Sunday, February 28, 2010

12 Rabiul Awal

Yaa..Rasulullah
kau bawa khabar berita kepada kami
Tunjuki Jalan Cinta padaNya
Kau bawa Risalah Tuhan Semesta Alam
menyirami Hati dan Jiwa kami
Menerangi jalan hidup kami
Menerobos Rahsia Cinta Allah
Yaa..Rasulullah
Kau beri kami Cinta penuh makna dan erti
Kau akhiri  ucap selamat
Umati..Umati..Umati…
Begitu Indah
Di sini kami
Melantunkan segala puja dan puji
Kepada kau Yaa..Rasulullah
Duhai..kekasih Allah
Duhai..Junjungan kami

Buat Junjungan besar ku hadiahkan selawat berterusan, juga ucap selamat menyambut  ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW bersamaan 12 rabiulawal tahun gajah bersamaan juga tarikh pemergianmu..YA RASULLULLAH seseungguhnya dirimu adalah semulia2 manusia.

mudah-mudahan akan bertambah kukuh cinta dan sayang kita kpda rasulullah dn semuga penghayatan sunnhnya akan bertambah dlm hidup kita sehari2 agar mmperolehi syafaatnya di hari akhirat kelak.
JOM SELAWAT : SALAM MAULIDUL RASUL

26 february 2010

Thursday, February 25, 2010

home sweet home


Hari ini 8 bulan  14 hari, ayah telah dijemput ilahi.
 
Setiap kali pulang kampung, destinasi yg mesti saya ziarahi adalah makam ayah...kebetulan balik tempuhari pusara ayah segar dengan dedaun segar yg turut berzikir buat ayah hendaknya. 
                                                                                              
Syukurlah  anak2 ayah yang lain juga masih mengunjungi dan membacakan yasin dan doa buat almarhum 
ayah di pusara ini. Semuga amalan ini dapat diteruskan sebagai tanggungjawp kita sebagai anak betapa sebahagian dari kita.

sempena maulidur rasul juga saya terpanggil untuk mengunjungi pusara ayah lagi..semuga saya dapat memohon kemaafan dari mak dan mendoakan ayah di pusaranya..
Tenang dan damailah wahai penghuni kubur..  Kelak saya juga akan enjadi sebahagian dari kalian..






Hadiah misteri MDM 2010




adalah saya dengan segala hormatnya ingin mengumumkan para followers bertuah bagi
Cabutan Bertuah MDM 2010

tengok sekali lagi??
biar betui ni..saya kah antara yg tercatat sebagai bertuah dan penerima misteri itu????...
Ohh angka 77 tetiba mmberi erti buat saya utk thun ni...

TERIMA KASIH mama AsHa dan anak2 atas contest ni..Mama nie mgg hebat dan bijak sungguh mengendalikan cabutan bertuah utk menghiburkan anak2..bertuahnya anak2nya dgn kejutan harilahir mreka.
Pos laju telah hinggap di rumah dan meninggalkan notis...sila ambil  barang di serahan kaunter poslaju cheras...ohh penuh suspend juga ingatkan surat saman. Syukur..rupanya hadiah misteri..... Maklumkah saya tak menjangkakan asHa akan mengepos secepat mungkin... Tabik mama Asha...bersusah payah menyediakan hadiah nie..

YESSS !!!hadiah itu telah berpindah tangan..kini dah milik saya..hmm nak cakap ke apa hadiahnya?? yang pasti ianya misteri, tahan lama, cantik, dan boleh di simpan jika sayang, boleh diguna selalu dan menjadi sebahagian daripda keperluan. Saya amat mnghargainya..jazakillahukhoirun

TERIMA KASIH daun keladi
kalau boleh buatlah contest lagi

Pat2 siku lipat.,sapa cepat dia dapat......

Tuesday, February 23, 2010

sesejuk aircond...

Ini fakta bukan auta..

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

sama-samalah kita ingat mengingati..yang baik jadikan panduan... 


Fifi dah SETAHUN

happy birthday to FIFI NATASHA BT IKHWAN IDRIS
pada hari ini setahun yg lalu..ffi dilahirkan di hospital Selayang..

