Wednesday, September 30, 2009

Daniel dah SETAHUN

19 september lalu genap setahun anak saudara saya yang ke 53....( harapnya cu tak silap). happy birthday dik nenel( pinjam ayat kak ain). On the way balik kg, saya singgah kt Sungai petani belikan kek birthday untuknya....maklumlah di kg semua kalut2 dok buat ketupat, buat rendang daging mak, gulai, mana sempat nak beli kek kan. Tapi bila tenguk masa berbuka banyak pula menu, uminya tangguh potong kek esok saja. Esok hari raya 20 sept 2009

20 september 2009/Eidul Fitr

Kek coklat pun di potong seusai solat sunat hari raya( pas ziarah makam ayah juga) dengan harapan dan doa mg anakanda Danial sihat dan menjadi anak soleh yang boleh membahagiakan semua orang..cepatlah bangun berjalan…member seusia berbeza bulannya’-anak nisa dah boleh jalan, Pak Lang Daneil baru nak “meragas”, Kakak nadia dah boleh berlari dan menjerit….adik Danial baru nak berdiri jatuh dan penyabar orgnya. ( foto…..huhu……hanya rakaman minda )

HAPPY BIRTHDAY DANIEL ABBKHORI

TEAM MEREKA.....SAMA UMUR SAMA TAHUN BEZA BULAN DAN HARI

nadhiah & daneil (sepupu) dan nisa' (anak menakan )


foto 1: masa ni daneil dalam hari lagi, daniel kalut sangat nak tenguk dunia kt puteri medical centre

foto 2: kakak nadiah, kalau senyum manis sekali tpi bila melalak...hingga hujung dunia

foto 3: anak nisa' ni pulak mudah mesra, dengan sapa pun tak kisah. umi & abah boleh laa makn nasi kurma kambing puas2 :)

Monday, September 28, 2009

Salam Eid Fitr al Mubarak

DeNGAN Penuh takzim di ucapkan ....

SALAM AIDIL FITRI 1430H *maaf dzahir dan bathin*

Sebening wudhu, sesuci alquran, semerdu alunan zikir, seindah solat, setenang hati yang tiada membenci, jika tangan ku tak sempat berjabat, jika mukamu tak sempat ku tatap, bukalah pintu kemaafan untukku jua……

Semakin jauh perjlanan, semakin dekat kematian, semakin bertambah bebanan, semakin kurang pulak keupayaan, Hanya IMAN dan TAQWA mampu mengayuh perahu kehidupan, Penuh ketenangan , merempuh ujian. Setulus kita dengan TUHAN, setulus pula sesama INSAN, agar penghijrahan kita ke daerah kebaikan dan ke daerah keredaan mendapat keredaan

Muda tak semestinya mentah dan tua tak semestinya matang, tentang hati tak de siapa mengerti, tentang kata kadangkala terlanjur bicara.. Justru itu jika ada hati yang terluka ada jiwa yang terasa.maaf jua dipinta muga bahagia milik kita semua.

Kulo nyuwon kaleh sampean salah silape kolo dingapunten lampah,kulo sepindah rembuk semugo Allah lebur ake duso kulo lan sampean, tetep emane kulo lan imane sampean, saukum syarak dng apunten dunio lan akhirat.


Selamat Hari Raya and all the BEST always. Good health, happiness n prosperity be yours to cherish always. Have a great day and take care forever


Kepada semua saudara mara yang saya sayangi , semua sahabat, teman, rakan yang masih segar dalam ingatan, saya pohon kemaafan atas segala ketidakpuasan, kecuaian, kelalaian dan kekurangan yang telah saya lakukan sama ada di sedari mau pun tidak. Saya bukanlah insan sempurna dan maksum kerana selagi nafas ini disedut, selagi itu dosa ditabur. Mohon maaf ats segala khilaf dan TERIMAKASSIH ATAS SEGALANYA.

MUGA KITA SALING BERMAAFAN.


