Thursday, August 27, 2009

jom Maksimumkan BONUS Ramadan

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..

sumber : ustaz Zaharudin

Wednesday, August 26, 2009

al fatihah Dr Ismail

Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur.

Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini di dalam penerbangan Tiger Airways. – Utusan


Salam Takziah buat seluruh keluarganya...

Walaupun aruah tak pernah mengenali saya, tapi dia mempunyai peminat malah jutaan pelajar dan anak didiknya. Saya mengkaguminya sebagai seorg OKU yg berjaya, dari seorang pensyarah menjadi peneraju twintech university, pakar ekonomi, dan memecah rekod OKU pertama sbg senator.

Pengalaman bertemu secara kebetulan semasa allahyarham menjadi tetamu program "laman minda" di BTP juga satu catatan kenangan saya. Selain itu saya juga berkesempatan melihat video peribadi Adi Putra yang menunjukan sessi pertemuannya dengan tokoh idolanya. Datuk dengan mesra dan ramah menunjukkan cara dia berkomunikasi dgn pc dan ini menambahkan semangat ingin tahu Adi. Datuk mengizinkan Adi duduk dikerusi empuknya dan membilang harapan dan impiannya...Inilah pemimpin dikagumi biarpun matanya tak nampak tapi hati, mindanya tak pernah buta malah lebih celik dari org yang celik. Negara tetap kehilangan perwira ini, andainya dia pimpinan barisan rakyat.....kita pasti meratapinya...
ALFATIHAH

Tuesday, August 25, 2009

salam perjuangan N11

aPaa kabaq N11 permatang pasir????
smuga ia milik PAS dlm perjuangan rakyat di bulan ramadan ni
biarkan "mereka" ngn labu2nya.....
Tahniah dik sara, satu2nya anak saudara mewakil nisa' malaysia di lokasi telah memaklumkan dan membakar semangat perjuangan. Semuga anakanda selamat dan jgn lupa topeng kena pakai sokmo. banyak hikmahnya.. Sama2lah kita doa...PAS FOR ALL

Monday, August 24, 2009

"mana milik kita"

Jom dengaq hear.....

Kebetulan saya mndengar lagu ini semasa memandu pulang selepas solat terawih semlam. Terkasima dengan satu 'berita' sahabat, saya memujuk hati untuk menerima hakikat setiap penyakit pasti ada rawatan dan ubatnya dan jangan dikesali andai kita menjadi pilihan ALLAH. Sakitkan tandanya sayang.....Lirik lagu ini amat dekat di hati...saya percaya....tiada sesuatupun milik kita.....Setiap sesuatu, segalanya MILIK ALLAH (every single things in this world belongs to Allah.....Thanks God! Thanks ALLAH ). Semuga dicucuri rahmat jg buat allahyarham ust Asri .

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerna milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yg ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya
Yang sebenarnya
Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yg kita dapat
Allah sudah sediakanya

-Rabbani, Nostalgia Nadamurni-


andai boleh ditukar ganti biarkan diri saya menanggungnya ....
saya nak orang2 yang saya sayang juga "healthy, wellthy and succes"
tabahkan hatimu dik, ALLAH sayang dirimu, kita sama munajat muga2 keberkatan ramadan ada "miracle"
ALLAH MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG
YA ROB, YA ROBB, YA ROBB
take care tiey ( ur always my ustazh )

Friday, August 21, 2009

Niat Puasa

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan
“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

SELAMAT BERPUASA
terimkasih & penghargaan :serikasih.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

