Thursday, December 31, 2009

khabar dari chini

pagi ni saya dikejutkan dgn berita dri Chini....
Sepeninggalan abg dan kakak ke Mekah, jirannya merupakan insan yg telah mengambil alih tugas menjengok2 rumah, menghidupkan enjin kereta yang tak bergerak dan menyalakan lampu di malam hari.  Semangat kejiranan kini semakin lumpuh di kota kerana arus kesibukan dan hilangnya kepercayaan sesama manusia. Namun masih ada yg mengekalkannya dan inilah yang perlu di contohi.

Dipendekkan cerita, hnya beberapa hari saja lagi, kakak dan abg akan meninggalkan kota madinah, satu peristiwa telah berlaku di rumahnya. Walaupun tidaklah gempak tetapi memadailah di kongsikan kerana kejadian kecurian , pecah rumah dan rompakan adalah fenomena biasa dimana-mana. Jerat tak pernah lupakan pelanduk....peribahasa yg menarik di kaitkan.

Pada petang hari tersebut, suami  cHik Dah  telah ke rumah utk menghidupkan enjin kereta, di samping itu dia akan masuk utk melihat2 keadaan dalam rumah. Selepas enjin dihidupkan, dia menggunakan kunci pintu depan dan masuk ke rumah. Secara kebetulan agaknya, dia dapati pintu yang memisahkan dapur dengan ruang tamu terbuka sedangkan  kelazimannya dia terkunci rapat dari bahagian ruang tamu. Mengesyaki sesuatu, beliau terus  ke dapur dan alangkah terperanjat kerana pintu dapur terbuka luas dan sperti di pecah.  Gerak hatinya begitu pantas dan meragui keadaan pintu tandas yg tertutup rapat.( kebetulan ada dua pintu berdekatan degn pintu dapur tersebut iaitu pintu bilik air/mandi dan pintu tandas).

Beliau cuba merapati dan sah pintu telah di kunci didalam. Dia tak berpaling lagi dan terus memaksa dgn ugutan supaya pintu tersebut dan alangkah terperanjatnya dia kerana kedua2 pencuri tersebut adalah org yg dikenali dan anak kepada  pekerja di situ juga. Alhamdulillah segala urusan telah dibawa ke hadapan.

Chik Dah  pun turut meninjau2 perubahan dan mendapati bebrapa tabung duit syiling telah lesap dan ada yg berterabur di lantai. Apa yang saya hargai lagi, beliau terus mencari kamera Olympus myju yang penah menjadi milik saya sebelum ini kerana pada mulanya kamera ini ditinggalkan abg dlam kereta shja. Tetapi setelah tnggungjawab terpikul di bahu mereka, mereka begitu amanah dan teliti menghargai amanat diberikan. Beliau mengambil dan menyimpannya dalam salah satu kotak dan diletakkan dalam almari.  Alangkah pintarnya sang pencuri ini mengeledah barang2 dalam almari dan mengambilnya. Chik Dah mengajak suaminya ke rumah sang pencuri ini dan memaksa mereka memulangkannya. Pada mulanya sang pencuri ini tak mengakui dan selepas chik dah menggunakan pelbagai ayat dan ugutan mungkin, mereka menyerahkan semula barangan tersebut. Memang chik Dah dan suami bijak !!! Langkah mereka yang tak memaklumkan kepada abg kakak juga wajar di puji kerana ia memberi ketenangan pada mereka beribadat. 

Berbalik kepada cerita kakak dan abg saya sekeluarga pula.
Selepas 4 hari di raikan kepulangannya di Pendang Kedah, abg mendapat panggilan pertukaran bertugas di Temerluh pula.  Percutian yg sepatutnya sehingga hujung minggu terpaksa dipendekan kerana urusan perpindahan rumah dan penyewaan rumah baru perlu di selesaikan sebelum persekolahan bermula. ( rumah yg diduduki sekarang adalah rumah yg disediakan oleh tempat abang bekerja di situ). Pulanglah  haji dan hajah ni bersama 4 anak2nya , shahmi, shahir, shahirah dan si manja nadiah bersama kenangan di kg

Mereka tiba di Chini jam menghampiri 12 mlm selepas bertolak dari Kedah jam 2.30 ptg. Esok paginya Chik Dah datang memaklumkan kejadian yg baru berlaku itu dan barulah kakak dan familynya mengetahuinya.  Memandangkan chik Dah juga tak dapat memastikan apa lagi barang yang lesap dia meminta kakak mengingatinya.  Teringtlah kakak sebiji  VCD player yg sering memutarkan vcd haji sbg rujukan dan panduan hajinya  tempuhari. Rupanya vcd tersebut juga lesap dan di dapati juga sebentuk gelang nadia hilang.

Memang saya akui, kakak dan abg ipar saya ni memang serasi, kedua2 cool dan tenang dan suka tolong orang. Mereka tak akan merayu supaya dipulangkan benda yg diambil secara haram itu dengan si pencuri atau familynya lagi. Memadailah dengan  cara  yg telah chik Dah dan suami lakukan. Kini mereka pasrah atas kehilangan dan mengadu kepada Ilahi supaya si pencuri ini mengakui dan memohon maaf.  Ats nada sedih dan kecewa kerana inikah produk generasi didiknya 11 bulan yg lalu.  Kata kakak, jika mereka menghadapi kesulitan dia sentiasa membantu dan saya juga yakin kerana hidupnya amat mudah. Tak suka menyakiti orang dan cuba sebaiknya memperolehi rezeki secara halal dan suka mengia. Selain itu dia lebih banyak membaca dan buku sebahagian dari kehidupnnya. 


Moral of the story:
Semangat kejiranan perlu ujud dlam setiap komuniti masyarakat. Jiran merupakan keluarga terdekat dan perlulah kita bertanye pada diri, sejauhmana kita menghargai jiran di depan, sebelah, di ats atau di bawah rumah kita. Bermula dari diri kita sendiri menilai jiran, begitu jugalah mereka menilai kita. Wajarlah kita menghormati dan menunaikan hak2 berjiran sepanjang hayat kita. Tahniah dan sekalung penghargaan buat chik dah dan familynya. SemuGa ALLAH memberikan ganjaran pahala buatnya.

