Tuesday, March 30, 2010

4the rest of mylife



apa istimewa tentangnya?

-lagu yg menarik dengan lirik yg touching..
-diperkenalan oleh adinda wanie dan adinda syida..Terimakasih dik
-hargailah kehidupan ini utk memperolehi kehidupan yg lebih mmbahagiakan di sana
-kejujuran dan kesetiaan adalah satu anugerah ALLAH
-mengembalikan ingatan pada booth alhidayah di pesta buku. Lagu2 Maher Zain ini yg berkumandang mmbawa feel yg mndamaikan di situ..Menanti rahmat dan hidayah berterusan.
-bersyukurlah
-lagi???

open your eyes

Thursday, March 25, 2010

Gamatnya PWTC

Pentas utama di PWTC sentiasa gamat dgn aktiviti.sempena Pesta Buku kali ini.
Antara yang sempat saya ikuti dan rakamkan yg dianjurkan oleh Saba Media- wakaf Quran  terjemahan bahasa Inggeris. Taklimat yg disampaikan  oleh seorang pemidato terpilih bukan sahaja menyentuh tentang akidah tetapi juga penggunaan kalimah ALLAH yg masih kabur. Dgn mngaitkan islam bukan hanya utk kaum melayu di malaysia, begitu juga lah isu kalimah ALLAH. Harus dipandang secara positif dan langkah Saba Media yg menganjurkan wakaf quran degn tawaran RM100 utk dua buah quran versi Bahasa inggeris ini di alu-alukan. ( tawaran ini terhad sempenaa KLBF2010 sahaja).

Yayasan Restu pula membuat persembahan muzikal islam yg digabungjalinkan dengan sketsa Al Quran sebagai wadah utk ummah. Proses penyalinan mushaf Al quran begitu teliti dan mmpunyai corak dan keseniaan melayu di nukillkan di tepi al quran tersebut. Cetakannya juga mmpunyai nombor siri dan tidak boleh diciplak.zinkan.. Dalam masa yg sama demostrasi khat dari suarah "iqra" menjadi perhatian umum samada di paparan skrin maupun dari pelawat yg datang. Teruskan usaha dan misi yayasan restu



Ini pula, sesi ilmuan yg mmbicarakan betapa buku mengubah kehidupan. Dua orang motivator yg mmpunyai pengalaman dan merubah kehidupan kesan dari buku yg diibaca. Bagi en.samsudin kadir pengarang beberapa buku motivasi, cabaran baginya adalah harapan masa depan. Cara penyampaiannya begitu berhikmah dan beliau mengajak masyarakat umum mengubah harapan menjadi kenyataan. Mengambil contoh dunia sekarang yg mengejar A, sebenarnya mengajar pelajar bersaing dan pulun untuk diri sendiri. Sedangkan skor A bukanlah makna kejayaan yg sebenar. Sepatutnya ibu bapa lebih bertanya kepada anak2 "hari ini berapa orng kawan yang kamu bantu". Merujuk kegagalan Dr M, dan Prof Ungku Aziz semasa di peringkat awal pendidikan wajar dijadikan iktibar. Hatta Albert Eeistien juga dikatakan gila kerana berfikir diluar jangkaan.

Begiti juga Dr Atan seorang lepasan universiti luar negara dlm bidang kimia tetapi kini menghambakan diri dengan NGO- islamic relief dan menjadi badut utk menghiburkan kanak2 kesan dari buku yg dibacanya. bukan setakat itu bahkan dia telah memiliki setara ijazah dlm bidang badut ni. Betapa beliau anak muda yg melakukan kerja amal walaupun  memiliki sijil profesional. Kenali potensi diri dan langkahlah dengn jayanya.Tajuk buku yang mengubah hidupnya itu akan saya maklumkan kemudian....secara spontan begini...saya pun lupa. 


Moralnya, selagi ada pesta buku, semakin rancaklah pentas di PWTC tu. Kalau pun i sessi lmiah dari buku dapat dikongikan , kenapa kita tak mencari peluang ini. Tahniah kepada penganjur yg menjalankan pelbagai aktiviti. Yang tak dapat saya hadiri ialah sessi pelancaran buku....


Namun buku dua buku karya ustaz saiful islam tetap menjadi sasaran.  Ini Antara buku2 yg tersenarai...
Selamat mengunjungi dan selamat datang...

Tuesday, March 23, 2010

Apa dah jadi

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [Berita Minggu 21 Mac]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .
[Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat]

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ], seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .
( sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com )
-------------------------------------------------------------------------
apa yg hendak dikatakan dengan fakta ini?
apa tindakan kita?

Seketika pulang ptg tadi, Radio Bernama dlm aksi terjahnya menjadi pilihan saya. Seorang wanita yg bukan gadis lagi dari Johor yg sedang mengandung 7 bulan telah dihantar ke sebuah institusi pembelaan wanita dan kanak2 di KL. Berkongsi pengalamannya bersama DJ dan pendengar membuatkan hati saya seperti bertanya2. Adalah dia telah sedar dan betul2 insaf??? Wanita berusia 18 tahun itu hanya memaklumkan kepada familynya setelah kandungannya 7 bulan dan dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut bersama teman lelakinya yg dikenali hampir 2 tahun. Pada pandangan saya perbuatan terkutuk itu berlaku bukan dgn ketidakrelaan atau keterpaksaan. Sesuatu yang harus difikir2kan.

Walaupun perbincangan itu tak dapat saya ikuti hingga akhir, tetapi beberapa persoalan berligar2 di fikiran saya. Kenapa teman lelakinya menyepikan diri selepas itu??? Selesaikah sudah tanggung jawab ibu bapanya dan sanggupkah wanita ini menghadapi cabaran yg lebih ganas selepas ini?? Anak kecil yg bakal dilahirkan ini juga akan mencatatkan graf peningkatan anak tak saf taraf lagi??? Apakah pembelaan ini bermakna selesai sudah tugas kita??

Menyusuri tasek Titiwangsa satu ptg juga, saya dapati ramai anak2 remaja bercouple dan bersantai di sini. Mereka seolah2 (tak semua) merasakan  ia bukan satu kesalahan bila berdua2an, berpegangan dan bermesra-mesraan. Inilah pintu2 kearah kemaksiatan dan penzinaan. Di manakah ilmu yg diadun, ditanam dan disemai selama ini atau sekurang-kurangnya di mana budaya melayu yg menjadi pegangan dan adat kita walaupun sekadar semasa perkahwinan?  Tidak adakah rasa malu dan bersalah pada agama, ibu bapa, masyarakat serta alam yng menyaksikan fenomena ini.

