Tuesday, June 30, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM




Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*cacatan ini sepatutnya direnung selalu. Sebagai peringatan buat diri dan membantu org yang hampir mati. Semuga kematian direstui

Friday, June 26, 2009

harga yang harus dibayar


Kembali bekerja seusai “ketiadaan insan mulia yang disayangi” bagai makanan tanpa perisa. Perasaan kenyang menguasai diri saya lantas mengunci nafsu untuk makan,.Bukan tak lalu cuma kurang berselera.
Syukurlah rutin puasa isnin/khamis ditambah dengan sunat bulan rejab seolah-olah menemani hariku bekerja

“setiap yang hidup pasti merasai mati”
Merenung kembali kalimah talkin yang sudah melewati dua minggu mengiringi ayah pergi bagaikan semalam ianya berlaku. Mengingati 5 perkara sebelum kedatangannya memaksa diri untuk muhasabah sejauh mana saya memanfaatkan kehidupan ini. Dimanakah pengorbanan saya untuk emak yang mengharapkan sokongan dan perhatian anak2 kini? Setelah hampir 63 tahun bersama ayah,pastinya tercatat rasa rindu dan kesepian yang harus diisi bersandarkan agama. Mak kini dah boleh baca ALQuran ( sejak 3 hari pertama ketiadaan ayah mak tak boleh baca Alquran apatah lagi Yasin kerana dirinya akan menangis dan belum bersedia) > Walaupun begitu anak2, cucu2 sentiasa dan sentiasa mendoakan dan membacakan alquran untuk ayah samada di rumah, masjid atau di makam ayah sepanjang berada di kampong ketika itu.

Saya akui mak seorang wanita tabah. Air mata mak hanya jatuh seketika disaat ayah di penghujung hayat. Mak tidak menangis malah masih sedia menerima tetamu yang hadir mengucap salam takziah dan melihat ayah buat kali terakhir dan paling terkasima bila melihat mak yang membantu mencelakkan kening almarhum ayah. Setia dan pengorbanan sang isteri hingga ke akhir hayat. Bertuahlah mak dan ayah saling melengkapkan.Paksu pula menulis kalimah “lailaha illah” di dahi ayah sebagai lambang pengakuan “Tiada tuhan disembah melainkan ALLAH”…..Apa kita kita pada mayat ini- …..”BAHAGIA! BAHAGIA! BAHAGIA! ( terima kasih kak Nab-kakak iparku)

Minggu ni jg ada kenduri tahlil untuk ayah. Dlm ruang waktu yang ada saya mengambil keputusan untuk bersama2 di kampong. Balik boleh ziarah makam ayah juga boleh khidmat untuk mak. Mungkin semalam saya bagaikan lupa menghargai mak dan tersayang tapi kini saya mengerti erti kehilangan orang yang kita sayang. Mereka tidak meminta tapi gerak bahasa serta harapan dalam doa mereka adalah jawapan kepada kehidupan kita kini .
Ayah----saya hargai nilai kasih sayang dan pengorbananmu
Mak-----saya menghargai nilai pengorbanan dan kasih sayangmu..
Mak, ayah….maafkan saya

Paksu masih dengan rutin hariannya membaca Al quran di makam ayah….Semuga berbahagialah ayah dengan waris yang ditinggalkan. Saya yakin anak2 ayah yang lain juga pasti membuat rutin yang sama cuma berbeza keadaan…teruskan kakak2, abang2 dan saya sendiri. Insya ALLAH lepas ni kita boleh sama2 khatam ALQuran utk ayah lagi.

Saya juga mengucapkan terimakasih semua teman2 di BTP, RTM, adik2 bekas pelajar UMS, UITM,politeknik s/alam/perlis,kolej komuniti,USIM yang melahirkan rasa simpati, takziah dan mendoakan almarhum ayah. Tiada terkecuali juga mohon diampun atas kecuaian diri kerana kerana saya tak mampu menjadi kakak yang trbaik buat adikku norhayati..maafkan cu ,memang cu tak sedar kerana kekusutan diri ini belum terlerai sepenuhnya dan cu hargai kata2 motivati bersandarkan agama yang diberikan selama ini. Semuga kesilapan dan kesalahan terampun sebelum mata ini tertutup rapat .
TERIMA KASIH dan ALFATIHAH BUAT AYAH