ALHAMDULILAH  cucu saudara saya in merupakan anak ke 2 dari 2 beradik. Seperti kakaknya ,Najwa...rupa dan karektor tak jauh beza, sekali pandang macm kacukan cina, dua kali mcm korea, tiga kali mcm mama dan bapanya...Inilah anugerah dan amanah ALLAH buat anak saudara saya. Semuga sempurnalah tnggungjawab ini dan lakukan dengn penuh kasih sayang dan mencintai ALLAH dan rasulnya.

Semuga FiFi sihat dan menjadi anak solehah satu hari nanti,, Selamat mendidik bunga2 syurga ini mencontohi sunnah dan berilah makanan dari sumber yg halal lagi berkat. Semuga generasi ini adalah generasi yg mantap dan teguh IMANnya..Amin 
Tok Chu sayanggg adik FIFI (maaf foto fifi tak de dengn  tok chu..ni foto kak long wawa :)

Rahmatnya berjiran

Suatu hari, washine machine semi auto saya buat hal. Dalam kekalutan kehidupan, mesin ini banyak membantu memudahkan rutin harian. Usianya melampaui 15 tahun namun kudratnya utuh dan tak pernah mengeluh. Inilah bezanya teknologi dulu dan sekarang yang lebih mementingkan pakai buang. Macam lagu Stacy jer bunyinya…lagu yg pernah memasuki peringkat akhir juara lgu 2oo9.Ttapi itulah hakikatnya…zaman sekarang zaman pakai buang yang menyumbang kpada penipisan lapisan ozon..

Tanpa diduga, washine machine ini tak boleh memutar utk membasuh tetapi hanya boleh untuk mengeringkannya. Saya terpaksa study wiringnya memandangkan ini adalah alat yg lama dan lazimnya tidak sukar utk mencari punca masalah. Membuka, memerhati dan mengesan bau hangit adalah skill yg perlu untuk membaik pulih sesuatu peralatan elektronik. Ini adalah rentetan ilmu yng pernah dipelajari satu ketika dulu. kESIMPULannya, saya mengandaikan kapasitor utk rotate motor bermasalah dan getahnya tidak anjal lagi (loose). Ia memerlukan alat ganti dan kepastian dari seseorng mekanik amat diperlukan.

Memandangkan jiran saya adalah orang yg paling baik dan sentiasa membantu, saya memaklumkan masalah yg dihadapi. Sekiranya boleh dicarikan mekanik utk membaikinya di hujung minggu, sementara saya juga akan mencarinya menerusi iklan nanti.

Dalam masa 24 jam sahaja, tuah ayam nampak dikaki, tuah saya alat dibaiki. Rupa2nya jiran saya telah meminta seorang sahabatnya membaiki semasa ketiadaan saya di rumah dan seperti dijangka dua alat tersebut telah digantikan. ALHAMDULILLAH..terima kasih ALLAH dan saya bersujud panjang di penghujung solat maghrib tanda mensyukuri pertolongan ALLAH ini menerusi jiran yng baik ini. Alangkah indahnya semangat kejiranan ini dan dimana mungkin kan temui lagi jiran yg boleh dipercayai dan sering memerhati rumah dan kehidupan saya ini.

Saya hanya mampu membalas dengan berbuat baik terhadap mereka sekeluarga dan menganggap mereka sebahagian dari keluarga saya juga. Di perantauan kita tak memiliki emak dan ayah tatapi kita hanya mempunyai amanah yg wajar ditunaikan. Namun sempurnakah hak kejiranan sayai…???

Terimakasih Tn Hj Kassim dan Hjh Sabariah. Inilah jiran saya yang amat baik dan sering memastikan saya sihat, selamat dan aman. ALHAMDULILLAH

Sunday, February 21, 2010

tika cinta berbunga syurga

Lokasi : Masjid KLCC
Tika cinta berbunga syurga

KOnsep kecintaan mendadak atau lahir secara semulajadi adalah kecintaan kepada ibu bapa. Inilah yg ada pada setiap individu kerana sejak dari kecil hingga meningkat dewasa kita diasuh, didedahkan dengan nilai dan kasih sayang ibu bapa. Namun ada lagi kecintaan yg perlu di pupuk, diterap dan diamalkan dalam kehidupan setiap individu..

