaiban" utk ku melihat anak ini kembali senyum dan siihat. Cukuplah tangisnya dan deritanya kerana diriku tak sanggup utk melihatnya berterusan begini. Dengan  rahmat dan kasih sayang daripada 99 namaMU----berikanlah kebaikan buatnya, keluarganya dan semua yang mangaminkan doa dan memohon hajat buat anak comel ini. Hannah seindah namamu...ucu akui..ucu turut mengasihimu walaupun kita tak pernah ketemu...semuga panjang umurmu dan deritamu kan berakhir. Semuga ikhtiar dan usaha kita ini dikabulkan ilahi..aMIN

sumber : http://putridmummy.blogspot.com ( TQVM)

Monday, April 19, 2010

"Nilai Setitis Susu Ibu "

Meredah pagi hari bersama d’va mmberi ketenangan yg teramat. Lengang jalanraya seketika di waktu pagi di hujung minggu. Mungkin warga kota sedang beriadah dan bercuti bersama family. Sasaran saya kali ini adalah menjejaki masjid usamah bin zaid. Masjid gah yg berada di ats bukit itu menjadi land mark untuk ke alpha angle/ jusco wangsa maju.  Walaupun saya pernah meng’capture’ masjid tersebut di memori tua ini namun kerana jarang di gilap, dikunjungi saya tersasar dari laluannya. Selepas berhenti dan bertanya kepada seorang pak chik di masjid Almuttaqin, beliau memberikan petunjuk jalan dan akhirnya saya sampai ke lokasi sebelum majlis bermula. Jazakallahu khairun kathira buat pakchik tersebut.

Sessi Talkshow nisa WP kali ini merupakan aktiviti yg dilaksanakan di luar masjid KLCC. Menghimpunkan anak- anak nisa yg lazimnya penuntut IPT, golongan remaja yang sedang belajar dan cintakan ilmu, juga muslimat di hujung minggu memerlukan kesabaran dan komitmen berterusan. Tahniah dan syabas buat Nisa WP atas program kali ini yang bertajuk “Nilai Setitis Susu Ibu” di Masjid Usamah bin zaid.

Penceramah undangan pertama, Ustazah Teh Izanuri , seorang kolumnis majalah Muslimah merupakan seorang pendakwah bebas, dengan wajah yg ayu lagi tenang, berbicara dengan sopan, mengupas secara ilmiah “ keajaiban seorng wanita dan nilai keistimewaan susu ibu” Mawaaddah yg tercipta hasil perkahwinan yg direstui , akan bersaksi dengan keintiman dan matlamat KPI rumah tangga. Hujah dan kupasan semasa beliau mengaitkan tentang masalah wanita hari ini dari sudut semasa dan agama. Natijah titisan susu ibu akan terkesan di otak anak yg dilahirkan.

Anak yg merupakan satu anugerah ALLAH dan menerusi titisan susu ibulah kesinambungan berterusan menerusi sentuhan dan emosi. Betapa seorang anak kecil mengetahui bau ataupun lintasan keujudan ibunya walaupun tanpa melihatnya kerana instinct ibunya meredakan kerinduan dan kesakitannya. ALLAH MAHA KAYA juga menciptakan manusia yang pelbagai rupa dan karektor, kehebatannya tiada tandingannya.

Sejarah telah tercipta dgn keagungan Srikandi Islami:

- Ibunda Nabi Muhammad( Aminah) pernah menyusuinya sebelum diserahkan kepada Halimatul Saadiah . Keberkatan dan keluasan rezeki berterusan buat bonda susuan ini setelah memelihara Nabi Muhammad SAW.

- Bonda Maryam pernah menyusui Nabi Isa a.s walaupun mengalami kontravesi memuncak di awal kelahirannya.

- Bonda Siti Hajar juga pernah menyusui Nabi Ismail walaupun menghadapi saat genting untuk survive di kota mekah setelah ditinggalkan di sisi kaabah( mekah) sehingga melakarkan sejarah air zam-zam

Ini antara khazanah sejarah yang mengaitkan peranan besar ibu dlm penyusuan dan pembentukan generasi . Saranan menyusui sehingga usia dua tahun juga mmpunyai hikmahnya tersendiri dan betapa manfaatnya susu ibu.