Bila rindu bertaut

entah dimana dan kenapa...saya terlalu ingatkan ayah....
teringat di saat ayah ada dan ada ketika ayah seolah2 bertnya pada mak: cu balik?
Ketika saya balik kg baru-baru ni..... Selepas bersalam dan mencium mak, saya turut ke pusara ayah....
ayah telah hampir 3 minggu saya tinggalkan........bukan melepaskan tnggungjawap tapi kerana tuntutan hidup.
ayah...terima lah hadiah dari doa, tahlil dan yasin yang anakanda persembahkan........di pusaramu ku taburi bunga kerinduan, bersulamkan kasih sayang dan sesungguhnya saya merinduimu...bagaikan terasa hangat tangan ni dibwah gengamanmu.. Terasa ada kekuatan tersendiri bila saya, ib dan ahmad sama baca yasin di petang nya untuk kali kedua kunjungan saya ...dikala tu petir dan berangin........terasa bayu petang menyentuh pipi dan sesekali menyejukkan hati.Kami tetap membaca yassin di pusara ayah sehinggalah titik2 membasahi kalam yassin yg di tatapi.....
ohhhh...sedihnya mengenangkan hujan, panas ayah bersendirian....
Kami melangkah longlai dan menyambungkan bacaan di beranda masjid pula...........Syukurlah pusara ayah berada betul2 depan imam dan hanya dipisahkan dengan dinding masjid dan pagar tanah perkuburan..Terasa bertuahnya ayah....persinggahannya begitu hampir seolah2 dia sedang dibaringkan dan bila2 masa dalam jemaah.
Pagi esoknya sebelum saya pulang......sekali lagi saya ziarahi dan mengucapkan selamat tinggal pada almarhum ayah...Ku basuhi nisan ayah lagi sekali
Ayah......nanti cu balik cu jumpa ayah lagi...
semuga ayah tenang dan damai disana..

Hari ni kebetulan kwan2 opis buat yasin dan tahlil.......
seperti biasa butiran kaca ini tetap mengiringi...........Sesungguhnya ayah sentiasa di hati saya
ALFATIHAH

terimakasih pada "sahabat" yang memahami perasaan saya...

Selamat datang puteri terbaru




Alhamdulillah........

Hari ini bertambah lagi cu3.. , seorang puteri.2.95kg. Lebih kurang jam 10 pagi tadi.
Tempat Lahir: KMC A/S
SELAMAT DATANG PUTERI NUREEN kami SAYANG... . Inilah keluarga kita ....

Terima kasih uminya yang memaklumkan dengan begitu pantas sekali. Syukurlah, tentunya lebih meriah disambut oleh ayah, putera Areez, dan kakak2nya puteri Alya dan puteri Balqis. Secara otomatiknya Areez sekarang dah jadi abang. Tahniah cucucu- semuga membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan membahagiakan umi dan ayah. Tak dapat saya bayangkan bagaimanalah sibuknya kakak2 tu membantu uminya nanti. Apapun inilah peluang beristirehat di rumah, menghabiskan cuti2 bersama family dan menuntut kasih sayang dan kesabaran melihat kerenah anak-anak.
Mereka adalah anugerah.
Merekalah kunci kemesraan
Merekalah jambatan ke syurga

Areez dengan bang iwan

Terlalu cepat masanya berlalu...Bersamaan juga dengan 2 bulan 8 hari ketiadaan nek ( panggilan mesra ayah untuk cicit2nya). Dapat
saya bayangkan, puteri juga turut menjadi saksi pemergian nenek wan walaupun puteri masih dalam kandungan umi. Umi puteri turut sama2 mencurahkan air mandian untuk almarhum nenek, juga memberi ciuman terakhir sebelum nenek berangkat dari rumah kita. Yang tok chu ingat lagi, puteri sempat menziarahi semasa nenek wan di rawat di PMC. Kita sama2 makan nasi minang, walaupun hajat wan untuk menikmatinya didahulukan tetapi nek wan sekadar menjamah sesudu dua dan menikmati aroma gulai perut sahaja. Hanya tiga hari selepas itu nek wan dijemput ilahi... Semuga dicucuri rahmat, diampunkan dan di tempatkan nekwan di kalangan orang-orang yang soleh dan jannah adalah destinasinya.


Kasut aqis mana?

