Thursday, July 30, 2009

catatanbuatsahabat

Salah satu yang membahagiakan kita adalah mempunyai sahabat. Persahabatan yg pernah terjalin tidak pernah dirancang tetapi adalah ketentuan Ilahi dan satu anugerah. Dalam situasi sekeliling sahabat adalah teman yang kita dambakan..Hmm betul ke ayat nie?

Walaupun begitu dalam proses mengenali sahabat ia harus diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur,disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..tidak dan tidaaak!!


Kerinduan ....
Ya ,..inilah jawapan bila ia terus menyepi,
tanpa membisikan semangat dan tanpa bertanya khabar .
Mungkin kesibukan antara tugas dan komitmen rumahtangga menghadkan persahabatan kita.
Walaupun kita berjauhan dan jarang bertemu, tapi inilah cara kita kerana kita pernah ditakdirkan untuk bertemu dan bermesra dan bagaikan bersaudara hubungan kita.

Semuga ALLAH memelihara hubungan kita kerana persahabatan kita kerana ALLAH. Kebahagiaan mu, keselamatanmu dan kesihatanmu adalah dibawah pemeliharaan ALLAH.
Semuga sahabatku selamat senantiasa. Ya ALLAH peliharakan persahabatan kami.

NOTA....terimakasih sahabat kerana membaca luahan hati ini.......

Wednesday, July 29, 2009

Sakit tanda sayang

Dari Abdullah r.a katanya:
”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,” Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)

Buat orang-orang yang kini sedang di uji atas nama "sakit", "tak sihat" dan sebagainya terimalah hadith ini sebagai penawar. Walaupun perit tetapi dalamilah nikmat ketika menghadapinya. Maaflah andai saya hanya bijak berkata-kata tetapi disegi realitinya saya juga seperti "kamu". Sokongan moral bagaikan penawar di tika sakit menjengah kecuali "kepura-puraan" . Sesungguhnya sakit fizikal masih boleh dirawat berbanding sakit yang tak nampak dimata, tak terkesan dik deria dan tak terjangkau dik firasat. Saya mendoakan semuga semua kembali sihat dan ringan menyempurnakan kebajikan..(cu syg org yg syg ALLAH)

Monday, July 27, 2009

wabak?

sekolah, politeknik, uitm, ipp ditutup
segalanya gara2 HINI....
takutnya kita bila wabak ini menular

apa kabar angah Farhana?
abg Pul?

hemmm

Sunday, July 26, 2009

Bicara Ad Deen

Kembalikan Generasi Salehudiin AlAyubi

Setiap tahun kita secara tabie akan mengulangi semula cerita tentang isra dan mi'raj.
Perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul). Namun sejauh manakah penghayatan anugerah ketentuan ALLAH ini kita dominasikan?

Peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Takdir ALLAH peristiwa ini boleh mencabar keimanan manusia, kerana logik akal dan tabie manusia sukar mempercayainya. Tetapi dengan keyakinan dan akidah yang tinggi seperti khalifah Abu Bakar r.a(As siddiq), persepsi roh dan jasad Nabi Muhammad diperjalankan dengan izin ALLAH adalah BENAR. Tetapi hari ini "seolah-olah" ibu2 dan wanita (mandul) gagal melahirkan Abu Bakar ke 2? Kenapa?

Dunia juga semakin parah akibat sains dan teknologi yang tidak berteraskan agama ISLAM dan ilmu kejiwaan. Pendekatan dan teori SAINS adalah ilmu yang keterbatasan kerana ia sekadar memahami tabie ilmu alam. Seperti apabila satu barang dilontar keatas, ia pasti jatuh ke bawah. Jawpan dari sudut fizik adalah tarikan daya gravity, momentum, force, energy, frekuensi dan kelajuan. Teori sains hanya memberi jawapan mengapa tetpi siapakh PENCIPTAnya?(WHO CREATE). Segala peristiwa bantuan ALLAH terhadap para rasul-rasulnya seperti api,tongkat,pedang,dll yang berubah dari tabie sebenar adalah atas perintah ALLAH(THE CREATER). Degilnya umat sekarang menolak kebenaran sehingga memisahkan keyakinan pada ALLAH. Justru itu mari kita bina persepsi dari AlQuran dan warisan yang harus dipraktikkan. Apakah kesannya isra mikraj masa kini?

Kejayaan Solahuddin Al Ayubi seorang panglima islam, pejuang, mujahid, tokoh ilmuan dalam pembebasan bumi Palestin dan Kota Baitul Maqdis selepas 60 tahun dijajah harus diulang. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 Rejab 538H . Padanya terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.

Ayuh saudaraku....Kembalikan Generasi Solahuddin aL Ayubi !!!!
Bumi Palestin harus dibebaskan dari diratah penjajah Yahudi Zionis yang kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin. Marilah selamatkan masjil Aqsa, kiblat pertama umat Islam....Hikmah disebalik setiap kejadian ALLAH jua yg mengetahuinya. w'aklam

Nota kaki: Catatan ini adalah antara intipati forum isra mikraj dan kepentingannya yg diadakan di masjid wilayah. Ketokohan moderator(ust mahathir saharudin) dan ahli panel seperti pakar fizik-dato prof yusuf othman, tokoh agama-ust roslan muhd(um) dan ust zamri zainal abidin (ikim) memang di kagumi. Sessi ilmiah ini membincangkan sesuatu kelainan yang lebih bersifat global. Semuga dapat di fikir-fikirkan dan TERIMA KASIH ALLAH.

happy birthday dik Pai

26 julai -tarikh keramat utk memperingati kelahiran dik pai. Anak saudara saya ke 10.

Selamat Hari Lahir
Selamat menjadi anak soleh
Selamat menjadi pendidik yg membentuk peradaban ummah
Semuga Selamat di DUNIA DAN AKHIRAT dalam keberkatan
Ilyas Tufail...........
seindah pengorbanan nabi ilyas......
& sabahat nabi yg juga perjuang dan berjuang kerana ALLAH....Tufail

amin

Friday, July 24, 2009

ohh Jamnapari 1

Balik kampung sempena memperingati 40 hari ayah tinggalkan kami...ada satu berita terbaru dari kampung . Ada sepasang Kambing Jamnapari ..