Friday, September 11, 2009

PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di
MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!


Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.


1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul,
cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.


Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?


Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya


1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya.......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah.
HINI ADALAH satu kafarah ALLAH dan sekurang2nya brpuasa mengelakkan H1N1...selamat posa dan makanlah bawang putih.



sumber : fwd email

911

hmmm...kenangan 911

Guten morgan...

Kejadian yang membawa kenangan "amat indah" walaupun melewati 8 tahun ....ade lagenda BIN dan pandangan negara asing tentang terorist...11.9.2001
segalanya cerita tentang pgalamn kerana ketika kejadian saya berada di benua eropah..asing dan terasing..........Sekitar jam sembilan pagi kami dikejutkan dengan berita kapalterbang yang melanggar WTC. Mr. Host ( cheif coordinator) memaklumkan ianya mungkin berkaitan dengan terrorist dan mngajak kami semua menyaksikan Tv BBC dan CNN. Kursus pada hari itu menjadi hambar dan suram. Dari masa ke semasa kami menyaksikan perkembangan dan berita2 yang tidak ada penterjemahannya.......

Berbalik pada kisah 911 ini, saya dapati rakyat eropah mengutuk kekejaman amerika dan mengambil langgak berjaga-jaga kerana ditakuti semangat dan empayar BIN LADEN akan melarat. Sungguhpun begitu, ramai rakyat Turki yng bermastautin dan mendapat kerakyatan di sini. Secara logiknya pengaruh islam telah menguasai ekonominya.
Namun keharmonian bangsanya tidak dapat dibezakan kerana mereka mnggunakan satu bahasa dan jika berbangsa turkei, kemahiran berbahasanya mungkin lebih dari satu. Di satu segi tiada sekatan dlam beragama selagi hidup rakyatnya aman.

Menyusuri Zoological Garten atau bandaraya sekitar Berlin selepas sebulan berada disana, kita sesekali akan disapa oleh polize yang tiba-tiba muncul atas nama menjaga ketenteraman awam. Namun kerana pakaian yang berbeza dengan masyarakat turkey@ arab saya merasai betapa mereka menghormati rakyat asing tanpa melihat pasport atau sebagainya. Pihak kedutaan dan TTC sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa berwaspada dan jangan bergerak bersendirian.

Ketika kembaraan kami ke Hamburg, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam menyusuri highway menggunakan bas, situasi di situ nampaknya tenang tetapi masyarakat islam di situ telah di provok. Ada makluman yg mengatakan, Hamburg akan melarang perempuan menggunakan tudung kepala dan sebagainya bagi membenteras musuh cara mereka. Saya menjadi gusar dan risau kerana hanya inilah maruah yg saya junjung selama ini. Kepada kwn yakni Azman, Mood(thailand), Basuki dan Saiful dari Indonesia, walaupun hampir 3 bulan diperantauan, yg jelas hukum tetap saya kunci rapat. Saya mengambil peluang berdoa dan berdoa jgnlah melucutkan tudung ini kerana 911. Saya terpaksa nekad dan ketika kami melewati pelabuhan tambak yang cantik di hamburgdan pasar pagi( frishmarket), saya bertuah dan bangga kerana ianya tidak menjadi kenyataan. Cuma kami ditahan sekadar melihat pasport dan yang menjadi teruja apabila kawan saya, di perpanjngkan "check point" kerana pada pasportnya ada tertera....norazman shah BIN....
ditakuti dia keturunan BIN LADEN....ohh kenangan terindah.... selain itu,kami hanya tahu beberapa patah bahasa duecthland, selebihnya menggunakan bahasa inggeris sebagai perantara dan sesekali menggunakan bebrapa perkataan bahasa arab mudah bila berinteraksi degn org islam turkey. Syukurlah kerana niat dan kehadiran kami bukan untuk menggegarkan bumi eropah tetapi sekadar mencari ilmu dan berkongsi teknologi ngan negara yang bangun dengan cara tersendiri.