Andai nek wan masih ade, pastinya diakan cium, sayang cicitnya dan menitipkan doa ditelinga cicitnya dan dibekalkan air jampi dan minyak celak sebagai shifa' skiranya anak cucu cicitnya menangis buat hal yang tak sepatutnya....inilah kepakaran ayah........kini yang tinggal hanya ingatan yg tak berkesudahan


Ayah.......cu merasai ketiadaanmu
cucu puteri terbaru ni...semuga dapat tok cu jumpa 30 ogos nanti....
Sue...jaga diri molek2. pati halia nak oder?

chik Jaa,kak chik- kakak sulung saya , areez dan umi Sue

Tuesday, August 18, 2009

salam Ramadan 1430H

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Dengan penuh rasa takzim, saya memohon ampun dan maaf, jika selama ini saya telah melakukan sebarang penyalahgunaan deria yang dikurnia, kesilapan , keterlanjuran bicara atau sewaktu dengannya sama ada disedari ataupun tidak. Saya akui kelemahan diri dan saya mohon dimaafkan,dihalalkan dan seandainya masih ada berbaki, marilah kita langsaikan sebelum Ramadan ditempuhi. ( sila maklumkan duhai sahabat, teman juga anak2ku). Ayuh kita suburkan rahmat ramadan kali ini dengan baja dan siraman kasih bertemankan kalam ALLAH, tarawwih dan Qiyammulail. Muga gugurnya dosa-dosa semalam dan menjadikan HARI INI lebih baik .

Kejutkan daku jika terlalai
kejutkan daku jika terbabas
kejutkan daku jika tertewas
Pandulah, Pimpinlah dan Arahkan Daku MencintaiNYA
Muga Hidupku lebih Bermakna DenganNYA


Monday, August 17, 2009

Puasa hari syak

Apakah hukum mengqadha puasa pada hari Syak ?

Jawapan :
Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di
dalam Islam sama ada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Namun begitu larangan ini tidak termasuk bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa, seperti seorang yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai contoh, dan berkebetulan hari syak itu jatuh p
ada hari Isnin atau Khamis. Maka orang sebegini tidak termasuk dalam larangan tersebut, ini kerana Nabi saw bersabda:

Maksudnya : "Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka berdasarkan hadith ini, apabila seseorang yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin sebagai contoh, kemudian berkebetulan pula hari syak itu jatuh pada hari isnin tersebut maka dia boleh berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak ada larangan untuknya.

Berdasarkan hadith ini, apabila diharuskan puasa sunat pada hari syak yang jatuh pada hari, yang mana seseorang itu kebiasaannya dia berpuasa padanya, maka mengqadha puasa Ramadhan yang lalu pada hari syak adalah lebih utama untuk dikatakan harus. Ini kerana qadha Ramadhan itu adalah suatu yang wajib dan menangguhkan qadha Ramadhan hingga selepas Ramadhan adalah suatu yang tidak dibenarkan.

al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata :

"Berkata sahabat-sahabat kami (dari mazhab al-Syafie) : "Tidak sah puasa pada hari syak dari masuknya Ramadhan tanpa khilaf..., Jika dilakukan padanya puasa qadha atau Nazar atau kafarah, ianya diterima, ini kerana apabila diharuskan puasa padanya (hari syak) dengan puasa sunat yang telah menjadi kebiasaan, maka puasa fardhu (seperti Qadha dan seumpamanya) adalah lebih utama (untuk dikatakan harus, ini seperti mana waktu-waktu yang diharamkan solat, kerana jika pada seseorang itu ada puasa qadha ramdhan sehari, maka sesungguhnya dia mesti mengqadhakannya, kerana waktu qadhanya telah menjadi sempit."
wallahu a'lam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

apabila kita diajukan masalah dan kita tak tahu maka jagnlah berpura2 tahu tetapi bertanyalah dan rujuklah kita kepada orang yang tahu dan berilmu. Merekalah pewaris nabi. Jazakillah ti

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN 1430H
Saya rindu kepadamu ya Ramadhan, kerana denganmu sy ada daya dan upaya – dengan izin Tuhan – untuk berlapar dahaga, menjaga pandangan, tak mmbuh bicara yang bukan-bukan, bersedekah ringan tangan, rok berjamaah dan tarawih di masjid dan surau, tahajud bangun malam, sujud lama-lama dan berdoa menadah tangan, merayu berbisik dan bermunajat serta membaca sokmo kalam Tuhan...:)

Sunday, August 16, 2009

jom ikut 7 sunnah Nabi

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kema
na pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.