Ini adalah spesis kambing yang baru dibela. Menurut kata dik da, kambing ini dibela kerana abg ahmad husaini suka dengan kambing ni yang manja. Sekali pandang mcm kaldai tapi melihatkan telinganya mengingatkan kepada serigala pun ada. Oleh kerana itu pembesaran kandang yng sedia ada sedang dilakukan oleh abg mat dan abang soleh. Kiranya ayah masih ada tentunya ayah gembira kerana ayah amat menyanyangi kambing2nya ..andai sakit di ubati, andai patah di tongkati, andai berulat dirawati, andai kecil disusui dengan susu everyday.....dan andainya ada cucu/cicit baru dilahirkan kambing ni lah bakal dikorban aqiqahi. Yang utama......nabi juga seorang pengembala kambing dan ayah juga mencontohi sunnah nabi kita. Ketahuilah ayah......selang seminggu selepas ayah pergi.....seekor kambing kita telah di timpa kecelakaan (excident) dan sempat disembelih yang akhirnya menjadi kenduri anak cucu.. ..
Pun begitu adakah satu suratan atau kebetulan??

Thursday, July 23, 2009

happy birtday Yusof Midad

Penat ni!-
senyum skit..
serius nya
ala manja?




Ini Yusof Miqdad. Lahir 20.07.2001. Doa dan ucapan selamat hari lahir yang ke 8, Semuga menjadi anak soleh. Nama timangan edat dan merupakan anak bongsu dari 8 beradik. Lahir dan tinggal di Skudai, JB.
Kenangan terindah mengenai cucunda ke 47 ni:
Edat menangis dan teresak-esak di hari pemergian wan( 11/6/2009)

Semasa wan di rawat di PMC, setiap pagi kita edat bersama-sama membaca yasin, mathurat untuk mendoakan kesihatan wan dan selepas wan meninggal, edat juga baca yasin sambil tunggu tepi wan bersama ayahanda dan sepupu yang lain. Kita sama-sama mencurahkan air mandi untuk almarhum wan tetapi tiada sapa menduga anak sekecil ini mempunyai satu perasaan kasih sayang yang tinggi untuk almarhum.. Sungguhpun jarak dan kekangan waktu yang membataskan edat bersama wan di kampung tetapi ikatan kasih itu adalah anugerah. Ingatlah bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, supaya kita akan terus mencintai dan dicintai orang-orang yang kita sayangi.

Ketika di masjid, semasa menanti keranda diangkat ke kubur, edat dan adik zaki sekali lagi tunggu tepi wan. Alangkah bertuahnya jika saya dapat membaca apakah katahati anak sesuci edat ini ketika itu. Kali ini edat memang teresak-esak dan menyebak dan memilukan sesiapa yang melihatnya. Antara yang terkasima adalah ibu along(kakak Lang Nah BtgKali) . Sayangnya edat pada wan...TETAPI ALLAH lebih sayang wan.... edat bukan menolak hukum alam tetapi sekadar melepaskan perasaan sayang, kasih, cinta kepada orang yang pernah membelainya.

Mungkin sikap ayah sendiri yang tegas tetapi mesra dengan anak cucunya hingga edat teramat pilu. Ayah amat pemurah, suka mendahulukan anak cucu dan suka menasihat. Kalau anak cucu bercerita ayah suka mendengar dan kongsi cerita. Ayah akan cium dan pegang kepala dan tepuk-tepuk bahu anak cucunya. Sekiranya mereka membuat sesuatu yang tak disukainya, ayah tak teragak-agak akan tegas dan ini menjadi peringatan untuk semua.

Kepada 52 orang cucu wan/tok yang mempunyai pengalaman tersendiri bersama almarhum wan inilah satu kenangan dalam kehidupan. Iya tak kan berulang lagi dan tak mungkin sama seperti wan lagi. Hargailah mereka yang ada, sayangi org yang kita sayang sebelum mereka meninggalkan kita....ambilah iktibar duhai anak-anakku...
Anak-anak saudara saya:
zul,suriani, nizam, mariani, iwan, farizan, ti, salleh, nurul, dik pai, fyza, hafiz, sara, kakak ajan, qden, abg long hamzah, abdullah, dik fahana, saiful,dik bas, anas, dik fa, asraf, fathiyah, naem, faizah(kak Ngah), handzalah, arif, long-aminatul, irfan, maryam, husaini, kakak dan adik kembaq-hazwani& sharwani, atiqah, zaid,imad, abg im/ib, shahmi, adam, syuhaida, aisya, shahira, zaki, huda, edat, shahir, dik arif, dik ain, dik nadhiah juga adik danial.
cucu-cucu saudara saya:
harith, hanis, hasyir,hifzan, aufa,nisa, allya, balqis, hareez, amirul, amira, izani,zulaika,zikry.hakim, wawa, fifi dan akan datang-ogos 2009(insya allah)


Nama Yusuf juga diabadikan sempena mengenangkan kembali anak saudara saya yang telah dijemput ilahi pada 23.06.2001 .Cucunda keluarga ke 17 ini meninggal di usia 13 tahun(26/4/1988) . Seindah nama Yusuf Firdaus anak saudara saya ini telah tertulis berkota di jannahtul firdaus sekarang. Berbahagialah abang Din dan ibu kerana ada anak-anak menanti di syurga. Seperti mana juga dua anak kembar ayah, abg Hussin dan abg Hasan yang menerima dan telah menyambut wan di alamnya kini. Berbahagiala ayah, abg hussin & hassan, yusuf, ishak( meninggal semasa dilahirkan) dan huda hayati (jg meninggal slps 30 hari brtarung dengan jaundis)) ....Doa dan ALFATIHAH buat meraka .

Nota Kaki: Terima kasih edat kerana memberi ilham untuk cu membuat catatan ini sempena nama dan kenangan termanis yang kita saksikan bersama. Semuga Edat berjaya membahagiakan family dan maruah agama dipertahankan seindah namamu.

Wednesday, July 22, 2009

Al fatihah Dr Marwa Sherbiny

Innalillah hi wainailai hirajiun. Semuga dicucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkan di kalangan solehin dan berbahagialah almarhumah dalam islam dan iman menjadi pegangan. Semuga suaminya cepat sembuh dan lukanya menjadi saksi atas sebuah kekejaman manusia. amin


Ketika kuliyah dzuhur hari ini, saya terpana seketika. Betapa diri ini jauh dari perkembangan berita mutakhir. Kematian Dr Marwa sewajarnya mendapat tempat di kalangan ummat islam kerana ia melibatkan maruah agama kita. Namun hakikatnya berita yg ada di media kita, seolah-olah adalah satu tragedi yang tak memerlukan ulasan masyarakat. Ayuhla kita berkongsi cerita dan bertanya diri siapa sebenarnya terrorist...? Sejauh mana kita membela agama dan siapa kita disisi NYA kelak? Ya ALLAH tolongla kami, bantulah kami..Masukilah kami jannahMU dengan redzaMU.

Kita spatutnya lebih tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Foto : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya


Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.