Bertanya saya pada diri, apakah yg wajar dan harus saya buat untuk membantu anak generasi kita hari ni. Bukan sekadar menuding jari satu sedangkan 4 lagi mengadap diri sendiri.  Saya takut andai hari ini saya berbicara tentang orang, kelak saya diuji  pula. Saya akui anak2 saudara saya  yang ramai sedang meningkat remaja dan suatu hari nanti akan keluar dari kepompong family mereka, apakah mereka setega Masyitah yg sanggup diumpan dengan kawah demi maruah ISLAM yg disanjungi.  Semuga ALLAH mmbukakan jln hidayah kepada semua dan menyelamatkan kita juga. Ayuhlah wahai teman, sahabat, rakan dan semua :

Doa mohon Allah selamatkan ummat...
Doa mohon Allah ampunkan ummat...
Doa mohon Allah bantu ummat...
Doa mohon hidayat ummat seluruh alam...
dan FIKIR seperti mana fikir nabi saw...bagaimana seluruh ummat dpt selamat drp neraka masuk syurga Allah...
 dan BUKAN..
berda'wah utk digelar aku seorang da'ie...
berjihad utk digelar aku seorang mujahid...
menderma utk digelar seorang dermawan...

teruskan berdoa...wallahuaklam..

Monday, March 22, 2010

Thnx Q Allah

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope

Oh ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home

Alhammdulillah
Our praise is to Allah 
Barangsiapa yang menempuh satu perjalanan untuk mencari ilmu,
ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga. 
                                                                          ( Riwayat Muslim )

Sunday, March 21, 2010

pertemuan itu...

Secara kebetulan saya disapa seorang kwn dari pejabat lama. Lazimnya,ketika di pejabat, dia berpakaian kemas lengkap bertali leher dan berkemeja tetapi hari ini cuma berseluar jeans dan baju T. Pakaian santai dengan penampilan yg lain dari biasa mengejutkan saya seketika. Sudah hampir setahun setengah kami tak bertemu sedangkan hakikatnya kami masih berada di bandaraya yang sama.

Bermulalah penceritaan tentang gerai BTP yg terpinggir di celah pintu masuk tingkat 3, PWTC. Yang dapat saya kongsikan, BTP seperti hambar dan pudar. Satu2nya bahagian KPM yg dulunya lebih sinonim dengan TVPendidikan, anugerah NILAM dan beberapa event besar yg melibatkan pendidikan termasuklah Pesta buku, PIPP dan lain-lain lagi kini semakin malap. Menerusi media websitenya tersendiri, orgramai memperolehi info namun sejauhmanakah keberkesanannya????

Kebetulan juga, kami berkongsi masalah perumahan terbengkalai dari pemaju perumahan yg sama. Pelbagai kerenah dan mehnah dari pemaju dirasai dan menerusinya, saya menyertai komuniti PJ di laman web. Bersyukurlah kini rumah tersebut telah siap dan boleh diduduki walaupun tanpa sebarang bayaran pampasan atas kelewatan dan kecuaian mereka. Namun berbeza dengan kawan saya ini, rumahnya masih belum berstatus walaupun potongan pinjaman berterusan sejak 4 tahun lalu. Bersabarlah YM Raja, mudah-mudahan dapat rumah yg lebih baik atas kesetiaan menanti. Kini mengertilah saya makna kesyukuran, ALLAH membebani seseorang itu mngikut kemampuannya dan selayaknya saya menjadi manusia yg bersyukur.


Seusai solat maghrib pula, ketika memasuki pintu masuk PWTC, sapaan salam sayup kedengaran dari belakang. Wajah manis dua puteri ayu bertag petugas dgn berbaju T biru memang membuatkan saya terkedu. Subhanallah. Ti ke nie???.Rupa-rupanya di surau tadi, “adik” saya dan temannya juga berada di sana. Salam bersambut, tangan dihulur, “adik” mencium tanganku, saya cium pipi kiri kanannya.. cu pun rindu ti (mungkin kerana kejutan ini, tindakan luar sedar saya membenarkan dia mencium tangan saya yg banyak dosa ini)

Betapa ALLAH mentakdirkan sesuatu utk sesuatu pertemuan yg lain. Saya mengetahui dia sedang bertugas dan tak berminat utk mengganggunya. Tetapi mmg saya berazam menemuinya sebelum berakhirnya pesta buku kelak. Tetapi gerak hatinya mengatasi perancangan saya dan diizinkan ALLAH pertemuan ini. Rajuknya di rawat, terubat sudah kerinduan dan indahnya pertemuan hari ini

Pertemuan ini juga menemukan saya dengan kawan-kawannya, team editor dan family alaf21 umumnya. Betapa cerianya yatt( ohh namamu kini macam artis ya) menunjukkan buku2 agama yang telah disuntingnya. Mulai dari buku pertamanya bersama ustaz zaharuddin, Petunjuk jln lurus -ustaz emran dan lain2 lagi sehinggalah yg bakal diterbitkan buku karya tersohor SN Dato'Shahnon Ahmad (masih diingat Ranjau Sepanjang Jln-Banggul Derdap with love). Betapa yati beruntung dan terlibat secara langsung menyebarkan dakwah menerusi setiap ayat yg disuntingnya. Walaupun usianya masih muda tetapi dan ilmu yang dimiliki, ditakluki dan dikuasai adalah tinggi berbanding diri saya yang sudah semakin dimamah usia. Semuga atie, ti, yatt, yati, ismi walau apapun gelaran namamu, jadilah jati dirimu Berjaya mengharungi segala cabaran dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman utk mndewasakn mu. Jika hari ini gugur airmatamu kerana kecelaruan tpi besok mengalir air matamu kerana kegemilangan. Muga anak baik ini berpeluang sbg editor tersohor dan apapun kerjaya pilihannya dia memang hebat. Nak tahu nama dia kenalah cari/beli buku ilmiah(agama) di rak karangraf…

Kerana pertemuan itu juga saya berkesempatan berjumpa dengan Yb Izzah..wanita reform yg ceria seperti dulu..alangkah indahnya pertemuan hari ni..Muga semangat dan visi perjuangan kita berterusan.

p/s : laa baru perasan buku PLJ hilang juga  .
gara2 camera buat hal, foto bersama yb juga terdelete...hihi..think positive

Friday, March 19, 2010

KLBF 2010- kunjungan pertama


 Picture tell a story:

Rombongan dari Chini menyeberangi sempadan ilmu pada hari petama.
tapi mana ayahnya dan adik nadia?? betapa ceria anak2 saudara saya  bila di beri peluang lagi mengunjungi pesta buku lagi...bila ulat bertemu buku.....Sempat juga suruh mereka berposing. Sementara urusetia PBKL sentiasa mngalu2kan kedatangan dengan target sasaran kali ini 2 juta pengunjung.