Bila niat yang baik, ALLAH juga bantu. Benarlah perjlan haji itu dengan niat yang tulus mulus kerana ALLAH dan sepanjang perjlan segala nya telah di susunNYA. Semuga ALLAH memberi gantian yg lebih hebat dengan penyucian hati dan harta benda kepada family kakak saya ni.

Model yg direka atas nama "pelajaran" rupanya masih karat tanpa iman. Jika ada iman pastinya tak melakukan kejahatan dan jika ada rasa hormat pastinya guru bukan sasarannya. Kerana hak guru adalah menghalalkan ilmunya dan hak anak murid adalah mendoakannya.  PErlulah di pikir2kan.....Alangkah beruntungnya seorng guru pengukir setia sebuah kejayaan......merekalah juga lilin dan meraka jugalah wira!

Wednesday, December 30, 2009

Ada sesiapa boleh bantu

Kenapa sejak akhir2 ni susah betul nak buka blog saya...keluh dan rintih beberapa kwn dan peminat senyap saya ...Ada juga yg tak dapat mmbuka/baca menerusi handpone.Pagi ni cubalah nak sette sendiri tapi masih sama. Apa yg terpapar di skrin kwan2 saya semasa cuba membuka blog saya ialah:
 
"this error could mean that someone trying to impersonate the site and you shouldnt continue...."

adeke sasapa yg menyamar??? jgn buat mcm tu tak elok, tak baik dan tak ada sebab saya menolak kehadiran teman2 utk berkongsi pandangan idea dan ilmu. Kerana cambahan dan momentum ilmu itu adalah dari perkongsian.  Saya mengalu-alukan panduan utk meyelesaikan masalah semasa ini . Mungkin sya ada tersalah setting atau spam yg perlu dikenalpasti....tolong bantu saya semuga semua sahabat boleh terus melayari blog saya.   Jika ada yg boleh dibaiki saya baiki dan yang penting tolong jujur dan halalkan ilmu yg diberikan. Saya amat menghargai pandu arah dalam pelayaran kembara kehidupan di blog ini.
TERIMA KASIH sahabat2 saya

Sambutan tahun baru 2010



Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh    :      1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat)
(Malam Tahun Baru)
Masa      :     1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat  :      Perkarangan Masjid Negara.
(Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :
  • Pencerapan Gerhana Bulan Separa
  • Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
  • Pameran Bulan
  • Solat Sunat Gerhana Bulan
  • Khutbah Khas Gerhana Bulan
  • Pertandingan Kuiz
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung Gerhana Bulan Separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal 1 Januari 2010 jam 1.17 hingga 5.28 pagi.

Sumber : http://www.masjidnegara.gov.my/portal/ 
             http://www.angkasa.gov.my


Komen: JOM KITA MERIAHKAN SAMBUTAN THUN BARU DGN BERSYUKUR DAN ALLAH MEMPUNYAI JAWAPAN KENAPA GERHANA BULAN JUGA TIKA INI....saat2 doa di makbulkan....
insya allah saya akan bersama di sana

birthday lagi...

alahai hari ni hari jadi AIN..NOR AIN HANINA HJ AHMAD FUAD. 
Secara kebetulan nama ain ni adalah gabungn nama cu dgn cikna. Opp..kebetulan jer ni. Nama norain diambil sempena nama ustazah ayahnya semasa belajar di TASKI ABIM tahun 1980an. Kasih sayang ustazah ini pada paksu hingga sanggup membawanya bercuti ke kgnya di Langkawi. Jika difikirkan keselamatan dan  keakraban paksu sbg anak bungsu dlm keluarga pastinya sukar dipisahkan. Tapi itulah hakikatnya. Namun yg tinggal kini cuma kenangan namun jasanya amat bererti buat paksu. Mungkin pulak hanina tu pilihan maksu..Apapun namanya seindah akhlak insya allah 

Malam tadi cu dah peluk cium kak ain nie...dah beli hadiah pun...Harapnya ain sukakan, tentunya hari ni umi beli kek dan sambutnya di rumah tok lagi.... Maklumla sepupu2nya ada lagi di sana

alahai ayu nye ngn bertudung.. masa ni ain pergi jemput ayah umi pulang dari Mekah.

.ain rindu ayah... umi pi mana??? umi ayah pi makka kan?? ini lah antara ayat2 cinta yg mengamit perasaan simpati dan kesian bila ain ulang dan ulang bertanya. apapun inilah hakikat zaman kanak2

Semuga ain menjadi anak solehah . Warna- warni kehidupan harus dicorakkan bermula dari kecil. Semuga warna kehidupan ini
menjadi waddah
mnjadi bunga
yg mengharum
                                                                        JANNAH


                                                                     kak ain sayang.


Gara-gara bercuti lama di kampung( dilafaz sudah di catat je kelewatan)...saya juga mengucapkan selamat menyambut ulangthun buat anak saudara saya yg ke 18 yg jatuh pada 29 dis tempuhari. Abg Ngah: ABDULLAH ISHAQ HJ NORIZAN dewasamu bersama kota samarahan adalah satu pengalaman yg tega pada keimanan dan ketaqwaan. Harus bangun sebagai ank kedua pada keluarga yg menjadi imam dan contoh buat adik2. Semuga abg Ngah berjaya mengejar kejayaan dunia dan akhirat..

Juga tak dilupai buat anak kepada ank saudara ke 2 saya.Kira pangkat yg sinonim ialah cucu saudara dan saya pulak tok chu nya  : PUTRI NUREEN BALQIS ROZAIDI..bru masuk usia 3 tahun tapi pantang pegang kamera mesti nak posing jer...apa nak jadi kan akis nie....Sama2 mendoakan semuga dia mekar di taman yang indah dan berpaksikan akhlak rasul dan pedoman AL Quran. Insya ALLAH --Happy birthday  to U Balkis...Tok shu sayang akis tau....( entah kenapa lidahnya suka tok shu drpa tok chu.. )


Bergaya sakan cucu2 tok shu ni kt puncak Jerai......alia/akis/harezz

RECAPTURE...

  
Kalian ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kalian kepunyaan semua  satu anugerah sang pencipta
                                    Warnailah kehidupan dengan Kebahagiaan & Ketaqwaan..