Satu suasana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di `medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata `tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langsung tidak dihebahkan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakan hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah Dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya.

Semuga ALLAH memelihara umat Islam di Germany, Russia dan seantario dunia.

petikan asal :http://usharewecare.blogspot.com/

Friday, July 17, 2009

WAN kita telah pergii...

Wan kami bernama HJ MANSOR BIN ABDULLAH telah meninggal dunia pada 11 Jun 2009 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1430H jam 1.55pagi. Kami berasa sedih kerana tidak mempunyai wan lagi. Ketika itu, saya tertidur di kerusi bersebelahan katil dalam wad tingkat 3A bilik 401e PMC. Tiba-tiba ibu mengejutkan saya daripada tidur dan memberitahu wan baru saja meninggal dunia. Saya terus pergi ke katil dan menatap wajah wan. Saya nampak macam wan sedang tidur tapi selepas itu muka wan ditutup dengan kain putih. Saya menangis sehingga merah mata. Saya lihat ibu dan emak saudara saya membaca yasin ketika itu. Saya lihat saudara mara yang turut bersedih termasuklah tok.

Kemudian ibu menyuruh saya mengemas barang-barang yang dibawa ke hospital untuk dibawa balik ke rumah seperti kain baju wan, makanan, selimut, tikar dan sebagainya. Ada emak dan bapa saudara yang menemani aruah wan di hospital dan ada yang balik dulu untuk membuat persiapan di rumah. Ketika dalam kereta, saya dan keluarga di datangi oleh seorang lelaki meminta duit. Ayah tak memberi wang padanya dan kami terus memecut kereta memyebabkan orang itu berang. Orang itu juga beralih ke kereta cik wan untuk meminta perkara yang sama. Takut juga..


Kami sampai di rumah dalam pukul 4 pagi, saya dapati jiran dan beberapa saudara mara saya sedang mengemas rumah. Saya turut membantu mengangkat kerusi dan menghampar tikar dan kapet di ruang tamu untuk menyambut kepulangan wan . Saya juga turut membantu mengemas dan mengelap lantai dan tingkap di rumah bersama sepupu yang lain.

Adik saya, Nabiatul Huda dikejutkan oleh ibu, memaklumkan kematian wan. Adik seperti tak percaya berita ini dan bertanya sekali lagi kepada mak ndak. Adik Huda turut bersedih kerana sebelum dia balik dari hospital petang tadi, keadaan wan seperti biasa sahaja. Dia sempat bersalam dengan wan.

Jenazah wan sampai dengan van Pak Lang. Turut bersama ialah Tok, Cik Na, Ngah Nab, Pak Tam, Pak Nyang, Pak Su, abg Salleh, Abg Anas, Abg Pai dan beberapa lagi ahli keluarga lain. Jenazah wan diletakan di ruang tamu dengan beralaskan tilam dan cadar putih. Tirai juga dipasangkan bagi memisahkan kedudukan jenazah ruang itu. Selepas solat subuh kami sama-sama berkumpul di depan jenazah wan untuk membaca surah yasin. Saya juga turut membaca beberapa juzuk Al Quran untuk wan. Ramai tetamu di kalangan saudara mara,rakan-rakan, anak murid dan jiran yang menziarahi wan buat kali terakhir

Tepat jam 11 pagi, jenazah wan diangkat dan dimandikan di ruang dapur dalam rumah. Tirai juga dipasang dan hanya saudara terdekat yang masuk melihat wan. Saya juga turut mencurahkan air kasturi dan menggosok-gosok badan wan. Kelihatan wajah wan menjadi lebih putih daripada biasa.

Selepas selesai memakaikan wan dengan kain kafan yang terdiri dari dua helai kain putih dan sehelai kain ihram yang pernah wan gunakan ketika menunaikan haji dan umrah dulu.

Kemudian jenazah wan diusung sekali lagi ke ruang tamu untuk disempurnakan kafan. Saya turut menabur wangian dan air mawar kepada wan. Saya juga mencium dahi wan yang sejuk itu. Semua emak saudara, bapa saudara, anak saudara (cicit), sepupu( cucu), atuk saudara ( tok shu) juga tok memberikan penghormatan dengan mencium dan menabur wangian untuk wan. Saya mengalirkan airmata apabila melihat keadaan ini. Saya lihat sepupu saya juga menangis

Jenazah wan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Ramai orang datang untuk menyembahyangkan wan. Saya dapati sepupu saya menangis teresak-esak semasa menunggu sebelum diangkat ke tanah perkuburan. Selepas disembahyangkan , jenazah wan di bawa ke tanah perkuburan.

Paksu dan pak njang turun ke liang lahat untuk menyambut wan. Saya lihat ikatan pada kaki dan kepala wan dibuka dan diletakan ketulan tanah. Saya tidak sanggup melihat kerana sedih. Saya lihat pak tam,ngah, juga sepupu-sepupu berada di atas dan mereka juga membantu mencangkul tanah ke lubang kubur.

Selepas selesai, imam masjid datang dan membaca talkin di depan wan. Semua saudara mara juga turut mengaminkan doa untuk wan.

Selama 7 hari bacaan yasin dan tahlil di buat di masjid. Ada juga yang membacakan Al quran di kubur wan. Saya pun turut membaca dan berdoa di kubur wan. Adik Huda suka bawa air mawar dan menjirus untuk wan. Kami juga bawakan daun pandan yg telah di potong untuk di tabur pada pusara wan. Kata ayah saya, selagi daun-daun itu hijau ia mendoakan kesejahteraan untuk wan. Kami juga mencacakkan pokok bunga di kepala dan kaki wan. Saya harap pokok itu dapat hidup .

Sekarang hampir setiap petang saya dan keluarga akan menziarahi pusara wan. Setiap kali menziarahi pusara wan kami akan membersihkan pusara wan dan membaca yasin dan tahlil. Kelmarin, pak tam telah mengorek lubang untuk meletakkan batu nisan di atas kubur wan. Di atas batu nisan terukir nama wan dan batu nisan berwarna hijau. Batu nisan kelihatan bersinar dan lincin . Saya dan keluarga merasai ketiadaan wan di rumah kerana wan seorang yang baik.