"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Friday, August 14, 2009

Team GONTOR

Alhamdulillah.....
team GONTOR dah pulang..... Doa dan harapan semuga perjalanan anakanda Ahmad Handzolah dan Maryam Nusaibah selamat hendaknya. Saya hanya dapat hantar hingga ke Puduraya sahaja. Perjalanan ke JB mengambil masa 4 jam lebih namun dalam kondisi yang selesa sekali. Setelah setahun di rantauan, pertuturan mereka juga di"indonesiakan". Untuk mereka mudah memahami saya suka menggunakan bahasa inggeris kerana ia tepat dan sama. Lagipun mereka juga memahami dan boleh bertutur walaupun bahasa inggeris yang di indonesiakan. Tapi bila mereka nak mengenakan saya pulak bahasa arab menjadi pertuturan mereka....Waduh cu tewasi...:( Istimewanya pengajian GONTOR pondok moden ini ia menggunakan bahasa rasmi arab dan inggeris. Ahmad dah pandai bergaul dan boleh sepatah dua bahasa jawa. Walaupun syarat dilarang menggunakan bahasa selain dari dua bahasa, tetapi pengalaman adalah kehidupan. Adat merantau biar berisi. Maryam belum boleh memahami bahasa jawa lagi tetapi dah pandai berbicara ala indonesia . Semuga dia juga boleh mengutip pengalaman disamping pengajaran dan pembelajaran di situ selama bergelar satriasi.

Maryam ada tugas iaitu mencatatkan apa yang dilaksanakan sepanjang cuti persekolahnya ini. Yang terujanya ia harus disahkan oleh orangtua( dah tua rupanya bila jadi waris/ penjaga). Saya turut menandatanganinya atas kapasiti "orang tua" selama anakanda maryam berada bersama saya. Adatlah dah tua pun..

Masih banyak misi yang harus dilaksanakan..................
Semuga dipermudahkan segala urusanku.

JaDILAH ketua kepada semut , BUKAN ekor pada naga
(Thanx Ahmad nice to share about it )

pergi tak kembali..


ALFATIHAH untuk almarhum ustz Asri.
(3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)
Salam Takziah buat familynya dan team RABBANI.
Tabahlah hadapi kenyataan....
Terasa bagaikan tak pcaya bila dimaklumkan berita ini.
Takut2 silap info..
Semuga dicucuri rahmat atas allahyarham atas segala pelaburannya selama ini. Ini merupakan sahamnya selama bergelar artis, ustaz, penghibur, penasyid, pendakwah juga muslim yang mukmin . Insya ALLAH. Kematian yang direstui dan diberkati di hari yang mulia.........semuga damailah allahyarham disana...ALFATIHAH

HANYA org yang mengalami TAHU erti kehilangan...pergi yang tak kembali....
Teringat2 kenangan terakhir bertemu dan menyaksikan persembahan Rabbani di Masjid Wilayah 25 july tempuhari. Bersempena dengan program isra dan mikraj, seperti paparan saya sebelum ini, Rabbani sebagai artis undangan mendendangkan beberapa lagu midleynya sebelum maghrib dan seusai majlis forum iaitu lebih kurang jam 1130 mlm.
Gimik asap berkepul2......Gaya dan style dalam suasana berhemah dan terkawal.
Melihat kepada simpulan senyum dan bercahayanya muka ustz asri membuat penonton tak berganjak malah makin memenuhi ruang. Ustaz bagi tazkirah...............
kemudian dia mengajak semua solat jemaah magrib dan isya dulu dan nantikan kemunculannya selepas forum.