Tuesday, December 29, 2009

khasiat PISANG

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

sumber : http://idhamlim.blogspot.com 

Thursday, December 24, 2009

kepulangan HAJI 2009

Merujuk kpda kitab perjalanan rabbani merentasi alam dunia, barzah dan akhirat  oleh Prof Dr Musa Fathullah, mukasurat 540...Ketika kembalinya dari haji  Baginda rasullullah SAW mengucapkn:
"Wahai pemuda..semuga ALLAH menerima haji kamu. mengampuni segala dosa kamu dan menggantikan perbelanjaan kamu"

insya ALLAH kita mendoakan juga dgn menuruti sunnah rasullulah. Selamat kembali saudara2ku yg menunaikan haji...mudah2an memperolehi haji yg mabrur. Penghayatan, pengamalan dan perubahan di harapkn setelah menjalani teori dan amali selama lebih 40 hari disana.. menatapi blog CL- pengalamn di kota mekah..secara jelas apa yg kita simpulkant lebih memberi makna tersendiri bagi yg mengalaminya..Semuga gathering kita bersama CL akan diizinkan ALLAH taala. jom ramai2kan...

insya ALLAH
awal pagi nnti, 25/12 kakak dan suaminya akan tiba dgn pesawat saudi arabia di KLIA
dan 26/12..adik dan isterinya akan mendarat di airport alor setar pula
ALHAMDULILAH sempurnalah sudah rukun islam ke5 bagi anak ke 9 dan 11  family saya.
Muga saya juga akan menyusul utk tahun yg mendatang...doakan saya
alangkah gembira anak2 ini menerima kepulangan ibu, umi dan ayah2 mereka :


salam ukhuwah nie...







sayang cucu tok nie...





yg tengah tu superman ...shahir suka sgt tuu













Wednesday, December 23, 2009

debaran keputusan PMR 2009

SYUKUR..entah kenapa seram sejuk  cu ngn pencapaian terbaik FAEZAH SANIAH @kak ngah- anak saudara ke 27 ni. Bukan tak percaya cuma terkagum..Maklumlah smua org impikan kejayaan yg cemerlang hadiah buat diri , ibu ayah, juga rekod family dan sekolah.  Alhamdulillah Allah mendengar rintihan doa adik dan menyempurnakan hajat tersebut. Org yg selalu hampir diri dengan ALLAH  dan melaksanakan tugas sbg anak, pelajar nescaya ada ganjarannya di dunia akhirat.
Hari ini satu habuan telah diterima ats usaha yg dilaksanakan teruskan mengejar kecemerlangan....Andainya wan masih ade....pastinya wan gembira dan bangga dgn cucunya ni. Cu tahu adik sayang wan...adik sering mengusap2 lengan wan tempuhari dan adik juga ajakla bila2 masa pun ke pusara wan pasti ayatnya "nak ikut nak ikut". Kebetulan juga sebenarnya apabila cu balik kg, ibu dan ayah faezah pun balik kg juga..Jarak antara simpang ampat seberang prai degn pendang cuma amik masa 2 jam tpi lain la KL- Pendang( RM39.90)

Apapun cu sekadar beri sokongan..semangat kakak madihah cu sumbat sampai adik kata ye adik dah buat buat, solat mlm, doa,ulgkaji, quran , bantu ibu...etc...hehe...jadi kepada sesiapa yg belum memiliki buku kejayaan adik madhihah eloklaaa baca dan beli utk memberikan gambaran bagaimana kemiskinan memberi peluang berjaya jika mahu dgn rstu ILLAHI.
TAHNIAH dan teruskan membanggakan family....dari jauh cu mendoakan...

Tang rm tu...memanglaa cu akan tunaikan ...terimakasih fatin(sepupu mereka) ingtkan cu...memberi dorongan sekadar yg termampu ....lagi banyak "A" lagi lebur poket amboo...hanya tumpang gumbira atas kejayaan mereka...mereka juga anak2ku....warisku......
...idea spontan ini adalah berdasarkan sms2 dterima...tmekasih adik( faezah), kak wan, fatin..

jom zikir




Inilah suara keramat yg memecahkan kebekuan airmata di masjid alsyakirin KLCC.
truslah ustaz...kami merindui alunan zikrullahmu...
airmata keinsafan itu lebih mulia....

Jom istifar

Rindu..

salam...chu balik kg minggu nie?
Tiap kali; sms begini diterima, walaupun dari anak2 saudara amat2 saya hargai. Ia secara akstraknya menggamit   kerinduan mendalam kepada wajah surga yg ada pada saya kini...MAK...Betapa mak seorang ibu, yang amat saya kagumi.  w/pun tempuh 6 bulan selepas peninggalan ayah kini mak boleh menerima hakikat. Namun utk menatapi foto ayah menerusi handphone saya (di ambil ketika ayah di rawat di PMC) mak akan di buai sayu dan menitis butiran kaca di pipinya.. Alangkah nakalnya anak mak sperti saya kan. Saya akui mak lebih memahami siapa anaknya ini ....jika tak masakan merinduinya juga. Saya sayang mak sampai bila2... Maafkan kenakalan anakmu ini ye mak

Hmm rindu....???
Satu hari, di kala tengah malam saya di kejutkan dgn sms daripada salah seorg anak saudara saya dik Fa....melemparkan rasa kerinduannya. Ubat rindu adalah doa ..ubt rindu adalah pertemuan dan rindu itu rahmat tuhan.. Mungkin ramai di antara kita menyedari bahawa kita wajar merindui  sirah rasullulluah, merindui jannah dan merindui mati juga...Subhanallah inilah hikmah kejadian rindu dan air mata.