Cacatan asal : Muhamad Ibrahim Soleh 11 tahun ( cucu ke …..) 20062009 Di edit sikit2: chu
( editor tanpa kepakaran dan kemahiran mengedit perkataan/ bahasa spt seorang editor yg bertugas di sebuah gedung penerbitan. Semuga satu hari sahabat saya menjadi seorang penulis terkenal juga. Tulisan ni dah lama cu amik dari pc kt kg. Ib yang tuliskan tapi cu tak boleh teruskan membaca kerana terasa macam” tayangan video sedang dimainkan”.. Tetapi mengenangkan 40 hari ketiadaan wan pada isnin nie (bersempena dengan isra’mikraj) , sengaja saya mengajak anak2 cucu berkongsi rasa dengan adik Muhammad Ibrahim dan adik Nabiatulhuda . Catatan adik Ahmad Husaini menyusul lepas ni )

foto: wan dikelilingi ank cucu dan cicit untuk kali terakhir sebelum berangkat ke masjid
Selain tu… saya mengharapkan kita sama2 dapat menghadiahkan “ALFATIHAH, YASIN dan TAHLIL khusus buat ayahanda kita
...

Wednesday, July 15, 2009

kursus oh kursus 02

mempelajari dan mengenali open office.org.
best juga maklumla perisian free...bleh ambil dari internet..
macam word juga tapi lebih banyak yang perlu dipelajari.
jadi sifu mcm en nadzry ni mgg best laa
boleh tanya bnyak2
tq pada boss yng mengizinkan saya berkursus

Monday, July 13, 2009

sahabat...

Friends are like melons,
Shall I tell you why ?
To find one good friend you must try...
Never look back...
Never regret...
Never remember...
the people you've met...

Never begin...

And never end...
Never say never...
When its come to your friends...

thanks to be my friend

alhamdulillah

happy birthday CIK NA


selamat ulangtahun kelahiran pada kakakku, Rusnina
Semuga ALLAH memakbul doamu dan dipermudahkan urusan menunaikan haji 2009.
Diberkati ALLAH hidupmu dan family ats segala kebaikan yng diberi .
Thnz for ur caring,loving n sincerely sis.
I love u sis

13 julai .......32 hari selepas pemergian ayah kekal sbg memori


ucapan balas yg diterima:
tq, tq, tq Semuga kita sama2 beroleh sejahtera.Semuga AYAH bahagia disana. KITA anak2 redha dengan apa yg ayah persiapkan untuk kita.

nota kak
i:
Foto ni dirakamkan sebelum kelahiran anakanda sholehah( nadhiah)

Sunday, July 12, 2009

kurrsus oh kursus

hmm...hari ni attend kursus internet..
banyak yng tak tahu......
kursus kt ipptar jer

hendak seribu daya

Allhumma solli ‘ala saidina Muhammad wa a’la aalihi wa as-haabihi ajma’iin
“ Ya ALLAH, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya “

Dalam kehidupan seharian kita menempuh banyak perjalanan. Ini bermakna kita mempunyai banyak tujuan dan banyak matlamat. Semua orag akan berhadapan dengan berbagai perjalanan dan berbagai tujuan. Mampukan kita membayangkan seseorang yang mundar- mandir di perjalanan tanpa tujuan????

Tapi sedar kah kita kehidupan dunia ini HANYALAH satu perjalanan? Dunia hanya sementara yakni jambatan ke alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat. Samada kita di dunia atau dihidupkan semula di akhirat kita sebenarnya menuju ke satu destinasi. Matlamat hidup sebenar adalah kebahagiaan hidup di dunia dan mendapat keredzaan ALLAH di akhirat.

Namun bagaimana kita merancang dan menyiapkan persediaan untuk mencapai matlamat?? Satu persoalan yang subjektif untuk di rungkai mengikut perspektif individu. Saya sedang merangka dan menuju ke fasa yang sepatutnya. Anda bagaimana?

Inilah antara persoalan tentang kehidupan yang mengizinkan saya untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid As Syakirin KLCC iaitu kursus panduan solat musafir dan solat ketika darurat”daripada dua penceramah tersohor. Majlis ilmu merupakan satu majlis pengampuanan dan seumpama menghadiri taman- taman syurga. Subhanallah

Yg bhg Dato Ustaz Abu Hassan Din selaku pembentang pertama mengingatkan peserta tentang kalimah “ DEMI MASA…” dari surah Al Asr. Kenapa masa, kenapa “insan” bukan “nas”? Segalanya membuka persoalan tentang kehidupan mencari hukum AL QURAN dan panduan AL Hadith.

Beribadatlah dengan ilmu dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan buat manusia. Solat musafir satu solat yang harus diamalkan oleh seseorang musafir dengan syarat2 tertentu tanpa mempertikaikan apa “orang kata”. Kupasan nota yang sahih karangan dato di jadikan rujukan. Majlis selama 3 jam bagaikan 15 minit kerana banyak persoalan dan iktibar kecuaian manusia akibat kekurangan ilmu di kongsikan. Pengalaman Dato bersama jemaah haji dan umrah membuatkan diri bertanya lagi adakah saya akan mengulangi kesilapan yang sama satu nanti??? Tentu TIDAKKK!!!

Selepas solat dzuhur, dihidangkan pula dngn “Persoalan Solat& Bersuci, Semasa darurat, sukar dan sakit.”. Dengan teori dan praktikal di sampaikan oleh pembentang kedua, Ustaz Azhar Yahaya saya rasa bersyukur kerana beberapa kemusykilan tentang almarhum ayah dapat saya kongsikan. Terasa terpanggil untuk bertanya ustaz dalam dewan yang luas dan dihadiri lebih kurang 150 org antum cukup memuaskan hati.

Mengikut survey ustaz, kira2 85% orang yang sakit di hospital tak menunaikan solat. Ini memerlukan usaha dakwah untuk menyampai dan mengajarkan pesakit dan penjaga pesakit apabila berhadapan dengan ujian. Sebenarnya orang sakit masih boleh beribadah seperti seandainya tak diizinkan menunaikan haji – boleh memperuntukan wang sekadarnya sahaja untuk mngupah haji. Boleh membayar fidyah kerana tidak lagi layak berpuasa dan di beri kemudahan menunaikan solat – duduk, menyandar,melintang, mengiring,isyarat- mata dan hati . Semua kemudahan ini hanya ketika sakit dan bergembiralah dengan pemerhatian ALLAH pada ketika sakit. Ustaz juga berpengalaman sakit ketika menyiapkan buku solat orang sakit. Sebagai aktivis NGO, ustaz sering terdedah dengan reality dan rintihan pesakit yang dan telah menyarankan pesakit dihadiahkan buku ini sebagai santapan rohaninya.
Oleh itu marilah kita menggesa pesakit menunaikan solat dgn Niat ketika ambil wudu- shja aku wudu’ untuk mengharuskan solat kerana ALLAH Taala. Subhanallah

Dalam sesuatu keadaan kita tak menjangkakan akan berlaku kesesakan di jalan raya di mana kekangan waktu solat dan wudu yang sempurna. Oleh itu tidak ada alasan melalaikan solat walau di mana jua keadaannya. Dalam kes ini teori yng di fatwakan untuk dato sheik muzaffar boleh dikongsikan. Debu yang berterbangan di bumi ini boleh dijadikan alat untuk bertayammum. Mungkin di dashbox, atau di tingkap kereta atau di tepi pintu adalah contoh yang mewajibkan kita untuk menunaikan solat. Sebagai persediaan- air dan spray bottle perlu ada dalam kenderaan terutamanya d’viva. Pengalaman terperangkap dalam kesesakan banjir di ibukota( jalan ipoh) cukup di jadikan iktibar. Hampir 3 jam terperangkap telah mengajar erti perjalanan kehidupan.