Antara lagu selepas forum yang saya ingat lagu istifada' dipersembahkan sebagai menyahut cabaran ustaz zamri zainal Abidin mencari solehudin al Ayubi. Katanya kitalah generasi itu.!!! Ayuh intifada! tersirat urt darah!!!. Malam semakin tega dengan lagu teman sejati. Walaupun lagu hits ni dari kumpulan Brother tapi bila Rabbani menyanyikannya dengan penuh semangat, ia mendapat perhatian ramai, sehingga ustz pun kata hmm..ramai peminat rupanya lagu ni...ye kita adalah teman sejati. SYUKURlah...satunya konsert terakhir dan terbesar RABBANI bersama artis Mesir di stadium melawati telah berjaya diadakan pada 1 ogos 2009.

beruntungnya allahyarham..IKIM fm dan RABBANI dekat dihati....boleh dikatakan hampir tiap kali dimainkan lagu, DJ akan memohon kebaikan dan alfatihah buat aruah. Selain itu alunan zikir, doa dan bacaan qurannya juga diputarkan sebagai peringatan buat yang hidup. Ustaz Asri terus hidup dan menyampaikan dakwahnya buat kita..

Rupanya ustaz hanya dipinjamkan kepada kita selama 40 tahun. Pulanglah dengan tenang dan berbahagialah. NAMUN kita selama mana pula dipinjamkan di dunia ini......bersediakah kita untuk pergi....pergi yg direstui dan merestui......

...kenangan abadi di BTP - saya dapat percuma cd pergi tak kembali sebagai promosinya tempuhari.

Tuesday, August 11, 2009

di balai ketibaan


Ini Bangunan Kuliyyatul Mu'allimat al Islamiyyah yang dimiliki oleh Gontor Puteri Mantingan. Solo. Di sinilah anakanda maryyam nusaibah belajar. Dah setahun dia bermastautin di sana..

Alhamdulillah pejlnan hampir 4 jam dari Sol0 selamat mendarat di LCCT jam 1207 tadi . Ada tujuh orang puteri Gontor tadi. Semua dah macam saudara dan mesra sekali. Nampak ciri-ciri islamik di antara mereka yakni budaya yang diterapkan sepanjang mendapat pendidikan di sana.

Bila saya pandang anak saudara saya ni tergejut pun ada...? Walau pun anakanda maryam dah tersenyum2 tapi saya macam rasa tak kot....silap orang kot ...napa ek?
hmmm....nak kata di "indonesia"kan? ohh tak ler cuma dulu saya rasakan dia kecik je tapi sekarang dah besar dah macam matang...iyelaa usia setahun lalu baru 12 tahun kini dah 13 tahun...dah "dewasa'...Oh cepatnya masa berlalu....

Selamat kembali sayang..
selamat bercuti dan pastinya ayahanda dan umi gembira dan ternanti2 kepulangan yam di pangkuan mereka. Insya ALLAH.

Orang tua jer yang lupa menghitung kehidupannya yang dah di mamah zaman. Jika kita melihat apa yang ada di depan barulah kita terfikir betapa keadaan dan situasi itu berubah dengan pantas. Setiap detik yg berlalu tidak akan berulang lagi, saat saat berlalu akan hanya tinggal kenangan.

Jika seseorang itu baru merasai masa mudanya janganlah mensia-siakan masa mudanya itu. Janganlah menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian satu kesengsaraan.
Usia manusia amat terbatas, maka masa perlu digunakan dgn sebaiknya dlm usaha membentuk hawa nafsu sebagai hamba Allah yg muttaqin.

"You can achieve anything you want in life if you have the courage to dream it, the intelligence to make a realistic plan, and the will to see that plan through to the goal"

NOTA: Terimakasih Fyda, Hayati....cu hargai segala kebaikan mu.ALLAH jua mmbalasnya

Monday, August 10, 2009

bongkar!!!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil ,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap ,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu ,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa ,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir ,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah , Muhammadur Rasulullah" , supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun , Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun , Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun , Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun , Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun , Ramadhan itu ubatnya.