SESI kedua disampaikan oleh Puan Rita Rahayu Omar-kolumnis majalah PA MA, merupakan consultant nurturing dan ibu muda kepada 3 cahayamata. Dengan paparan slide dan ‘baby cute”nya , beliau berkongsi pengalaman dan memanfaatkan sessi ilmu ini degan berkesan. Sesi soal jawab menjadi lebih meriah bila pelbagai soalan berkaitan diketengahkan. Beliau yg kelihatan ayu lagi comel mengamalkan breastfeeding dan mengajak para peserta menghentikan susu formula terhadap anak-anak. Mengaitkan faedah dan keajaiban susu ibu yang mempunyai sumber antibody dan pertahanan imuniti yg baik perlulah dipertahankan. Untuk memperolehi info berkaitan sila layari www.susuibu.com


Yang dapat saya simpulkan, sessi talkshow ini amat baikdan berinfomasi. Beberapa fakta baru ditemui dan nilai agama dan kesihatan ditekankan. Menyelak kembali hukuman rejam yang dilakukan oleh seorng wanita di zaman rasullulah kerana penzinaannya ada kaitan agama dan pendidikan. Islam tidak menzalimi umatnya tetapi umatnya lazim menzalimi dirinya sendiri. Walahuaklam

YA ALLAH, berikan kami mencintai ilmu, mendalami ilmu dan memanfaatkan ilmu. Cahayailah nur keimanan, keikhlasan dan keberkatan dalam hidup kami. Berkatilah hidup kami muga dapat mmberikan yang terbaik buat komunity kami. Bantulah kami ya Robb

Sunday, April 18, 2010

Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka dan (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Saturday, April 17, 2010

tahniah fiza& azle

Chu.. dik ja dah selamat besalin.bb boy~ - own,17/4/2010

Alhamdulilah cucu saudara saya yg ke 19 ini lahir di Hospital Teluk Intan,Perak dan bakal memegang katakunci 010417-08-xxxx. Syukur, Alhamdulillah dan tahniah buat anak saudara saya ke 11 ni - nurhafiza. Walaupun melahirkan secara ceasarian(1330pm) atas sebab2 kesihatan beliau mendapat sokongan daripada suami tercinta dan mertuanya. Walaupun berjauhan daripada family sendiri dan kg halaman, namun doa terus dipanjatkan demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

Kelahiran permata sulung ini bakal menyimpul kasih sayang berterusan buat cikgu azli dgn amanah yg dipikulnya. Tahniah dan selamat melaksanakan tugas sebagai ayah dan bimbinglah anakanda putera ini dgn penuh cahaya keimanan dan jalan yg diredai ALLAH.

Instinct?? kebetulan juga , pagi tadi kakak saya@ cik na tetiba teringat pada dik ja sama ada dh bersalin ke belum..Dan bila khabaran ini di kongsikan barulah dia memaklumkan. Adakalanya benarlah kata org tua, pabila kita teringat seseorang itu, org itu juga sedang mengingati kita. Wallahuaklam.

Menyelak helaian Al Quran dari Surah Lukman ayat 17, “ wahai anak kesayanganku dirikan solat dan suruhlah membuat kebajikan serta larangan drpa melakukan perbuatan mungkar dn sabarlah ats segala bencana yg menimpa. Sesungguhnya itu termasuk dlm urusan yg dwajibkan”
Nasihat Lukman ini mempunyai” nilai” dakwah didalam pendidikan anak dan tggungjawb ibu bapa. Nasihat ini ditujukan kepada ibu bapa pula bagi meneruskan kesinambungan dakwah ni. Didiklah anak2mu agar mempunyai jati diri kental, semuga lahir generasi pendakwah masa depan. Dunia busuk harus diharumkan oleh pendakwah dan bermula insan kecil inilah dunia akan mncorakannya. Kembalikan Dunia ISLAm yg syumul ..

Ya ALLAH selamatlah kami dan hindarilah keturunan kami dari melakukan maksiat dan mengotori dunia ini. Maafilah  kelalaian dan kecuaian kami melaksanakan amanah di dunia mu ni. Sesungguhnya kami tak layak ke syurgamu tapi kami tak sanggup akan api nerakamu. Terimalah taubat kami dan ampunilah dosa-dosa-dosa . Sesunggunya DIKAU lah pengampun dosa2 kami..

Kepada dik ja dan azle …..selamat menjadi ibu ayah dan memelihara anakanda tercinta

Tuesday, April 13, 2010

bertunang??

Salam chu. Pai dah bertunang, pai cari org Pendang jer
                                         (11/4/2010 11.12 am)

Alhamdulillah...rupa2nya anak saudaraku ini telah dewasa dan sampai masanya mencari pilihan hati. Biarpun segalanya rahsia, akhirnya saya menerima sms makluman ini. Hmmm... teringat juga rupanya pada cu ya. Sememangnya Dik pai merahsiakannya sehinggalah ke majlis pertunangannya ini. Nanti jemput kenduri pun pakai sms je tau..kan 2525??
Saya mngharapkan dik pai dapat memelihara adab dan tatatertib pertunangan.
SELAMAT BERTUNANG dan lekas2la kawin...