Segalanya berdasarkan ilmu, Ilmulah yang membezakan akhlak dan membentuk peradaban. Dengan mengetahui kaedah solat, cara bersuci, cara bertayammun, cara wuduk orang sakit, solat jamak ketika sakit, solat menghormati waktu dan darurat sekurang-kurangnya bersedia “selagi akal berfungsi” selagi itulah tuntutan solat di wajibkan.

Ya ALLAH ampunilah diri ini. Saya mohon rahmatmu, Mohon taufik hidayahmu, Mudah-mudahan bermanfaat dan ada kebaikan info ini dikongsikan.

Wallahuaklam

Saturday, July 11, 2009

happy birthday

11/6/2009....tarikh keramat yang mengembalikan ingatan tentang ayah
Setelah 30 hari berlalu, Paksu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Happy Birthday to you PAKSU FUAD. "
"Semuga menjadi pemimpin yang diredhai, suami yang menghargai, ayah yang membahagiakan family dan anak soleh-bernilai di mata hati emak ayah" Berlandaskan iman, ehsan dan ikhlas- panjng umurmu murah rezkimu selamanya. Amin. (11/7/2009)

11.5.....birthday abg Zan sebulan sebelum ayah meninggalkan kita...
11/7 ...sebulan selepas ayah tinggalkan kita....
satu kebetulan atau suratan?

12/5 dalam ingatan peribadi

Friday, July 10, 2009

kasih ayah

" cu, buatla kisah wan, tulisan yang dihayati. Tulisan yg hidup lahir dari hati "

Pinta anak saudara saya, Sara dalam ym nye pagi ni. Terimaksih sudi melayari blog yang dalam proses pembelajaran ni. Bantula cu berilah komen lagi. Insya ALLAH. Ada dalam perancangan. Adik kena bagi sokongan dan bersabar. Banyak yang tertanam di sanubari ni dan akan kita kongsikan. Cuma buat masa ni, apabila cu terkenangkan wan sama ada tika bekerja, solat, menulis atau baca quran sudah pasti ada mutiara kaca yang mengiringi. Hanya doa, fatihah, surah al ikhlas yang cu kirimkan khas untuk wan tika itu . Selain itu yassin dan tahlil masih menjadi amalan setiap hari. Mudah2an cu dapat isqamah dalam beribadah ini.

malam tadi pak ndak sms cu ( 1:.43: 10/7/2009 )
salam cu, kenangan manis bersama ayah- 27 thn dulu, lepas 1st istimak Malaysia di KT, abg dok tunggu kerje waktu baru balik UK. Kami-ayah, abg Din, ank zul & abg keluar jemaah 10 hari di kwsan KK, habis di Taiping. Lpas tu setahun later kami pi istima' Yala. Bleh confirm dengan mak. Ya ALLAH berilah ganjaran abadi untuk ayah pi istimak' KT & Yala dan kluar untuk berdakwah. Agama penting dlm hdup & dakwah menghidupkan ruh agama. Doa supaya semua umat ambil dakwah as kerja kita. Allah Akbar

sms daripada teh (22.54:9/7/2009)
Salam cu,malam nie ib, dik de dan hussaini tidur ngan tok. Abg Mat, kak nab, ank Siti dah sampai umah Nizam kt Sepang. A Din pi last night, anak Salleh dan 2 adiknya naik bas malam nie ke istimak. Husaini pi check BP tadi-106/65.

cik wan pun sms cu(18.57:9/7/2009)
cu, cu tau tak, group kakak cipta solar boat dapat tempat ke 3. 2 hari p SM Pokok Sena, Kepala Btas. Tempat 1 dan 2 boleh masuk prtandingan peringkat kebangsaan. cu mcmna? KW bukan nak kata tapi x boleh dok sorang pasti nak nangis. ingat saat akhir ayah..

terimakasih anak2 saudara, abang juga kakak2 saya yang berkongsi rasa dan kita saling membicarakan tentang ayah. Kata seorang sahabat cu bertuahla ayah masih diingati dan disayangi walaupun tiada di mata kini. Bercakap memang mudah tapi bila kita merasai barulah tahu erti "ketiadaan, " erti "kehilangan" dan "makna sepi ". Saya menghargai apa jua bentuk nasihat, panduan hidup, cerita suka dan duka kerana saya mahu semua orang bahagia dan membahagiakan orang2 yang saya sayang. Mungkin ini cara kita untuk saling bertanya khabar dan berutusan kerana masing2 berjauhan dengan kg dan kita bersaudara.

Utk itu, bersyukurlah kita, kita mempunyai ayah yang sempurna, melaksanakan tgjawp sebagai suami,ayah, guru besar SKCK, pengerusi SKAP, pengerusi SMP, bendahari masjid ar rahman yang amanah dan seperti kata mak ayah bekerja bukan kerana mengejar wang ringgit tapi kerana tanggung jawb.

ayah-----pakar matematik,
ayah-----berkemahiran dalam pertukangan & pertanian
ayah-----pembaca setia harakah
ayah-----mindanya sentiasa aktif dan suka membaca hinggalah saat akhir membaca artikel kejadian pembunuhan di masjid al ghurran di naratiwat 8/6/09 dan satu kisah isteri sambut suami bwh pokok.
"cukupla 'otak tak boleh nak pikiaq dah" itulah ayat yang cu dengar bila tanya nak baca lagi tak metro satu hari di penghujung hayat ayah.
ayah juga seorang yang memakmurkan masjid. Subhanallah.