Bila dapat buku,  mulalaa mengasingkan diri...terkadang buku penghalang mereka bersosial..Tiada lagi berkejaran dan usik- mengusik ...kini masing-masing menyendiri dan mmpunyai agenda tersendiri...Buku Lakaran Masa Depan

Ayuh kita meriahkan lagi Kuala Lumpur Book Fair 2010 (KLBF) kali ini yg mempunyai 3 blok untuk dikunjungi: A,B dan C.Keadaannya pun terkawal dgn oneway..dari ruang legar A, ke tingkat 1 (B) dan ke dwn tun razak- seberang sungai(C).  Kepada pengunjung sediakan stamina dan wang kerana tiada penyesalan di penghujungnya.kalau tak percaya jom jumpa di sana.

p/s ptg ni ada bicara buku kt bilk kedah- yb izah akan hadir sama- sumber fb  Dr Lo'lo
SELAMAT DATANG


Thursday, March 18, 2010

PeSta buku 2010

hari ni hari PERTAMA
-melayan anak2 saudara berkunjung ke PWTC
semuga kami dapat menjana minda dgn mmbaca

JUMPA DI SANAA

satu kisah

Mlm munajat bersama Ustz Badrul Amin begitu shahdu dan menyentap hati... betapa banyak dalam kealpaan saya mengukir dosa2 yg tak disedari. Lahiriahnya tak tapi bersarang kata umpat yg tak didengar kwan, meruap rasa benci tak berkesudahan, rasa amarah pada kenderaaan, rasa muak pada kesesakan.....inilah yg perlu di cuci dan di polish dan dibasmi. Batu persempadanan yg menghalang doa dikabulkan bila adanya sifat2 terkeji ni.Cara menghalang karat ini dari bersarang adalah dgn istifar dan melakukan solat taubat selalu....Semuga dapat diamalkan dari masa ke semasa....

Yang nak dikongsikan adalah cerita dari pengalaman ustaz Badrulamin mngendalikan kursus motivasi di sebuah masjid di Rawang. Katanya di ajarkan anak2 yg seramai 100 orang tu bersolat duha. Buat pertama kalinya wajah suci anak2 ni melaksanakan dengn penuh rasa ketaatan dan memohon dimurahkan rezeki buat mereka dan ibu bapa. Diamainkan anak2 ini dengan deraian airmata keinsafan dan munajat yg telus.  Tak berapa lama selepas itu, ada jenazah di bawa ke situ dan mohon disolatkan. Memandangkan  ini juga pengalaman pertama, ustaz menganjurkan anak2 ni bersama2 solat jenazah dan di ajarkan serba ringkas tentang cara solatnya. Alhamdulillah, ramailah jemaah yg mmyembahyang dan mengaminkan aruah tersebut. Sebelum keluar dari pintu masjid, ada orng mnghulurkan sampul surat berisi kepada setiap jemaah. Anak2 jadi tak keruan dan menerimanya tetapi penuh tanda tanya... Ramai gembira menerimanya walaupun ada yg keciciran.Mereka bertanya ustaz dan dengan senyum ustaz kata ....syukurlah anak2....ALLAH dengar rintihan kita....semua dah solat duha tadikan.....SEkarang benarkan janji ALLAH, rezeki buat org yag solat dengan yakin tadi. Bagi yang tak dapat tu kena check semula solat tadi dan jangan kecewa teruslah amalkan solat ini.

Moralnya: Sebaik2 amalan dimulai dengan taubat dan solat taubat, diiringi dengan solat hajat dan lain2 solat sunat..Manakalat solat duha merupakan sedekah untuk sendi2 kita dan dapat meluaskan rezeki. Mudah2an akan terus mengalir rzki yg halal lagi berkat. Semuga dpt dijadikan iktibar

lokasi kejadian; Masjid kg melayu
masa: 7.30-11.00 mln

menanam saham

“Harta kita ialah apa yg kita dah makan seharian, apa yg kita pakai sehingga lusuh dan apa yang kita sedekahkan.”.

Bermuhasabah saya seketika. B’fast dan lunch tadi saya makan bersama sahabat2. Apakah ini harta yg dimiliki, yang bakal meringankan timbangan ku kelak bernilai 3 biji roti canai dan beberapa pinggan nasi di sebuah warung pilihan ramai. Ohh betapa saya terlena dengan limpahan rezeki yg diberi ALLAH selama ini. Apakah makna keselesaan dan fasiliti dunia yang dimiliki jika tak membantu di akhirat kelak.….Impikasi makan amat berpengaruh kepada jasad dan roh. Makanan yg halallaltoiyibban bukan saja menyenyangkan bahkan membentuk darah daging dan keperibadian seseorang. Semuga kita menjadi lebih teliti dan peka dengan apa yg dimakan.

Merenung baju-baju di almari.. Betapa lusuhnya jubah rasullullah berbanding sebeban baju yg dimiliki yang tak sempat pudar. Betapa ia bukanlah harta saya kelak,pabila roh meninggalkan jasad, pakaian dan harta dunia… terserahlah kepada mereka menguruskannya…Segala harta sama ada disayangi atau tidak, dipamer atau disimpan, diguna atau dihias segalanya akan ditinggalkan dan dipersoalkan. Subhanallah.

Yang hakiki milik kita ialah apa yg telah disedekahkan. Sedekah yg merupakan pintu kebaikan juga boleh diibaratkan umpama penuras yg mengasing wang perolehan dan pendapatan daripada unsur haram dan syubhat. Rahmatnya sedekah ini, penderma akan di doakan malaikat supaya digantikan harta yg luak kerana sedekahnya itu. Ayuh bermurah hatilah kita untuk bersedekah selagi ada orang yang menerimanya.

Betapa tazkirah pendek ini terpana diri sendiri…nak dapat doa makbul kena jaga makan, barulah berkembang biak anak2 yg soleh yang akan mndoakan. Doa makbul makanan  halal- bentuk anak soleh.