Saya akui saya merindui  seseorang yang bernama " AYAH"  yg pernah mendukung, meng' kokkong' dan menghukum saya. Dan yang masih segar tatkala saya menemankan ayah ke bilik air utk mandikan dia...dia ucap "terima kasih cek"...urut kepala dan belakang  saya bbrapa kali...sedangkan ketika itu kudrat tua nya tak seberapa lagi...terimakasih ayah....Andainya saya tahu..... cuma ada 3 hari saja lagi utk bersamanya....akan ku fokuskan segalanya utk mu ayah....Teringat..saya tika mengusap2 kulit nipis tangan ayah yg di bolosi jarum...mencubit dan ayah hanya tersenyum.    Saya juga mengajaknya membaca akhbar dengan mengenakan cermin matanya...Saya selak akhbar di sampingnya dan ayah akan baca tajuk...Jika ada tajuk diminatinya ditatap dgn minat..jika tak sekadar membariskan tajuknya sahaja....apapun saya lakukan ketika itu kini hanya kenangan yang mengamit  rindu  pada ayah..... Andainya kutahu hanya 3 hari lagi.....pastinya saya membaca surah dan mohon ayah menyemaknya.... Yang pasti saya kenangi...jarinya tak lekang menghitung biji tasbih sambil bibirnya mengumit2..subhanallah, wallahmdulillah...


Kini saya  rindu utk menziarahi pusara ayah lg. Insya allah, saya akan pulang dan menjenguk ayah lagi . Sekadar berkongsi rasa hati...baru semlam saya menyampaikan pesan kepada kakak yg berada di Madinah, ambilah peluang, bermunajat dan doaklah utk ayah dan mohon syafaat rasullullah buat ayah kita....apapun yng kita lakukan yang terbaik adalah kepada emak ayah kita dahului... 

Ku mengakhiri salju rindu ini.....

"YA ALLAH ..ampunkan dosa ayahandaku HJ MANSOR ABDULLAH, rahmatilah dia, kurniakaan redzMu berpanjangan buatnya...luaskan kuburnya, muliakannya dan kumpulkan serta pertemukanlah kami di dlm syurgamua ya Allah"

happy birthday naem

 23 Disember....   

Selamat Ulangtahun kelahiran kepada anakanda saudara saya MOHAMMAD NAEM BIN HJ BASHARUDDIN....daripd abg saya yg ke 3.(Mengikut hairaki  anak saudara ke26). Masih mendapat bimbingan dan ilmu di sekolah menengah peninggalan ustaz dato Fadhil Noor.(di cucuri rahmat atas rohnya)...Semuga semangat juang juga turut mengalir dalam dirinya. Apa yg dapat cu katakan anakanda Naem anak yg taat, mudah berurusan dan suka mengalah dgn adik2nya. Pemalu tetapi mudah senyum jika di usik. Sekarang ni berada kat Sarawak berdakwah selama 40 hari mengikut jemaah tabligh.!!! Mudah2an semangatnya mekar sejajar dgn usaha dakwahnya. Semuga peranan anak kecil ini direstui ALLAH dgn mengikut perjuangan Rasullullah. Chu hanya menyampaikan ucap selamat dan doa ini kepada ibunya melalui sms...apapun bagi pihak naem..ibu dah reply tq. Semuga ALLAH SELAMATKAN KAMU NAK....Jangan lupa doakan emak saudara yg sorang ni nooo....

juga tak mugkin dlupai...ucap selamat ulangtahun juga buat seorang sahabt tetapi sebaya dgn dik Sara-salah seorg anak saudara saya. Jadi macam pelik jg bila di panggil kakak jadi saya lebih suka membahasakan sbg cu dgnnya. Semuga ukhuwah ini persis sebuah family juga. Semuga NORHAYATI BT MAT KASSEM  berjaya dlm kehidupan dan menjadi anak yg solehah dan membahagiakan semua orang; memperolehi rezeki yg berkat. Jaga diri dan jaga agama...chu pun sayang tiey.

Tuesday, December 22, 2009

happy birtday Shahmi

          22 Disember........

          ALLAH SELAMATKAN KAMU
          ALLAH SELAMATKAN KAMU
          ALLAH SELAMATKAN KAMU
           MOHD SHAHMI HJ ZULKIFLI


karektor: seorang  anak saudara yg aktif dan suka bertanya. Anak kedua dari 5 beradik yang berdikari tetapi suka menyakat kadang menyulitkan keadaan. Nak di pukul lincah helahnya tetapi bila nak sesuatu pandai pulak beri pandangannya.  Di sekolah merupakan seorang ank yg bijak dan mahir matematik. Walaupun baru menyambut bthday ke 11, namun menurut guru matematik yg saya temui secara kebetulan di SK Chini, kepintarannya menyelesaikan masalah matematik terserlah. Guru tersebut suka memberikannya latihan matematik darjah 6 utk di selesaikannya. Alhamdulillah ,  Terima kasih cikgu
"YA ALLAH jika ini satu kelebihannya, mantapkanlah dan permudahkan dia menerima ilmu dan berilah dia manfaat atas apa yg telah Engkau berikan dan teruslah membimbingnya dan tambahkanlah ilmunya dan berikanlah atasnya perlindungan api neraka. "

foto ni dirakamkan semasa percutian tempuhari ke Muzium Padi, Kedah. Ini adalah janji yg telah saya tepati dgn anak2 saudara  termasuk Abg Mie ni,sempena musim cuti sekolah. Gambaran yg dapat dinyatakan,
memang puas hati, anak boleh berlari berkejar dan melihat segala peralatan berkaitan pertanian padi khususnya.
Paling terpesona bila menaiki tangga ke tingkat atas dpt di saksikan keseluruhan KEDAH pada pandangan atas. SuBHANALLAH.
Keadaannya yg berputar di rasai seolah-olah berada di suasana mengadap gunung keriang kemudian menempuh pemandangan mendung dan swh padi yg menguning dgn aktiviti masyarakat yg amat murni .

Lihatlah betapa bijaknya teknologi dan canggihnya teknokrat tempatan.... 


hmmm. dgn aksi di sawah.
anak2 cu jadi pesawah???


Ini pulak di pusat sains kedah. Lokasinya tidak jauh dari muzium padi. Buat masa ini free entrence dan pelbagai aktiviti/ peralatan  mendedahkan sains dlm kehidupan .Cuma jika nak dibandingkan dgn Pusat Sains Bukit Kiara itu bukanlah tandingan....tapi sekurang2nya KEDAH KINI memiliki tempat utk mencanai minda dan kreativiti anak2 khususnya
Panjat nak panjat...




Dan ini pulak ala2 dam ular...
                              "strike and count  '
                                          bermain bersama sepupu sepapat.......