Jom balik kampong

Chu-1712
26062009

Tuesday, June 23, 2009

utkmu ayah-01



Al fatihah khusus buat almarhum ayah, TUAN HJ MANSOR BIN ABDULLAH
yang telah diundang Ilahi pada 11 Jun 2009/17jamadil Akhir 1430
lebih kurang jam 2.00 pagi
di Putra Medical Centre, Alor Setar

" SEMUGA DICUCURI RAHMAT YANG BERTERUSAN BUATMU AYAH "

hadiah buat ayah

AYAH
Rasakan dihatimu secebis kasihku
yang kian merinduimu
namun tiada di mata kini

Dirimu kembali bersama PENCIPTAku
juga PENCIPTAmu
yang menjanjikan pertemuanku denganmu
di syurga MILIK YANG SATU

"AL FATIHAH"
"SELAMAT HARI BAPA"


(ayah kini saya merindui detik sebelum 11.6.2009/ 17 j'akhir 1430)

Friday, June 5, 2009

MiSi kita

Insya ALLAH balik kampung mlm nanti.Doakn perjalanan selamat.

Pertamanya
cHu mhn ampun maaf pada abg Zan & family...perancangan kita hanyalah sekadar semlam dan bukan hari ini dan besok...Buat abg Long & ummi( driver lagi?)harapnya mdapat stamina dam pandulah dengan berhemah. Ampang sentiasa mnggamit sebagai destinasi "transit". abg..maafkan andai chu dah buat keputusan mndadak pgi ni

Kedua
TAHNIAH buat Fa... chu x dapat join pendaftaran ni.Selamat belajar dan jadilah anak dan pelajar yang membahagiakan ayahde umi juga family. Awal2 lagi yahnde bagi tau chu...huhu..anak2!!!. Selamat jadi pelajar KISDAR...Jadi pelajar dan mualimah yg kami pakat boleh tumpang...Insya ALLaH kita jumpa lagi Otherwise i will read ur blog. thnz n congrtulate dear.Teruskan misi road2jawa

Ketiga ..
Apapun yng kita buat segalanya dengn izin ALLAH.
Semuga kita dapt jumpa. Jgn leka dan bykkn doa.w'aklam

Thursday, June 4, 2009

munajat_01

YA ALLAH, bgimu segala pujian
Engkaulah yg menegakkan langit dan bumi dan apa2 yg ada didalamnya

Ya ALLAH, bgimu segala ujian
Kepunyaanmulah segala kerajaan langit dan bumi
dan apa2 yang ada didalamnya

YA ALLAH
kepadamu aku kembali
keranamu aku berjuang dan kepadamu pula daku berhakim

Ampunilah dosa2ku terdahulu dan terkemudian
Ampunilah daku dari dosa yg kusembunyi dan kunampakkan, dan
daripada semua d0sa2ku yg engkau lebih mengetahui

Engkaulah yg menyegerakan dan engkaulah yg mengakhirkan
Tiada Tuhan melainkan engkau
dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana engkau...
YA ALLAH
Maha Pengampun
Maha Memperkenankan
Maha Mengetahui....

Teringat pulak pesan Ustaz Hanif Ghazali,mudir madrasah Zubaidiyah dalam satu majlis ilmu ...Sedapat mungkin amalkanlah beberapa asma ulhusna nie...Jzkallah ustaz!
ya ALLAH
ya Qabir
YA Hadii
Ya Nuur
Ya Hakim
Ya Fatah
juga Bismillah 5
..( nanti cu tuliskan terjemahnnyer - mudah je)

Ya ALLAH berilah ketenangan dlm hati ni..
p/s: jom balik kg...

Wednesday, June 3, 2009

rasa hati



“ Kalau free minggu ni baliklaa tenguk ayah,mak ”

Hmm… terkejut seketika bila terima sms ni ..mesti ade makna tersirat…mgg mcm nie la bila dok berjauhan ngn family… mcm2 rasa hati nie…

Balik kg. adalah jalan terbaik bagi menghilangkan lara yang terbuku. Saya balik dengan abang Nasir dan anakanda syaiful. Kepulangan kami seolah dinanti rupanya…hmm biasalah sehari sebelum itu kak aya/abg sir ada minta buat majlis bacaan yasin dan kenduri doa selamat di masjid kita . Walaupun ini kenduri yang kedua untuk abang Poll ke Mekah tetapi suasananya berbeza dengan di Shah Alam tempuhari. Syukurlah dapat juga nikmati nasi kenduri yang disimpan...

