Tuesday, August 2, 2011

Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta


Info Ramadhan : Sheikh Muhammad Jibril (Imam Masjid Amru Al Ash, Kaherah Mesir) Akan Mengimamkan Solat Terawih Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada malam ini (3hb Ogos 2011). Beliau merupakan Imam Besar Masjid Amru Al Ash sejak tahun 1988, dan sangat terkenal di Mesir kerana kemerduan suaranya. Yang berkelapangan bersama imarahkannya.Moga Allah merahmati =)
sumber (terima kasih) : muhamadazhan
 
NOTA DIRI
Alhamdulillah...Semalam saya berkesempatan berterawih di sini. Maklumat ini diterima dari hebahan imam sebelum solat isya semalam. InsyaALLAH ini peluang yang terbaik buat diri untuk menjadi makmum. Selama ini saya hanya pernah mendengarnya membaca ayat2 ALLAH di CD/ikimfm juga intrnet. Dengan kelunakan bacaannya yang tenang, ada ketikanya bila sentuhan ayat tentang neraka...beliau sebak...Subhanallah indahnya penghayatan ayat2 suci ALLAH yang berbekam didadanya. Lembutnya hati mereka yang merasai dan memahami makna kalam suci ini. Mudahan ALLAH memudahkan perjalanan dan kesempatan waktu untuk saya beriktikaf dan merebut tawaran Ramadan al mubarak ni. Ayuhlaa kita beramai2 ke sini, masih ada waktu untuk membuat desicion bersolat di sini pada malam nanti. 
 
Kehadiran jemaah semalam pada pusingan awal memang ramai. Walau bagaimana pun bila masuk pusingan akhir,(selepas 8 rakaat terawah),teringat kata2 ustaz...inilah masa 'mara ke depan'. Yang belakang akan memenuhi ruang hadapan saf. Mungkin masing2 mempunyai komitmen yang lebih penting dan akan meneruskan ibadah ini di rumah nanti. InsyaALLAH. Ingatan buat diri, selagi terdaya akan saya akhiri sehingga imam mengaminkan doa terakhirnya....Mudahan ALLAH maafkan saya jika ada keculasan dalam ibadat ..

Apakah bisa saya ketemu kak Rozie  kali ini?? Mudah-mudahan insyaALLAH.

9 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah...berjaya juga akak menghabiskan 20 rakaatnya..syabas dan teruskan..semoga ramadhan kali ini kan memberkati kita semua..

Arizakiah said...

salam ramadhan..

Biasanya begitulah....di malam yang sama jumlah jemaah boleh berkurang apalagi bila menjelang malam-malam terakhir ramadhan...yang penuh tinggal tak sampai separuh....mungkin masa tu mereka dah balik kampung. wallahuwaklam....

ainhany said...

salam shah,

alhamdulillah
insyaALLAH mmperbaharui azam....
mudahan berjaya

sama2lah kita semarakkan ramadan ye !! terimkasih

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tentulah tak sama keadaan mereka yang memahami ayat2 AlQuran dengan orang yang menikmati kelunakan suara qari membaca AlQuran sebagaimana Allah SWT menerangakan perbezaan diantara org2 yang berjihad dgn org yang duduk mendiamkan diri. Surah AnNisa:95 فَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚAllah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.
Mereka yang memahami ayat2 Allah adalah mereka yang nampak keadaan di akhirat dengan ilmu yakin berbanding dgn mata yakin sehingga apabila mereka mendengar saja kebesaran Allah SWT, rasa gerun dah tersungkur sujud krn Allah. Surah AsSajadah:15 إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Wallahualam

Izanil said...

Salam...

ada info tak mlm ni beliau jadi imam kt mana?

abc said...

http://www.jebril.com/en/news/ramadan-table-1432

Di atas adalah jadual Sheikh Jebril untuk Ramadan 1432. Seperti yg tertera, malam ini beliau akan mengimamkan taraweeh di Royal Palace Mosque. Namun, saya tidak berapa pasti di mana Royal Palace Mosque. Ada sesiapa yang tahu?

Jazakumullah khair

ainhany said...

waalaikumusalam akak,

setuju. Kebiasaan itulah yang perlu diubah.Maka peranan setiap kita menyampaikan ilmu akan kelebihan jemaah di ramadan nie..semuga dakwah nie sampai utk semua..

cuma tika pengghujung tu...alahai dendangla perantau...kena balik jemaah kat kg. kan akak kan???
selamat berpuasa ye

ainhany said...

waalaikumusalam ustzh,

selamat berpuasa dan beribadah.
Subhanallah...beruntungnya orang2 yang berilmu dan memahami AQ. terima kasih ats perkongsian ulasan ini.

Hikmahnya bersahabat..terkurang ditampung...Amin

ainhany said...

salam azanil dan abc,

mudahan azanil dapat rujuk ye info

Terima kasih abc.
subhanallah indahnya bersahabat..:)
sama kita hebahkan kabaikan..
Amin