Ayah lah yang teristimewa dan selayaknya ayah di jemput dengan begitu lembut dan tenang
berbahagialah ayah....terimaksih ayah.....
KAMI SAYANG DAN MENDOAKAN AYAH- ALFATHIHAH

Thursday, July 9, 2009

siapalah saya

Dedikasi buat semua semua sahabat saya...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

Nota kaki: Moga saya salah seorang kawan baik anda

Wednesday, July 8, 2009

negara hukum

negara HUKUM?
macam pelik juga tajuk ceramah politik anjuran pakatan rakyat semalam. Kata DSAI kearah mewujudkan negara yang berhukum dan berprinsip tanpa menjejaskan sistem demokrasi yang dah sedia ada. Dengan erti kata lain meletakan institusi perundangan ini di tempat tertinggi tanpa didominasikan oleh politik semasa.

Teringat saya, kali terakhir bersama jutaan rakyat dalam perhimpunan di masjid negara- hapuskan PPSMI! Rakyat bangun menuntut dan membantah sistem yang boleh menjejaskan martabat bahasa melayu. Kini setelah 6 tahun berlalu, barulah kepekaan ini terserlah dan akan berakhir pada 2012. Segalanya bermula dengan perjuangan rakyat.

Perkongsian pengalaman dato zaid ibrahim (nama ini sinonim dengan nama anak saudara saya.) seorang peguam yng berkarisma dan berprinsip. Ini adalah himpunan rakyat yang baru dilangkahinya. Truskan perjuangan ini..

Kemudahan slide show ketika Yb Sivarasa menyampaikan pandangan di segi perundangan dan etika perubatan amatlah dikagumi. Walaupun masih kes mahkamah tetapi rakyat harus didedahkan dengan fakta yang jelas. Kita berpeluang mendapat info dari media tempatan tetapi haruslah menggunakan keseimbangan akal untuk membuat keputusan dan perubahan.Tahniah

Seperti biasa, rakyat memenuhi dewan DAR dan sekitarnya dan tika DSAI tiba di pentas, lagu rasmi keadilan rakyat membakarkan semangat perjuangan. Yang saya suka-membujur lalu melintang patah....peribahasa yang telah lama ditinggalkan.

Memandangkan waktu dah melewati dinihari, saya sekadar melihat rakyat disajikan dengan berbakul-bakul buah durian. Syukurlah di era rakyat diutamakan, majlis seperti ini bukan sekadar berisi info tetapi boleh mengisi perut selain dari kemudahan seperti kerusi, skrin layar putih, sistem pembesar suara dan speaker yang memuaskan. Truskan kegemilangan pakatan rakyat untuk MALAYSIA

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Menjana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasa rakyat
Membujur lalu, melintang patah

Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)

Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia


Moh doakan kemenange kitO di Manik Urai
(betulke ambo kecek klante lagu nie ??? )

KAW6578- peninggalan ayah yang ku warisi
LOVE U KAW

d' ViVa-01


Hari ini ke perodua sc keramat, hmm …diam tak diam dah 19000km perjalanannya. Sepatutnya d’viva nie kena servis apabila mencecah 20230km atau pada 30/6/2009 mana yang terdahulu. Jadi apabila dah melepasi tarikh nie, perasaan berhati-hati sentiasa bersarang. ( berhati2 sebelum meragam)

Biasanya kalau dah pi servis ni ambil masa 3 jam. Jadi ruang waktu yang ada dapatlah bersantai sambil menelaah majalah nona ( ada citer pengasas ESQ-Dr Ady) dan menonton tv “in loving memory of Michael Jackson. King of pop 1958-2009. “ . Siaran tertunda dari saluran Tv mana tak perasan pulak tapi terkasima rasa hati apabila mereka berhimpun dan disusuli dengan cerita ‘flashback” kebaikannya sahaja. Michael@ bro michaeel… u hve done ur work her,.mike….You taugh us hw to laugh, how to love, how to believe. Mike… I love u deeply and I cant wait to see you again, dad I love u and I miss u so much…….

People say true friends must always hold hands,
But true friends don't need to hold hands
Because they know the other
Hand will always be there.
Walaupun keimanan itu milik peribadinya,namun sebagai muslim kita harus mendoakna allahyarham. Semuga dicucuri rahmat jua .

Dalam pada tu, kelakar pun ada…nak buat aligment dan balancing tire, tapi tak ada nut security nak buka sport rim tu ??? hmmm nie lah gara-gara tukar sport rim. Gelabah dan frust pun ada pada mulanya. Maklumlah tak tahu pula betapa securitynya my sportrim tu……Alhamdulilah puas juga geledah rupa-rupanya ada kat belakang bonet kereta- tak perasan pun kalau tak berlaku !!

Masalah “lock window” selalunya ada satu bunyi “ciuuutt” tak selesai juga. Memng special betui d’viva nie. Penyakit ni mungkin tak sehebat H1NI dan di kira tak serius. Kata sc tu bila dah ada spare part dia akan hubungi dan akan diganti. Masalah mekanikal dan masih tahap gerenti selepas berunding.

Syukurla pengalaman lalu satu persempadanan agar lebih bersedia. Sesi servis kali ini, saya yang banyak bertanya, ni apa, untuk apa, nak buat macamna dan bila……bukan apa berhati2….

And every morning when you open your eyes,
Tell yourself that it is special.
Every day, every minute,
Every second is a gift from God.

TERIMA KASIH ALLAH

Tuesday, July 7, 2009

tentang mereka

Sapa kata Aufa tak boleh jaga Nisa'

Hai ni kes dera Mak Chaq Fathiyah layan Wawa ke?

hmmm... merajuk ke marah ni Edat?

Putri Nureen Balkis - ada rupa putri raja kayangan tak?

Ini Nadhiah tapi cu suka panggil Sholehah


Ni takut ke gayat Aris?

Saya sebenarnya mahu mengajak anda berfikir tentang satu perkara. Apabila melihat gelagat kanak-kanak kecil hati pun terfikir, “Ish…. saya masa kecik dulu macam tu jugak ke….”?

Ala ibu nie.. kasilaa Aamirul Hakim posing ngn tok chu sat!

Jika anda seorang ibu atau bapa, tentu pernah lalui saat-saat di mana begitu asyik memerhatikan gelagat anak-anak semasa kecil. Bagi saya sendiri, saya rasa begitu seronok memerhatikan gelagat dan perkembangan minda anak2 dan cucu2 saya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Sesetengah orang akan mendefinisikan perkembangan minda anak-anak ini sebagai ’semakin nakal’ atau ’semakin buas’ tetapi realitinya, anak-anak ini sedang mempelajari sesuatu yang baru setiap hari berdasarkan interaksi dengan persekitaran mereka. Inilah zaman kanak2 adalah zaman yang paling indah. Zaman yang tak perlu memikir tentang masa depan.