Ayah mcmne?
Beberapa hari sebelum ni ayah tak larat …tak lalu makan..tak bermaya jer…kaki pun mula lah membengkak( persis ghout) .khabarnya ayah jatuh kat masjid tapi biasala ayah tak mudah pasrah….usaha dan ikhtiar diteruskan, juga doa anak2cucu2 yang jauh dan dekat sentiasa mengiringi……Rawatan klinik dteruskan…

Terkini abg Mahadzir bawa ayah kat Putra Medical Centre. Utk rawatan lutut dan sewaktu dengannya. Sample darah turut diuji dan pakar memaklumkan bentuk rawatan iaitu memasukkan ubat via dripping utk tempuh 3 hari berturut2…( mulai hari Isnin-Khamis). Satu semangat yang tega dalam diri ayah ialah sentiasa positif. Alhamdulillah.Sms diterima drp kak Jah pagi tadi:

“ ayah nampak ceria, asar dan magrib kelmarin pi masjid tapi nak balik kenalah pimpin masuk kereta. Makan dah lalu dan doakan mg sihat utk beramal”

Syukurlah ada perkembangan memberangsangkan untuk ayah. Sabarlah ayah, doa anakanda muga ayah cepat sembuh, dapat beribadat dengan sempurna dan anakanda masih memerlukan doa dan restu ayah juga mak…
Rasulullah SAW bersabda: “ Iman itu bukan dengan angan-angan, bukan dengan cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal”
Terima Kasih ALLAH yang sentiasa mendengar rintihan dan doa hambanya yang khudus. Amin

Benarlah kata seorang teman, sakit itu penghapus dOsa. Semua org tak nak sakit tpi jika ditentukan sakit nak wt camne..trimalah dengan redza. Selagi hidup dan udara masih boleh dihirup, harapan masih lagi hidup. Kesilapan lalu bukannya alasan untuk berhenti, masa hadapan sedang menanti untuk kita perbaiki diri.Manusia yang terbaik, adalah manusia yang beruhasabah, dan melakukan koreksi.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian…” Surah Al-Asr ayat 1-2.

Tuesday, June 2, 2009

Truly friend

Ya Allah,
The lady reading this is beautiful, classy and
strong, and I love her.
Help her live her life to the fullest.
Please promote her and cause her to excel above her expectations.
Help her shine in the darkest places where it is impossible to love.
Protect her at all times, lift her up when she needs you the most,
and
let her know when she walks with you,
She will always be safe. Amin Ya Rabbal Alamin
Love you

anakanda Syaiful pi Mekah


Maksudnya:-
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah,
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Hambamu datang menyahut panggilanmu,
Tidak ada sekutu bagimu,
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu
Tidak ada sekutu bagimu


Pelan asal nak ke KLIA…anakanda Saiful akan menunaikan umrah pada 1/6/2009. Tapi rupa2nya kita hanya mampu merencana...ALLAH Maha Mengetahui. Walaupun chu tak menghantar di KLIA tapi kita sama-sama balik kg ziarah tok,wan dan saudara-mara lain. Syukurlah, abang Ful dapat peluang utk buat amalan umrah disamping menziarahi tempat2 terpilih di antara Mekah dan Madinah. Seorang remaja yang sedang didewasakan dengan persekitaran dengan tulus-mulus hatinya, rupa-rupanya telah menanamkan azam untuk ke sana sejak berusia 17 tahun lagi. Dua tahun selepas itu,doanya dimakbulkan dan kini abang Pon sedang melaksanakan ibadah tersebut. Semuga 13 hari di bumi ambiya dia dapat memikul tanggungjawap sebagai sempurna… Doakan chu juga sempat ke sana dan melambai Kaabah...LABBAI KAL LLAH HUMMA LAMBBAI…...

Teringat kata seorang ustaz beribadat di Masjidil Haram nie pahalanya 100 000 kali ganda berbanding 1000 kali ganda di masjid Nabawi jadi gunakanlah peluang semasa utk sentiasa beribadat. Allah juga sentiasa 24 jam menurunkan rahmat sebanyak 120 rahmat kepada hambanya di Masjidil Haram. 60 rahmat kepada mereka yg bertawaf, 40 rahmat kepada yg bersembahnyang & 20 rahmat kepada yg sekadar melihat Kaabah.Begitu mudahnya mendapat rahmat & pahala dariNya�. Allahuakbar!
Terima lah ibadat anakanda kami ini…Semuga bakal menjadi anak yng soleh.Amin