Perasaan takut dan gusar sentiasa menjadi peringatan namun tidak mematahkan niat dan matlamat kami....bertuahnya saya dan kwan-kwan menghadapi situasi ini dan menjadi pengalaman dlm kembara kehidupan...

DANKE PRIMA, ALLEST GUT

catatan:
* .sdapnya kebab turkey walaupun mahal tapi berbaloi...boleh kah ku temui lagi
*Pelabuhan Hamburg di Jerman, merupakan pelabuhan terbesar kedua di Eropa setelah Rotterdam, Belanda.

Thursday, September 10, 2009

catatan kembara

Bersama keributan manusia mencari-cari tempat untuk berbuka, saya menyusuri celah-celah kotaraya bersama KRISS peninggalan ayah. Kenapa manusia terlalu sibuk dan peka dengan waktu berbuka tetapi mengabaikan waktu bersolat. Sedangkan kekasih itu sentiasa menanti dengan penuh rahmat orang-orang yang bersolat. Walaupun doa orang yang berpuasa mudah diperkenankan tetapi sejauh manakah pula kita mengambil kesempatannya....

KRISS(KAW6578) semakin dewasa jika dibandingkan dengan seniornya SUZUKI 80(KAC9598). Namun kedua-dua mempunyai catatan tersendiri....SUZUKI pernah membesar dengan zaman reformasi , mengenali teratak DSAI, markas pas di melawati dan juga bangkit di celah-celah pembangunan KLCC. MATIC menjadi perhentian sebelum berpindah ke Bukit Kiara.

KRISS lebih faksibel dan ligat di kota raya sekitar jalan Ampang ke Bukit Kiara sebelum berhijrah ke angkasa. . Bersamanya kami bermandikan pancuran lelangit tuhan dan kedinginan pagi yang lembut di redah tanpa rasa bersalah. Pengalaman meredah banjir kilat menjadi kenangan manis. Mengenali hati budi dan sikap pengguna yang mudah menghulur bantuan di saat memerlukan. Menerusi KRISS , YAMAHA kita belajar, memerhati dan berdikari. Alangkah indahnya bersamamu kini...

Dan kali ni peluang D'viva(6078) mengembara. Langkahnya makin panjang namun talinya masih terbelit pada keagamaan dan kebajikan . Indah bersamanya tapi waktu yang bijak harus diperuntukan. Maklumlah meredah kotaraya ketika waktu kemuncak adalah satu peluang menguji kemahiran memandu. Dipandu d'viva supaya mengenali rumah ALLAH yg tersergam bukan sekadar untuk dibanggakan tetapi juga dimakmurkan. Pada ALLAH jua saya mendoakan supaya beristiqamah dan dapat meneruskan kembaraan. Terasa teruja dan kena menguja d'viva supaya rajin bangun malam dan teruskan pencarian dalam kembara mencari lailatul qdar...oh alangkah indahnya andai lailatulqadar ku temui..(laksana RM83 juta dlm bank...hehe?)

Sesungguhnya kita tak mengetahui sesuatu keindahan sehinggalah kita melihat ke belakang yang ditinggalkan dan memandang ke hadapan yang bakal ditempuhi. Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian ada hikmah yang tersendiri...Fikir2kan, Renung-renungkan apakah kebajikan awak hari ini......???Tetapkan arah, perbetulkan niat dan ayuh kita mulakan perjalanan dengan bantuan ALLAH , redza MAK dan restu family.

Doakan saya mak....anakanda terlalu banyak menyusah dan membebani mak..maafkan anakanda mak

sedapnya murtabak ....