Bersedekah juga merupakan penawar penyakit jasmani. Cuba kita 'flashback', bilakah kali terakhir kita bersedekah dan mmbuat "uptodate top-up" akhirat dan janganlah kita menjadi manusia yg rugi. Masih belum terlewat untuk menanam saham akhirat… wallahuaklam

sumber : tazkirah magrib di masjid keramat

Monday, March 15, 2010

Kebetulan atau suratan

“ ….,Mak nak ikut laah, tunggu sat” kata mak sebelum beralih ke biliknya. Plan awalnya saya akan ke pusara ayah besama-sama Ibrahim saja memandangkan ini ziarah saya ke dua kalinya di hujung minggu tersebut. Tak sangka pulak mak ingin mengikutnya kali ni. Saya tahu bunga rindunya pada ayah tak pernah menguncup. Sambil menunggu mak menyempurnakan wudu’ dan tudung, saya memetik beberapa kuntum bunga kenanga. Baunya mengharumkan laman rumah dan kuntuman bunganya sering menguning mengindahkan persekitaran.Tragisnya, inilah pokok yg pernah di tanam oleh almarhum ayah kerana air tangan ayah selalunya menyejukkan bumi dan pokok akan subur hidup. Sama ada kebetulan atau suratan ini adalah hakikatnya…

Walaupun sekitar jam sepuluh pagi tetapi cuaca pagi begitu panas. Ia memaksa kami menggunakan payung bagi menghindari dari cahaya matahari yg terik. Indahnya payung juga mengembalikan memori pada ayah, kerana selain beberapa keperluan solat, ayah akan mengilik payung yang boleh dijadikan sebagai alat perlindung dari panas atau hujan dan sebagai tongkat. Jika rasullullah menggunakan tongkat, saya andaikan adakalanya ayah juga mengikuti sunnah nabi . Bertuahnya saya memiliki ayah yg mencontohi nabi Muhammad SAW sehingga akhir usianya ke 87 tahun masih kekal berjamaah di masjid.

Saya merenung diri sendiri, jarak dari bukit IBC ke masjid RTM hanya 300 mter pun memenatkan andainya saya di usia tua ayah mampukah saya melangkah lagi. Hanya ALLAH yang mngetahui.
Di sisi  pusara ayah kini , bersimpuh sang isteri ditemani cucunda  dan anakndanya membisikan nyanyian kasih kepada murabbi. Ayah ...kelak kami pasti menurutimu..muga kita bertemu di syuga. Insya ALLAH

Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada almarhum ayahanda…”.

Sunday, March 14, 2010

di sini ku temui


Di sini kedamaian
Bersama sekalung doa di kirim
Muga tenang dirimu di sana
Ayuh….mari kita saling mendoakan 
AL FATIHAH buat ayahanda juga penghuni kubur
Kelak ku menyusuri bersamamu

Al fatihah jua buat aruah mertua AZ, nenek datin asnija, sepupu mamaju, ayah dan bonda CL  juga semua muslimin muslimat yg kehilangan org tersayang terutamanya buat rakan PDKM.
Semuga roh mereka dicucuri rahmat berterusan.
AMIN 

Fikir dan Zikir

Merupakan dua kaedah utk mengenali ALLAH secara total. Memerhati alam dan keperluan dengan menggunakan mata, hati dan akal mampu menerobos rasa kesombongan diri. Kita perlu menghargai alam yg diciptakan. Manusia dilantik sbg sebagai ‘duta” utk memelihara dan memulihara alam ini. Walaupun hari ini kita selesa dengan apa yng kita terokai tetapi wajarlah diseimbangkan untuk makhluk lain juga. Janganlah kerana kecuaian hari ini, pemanasan global akan manjadi topic panas kelak. Membayangkan seekor burung yang hinggap di belakang kerbau mungkin sekadar berehat sebentar tetapi hakikatnya ia saling berhubungan. Burung akan memakan kutu pada kerbau dan menghilangkan rasa kegatalan yg berterusan. Ini lah rahsia alam kerana dan setiap ciptaan itu interdependence dan harus kita berfikir dan bersyukur.

Mengingati kembali kisah nabi Muhammad s,aw tatkala bangun qiyamullail, Nabi akan melihat, merenung ke langit seketika sebagai simbolik rasa rendah diri dalam menghancurkan rasa takabbur dan merasai kebesaran ALLAH. Betapa DIA menguasai dan berhak memberi dan mengambil sesuatu tanpa izin sesiapa. Segalanya hakmilik kekal ALLAH. Tetapi sejauh mana kita merenung ‘flash back’ kehidupan kita. Apakah hari ini lebih dari semalam yg ditinggalkan..fikir2kan

Kita perlu sentiasa bersedia untuk diuji dan jangan lupa asal usul. Menerima ujian dengan redza sambil bermuhasabah dan berzikir serta beristifar. Inilah antara intipati kuliah bulanan Ustaz Saiful Islam dalam membicarakan tentang akidah di sebuah masjid di Ampang. Lazimnya kuliah dihadiri oleh ramai jemaah dari pelbagai golongan dan bentuk penyampaiannya banyak disulami contoh dan pengalaman hidup. Semuga ustaz terus menyebarkan dakwah bagi meneruskan kesinambungan addin.

Foto: gambaran dinasour yg keujudannya satu ketika dulu digeruni kini hanya menjadi fantasi dan animasi. Bersediakah kita andai ia hadir kembali…
 Betapa anak-anak  ini gembira menyaksikan pameran interaksi dymotrax petrosains di Kuantan. Satu rehlah keluarga kakak saya sempena cuti sekolah. Muga anak2 ku dapat berfikir dan berzikir.  Setiap kejadian ALLAH mmpunyai hikmahnya....
Gambaran virtual dulu, kini manjadi mainan cuma..

Friday, March 12, 2010

semuga berbahagia

Sempena cuti sekolah bermula, jemputan perkahwinan pun menjadi agenda hujung minggu. Yang tak mmpu saya hadiri, doa dan harapan saya susuli semuga mereka selamat melayari bahtera bernama perkhwinan.

Buat 'Hasni dan An semuga ikatan perkahwinan Kedah dan T'ganu akan terus membabitkan rasa kecintaan pada ilahi. Biarpun sekejap pertemuan kita, namun ukhuwah dan rasa kenegeriaan itu mengekalkannya. Apabila itu jodoh yg terbaik buat kalian, semuga kekal hingga selamanya. Majis perkhwinan hari ni pastinya meriah dan semuga ALLAH mmberkati kamu berdua dan di himpunkan ilahi dalam kebaikan. Amin.


Insya ALLAh saya akan cuba menghadiri majlis jemputan yg diterima hingga kini . Mudah-mudahan ALLAH mmberi kemudahan dan kesihatan yg berterusan. TERIMAKASIH ALLAH

Shahir

12 MAC 2003 merupakan tarikh kelahiran  
Muhammad Shahir bin Hj Zulkifli di sebuah klinik di Temerluh. Merupakan anak ke 4 dari 5 beradik yg mempunyai karektor tersendiri. Minat membaca dan mengetahui perkara baru  dan seorang anak yg baik, pintar, manja, dan rajin. Jika memilih pakaian, ia mempunyai cita rasa sendiri dan akan mengenakan dengan kemas dan akan memastikan rambut disikat rapi. Inilah antara karektor yg saya perhatikan daripada anak saudara yg ke 48 ini.