Monday, December 21, 2009

Camp Anak Soleh

 summer camp....anak soleh 2009

semua ibu bapa mengharapkan setiap permata hati mereka merupakan anak soleh. Namun secara sedar atau tak amanah ini sempurnakah ibu bapa menunaikannya.. Bukan mudah tugas mak...bukan mudah tugas ayah...Dalam kesibukan seperti -"rat race" dunia di ambil akhirat pulak di kejar...Apapun cabaran utk mak ayah, itulah yang terbaik utk anak2 mereka. 



di masjid Wilayah tempuhari dua anak saudara saya IRFAN & IMAD  ...daripd abg yg ke 3 menghadiri summer camp. Saya hanya sempat menghadiri di akhir majlis sbg mewakili mamanya yg ada urusan pada tika itu. Mengakhiri majlis ini pihak penganjur berjaya mempersembahkan hasil produk  BMQ yang dipelihara selama 3hari itu.. Anak2 telah membaca ikrar mentaati ibu bapa dan mengakui kesilapan sendiri...jika selama ini saya suka lwan ckp ibu ayah....saya akan....jika selama ini saya leka tentang solat   saya akan... dan mcm2 lagi.....
Saya yg berada di penjuru turut sebak n jatuh air mata mengenangkan betapa anak2 ini yg belum baligh umumnya belum mengerti tentang dosa2 ini mengakui akan kesilapan mereka dan membaca dalam keadaan sebak  dlm pelukan ibu mereka....Betapa saya yng telah dewasa ini tak pernah melafazkan kata2 kesilpan dan mnyenaraikan dosa2 yang pernah dilakukan terhadap mak, terhadap ayah juga terhadap Allah... Itu pun belum termasuk lagi dosa dengan sahabat, jiran, dan makhluk di muka bumi ini
Andainya di senaraikan hari ini....
betapa kajangkah senarai saya.....
berapa btg pena utk mencatatnya
dan betapa kuat ingatan saya mengingatinya.....

Inilah saya...kita ...kita sering mengharapkan terbaik utk produk yg dihasilkan tetapi sejauhmana org pula menilainya. Baik di mata kita belum tentu elok d mata masyarakat. Kita tewas menunaikan hak2 seorang anak, seorang adik, seorang kakak,  seorng pekerja dan seorng hamba...Mudahnya melentur anak- sekadar memarahi dan meminta dia tak mngulangi perbuatan itu tp apakala dewasa siapa yg memarahi kita?
Apabila masing2 di zon selesa kita seperti lupa haq yg perlu kita sempurnakan.

Kepada anakandaku Imad dan Irfan....semuga ilmu, amal yg di ambil sepanjang menghadiri kursus ini diguna pakai..jagalah solatmu, quran dan waktu senggangmu......Kasihanilah ayah dan mama yag melaburkan duit bagi melahirkan anak soleh..Hargaila nak...hargailah mama....ayah...sesibuk manapun mereka, mereka cuba memberikan terbaik utk anak2nya.....sesungguhnya chu sayang  juga pada kalian .

kepada masjid wilayah &BMQ teruskan aktiviti mendidik generasi ini mencintai rasul, mengenali ALLAH dan menghargai jasa ibu bapa. tqvm

Sunday, December 20, 2009

permulaan yg baik


Di mulai dgn ucap sms terpilih:
 SALAM MAAL HIJRAH & TERIMA KASIH

Ya Allah sempena  muncul tahun baru ini yg berokah ini , Engkau mulia & sygilah  penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihat tubuh bdannya, limpahkan rezekinya, jauhkan fitnah, penganiayaan & penghinaan daripadanya, suburkan keimanannya dgn pnuh rasa kasih syg serta taqwa tanpa alasan….makbulkan cita2nya yg murni…amin ya robbal aalamin…..
                  
Dan sesiapa yg berhjrah pada jln Allah utk membela dan menegakkan Islam, nescaya dia akan dapt di bumi ini tempat berhijrah yg banyak & rezeki yg makmur dan sesiapa yg keluar dr rumah dan berhijrah kpd Allah dan rasulnya, kemudian dia mati dlm perjlnannya maka telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah dan ingtlah Allah maha pengampun lagi maha mengetahui.

Bekunya air mata dikeraskan hati, kerasnya hati dari banyakknya dosa, bnyaknya dosa dari lupanya mati dan lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.

Jadilah jalinan ukhwah ini persis untaian tasbih, Ada awal tanpa penghujungnya. Dibentuk utk mengingatinya, dicantum kerana cintanya, diratibkan kerana redzanya, menitis airmata tika merasai kemanisannnya. Muga kekal kita dirahmati
TERIMAKSIH ATAS sms2 diterima..

Fenomena menyambut hijrah kini menjadi trend murni  muslim yg peka. Masjid seolah-olah berpesta dan disinari rahmat yg berterusan. Saya turut  merasai keghairahan beribadat  di masjid wilayah persekutuan. Majlis yg bermula seawal jam 6.30 ptg di hiasi dgn  bacaan yasin, tahlil, doa akhir dan awl tahun , juga forum merancakkan suasana sambutan.  Awal pagi esoknya, diwarwarkan pula majlis qiyamulail  dan di akhiri dengan tazkirah. Tahniah kepada yang memakmurkan masjid sempena penghijrahan ke tahun baru ini.

Memandangkan I muharam jatuhnya hari jumaat dan cuti sempena awal muharram, saya turut beriktikad akan turut bermunajat, semuga roh hijrah ini dapat saya jelmakan. Sekitar jam 3 pagi, d’viva menyusuri jln di ibukota ke  masjid yng menghidupkan paginya. Subhanaanallah betapa terkasimanya saya, masjid KLCC  yg terletak di tengah pusat komersial ibukota turut meriah dgn kehadiran jemaah yg agak ramai. Alhamdulillah. Gemersik alunan zikir ustz Dzulkarnain- ustaz terkenal di astro aosis memecah kesunyian pgi dan melembutkan jiwa-jiwa yg rindukan rahmat ALLAH dan mencintai RasulYA.

Menjiwai setiap kalimah  pengharapan kepada ilahi, airmata tak dapt di pekung lagi…gugurnya keras hati, lunturnya riya ……disusuli beberapa solat sunat dan zikir melembutkan hati ini mengngati perintah dan menjauhi laranganNya… .