Entah kenapa tetiba, teringat pada murtabak. ohh sedapnya jika dimakan ketika panas. Nikmatnya menikmati sekeping murtabak , terutamanya selepas terawih sambil bersantai sebelum melayan kehendak mata. Teringat juga suatu ketika, ayah akan membeli murtabak hampir setiap petang di Pendang. Ini kegemaran ayah dan seterusnya menjadi kesukaan semua. Wallahu aklam

Namun dimana hendak ditemui murtabak yng menepati ciri-ciri yang saya ingini..." Janganlah mencampurkan makanan yang halal dengan najis , basuhlah, selawatlah( cur ayeir istilah mudahnya)". Kenapa ditakdirkan para penjual mengambil mudah soal mencari kebenaran dalam kebersihan. Mencari yang benar bermakna mencari keredaan ALLAH. ... Allah sentiasa memerhatikan kita setiap waktu, dan aspek kebersihan ini mempunyai hubungkait dengan alam akhirat. Apakah jawapan dihadapan Allah jika di ajukan soalan "Kenapakah kamu memberi makanan yang tidak halal lagi tidak bersih kepada orang Islam?".

Islam amat menitikberatkan halal dan haram dalam makanan kerana ia akan bertandang ke dalam tubuh badan menjadi darah daging dan tenaga untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Alangkah pilunya hati , dalam bertak'rub kepada Allah S.W.T., bermunajat dan memanjatkan doa, tubuh kita di selimuti segala macam yang tidak halal. Minda, rohani dan sahsiah muslim terbentuk mengikut acuan makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh. Kita amat bimbang jika segala perintah Ilahi yang kita turuti dan larangan yang kita patuhi menjadi sia-sia di sisi Allah S.W.T. sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda :

[Kemudian ia menyebutkan ada seorang lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, mukanya penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: "Wahai tuhanku, wahai tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan di beri makan dengan yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu kabulkan?

Seorang ulama', Sheikh Ali Syazali ada menyatakan: "Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya, dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya pula sesiapa yang makan benda yang tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan untuk melakukan maksiat. Nauzubillah

Perlu dijelaskan, bersih dan suci mempunyai makna berbeza. Bersih bermaksud sesuatu benda itu boleh digunakan untuk kegunaan harian dan tidak memudaratkan, tetapi Suci, lebih dari itu kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan akidah dan ibadat kepada Allah S.W.T.

teringat pulak iklan kat radio IKIM...murtabak draja sahirah...murtabak kegemaran tuanku agaknya?? Setelah disurvey ia adalah produk muslim dari pantai timur. Tetapi sejauhmana hendak dipastikan ia sesuci dan sebersih yang di kehendaki. Sahabat dari pantai timur pun tak boleh nak bagi komen....abih macamna ni, nak makan atau tangguhkan ??? :(

Tuesday, September 8, 2009

Ke garisan sedia......

Diam tak diam tanpa kita menghitung, rupanya hanya tinggal 11 hari lagi kita ke garisan penamat..Ramadan akan meninggalkan kita namun sejauh mana kita memuliakan ramadan kali ini...Akan sempatkah kita menyambutnya untuk kali berikutnya tahun hadapan..
Masih banyak kebocoran dan keculasan dalam beribadat...Ayuh kita sama-sama hidupkan malam untuk sepuluh terakhir bagi fasa ke 3 ini dengan qiyamullail..

Ya ROBB....dekatilah SYUGA pada diriku, jauhilah daku dari neraka MU.
Lembutkan bibirku untuk bertasbih, ringankan badanku menyempurnakan ketaatan pada perintahmu , ringankan tangan untuk memberi, murahkanlah rezekiku dan limpahkanlah kasih sayang supaya dapat ku memberi dengan penuh keinsafan dan ketakwaan.
Ya ROOB saya takut nerakamu....jgnlah himpunkan kami KECUALI di syurgamu kerana kami amat2 mengharap redza padamu. Kasihanilah saya, keluarga saya, anak2 saudara saya, saudara mara saya juga sahabat2 saya yang sering membahagiakan saya ...SAYA sayang ALLAH

Marilah kita bersembahyang malam terutamanya Tahajjud kerana ia berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap. Menyusuri buku terapi tahajud yng saya miliki, tahajud juga berupa terapi untuk kansel namun sejauh mana kita gali nikmatnya. Janganlah kita terleka andai sakit telah mengundang kita masih kebuntuan mencari pedoman.