Kini  Shahir bersekolah darjah satu di SK Chini dan disukai kawan dan gurunya. Anakanda shahir akan terus di bekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat dan menerusi kehidupan keluarga yg bahagia. Syukurlah...cuti sekolah ini pastinya rumah saya dikunjungi lagi...selamat datang adik sekeluarga...cu tunggguu...rinduuu...
Semuga dik shahir terus manghembus kehidupan yg segar lagi mendamaikan dan membahagiakan family. Menjadi anak yg aktif dan suka pada ilmu dan terus menjaga solat dan mentaati ibu ayah...
Kami sayangkan kamu dik shahir @ eddy [panggilan manja cu utk adik kan:) ]
                                       HAPPY BIRTHDAY ADIK SHAHIR

Thursday, March 11, 2010

Al Fatihah buat Sheikhul Azhar

Kematian yang mengejutkan para pencinta ilmu agama, khususnya mereka dari kalangan Al-Azhari ekoran kematian mengejut Syeikh Al-Azhar, Mohamed Sayyid at Tantawi pada pagi 10 Mac, Rabu di Lapangan Terbang Riyadh
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung yang kritikal, semasa usia beliau menjangkau 82 tahun. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah dan sentiasa berada di dalam keampunan

Al fatihah..

sumber:http://mirasafiah.blogspot.com ( anak sapa nie??)

Ternyata kau boleh!!

Keputusaan  SPM memuaskan, peratus kelulusan meningkat. Inilah yg sering dimomok setiap kali pengumuman peperiksaan diumumkan. Namun sejauh mana ukuran kejayaan ini.?? Semenjak mlm tadi saya mngingatkan seorang anak saudara saya, apapun yg diperolehi itulah yg terhebat dan wajar bersyukur. Itulah nilai kejayaan atas usaha selama 2 tahun itu. Walaupun debaran itu berjarak jauh tapi degupnya dapat didengari ...(hebatnya instinct cu...)

Ucap tahniah buat anakanda saudara saya,
FATHIYAH AWANIS bt IBRAHIM
Syukur beliau memperolehi keputusan SPM memuaskan bagi mencatat rekod familynya iaitu sebagai anak sulung yg berjaya. Semuga melayakkannya menjejaki IPTA bagi meneruskan kesinambungan kejayaan ummah. Raikanlah kejayaan ini bersama family dan hargailah sokongan, dorongan dan doa daripada ibu  ayah, guru2 dan teman2. Teruslah membentuk jati diri sebagai remaja "nisa" yang mampan ilmunya dan mampu berdakwah.
Usaha, doa dan tawakal perlu diteruskan......

nur ku sayang

SMS 1 : Nur sedih sgt kerana ada budak tu teruk lagi drpa nur

SMS 2 : Mcmnie, afiq melawak dgn fadli kwn abg zaid. Dia sja jer tolak fazli….pastu Fazli nak terjatuh fazli terus pegang besi… fadli geram fadli terus tolak afq sofian…dan afiq jatuh tergolek kat tangga. tulang belakang dia patah., kaki dia patah dan doctor kata kemungkinan dia kan lumpuh…

ALLAH AKHBAR
Tak sanggup membaca ayt terakhir ini.. Sungguhpun nur salah seorang anak buah saya yg berusia 10 tahun tetapi dia telah di uji kesakitan. Segalanya bermula selepas jatuh dari tangga sekolah tetapi kesannya dirasai dua bulan selepas itu. Nur hanya memaklumkan pada family setelah kesakitan di pinggang dan tulang pinggulnya mengganas di satu malam. Dia juga terpaksa menggunakan wheelchair dan tidur terlentang dgn ketebalan tilam yg minima utk beberapa ketika. Walaupun kini, nur sihat dan boleh berjalan tetapi dia belum boleh wuduk dengan normal, pergerakkannya terbatas dan terpaksa menjalani fisio setiap minggu. Kata nur dia belum mmpu mengangkat kakinya dalam paras 90 darjah, pergi dan pulangnya dari sekolah di jemput ibu dari kereta ke tempat duduk di kelasnya. Saya ada memaklumkan kapada CL (pemilik pengalaman di kota mekah) agar mndoakan anak saudara saya ini di HM. Terus doakan nur…terimakasih CL : rakan PDKM

Dah hampir 5 bulan berlalu dan kini panggilan manja nur menggantikan nama syuhada sebelum ini. Walaupun ini sekadar cadangan saya pada mulanya kerana saya kuatir namanya akan mempertaruhkan nur dengan kehidupannya. Memadai memanggil nama pangkalnya dan kini dia juga menyukainya. Di sekolah, kelasnya ditempatkan di tingkat bawah dan pihak sekolah turut memberi sokongan dan prihatin kepada nur dan membenarnya menggunakan kemudahan orang istimewa. Bagi pihak family saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada sekolah di Spg Ampat Tasek, Seberang Prai Selatan

Kini bila kisah yg sama hampir berulang, rupanya nur menjadi manusia yng bersyukur, betapa dia teruk, rupanya sahabat mereka lagi teruk. Dari Hospital kulim kini afiq di rawat di hospital seberang perai. Muga afiq tak berdendam dengn fazli, kerana segalanya di luar dari jangkauan kita. Sifat anak2 memang begini, jika bergaduh pun tidak lama dan perkenalan mereka bermula degn pergaduhan. Simpati juga pada afiq, rupa2nya seorg anak yatim dan dipelihara oleh ibu angkat hanya di ketahui selepas kejadian ini. Inilah antara hikmah disebalik kejadian dan bukanlah masa menyalahkan sesapa atau takdir.

Hari ini baik afiq dan ibunya atau nur dan familynya terpaksa bersedia menerima ujian ini. Janji ALLAH itu benar, hanya yang berkemampuan diberi ujian yg setimpal dgnnya.  "Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” Yang menciptakan semua syaraf kita adalah Allah dan Allah tahu rasa sakit yang kita pikul kerana dia yang menciptakan sakit. Kita perlulah mmberikan sokongan dan saya mgg akan terus berbicara dengan nur sebaiknya kerana darinya saya akan cuba memahami perasaannya kerana saya tahu dia pasti idamkan masa lampau.