Sempena lahirnya

13 APRIL...

Untuk Anakanda saudaraku: Faezah Saniah.
"Semuga panjang umurmu dalam keberkatan, sihat dan berjaya dunia akhirat."
Kejayaan hakiki apabila berjaya melepaskan diri dari kepanasan api  neraka dan mendiami syurga yg mutlak. Untukmu anak saudaraku yg kecik comel, bertahi lalat manis di pipi - hargailah setiap nafas yg disedut dan bersyukurlah kerana mempunyai waktu untuk bertaubat apakala melakukan kekhilfan. Hargailah tangkai16 ini semuga anak nisa ini bakal 'mencipta sejarah, mmbahagiakan ayah ibu dan memelihara maruah family kita. Adik@ kak Ngah@ faizah adalah nama timangannya dan betapa manjanya namanya begitulah dekatnya di hati saya. Mudah2an  SMK Seri Tasek( SPSelatan) bakal di coretkan lagi dgn sejarah kegemilangan kak Ngah.   Kak Ngah - jaga diri, jaga agama !!

Untuk mu Maria
HAPPY BESTDAY TO U
Namamu mengingatkan kepada nOstalgia Maria Hertogh@ Natrah. Satu2nya pencipta sejarah perpaduan bangsa dan agama. Biarpun NATRAH tak dapat diselamatkan akidahnya namun jiwanya tetap hidup subur bersama kita dan andainya diberi masa lagi pastinya islam masih berbekam dalam jiwanya juga. Apakah namamu juga satu kebetulan atau perencanaan..?.
 
Bukan mudah tugasmu seorang bakal pendidik yang bakal mencipta aset negara. Kepayahan dan pengorbanan akan berakhir dengan kejayaan bergelar graduan MPIK yang mmbanggakan ibu.  Gelaran dan panggilan guru merupakan cermin abadi kepada anak muridmu kelak. Sesungguhnya ucu menghargai segala pengorbananmu selama ini. Walaupun seketika kita ditemukan tetapi daripadamu juga ucu mengenali hakikat sebuah kehidupan yg pudar warnanya. Terimakasih yg tak terhingga atas "segala" penanggungan selama ini. Dirimu ku hargai...Muga cahaya ilahi dan nur hidayah berterusan mengalir di jiwanya kita dan kita sama2 mnghargai dan mensyukuri

Doa ucu sempena hari lahirmu Maria : Semuga ALLAH memberikan kebaikan, keberkatan dan rahmah berterusan buat mu dan family. Jadikan semlam sebagai pengalaman dan esok adalah harapan . Garapan ilmu perlulah berterusan dan buktikan dengan akhlak mulia. Alangkah bahagianya andai ucu mmpunyai anak saudara sepertimu lagi....amin   

Untuk Kak Ngah dan Maria___HAPPY BIRTHDAY @ 13 APRIL

Monday, April 12, 2010

Geledah ilmu

“Pelajarilah Ilmu kerana Allah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)

Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Friday, April 9, 2010

Cantiknya berakhlak

Sesungguhnya ALLAH benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku),
kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, 
berkerja keras pada waktu siang seperti himar,
amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”
                                                                                                         (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday, April 7, 2010

di hari terakhir KLIBF 2010


Ustaz Hasrizal tengah menurunkan bukti utk kedua2 buku terbarunya..SUBHANALLAH..cantiknya tandatangan ni. Ini  betul2 hari yg terakhir bagi pesta kali nie dan yang pastinya tentulah tandatangan ini mengumbirakan buah hati saya- peminat setia ustaz. Adik sara- andai ada adik bersama, pastinya dapat bergambar dengan ustazkan.
Subhanallah, buku kezuhudan Umar Abd Aziz dan Nik Aziz menarik perhatian saya. apatah lagi baru dilancarkan. Andainya TGHA yg sepatutnya melancarkannya hadir bersama tentunya ada bukti lagi.. Dapat beg kertas tok guru dan poster pun boleh laaa.....Terimkasih kemilau

Pilihan terakhir di hari terakhir lagi meriah. Bagi booth2 yg tertentu, ada tawaran satu buku yg beli satu percuma, majalah kat geleri ilmu,6-RM10 dan mcm potongan gila2 lagi. Kalau tak pecaya kunjungilah PTS, Hidayah dan lain2. Alhamdulilah berkesempatan melayan kakak kesayangan saya mencari buku. Sebenarnya mereka baru sampai dari Kedah atas urusan lain tetapi saya terus bawa ke sini. Maafkan saya kalau kepenatan tetapi yg terpancar adalah ketidakpuasan hatinya kekangan waktu... Jgn risau tahun depan ada lagi
tuu dia lastkopek- Tafsir AlAzhar menjadi sasaran. Jilid yg didatgkan dari indon nie memg sukar ditemui dan mcm gorpis. Hanya dua penerbitan yg menjualnya sepanjang recce saya. Tetapi yang hebatnya saya mendapat harga runtuh. Terimakasih penerbitan hidayah..boleh discuss rupanya  ..Subhanallah.
ALHAMDULILLAH...inilah antara koleksi yag telah berpindah tangan . Saya merupakan pengunjung tegar pesta buku ini dan andainya saya memiliki wang berjuta, pastinya banyak lagi buku menjadi miliku...Terimakasih ALLAH kerana mmberi kesempatan dan ruang waktu untuk utk bersantap dgn penulisan dan berkongsi ilmu ini. Semuga pahala berterusan buat penulis, pencetak, penerbit dan pembaca..amin
Hati saya turut kecewa kerana tak jumpa pulak org tu disaat akhir di sana. Maklumla org sedang bekerja dan berpose utk kenangan. Yang pastinya dia gembira dengan dunianya . Teruslaaa tiey