Satu tika dulu nasyid yg sering bermain di bibir anak2 kita ..satu2 saya sayang ALLAH, dua2 sayang rusulullah, tiga empat syg ibu ayah…sayang semuanya…. Inilah proses awal yg perlu dipupuk dgn meletakkan kecintaan kepada ALLAH, kepada Rasulullah, kecintaan kepada Ahli Bait juga kecintaan membaca Al Quran dalam membangkitkan syg dan kasih yg berterusan.

Menghadiri talkshow nisa WP kali ini dengan tajuk yg sensasi: tika cinta berbunga syurga mengajak diri saya bermuhasabah. Mencintai dan dicintai adalah dua tautan perasaan yg perlu konsistan kerana apabila mencintai rasullulah akan berputiklah bunga2 syurga yg menghiasi taman kelak. Saya merenung jauh kapada slaid show tentang kehidupan rasullullah…menatapi masjid NABAWI, di bwh kubah hijau itulah seorang manusia mulia bersemadi walaupun beribu tahun namun baginda sentiasa hidup dlm jiwa kita…melihat kepada kesederhanaan khidupannya menerusi paparan jubah, serban, tempat kelahiran, janggut,pedang serta beberapa lagi peninggalan rasullullh Hati sayu dan berguguran juga air mata ini. Betapa saya merindui kekasih ALLAH itu tetapi saya belum diberi kesempatan menziarahinya lagi….semuga masih ade kesempatan sebelum mata ini tertutup rapat.

Kupasan ustaz Fauzi Mustaffa, merangkap penceramah undangan @motivator tersohor al kuliyyah amat bernilai dikongsikan. Pabila lahirnya perasaan kasih dan cinta nabi sewajarnya kita mencontohi dan mngamalkan sunnah2nya.
Kini sejauh manakah hOk nabi suruh kita buat???
Apakah kita turut memerangi org yg menghina Nabi Muhammad??
Apakah kita mempelajari dan memelihara hadis??
Sejauhmanakah kita mengenali nabi dan mengetahui sirahnya.???

Cinta berbunga Syurga-Cinta kepada Rasullullah, cinta akan berada bersama dengannya di syurga …marilah kita merenung diri, bermuhasabah dan membuat seberapa banyak soalan tentang rasullullah dan mukjizatnya dan mencari jawpan disebalik jawapan tersebut.

Usahlah bertekak lagi tentang perarakan kerana ia bukan dari perbuatan yg menjadi sunnah nabi tetapi ambillah iktibar akan perjuangan nabi, sahabat dalam dakwah dan kehidupan nya.

Sekalung tahniah buat nisa WP dengan agenda dakwah dan ilmiah yg berjaya mengumpulkan anggaran saya 200 peserta yg menghadirinya. Sessi ilmiah yg berkonsepkan santai dan semuga majlis ilmu ini akan berterusan dari masa ke semasa.

makna kekasih?

………
sekuntum mawar
di tatap di cium
indahnya pertemuan
indahnya sayang
indahnye kecintaan
indahnya kekasih hati

Namun pabila hati terluka
Jiwa parah merantai naluri,
Harummu menyesakkan nafas
Mawar berduri kini melukai

Nasib mu mawar
Tak empunya makna lagi
Terbuang jua tak dihargai
Apakah layak tempatmu kini.

Lokasi kejadian/penemuan kes: CaSaRiana BJ

Monday, February 15, 2010

renungilah diri

Pilihlah islam sbg cara hdup ..
Pandanglah dgn kaca mata cinta dan optimis.
Sapalah pagi dgn ceria.
Jemputlah mlm dengn tenang
Teguklah air yg segar, hiruplah udara dgn nyaman. Ciumlah setanggi pagi dan bersyukurlah. , sujudlah…istifarlaa….
Renungilah mata hati dan lengkapkanlah manual hadis dan quran utk membantu kita ke pintu syurga….

Thursday, February 11, 2010

Doa untuk SahabatkU…

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu . . .
Ya Ilahi . . .
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu. . .
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kelak..
Amin


p/s:terima kasih kak Qasih@ nora

Wednesday, February 10, 2010

terimakasih teman

Apa yg  dikatakan "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi budi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, pandangan,sokongan dan lain2 amalan baik. Membalas budi pula tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama. Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. .

