Thursday, March 26, 2009

satu pejalanan


"
"kematian adalah anugerah
kematian adalah kemestian
kematian adalah perhentian
kematian adalah keinsafan "


14 january 2009
sekujur tubuh terbaring kaku
tanpa roh di sisi
perjalanan mu direstui
kepulanganmu yang azali

namun
dalam diam
tetap ditangisi
nota 30 juzuk kami susuli
diiringi dengan lafaz tahlil
muga damai setia menanti

ku peluk erat dirimu
dikala permandianmu ku temani
kutemui kekuatan kendiri

“ngah”
seri wajahmu
tertib tutur bicaramu
quran sumber kekuatanmu
solat kunci pendinding mu
luasnya ingatanmu
biar tiga generasi berpadu
rahsia mu cuma satu
baik sangka pada sesama ummah

tika ustaz yahaya mentalkinkan
mata kami tidak luak
mgalir bebola kaca
ingatan buat kita
satu tazkirah percuma

mendung pagi hari seolah merestui
disinilah pengabadian sejati
damailah “ngah” disana


syukurlaa urusan pengkebumian aruah ngah berjalan dengan cukup tertib..
Gambarannya…anak cucu, rakan taulan….hadir memberikan penghormatan dari rumah hingga ke liang lahat..satu2nya mak saudara yag amat mengambil berat tentang anak2 saudaranya… tiap kali menyambut cucu saudara…ngah pasti hadir utk memberi sokongan dan menyambut org baru
Tengok cucu2nya… nilah pengalaman yang dapat ku kongsikan…
19 januari dlm kenangan
Semuga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh

aNdAinya....


Andai..

hari ini milik kita,
gunakanlah ia sebaiknya,
kerana esok belum tentu milik kita..

Andai..

hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok,
rancanglah sekemas mungkin,
tetapi,
jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya..

Andai..

esok buat kita kecewa,
redholah dengan ketentuan,
sengaja Dia tentukan sedemikian,
agar kita terus berhati-hati,
untuk lusa yang menjelma..

Andai..

lusa masih di takuk lama,
tiada perubahan,
malah kekecewaan berlarutan,
sedarlah!!
Dia memang suratkan sedemikian,
agar kita sedar siapa kita disisi-Nya,
agar kita lebih bersedia
dengan segala kemungkinan yang tiba,
biarpun sudah berusaha..

Wednesday, March 25, 2009

tahniah buet adik2ku

semalam 25/3/09 dapat info beberapa teman@adik2ku tlah berjaya naik pangkat....bertuah dan syukurlah setelah kita sama berkdmat untuk BTP kini kita telah dibeli peluang untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah.....cuma mungkin ni petanda awal perpisahan kita....kalau jumpa lagi mungkin bicara kita sudah berbeza...jabatn berbeza, kemnterian jg x sama...

pulak tu yang dapat pun nun jauh kt serawak...hmm mncabar kan....mukah???
tapi nikan peluang....chu dulu pun dah keja 15 tahun baru dapat peluang ni....tpi syukurla tak jauh dari "BTP:Gedung ilmu dan pengalaman"...Bila rindu blehlaaa tenguk2 dari jauh hehhe....

TAHNIAH kpada...mokhtar eisa(TAR), a ghaffar(AG),taufique, Padhil shafie, jg Bahari( noridah hanim) btui2 rezeki buet mere yg berkahwin....amin
truskan myumbang khidmat terbaik demi agama, bangsa, negara>Carilah KEBERKATAN ILAHI

Tuesday, March 17, 2009

nilai sahabat


10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU...


Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil 'sahabat'? 10 perkara dibawah pastinya dapat memberi gambaran jelas erti persahabatan anda yang terjalin sejak sekian lamanya.

1 Sahabat yang sejati tidak ramai. Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang ramai, tetapi tidak pula membawa kesan berkekalan.

2 Sahabat yang jujur. Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen baik yang positif mahupun negatif demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga. Walaupun kedangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3 Sahabat yang baik hatinya ikhlas. Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka dia adalah sahabat yang sejati.

4 Sahabat yang baik tidak cepat menilai. Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya)
salah. Tetapi, sahabat yang baik tidak menilai anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya.


5 Sahabat yang mengerti, sentiasa mendengar. Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6 Sahabat yang sejati, akan setia bersama. Seseorang yang bergelar sahabat akan cuba menemani bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian. Bagaimana pula dengan sahabat baik anda?

7 Sahabat yang sebenar juga boleh menyimpan rahsia anda. Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8 Sahabat yang baik, tidak menikam anda dari belakang. Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda ditikam dari belakang oleh sahabat yang dipercayai, masihkah anda memanggil insan itu sahabat?

9 Kata teman baik saya, sahabat sejati boleh dibawa pulang ke rumah, bukan sekadar bersembang di tepi jalan atau di kedai kopi ice-blended . Jika anda masih merasakan sahabat itu tidak boleh dibawa pulang, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar.

10 Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa ke jalan kebaikan. Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan. Jika anda dan dia bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik, itulah yang dipanggil persahabatan sejati.

Friday, March 13, 2009

seorang sahabat...

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.