Setiap sakit itu ada hikmahnya, maka evaluasi dan renungkanlah, mungkin kita terlalu sibuk, diberi sakit, sehingga kita boleh beristirahat. Bertafakur seketika, sakit dapat meningkatkan kesedaran kita bahwa kesehatan itu amat berharga. Terima ujian ini ,baik sangka,dan teruskan berdoa.
"Semuga nur cepat sembuh"

Tuesday, March 9, 2010

kasihnya abang

utk mu abgku :  HJ MOHD HANIF bin HJ MANSOR

Rupanya tarikh ulangtahun kelahiran abg saya ialah pada 8 februari. Mgg saya akui kecuaian ini.  Sesuatu yg best tentang abg saya ni pada minggu harijadinya, dia akan call dan kami borak panjang sebb mnggunakan  panggilan percuma celcom . Terimakasih juga kpda celcom meraikan kelahiran seseorang, pencetus perhubungan dan pengikat kasih sayang

Saya amat menghargai kehadiran abang merangkap ketua keluarga saya kini. Walaupn abg ank kedua
tetapi merupakan anak sulung  lelaki dari family kami yg sebelas org. Seorang anak, abg , bapa saudara, suami dan ayah kepada 3 org anak yg berjaya. 

Kini abg turut menjaga emak di kg. Seusai subuh di masjid, pastinya di kunjungi  rumah emak bersama sarapan pagi. Walaupun mak mampu menyediakan sendiri, tetapi pemberian abang tetap diraikan. Kadang mak mnjamah dan kadang2 menjadi rezeki anak2 saudara yg lain selpas pulang sekolah nanti.

Selepas ketiadaan ayah, saya akui abg mat begitu mengambil berat tentang keluarga kami. Semasa adik dan kakak saya menunaikan ibadah haji 2009, abg sering bertanya khabar mereka hampir setiap hari dan info itu akan dikongsikan degn adik2 yang lain juga.  Begitu juga sekiranya saya memandu kereta dlm perjlnan dari/ke KL-Pendang , hampir setiap jam dia akan memantau saya (sebenarnya abg risau keselamatan saya selagi saya belum sampai ke destinasi). Betapa abg mengambil tugas ayah memastikan keselamatan adik2nya. Terimakasih ALLAH.Pesanan buat anak2 saudaraku:  Hargailah kehadiran 'ayah' dan panggillah sepuasnya selagi bersama kita.

Munajat saya pada ya ROBB, berikan rahmat dan kasih sayang yg berterusan buat abg Mat , peliharalah amal ibadatnya dan berikanlah nikmat kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan buatnya. Abang sesungguhnya dirimu amat bermakna  dan ketegasanmu mmbuatkan kami akur dan kasih sayangmu mmbuatkan kami menghormatimu.  Ya ALLAH, ganjarilah pahala atas setiap kebajikan abg dan berkatilah kehidupannya. Betapa saya bahagia mempunyai abg dan saya sayang abg. 

Monday, March 8, 2010

utkmu adam

HAPPy Birthday to
ABDUL RAHMAN ADAM

usianya mencecah 11 tahun merupakan anak saudara saya yg ke 41 dlm hairaki family . Seindah namamu, semuga anakanda saudara saya ini menjadi anak yg bijak, berakhlak mulia, mentaati ALLAH juga ibu ayah. Adam belajar di SRIH-sekolah rendah islam Hidayah dan tinggal di Skudai. Selayaknya Adam juga memiliki ciri sahabat nabi Abd Rahman Auf, ushawan yg mendambakan dirinya utk agama.
Adam anak yg baik dan peramah dan disenangi semua orang. Muga Adam dapat mmbantu ummi dan ayah dan adam anak yg hebat!!!

Sunday, March 7, 2010

semakin sayang


“kau tahu niey, pakchik ni beranak cucupun tak penah tukar pampes….tapi kali ni upanya pak chik kena ganti pamper mak chik kau”.  Beritahu pak chik man, jiran rumah saya secara jenaka ketika saya menziarahi katil  wad 23, tgkt 5 hospital KL.  Sudah 3 minggu isterinya yakni mak chik Pun, tak berselera makan dan memerlukan drip sbg punca tenaganya. Kakinya pula tak mampu menampung saiz badannya yg agak besar. Sehingga kini pihak hospital belum mengenalpasti sakitnya secara khusus.

Kesetiaan suaminya yg mesra saya kagumi. Hampir setiap waktu beliau setia di sana, hatta bila mak chik memerlukan bantuan ke bilik air pun, pak cik yg dihubunginya. Kesian juga padanya kerana beberapa kali di marahi kerana waktu melawat utk lelaki yg terhad. Nikmatnya berumahtangga bila susah senang bersama dan saling mnghargai. Sesuatu yng hanya dimiliki oleh pasangan ibu ayah ialah mereka sebolehnya mahu berdikari dan tak mahu menyusahkan anak-menantu. 

Saya renungi wajah tua mak chik pun menerusi anak matanya. Mak chik perasan dan mengalihkan pandanganya ke arah lain.  Mungkinkah mak chik menggenggam perasaan sayu berbaur kecewa bila di saat begini, anak2 memberikan komitmen pada keluarga masing-masing berbanding dirinya. Saya bertanya pada diri sendiri….andainya yang sakit itu ibuku….dimana diriku di saat ni..
Ya ALLAH berilah nikmat kesihatan kepada emakku, ampunilah dosanya, sempurnakanlah amal ibadahnya dan himpunkan rahmat kasih sayang kami kepada emak yng dahagakan belaian kasih dan bisikan rindu. Kesian mak setelah 63 tahun hidup setia bersama ayah, kini yg tinggal hnya cerita dan warna kenangan..Kalau saya rindui ayah..pasinya emak lebih2 lagi..  Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani kami dan mmbesarkan kami….

Melihat dan  mengunjungi hospital, mmbawa keinsafan buat diri seketika. Betapa nikmatnya harga sihat berbanding dengan penghuni rumah sakit. Kebetulan kunjungan saya disambut dgn kematian seorang  mak cik yang berada di ruang yg sama. Saya memerhati lagi, betapa sabarnya anak2 allahyarhamah merenung , membelai2dan mengucup dahi aruah tanpa ada yg menangis. Terharunya saya, betapa mereka dibekalkan dengan sifat sabar dikala mengadap org yg pergi tak kembali.

Bersebelahan katil mak chik, jururawat sedang mmbersih dan mmbalut bekas potongan pesakit kencing manis. Masya ALLAH betapa pesakit ini  bersabar atas penanggungannya yg melebihi 14 tahun. Kedua kakinya telah dikembalikan kepada empunya hingga paras lutut.  Gerak hati ingin bersalam namun terasa ngeri bila melihat kuku2nya kehitaman.  Betapa dia diuji namun masih tega utk berubat dan bersemangat utk hidup. Redzalah duhai mak chik, hari ini ujianmu adalah utk meringankan bebananmu disana..