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.”-

Jom balas kebaikan dgn berdoa

Tuesday, February 9, 2010

utkmu Saiful

9 FEBUARI...Selamat ulngtahun kelahiran buat Saiful. Anak saudaraku yg masih diambang remaja dan sedang diremajakan oleh persekitaran.Semuga keremajaan yg ditempuhi membolehkan mu menjaring masa, memukat ilmu dan menunaikan tugas sebagai anak sulung yg diteladani.

Ucapan juga telah saya layangkan, bersama doa dan harapan semuga abg ful, selamat, sihat, berkat hidup dapat membahagiakan family  kerana tanpa mereka siapalah kita dan hargailah setiap saat bersma family kerana kini mereka bersama tapi tidah untuk selama-lamanya.


Cu sekadar mengulangi harapan dan janji di Kota Mekah tmpuhari, abg Ful akan mentaati perintah ALLAH dan akan meninggalkan rokok. Semuga harpan dan cita-cita ini terus mekar dan terlaksana .
Selamat Menyambut ulngtahunmu nak, dan
Hargailah setiap helaan nafasmu nak

Sunday, February 7, 2010

masih adakah waktu

masih ada janji yg tak tertunai
masih ade dosa yg tak terampun

masih adakah waktu
untuk ku ulangi taubat nasuhaku
masih adakah waktu untukku melunaskan janji semalam

impianku mencipta bahagia  
buat mereka 
doa dititip..
Kembalikan nikmat sihat buat bonda tercintaku
Kembalikan nikmat sihat buat shuhaida
Kesembuhan jua buat ku 
Bekalkan keteguhan Masyitah buat nurulhusna
Keterbatasan waktu di kala ini
Mampukah ditemui mahligai bahagia itu

masih adakah waktu
untuk ku ???

catatan untuk adik Abbas

7 FEB....Selamat ulngtahun kelahiran dik bas.
Hrgailah setiap nafas yg dihembus dan yg mendoaknmu.  Anak adalah lambang kasih sayang dan anak adalah permata berharga buat ayah  ummi.  Hargailah pengorbanan mereka dan nilaikan sejauh mana mereka memperuntukan masa, wang, keringat dan kasih yg tak pernah bertebing

Di usia remaja ini berilah peruntukan yg sewajarnya antara KAWAN, TEMAN, SAHABAT dan SAUDARA. Rakan akan melambai tinggalkan kita bila misi telah selesai tetapi yg akan mendoa, menitip kasih sementalah memandikan mayat, mengiringi ke lahad adalah tangan2 yang sama menyambutmu di usia sebesar telapak tangan ini.. Berilah keseimbangan akal dan hargailah setiap hitungan umur yg menjengahmu.

Ucapkan syukur dalam sujudmu kerana memiliki ayah, ummi dan keluarga walaupun berjauhan kini. Tunjukilah sifat dan keperibadian muslim yg telah diterap selama ini kerana dirimu bukan sebarangan..lulusan al hidayah juga idrisiah.  


Selamat ulang tahun dik bas dan jika semalam satu kecuaian, masih ade hari ini untuk keampunan dan kembalilah kepada kenyataan.. Kejayaan sebenar adalah bila membahagiakan org2 yg kita sanjungi dan sayangi. Family adalah segala2nya...
Semuga anakanda saudaraku ini sihat, selamat dan berjaya dunia&akhirat.

bas Maut

Foto ini saya rakamkan awal pagi sementara menanti siang membuka lembarannya. Pemandangan ini lazimnya di temui di ibukota(Puduraya) dan menjadi trend masa kini bas dua tingkat digunakan sebagai pengangkutan jarak jauh.
Ada juga bas dua tingkat yg hanya memuatkan beg di tingkat bawahnya manakala penumpang berada di tingkat atas sahaja. Tetapi tidak kurang juga yg menggunakan kedua2 tingkat utk menampung kapasiti penumpang semasanya.