Terasa diri ni layakkah untuk surgaMU…………
Ya aLLah yg menjaga ubun2 kami……
Pandanglah kami dengan pandangan kasihan belas…
Jangan hukum ibu bapa kami kerana kesilapan kami…..
Kami jumud,  keras hati,  kami malu padamu ........ 

Terimalah kami…..Teguh dan mantapkan iman kami….

Oohh alangkah indah HIJRAH ini berterusan dlm hdupku. Setiap hari saya mengimpikan menjadi lebih baik dari hari ini. Semuga saya tak tersasar lagi. Wahai saudara mara ku, teman2ku juga yg mampu doakan lah kebaikan diri ini utk dunia dan akhirat. Saya phon ampun andai smalam ada yg khilaf itu adalah kelalaian saya.

Teristimewa buat kekasih hatikami:
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada emak dan ayah kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik kami ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).


Terimakasih masjid as syakirin...terimakasih ustaz dzulkarnain ,  ....juga semua semua jemaah yag mengimarahkan rumah ALLAH. Tazkirah juga besar ertinya.....Hijrah itu bukan skadar  istilah...

Friday, December 18, 2009

Pemakanan Genius

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori


sumber:   http://dmptapah.blogspot.com
                http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2408

NOTA KAKI:
semuga tips ini menjadi panduan buat kita. Jom kita amalkan

Wednesday, December 16, 2009

happy birthday

hari ni 17 disember..
ooh ....wish birthday  adik ..hari ni ulangtahun kelahiran anak saudara saya lagi....FARHANA HANINA BT MAHDZIR..Mesra dipanggil angah@ngah, tapi cu suka juga panggil adik.
alahai angah... dah bertambah lagi usia angah noo...ini anak menakan cu yang ke 19. Seorg anak yg baik, berbudi bhasa tutur bicaranya dan masih menuntut di IPT kt KL juga. Semuga anakanda berjaya mengejar impian sebagai seorg guru TESL. Hari ini permulaan yang terbaik buat anakanda dgn hijrahnya usiamu. Hargai dan sayangilah yng dimiliki sekarang kerana ia hnya percuma dan tak kan ditemui spare part anggota lagi..Haruslah teruss bersyukur dgn mmpertingkatkan amal ibadat.. Jaga adab dan tatasusila pertunangan muga kesampaian kegerbang perkahwinan...Amin


lagi...menyambut awal muharram di mana ya?
kat masjid wilayah...ada forum HIJRAH BERALIH ARAH"
atau di masjid amaniah, masjid negara atau di masjid RTM.Insya ALLAH mudah2an dapat turut hadir  dan mambacakan doa secara jamaah.. Muga istiqamah dalam amalan



Satu periingatan buat diri: Muga terpelihara sepuluh anggota kita dari melakukan dosa yakni akal, mata, telinga, mulut, tangan, kaki, perut, faraj, tubuh badan dan hati. Terima kasih tiey atas perkongsian ilmiah ni.



Hikmah Muharram

MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

PERISTIWA PENTING:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1.Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

SUMBER : http://hjarshad.blogspot.com/

Jom berdoa Hijrah 1431

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya

DOA AKHIR TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

Waktu  Membaca: pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

waktu membaca : Doa ini dibaca  setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,

SUMBER : http://halimislam.multiply.com/item/reply-to-message/halimislam:journal:107

Tuesday, December 15, 2009

Sesiapa yg berdoa utk saudara Islamnya tanpa pengetahuannya, berkatalah Malaikat yg ditugaskan: "Amin dan engkau juga akan beroleh spt itu".

teater NATRAH


         Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi di Singapura sekitar era 50an sehingga mengakibatkan tragedi berdarah di kalangan masyarakat di sana.Rusuhan yang menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British itu berlaku demi perjuangan mereka terhadap gadis Belanda bernama Bertha atau Natrah itu. Bertha dilahirkan di Jawa, Indonesia dan kemudiannya pada usia lima tahun, dia diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah untuk dipelihara yang mana kemudiannya dia diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana pendidikan Islam.
Natrah menjadi rebutan antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.
Bukan itu saja, kisah Natrah yang dikahwinkan pada usia 13 tahun dengan Mansor Adabi juga membawa cerita tersendiri yang amat memilukan.Keikhlasan kasih Mansor yang berjanji tidak mahu 'menyentuh' Natrah kerana usianya yang masih muda ketika itu serta cinta sejati mereka yang terpaksa dipisahkan kemudiannya sehingga membuatkan pasangan ini merana memang cukup menyayat hati.Lebih menyedihkan, Natrah menjalani kehidupan yang penuh berliku sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu di Huijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

YESS!! dapat jugak saya saksikan pementasan teater di IB kali  ini .


Saya membeli  tiket sejam sebelum bermulanya pementasan. Alangkah bertuahnya kita di lahirkan, dibesarkan dan hidup sbagai muslim di malaysia, bahkan kita bebas untuk beribadat. Saya bangga kerana walau sesibuk manapun kita dan sesempit manapun ruang waktu, warga  yang taat tetap melaksanakan  tuntutan solat dgn kemudahan yg disediakan.  Seusai solat magrib dan  isya( saya lewat masuk ke panggung)   saya pun tercari2  seat "teristimewa" yakni , di level 3, Hmmm..saya mampu melihat segalanya dari atas. Dari  paparan subtittle- sarikata  terjemahan bahasa inggeris saya mengenali watak dan pertuturan mereka. Ini sesuatu yang menarik yang selama ini saya tak pernah ambil peduli.