Lebih menarik lagi, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala perangai kita orang dewasa masih lagi terbawa-bawa perangai semasa kita di zaman kanak-kanak dahulu? Ada antara kita yang semasa kecil kecil suka menangis dan merajuk apabila tidak dapat apa yang kita inginkan. Apabila sudah dewasa, kita tidak lagi menangis tetapi masih lagi merajuk dan mengharapkan seseorang membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu.

Ada antara kita semasa kecil mempunyai perangai yang sangat degil. Begitu degil hingga jika kita mahukan sesuatu, kita tidak akan berhenti meminta atau mencuba hingga kita mendapatkannya. Adakah kita masih mempunyai kedegilan sebegitu? Jika kita masih degil begitu, tentu sudah ada beberapa kejayaan besar yang sudah kita kecapi sekarang ini.

Semua orang pasti mengalami fasa demi fasa dalam hidup ini. Di kala kanak2, merakalah ahli syurga tetapi adakah kekal di masa dewasa. Di sinilah perlunya pengisian, menuntut pengorbanan ibu bapa dalam pendidikan yang bukan saja berteraskan fizikal tetapi melibatkan kebijaksanaan, emosi dan spiritual. Doa juga satu spritual tetapi harus bergabung dalam satu konduit IQ dan SQ yang membentuk akhlak yang sempurna. Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dimana pun berada "mind set" harus tepat dan berpandukan sunnah dan kalam suci Ilahi.

Saya Ain tapi dok perasan adik lagi...kan kak Ain?





Nie gaya ultraboy- hasyir,haris, hanis
Cucu yang menceriakan hujung minggu hingga cu menulis blog ini
Sayangnya foto hifzhan tak ada lagi...jgn marah tok cu tau


Inilah antara anak-cucu yang mengajak cu berfikir dan tentang mereka...
Doakan mereka menjadi generasi yang soleh dan solehah.....Amien

DIA


Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu..
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

semalam adalah kenangan








Monday, July 6, 2009

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

ALFATIHAH-satu2nya surah yang WAJIB dibaca dalam solat. Tatkala ayah telah tiada, fatihah jugalah teman paling setia menemani dan membasahi bibir saya. Di saat kerinduan memuncak, fatihah lah yang memberikan 'energy' . Surah ini mempunyai 'magnet energy' yang tersendiri. Mungkin hari ini bukan hari kita tapi siapa dapat menjangkakan esok hari kita. Ada ketikanya kawan tidak dapat meredakan tapi kita harus pasrah bahawa ALLAH sedang melebarkan pahalanya jika kita meletakan keyakinan bahawa segala sesuatu ada sebab musababnya. Semuga amalan yang mudah ini dapat diteruskan
Marilah kita beramal dan membantu melebarkan ilmu yang dikongsikan.


Sesiapa yang mengekalkan membaca Al Fathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka fadhilatnya ialah:

- Meminta pangkat melainkan dapat.
- Ia miskin melainkan kaya.
- Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
- Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
- Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
- Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat

AIR FATIHAH

Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam satu bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, insyaallah akan afiat.

MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.

Insyaallah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR

Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian ia membaca

Qulhuallah 3 kali,
surah alFalaq sekali
surah anNas sekali

terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor.

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

Jika dibacakan Fatihah:

70 kali sehari selama 7 hari

pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.

Insyaallah akan dibukakan allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

WIRID FATIHAH

Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:

- Dimurahkan Allah rezkinya
- Diperbaikki hal ehwalnya.
- Dibersihkan hatinya.
- Diangkat darjatnya.
- Dimudahkan pekerjaannya.
- Dilepaskan ia daripada dukacita
- Dijauhkan dari mudharat.
- Diberi ia kerajinan dan semangat.
- Tidak kecewa.
- Dijauh dari hasutan syaitan.
- Diilham kepadanya kebajikan

FATIHAH - UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.

Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.

Insyallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:

Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.

Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.

Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

FATIHAH DI ATAS KAPAS

Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin AllahFatihah - Untuk Bereskan Pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.

Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.

FATIHAH - PENGHILANG DAHAGA

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.

Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

FATIHAH - UNTUK MENGUBAT SAKIT TELINGA

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallah afiat.

FATIHAH - MINYAK FATIHAH

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.

FATIHAH - SEBAGAI PENAWAR

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.

Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
Wallahu a'lam.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
http://idhamlim.blogspot.com

Thursday, July 2, 2009

selamatkan kami


Seusai doa solat isya malam tadi, imam memohon para jemaah utk menunaikan solat hajat memohon dijauhi dari wabak yg melanda sekarang. Kata pak menteri saya wabak selesema babi, tapi menteri kesihatan kata influenza A H1N1. WHO kata sweinflu.

Komen sikit
:
Berdasarkan pengalaman dulu2 "swein brigtten" memang bermakna babi. (Swein itu babi la. Sweinflu =x?). Nak cari nama pig kt germany memang tak jumpa. Kalau nak juga cuba la cari makanan tu kat kedai kebab turki muslim. Ada dijual seperti nugget tapi penjual itu akan maklumkan..."haram-haram, lak!"( ini makanan haram- tak boleh makan). Hhmm..pandai juga rupanya .. Inilah nasib penjual kebab di negara asing yang menyediakan makanan haram atas permintaan pembeli. Yng halal jelas, yang haram pun jelas...hukum HARAM menyediakan makanan begini telah dipandang ringan oleh segelintir masyarakat di Maint dan Berlin, Germany. Oleh itu, berhati-hatilah semasa dan ketika berada di luar dari Malaysia. Alhamdulillah saya benar2 teliti bab makan yang menjadi darah daging ni....

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negra kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an, Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut. Oleh itu langkah yang diambil oleh masjid kg baru memohon supaya ALLAH menjauhi kita dari wabak ni harus diikuti oleh semua masjid2. Doa senjata muslim, doa adalahpengharapan dan doa adalah ibadat. Kehidupan hari ini juga adalah doa semalam.
Jom berdoa!

SEMUGA KITA TERSELAMAT DAN DISELAMATKAN

menangislah


Menangis merupakan satu sifat semula jadi yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain. Menangis tidak hanya berkait rapat dengan kesedihan, malah juga dengan kebahagiaan.Ia adalah sifat semulajadi yang Allah kurniakan secara fitrah kepada manusia.Ia adalah satu emosi kejiwaan manusia.

Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjadi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun .Dengan hal demikian, maka akan muncul ketenangan jiwa.

Al -Quran telah menyebut perihal menangis pada banyak tempat dan memuji orang yang selalu menangis yang disebabkan sampai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya.

FirmanNya dalam surah Isra' yang bermaksud : " Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".(109)

FirmanNya di dalam surah maryam yang bermaksud : " Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(58)

Mereka bersujud kepada Allah dengan penuh taat, khidmat, serta pujian dan syukur atas berbagai nikmat yang Allah kurniakan.Oleh itu para ulama bersepakat menetapkan sujud syukur, kerana ingin mengikuti dan mencontohi mereka.

Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan dapat mengubati penyakit-penyakit merbahaya.berikut beberapa catatan yang sesuai dengan kenyataan ini :

  • Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan diri tubuh manusia.Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
  • Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
  • Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan,urat-urat dada dan kedua-dua bahu .Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya, sehingga akan muncul perasaan tenang.
  • Doktor Frey berkata :" Air mata dapat bekerja secara berkesan membersihkan mata kita. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai-bagai penyakit, seperti luka pada perut, tekanan darah tinggi dan radang usus besar.
  • Dr ini juga menghubungkan di antara ketegangan jiwa dan menangis melalui penelitian ribuan titisan air mata. Ia menemui bahawa air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang di keluarkan oleh tubuh kita ketika kita mengalami ketegangan jiwa.Oleh sebab itu, semasa kita menangis, maka hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang. Selanjutnya , kita pun berasa lebih baik.
  • Dr ini juga menganjurkan kita agar menangis dan melupakan penilaian negatif masyarakat berkaitan permasalahan air mata, kerana menangis bukanlah aib atau kesalahan. Kita tidak perlu selamanya berasa menjadi manusia kuat hingga mengharamkan diri kita untuk menitiskan air mata yang sihat.
  • Kajian perubatan juga mengukuhkan bahawa 86% perempuan dan 75% lelaki berasa lega setelah menangis.Dr Frey berpendapat bahawa rasa sedih semula jadi menjadi faktor yang menyebabkan lebih dari separuh air mata manusia tumpah. Sedangkan rasa bahagia adalah faktor yang menyebabkan 20% air mata manusia keluar.
  • Dr Bryan Dowt,pakar runding kedoktoran jiwa dan penulis buku popular , "Tempat yang aman untuk menangis", setelah melakukan tinjauan dan kajian dalam lapangan yang ia jalankan selama 15tahun, berpendapat bahawa tidak boleh menangis merupakan penyebab disebalik aneka jenis penyakit yang sedang berusaha untuk dihilangkan.
  • Para ilmuwan telah melakuakn kajian terhadap air mata. Mereka menemui bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian zat besi terutama magnesium.Ini adalah unsur racun yang boleh bebas dari manusia ketika ia menangis.
  • Kajian lain tentang air mata dilakukan oleh Dr Frey di Inggeris.Pada satu kesimpulan dia berpendapat bahawa perempuan menangis 65kali dalam setahun , sedangkan lelaki hanya 15kali dalam setahun.Hanya cuma , lelaki dan perempuan menangis pada saat yang sama, iaitu pada saat keluar dari rahim ibu.
  • Dr Bulthiyah berpendapat bahawa susunan(sistem) air mata terbentuk dari kelenjar-kelenjar inti, kelompok lain terdiri dari kelenjar bukan inti.Tugas kedua-duanya adalah menghantarkan air mata yang basah itu kepermukaan mata.Ia juga bertugas sebagai poket air mata yang berdaya guna mengolah air mata tambahan, agar fungsi dari sistem air mata itu secara sempurna boleh mengeluarkan lapisan air mata dan selaput dalam kelopak tulang mata.

Menangis tidak boleh mengembalikan bahagian dari masa lalu.Bahkan menangis merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan.

Maka setelah kita mengetahui kelebihan yang Allah cipta dalam air mata maka sewajarnya kita menggunakan air mata ini di tempat yang sewajarnya....kerana menangisi kesilapan dosa-dosa lalu lebih bermakna dari menangisi kepergian seorang kekasih...

......dan air mataku mengalir lagi .... moga ia menitis keranaMu ya Ilahi... dan rasa tenang yang Kau kurniakan selepas itu moga menjadi ubat bagi jiwa-jiwa yang menderita kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu....

Mencari Redha Allah , Mengharap Kasih Sejati , Berteduh Di bawah Rendang KasihMu ya Rabbul Izzati...

...Wa Allah hu a'lam...

malam jumaat


Malam ni malam jumaat...bermulanya penghulu segala hari

Ayah apa khabar ...?
dah masuk minggu ketiga hari ni...bermakna 21 hari ayah tinggalkan saya, mak , kakak2, abang2, adik, 52 org cucu dan 17 org cicit . Hmm.. terasa sepi kehidupan ini bila orang yang kita sayang telah tinggalkan kita...

Tapi ayah jangan risau...anakanda yakin kami semua akan mengirimkan seberapa banyak doa, sedekah dan kebajikan serta ilmu2 yang menjadi amalan ayah kami akan teruskan.

Antara yang mengingatkan saya semasa hendak tidur ayah pernah memesan m'baca ayat kursi sebagai pendinding diri-tadah tangan mcm berdoa kemudian tiup kiri, kanan,depan, belakang dan last sekali sedut/tarik nafas agar masuk terus ke dlm jiwa. ( Bgitulah kata2 ayah yg masih diingat)

Sebenarnya rahsia ayat kursi jugalah yang mengingatkan saya sewaktu belajaq Quran dengan ayah. Kenapa setelah berpuluh kali mahir membacanya dia masih tidak mengubah...Rupa-rupanya ayah nak saya menghafalnya secara tak langsung. Terima kasih ayah kerana menyampaikan ilmu dan mengajarkan saya mengenal huruf alif baa taa.....
Saya pasti amalan2 yang memanjangkan pahala buat ayah akan terus saya amalkan..

Insya ALLAH....seperti minggu yang lepas, malam ni saya akan ke masjid kg baru. Berbuka , bc yasin , btahlil, juga mengamalkan bacaan"ratib khas" ( hanya ada di masjid ini - sayu dan dialun dengan begitu tertib dan tartil ). Segala kebajikan tu untukmu ayah.

Doakan anakanda sihat, diberi kelapangan dan kemudahan untuk membuat kebajikan.

Saya hargai artikel tentang kematian,alam barzah, doa2 untuk simati etc.
Terima kasih kawan2 yang memfwdkan dan dapat kita kongsikan.
Hari ini untuk ayah...esok2 untuk diri sendiri.....

..sambungan
2july2009

Wednesday, July 1, 2009

hadiah malam jumaat



Catatan Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah perkuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.

Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli
kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.

"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang
masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya
dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-
orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.

Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan
minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang
dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.

Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamek untuk solat jamaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gmbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) "

Ini adalah salah satu email yang diterima untuk santapan diri...terimakasih Suhail. Mengingatkan kakak agar menjadikannya amalan yng berterusan buat almarhum ayahanda dan saudara mara yang mendahului.