Thursday, January 3, 2013

selamat ke sekolah

selamat tahun baru 2013

Lembaran kalendar baru pun di buka....permulaaan hari dalam tahun 2013, mengingatkan diri sendiri bertambahlah setahun usia kita....satu2nya angka yang tak pernah berkurangan selagi hidup tetapi hakikatnya semakin singkat perjlanan hidup ini menghampiri hari kematian. Mudahan akhiran yang baik  untuk semua rakan2 Kembara kehidupan juga.

Apa khabar anak2 yang bersekolah? yang bekerja? Tentunya semua ceria segak untuk melangkah ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru yang bakal direalisasikan menjangkau tahun 2013 ni. Tak terkecuali apabila permulaan sekolah juga, Lazimnya jalan raya akan kembali sesak dan ni memerlukan ketenangan dan tahap kesabaran maksima. Rancangkan perjalanan dan tingkatkan zikir dan doa sepanjang pemanduan. Semuga ALLAH memudahkan perjalanan kita

2013...
Di awal pagi 2013, bersama dengan  anak saudara saya , kami menjengah di masjid KLCC. Masya ALLAH, mata ini menyaksikan pelbagai ragam manusia , dalam pelbagai peringkat umur di sepanjang perjalanan. Ada yang bersantai di kedai nasi kandar terkenal berhampiran KLCC, dan ada yang masih berada di tepi2 jalan  sepanjang KLCC dan besar kemungkinan antara yang menyaksikan pertunjukan bunga api dan festa tahun baru . Alangkah sedihnya menyaksikan antara mereka, majoritinya anak2 bangsa dan keturunan sama seperti saya.. Ya ALLAH berikan kami petunjuk hidayah, pimpinlah kami agar  terpelihara dari sebarang maksiat dan kembalikan saudara-saudara kami yang terbabas agar terpimpin kehidupan mereka.

Tapi nun di Masjid assyakirin berbeza pula situasinya, Ketenangan 2013, diraikan bersama mahabbah di ikim dengan pengisian dan keinsafan.Alunan zikir pimpinan ustaz Zul begitu menyusuk suasana pagi. Ummah di Palestin tak kesepian lagi... Kami antara saudara2 yang akan memikul tanggungjawap membebaskan Palestin dari dibelenggu regim israel . Usah menangis duhai Palestin....ALLAH pasti akan menurunkan tenteranya ...Ya  Robb, makbulkanlah doa dan permintaan kami di awal pagi tersebut. Kami antara ratusan jemaah yang memenuhi ruang masjid menadah tangan bermunajat demi  untuk saudara kami di bumi Palestin. Muga tahun ni juga tercipta sejarah buat mu Palestin

2013...
anak2 saudara ku kembali ke sekolah..
Tahun ini ada yang baru memasuki darjah sekolah rendah dan ada yang mnjejak ke sekolah menengah. Ada cabaran juga menanti anak2 saudaraku  bagi menghadapi peperiksaan.Muga anak2 saudaraku telah  bersedia untuk menghadapi hari2 ke sekolah dan selamat dunia akhirat.

Buat diri ku sendiri, bermulanya persekolahan bermakna tiada lagi waktu 'lega' di pagi hari. Perlu bergerak ke pejabat di awal pagi bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kemungkinan semasa dalam perjalanan. Masa yang diambil sekitar setengah jam akan mnjadi sejam jika tiada perancangan sewajarnya...Tetapi perjalanan haruz di teruskan....Doakan muga kita semua selamat dan mjadikan setiap hari adalah permulaaan yang baik dan mulai ngan doa...wallhuaklam

6 comments:

Kakzakie said...

Sedih bila jelas memperalatkan agama konon "malam amal" tapi berdendang sayang tanpa tergaris barang secarik tanda ianya sebagai kesyukuran mengingati Allah. Kalau dah terkinja-kinja apa pula dikatakan malam amal? Sedih kakak dan selalu kakak ingatkan anak-anak - nak tegur masyarakat ramai bahkan 'mereka yg besar' tutup mata bahkan turut serta... Allah. Moga iman kita tak goyah dek semua ini Cu..

Selamat tahun baru dik.

shila azizi said...

Salam kak Ainhany! Thanks sebab sudi singgah kat blog saya...salam ukhuwah kembali..selamat tahun baru 2013...semoga tahun ini akan membawa 1000 kebahagiaan buat akak dan keluarga

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

apa khabar tuan belog...sihat walafiat...

ainhany said...

salam kak zakie,

benarlah bagai dikata.,,kita lah yang mencemarkan agama sendiri. Mudahan di ampuni jua.Sama2 doakan muga ALLAH memelihara anak2 generasi kita dan diberi kesedaran kepada pimpinan kita untuk mnjadikan malaysia ini lebih harmoni dan islamik .

mmaf kka, cu lewat update...

ainhany said...

salam shila azizi,

sama2...
salam ukhuwah..
mhn diampun kerana kelewatan update blog bersawang ini

ainhany said...

salam shah,

waalaikumusalam

tuan tanah baik2 cuma tak sempat ke ladang...banyak pulak kekangan di awal tahun nie...apakan daya...suara ada...tai payah untk berkata2 di pena...hihiii

selamat bekerja dik