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersembahyang malam dimuliakan dengan sembilan perkara. Antaranya lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia, lidahnya bertutur dengan kata-kata hikmah dan ia menjadikan seorang yang bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan "instinct", gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaan dari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

JOM kita sama-sama melakukan qiamullail bagi memperoleh kebaikan dan kelebihan dari Allah Ta'ala selain itu dapat memperkukuhkan Iman dan memperbanyak lagi amalan sunnah yang terselindung Rahmat-Nya.

Kejutkan saya andainya masih terleka dan keasyikan kerana tidur yang nikmat itu adalah tidur selepas mati..:)

SUBHANALLAH

Dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
TERIMA KASIH ALLAH

upsr dah mula...





SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2009
khas buat
NUR FATIN ATIQAH
FAIRUZ HAZWANI @ kakak
FAIRUZ SHAZWANI @ adik)

Semuga beroleh kejayaan!
mohonlah restu ALLAH dan restu AYAH dan IBU@UMI. Buktikan BOLEH cipta kejayaan!!


HARI NI dan TAHUN INI, hari pertama untuk 3 org anak saudara saya menghadapinya…

Seperti kelaziman, pesanan dan doa saya iringi semuga mereka dapat melaksanakan misi dengan jaya dan sempurna. Jawab dengan tenang dan yakinlah ALLAH bantu org2 yang ingat ALLAH baik tika senang maupun sukar...........Semuga anak2 ku ini membesar dan menjadi anak2 yang mentaati ALLAH dan IBU BAPA dan berjaya di DUNIA dan AKHIRAT........Amin


Monday, September 7, 2009

Majlis Ghazwah Al-KUBRO dan Nuzul Quran

Majlis Ghazwah Al-KUBRO dan Nuzul Quran, disampaikan Oleh As-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki telah dihadiri ribuan pencinta ilmu. Majlis yang bermula sebelum asar disambung lagi setelah selesai terawih. Subhanallah. Tn Sheikh merupakan ilmuan yang petah lagi alim. Beliau menyampaikan ilmu secara taraqqi dengan berpandukan kitab karangannya yang amat tersusun dan jelas perawi asalnya bersumberkan daripada nabi muhammad dan jibrail a.s dan seumpamanya dengannya . Seperti kata tuan sheikh masa yang diambilnya untuk mempelajari dan mendalami sesuatu ilmunya amat lama dan sukar berbanding sekarang. Hakikatnya terlalu banyak kepencungan dalam beragama akibat kelalaian ummah dan kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya semula. Apapun nasihatnya belajar dan bergurulah secara langsung dengan guru2....

Ini adalah kali pertama saya menghadiri majlis bersama tn sheikh. Secara peribadi saya mengkaguminya dan menganggap inilah "sumber ilmuan" yang perlu saya ikuti. INSYA ALLAH.
Saya bersyukur telah dapat bertalaqqi secara beramai2 dan banyak ilmu baru dipelajari. Ilmu itu perkongsian.....kohor2 saya sampaikan...

Ringkasan biodatanya....

PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32. Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu.

Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’.

Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.

Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau.

“Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.

Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti.

“Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

“Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.

Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.

Disiplin

Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara.

Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan.

Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar.

Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.

Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.

“Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.

“Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.

“Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.

Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.

Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.

“Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya.

Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.

“Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau.

Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.

“Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.

Salam Nuzul Quran

17 Ramadhan …… suatu tarikh dimana sering diadakan sambutan bagi memperingati dua peristiwa penting didalam sejarah Islam. Pertama adalah Nuzul al-Quran dan kedua adalah Peperangan Badar al-Kubra.