Tahniah diucapkan kepada Erma Fatima yg berjaya mengembalikan nostalgia Natrah dan wartawan Fatini (buku Natrah juga di jual di sini)yng pernah saya kenali melalui penulisannya menerusi dewan masyarakat satu ketika dulu.  Saya merasai seolah2 dilahirkan di era 50an bila set dan prop menepati ciri2 kemelayuan dan keislaman. Floating stage, transission time dan muzikalnya  amat terurus. Bahasa nya amat berbunga dan ada lentuk tersendiri.( walaupun  bahasa asal sepatutnya selanga melayu -indonesia)


Terkasima saya dgn watak tua  Maria@ Bertha(sofea jane) yg bergaun serba putih lambang kebersihan jiwa yang mengakhiri bait2 terindah " if i'm die today"..beberapa kali di ungkap. JIKA saya mati hari ini sudahkah kalian mengenali aku dan andai aku benar2 mati hari ini  mungkinkah talkin mengiring pemergianku?? "sebelum langkah demi langkah tuanya memasuki pintu gereja yang terbuka luas utknya. Bingitnya bunyi pintu besi itu dan bisingnya loceng bagaikan memenjarakannya dan mengakhiri kehidupannya..

Kenapakah kita tak sempat menyambut dan memimpin tangannya yang terkapai .
Dia menjadi momentum kebangkitan islam bahkan rusuhan atas nama mempertahankan akidah seorang anak berusia 13 tahun. Walaupun campurtangan gerakan pemimpin islam bahkan Tunku Abd Rahman, Natrah tetap di manipulasikan oleh British dan sekutunya. Sejauh manakah sensitifnya kita andai NATRAH 2 berulang?   Kesian Natrah hidupnya tidak keruan selepas  kembali ke negara asalnya yang tak pernah di restuinya.


Kasih sayang , cinta dan air mata adalah kehidupan. Namun sejauh mana, kasihnya cik Aminah kepada anak angkatnya kini  hanya dapat di ungkap melalui kata2 juga cintanya Mansor Adabi pada Natrah. Natrah amat sopan dan terdidik seperti seorang muslim seperti skrip yang saya. ingat...anak orang putih tu  tahu jawap salam??? Natrah pergimu di ragut bersama sejarah. Namun jiwamu  tetap bersih kerana dirimu menjadi hamba atas nama pertalian kasih sayang juga.  Biarpun telah tersurat dan pastinya sejarah tak kan berulang lagi.

Bila laungan takbir suasana rusuhan dengan membakar kereta  & pergaduhan menghangatkan IB: bibir ini pastinya turut serta mengucapkannya.. "ALLAH AKBAR". tak rela di kudakan lagi, cukuplah atas nama perundangan sekular dan veto, kembalilah kepada syariah Islam kerana kepincangan ummah kini atas kelalaian kita semalam. Semuga diampunkan dan ummh terus bersatu...
Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam dgn pelbagai persoalan tentang kehidupan semalam, hari ini dan akan datang....masih adakah natrah atau maria???

Monday, December 14, 2009

apa cerita ROAD TO MECCA

Pada mulanya saya menjangkakan movie “Road to Mecca “ adalah sebuah dokumentari tentang gambaran perjalanan ke kota Mekah. Namun tekaan saya salah sama sekali kerana dokumentari ismiah ini adalah berasas kehidupan seorang journalist, traveler, social critic, linguist, thinker, reformer, diplomat, political theorist and translator, a scholar dedicated to the service of God and humankind, and to leading a righteous life. Subhanallah

Documentary yang diterbitkan oleh Georg Misch’s ini merupakan travellog seorang muslim bernama Muhammad Asad @ Leopard. Walaupun mengambil masa lebih kurang 2 jam tetapi saya amat berpuas hati kerana di dedahkan dengan video, photo dan cerita di sebalik helaian album milik Muhd Asad dari Gurun Sahara ke Ground Zero dan beberapa negara yang pernah di singgahi dan dilawatinya. Scene terakhirnya adalah menziarahi makamnya yang terletak di Andalusia. Kedudukannya makamnya yang tinggi di atas bukit walaupun seperti terbiar tetapi ribuan peminat dan pemikir terus mengimbau kembali jasa dan pengorbanannya. Berbahagialah Muhd Asad di persemadianmu kerana syuga lebih layak untuk mu.

Pelbagai sudut persoalan kehidupan muslim diketengahkan walaupun satu sindiran dalam rakaman candid ini tetapi hakikatnya itulah reality. Gambaran gurun sahara jelas ditatap digabungkan dengan sound sistemnya yang mantap . Walaupun masyarakat barat masih mencemuh Islam sbg terrorist namun inilah hakikat pemikiran, pengamalan bahkan ketamadunan yang kita miliki belum mampu kita takluki sepertimana perjuangan Nabi Muhammad S.A.w

Dalam kembaraannya juga beliau menyaksikan sendiri beberapa pergerakan pembebasan yang muncul pada awal abad 20 untuk membebaskan daerah Islam dari kaum kolonial. Ia berkunjung ke India di mana ia berjumpa dan bekerjasama dengan Muhammad Iqbal, filsuf dan penyair yang menginspirasikan lahirnya negara Pakistan.
Antara aksi yang menarik hati saya ialah, penunggang unta terjatuh ketika perubaannya menaiki unta( candid shot). Inilah gambaran sebenar Muhd Asad yang ingin merasai sendiri kenderaan rasullullah. Perbahasan dan temubual ( terdapat aksi tegang, sindiran tajam dan melucukan) dengan beberapa sahabatnya, saudara tirinya sama ada di Vienna, India, Pakistan dan beberapa Negara Eropah menarik dan mempengaruhi dokumentari ini

Semuga ALLAH memberikan rahmat dan kebaikan buat seorang kembara spt Almarhum MUHAMAD ASAD ini. Dirinya mencari kebenaran menemui ISLAM dan berjaya mempengaruhi bangsa lain menyemak diri berlandaskan ALQURAN yang menjadi rujukan …Catatan terakhirya….”the massage of the quran”. Seperti kata Mr.Tariq Ramadan, Al quran itu tak mungkin dpat diterjemahkan ke bahasa lain kerana maknanya tak dapat di rungkaikan. Sebagai contohnya ..what is taqwa? Bertuahlah mereka yang memahami dan di lahirkan berbangsa Arab. Saya??? berazamlah untuk belajarlah memahaminya secara mendalam.====Islam is a natural religion but a a massage of quality, integrity and the way of life .