Tahniah Qdeen

TAHNIAH Ahmad Naqiyuddin
segulung ijazah kini menjadi milikmu
jerih payah yang di rentasi
namun menyerah tidak sekali
yang pastinya dirimu diungguli
permata seri ayah dan umi
teladan buat angah, adik dan kakak kembar
jejakmu pasti kan dilewati lagi , walaupun wan tiada bersama merai
tapi pastinya wan kagumi, dirimu berjaya kini
mengikut jejak ayah dan umi
universiti sebagai pentas perjuangan
sebelum mukadimah mengejar kejayaan

bersyukurlah
kita masih bernafas lagi
dunia kini bukan fantasi
alam nyata yang menuntut keredaan ILLAHI
alam yang tegar menghadapi hari esok
(sekalung tahniah buat anakanda ku ahmad naqiyuddin yang telah menerima ijazahnya di UTHM hujung minggu ni. Kejayaan ini dikongsi bersama ahli keluarganya. Terasa berbaloi melihat kejayaan anak-anak disertai dengan keredaan family. alhamdulillah, Syukurlah dan harus diingat along perlu membalas jasa mereka yang membantunya selama ini. Boleh kot sesekali belanja cu..mmm en qdeen kan jurutera IT...)

Sunday, August 9, 2009

pena pejuang

TERKASIMA saya menatapi sesawang "pena pejuang" satu2nya wanita waja yang mula saya kenali dan tatapi wajahnya di malam sebelum kemuncak perhimpunan rakyat 2009. Wanita tega itu mengilik sebeban fail dan menggalas beg dibelakangnya mengatur langkah seusai mesyuarat muslimat ditangguhkan. Misinya bersama rakyat dalam perjuangan Srikandi berani ini mempunyai catatan pengalaman ditahan, dilokap dan haqnya dirampas namun semakin kuat semangatnya untuk menegakkan keadilan di MALAYSIA. Indahnya namanya seindah misi yang digalasnya. TAKBIR....
Terus kan perjuangan mu..aiman athirah al jundi
http://aljundiathirah.blogspot.com

Sakit tanda sayang

subhanallah..
sakit nya tak terperi
tidurnya dah tak bererti lagi
menanti fajar menambahkan lagi penyiksaan
pabila satu anggota sakit, satu badan tak keruan
benarlah kata sakit dan sabar itu beriringan
namun sejauh mana ????


"Hendaknya kita menyedari bahawa musibah yang menimpa kita bukanlah untuk memusnahkan kita, sesungguhnya kehadiran musibah tersebut hanyalah untuk menguji sampai dimana kesabaran kita" (Ibnu Qayyim)

MORALNYA: Bersabar dan bertaubatlah...itulah gula2 penawar racun kedukaan.
Anti biotiknya redza dan muhasabah..
dan dapatkan rawatan dari pengamal perubatan
bERSYUKUR pada ALLAH
UJIAN ini dapat dihadapi walaupun perit seketika cuma.....amin


Ya ALLAH ampunilah dosa2ku hari ini, semalam dan besok dan ampunilah andai ada saya menyakiti hati emak,ayah, saudara2ku, muslimin/muslimat yng disedari maupun tak....
sesungguh saya mendambakan kasih sayang mu YA ALLAH...

Friday, August 7, 2009

bukan sekadar Ucapan

UCAP ITU TANDANYA DOA......

ilham & suhail

SEMUGA BERBAHAGIA DAN MENJADI ANAK/ISTERI SHOLEHAH.
Terlalu indah kenangan semalam

Terima Kasih ALLAH



SELAMAT PENGANTIN BARU
(1/8/09)
Jaslina & Haikal

konti ini menemukan dua hati yang saling melengkapi.
Selamat melayari bahtera perkahwinan dan hargailah yg ditemui. ALLAH tidak memberikan sia2 melainkan ada kebaikan didalamnya. Walaupun kita baru bertemu tapi banyak cerita yang kita kongsikan. Muga kebahagian milik adik2ku ini....tahniah Haikal & Jas

Thursday, August 6, 2009

wabak oo... wabak


Hari ini angka kematian akibat wabak H1N1 ini telah mencecah angka 14. Esok atau lusa dapatkah kita menjangkakannya? Ini bukan persoalan salah siapa tetapi inilah salah satu petanda "kiamat sudah dekat...!!! bersediakah kita?