YA ALLAH jadikanlah diriku, sahabatku, familyku dan orang2 yg dekat dengan ku mencintai ilmu dan berusaha menambah ilmu dengan apa cara sekalipun. Ilmu memantapkan minda dan ilmu juga mmbezakan kejahilan seseorang. Semuga ALLAH restui kita..

Tuesday, April 6, 2010

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Ku hadiahkan buatkan diriku yg kusut dgn bayangan muga cerminan sebenar ku temui dgn  keredaan ALLAH dicari dan restu family ku iringi . Sesungguhnya kasih sayang ALLAH merestui..amin 

hak kita

Abu Hurairah RA melaporkan, Rasulullah pernah berkata "Ada lima hak yang perlu ditunaikan oleh seorang Muslim kepada Muslim yang lain iaitu:-

1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. dan Mengatakan 'Yarhamukallah' kepada orang yang membaca 'Alhamdulillah' selepas bersin".

Abu Hurairah juga melaporkan, katanya Rasulullah SAW pernah berkata "Pada hari kiamat nanti Allah SWT yang Maha Mulia dan Tinggi MartabatNya berkata, "Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi kamu tidak pernah melawatKu".

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana aku mungkin dapat melawatMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah SWT menjawab, "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu yang sakit, tetapi kamu tidak melawatnya. Bukankah kamu sudah tahu kalau melawatnya kamu mendapat pahalaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta makanan daripadaMu, tetapi kamu tidak memberinya kepadaKu!"

Manusia bertanya "Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi makan kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu pernah meminta makanan daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu memberi makanan kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak memberikannya kepadaKu!"

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi minuman kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Seorang hambaKu pernah meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu berikan minuman kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?""

Tuhan..ampunilah dosaku



adakalanya kita bagaikan tersedar apakala ditimpa ujian...
adakalanya kita bagaikan menyalahkan keadaaan
dan adakalanya kita mmbiarkan
yang terbaik kita membuat pengampunan
asafirullah hal azim

Thursday, April 1, 2010

nilai setitis susu ibu

ooo adik huda

Mesra dipanggil dik da, juga dipanggil kak Huda atau kadang2 dipanggil maksu huda. Huda atau nama sebenarnya NABIATUL HUDA HJ SOLEH merupakan anak saudara saya yg ke 42 dan mesra dengan semua org. Adik Huda penuh dgn limpahan kasih sayang dan dia mnjadi cucu yang suka menceriakan. Ada ketika bila almarhum ayah sakit, dia "caring" pada ayah, dipastikan ayah minum/makan ubat dan bila ayh tidur dia akan menjenguk dari masa ke semasa. Di awal persekolahannya dulu, setiap ayat atau huruf yg dipelajarinya akan di ajarkan pada ayah dan emak saya. Pendek kata ayah kena jadi muridnya pula. Namun itu semua tinggal kenangan kini.

Bersekolah di SRA Islah, Pendang, kini dilantik sebagai pengawas pada usianya 9 tahun (mulai tahun ini.)
Sifat manjanya menjadi2 jika keperluannya tak dipenuhi. Paling saya terkasima, tiap kali berhubungan menerusi telepon, 'cu bila nak balik, dik da rindu cu laaa". Ayatnya mmbuatkan hati ingin pulang segera ke kg.
Kabarnya semalam telah dibahagi2kan bungkusan coklat dan gula2 untyuk rakan2nya di sekolah. Cuma mengadunya pada saya bila nak beli kek untuknya...

Kek birthday dengan anak2 memang tak dapat dipisahkan. Ibunya berjanji, bila abg dan kakak balik hujung minggu ni dari asrama, bolehlaaa diraikan bersama. Maklumlaa adik da kan dah selalu makan kek pun. Asal ada yg menyambutnya di kampung, pasti mnjadi rezeki adik huda juga.

Semuga adik Huda, sihat, terus ceria dan mnjadi anak solehah. Menjaga adab dan solat jangan ditinggalkan. Jangan lupa baca quran dan hadiahkan fatihah untuk aruah wan setiap kali lpeas solat.
Sayang dik huda..happy besday to u