Trimakasih kepada penganjur " tribute to Muhd Asad, IslamicBookTrust,di SC, Bukit Kiara

Tribute to Muhammad Asad

Muhammad Asad, Leopold Weiss, was born in Livow, Austria (later Poland) in 1900, and at the age of 22 made his visit to the Middle East. He later became an outstanding foreign correspondent for the Franfurtur Zeitung, and after his conversion to Islam travelled and worked throughout the Muslim world, from North Africa to as far East as Afghanistan. After years of devoted study he became one of the leading Muslim scholars of our age. After the establishment of Pakistan, he was appointed the Director of the Department of Islamic Reconstruction, West Punjab and later on became Pakistan's Alternate Representative at the United Nations. Muhammad Asad's two important books are: Islam at the Crossroads and Road to Mecca. He also produced a monthly journal Arafat. At present he is working upon an English translation of the Holy Qur'an. [Asad completed his translation and has passed away.]

  • Kelahiran Austria (1900) dengan nama Leopold Weiss
  • Belajar kitab-kitab suci Yahudi - Kristen dengan bahasa Ibrani - Aramea, Polandia dan Jerman.
  • Belajar sejarah, falsafah dan psikologi.
  • Wartawan United Telegraph di Berlin (1921).
  • Wartawan Frankfurter Zeitung dan koresponden di Timur Tengah (1922-1926).
  • Masuk Islam di Berlin dan memilih nama Muhammad Asad (1926).
  • Tinggal di Hejaz dan Najd (Saudi Arabia) (1926-1932).
  • Menjelajah wilayah-wilayah negeri Islam (1932-1947) kecuali Asia Tenggara.
  • Bersahabat dengan tokoh-tokoh Islam, termasuk Raja Abdul 'Aziz, Ibnu Saud dan Muhammad Iqbal.
  • Membatalkan rencana ke Indonesia dan Asia Tenggara karena ditugaskan  sbg pengarah Department of Reconstruction Islam Pakistan (1947-1951).
  • Mengetuai bagian Timur Tengah Kementerian Luar Negeri Pakistan.
  • Menjadi Duta Tetap Pakistan untuk PBB
  • Menulis Islam at the Crossroads (1935), The Road to Mecca (1952) dan The Message of the Quran.
  • Muhammad Asad diangkat sebagai warga negara kehormatan di berbagai negeri Islam;  dan meninggal dunia pada 20 February 1992. He was buried in the Muslim cemetery in Granada, Andalusia.
  • With his death passed a journalist, traveler, social critic, linguist, thinker, reformer, diplomat, political theorist and translator, a scholar dedicated to the service of God and humankind, and to leading a righteous life.



    But death will not be the final chapter in Asad's close relationship with the Muslims: His luminous works remain a living testimony to his great, enduring love affair with Islam.
     

Sunday, December 13, 2009

ROAD TO MECCA



lihatlah dengan pandangan mata hati....perjalanan seorang daie mencari  tentang ISLAM..
Setelah memeluk islam, almarhum Muhammad Asad memperhambakan dirinya untuk agama...menyampaikan dakwah dan mengkaji tentang quran. Almarhum meninggal dunia di usia 92 tahun (1900-1992) AL FATIHAH

Thursday, December 10, 2009

bila cinta bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kuserahkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

KOMEN:  pernahkah  membaca novel  ini, apa yg dapat di kongsikan???..pengarang terhebat  ini berjaya mengajak kita mencari erti kehidupan. Jarak dan kesulitan bukanlah halangan.  Setiap cita-cita harus suci dari hasad dengki sama ada dalam keadaan yng susah senang. Hidup saperti roda yang sesekali diatas, sesekali dibawah. Jika rajin berusaha, Insyallah rezeki Allah sentiasa ada untuk umatnya. Hanya harus beringat kebesaran Allah s.w.t. mengatasi cita-cita manusia.

Manusia hanya bisa merancang, tetapi Allah juga yang menentukan. Mengandungi 2 siri dalm versi bahasa melayu nya...Harus di tatap kerana kejujuran adalah harapan sebuah percintaan manakala keimanan adalah paksi dalam sebuah kehidupan. Manakala rentak lagu ni pula mengingatkan saya pada lagu my heart....   

Wednesday, December 9, 2009

Pidato rakyat

Pidato Rakyat ' Antara Royalti & Ihsan, Siapa Pengkhianat bangsa?
bersama

1- YB Dato' Husam Musa ( Exco Kerajaan kelantan)
2- YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah alam)
3- YB Mohamed Azmin Ali ( Naib Presiden keADILan & Ahli Parlimen Gombak)
4- YB Dr Mohd Hatta Md Ramli ( Bendahari Agong PAS Pusat)
5- YB Saari sungib (ADUN Hulu Kelang)

pada 13/12/2009 (ahad) jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang...

semua di jemput hadir beramai-ramai ...

tolong sebarkan demi kebenaran sejagat ...

happy birthday sha

Fatin Shahira... anak solehah idaman ibu bapa,bersamanya habuan pahala dan keberkatan dalam kehidupan.  Jadilah dan berazamlah untuk memiliki tittle anak solehah.
Sempena ulang tahun ke 9 anak saudara saya ke 44, saya mencoretkan harapan tersebut pagi tadi. Kali ini di sambut bersama sepupu2nya di kampung. Cu yakin pastinya ayah dan ibu tidak melupai tarikh keramat ini dan alangkah bahagianya mereka mendoakan anakanda di Tanah Suci. Sesuatu yang jarang2 berlaku dalam famly kita. 

pada 30/11 tempuhari pulak ....
ahmad husaini dan fathiyah awanis- dua anak saudara saya( ke 33 & 25) yg berkongsi tarikh lahir  menyambutnya juga.(berbeza tahun pula).  Ketika itu saya  masih bercuti di kg dan sempat meraikan birthday husaini dengan suasana yg sederhana meriah. Apa lagi kalau bukan tajaan kek.  Inilah indahnya zaman kanak2 dapat makan kek, dapat potong kek dan dapat hadiah. Apa yg penting kerjasama menjayakannya dan sebagai satu suntikan agar mengingati tarikh2 penting dalam family. Lebih sporting  lagi...husaini dapat banyak hadiah dari adik & sepupu2nya.

BUAT ANAK2 SAUDARAKU,,,,
sesungguhnya pada diri rasullulah ada contoh teladan yang amat terpuji.....ayuh contohilah...kami bangga bila melihat kejayaan mu di dunia dan akhirat....amin