Jom kita sama-sama amalkan doa ini.
Mudah-mudahan ALLAH menjauhi dari segala bala dan petaka. Kata mak doa ni diperolehi dari satu-satunya gurunya yang telah dianggap macam emaknya juga. Walaupun jasadnya telah dijemput ilahi namun ilmunya tetap menjadi amalan dan ikutan. Apa saja kebaikan daripda ilmu dan manfaat akan doa ini saya kembalikan kepada tokguru yang menyampaikan. Mudah-mudahan pahalanye berterusan dan dicucuri rahmat yang berterusan. Dedikasi untuk almarhumah tok wa jah, dan almarhum tok guru tok wa jab dan juga pada mak yang menyebarkannya.
TERIMA KASIH MAK

Tujuan Allah Menurunkan Bala':
* Untuk menghapuskan atau mengkaffarahkan dosa hamba-Nya.
* Untuk menganugerahkan pahala yang banyak kepada hamba-Nya yang bersabar.
* Untuk mengangkat darjat hambanya yang redha dengan ujian-Nya.
* Untuk memberi peringatan kepada hamba-Nya yang leka dan lalai.
* Untuk membalas kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh hamba-Nya.


***semuga "sahabat" yg tak sihat dah sihat dan bersyukur. Alhamdulillah

apa nak jadi???

Kebetulan dalam keriuhan menyambut 1 Ogos di jln raja laut saya menyaksikan sendiri sesuatu dalam hidup. Dalam kedinginan menikmati udara nyaman dan dibuai mimpi indah tetapi ada warga kota lain pula kehidupannya. Walaupun hanya segelintir namun ia cukup mewakili warga kota di malam hari. Di tika angka 12 malam menginjak, saya dapati ramai kupu-kupu malam berterbangan mencari pasangan. Barulah saya perasan banyaknya hotel murahan dan kedai kopi di sepanjang jalan itu. Pelbagai bangsa dan ragam dan kebanyakannya telah berusia.

Teringat satu ketika dulu bersama-sama dengan salah seorang anak saudara lelaki saya di jln chaw kit. Mulanya kami jalan berasingan tetapi selepas dia disapa oleh kupu-kupu malam, kami terus jalan beriringan tangan dan macam couple. Bagaikan sukar untuk mempercayai seorang pelajar lelaki yang layak dianggap seperti adik atau anak pun dipujuk rayu. Segalanya kerana duit dan kepuasan diri. Semuga anak-anak saya dan kita ada iman dan dijauhi dari kemaksiatan ini.

persoalannya:
dimana maruah dan tatacara hidup kita?
dimana , kenapa dan mengapa mereka memperjudikan diri
mengapa di sebarluaskan penularan dan gejala penyakit ini
kenapa tak membanterasnya? bkl mengancam dunia!!!!
Di mana POLIS, FRU, JAWI, jbn perdana menteri, JAKIM........?

tersergamnya bangunan PAS seolah menjadi saksi kemaksiatan namun ia tak daya membenamkan kemaksiatan tanpa ada sokongan dari kita.
Haruskah kita nyenyak tidor dan bahagia bila kemaksiatan depan mata belum terbenteras?
FIKIR@fikir2kan

Monday, August 3, 2009

bermula langkah srikandi 1



bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikan niat di hati
hingga nyata benarnya robbi


S
ekalung tahniah buat anak2 NISA' ku' .....pengalaman dalam perjuangan rakyat pun bermula ...inilah harga yang ternilai dan amat bermakna dalam hidup. Mengalami sendiri keperitan, kesukaran bernafas dan ketakutan adalah kunci dalam perjuangan,Hakikatnya diri menjadi semakin berani dan bersemangat .Maka rugilah bagi mereka yang tidak pernah berpengalaman di keji, di maki di sembur dan di jerkah oleh agen2 keselamatan negara.

Dikala ini saya terfikir sejenak, dinihari sebelum perhimpunan mansuh ISA, saya menemani anak2 di Jln Raja Laut. Melihatkan kepada mereka, saya berbangga kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai anak yg bergerak dalam perjuangan yang tepat.......................
..........sambung