Badar menyaksikan pertolongan Allah kepada tentera Muslimin dimana 1000 malaikat yang berserban membantu para shahabat menghadapi tentera musyrikin. Diringkaskan kisah, akhirnya tentera Muslimin telah dihadiahkan dengan kemenangan besar. Tentera musyrikin kecundang dengan menyaksikan 70 tentera mereka termasuk panglima perang iaitu Abu Jahal (Amr bin Hisyam bin al-Mughirah) dan lain-lain pembesar Quraisy terbunuh, manakala 70 lagi ditawan oleh tentera Muslimin.
Sesungguhnya, tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijriyah, hari yang menyaksikan pembelaan Ahli Badar kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sungguh tidak ada orang yang lebih setia, lebih memuliakan dan lebih mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melebihi kesetiaan dan kecintaan Ahlul Badr, رضي الله عنهم أجمعين kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Badar juga menyaksikan kecintaan perajurit Islam kepada syahid.

Lihatlah bagaimana mereka menyambut seruan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم untuk keluar berjihad di luar kota Madinah. Saad bin Mu’adz رضي الله عنه berkata …..Demi Allah, seandainya engkau berjalan sehingga sampai ke Barak al-Ghimad (di Yaman), nescaya kami akan berjalan bersamamu. Demi Allah seandainya engkau membawa kami ke menyeberangi, nescaya kami akan menyeberanginya bersamamu ………..

Sayyiduna Saad bin Ubadah رضي الله عنه pula berkata …..Perintahkan apa sahaja yang engkau inginkan kepada kami wahai Rasulullah. Demi Dzat yang jiwaku didalam gengaman kekuasaanNya, jika engkau memerintahkan kami untuk meredah lautan sungguh kami akan meredahnya. Dan jika engkau memerintahkan kami menyelami dasarnya untuk pergi ke Barak al-Ghimad, maka pasti kami akan melakukannya.

Sayyiduna Miqdad رضي الله عنه pula berkata: Wahai Rasulullah … kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana kami Musa berkata kepada Musa: Maka pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti disini sahaja (al-Maaidah: 24) – Akan tetapi kami akan berperang di sebelah kananmu dan disebelah kirimu dihadapanmu dan dibelakangmu ….

Allahu Allah. Inilah bukti kecintaan, bukti kesetiaan yang ditunjukkan oleh ahli Badar. Maka tidak hairanlah hingga diriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda : “Allah Ta’ala berfirman kepada Ahli Badar: “Beramallah (berbuatlah) semahu kalian, sungguh aku telah mengampuni dosa kalian” (Shahih Bukhari).

Oleh kerana ketinggian kedudukan ahli Badar disisi Allah, maka para ulama telah menyusun doa yang mengandungi tawasul dengan mereka. Seperti Shalawat Badar, Jaaliyatul Kadar – nazam tawassul oleh 'al-‘Allamah as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji, Saifun Nashar bis Saadatil Kiram Ahlil Badr oleh al-'Allaamah as-Sayyid Ibrahim bin Idris as-Sanusi al-Hasani al-Fasi, Hidayah lis Saalik wa Najaah lil Haalik fit Tawassul bi Ahli Badr wa Shuhadaa’ Uhud oleh Syaikh Muhammad bin Naasir bin ‘Abdullah al-Qadiri asy-Shafi‘ie dan banyak lagi. Ulama di Nusantara iaitu Kiyai ‘Ali Masyhur ada mengarang sholawat yang dikenali dengan Sholawat Badar. Sholawat ini mengandungi tawassul dengan nama Allah, dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم serta para mujahidin teristimewanya para mujahidin Badar.


Mudah-mudahan dengan memperingati peristiwa dan ahli Badar ini, akan mengalirkan kecintaaan, keberkatan serta semangat juang untuk kita terus istiqamah mengamalkan seterusnya memperjuangkan Islam yang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tinggalkan kepada kita.