Saya mengakui merasai gah ketika menaiki bas dua tingkat ini buat pertama kalinya dan saya tak pernah berangan-angan berada di tingkat bawah. Mungkin sekadar memikirkan pemandangannya dan keselesaannya seperti berada di bas setingkat sahaja. Namun yg saya dapat gambarkan, situasi bas dua tingkat ini tidak sama sekali sama seperti yg pernah saya naiki dari Berlin ke Hamburg. Mungkin faktor bentuk mukabumi dan pengaruh cuaca mempengaruhi ciri-ciri keselamatannya. Sensor akan mengenal pasti penumpang yang tak mengenakan talipinggang keselamatan selain kerusinya menggunakan teknologi hikrolik yg memberi keselesaan kpda penumpang

Namun saya tetap mengkagumi kerana bas dua tingkat ini telah melata di negara saya kini. Namun yg perlu diambil kira ialah faktor pemanduan berhemah. Ada dikalangan pemandu yang suka merokok dan tidak kurang juga yg memandu dgn laju. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri namun pemerhatian dari pihak syarikat kenderaan dari masa ke semasa perlulah diambil kira.

Namun begitu, pengalaman berada di tingkat bawah bas Pancaran Matahari tetap menjadi kenangan terindah saya. Saya yg sepatutnya turun di Hentian Shahab Perdana A/S telah dibuai keselesaan sehingga ke stesen bas Tanah Merah Jitra. Mujurlah saya tak panik dgn kecuaian yg tak sepatutnya berlaku. Segalanya kerana, berada di tingkat bawah laksana berada di bilik hotel, suasana lampu yg dim dan mata tak dapat memerhati jln raya lantaran paras cerminnya lebih tinggi dari paras kepala. Oleh itu melayan mimpi adalah cara terbaik sementara menanti tiba ke destinasi. Indahnya kenangan itu….

Atas pandangan inilah, saya sentiasa memberi sokongan kepada bas dua tingkat terutamanya SANI yg menjadi sasaran baru2 ni. Walaupun menjejaki kemalangan dan kematian adalah dua perkara takdir yg menjadi milik ALLAH, namun kita wajar melihatnya secara hikmah. Apakah kekurangan yg perlu diambil perhatian utk meningkatkan ciri2 keselamatan penumpang terutamanya di tingkat bawah. Apakah sekadar menahan permit atau menghukum pemandu bas, masalah ini tak kan berulang?? Jgn kita menuding jari yg satu sedangkan empat lagi menghadap ke diri sendiri juga.

Oleh itu, andainya dapat terapkanlah ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan pemanduan seperti yg diamalkan oleh bas Mara Liner di mana memulai perjlann dgn berdoa naik kenderaan. Selain mengaminkan doa, penumpang merasai pemandu ini boleh menjadi imam dan pemimpin dalam bas tersebut. Yang baik kita kongsikan dan hebahkan semuga keselamatan dan keselesaan menjadi cirri utama kenderaan awam kita.

Thursday, February 4, 2010

nota buat sahabat

jika seorang sahabat melukai kita , 
tulislah di pasir agar angin maaf berhembus & menghapuskan tulisan itu. 
Dan bila dia berbuat kebaikan, pahatlah di atas batu hati agar tidak hilang.

Notakaki: Terimakasih gee@ alang KUIM

Wednesday, February 3, 2010

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :



"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Monday, February 1, 2010

Cabutan bertuah MDM 2010

Mcm-macam cara dilakukan utk meraikan hari istimewa buat org tersayang. Sesekali teruja juga dgn cara dan teknik yg terkadang tak dijangkakan dik akal. Seperti mama aSHa yang membuka gelanggang Cabutan Bertuah MDM 2010 sempena menyambut ulangtahun kelahiran dua permata hatinya. kepada followernya.  Ohh gembiranya hati anak bila ada " suprise ". Siapa sangkakan ada mama  yg kreatif dan berinovasi seperti ini.

 Jadi kepada semua pembaca yang  budiman, ayuh kita meriahkan suasana laman aSHa.. Syarat penyertaannya mudah dan dapat ditatapi di lamannya. Hanya klik di link, dan ayuh kita jalin ukhuwah disamping memberi sokongan atas penyertaan terbuka ini. Mungkin juga anda diantara pemenang bertuah itu. SYABAS

Selamat Mencuba