Seorang adik yg mundar mandir tpi berwajah ceria tetapi obesity pula mengalami asma. Walaupun  dia masih muda berbanding susuk tubuhnya namun telah mengidapi kesakitan itu. Bersebelahnya katilnya baru saja dihuni seorng wanita india yg juga mnderita kencing manis.  Dia melucutkan headsetnya dan melayan ‘untie’ tu. Semasa doctor membuat kaji selidik pada patient tersebut, doctor memaklumkan pada adik itu juga, di kaki untie nie sudah ada ulat. Ohhh berkerut dahi saya dan kami tertentang mata…Ohhh siapalah saya utk berkerut dahi bgini…astafirullahal azim.

Di ruang yg sama juga, terlentang seorng wanita yg seusia arwah ayah anggaran saya. Wajah tuanya nmpak bersinar walaupn tangannya didrib. Seorang lelaki melayannya dengan bermain2 tasbih yg merantai tangan mak cik ini. Dalam diam, jarinya menggerakan tasbih dan pastinya hatinya turut berzikir. Sesekali lelaki itu mengucup dan membisikan sesuatu di teling ibu ini. Di katilnya juga ada beberapa ank cucunya mengelilinginya… Berbahagialah ibu ini, org2 tersayang menemani dan mengingatkannya pada ALLAH. Bersediakah saya berpindah ke alam lain andainya yang terbaring adalah diriku..

Tafakur saya tentang diri, apakala kesakitan menjengah diriku, siapakah yang setia menemaniku. Diriku hanya musafir kehidupan…wajarkah daku membuat tempahan dan wasiat supaya segala rawatan terhadap diriku hanya di Kedah. Di sini bukan untuk saya dan saya tak mampu … Ohh betapa daku berfikir diluar jangkauan..saya menarik nafas dalam2- menghembus dalam kiraan 10,17, 20 menerusi hidung…Memerhati kaki, tanganku….hari ini saya memiliki anggota ini tetapi adakah saya menggunakannya sebaiknya. Apakah kesaksian anggota ini dihadapan ALLAH …Ya ALLAH leraikan kekusutan hatiku dan gantikan dengan ringan utk berbuat kebajikan. Berilah petunjuk dan hidayah berterusan semua penghuni dunia ini.  Syukur betapa rahmatnya nikmat sihat, bebas menyedut udara segar dan mampu bergerak ke sana kemari.

Semuga ALLAH memberi dunia baru buat penghuni HKL yg saya lawati. Sembuhilah mereka yg sedang menderita kesakitan terpaksa, berjauhan dgn tersayang, dan memerlukan pengorbanan semua.  Bekalkan kesabaran dan kekalkan keimanan mereka.  Hargailah yg dimiliki hari ini kerana belum tentu ia kekal milik kita selamanya. Doakan kebaikan buat semua..

Bersabarlah mak chik Pun jiranku,
ALLAH tahu tahap kemampuanmu
Semuga dirimu sembuh dan dapat masakkan asam pedas Melaka lagi.
Masakan mak chik mgg best dan terimakasih kerana menjadi mata2 ku..
Betapa mak chik akan tercari2 ku andai lampu rumahku tak bercahaya
Prihatinnya mereka terhadapku.
Terimakasih ALLAH



Dicampak ke laut menjadi pulau

Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lain la kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas 'perletakan jawatan' beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila.

sumber : Harakahdaily.net

Komen: saya mengenali Ir Ahmad Jais menerusi slot usrahrasahati.Segmen yg berjaya mngetuk pintu hati dan mngenali diri sendiri. Berkesmpatan menemuinya semasa perjumpaan usrahrasahati bersama ahli2 usrah di IKIM sempena hari terbuka IKIM. Semuga Ir terus mnjadi jurutera pembikin ummah dan mmperolehi rezki berterusan. Org berjuang harus sabar dan bersedia diuji untuk ditingkatkan tahap keimanannya. amin

Wednesday, March 3, 2010

Kiamat dah Dekat ?

Teringat seorang ustaz dlm satu kuliah maghribnya berbicara tentang Jumaat penghulu segala hari juga disebalik cuti bersambung dgn 3 hari kebesaran ummat..Jumaat paling mulia untuk ummat islam, yahudi memuliakan hari sabtu dan kristian mengbanggakan ahad hari sbg hari kebesaran mereka.
Apakah ini petanda kiamat...samalah berfikir dan zikir

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavvali "hari Jumaat"
(1.1.2010) Gerhana bulan hari jumaat


Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

Tuesday, March 2, 2010

Tiga sifat TAQWA seorang mukmin:,
1) Bagus tawakalnya pada apa yng tidak dicapainya
2) Tinggi redaznya pada apa yg dicapainya
3) Banyak sabarnya pada apa yng hilang daripadanya.

Monday, March 1, 2010

Al Fatihah buat Blog Ku Utk Semua

Mengembara seketika di blog mama Asha, saya terpanggil untuk mengunjungi blog ini:   
http://hamiza-nky.blogspot.com. KAMARIAH BT MD YUSOF (HAMIZA-Nama panggilan ).. kini pemiliknya telah dijemput mengadap ALLAH. Dikategorikan di usia yg masih muda dan mula menulis blog pada july 2009. Catatan peninggalan almarhumah adalah catatan informatif dan motivasi. Sungghpun  tak mngenalinya semasa hayatnya ada namun bukanlah penghalang utk kita bertemu dalam damensi yang berbeza.

Khamis, jumaat dan sabtu(4-6/2/2010) adalah waktu cemas buat almarhumah utk bertarung dengan kesakitan.  Penderitaan yng ditanggungnya selama ini mungkin tak sama dengan 3 hari yg kemuncak ini. Inikah petanda sakit itu ??? Apakah kita masih alpa dengan signal kematian di kala kesakitan... Termenung seketika, ada kematian mengejut dan ada kematian secara perlahan...Namun destinasinya tetap sama...