Sumber : perkongsian: http://al-fanshuri.blogspot.com/2009/09/peristiwa-pada-17-ramadhan.html
أللهم آمين

Thursday, September 3, 2009

ayah...aku mohon maaf

11 jun 2009 , wahai saudaraku, ank2ku, jgn kamu diperdaya dunia.....

13 jun 2009, wahai saudaraku,anak2ku , titipkanlah doa yg berterusan......

Dan pohon kemuning akan segera ku tanam Satu saat kelak dapat jadi peneduh Meskipun hanya jasad bersemayam di sini Biarkan aku tafakkur bila rindu kepada mu

Walau tak terucap aku sangat kehilangan Sebahagian semangatku ada dalam doa mu Warisan yang kau tinggal petua sederhana Aku catat dalam jiwa dan coba ku jalankan

Meskipun aku tak dapat menungguimu saat terakhir Namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat Dengan senyum dan ikhlas aku yakin kau cukup bawa bekal Dan aku bangga jadi anak mu

Ayah aku berjanji akan aku kirimkan Doa yang pernah engkau ajarkan kepada ku Setiap sujud sembahyang engkau hadir terbayang Tolong bimbinglah aku meskipun kau dari sana

Sesungguhnya aku menangis sangat lama Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang Sesungguhnyalah aku merasa belum cukup berbakti Namun aku yakin engkau telah memaafkan ku

Air hujan mengguyur sekujur ke bumi Kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal

Ayah aku mohon maaf atas keluputan ku Yang aku sengaja maupun tak kusengaja Tolong padangi kami dengan sinarnya sorga Teriring doa selamat jalan buatmu ayah tercinta

( Lagu : Ebiet G. Ade - Lirik : Ebiet G. Ade )


RAMADAN ini HADIR TANPA AYAH BUAT KALI PERTAMANYA.

>>>>>>>>>>>>>> MOHON MAAF AYAH, HALALKAN SEGALANYA AYAH. <<<<<<<<<<<<<<<

AL FATIHAH


Tuesday, September 1, 2009

ucapkan terima kasih sayang...

Subuh Yang Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

boleh dwnload - http://www.mediafire.com/?oh2wmh921as


lirik dan lagu allahyarham ust Asri RABBANI ini benar2 mengetuk hati yg ketegaq' ini. Menghayati setiap huruf pesanannya ini saya merasai ianya terlalu hampir kepada kematian yang datang tak tentu masa dan waktunya sedangkan kita masih leka mengungkapkan tanda kasih pada orang yang disayang. Sepertimana lagu ini, ianya seolah-olah pengharapan dan munajat ustz asri selama ini dan dia telah memiliki dan menikmatinya, semasa dan selepas hayatnya. Al Fatihah

Saya kongsikan peringatan dari seorang abang untuk diri ni:
Teruskan MENCARI JLN utk berbakti kepada EMAK kita. Hadrat Ali berkata, Nabi bersabda" sesiapa yg membuat ibubapa sedih, maka ia telah durhaka kepada keduanya.Ibn Umar berkata, TANGIS kedua ibubapa kepada anaknya termasuk kedurhakaan, Aisyah berkata yg Nabi bersabda: seorang anak yg membeliakkan matanya kepada kedua ibubapanya termasuk anak yang tidak berbakti.
( Petikan dari buku, berbakti kepada ibu bapa oleh ustz Ahmad Isa Asyur. )

Al fatihah juga buat allahyarham Abg Yahaya ( suami tercinta kak Rahmah "X" staff BTP -seorg kakak yang seperti ibu yang amat caring saya dan teman2. Kematiannya jam 5 pagi di Hospital Selayang dan selamat disemadikan di tanah perkuburan Sg Tua, BBS jam 11 pg. Semuga kakak dan anak2 bersabar dan meredai pemergian aruah di bulan yang dimulia ini. ALLAH lebih sayanginya dan kita sama2 titipkan doa muga mereka yg pergi kita restui dan dicucuri rahmat............ALFATIHAH