Saya berharap anda semua dapat memaafkan Arwah sekiranya terlanjur kata dan sebagainya. Semuga dapat dimanfaatkan artikel-artikel yang telah dipostkan oleh beliau sebelum ini. Semoga segala yang baik  dipanjang-panjangkan ,mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran kepada Arwah  Semuga ditempatkan almarhumah bersama dgn 0rg2 yang beriman. Aminn..( petikan asal yg diedit )

 Ayuhlah kita koreksi diri sendiri, sejauh mana kita bersedia menghadapi andai kematian mnjemput kita. Salam bersahut malaikat yg mematahkan tulang2 bermula dari hujung kaki kita...adalah kita sedar???? Hanya keimanan dan ketaqwaan meredakan kesakitan tersebut. Bersediakah kita menghadapi detik2 terakhir seorang sahabat yang kita kunjungi...segalanya perlu kita fikir2kan...semuga kita tak menyesali.
Perbanyaklah mengingat kematian.
Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian. (HR. Ad-Dailami)

UNTUK RENUNGAN & JOM AMAL:
Seorang mayat dalam kuburnya seperti orang tenggelam yang sedang minta pertolongan. Dia menanti-nanti doa ayah, ibu, anak dan kawan yang terpercaya. Apabila doa itu sampai kepadanya baginya lebih disukai dari dunia berikut segala isinya. Dan sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla menyampaikan doa penghuni dunia untuk ahli kubur sebesar gunung-gunung. Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka. (HR. Ad-Dailami)

"hadiahkan hari ini utk 'mereka' kerana esok kita juga seperti 'mereka'"
AL FATIHAH buat almarhumah Hamiza

kembalikan dunia anak kecil itu


Menatapi menu berita sejak akhir2 ini, diri begitu sebak….

Hari ini anakanda Safiyah Humaira mnjadi mangsa keganasan dari seorang lelaki  yang sepatutnya melindunginya…Al fatihah buat si anak kecil berusia 3 tahun yng sebaya dengan anak2 saudaraku. Tempatmu nak safy, adalah jannati tetapi belum tentu pembunuhmu akan selamat di dunia dan akhirat.
   
Entah di mana peri kemanusiaan kini. Membantu memudahkan tugas Izrail yg mengambil nyawa bayi dan anak2 yg tak berdosa. Jika kita mengandaikan zaman jahiliyah dulu, anak2 lelaki di tanam hidup2 supaya lenyaplah kepahlawanan lelaki sejati dan tak ujud lagi nabi sesudah itu tapi kini bukan sahaja dicabut nyawa bayi tersebut tetapi hendak dihapuskan tanda2 keujudan bayi ini. Manusia telah hilang pertimbangan tanpa perasaan kasih pada ahli2 syurga ini bahkan manusia semakin tamak dengan dunia. Di mana akal dan undang2 menghalalkan cara ini???

Apa yg dapat dinukilkan, benarlah perjanjian ALLAH, setiap nafas dan roh yg dijadikan tak akan disia2kan dan betapa manusia sebaik2 kejadian yg berbekalkan akal dan pemikiran yg sempurna. Tangan2 manusia kotor akan terus membuat onar dan menghapuskan bukti namun ALLAH tetap akan menemukannya hatta tulang yg berserpihan. Kini bayi yg meninggal di panggang namun tak lut dik api yg membara. Inilah hikmah yg ditunjukan ALLAH atas kedurjanaan makhluk bernama manusia. Kita sering menyalahkan haruan memakan anaknya namun secara simboliknya banyak anak–anak manusia juga menjadi habuan muhramnya hatta bapa juga sanggup membuntingkan anak sendiri. Nauzubillah…Cukuplah!!.

Cukuplah penderitaan yg di dengar, di hadapi dan dideritai oleh mangsa keadaan. Walaupun rintihan itu tak bermakna lagi, hidup mesti diteruskan tetapi tekanan perasaan pasti menghantui kehidupannya. Wajarlah kita ambil peduli persekitaraan kita.. Kita juga bertanggungjwab atas apa yg telah berlaku.

Lihatlah institusi kekeluargaan masing-masing. Sejauh mana pendekatan agama diamalkan dan ibu bapa memberikan perhatian kepada anak-anak. Kesibukan dan keselesaan bukanlah alasan menjahanamkan tanggungjawab ini. Andai di’flashback’ sebagaimana kita yg semakin dewasa sekarang dibesarkan dengan asas keibubapaan yg di banggakan satu ketika dulu. Sebagai ayah khususnya perlulah meletakan dirinya sebagai manusia perkasa yg boleh dibanggakan, penyayang dan role model bgi keluarganya. Usah memberi ruang “lopong” itu di isi oleh teman lelaki kepada anak-anak perempuan kita. Begitu juga ibu  perlulah mendekati anak2 lelaki supaya anak2 ini meletakan kecintaan yg utuh kepada ibu sebagai ikon mereka. Saya percaya keruntuhan moral remaja wanita sekarang khususnya apabila mereka lebih mempercayai, mengasihani bahkan sanggup meyerahkan diri sebagai membuktikan kasih kepada seseorang lelaki. Oleh itu ibu-ibu, bapa-bapa tolonglah melihat kembali sejauhmana memainkan peranan dalam kekeluargaan. Alangkah ruginya andai generasi kelak membebankan urusan akhirat kalian. 

Di samping itu fahami persekitaran dan peka dengan kejiranan. Lihat2lah jiran kita mungkin antara mereka sedang ,mengalami kekusutan dalam hidup dan bantulah seadanya dan janganlah menyorokkan kedurjanaan mereka. Hari ini mungkin utk kita tapi besok belum tentu milik generasi kita.

Selain itu sama2lah kita mendoakan semuga lubang kemaksiatan yg menjadi tanggungjwab pihak tertentu di kecilkan dan akhirnya di tiadakan. Kita tak mampu mngubah keadaaan tetapi yakinlah dengan bantuan ALLAH dan harapan berterusan doa kita pasti dikabulkan dan keselamatan sejagat terjamin. Buat generasi ku, walaupun  kini kita telah merdeka, namun pemikiran kita masih  dijajah dan  kita masih dihantui ketakutan di bumi sendiri. Perhebatkan doa keselamatan dan persiapkan diri dengan pertahanan fizikal kerana kehidupan hari ini penuh kewaspadaan dan pelarian. 

Ya ALLAh sempitkanlah laluan maksiat dan luaskanlah pintu rahmat hidayat dan keselamatan dan peliharalah daku, keturunanku dan semua muslim/mat dengan syurgamu. Gerakan hati2 kami mentaati, memuliakan quran dan sunnahmu dan memelihara akhlak mulia. Bahagia dan rahmatilah berterusan rahmat inayah buat kedua ibu bapa kami dan pertemukanlah kami di jannahmu.

Banyaknya maksiat yg dilakukan
Balakan turun sebagai siksaan
Angin nan merah Allah ditiupkan
Gempa yg dasyat bakal menggegarkan.
Takutilah saudaraku cepat insafi diri
Sebelum TAUBAT tak bermakna lagi